baba dan nyonya 1

32
Isi kandungan. m/s 1.0 Pengenalan. 1.1 Maksud kebudayaan. 1.2 Maksud Baba dan Nyonya. 2-3 2.0 Sejarah Baba dan Nyonya. 4-5 3.0 Adat perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya. 6-9 4.0 Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya. 10-11 5.0 Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya. 12-13 6.0 Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya. 14-15 7.0 Hari-hari perayaan Baba dan Nyonya. 16-18 8.0 Kesenian dan peralatan masyarakat Baba dan Nyonya. 19 10.0 Penutup. 20 Bibliografi. 21 1

Upload: nik-ayu

Post on 29-Jun-2015

9.368 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

Page 1: baba dan nyonya 1

Isi kandungan. m/s

1.0 Pengenalan.1.1 Maksud kebudayaan.1.2 Maksud Baba dan Nyonya.

2-3

2.0 Sejarah Baba dan Nyonya. 4-5

3.0 Adat perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya. 6-9

4.0 Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya. 10-11

5.0 Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya. 12-13

6.0 Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya. 14-15

7.0 Hari-hari perayaan Baba dan Nyonya. 16-18

8.0 Kesenian dan peralatan masyarakat Baba dan Nyonya. 19

10.0 Penutup. 20

Bibliografi. 21

Lampiran

1

Page 2: baba dan nyonya 1

1.0 Pengenalan.

1.1 Maksud kebudayaan.

Kebudayaan bermaksud keseluruhan cara hidup manusia. Cara hidup

yang dimaksudkan adalah seperti pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani

dan jasmani serta menjadi amalan hidup manusia sehingga terciptanya hasil-hasil

ciptaan dan satu gaya hidup manusia ketika melaksanakan sesuatu perkara.

Menurut pandangan YB. Haji Abu Bakar Abd. Hamid, kebudayaan adalah

sesuatu yang amat penting dalam masyarakat. Seperti kata beliau, “kebudayaan

itu sendiri dapat menentukan cara kehidupan, pemikiran, termasuk politik satu-

satu bangsa dan dengan sendirinya kebudayaan itu adalah amat penting”.

(Petikan dari Majalah Dewan Budaya, April 1985)

Selain itu, menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999),

kebudayaan adalah cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun, dan peradaban.

Secara umumnya, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat

yang merangkumi seluruh aspek pemikiran serta tingkahlaku manusia yang

diwarisi dari satu generasi ke generasi lain melalui proses pembelajaran.

Kebudayaan itu dapat dilihat melalui beberapa bidang, pertama melalui

fikiran atau idea. Seperti ilmu pengetahuan, bahasa, falsafah, persuratan, metos,

lagenda, kesusasteraan, kepercayaan dan cerita- cerita lisan. Contohnya seperti

tarian menguja dewa serta kepercayaan terhadap sesuatu benda hidup yang

mempunyai kelainan serta yang memberi manfaat. Kedua melalui kebendaan,

seperti seni bina, bangunan, alat- alat mesin, pakaian, makanan, ubat- ubatan dan

perabot. Contohnya seperti angkor wat, kerinci angin, pakaian tradisional yang

unik dan sebagainya. Ketiga adalah melalui bidang kesenian, kebudayaan yang

dilihat melalui bidang kesenian adalah melalui dua kemahiran, iaitu seni lakon

dan seni tampak. Seperti seni lakon, contohnya adalah seperti teater, tarian,

muzik, nyanyian. Manakala seni tampak pula misalnya adalah seperti ukiran,

lukisan, seni pahat, tenunan, takat dan anyaman. Seterusnya, yang keempat

adalah melalui bidang nilai dan norma. Seperti peraturan, undang- undang, adat

2

Page 3: baba dan nyonya 1

resam, gaya dan perlakuan, pantang larang, upacara dan nilai- nilai kegamaan

serta kesopanan.

Keempat bidang tersebut akan memperlihatkan hasil-hasil yang

berasaskan abstrak atau tidak kelihatan, dan juga bercorak kebendaan. Daripada

hasil- hasil inilah yang akan membentuk satu budaya sesuatu masyarakat yang

dilakukan oleh perbuatan seharian mereka melalui jasmani dan rohani.

1.2 Maksud Baba dan Nyonya.

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999), Baba

adalah keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan

Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu iaitu termasuk

pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya.

Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999) lagi,

Nyonya pula adalah panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan

Cina yang sudah bersuami, iaitu perempuan Cina dari golongan Baba.

Menurut Zalifah Abdullah (2006:23), golongan Baba yang berada

di negeri Kelantan digelar oleh penduduk Melaka sebagai Cina Peranakan.

Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum yang berketerunan

asal kaum Cina yang menyerap cara hidup kaum Melayu. Mereka

menggelar diri mereka sebagai Baba atau peranakan kerana kebudayaan

mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina yang mempunyai

pengaruh unsur-unsur kebudayaan Melayu.

3

Page 4: baba dan nyonya 1

2.0 Sejarah Baba dan Nyonya.

Menurut Zalifah Abdullah dalam catatan beliau, Budaya Berbilang Kaum

(2006:24), masyarakat Baba wujud sejak kurun ke-15. Pada kurun ini kepulauan

Melayu sedang mengeratkan hubungan dengan negara-negara lain, terutamanya

negara Cina. Kedatangan rombongan Laksamana Cheng Ho bersama Puteri Hang

Li Po dan para pengiringnya ke Melaka untuk mengadakan hubungan diplomatik

adalah salah satu cara untuk memulakan hubungan diplomatik.

Seterusnya, Puteri Hang Li Po pula dikahwinkan dengan Sultan Melaka

sebagai tanda penghargaan. Manakala para pengiring yang yang datang bersama

Puteri Hang Li Po yang tinggal di Bukit cina telah mewujudkan perkahwinan

campur dengan orang Melayu, maka dari itu lahirnya peranakan. Oleh

disebabkan itu juga kebanyakan golongan Baba banyak didapati di Melaka.

Namun setelah Pulau Pinang dan Singapura dikembangkan serta dimajukan,

ramai golongan Baba ini telah berhijrah ke negeri tersebut terutamanya di

Singapura.

Melalui penyesuaian cara hidup dan resapan pengaruh sosio-budaya

persekitaran mereka, maka terlalu banyak berlaku percampuran amalan yang

dilakukan oleh masyarakat Baba ini. Misalnya, kebanyakan orang Cina yang

datang pada ketika itu adalah yang berasal daripada kelompok Hokkien dan

bertutur dalam loghat Hokkien, namun setelah lama kekal di kepulauan Melayu

maka kebanyakan mereka dapat bertutur dalam loghat Melayu yang agak berbeza

sedikit namun masih dapat difahami oleh kaum Melayu. Buktinya kaum Baba

yang kekal pada hari ini masih bertutur dalam bahasa Baba, iaitu sejenis dialek

Melayu yang dapat difahami oleh masyarakat Melayu.

Masyarakat Baba juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan

kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina.

Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama Budha,

namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.

Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan

resipi masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi

mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan

4

Page 5: baba dan nyonya 1

cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan

tangan.

Bukti berlakunya pencampuran gaya hidup masyarakat Baba dengan

masyarakat Melayu juga dapat diketahui melalui gaya pakaian yang dipakai oleh

generasi Nyonya, iaitu memakai pakaian kebaya dan kain sarong yang tidak ubah

seperti wanita-wanita Melayu.

Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan

masyarakat Baba, tetapi mereka masih banyak mengekalkan amalan asal-usul

mereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kepada

kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna-warni

berunsurkan warisan budaya Cina tradisonal serta kebanyakan rumah Baba yang

dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina.

Menurut Zalifah Abdullah (2006:22), seperti masyarakat Cina, masyarakat

Baba dalam sistem keluarga juga lebih memberatkan pihak lelaki atau nasab bapa.

Walaupun anak lelaki lebih penting untuk meneruskan zuriat namun anak

perempuan tetap tidak akan diabaikan. Bagi masyarakat Baba anak lelaki

mahupun anak perempuan tetap akan diberikan hak mewarisi harta ibu bapa

mereka, anak lelaki akan mewarisi harta pusaka keluarganya, sementara anak

perempuan akan mewarisi harta dalam bentuk barangan kemas dan wang tunai

bagi menyara kehidupan seterusnya.

Masyarakat Baba dengan masyarakat Cina mempunyai paras rupa yang

tidak jauh berbeza. Namun begitu, kita dapat membezakan masyarakat Baba

dengan masyarakat Cina berdasarkan nama mereka, ini kerana masyarakat Baba

mengamalkan sistem nama yang unik, iaitu nama tengah dan nama akhir mereka

akan dikongsi bersama ahli keluarga yang lain. Misalnya seperti nama seorang

Nyonya yang mempunyai nama tengah Kim akan berkongsi nama dengan adik-

beradik dan sepupu perempuannya. Oleh itu, kebanyakan nama masyarakat Baba

akan mempunyai nama yang hampir sama dalam satu keluarga itu, contohnya

Kim Ling, Kim Eng, Kim Ping, begitu juga pada nama akhir prinsip yang sama

akan digunakan.

5

Page 6: baba dan nyonya 1

3.0 Adat perkahwinan dalam masyarakat Baba dan Nyonya.

Masyarakat Baba mempunyai adat istiadat perkahwinan yang hampir

menyamai adat istiadat perkahwinan masyarakat Melayu tetapi masih lagi tidak

meninggalkan adat perkahwinan masyarakat Cina. Menurut Jasman Ahmad dan

Rosnah Ramli (1997:20-28), adat perkahwinan yang diamalkan masyarakat Baba

mempunyai tiga tahap untuk pasangan itu menjadi suami isteri.

Tahap pertama iaitu merisik, kebiasaan ibu bapa akan cuba mengambil

tahu tentang bakal menantu yang dipilih atau yang dicalonkan. Merisik calon

menantu akan dilakukan oleh si penyampai yang diupah oleh ibu bapa, tugas si

penyampai adalah untuk merisik tentang latar belakang gadis tersebut dari segi

budi bahasa, tutur kata, perlakuan dan paras rupa bagi memastikan gadis tersebut

sesuai dengan teruna. Sekiranya si penyampai berkenan dengan gadis tersebut,

maka si penyampai akan memberitahu kepada ibu bapa teruna, jika pihak teruna

juga bersetuju dan berkenan maka mereka akan menetapkan hari pertunangan

yang dipersetujui oleh kedua pihak. Bagi menyampaikan hasrat tersebut si

penyampai akan pergi ke rumah gadis dengan membawa buah tangan dan

menyampaikan berita gembira tersebut, manakala jika sekiranya pihak gadis tidak

bersetuju, maka kedatangan penyampai hanyalah sekadar untuk mengeratkan

hubungan antara satu sama lain.

Seterusnya adalah tahap bertunang, bertunang ialah proses mengenal hati

budi pasangan. Pasangan yang ingin melayari kehidupan bersama perlu mengenal

hati budi supaya akan lebih rapat dan dapat bekerjasama dalam mendirikan rumah

tangga. Hari pertunangan ditentukan oleh kedua belah pihak mengikut kalendar

Cina, ianya ditentukan mengikut kesesuaian bintang kelahiran kedua-dua

pasangan. Masyarakat Baba amat mementingkan tarikh menentukan hari

bertunang kerana kaum Baba percaya pertunangan yang dijalankan pada hari yang

tidak sesuai akan mempengaruhi kebahagian bakal pengantin atau pertunangan

akan terputus.

Setelah berlakunya adat merisik dan pertunangan, seterusnya pasangan

akan melalui majlis perkahwinan. Masyarakat Baba akan melangsungkan

perkahwinan dengan penuh istiadat, pengantin akan memakai pakaian yang

6

Page 7: baba dan nyonya 1

lengkap dengan dihias pelbagai aksesori yang menarik dan tradisional. Pakaian

pengantin biasanya diperbuat dari kain sutera yang disulam dengan benang emas,

kasut pengantin perempuan pula ditekat dengan benang emas atau perak.

Mengikut adat istiadat masyarakat Baba sebelum melangsungkan

perkahwinan, pasangan pengantin dikehendaki menjalani beberapa upacara. Bagi

pengantin lelaki akan melalui upacara Chai Kee, Chia, Mencukur Rambut dan

Sojar. Manakala bagi pengantin perempuan pula akan melalui upacara

Menyalakan Lilin, Mengandam dan Pai Chew.

Upacara Chai Kee ialah satu upacara yang dilakukan bertujuan untuk

mengajar dan memberitahu pengantin lelaki tentang tanggungjawab terhadap

keluarga yang akan dibina. Kemudian pengantin akan berdoa kepada tuhan di

atas sebuah nyiru besar yang diletakkan di lantai bagi merestui perkahwinannya

serta meminta supaya hidup bahagia disamping isteri dan dikurniakan anak-anak

yang baik dan disaksikan oleh Pak Andam dan ahli keluarga terdekat. Setelah

selesai berdoa, di atas nyiru itu akan diletakkan satu tin gantang yang dibalut

dengan kain merah dan ditelangkupkan. Seterusnya, Pak Andam akan membawa

pengantin lelaki ke ruang tamu dan memberi nasihat secara berpantun tentang

kehidupan yang bakal dihadapi oleh pengantin kelak seperti tanggungjawab

pengantin ke atas isteri dan anak-anak. Setelah itu, perlaksanaan upacara ini

dijalankan dengan menggunakan seorang kanak-kanak lelaki dari kalangan ahli

keluarga yang dinamakan Ku Yeh dan pengantin lelaki dinamakan Kai Sai. Kai

Sai akan duduk diatas gantang yang telah ditutup dengan permaidani, Ku Yeh

pula berdiri mengadap Kai Sai.

Setelah upacara Chai Kee dijalankan, Kai Sai dan Ku Yeh akan memberi

tanda hormat antara satu sama lain, ia dinamakan sebagai upacara Chia. Ketika

upacara ini, Ku Yeh akan diberikan pokok daun bawang yang dililitkan dengan

kertas merah atau tali merah dan kemudian disapukan pada muka pengantin lelaki

sebagai proses membuang sial atau soi. Cara ini penting bagi masyarakat Baba

kerana dianggap sebagai cara untuk membuang segala masalah yang dihadapi

oleh pengantin lelaki ketika bujang dahulu tidak menimpanya sesudah

berumahtangga.

7

Page 8: baba dan nyonya 1

Seterusnya, pengantin lelaki akan menjalankan upacara mencukur rambut.

Mencukur rambut adalah untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa

pengantin lelaki adalah dari golongan yang baik serta untuk menghilangkan unsur

jahat yang terdapat pada diri pengantin lelaki. Alatan mencukur adalah seperti

dacing yang mengandungi pembaris, sikat dan tali tocang. Pembaris akan

dipusingkan dikeliling kepala pengantin sebanyak tiga kali yang membawa

maksud pengantin hendaklah berhati-hati menghadapi dunia luar. Kemudian

rambut pengantin akan disikat yang menggambarkan bahawa pengantin sudah

dewasa dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Setelah

itu, tali tocang pula akan diletakkan ditengah kepala pengantin lelaki sebagai

syarat menunjukkan bahawa pngantin berketurunan Baba.

Kemudian pengantin akan dipakaikan dengan Teng Sah Beh Kuah, iaitu

baju labuh panjang dan diluarnya dipakaikan kot pendek yang bersulamkan

benang emas. Setelah itu pengantin lelaki akan menjalankan upacara Sojar, iaitu

pengantin akan menyembah kepada Tuhannya. Selepas selesai menjalankan

semua upacara berikut, pengantin akan dibawa ke bilik untuk berehat dan

menantikan hari perlangsungan.

Manakala bagi pengantin perempuan pula, akan melalui upacara

menyalakan lilin, mengandam dan Pai Chew sebelum layak menjadi seorang

isteri. Upacara istiadat pengantin perempuan akan dimulakan dengan

menyediakan sebuah meja tinggi yang dikenali sebagai Sam Kai yang diletakkan

di hadapan pintu masuk dewan utama atau ruang rumah, kemudian ibu bapa

pengantin perempuan akan menyalakan lilin utama di atas meja tersebut.

Manakala, ahli keluarga yang lain akan menyalakan lilin masing-masing di atas

meja persembahan keluarga. Semasa upacara ini diadakan sebuah nyiru besar

seperti yang diadakan di rumah pengantin lelaki juga akan disediakan tetapi

gantangnya dibuka ke atas.

Seterusnya pengantin akan melalui istiadat mengandam atau dikenali

sebagai menyikat rambut yang akan di lakukan oleh Mak Andam. Pengantin

perempuan memakai pakaian serba putih atau lebih dikenali Shioh Thau bagi

masyarakat Baba. Pengantin perempuan akan diiringi oleh Mak Andam untuk

8

Page 9: baba dan nyonya 1

melakukan istiadat menyikat rambut. Istiadat ini akan dimulakan oleh seorang

kanak-kanak perempuan yang terdiri dari golongan keluarga pengantin

perempuan itu sendiri. Ketika itu rambut pengantin akan didandan dengan kemas

supaya kelihatan menarik.

Setelah selesai menandan rambut maka tamatlah istiadat mengandam,

seterusnya pengantin perempuan akan melalui istiadat Pai Chew. Iaitu pengantin

perempuan akan diberikan arak oleh bapanya dikuti dengan doa restu oleh ibu

bapanya supaya anaknya akan sentiasa dilindungi setelah menjadi isteri. Setelah

selesai, pengantin perempuan akan beredar ke ruang tamu untuk menunggu

pengantin lelaki.

Selepas melakukan upacara secara sendirian, pasangan pengantin akan

menjalani adat istiadat yang lain pula secara bersama. Menurut Jasman Ahmad

dan Rosnah Ramli (1997:29) antara upcara yang akan dilalui adalah seperti

Menyambut Pengantin Lelaki, Upacara Berkenalan, Makan Cuntuh, Jamuan Teh,

Istiadat Hari Ketiga dan Majlis Gembira. Upacara-upacara ini adalah bertujuan

untuk merapatkan lagi hubungan pasangan pengantin. Pasangan pengantin akan

menjadi suami isteri yang sah setelah melalui upacara-upacara tersebut.

9

Page 10: baba dan nyonya 1

4.0 Kepercayaan masyarakat Baba dan Nyonya.

Masyarakat Baba kebanyakannya dipercayai menganuti agama Budha.

Mereka mempercayai kewujudan dewa-dewi dan menyembahnya. Menurut

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:11-14), masyarakat Baba juga sering

menziarahi tokong-tokong Budha untuk bersembahyang. Walaupun mereka

mengamalkan kepercayaan yang sama seperti masyarakat Cina yang lain tetapi

sedikit berbeza kerana masyarakat Baba akan menggunakan bahasa Melayu Baba

ketika menyembah dewa-dewi, namun begitu niat dan permintaan yang dibuat

adalah masih sama.

Upacara sembahyang yang dilakukan kebiasaanya menggunakan colok,

lilin serta pelbagai jenis kuih dan buah-buahan seperti buah limau dan nanas juga

air teh yang disediakan dalam teko dan cawan kecil yang diletakkan di atas

sebuah dulang.

Masyarakat Baba juga merupakan golongan yang begitu taat dan taksub

terhadap ajaran agama Budha. Ketaatan inilah yang menunjukkan bahawa kaum

Baba ini masih mengekalkan amalan serta kepercayaan kebanyakan orang Cina.

Buktinya, mereka akan meletakkan satu sudut sebagai tempat pemujaan di ruang

rehat walaupun ruangan tersebut kecil, dan kaum Baba juga akan bersembahyang

pada setiap pagi sebelum melakukan sebarang pekerjaan, amalan ini dikatakan

untuk menjauhi maksiat dan memohon restu supaya dielakkan dari kecelakaan.

Selain itu, masyarakat Baba juga amat menghormati jasa nenek-moyang

mereka semasa masih hidup seperti jasa nenek moyang yang membolehkan

mereka lahir dan menikmati kehidupan dunia sebagai manusia sehingga beberapa

generasi. Kaum Baba juga percaya bahawa nenek-moyang akan mengamuk dan

tidak mahu menjaga keamanan keluarga mereka sehingga menyebabkan

pertengkaran dan penceraian. Maka dengan itu, kaum Baba akan melangsungkan

beberapa upacara bagi mengenang jasa-jasa nenek-moyang mereka seperti

menjalankan upacara penyembahan pada ulang tahun kematian mereka dengan

menghidangkan buah-buahan dan kuih-muih juga air teh diatas jirat nenek-

moyang mereka, serta akan melekatkan gambar nenek-moyang mereka di sebuah

bingkai sebagai tanda penghargaan dan diletakkan di bahagian ruang tamu serta

10

Page 11: baba dan nyonya 1

akan dihidangkan buah limau supaya mendapat perlindungan dan restu dari

mereka.

Masyarakat Baba juga mengamalkan kepercayaan kepada keramat.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:15) Kepercayaan keramat iaitu

suatu kepercayaan terhadap sesuatu yang aneh, misalnya seperti kebiasaan

sesetengah masyarakat Melayu yang akan menyanjung seseorang yang

mempunyai kelebihan semasa hidupnya walaupun orang tersebut telah meninggal

dunia dengan melakukan sesuatu di makam orang tersebut atau menjadikan orang

tersebut sebagai satu wasilah badi’i, iaitu menuju kejalan kesesatan dalam bacaan

doanya. Namun bagi masyarakat Baba, mereka akan membuat sesuatu perkara

yang berbentuk pemujaan diatas makam orang tersebut dengan tujuan memohon

pertolongan dan sebagainya. Ini kerana mereka menganggap bahawa roh si mati

akan memberi kesejahteraan kepada mereka yang hidup.

Selain mempercayai kepada makam orang yang mempunyai kelebihan,

masyarakat Baba juga mempercayai kepada busut atau batu-batu besar. Ini

kerana mereka menganggap bahawa batu dan busut yang besar mempuyai kuasa.

Oleh itu, terdapat segelintir masyarakat Baba akan membalut busut atau batu-batu

besar dengan kain kuning sebagai langkah memuja.

Walaupun terdapat pelbagai amalan yang dilakukan oleh masyarakat

Baba, namun mereka juga melakukan beberapa pantang-larang yang mesti

dituruti. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:19), pantang-larang

ini akan didedahkan kepada mereka sejak dari kecil lagi supaya pantang-larang ini

menjadi satu amalan dalam diri mereka hingga dewasa.

Antara pantang-larangnya ialah, seorang itu tidak boleh membuang air

merata-rata kerana akan membawa kecelakaan pada diri mereka. Kaum Baba

juga dilarang untuk bersiul dalam rumah terutamanya anak dara, kerana akan

menyebabkan susah untuk mendapat jodoh.

Ketika menyambut hari perayaan pula, masyarakat Baba dilarang untuk

membersihkan rumah kerana dianggap membuang untung dan mendatangkan sial.

Selain itu, masyarakat Baba juga tidak dibenarkan menyapu serpihan mercun

11

Page 12: baba dan nyonya 1

kerana serpihan itu dianggap tuah dan membawa jalan menuju ke syurga.

5.0 Pakaian masyarakat Baba dan Nyonya

Menurut Kamus Melayu Global (2006), pakaian ialah sesuatu yang

diperbuat daripada kain. Pakaian masyarakat Baba berbeza dari masyarakat Cina,

malah lebih mirip dengan pakaian masyarakat Melayu, ini dapat dilihat pada

beberapa jenis pakaian kaum Nyonya.

Misalnya, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:48) pakaian

berikut adalah seperti baju cekak musang, antara pakaian yang hampir serupa

dengan baju kurung namun pakaian tersebut lebih ketat mengikut saiz bentuk

badan pemakai. Warna yang sering menjadi pilihan kaum nyonya adalah seperti

warna-warna yang terang dan berbunga kecil, seperti warna kelabu, putih, merah

hati adalah menjadi kegemaran utama. Baju cekak musang ini akan dipadankan

dengan kain sarong atau kain pelikat, kadangkala ada juga kaum wanita

masyarakat Baba yang meletakkan kain batik di bahu untuk di jadikan selendang

ketika memakai baju cekak musang.

Selain itu, Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49) wanita masyarakat

Baba juga gemar memakai baju kebaya labuh. Baju kebaya labuh ini akan dihiasi

dengan pelbagai jenis kerongsang dan dipadankan dengan kain batik sarong,

manakala rambut pula akan disanggulkan dengan sanggul yang menarik. Warna

yang menjadi kegemaran untuk dipilih antaranya ialah biru muda, merah jambu

dan putih, dan pada kebiasaanya sulam bunga di baju kebaya mempunyai warna

yang sama dan amat menarik. Baju kebaya labuh ini kelihatan lebih lembut dan

nipis, oleh itu amat sesuai dipakai oleh golongan wanita muda masyarakat Baba

supaya kelihatan sopan.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:49), bagi masyarakat

Baba, mereka mempunyai baju khas bagi kaum wanita masyarakat Baba yang

perlu dipakai ketika hari pertama dalam perkahwinan, iaitu baju Koon. Baju

Koon berbentuk panjang dan labuh serta akan dihiasi dengan sulaman pada kain

baldu. Ketika memakai baju ini rambut akan dihias, berbentuk sanggul bunga

12

Page 13: baba dan nyonya 1

yang dihiasi dengan ikatan dipanggil buntut belangkas kerana cucuk sanggulnya

berbentuk lintang bulat.

Manakala pakaian yang selalu dipakai bagi lelaki masyarakat Baba ialah

teng sah beh kuah, iaitu baju cekak musang yang berbutang kain sangkut dan

berseluar kilat kosong dan dipadankan dengan topi berwarna hitam. Baju ini

dinamakan teng sah yang bermaksud baju labuh panjang, beh kuah pula

membawa maksud baju pendek yang dipakai diluar teng sah.

Rekaan kasut yang unik dan amat digemari oleh masyarakat Baba ialah

kasut manek. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang dihasilkan dari

jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut

manek tradisional ini sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya

dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarong batik. Kini kasut manek diberi

rekaan moden serta ditambah tumit.

13

Page 14: baba dan nyonya 1

6.0 Kepelbagaian masakan Baba dan Nyonya.

Pelbagai keunikan yang dapat dilihat dalam amalan masyarakat Baba.

Antaranya seperti gaya makan dan jenis masakan Baba yang bercampur antara

masyarakat Melayu dan Cina. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:

43), bagi masyarakat Baba, mereka akan makan menggunakan tangan seperti

masyarakat melayu, tetapi amalan ini hanya dilakukan dirumah sahaja, mereka

juga makan dalam keadaan tertib dan sopan seperti masyarakat Melayu. Masakan

masyarakat Baba digelar sebagai masakan Nyoya kerana jenis masakan mereka

adalah hasil gabungan masakan Cina dan Melayu yang menggunakan rempah

masakan melayu. Misalnya seperti ayam kapitan, iaitu sejenis makanan yang

dimasak menggunakan rempah kari dan ayam tersebut perlu dimasak sehingga

kering tanpa berkuah. Masakan ini kebiasaanya dimasak pada waktu makan

tengahari dan juga dihidangkan ketika menyambut perayaan.

Selain itu, makanan yang menjadi kegemaran adalah seperti inci kabin

(ayam goreng cara Nyonya), pindang bandeng (kuah ikan), itik tim (itik yang

dimasak dengan sayur jeruk), itik sioh (itik yang disalut rempah), pang-teh bak-

wan kepiting (babi cincang yang dicampur dengan sup ketam), nasi lemak dan

banyak lagi. Walaupun makanan ini dihidangkan pada hari biasa, namun ianya

akan menjadi lebih istimewa pada hari keramaian atau ketika menyambut

sebarang perayaan.

Selain itu masyarakat Baba juga mempunyai beberapa masakan yang

hanya akan dihidangkan pada majlis-majlis tertentu. Menurut Jasman Ahmad dan

Rosnah Ramli (1997:44), misalnya seperti masakan mi sua tau, ia dibuat dengan

menggunakan mi khas dan mi sua tau ini adalah salah satu makanan yang

istimewa kerana makanan ini dipercayai dapat memenuhi hajat serta

memanjangkan umur. Masyarakat Baba hanya akan menghidangkan mi sua tau

ini bersama dengan nasi kunyit pada majlis menyambut hari lahir seseorang.

Bukan sahaja masakan Cina dan Melayu yang telah menjadi sebahagian

daripada masakan masyarakat Baba secara keseluruhannya, bahkan kuih-muih

14

Page 15: baba dan nyonya 1

masyarakat Cina dan Melayu juga telah menjadi satu makanan kegemaran kaum

Baba. Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:46), misalnya seperti

kuih-muih Cina, iaitu kuih bakul, pulut inti daging khinzir dan pau kacang merah

adalah antara kuih yang digemari oleh masyarakat Baba. Buktinya, seperti kuih

bakul yang menjadi kuih yang paling penting dalam setiap perayaan dan upacara

yang diamalkan oleh masyarakat Baba, kuih bakul juga dikenali sebagai tih kuey

yang diperbuat daripada tepung yang dimasak dengan gula. Kuih bakul ini adalah

salah satu kuih tradisional yang masih dikekalkan hingga sekarang.

Kuih-muih masyarakat Melayu yang digemari serta menjadi juadah yang

lazat ketika mengadakan perayaan masyarakat Baba pula adalah seperti dodol,

wajik, tapai dan bahulu. Segelintir masyarakat Baba mahir dalam membuat kuih-

muih masyarakat Melayu kerana dipercayai mempunyai pergaulan yang erat

dengan masyarakat Melayu.

Namun begitu, bagi masyarakat Baba dodol yang dibuat dengan

menggunakan beras yang ditumbuk halus dan ditampi adalah lebih sedap

berbanding tepung beras yang dikilang dan dijual di pasaran.

Kuih wajik pula adalah sama pembuatannya dengan masyarakat Melayu.

Manakala kuih bahulu ynag dibuat oleh masyarakat Baba sedikit berbeza dengan

masyarakat Melayu, kerana masyarakat Baba menggunakan telur itik berbeza

dengan masyarakat Melayu yang menggunakan telur ayam, namun ianya tetap

menghasilkan rasa dan keenakan yang sama. Cara pembakaran bahulu agak unik

kerana bahan api prlu diletakkan dibahagian bawah dan atas acuan untuk

memastikan bahulu masak dengan sempurna.

15

Page 16: baba dan nyonya 1

7.0 Hari-hari perayaan Baba dan Nyonya.

Masyarakat Baba juga adalah golongan yang menadaptasi perayaan masyarakat

Melayu dan masyarakat Cina. Oleh itu terlalu banyak perayaan yang mereka raikan.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:38), antara perayaan yang mereka

raikan ialah Tahun Baru Cina, Cheng Beng, Sembahyang Hantu, Sembahyang Bulan,

Ong Yah, Tung Chek dan Perayaan Bulan Mei.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang disambut dengan meriah dan secara

besar-besaran oleh masyarakat cina. Tarikh perayaan Tahun Baru Cina disambut

berdasarkan pengiraan takwim orang cina yang berasakan sistem lunar, iaitu pengiraan

mengikut peredaran bulan. Tahun Baru Cina merupakan hari pertama pada bulan

pertama takwim orang Cina. Perayaan ini dikatakan lebih menyerupai perayaan musim

menuai padi pada zaman kuno dahulu. Menurut Goh Hin San (1985, Febuari), mengikut

beberapa lagenda, pada zaman purba dahulu masyarakat cina bermastautin dan bertani di

sebidang dataran yang subur dan hidup aman dan damai. Malangnya seekor raksasa

ghaib akan datang menyerang membunuh penduduk serta membinasakan harta benda

mereka malam musim sejuk dan akan mengulangi serangannya setelah matahari terbit

365 hari. Akhirnya seorang yang bijaksana mendapati bahawa raksasa itu Cuma takut

terhadap tiga perkara di bumi iaitu, bunyi, cahaya dan warna merah. Raksasa itu

dinamakan Nian. Oleh disebabkan itu, maka masyarakat Cina akan membakar mercun

untuk mengeluarkan bunyi, pelita dan dian dinyalakan dan warna merah dijadikan pilihan

utama.

Namun pada masa kini, lagenda itu telah diluputkan dan masyarakat Baba akan

membersihkan rumah dan menyediakan beberapa keperluan seperti membuat kuih-muih

dan pelbagai masakan tradisional untuk jamuan ahli keluarga dan saudara mara sebelum

Tahun Baru Cina disambut. Pada malam hari sebelum menyambut Tahun Baru Cina,

semua ahli keluarga berkumpul untuk menjamu selera. Walaupun ahli keluarga tinggal

berjauhan mereka diharuskan menghadiri makan malam tersebut. Pelbagai jenis makanan

akan disajikan diatas meja yang besar. Selepas itu mercun akan dibakar sebagai tanda

16

Page 17: baba dan nyonya 1

kemeriahan. Pada keesokan paginya masyarakat Baba akan bersembahyang untuk

mendapatkan kesejahteraan pada sepanjang tahun tersebut.

Selepas itu sanak saudara akan datang berkunjung dengan membawa pelbagai

juadah serta buah limau mandarin yang menjadi lambang Tahun Baru Cina. Kepada

mereka yang telah berkeluarga adalah diwajibkan untuk memberi angpau kepada mereka

yang masih bujang.

Menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 40), angpau ialah duit yang

dimasukkan ke dalam sampul berwarna merah yang melambangkan kebahagiaan.

Angpau yang diberi mestilah mempunyai dua keping duit kertas walaupun mempunyai

nilai yang kecil. Menurut masyarakat Baba, angpau yang mempunyai dua helai note

seringgit adalah lebih baik daripada sekeping note seratus ringgit.

Selain perayaan Tahun Baru Cina, perayaan untuk memperingati Dewa Tua Pek

Kong juga diraikan oleh masyarakat Baba. Masyarakat Baba akan melakukan perayaan

ini pada hari keempat perayaan Tahun Baru Cina. Pada hari perayaan ini, dibahagian

pintu rumah akan diletakkan dua batang kayu yang diwarnakan dengan warna putih dan

merah. Pada hari tersebut juga masyarakat Baba akan menghidangkan peralatan

sembahyang datok pauh, iaitu tiga cawan air teh, dua batang lilin, dan 12 batang colok.

Ketika ini masyarakat Baba akan berdoa supaya dipanjangkan umur dan dimurahkan

rezeki. Upacara ini juga dikenali sebagai perayaan Tung Chek bagi masyarakat Cina.

Selain itu, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997: 41-42), upacara

sembahyang bulan juga adalah salah satu perayaan yang diamalkan oleh masyarakat

Baba. Upacara ini dilakukan sempena menyambut kelahiran bulan. Menurut dalam

kepercayaan masyarakat Baba, perayaan ini akan disambut pada 15 haribulan lapan

dalam kelender Cina. Sembahyang bulan dilakukan didalam rumah akhay-akhay, iaitu

rumah kecil di halaman rumah yang dihias cantik. Semasa upacara itu dilakukan,

berpuluh batang lilin akan dinyalakan ketika bersembahyang dan pelbagai jenis makanan

yang lazat akan dihidangkan. Kuih bulan akan diletakkan ditengah-tengah dan dikelilingi

oleh makanan yang lain seperti kuih waajik, dodol, kuih bakul, teh cina dan sebagainya.

Ketika itu masyarakat Baba akan berdoa semoga bulan sentiasa memberi cahaya kepada

mereka.

17

Page 18: baba dan nyonya 1

Manakala menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:40) , perayaan Cheng

Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kelender cina.

Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai

kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai

hidup di kubur.

Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas

emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang

telah mati terutama nenek-moyang mereka.

Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakan persembahan lauk ketika

bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan Baba seperti dulang,

pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan kegembiraan roh

dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak dan

makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh

nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat

kejayaan di dunia.

18

Page 19: baba dan nyonya 1

8.0 Kesenian dan peralatan masyarakat Baba dan Nyonya.

Seni menurut Kamus Melayu Global (2006) ialah sesuatu penghasilan

yang halus dan indah. Kesenian masyarakat Baba kebanyaknya mempunyai motif

yang berasal dari negara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat

mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya

diukir dengan hasil ukiran yang halus dan ukirannya timbul. Misalnya seperti

kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.

Selain itu, menurut Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997:51),

peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik ialah pada

porselin. Porselin ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan

Nyonya. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau

Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong di

negara China, oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak

yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix, bunga

dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga

botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin

kaum Baba, ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah

seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning.

Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan

untuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel

warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan

biasanya akan digunakan ketika minum teh pada hari perkahwinan.

Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan, khasnya seperti

hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada

buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan

pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga

tingkat, corak hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak

pemiliknya.

19

Page 20: baba dan nyonya 1

9.0 Penutup.

Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai

kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba

itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak semakin dipingggirkan.

Identiti mesyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan

telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan

aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan

sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses

akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan

menarik.

Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah

mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini

membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah negara itu dapat

mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri.

Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah

berasal dari asmilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya

Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam

kebudayaan masyarakat Baba.

20

Page 21: baba dan nyonya 1

10.0 Bibliografi.

Ahmad Razali (1985, April). Budaya : Arah satu bangsa. Majalah dewan budaya. 16

Arbak Othman (1999). Kamus bahasa melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Goh Hin San (1985, Febuari). Tahun baru cina lambang perpaduan. Majalah umum. 33.

Jasman Ahmad dan Rosnah Ramli (1997). Masyarakat baba. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

(2006). Kamus Melayu Global. Kuala Lumpur: Anzagain Sdn Bhd.

Zalifah Abdllah (2006). Budaya berbilang kaum. Melaka: Assocated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.

21