bab 8: ekosistem dinamik

7
SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4 57 TEMA : MENYIASAT PERHUBUNGAN HIDUPAN DENGAN PERSEKITARAN BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata 1.1 Memahami komponen abiosis dan biosis dalam persekitaran Menjalankan kajian lapangan untuk perkara berikut: (a) mengenalpasti komponen- komponen abiosis melibatkan pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim mikro dalam ekosistem. (b) mengenalpasti komponen- komponen biosis dalam ekosistem. (c) menyiasat hubungan makanan antara komponen biosis untuk membina rantai makanan dan jaringan makanan seterusnya mengelaskan komponen biosis kepada aras-aras trof. (d) menyiasat interaksi antara komponen biosis seperti berikut: (i) simbiosis pada tumbuhan dan haiwan yang meliputi perkara berikut: - Komensalisme. - Parasitisme. - Mutualisme. (ii) Saprofitisme. (iii) Mangsa dan pemangsa. (e) menyiasat interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan iaitu: (i) Persaingan intraspesies. (ii) Persaingan interspesies. Murid boleh: mengenalpasti komponen abiosis dalam satu ekosistem. mengenalpasti komponen biosis dalam satu ekosistem. mengklasifikasikan komponen biosis kepada aras-aras trof. menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponen biosis daripada segi pemakanan. menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan. Menekankan kajian lapangan untuk mengukuhkan kefahaman murid dalam bidang ini. komponen abiosis abiotic component komponen biosis biotic component aras trof – trophic levels pemangsa – predator mangsa – prey persaingan – competition intraspesies – intraspecies interspesies – interspecies

Upload: maiey

Post on 23-Jan-2016

396 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Silibus Bab 8 Biologi Tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

57

TEMA : MENYIASAT PERHUBUNGAN HIDUPAN DENGAN PERSEKITARANBIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

1.1 Memahamikomponenabiosis danbiosis dalampersekitaran

Menjalankan kajian lapangan untuk perkara berikut:

(a) mengenalpasti komponen-komponen abiosis melibatkan pH, suhu, keamatan cahaya, kelembapan, topografi dan iklim mikro dalam ekosistem.

(b) mengenalpasti komponen-komponen biosis dalam ekosistem.

(c) menyiasat hubungan makanan antara komponen biosis untuk membina rantai makanan dan jaringan makanan seterusnya mengelaskan komponen biosis kepada aras-aras trof.

(d) menyiasat interaksi antara komponen biosis seperti berikut:

(i) simbiosis pada tumbuhan dan haiwan yang meliputi perkara berikut: - Komensalisme.

- Parasitisme. - Mutualisme.(ii) Saprofitisme.(iii) Mangsa dan pemangsa.

(e) menyiasat interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan iaitu:

(i) Persaingan intraspesies.(ii) Persaingan interspesies.

Murid boleh:

mengenalpasti komponen abiosis dalam satu ekosistem.

mengenalpasti komponen biosis dalam satu ekosistem.

mengklasifikasikan komponen biosis kepada aras-aras trof.

menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponenbiosis daripada segi pemakanan.

menjelaskan melalui contoh interaksi antara komponen biosis daripada segi persaingan.

Menekankan kajian lapangan untuk mengukuhkan kefahaman murid dalam bidang ini.

komponen abiosis – abiotic component

komponen biosis –biotic component

aras trof – trophic levels

pemangsa –predatormangsa – prey

persaingan –competition

intraspesies –intraspecies

interspesies –interspecies

Page 2: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

58

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMenjalankan eksperimen untuk mengkaji persaingan intraspesies dan persaingan interspesies pada tumbuhan, contohnya jagung dan padi.

Mengumpul dan mentafsirkan data untuk mengkaji persaingan intraspesies dan persaingan interspesies yang melibatkan paramesium, contoh Paramecium aurelia dan Paramecium caudatum.

1.2Memahami proses pengkolonian dan proses sesaran dalam ekosistem

Menjalankan kajian lapangan ke atas suatu ekosistem seperti paya bakau dan kolam untuk perkara berikut:(a) mengenalpasti nic, habitat, komuniti

dan populasi.

(b) menyiasat proses pengkolonian.

(c) menyiasat proses sesaran.(d) mengenalpasti spesies perintis,

spesies penyesar, spesies dominan dan komuniti klimaks.

(e) mengenalpasti ciri-ciri penyesuaian spesies perintis dan spesies penyesar dalam habitat semasa proses pengkolonian dan proses sesaran.

Murid boleh: menyatakan pengertian

ekosistem. mengenalpasti nic, habitat,

komuniti dan populasi dalam ekosistem.

menerangkan proses pengkolonian.

menerangkan proses sesaran. mengenalpasti spesies perintis

dalam suatu ekosistem. mengenalpasti spesies

penyesar dalam suatu ekosistem.

mengenalpasti spesies dominan dalam suatu ekosistem.

mengenalpasti ciri-ciri penyesuaian spesies perintis dalam satu ekosistem.

paya bakau –mangrove swamp

pengkolonian –colonisation

sesaran –succession

spesies penyesar – successors

ciri-ciri penyesuaian –adaptive characteristics

Page 3: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

59

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMurid membentangkan hasil dapatan atau membuat folio.

Mengkaji proses pengkolonian dan sesaran melalui sumber seperti video, perisian komputer dan bahan cetak.

Membincang dan menghubungkaitkan komponen abiosis dan komponen biosis semasa proses pengkolonian dan proses sesaran dalam suatu ekosistem.

mengenalpasti ciri-ciri penyesuaian spesies penyesar.

menerangkan perubahan habitat yang disebabkan oleh spesies perintis.

menerangkan perubahan habitat yang disebabkan oleh spesies penyesar pada setiap peringkat sesaran sehingga mencapai komuniti klimaks.

menghubungkaitkan komponen abiosis dengan komponen biosis dalam suatu ekosistem semasa proses pengkolonian dan sesaran.

spesies perintis –pioneer

komuniti klimaks –climax community

1.3Mensintesiskan idea tentang ekologipopulasi

Membincangkan teknik persampelan yang sesuai untuk mengkaji saiz populasi suatu organisma.Menjalankan kajian lapangan atau menggunakan analogi yang sesuai untuk:(a) menganggarkan saiz populasi

haiwan seperti siput babi dan kutu kayu.

(b) menyiasat taburan tumbuhan dengan menggunakan teknik persampelan kuadrat.

Berdasarkan kajian di atas, bincangkan taburan organisma dalam suatu habitat.

Murid boleh: mengenalpasti teknik

persampelan yang sesuai untuk mengkaji saiz populasi suatu organisma.

menganggarkan saiz populasi organisma dalam suatu habitat.

menentukan taburan organisma dalam suatu habitat berdasarkan kepadatan, frekuensi dan peratus litupan spesis.

teknik persampelan –sampling technique

taburan –distribution

kepadatan –density

kekerapan –frequency

Page 4: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

60

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMembincang dan menghubungkaitkan perubahan dalam taburan populasi organisma dengan perubahan setiap faktor-faktor abiosis.

Merancang dan menjalankan eksperimen untuk mengkaji perhubungan taburan populasi organisma dengan perubahan dalam salah satu faktor abiosis seperti pH, suhu, keamatan cahaya dan kelembapan udara.Organisma yang dicadangkan:Pleurococcus sp., Lemna sp.

menghubungkaitkan perubahan taburan populasi suatu organisma dengan perubahan pada setiap faktor-faktor abiosis.

merekabentuk eksperimen untuk menyiasat kesan perubahan salah satu komponen abiotik ke atas kadar pertumbuhan populasi suatu organisma.

peratus litupan –percentage coverage

kadar pertumbuhan –growth rate

1.4Memahami konsepbiokepelbagaian

Membincangkan perkara berikut:(a) pengertian biokepelbagaian.

(b) keperluan sistem pengelasan organisma.

Mengumpul maklumat berdasarkan perkara berikut:(a) lima alam dalam pengelasan

organisma iaitu Monera, Protista, Fungi, Plantae dan Animalia.

(b) ciri-ciri utama organisma dalam setiap alam.

(c) contoh-contoh organisma dalam setiap alam.

Murid boleh: menerangkan pengertian

biokepelbagaian. menerangkan keperluan

pengelasan organisma.

menyatakan lima alam yang digunakan dalam pengelasan organisma.

mengenalpasti ciri utama organisma dalam setiap alam.

menyenaraikan contoh organisma bagi setiap alam.

biokepelbagaian –biodiversity

pengelasan –classification

Page 5: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

61

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata

Membincangkan perkara berikut:(a) hierarki pengelasan organisma

daripada alam hingga ke spesies.

(b) kaedah penamaan beberapa contoh haiwan vertebrata dan tumbuhan berbunga tempatan mengikut sistem binomial Linneaus.

(c) kepentingan biokepelbagaian.

Menjalankan lawatan lapangan untuk mewujudkan kesedaran tentang biokepelbagaian dalam suatu ekosistem.

menyatakan hierarki pengelasan organisma denganmenggunakan contoh.

menerangkan dengan mengunakan contoh kaedah penamaan organisma dengan menggunakan sistem binomial Linnaeus.

menerangkan kepentingan biokepelbagaian.

1.5Memahami impak mikroorganisma ke atas kehidupan

Mengenalpasti dan menyenaraikan pelbagai jenis mikroorganisma seperti protozoa, alga, kulat, bakteria dan virus melalui sumber seperti carta, slaid dan foto mikrograf.

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan suhu, pH, cahaya dan nutrien ke atas aktiviti mikroorganisma seperti Bacillus subtilis atau yis.

Murid boleh: mengelaskan jenis

mikroorganisma berdasarkan ciri-ciri asas.

menyatakan komponen abiosis yang memberi kesan kepada aktiviti mikroorganisma.

menerangkan kesan perubahan dalam setiap komponen abiosis pada aktiviti mikroorganisma.

Nota ringkas tentang ciri-ciri asas untuk setiap jenis mikroorganisma diperlukan.

Page 6: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

62

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMengumpul maklumat dan membincangkan peranan mikroorganisma berfaedah dalam perkara berikut:(a) pereputan.(b) kitaran nitrogen.(c) salur alimentari anai-anai.(d) sistem pencernaan manusia.

Mengumpul maklumat dan membincangkan kesan-kesan mikroorganisma yang berbahaya:(a) menyebabkan penyakit.(b) merosakkan makanan dan bahan.

Mengumpul maklumat dan membentangkan hasil dapatan seperti yang berikut:(a) patogen, vektor, simptom dan cara

jangkitan penyakit seperti demam malaria, demam denggi, kolera, influenza, kurap, keracunan makanan, AIDS, hepatitis dan SARS.

(b) kaedah pengawalan patogen seperti penggunaan antibiotik, vaksin, antiseptik dan disinfektan.

menerangkan peranan

mikroorganisma yang berfaedah.

menerangkan kesan mikroorganisma yang berbahaya ke atas hidupan.

menerangkan pengertian patogen.

mengenalpasti patogen, vektor dan simptom suatu penyakit.

menerangkan bagaimana penyakit disebarkan.

menghuraikan kaedah pengawalan patogen.

Nama saintifik patogen dan kitaran hidup vektor tidak diperlukan.

pereputan –decomposition

salur alimentari –alimentary canal

patogen –pathogen

pemindahan –transmission

keracunan makanan – food poisoning

Page 7: Bab 8: Ekosistem Dinamik

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

63

BIDANG PEMBELAJARAN : 1.0 EKOSISTEM DINAMIK Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata

Mengumpulkan maklumat dan membentangkan kegunaan mikroorganisma dalam bioteknologi seperti yang berikut:(a) penghasilan antibiotik dan vaksin.(b) pembersihan tumpahan minyak.(c) rawatan kumbahan.(d) pemprosesan makanan.(e) penghasilan bioplastik.(f) penghasilan tenaga daripada

biojisim.

menerangkan penggunaan mikroorganisma dalam bioteknologi dengan menggunakan contoh yang sesuai.

tumpahan minyak – oil spill

rawatan kumbahan –waste treatment

1.6Menghargai biokepelbagaian

Menjalankan forum bagi membincangkan kepentingan memelihara dan memulihara biokepelbagaian.

Menjalankan aktiviti untuk memelihara dan memulihara pelbagai hidupan di sekeliling kita.

Murid boleh: mewajarkan kepentingan

pemeliharaan dan pemuliharaan biokepelbagaian.

memelihara dan memulihara pelbagai hidupan di sekeliling kita.

pemeliharaan –preservation

pemuliharaan –conservation