bab 7: respirasi

8
SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4 49 TEMA : MENYIASAT FISIOLOGI HIDUPAN BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif Pembelajaran Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata 2.1 Memahami proses respirasi dalam penghasilan tenaga Membincangkan yang berikut: (a) proses-proses hidup memerlukan tenaga. (b) substrat utama untuk respirasi iaitu glukosa yang diperolehi daripada berikut: (i) pencernaan karbohidrat dalam manusia dan haiwan. (ii) proses fotosintesis dalam tumbuhan. Membincangkan jenis-jenis respirasi. Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan respirasi aerob. Membincangkan penghasilan tenaga dalam respirasi aerob. Menjalankan eksperimen untuk menyiasat respirasi anaerob dalam yis. Murid boleh: menyatakan keperluan tenaga dalam semua proses hidup. mengenalpasti substrat utama penghasilan tenaga. menyatakan dua jenis respirasi. menerangkan apakah respirasi sel. menerangkan penghasilan tenaga daripada glukosa semasa proses respirasi aerob. menyatakan keadaan yang menyebabkan berlakunya respirasi anaerob dalam sel. menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis. proses-proses hidup – living processes

Upload: maiey

Post on 23-Jan-2016

539 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Silibus Bab 7 Biologi Tingkatan 4

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

49

TEMA : MENYIASAT FISIOLOGI HIDUPANBIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI

Objektif Pembelajaran

Cadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan Kata

2.1Memahami proses respirasi dalam penghasilan tenaga

Membincangkan yang berikut:(a) proses-proses hidup memerlukan

tenaga.(b) substrat utama untuk respirasi iaitu

glukosa yang diperolehi daripada berikut: (i) pencernaan karbohidrat dalam

manusia dan haiwan. (ii) proses fotosintesis dalam tumbuhan.

Membincangkan jenis-jenis respirasi.

Menjalankan aktiviti untuk menunjukkan respirasi aerob.

Membincangkan penghasilan tenaga dalam respirasi aerob.

Menjalankan eksperimen untuk menyiasat respirasi anaerob dalam yis.

Murid boleh: menyatakan keperluan tenaga

dalam semua proses hidup. mengenalpasti substrat utama

penghasilan tenaga.

menyatakan dua jenis respirasi.

menerangkan apakah respirasi sel.

menerangkan penghasilan tenaga daripada glukosa semasa proses respirasi aerob.

menyatakan keadaan yang menyebabkan berlakunya respirasi anaerob dalam sel.

menerangkan proses respirasi anaerob dalam yis.

proses-proses hidup – living processes

Page 2: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

50

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata

Membincangkan yang berikut:(a) keadaan yang menyebabkan proses

respirasi anaerob dalam sel.(b) proses respirasi anaerob dalam otot

manusia.

Menggunakan penyusun grafik untuk membanding dan membezakan respirasi aerob dengan respirasi anaerob.

menerangkan proses respirasi anaerob dalam otot manusia.

menulis persamaan kimia untuk respirasi aerob dananaerob.

Membanding dan membezakan antara respirasi aerob dan respirasi anaerob.

Page 3: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

51

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata2.2Menganalisis struktur respirasi dan mekanisme pernafasan dalam manusia dan haiwan

Memerhatikan grafik dan spesimen-spesimen hidup dan membincangkan struktur respirasi dalam manusia dan organisma lain termasuk protozoa, serangga, ikan dan amfibia.

Menjalankan aktiviti untuk membandingkan jumlah luas permukaan pada sekeping kad yang rata dengan sekeping kad lipatan beralun, seterusnya menghubungkaitkan pertambahan jumlah luas permukaan dengan pengubahsuaian struktur permukaan.

Membincangkan perhubungan antara jumlah luas permukaan struktur respirasi dengan kecekapan pertukaran gas dalam pelbagai organisma.

Murid boleh:

menyatakan struktur respirasi dalam manusia.

membuat inferens tentang pelbagai penyesuaian struktur respirasi.

menghuraikan ciri-ciri permukaan respirasi dalam manusia dan lain-lain organisma.

menghuraikan mekanisme pernafasan dalam manusia dan organisma lain.

membanding dan

struktur respirasi –respiratory structure

kad lipatan beralun –corrugated card

penyesuaian –adaptations

Memerhatikan struktur respirasi untuk merumuskan ciri-ciri permukaan respirasi pada manusia dan organisma lain seperti protozoa, serangga, ikan dan amfibia.

Membina atau menggunakan model yang boleh dimanipulasikan untuk menerangkan mekanisme pernafasan pada manusia.

permukaan respirasi –respiratory surfaces

mekanisme pernafasan –breathing mechanism

Page 4: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

52

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMembincangkan mekanisme pernafasan organisma lain seperti protozoa, serangga, ikan dan amfibia.Menggunakan penyusun grafik untuk membanding dan membezakan sistem respirasi manusia dengan organisma lain.

membezakan sistem respirasi manusia dengan organisma lain.

2.3Memahami konsep pertukaran gas merentas permukaan respirasi dan pengangkutan gas dalam manusia

Membincangkan dengan menggunakan gambar rajah proses pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu dari aspek yang berikut:(a) Perbezaan tekanan separa gas

respirasi dalam alveolus dan kapilari darah di peparu iaitu:(i) Tekanan separa oksigen adalah

tinggi dalam alveolus berbanding dengan tekanan separa oksigen dalam kapilari darah.(ii) Tekanan separa karbon dioksida adalah rendah dalam alveolus berbanding dengan tekanan separa karbon dioksida dalam kapilari darah.

(b) Perbezaan tekanan separa oksigen dan karbon dioksida dalam darah ke alveolus dengan darah yang meninggalkan alveolus iaitu:(i) Tekanan separa oksigen adalah

Murid boleh:

menghuraikan proses pertukaran gas merentas permukaan alveolus dan kapilari darah di peparu.

pertukaran gas –gaseous exchange

kapilari darah –blood capillary

tekanan separa –partial pressure

Page 5: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

53

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata rendah dalam darah ke alveolus berbanding dengan tekanan separa oksigen dalam darah yang meninggalkan alveolus.(ii) Tekanan separa karbon dioksida adalah tinggi dalam darah ke alveolus berbanding dengan tekanan separa karbon dioksida dalam darah yang meninggalkan alveolus.

Membincangkan yang berikut:(a) Pengangkutan gas-gas respirasi

dalam manusia.(b) Pertukaran gas-gas respirasi antara

darah dan sel-sel badan.

Menggunakan rajah skema untuk menerangkan pertukaran dan pengangkutan gas-gas respirasi dalam manusia.

Menjalankan eksperimen untuk menyiasat perbezaan antara udara sedutan dan hembusan berkaitan dengan oksigen, karbon dioksida dan kandungan haba.

menerangkan pengangkutan gas-gas respirasi.

menerangkan proses pertukaran respirasi antara darah dan sel badan.

membezakan komposisi udara sedutan dan hembusan.

Peringatan:Kendalikan larutan-larutan berikut dengan berhati-hati:Kalium pirogalol beralkali dan Kalium hidroksida pekat.

udara sedutan –inhaled air

udara hembusan –exhaled air

Page 6: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

54

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

KataMengkaji proses pertukaran dan pengangkutan gas respirasi dengan menggunakan simulasi dan animasi berkomputer.

2.4Memahami mekanisme kawal atur respirasi

Menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan aktiviti cergas ke atas kadar respirasi dan kadar denyutan jantung.

Membincangkan yang berikut:

(a) Menghubungkaitkan kadar respirasi dengan kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

(b) Mekanisme kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

Membincangkan gerak balas respirasi manusia, kadar respirasi dan kadar denyutan jantung dalam situasi berbeza:(a) aktiviti cergas seperti berenang,

berlari, senaman aerobik, mendaki bukit dan bermain badminton.

(b) beristirehat.(c) ketakutan.

Murid boleh: menghuraikan perubahan

kadar respirasi sebaik sahaja tamat menjalankan aktiviti cergas.

menghubungkaitkan kadar respirasi dengan kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

menerangkan kawal atur kandungan oksigen dan karbon dioksida dalam badan.

menerangkan gerak balas respirasi manusia dan kadar respirasi dalam situasi berbeza.

menghubungkaitkan kadar respirasi dengan kadar denyutan jantung.

aktiviti cergas –vigorous activity

mekanisme kawal atur – regulatory mechanism

gerak balas –response

kadar denyutan jantung – rate of heart beat

Page 7: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

55

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Kata2.5Menyedari kepentingan mengekalkan sistem respirasi yang sihat

Membincangkan tabiat-tabiat yang perlu diamalkan dan perlu dijauhi untuk memastikan kecekapan fungsi organ-organ respirasi.

Menjalankan eksperimen untuk menunjukkan kesan asap rokok ke atas kapas putih dan menganalogikan keadaan kapas dengan peparu.

Menunjukkan gambar-gambar peparu yang rosak (kanser) akibat merokok.

Murid boleh: menjaga dan mengekalkan

kecekapan fungsi organ respirasi.

kecekapan –efficiency

2.6Memahami respirasi dalam tumbuhan

Membincangkan yang berikut:(a) tumbuhan memerlukan tenaga yang

lebih rendah berbanding dengan haiwan untuk proses-proses hidup.

(b) pengambilan oksigen oleh tumbuhan untuk respirasi.

Melukis gambar rajah untuk menunjukkan pengambilan oksigen oleh tumbuhan.

Membincangkan respirasi anaerob yang dijalankan oleh tumbuhan padi di sawah atau tumbuhan lain dalam keadaan tertentu seperti banjir.

Menggunakan penyusun grafik untuk membandingkan proses respirasi dengan proses fotosintesis dalam

Murid boleh: menghuraikan keperluan

tenaga dalam tumbuhan.

menerangkan pengambilan oksigen oleh tumbuhan.

menerangkan respirasi aerob dalam tumbuhan.

menerangkan respirasi anaerob dalam tumbuhan yang berlaku dalam keadaan tertentu.

membanding dan membezakan proses fotosintesis dan respirasi.

Gambar rajah keratan rentas daun diperlukan.

Keperluan tenaga – energy requirement

Page 8: Bab 7: Respirasi

SPESIFIKASI KURIKULUM BIOLOGI TINGKATAN 4

56

BIDANG PEMBELAJARAN : 2.0 RESPIRASI Objektif

PembelajaranCadangan Aktiviti Pembelajaran Hasil Pembelajaran Nota Perbendaharaan

Katatumbuhan.

Membincangkan yang berikut:(a) pengertian titik pampasan.(b) menghubungkaitkan keamatan

cahaya dengan titik pampasan pada graf.

Menggambarkan dan menghuraikan kesan ke atas hidupan apabila kadar fotosintesis dan kadar respirasi kekal pada titik pampasan.

menerangkan apakah titik pampasan.

menghubungkaitkan keamatan cahaya dengan pencapaian titik pampasan.

meramalkan situasi sekiranya kadar fotosintesis dan kadar respirasi sentiasa berada pada titik pampasan.

titik pampasan –compensation point

keamatan cahaya – light intensity