bab 1- konsep mengajar

38
 PROFESIONAL  Edu 3083

Upload: abcais-batu-campur

Post on 02-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

MM

TRANSCRIPT

  • PROFESIONAL

    Edu 3083

  • PROFESIONAL

    Seorang profesional adalah seseorang yang menawarkan jasa

    atau layanan sesuai dengan protokol dan peraturan dalam

    bidang yang dijalaninya; dan menerima gaji sebagai upah atas

    jasanya. Orang tersebut juga merupakan anggota suatu entiti

    atau organisasi yang didirikan sesuai dengan hukum di sebuah

    negara atau wilayah.

  • Meskipun begitu, seringkali seseorang yang merupakan ahli dalam

    suatu bidang juga disebut "profesional" dalam bidangnya meskipun

    bukan merupakan anggota sebuah entiti yang didirikan dengan sah.

  • PROFESION MEMPUNYAI

    CIRI-CIRI

    (LIEBERMAN)

    Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik, penting dan mempunyai matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.

    Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.

    Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.

  • Ahli sesuatu profesion adalah pakar pekerjaan tertentu dan mempunyai semasa menjalankan tugasnya.

    Orang profesional adalah pekerja mutu perkhidmatan serta dedikasi dan tidak mementingkan pendapatan semasa memberi perkhidmatan.

  • Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.

    Setiap ahli profesion mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu.

    Setiap ahli profesion akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya.

  • RUMUSAN KONSEP PROFESION

    Sesuatu pekerjaan yang khusus dan

    dilaksanakan oleh orang mempunyai kelulusan

    dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu,

    bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan

    bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas

    serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh

    organisasinya

  • Perguruan, mengikut Kamus Dewan (1989), di

    bawah konteks pendidikan guru, adalah bermaksud

    sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada

    guru pelatih, murid dan sebagainya.

    Keguruan, boleh diertikan sebagai perkara yang

    berkaitan dengan guru, iaitu yang berkaitan dengan

    peranan, tugas dan kelayakkan sebagai guru.

  • KESIMPULAN KONSEP PROFESION PERGURUAN DAN

    KEGURUAN

    -Profesion perguruan adalah pekerjaan pengajaran yang

    memerlukan tahap pelajaran yang tinggi dan latihan khas seperti di

    Institut Perguruan Malaysia.

    -Profesion keguruan merupakan pekerjaan yang berkaitan

    dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

  • GURU SEBAGAI PROFESIONAL

    1. Konsep profesional ialah orang pekerja yang bergiat dalam bidang profesion.

    2. Orang yang mengamalkan ilmu pengetahuan,kepakaran dan kemahirannya dalam profesion keguruan.

  • PROFESIONALISME

    Profesionalisme ialah sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara

    pelaksanaan sesuatu dan lain-lain) sebagaimana yang sewajarnya

    terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional.

    Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna

    berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus

    untuk menjalankannya, (KBBI, 1994). Jadi, profesionalisme adalah

    tingkah laku, kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional

    (Longman, 1987).[2]

  • Profesionalisme berasal daripada profesion yang bermakna

    berhubungan dengan profesion dan memerlukan kepandaian khusus

    untuk menjalankannya. Jadi, profesionalisme adalah tingkah laku,

    kepakaran atau kualiti dari seseorang yang profesional (Longman,

    1987).

  • CIRI-CIRI

    PROFESIONALISME

    Seseorang yang memiliki jiwa profesionalisme senantiasa

    mendorong dirinya untuk mewujudkan kerja-kerja yang profesional

  • K UA L I T I P R O F E S I O N A L I S M E D I D O K O N G

    O L E H C I R I - C I R I

    1. Keinginan untuk selalu menampilkan perilaku yang mendekati piawai ideal.

    Seseorang yang memiliki profesionalisme tinggi akan selalu berusaha

    mewujudkan dirinya sesuai dengan piawai yang telah ditetapkan. Ia

    akan mengidentifikasi dirinya kepada sesorang yang dipandang

    memiliki piawaian tersebut. Yang dimaksud dengan piawai ideal

    ialah suatu perangkat perilaku yang dipandang paling sempurna dan

    dijadikan sebagai rujukan

  • 2 . M E NI NG KAT KAN DAN M E M E LI HARA I M E J PROF E SI ON

    Profesionalisme yang tinggi ditunjukkan oleh besarnya keinginan

    untuk selalu meningkatkan dan memelihara imej profesion melalui

    perwujudan perilaku profesional. Perwujudannya dilakukan melalui

    berbagai-bagai cara misalnya penampilan, cara percakapan,

    penggunaan bahasa, sikap tubuh badan, sikap hidup harian, hubungan

    dengan individu lainnya.

  • 3. Keinginan untuk sentiasa mengejar kesempatan pengembangan profesional

    yang dapat meningkatkan dan meperbaiki kualiti pengetahuan dan

    keterampiannya

  • 4 . ME NGE JAR KUALIT I DAN CITA -CITA DALAM PROFE SION

    Profesionalisme ditandai dengan kualiti darjat rasa bangga akan

    profesion yang dipegangnya. Dalam hal ini diharapkan agar seseorang

    itu memiliki rasa bangga dan percaya diri akan profesionnya.

  • SIAPAKAH GURU?

    Guru adalah ahli masyarakat yang mempunyai

    perhubungan sosial yang saling berkait dengan masyarakat

    yang berstatus.

    Merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan

    yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar-

    pelajar di sekolah.

  • GURU.

    G Perlu menerima latihan dalam perguruan Pengetahuan yang

    luas U

    R Perlu menguasai kaedah dan carapenampaian dalam P&P

    U Mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji

  • PE R ANAN - PE R ANAN LAIN

    Agen perubahan

    Pengganti ibu & bapa

    Penasihat & Pembimbing

    Pembentuk peribadi anak-anak

  • Menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Contoh : menerima Sijil Perguruan atau

    Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

    Perkara perkara yang perlu ada untuk menjadi seorang guru

    Menguasai kaedah atau cara penyampaian dalam pengajaran

    Mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh muridnya

    Mempunyai pengetahuan yang meluas dalam mata pelajaran

    yang ditugaskan untuk mengajar

    Peranan-peranan

    lain

    Guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa,

    menjadi penasihat dan pembimbing dalam

    pembentukan sahsiah murid.

    Agen pembaruan bagi masyarakat

  • AUTORITI SEORANG GURU

    1. Kaedah mengajar, keilmuan dan kepakaran dalam sesuatu pelajaran

    sekolah.

    2. Kawalan sosial di sekolah.

    3. Kawalan disiplin murid dan menentukan ganjaran atau denda

    mengikut garis panduan sekolah.

    4. Hal-hal tingkahlaku dan perkembangan murid.

    5. Pengelolaan gerak kerja kokurikulum.

    6. Pembimbing kepada murid, khasnya dalam pemilihan kerjaya dan

    bidang pengajian pengkhususan.

  • IKHTISAS KEGURUAN

    Ikhtisas ialah suatu pekerjaan yang biasanya memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam.

    Mengajar merupakan sesuatu pekerjaan yang melibatkan intelek dan tindakan yang cekap.

    Guru perlu sentiasa belajar, berfikir, merancang, menilai murid- murid mempunyai pengetahuan yang luas, kemahiran dan kaedah penyampaian yang cekap serta mempunyai sahsiah

    yang elok dan bersikap dedikasi dalam pekerjaan. Golongan guru meliputi pelbagai latarbelakang dalam

    kelayakan akademik dan latihan. Contoh; kelulusan SPM, Diploma dan Ijazah. Perbezaan kelayakan ini menyebabkan guru dikelaskan dalam berbagai

    Kategori DG54, DG52, DG41.

  • Kewujudan pelbagai latarbelakang dan kelayakan akademik menjadi faktor wujudnya berbagai kesatuan,

    persatuan dan organisasi guru ditubuhkan untuk menjaga nasib perjuangan guru masing-masing atau dengan objektif

    tertentu seperti menjaga kepentingan guru-guru yang menjadi anggota pertubuhan itu.

    Setakat ini, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia merupakan sebuah kesatuan

    yang paling besar.

  • RUMUSAN

    Ciri-ciri tertentu yang terkandung dalam konsep profesion keguruan ; 1. Mempunyai latihan ikhtisas dalam Latihan Keguruan 2. Mempunyai autonomi menentukan kaedah-kaedah mengajar dalam bilik darjah. 3. Menjadi ahli kesatuan yang menentukan kod etika sebagai panduan guru dalam segala aktiviti profesionalnya. 4. Pekerjaannya merupakan perkhidmatan yang penting kepada individu dan negara. 5. Guru digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan.

  • Ciri-ciri lain yang tidak dianggap sebagai suatu profesion. Di antaranya ; 1. Pekerjaan guru tidak terhad kepada guru terlatih sahaja. 2. Kemasukan ahli ke dalam profesion keguruan tidak sukar dan tidak banyak persaingan. 3. Autonomi seseorang guru adalah terhad. 4. Kesatuan guru tidak mempunyai kuasa untuk memecat guru daripada mengajar di sekolah jika guru itu tidak mematuhi kod etika yang ditentukan oleh kesatuannya. 5. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli dalam kesatuan keguruan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. -Maka, profesion keguruan masih belum boleh dianggap sebagai suatu profesion dengan erti kata yang sepenuhnya.

  • CIRI-CIRI GURU SEBAGAI

    SEORANG PROFESIONAL

    Mengikut falsafah parenialisme, guru ialah orang berautoriti. Ilmu

    pengetahuannya tidak boleh dipersoalkan.

    Oleh yang demikian, guru mesti menguasai ilmu dan kemahiran

    dengan baik.

  • FAHAMAN PARENIALISME

    Guru bukanlah semata-mata menyampaikan maklumat kepada

    pelajar sahaja tetapi juga membantu mereka untuk memberi makna,

    kebenaran, susunan dan hubungannya dengan pengalaman pelajar itu

    sendiri supaya apa yang dipelajari akan menjadi lebih bermakna pada

    diri mereka

  • Sebagai guru yang professional, guru perlu mempunyai ciri-ciri

    professional seperti berkemahiran

    Antara kemahiran yang mesti dikuasi oleh guru adalah kemahiran

    berfikir; kemahiran interpersonal; kemahiran komunikasi; kemahiran

    memimpin; serta kemahiran berilmu.

  • Sekian , Terima kasih