bab 1 komunikasi perundingan pertemuan

57
BAB 1 PENGENALAN KOMUNIKASI PERUNDINGAN

Upload: naim

Post on 09-Sep-2015

798 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

  • BAB 1PENGENALAN KOMUNIKASIPERUNDINGAN

  • OBJEKTIF KURSUSSelepas mempelajari bab ini, para pelajar akan dapat: Mengenal pasti dan menggabungkan konsep komunikasi perundingan. Mengenal pasti persamaan antara komunikasi dan perundingan.Mengenal pasti model-model perundingan. Mengaplikasikan komunikasi dalam model perundingan.

  • PENGENALANBagi membincangkan konsep komunikasi perundingan, dua konsep utama perlu diambil kira dalam perbincangan ini. Pertama ialah konsep komunikasi dan kedua konsep perundingan.

    Bahagian seterusnya akan memperincikan dua konsep ini terlebih dahulu dan kemudian akan menggabungkan kedua-dua konsep ini untuk mendefinisikan komunikasi perundingan secara umum.

  • KONSEP DAN TAKRIFAN(Engleberg & Wynn, 2007), Komunikasi perundingan ialah interaksi yang berlaku antara individu untuk mencapai satu matlamat yang sama

    Perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam usaha untuk mengurangkan perbezaan atau mencapai satu penyelesaian masalah. Lazimnya, dalam sesuatu perundingan, individu yang terlibat akan cuba bertolak-ansur tentang isu yang dirundingkan dalam usaha untuk mencapai persetujuan.

  • Apabila digabungkan konsep komunikasi dan perundingan, maka komunikasi perundingan dapat ditakrifkan sebagai satu interaksi yang melibatkan proses tawar-menawar oleh individu (yang mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) dan akhirnya satu persetujuan bersama dicapai iaitu matlamat antara mereka yang berunding (mewakili dirinya, kumpulan kerjanya atau organisasinya) mencapai tahap yang sama atau hampir sama.

  • CIRI-CIRI KOMUNIKASI PERUNDINGAN(i) Terdapat lebih daripada dua pihak yang akan membuattawar-menawar.

    (ii) Terdapat percanggahan matlamat antara mereka atauwakil yang membuat perundingan.

    (iii) Perundingan berlaku kerana pihak yang berundingpercaya bahawa mereka mampu mempengaruhi untukmencapai matlamat akhir mereka. Dalam keadaan inisalah seorang (perunding) akan mengalah.

    (iv) Kecenderungan untuk mencapai persetujuan hasildaripada hujahan tentang hak yang diperjuangkan.

    (v) Wujud unsur bertolak-ansur.

    (vi) Perundingan melibatkan pengurusan sesuatu yang tidaknyata (di sebalik kejayaan atau tolak-ansur terhadapsesuatu perkara) dan mengekalkan yang nyata (hasil yangpasti diperoleh daripada perundingan itu).

  • KLASIFIKASI KOMUNIKASI PERUNDINGAN

    (i) Saling bergantungan Pihak yang berundingbergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, penjualdan pembeli. Pembeli memerlukan orang yangmenawarkan sesuatu barangan dan pada masa yang samapenjual juga memerlukan pembeli untuk membelibarangan mereka.

    (ii) Penyesuaian bersama Proses perundinganmerupakan suatu proses yang berubah corak seiringdengan peredaran masa. Langkah penting dalamperundingan adalah menjelaskan dan bertukar-tukarmaklumat. Hasilnya, kedua-dua pihak memperoleh hasilyang mereka ingini.

  • iii.Persepsi Tanggapan terhadap apa yang akan diperolehdalam sesuatu proses perundingan itu memainkanperanan yang penting dalam menentukan hala tujusesuatu perundingan. Persepsi ini banyak bergantungkepada komunikasi lisan dan bukan lisan yang digunapakai sewaktu perundingan dijalankan.

    (iv) Konflik Konflik boleh dikatakan sebagai tanggapanyang berbeza terhadap matlamat atau kepercayaanterhadap sesuatu perkara. Akibat daripada keadaan salingbergantungan dan persepsi menyebabkan konflik wujuddalam perundingan. Justeru, penyelesaian kepada konflikini akan membawa kepada hasil yang ingin diperolehDalam keadaan ini interaksi dan komunikasi yang digunapakai penting dalam mendapatkan hasil perundingan.

  • MODEL-MODEL PERUNDINGANModel Keprihatinan Berganda (The Dual Concerns Model)Model Perundingan Savage, Blair dan Sorenson.

    1. Model Keprihatinan Berganda (The Dual Concerns Model)Individu yang terlibat dalam sesuatu perundingan, terutamanya yang melibatkan konflik, mempunyai dua tahap keprihatinan yang saling bergantungan.Keprihatinan yg ada pada Individu ialah keprihatinan terhadap hasil yang akan diperolehnyadan keprihatinan terhadap hasil yang akan diperoleh oleh orang lain yang terlibat dalam konflik dan perundingan tersebut.

  • Model keprihatinan berganda (The dual concerns model)Terdapat dua paksi yg dapat menggambarkan keprihatinan berganda iaitu:i. Paksi menegak (vertical) Mewakili keprihatinan terhadap hasil yang akan diperoleh oleh orang lain. Keadaan ini menggambarkan bahawa perunding akan menggunakan komunikasi bekerjasama dalam proses perundingan mereka.

    ii. Paksi Mendatar (horizontal)Paksi melintang (horizontal) pula menunjukkan keprihatinan terhadap hasil yang ingin diperoleh oleh individu itu sendiri. Dalam keadaan ini perunding lebih cenderung menggunakan komunikasi afektif.

  • Terdapat lima strategi utama yang akan digunakan oleh perunding iaitu:1. Bersaing, iaitu strategi yang berada pada bahagian bawah sebelah Kanan.Perunding hanya menitikberatkan kepada hasil yang akan diperolehnya dalam sesuatu perundingan tanpa menghiraukan apa yang ingin diperoleh oleh pihak lain. Dalam keadaan ini komunikasi afektif yang tinggi digunakan iaitu, mereka akan menggunakan strategi ancaman, hukuman dan mengambil tindakan sendiri sesuaidengan keadaan bersaing.

  • 2. Mengalah ialah strategi yang berada di bahagian atas sebelah kiriPerunding yang menggunakan strategi ini tidak menghiraukan hasil yang akan mereka peroleh, sebaliknya lebih menitikberatkan hasil yang akan diperoleh oleh pihak lain. Dalamkeadaan ini komunikasi yang akan digunakan oleh perundingyang mementingkan hasil orang lain adalah mengurangkanaspirasi untuk mempertahankan kehendak sendiri danmembiarkan orang lain mendapat kemenangan daripadaperundingan yang dijalankan.

  • 3. Tidak bertindak juga dikenali sebagai mengelak ialah strategi dibahagian bawah sebelah kiri. Perunding dalam strategiini tidak menghiraukan hasil yang diperolehnya dan juga hasilyang akan diperoleh oleh orang lain. Lazimnya, strategi tidakbertindak atau mengelak sering dikaitkan dengan perunding pasif.Perunding biasanya lebih cenderung untuk mendiamkan diri.

  • 4. Menyelesaikan masalah atau juga dikenali sebagai strategi bekerjasama ialah strategi yang berada di bahagian atas sebelah kanan. Dalam strategi ini, perunding cenderung untuk mengambil berat terhadap apa yang akan diperolehnya dan juga yang akan diperoleh pihak lain. Dalam strategi ini mereka yang terlibat dalam perundingan itu, secara aktif berusaha untuk mendapatkan hasil yang membawa kepada faedah bersama. Ini membolehkan kedua-dua pihak memperoleh hasil yang mereka ingini.

  • 5. Berkompromi ialah strategi yang berada di bahagian tengah. Sebagai satu strategi, perunding secara bersederhana berusaha untuk mencapai apa yang ingin mereka peroleh serta memikirkan apa yang akan diperoleh sebelah pihak lagi. Menurut Pruitt dan Rubin (1986) sekiranya perunding dalam sesuatu perundingan itu mengambil pendekatan berkompromi, ini menggambarkan sama ada perunding tidak berminat terhadap penyelesaian sesuatu masalah atau tidak ikhlas dalam memenuhikehendak sesuatu pihak.

  • Model Perundingan Savage, Blair dan SorensonSavage, Blair dan Sorenson (1989), kemudiannya memanjangkan pendekatan ini dengan menggariskan empat strategi yang boleh digunakan perunding dalam menentukan hasil dalam sesuatu perundingan.

    Empat strategi ini ialah bekerjasama, penyesuaian, pertandingan dan penyingkiran.

    Sekiranya perunding cenderung untuk mendapatkan hasil yang nyata dalam sesuatu perundingan dan tidak begitu menitikberatkan kepada jalinan hubungan maka dalam perundingan, perunding akan menggunakan strategi pertandingan.

  • Jika keinginan perunding untuk mewujudkan dan menghasilkan jalinan hubungan dalam perundingan, maka strategi bekerjasama akan digunakan.

    Sekiranya perunding mementingkan hasil yang nyata dan jalinan hubungan sebagai hasil daripada perundingan tersebut maka strategi penyesuaian akan digunakan dalam perundingan.

    Jika perunding tidak mementingkan hasil yang nyata dan jalinan hubungan maka strategi penyingkiran akan digunakan.

  • KESIMPULAN(i) Komunikasi dan perundingan saling berkait rapat antarasatu sama lain. Ini dapat dilihat melalui tujuan akhirkomunikasi dan perundingan iaitu interaksi yangmelibatkan tawar-menawar yang akhirnya akanmewujudkan satu matlamat bersama berdasarkan kepadahasil yang akan diperoleh daripada sesuatu perundingan.

    (ii) Model perundingan yang dibincangkan menunjukkansetiap strategi perundingan yang diguna pakai olehperunding mempunyai implikasi terhadap gayakomunikasi yang akan digunakan oleh perunding dalamsesuatu proses perundingan. Begitu juga gaya komunikasiyang diguna pakai sewaktu perundingan akanmenentukan strategi perundingan yang akan digunakan.

    (iii) Hubungan antara komunikasi dan perundingan adalahdinamik iaitu berubah mengikut kesesuaian dan banyakdipengaruhi oleh faktor keinginan yang ingin dicapai

  • Individu yang terlibat dalam sesuatu perundingan itu boleh mewakili ketuanya, kumpulan kerjanya atau organisasinya. Elemen penting dalam perundingan adalah keupayaan perunding untuk meyakinkan pihak lain tentang apa yang ingin mereka peroleh dalam perundingan tersebut.

    TAMAT BAB 1

  • BAB 2

    PEMILIHAN PENDEKATAN PERUNDINGAN

  • OBJEKTIF BAB 2

    1. Mengenal pasti elemen-elemen penting dalam perancanganperundingan.2. Mengaplikasikan perancangan strategi perundingan.3. Mengenal pasti kelemahan dan kelebihan mengadakanperundingan di tempat sendiri, tempat lawan dan tempatberkecuali.

  • PENGENALAN

    Pemilihan pendekatan perundingan dipengaruhi oleh tiga faktor penting iaitu perancangan, penyediaan isi dan perancangantempat. Ketiga-tiga faktor ini secara langsung akan menentukanpendekatan yang akan diambil oleh perunding dalam sesuatu proses perundingan. Bab ini akan membincangkan secara terperinci tentang konsep perancangan, penyediaan isi perundingan dan perancangan tempat.

  • 1. PERANCANGANAsas kejayaan sesuatu perundingan terletak kepada perancangan awal yang dilakukan oleh perunding sebelum sesuatu perundingan itu dijalankan.

    Langkah-langkah dlm perancangan melibatkan perkara-perkara berikut:(i) Mendefinisikan isu yang hendak dirundingkan.(ii) Mengenal pasti isu utama dan perkara yang akandirundingkan.(iii) Mengenal pasti hasrat yang ingin dicapai.(iv) Mengenal pasti kekangan dan alternatif.

  • (v) Mengenal pasti matlamat dan perkara yang bolehdirundingkan.(vi) Mengenal pasti implikasi undang-undang dan kontekssosial dalam perundingan.(vii) Menganalisis pihak lawan.(viii) Perancangan pembentangan isu dan strategimempertahankan matlamat.

    **** Perunding perlu membuat perancangan yang rapi tentang apa yang mereka perlu katakan dalam sesuatu proses perundingan.

  • 2. PENYEDIAAN ISIDalam membuat perancangan penyediaan isi perundingan, perkara utama yang perlu dilakukan oleh perunding adalah membentuk kerangka permasalahan.

    Ini adalah satu proses bagi perunding untuk mengenal pasti apa yang mustahak dalam sesuatu perundingan.

    Kerangka permasalahan dapat didefinisikan sebagai satu konsep tindakan, hasil dari sesuatu perundingan dan alternatif yangdikenal pasti yang berkaitan dengan sesuatu pilihan yang dibuat dalam sesuatu perundingan.

  • Terdapat tiga pendekatan utama dalam membentuksesuatu kerangka perundingan:

    1. Kerangka Berdasarkan Penerokaan KognitifMerupakan satu mekanisme yang membolehkan setiap individu yang terlibat dalam sesuatu proses perundingan itu memikirkan risiko yang akan dihadapi berdasarkan sesuatu perkara yang dirundingkan dan mengambil sesuatu tindakan berdasarkan kepada apa yang difikirkannya.

    Sebagai contoh, sekiranya individu itu mewakili kesatuan sekerja yang menuntut untuk mendapatkan kenaikan gaji maka sekiranya permintaan kesatuan sekerja tidak dipenuhi maka pendekatanberpiket akan diambil. Kerangka penerokaan kognitif ini bukanlahsesuatu keputusan yang baik tetapi ianya mudah diterima danmunasabah. Dalam keadaan ini keputusan diambil berdasarkan peraturanmudah.

  • 2. Kerangka Berdasarkan Kategori Pengalaman

    Pembentukan kerangka adalah berdasarkan kepada kategori pengalaman iaitu dengan mengambil kira situasi yang melangkaui risiko pembuatan keputusan. Ia mengambil kira pelbagai faktor peribadi dan situasi yang akan mempengaruhi cara individu mendefinisikan permasalahan dan perkara yang hendak dirundingkan.

    Berdasarkan kepada contoh pendekatan berpiket yang diberikan tadi, berdasarkan kepada kategori pengalaman, apakah kesannya kepada pekerja yang menyertai piket dan adakah suasana ekonomi negara membenarkan mereka menuntutkenaikan gaji.

  • 3. Kerangka Berdasarkan Pengembangan Isu

    Dalam kerangka ini, pendekatan yang diambil adalah berdasarkan kepada pihak yang mempunyai pelbagai pandangan terhadap sesuatu isu, membincangkan isu tersebut dan seterusnya mencapai suatu persetujuan.

    Dalam keadaan ini perunding bukannya mengalah terhadap isu yang diperjuangkan tetapi mengetengahkan apa yang mereka ingini dari perundingan tersebut supaya ia menjadi satu visi bersama.Selepas kerangka dibentuk langkah seterusnya adalah menentukanmatlamat dalam sesuatu perundingan.

  • Lewicki, Saunders, Barry danMinton (2003) meletakkan empat ciri penting tentang pembentukan matlamat dalam perundingan:

    (i) Keinginan atau hajat yang ingin dicapai dalamperundingan adalah berbeza dengan matlamatperundingan. Ini adalah kerana keinginan adalahberkaitan dengan minat atau keperluan yang akanmemotivasikan matlamat. Tambahan pula, keinginandilihat sebagai sesuatu yang kita harap akan terjadi.Matlamat pula adalah sesuatu yang khusus, berfokus dan boleh dicapai oleh seseorang secara realistik.

  • (ii) Matlamat perunding dalam perundingan lazimnya berkait rapat. Hubungan antara pihak yang terlibat dalam sesuatu proses perundingan itu adalah mendefinisikan isu yang hendak dirundingkan dan seterusnya mencapai satu tujuan bersama. Sebagai contoh, matlamat anda adalah untuk membeli kereta dengan harga yang rendah tetapi matlamat penjual kereta adalah untuk menjual kereta dengan harga yang tinggi. Isu yang berbangkit dalam perundingan ini adalah tentang harga kereta. Justeru, perundingan dijalankan agar kedua-dua pihak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan.

  • (iii) Terdapat batasan kepada matlamat. Ini adalah keranakeupayaan kita untuk mencapai sesuatu matlamat banyakbergantung kepada kesudian pihak lain untuk menerimaapa yang ingin kita peroleh.

    (iv) Matlamat yang efektif mestilah sesuatu yang konkrit ataukhusus. Matlamat yang khusus memudahkan kita untukberkomunikasi dengan pihak lain tentang apa yang kitaingini dalam sesuatu perundingan, mengetahui apa yangdihajati seseorang dan membantu kita untuk menentukansama ada apa sahaja hasil daripada perundingan itumemenuhi matlamat perundingan kita.

  • Lewicki dan rakan-rakan menggariskan empat strategi yang boleh digunakan oleh perunding iaitu:

    (i) Strategi mengelak, iaitu perunding berusaha untukmengelak dari melakukan sesuatu perundingan sekiranyapihak yang lain tidak bersetuju dengan isu yang hendakdirundingkan.

    (ii) Strategi bertanding yang lebih menekankan kepada kaedah kalah-menang, yang mana perunding meletakkanmatlamat mereka tanpa mahu berkompromi dengan pihak lain.

  • (iii) Strategi penyesuaian, yang berlawanan dengan strategibertanding di mana ia lebih menjurus kepada kalah menang.Dalam keadaan ini perunding tidak mempertahankan matlamat mereka tetapi sebaliknya mengikut apa yang diingini oleh sebelah pihak lagi.

    (iv) Strategi bekerjasama juga dikenali sebagai menang-menang.Dalam keadaan ini kedua-dua pihak cuba memenuhimatlamat dan bersetuju dengan isu yang hendakdirundingkan

  • 4. PERANCANGAN TEMPATDalam rundingan, pemilihan tempat untuk mengadakan perundingan merupakan faktor yang amat kritikal kerana ia memainkan peranan yang besar dalam menentukan hasil yang akan kita peroleh. Perunding mempunyai tiga pilihan apabila mengambil kira tempat untuk diadakan sesuatu rundingan iaitu mengadakan perundingan di tempat sendiri mengadakan perundingan di tempat lawan atau mengadakan perundingan disatukan tempat yang berkecuali.

  • KELEBIHAN dan KELEMAHAN mengadakan perundingandi tempat sendiri, di tempat lawan dan di tempat yang berkecuali seperti yang dibincangkan oleh Salacuse dan Rubin (1990).

    1 Perundingan di Tempat SendiriSekiranya kita memilih untuk mengadakan perundingan di tempatsendiri, kelebihan yang ada adalah seperti berikut:

    (i) Mudah untuk kita membuat rujukan kerana kita lebihdekat dengan kepakaran kita, sokongan personel, ketuadan sebagainya. Selain itu, ia juga mudah bagi kita untukmendapat nasihat dan kelulusan tentang sesuatu perkaraatau maklumat.

    (ii) Boleh memanipulasi masa. Kita boleh melakukan kerjakerjalain apabila tidak berunding atau kita bolehmembuatkan mereka menunggu kita.

  • (iii) Boleh memanipulasi persekitaran kerana kita lebih mengetahui tempat kita. Kita boleh memutuskan tempat, susun atur perabot, waktu rehat, akses kepada media, mahupun keselamatan.

    (iv) Mudah mengakses kepada sumber-sumber. Contohnya, apabila kita hendak menyediakan perjanjian perundingan.

  • Kelemahan-kelemahan mengadakan perundingan ditempat sendiri adalah seperti berikut:

    (i) Kecenderungan untuk merasa selesa dengan keadaanpersekitaran adalah tinggi.

    (ii) Kecenderungan untuk mendapatkan kepakaran bagimembantu dan ini akan menyebabkan perunding itusendiri hilang kredibiliti.

    (iii) Melambatkan proses rundingan kerana terikat dengantugas seharian. Bagaimanapun, dalam keadaan tertentuadalah sukar untuk kita melengahkan masa kerana kitaberada dekat dengan mereka yang mempunyaikepentingan.

  • (iv) Mendapat tekanan daripada kumpulan sokongan(constituents), musuh dalaman dan media tempatan.

    (v) Sukar untuk meninggalkan rundingan (to walk out) samaada untuk sementara waktu atau meninggalkan terusproses rundingan tersebutyang mana ini merupakansalah satu strategi/taktik dalam perundingankerana kitaadalah tuan rumah.

    (vi) Sebelah pihak lagi mungkin melihat/mendengar/mengetahui lebih daripada yang sepatutnya keranamereka berada di tempat kita dan ini akan memberikankelebihan kepada mereka.

  • 2 Perundingan di Tempat LawanKelebihan-kelebihan mengadakan perundingan di tempat lawan adalah seperti berikut:

    (i) Berupaya menganalisis kelemahan yang ada di tempatlawan dan seterusnya menjadikannya sebagai isu.

    (ii) Kecenderungan perunding untuk bersiap sedia terhadapisu yang hendak dirundingkan adalah tinggi.

    (iii) Kita boleh menjadi lebih fleksibeltidak begitu tertekanuntuk mengikut arahan atau peraturan dan kita bolehmemberikan alasan kesukaran untuk berhubung denganpejabat.

  • (iv) Boleh menggunakan strategi-strategi seperti tarikh akhir(deadline tactic), keluar rundingan (walk out) ataupunmelambatkan rundingan dengan memberikan alasanbahawa kita perlu mendapatkan nasihat kepakaran,maklumat atau sebagainya.

    (v) Mudah untuk memberikan alasan kuasa yang terhad.

    (vi) Boleh memberikan tumpuan sepenuhnya kepadarundingan kerana kita tidak terikat dengan tugas-tugaslain atau masalah-masalah lain yang remeh.

  • Kelemahan-kelemahan mengadakan perundingan di tempat lawan pula adalah:

    (i) Kita tidak begitu arif tentang tempat mereka dan inikadang-kadang boleh membuatkan kita tertekan dan iniseterusnya boleh memberikan kesan kepada prestasi kitadalam perundingan.

    (ii) Sukar untuk membuat rujukan dengan pakar kerana jarak yang jauh daripada mereka, termasuk ketua.

    (iii) Sukar mendapatkan sumber untuk mengukuhkan hujah dalam perundingan.

  • (iv) Kos yang agak tinggiperjalanan, tempat tinggal dansebagainya, terutama apabila melibatkan rundingankumpulan.

    (v) Sebelah pihak lagi mampu melakukan tugas-tugas merekayang lain kerana mereka adalah tuan rumah.

    (vi) Kebergantungan kita kepada tuan rumah akanmembuatkan kita merasa terhutang budi dan ini mungkinmemberikan kesan kepada hasil rundingan.

    (vii) Pihak tuan rumah juga boleh menggunakan strategimelambatkan rundingan ataupun tarikh akhir. Ini akanmembuatkan sebelah pihak lagi menjadi tertekan untukmenyetujui apa yang dibincangkan.

  • 3 Perundingan di Tempat BerkecualiJika kedua-dua pihak merasakan bahawa mereka tidak mahu mengalah dalam pemilihan tempat, maka pemilihan tempat yang berkecuali adalah lebih baik. Antara kelebihan-kelebihan mengadakan perundingan ditempat berkecuali ialah:(i) Kos ditanggung secara bersama oleh perunding.(ii) Tiada halangan beban tugas.(iii) Penggunaan orang tengah atau pihak ketiga untukmembincangkan isu-isu yang akan dirundingkan. Mereka boleh dianggap sebagai pengimbang rundingan.(iv) Lebih kondusif untuk mencapai kata sepakat danperjanjian.

  • Terdapat juga kelemahan berunding di tempat berkecuali:(i) Kemungkinan jalan penyelesaian menjadi buntu adalahtinggi.

    (ii) Pandangan orang tengah mungkin berlawanan dari isuyang dibincangkan dan ini mungkin mendatangkan lebihkomplikasi.

    (iii) Isu siapa yang akan dilantik sebagai orang tengahmungkin berbangkit.

  • (iv) Kesukaran untuk mendapatkan bantuan kepakaran serta kekurangan sumber.

    (v) Tuan rumah mungkin mempunyai motif tersendiri seperti berat sebelah.

  • KESIMPULAN

    Bab ini mengemukakan beberapa pendekatan yang boleh diambil untuk merancang sesuatu perundingan. Secara umumnya perunding perlu membentuk kerangka tertentu dalam menyatakan hujah mereka.

    Tiga aspek pembentukan kerangka telah dibincangkan dalam bahagian ini. Menerusi perancangan isi, juga telah dibincangkan bagaimana sesuatu perancangan itu mempengaruhi strategi yang digunakan oleh perunding dalam proses rundingan. Selain daripada itu, bab ini juga telah membincangkan kelebihan dan kelemahan dalam memilih tempat perundingan.

    TAMAT BAB 2

  • BAB 3

    PERUNDINGAN INDIVIDUDAN KUMPULAN

  • OBJEKTIF BAB 3

    1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perundingan sama ada secara individu atau berkumpulan.

    2. Menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perundingan secara individu atau kumpulan.

  • PENGENALANPerundingan bukanlah satu proses yang hanya dihadkan kepada diplomat, jurujual atau pemimpin pertubuhan yang mempunyai skil-skil tertentu. Perundingan adalah sesuatu yang kita semua lakukan, hampir setiap hari sama ada secara individu ataupun berkumpulan.

    Secara ringkasnya, kita akan cuba mengenal pasti dan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi perundingan individu atau berkumpulan.

  • Hickson, Stacks dan Greely (1998) menyatakan bahawa terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sesuatu perundingan sama ada rundingan secara individu atau kumpulan. Faktor-faktor tersebut adalah budaya, khidmat nasihat, politik dalaman, maklumat, sinergi, pengurusan konflik dan peranan.

    1. BudayaMenurut Byers (1997) budaya adalah satu pola penerimaan menyeluruh tentang gelagat seseorang dalam sesebuah kumpulan atau organisasi.

    Manakala Hickson et al. (1998) pula menyatakan budaya adalah keperluan dan nilai yang akan menentukan gelagat yang baik atau tidak.

  • Contohnya, sekalipun kita adalah seorang perunding yang kompeten, mampu berunding dengan cemerlang secara individu, tetapi jika sebelah pihak lagi lebih bersifat kumpulan, mereka mungkin tidak dapat melihat pandangan kita secara objektif

    2. Nasihat/RujukanSalah satu kelebihan rundingan berkumpulan ialah ia membolehkan mereka yang terdiri daripada pelbagai kepakaran/bidang berada di dalam kumpulan tersebut. Ini secara tidak langsung akan memudahkan ahli-ahli kumpulan yang terlibat di dalam perundingan mendapatkan nasihat atau merujuk sebelum atau semasa rundingan.

  • 3. Politik Dalaman

    Politik merupakan satu bidang sains dan seni yang meneroka bagaimana individu menerajui negara atau sesebuah organisasi. Justeru itu, apabila dikaitkan dengan politik dalaman, maka ianya dapat dikatakan sebagai cubaan untuk mendapatkan kuasa dalam sesebuah organisasi. Politik organisasi mempunyai kekurangannya tersendiri kerana kadang-kadang, disebabkan oleh politik dalaman ini, kita terpaksa meletakkan individuindividu tertentu yang mungkin tidak layak untuk berada di dalam kumpulan perunding kita, atau mereka mungkin dihantar oleh individu-individu tertentu untuk menjadi pemerhati/perisik.

  • 4. MaklumatMaklumat boleh didefinisikan sebagai fakta yang diperoleh daripada seseorang atau ditemui melalui penyelidikan atau pembacaan. Dalam konteks perundingan, sekiranya seseorang individu itu mempunyai banyak maklumat tentang sesuatu isu yang hendak dirundingkan maka kecenderungan individu itu menjadi perunding dalam sesuatu perundingan adalah tinggi.

    5. SinergiKumpulan yang dapat berfungsi dengan baik adalah kumpulan yangmempunyai sinergi atau kita boleh mengatakan bahawa keseluruhanadalah lebih baik dari jumlah bahagian-bahagian yang kecil (the whole is greater than the sum of its parts). Kumpulan yang mempunyai moral yang tinggi, koordinasi yang baik antara ahli-ahlinya akan melemahkansemangat sebelah pihak lagi.

  • 6. Pengurusan KonflikRundingan secara individu mungkin lebih baik daripada rundinganberkumpulan kerana keserasian akan lebih mudah wujud dengan sebelah pihak lagi. Ini juga akan lebih memudahkan proses rundingan. Rundingan secara berkumpulan akan lebih memudahkan rundingan menjadi buntu. Sifat kumpulan yang dinamik, terpaksa mengikut kata kumpulan dan mungkin keinginan untuk membuatkan ahli-ahli lain merasa kagum dengan kemampuannya akan membuatkan rundingan menjadi kaku dan tidak fleksibel (Schoonmaker, 1989).

  • 7. Peranan

    Mereka yang terlibat dalam rundingan juga perlu tahu peranan yang perlu dimainkanketua, jurucakap, ahli kumpulan yang mempunyai kepakaran tersendiri atau ahli yang akan memainkan peranan good guy/bad guy

  • KESIMPULAN

    Dalam bab ini kita telah melihat kepada perbezaan yang wujud di antara rundingan secara individu dan yang melibatkan kumpulan.

    Kita telah membincangkan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi rundingan individu dan kumpulan iaitu faktor-faktor budaya, nasihat/rujukan, politik dalaman, maklumat, sinergi, pengurusan konflik dan peranan.

    Faktor-faktor ini amat penting untuk diambil kira apabila kita berunding kerana ia akan memberikan kesan yang besar kepada pihak kita, terutama dari segi hasil yang ingin kita peroleh.

  • TAMAT BAB 3