asia timur - 4 mei

Upload: hadi-fadhli-rosli

Post on 16-Oct-2015

139 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

China, 4 Mei, Hu Shi, Sejarah China, John Dewey,

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    1/25

    Pengenalan

    Kemasukan kuasa asing ke negara China telah menimbulkan pelbagai reaksi dari

    semua pihak. Hal ini dapat dilihat melalui imperialisme yang dilakukan oleh kuasa asing ke

    atas China yang mana telah mendatangkan pelbagai implikasi dari sudut politik, ekonomi

    mahu pun sosial. Dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan dan kegemilangannya,

    China berdepan pula dengan tuntutan kuasa imperialis asing yang mempunyai kepentingan

    tersendiri sama ada dari segi politik mahu pun ekonomi.1 Tambahan pula, China telah

    dipaksa untuk melakukan beberapa perjanjian dengan kuasa asing seperti Jepun, Amerika

    Syarikat, British dan sebagainya. Hal ini menyebabkan negara China di ibaratkan sebagai

    sebiji tembikai yang dibahagikan. Rentetan itu, sekitar abad ke 19, gerakan membebaskan

    negara China dari pengaruh asing mula di lakukan oleh golongan revolusiner China seperti

    Dr Sun Yat Sen. Ada pun begitu, ianya juga turut melibatkan pengaruh golongan intelektual

    yang lain seperti dari Universiti Peking yang mana ianya merupakan pencetus kepada

    peristiwa Gerakan 4 Mei yang berlaku di China. James Z. Gao menyatakan:

    On the afternoon of 4 may, over 3000 students of Peking University and 13

    other schools gathered together in Tiananmen Square and held a

    demonstration in protest of the resolution of the Paris Conference and urged

    the government to punish those Chinese diplomats who were willing to accept

    the resolution 2

    Gerakan 4 Mei merupakan kemuncak kepada kebangkitan golongan intelektual

    terhadap tekanan yang diberikan oleh kuasa asing ke atas China. Gerakan ini bermula pada 4

    Mei 1919 oleh golongan cendikiawan dan intelektual dari Universiti Peking (Peita).

    Penglibatkan golongan intelektual khususnya golongan pelajar universiti tersebut telah

    memberi satu pembaharuan dan semangat kepada masyarakat di China supaya bangkit

    menentang kuasa asing. Malahan, gerakan ini juga berkaitan dengan susulan tindakan

    kerajaan China yang dilihat tidak mementingkan kepentingan negara dan rakyat sebaliknya

    lebih mengutamakan kepentingan diri. Menurut Rana Mitter :

    1Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya. hlm 66.2 James Z Gao. 2009. Historical Dictionary of The Modern China (1800-1949) . Maryland: Scarerow Press,

    INC. hlm 235.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    2/25

    At the time, it was not immediately clear that the event of 4 May 1919 would

    has such lasting effects. Yet the demonstrations did not emerge spontaneously

    but were planned as a powerful political gesture by students angry with a

    Chinese government they felt had betrayed the interest of the country3

    Malahan golongan ini juga menjadi pencetus kepada perasaan tidak puas hati yang

    selama ini di rasai oleh masyarakat China terhadap tekanan kuasa asing yang dilihat semakin

    bermaharaja lela di negara mereka. Gerakan 4 Mei ini juga berlaku akibat daripada perasaan

    tidak puas hati China terhadap tuntutan Perjanjian Versailles dan Tuntutan 21 Jepun ke atas

    China. Keadaan sedemikian kerana kedua-dua perjanjian dan tuntutan tersebut hanya

    berkepentingan untuk sebelah pihak sahaja dan dilihat seakan akan menggadaikan maruah

    China ke tangan kuasa asing seperti Jepun. Ekoran itu, ia telah menimbulkan kemarahan

    golongan intelektual tersebut kerana merasakan tuntuntan yang di lakukan oleh Jepun ke atas

    China adalah tidak wajar dan China seakan-akan tidak mempunyai hak untuk bersuara. Oleh

    itu, insiden 4 Mei 1919 adalah kemuncak kepada gerakan intelektual di China.4

    3Rana Mitter. 2004. A Bitter Revolution:China Struggle With The Modern World. Oxford: Oxford UniversityPress. Hlm. 4.4Suffian Mansor. 2012. Sejarah China Moden. hlm. 122.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    3/25

    FAKTOR- FAKTOR TERCETUS GERAKAN 4 MEI

    Sentimen anti-Jepun

    Sentimen anti Jepun semakin berleluasa di China ekoran daripada tindakan Jepun

    yang melakukan tuntutan 21 ke atas China. Hal ini kerana, China merasakan tuntutan tersebut

    tidak wajar di lakukan oleh Jepun kerana ianya seakan-akan memaksa China untuk tunduk

    kepada arahan Jepun sedangkan China berkuasa penuh terhadap negara China. Jepun pula

    hanya kuasa asing yang dilihat cuba mengambil kesempatan atas kelemahan dan tekanan

    yang di alami oleh China. Melalui tuntutan 21 Jepun ke atas China, Jepun telah menuntut

    beberapa perkara yang mencabar kedaulatan negara China seperti memperakui kedudukan

    Jepun di wilayah shantung, memaksa China membeli senjata dari Jepun dan sebagainya.

    Tuntutan tersebut bagaimana pun telah mengheret China kepada satu keadaan yang memaksa

    China menerima tuntutan tersebut. Adapun begitu, bagi golongan terpelajar tersebut ia dilihat

    sebagai satu tindakan penghinaan secara nyata yang dilakukan oleh Jepun kepada China. Hal

    ini kerana Jepun tidak mempunyai kuasa yang penuh ke atas China dan tuntutan yang

    dilakukan juga adalah tidak wajar dan seolah-olah memberi kedaulatan China kepada Jepun.

    Tindakan yang dilakukan oleh Jepun tersebut menyebabkan berlakunya perasaan anti-Jepun

    di China sehingga membawa kepada gerakan 4 Mei. Malahan golongan intelektual yang

    menjadi tulang belakang kepada pergerakan gerakan 4 Mei ini juga merasakan bahawa

    mereka perlu bangkit menentang tuntutan tersebut kerana ia adalah tidak adil bagi China

    untuk tunduk kepada gesaan Jepun. Kesannya, golongan terpelajar ini berjaya menyebar

    pengaruh sentimen anti-Jepun kepada masyarakat China sehingga menyebabkan masyarakat

    China bangkit memboikot barangan Jepun di China. Tindakan memboikot barangan Jepun

    tersebut telah menyebabkan ekonomi Jepun di China kian merosot dan barangan Jepun tidak

    dapat di pasarkan di China. Jepun juga terpaksa menanggung kerugian yang banyak akibat

    dari tindakan tersebut.

    Sentimen anti Jepun ini juga berlaku kerana tindakan Jepun yang mengambil alih

    beberapa wilayah di China sesuka hati mereka sehingga menyebabkan China kehilangan

    banyak wilayah antaranya wilayah shantung yang menjadi lubuk emas kepada ekonomi

    China. Jepun bagaimana pun menafikan hak China ke atas wilayah shantung dan

    mengeksploitasi ekonomi shantung secara keseluruhannya. Keadaan sedemikian

    membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat China terhadap Jepun dan menyemarakkan

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    4/25

    lagi perasaan anti Jepun. Golongan intelektual China juga merasakan tindakan Jepun tersebut

    adalah diibaratkan seperti membuli China. Oleh itu, mereka perlu mengambil tindakan segera

    supaya kedaulatan China dapat dikembalikan dan Jepun dapat menyerahkan semula wilayah

    China yang diambil. Oleh sebab itu, gerakan 4 Mei di cetuskan oleh golongan intelektual

    tersebut kerana mereka menyedari bahawa pentingkan sentiment anti Jepun di China agar

    masyarakat sedar bahawa tuntutan dan perjanjian yang dilakukan adalah sangat tidak wajar

    dan menjatuhkan maruah China sebagai sebuah negara bertamadun.

    Peranan Universiti Peking

    Gerakan 4 Mei 1919 merupakan satu gerakan revolusi peradaban Cina. Gerakan ini

    dicetuskan oleh golongan intelektual Cina dan para pelajar dari Universiti Peking.

    Demontrasi yang dilakukan oleh para pelajar adalah simbol kepada politik dan sosial Cina.5

    Matlamat utama Gerakan 4 Mei adalah untuk membebaskan negara China dariapada

    imperialime asing dan anti-kuasa feudal yang cuba untuk menegakkan semula pemerintahan

    monarki. Selain itu, keadaan hura-hara dan pelbagai peperangan yang berlaku telah memberi

    kesedaran kepada masyarakat China terutamanya golongan intelektual atau para cendikiawan

    untuk bangkit mencari jalan penyelesaian dalam menghadapi krisis tersebut. Mereka juga

    menyarankan agar masyarakat Cina meninggalkan semua elemen yang dianggap

    melemahkan peradaban Cina. Mereka juga memperkenalkan idea-idea sains dan demokrasi

    sebagai asas Order Baru Cina.

    The 4 May Movement as its become known, was associated closely with the

    New Culture, which intellectuals and radikal thinkers proposed for China,

    underpinned by the exciting ideas of Mr Science and Mr Democracy.6

    Idea Gerakan 4 Mei 1919 adalah cetusan daripada Canselor Universiti Peking sendiri

    iaitu Cai Yuanpei. Beliau telah banyak membawa perubahan kepada Universiti Peking dari

    sebuah institusi tinggi kepada gedung ilmu yang memupuk nilai-nilai demokrasi, snilai-nilai

    sains dan budaya baru yang progresif dalam peradaban Cina. Beliau juga mengizinkan para

    siswazah yang berumur dua puluh satu tahun ke atas mengikuti aktiviti politik di atas

    kemahuan dan pilihan sendiri. Antara tokoh-tokoh lain yang dikaitkan dengan Universiti

    5Rana Mitter. 2008.Modern China: A Very Short Introduction. hlm. 35.

    6Chung Wah Chow, Dawid Eimer, etc. 2009. China. Ebook Edition: Lonely Planet. hlm. 47.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    5/25

    Peking yang terlibat dalam mengembangkan gerakan ini adalah seperti Li Dazhoa (head

    librarian), Chen Duxiu (dean of humanities) dan Moa Zedong (a mere library assistant).7Para

    cendiakiawan juga mengambil inisiatif dari Universiti Peking dengan menggalakkan revolusi

    intelektual dalam kalangan siswazah. Lebih 3000 pelajar Universiti Peking dan 13 buah

    university dan kolej terlibat dalam demotrasi dan tunjuk perasaan untuk membantah

    keputusan Persidangan Damai Versailles di hadapan The Gate of Heavenly Peace.

    On 4 May 1919, some 3000 students gathered in central Beinjing, in front of

    The Gate of Heavenly Peace, and then marched to the house of a Chinese

    government minister closely associated with Japan.8

    Demontrasi dan tunjuk perasaan yang dilakukan oleh mereka penuh dengan semangat

    nasionalisme sebagai tanda kecewa dan marah terhadap imperialisme asing. Mereka juga

    turut membawa sepanduk-sepanduk dengan melaungkan slogan-slogan seperti Jangan

    menerima 21 tuntutan dan Hukum Pengkhianat.9 Semangat demontarasi daripada para

    pelajar dan para cendiakiawan telah menaikkan semangat nasionalisme China dan juga

    memperkenalkan revolusi intelektual kepada Pergerakan Kebudayaan Baru. Seterusnya,

    Gerakan 4 Mei semakin membara perjuanggannya terutamanya dari segi budaya pemikiran.

    Banyak majalah-majalah dihasilkan oleh pensyarah-penyarah Universiti Peking seperti

    Majalah Pemuda Baru (New Youth) diasaskan oleh Chen Duxiu pada tahun 1915 sebagai

    agen penggerak Gerakan 4 Mei 1919. Melalui majalah tersebut pelbagai intipati dimuatkan

    dengan menyemai bibit-bibit budaya baru bagi melawan feudalisme dan menyingkap

    pembebesan pemikiran. Melalui majalah-majalah yang diterbitkan bukan sahaja bertujuan

    untuk memberi kesedaran kepada masyarakat malah berperanan sebagai penyebaran

    reformasi dan revolusi politik dan juga pewujudan budaya baru dalam kalangan masyarakat

    Cina. Secara tidak langsung, Universiti Peking menjadi sebuah tapak penggerak reformasi

    dan idea-idea gerakan baru dari segi politik dan sosial yang membawa kepada pemodenan

    peradaban baru Cina.

    7James Z. Gao. 2009.Historical Dictionary of Modern China (1800-1949). hlm. 235.8Chung Wah Chow, Dawid Eimer, etc. 2009. China. hlm. 47.

    9Ibid. hlm. 46.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    6/25

    Penolakan Tuntutan Dua Puluh Satu Jepun

    Penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Pertama kerana Jepun telah mempunyai

    agenda dann rancangan tersendiri. Antaranya adalah untuk memperluaskan kuasa dan

    pengaruh Jepun di China. Selain itu, penglibatan Jepun di dalam Perang Dunia Pertama

    adalah disebabkan kelemahan kerajaan Okuma yang sensitif dan lemah yang menerima

    tentangan dari peniakan kerana pelaksanaan Cukai Perniagaan.10Pada 23 Ogos 1914, Jepun

    telah mengistiharkan perang ke atas Jerman apabila Jerman tidak memberi keputusan kepada

    permintaan Jepun agar menyerahkan kapal-kapalnya dan Teluk Kiaochow kepada Jepun.11

    Keadaan ini telah memberi peluang kepada Jepun memberi tekanan keatas negara China

    dengan mengemukakan tuntutan dua puluh satu.

    Jepun telah membuat tuntutan dua puluh satu ke atas China ketika itu di bawah

    pemerintahan PresidenYuan Shikai pada tahun 1915. Kesibukan pihak Barat dengan

    peperangan yang berlaku di Eropah telah mendorong Jepun mengambil kesempatan ini ke

    atas China. Keadaan menjadi semakin rumit, apabila tuntutan tersebut mendapat bantahan

    daripada masyarakat Cina kerana menerima tuntutan tersebut seperti menggadai

    kemerdekaan China kepada kuasa Jepun. Hal ini demikian menyebabkan Jepun bertindak

    menggubal kembali tuntutan tersebut dan memaksa pihak China untuk menerimanya kerana

    jika tidak negara China akan mengalami kerugian yang besar. Tuntutan dua puluh satu

    membahagikan China kepada lima bahagian iaitu mengiktirafkan kedudukan Jepun di

    Shantung, kedudukan istimewa Jepun di Machuria dan Munyoka Dalam, Usaha Jepun-China

    dalam industri keluli, China tidak akan menyerahkan mana-mana kawasan kepada pihak

    ketiga dan Jepun mengawal beberapa pentandbiran tempatan yang penting di China. Justeru,

    jelas dapat dilihat bahawa kandungan dalam tuntutan tersebut lebih menguntungkan Jepun

    dan membolehkan Jepun dapat menguasai kepentingan ekonomi dan politik di kawasan-

    kawasan terpenting di China seperti, Shantung, Chefoo dan Tsingtao.

    Selepas Perang Dunia Pertama tamat, Persidangan Damai Versailles yang diadakan di

    Paris pada Januari 1919 dihadiri oleh pihak Berikat mengiktiraf tuntutan dua puluh satu.

    Perdamaian dari pihak Jerman telah diisytiharkan dan Jepun diwakili oleh Marquis Saiojii

    10M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Snd Bhd. hlm. 118.11

    Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur: Adabi Publishing Snd

    Bhd. hlm. 196.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    7/25

    manakala China diwakili oleh C.T. Wong dan Wellington Khoo. 12Hak Jerman di Shantung

    telah di serahkan kepada Jepun melalui Perjanjian Versailles. Oleh hal demikian, beribu

    golongan pelajar dan pensyarah-pensyarah Universiti Peking telah mengadakan demontrasi

    dan tunjuk perasaan bagi membantah keputusan Persidangan Damai Versailles di hadapan

    bangunan kedutaan iaitu Tien an Men dan membawa sepanduk-sepanduk dengan slogan-

    slogan seperti Kembalikan hak China di Shantung dan Negeri China kepunyaan orang

    Cina. Mereka juga mendesak wakil China dalam Pesidangan Versailes iaitu C.T. Wong dan

    Wellington Khoo supaya jangan menantangani Perjanjian Versailles yang akan dijadualkan

    pada 28 Jun 1919. Perasaan anti-penjajahan dan anti- imperialism telah tersebar dalam

    kalangan masyarakat Cina seperti peniaga, pekerja-pekerja kilang dan saudagar-saudagar

    turut bangkit menetang imperialisme Jepun. Mereka telah memboikot barangan buatan Jepun

    dan turut mengumpul dana bagi membangunkan industri dalam negara. Secara tidak

    langsung, tindakan ini dapat memperkukuhkan kuasa saingan China dari segi ekonomi dan

    perdadangan.

    Tuntutan Pengambilan Hak-hak China di Shantung.

    Salah faktor, pergerakan 4 Mei juga kerana kemuncak kepada penolakkan nilai-nilai

    tradisi yang terdiri daripada golongan intelektual moden China. Tarikh 4 Mei adalah merujuk

    kepada demonstrasi atau insiden 4 Mei yang berlaku di Peking pada 4 Mei 1919. Ia adalah

    merupakan pergerakan yang memprotes Persidangan Damai Paris. Persidangan ini telah

    membangkitkan kemarahan golongan intelektual kerana Shantung telah diserahkan kepada

    Jepun oleh pihak Jerman.13Walau bagaimanapun, pergerakan ini banyak memainkan peranan

    dalam membentuk pemikiran rakyat daripada berbentuk tradisi kepada pemikiran moden.

    Jepun mula mendapatkan Shantung selepas Perang Dunia I yang terbesar berlaku di Eropah

    dan pihak Jepun mula menguasai wilayah-wilayah di China.

    Selain itu, pelabuhan-pelabuhan seperti Peking, Shanghai, Wuhan, Nanking, Tientsin

    dan Canton, telah berkembang menjadi metropolis sehingga melahirkan golongan bijak

    12Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing Services Sdn. Bhd. Hlm

    205.13

    Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. California: Stanford University Press.

    hlm. 32.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    8/25

    pandai yang baru.14 Hal ini demikian kerana, bandar-bandar tersebut telah diperkenalkan

    dengan sistem pendidikan yang moden dari barat ditambah pula pusat penterjemahan bahasa-

    bahasa asing. Walau bagaimanapun, golongan intelektual China ini telah menerima

    pendidikan klasik China sebelum menerima pendidikan barat. Contohnya, Chen Tu hsiu,

    penggerak utama majalah TheYouth telah menerima pendidikan awal klasik China sebelum

    ke Perancis untuk menyambung pelajarannya. Walaupun pernah menerima pendidikan

    melalui pembelajaran klasik China, tetapi mereka dapat membiasakan diri dengan peradaban

    barat.15

    Pada tahun 19071917, sekurang-kurangnya 10 juta ahli dari kelas saudagar dan

    buruh telah menerima pendidikan moden dan telah diliputi semangat nasionalis dengan penuh

    keazaman untuk menyelamatkan negara mereka dari kuasa imperialis dan kekacauan

    dalaman. Kemuncaknya adalah ketika Perang Dunia Pertama, sentimen nasionalisme dan

    demokrasi telah menular ke dalam diri mereka dan juga di dorong oleh keadaan hubungan

    ChinaJepun yang tegang akibat daripada Tuntutan Dua Puluh Satu yang dibuat oleh pihak

    Jepun.16Oleh itu, rakyat China mula bangkit untuk mengambil Shantung daripada Jepun. Hal

    ini demikian kerana Jepun secara teknikal merupakan anti- Jerman dan mula menyerang

    Shantung. Jepun juga tidak mahu keluar dari Shantung dan ini telah membuatkan masyarakat

    China marah kerana Jepun berkeras tidak mahu keluar.

    Selain itu, keadaan di Barat juga telah memberikan kesedaran kepada masyarakat

    China untuk komited di negara mereka. Revolusi Bolshevik di Rusia 1917, Pemberontakan

    Sosialis di Finland, Jerman, Austria, dan Hungary telah memberi makna kepada intelektual

    China untuk menyemarakkan sentimen nasionalisme dan juga demokrasi.17 Terpengaruh

    dengan idea-idea dan juga ideologi di luar telah menyebabkan golongan intelektual mencari

    jalan untuk mengeluarkan kuasa imperialis dari negara mereka seterusnya mendapatkan

    semula Shantung kerana ia merupakan satu pusat ekonomi yang penting di China. Salah

    satunya ialah dengan penolakan nilai-nilai tradisi untuk membawa rakyat China dalam

    peradaban yang lebih moden. Oleh itu, mana-mana kuasa yang menguasai Shantung sama

    seperti menguasai ekonomi China sama seperti melombong emas China.

    14 Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun China Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek Kesenian. Pulau

    Pinang: Universiti Sains Malaysia. hlm. 209.

    15Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6thEdition. New York: Oxford University. hlm. 497.16

    Ibid. hlm. 495.17

    Ibid.hlm. 494.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    9/25

    Perjanjian Gerakan Revolusi Intelektual 4 Mei.

    Faktor terakhir gerakan 4 Mei ialah perjanjian gerakan revolusi intelektual. Perjanjian

    ialah ke arah menyatupadukan masyarakat China. Gerakan 4 Mei mula tercapai apabila

    golongan intelektual bersatu padu untuk membebaskan China daripada ancaman Barat dan

    warlords. Selain itu, gerakan 4 Mei juga berjaya mencetuskan gerakan anti-Jepun yang

    menyebabkan Jepun terpaksa keluar dari Shantung. Perkembangan luaran dan masalah

    dalaman telah memberikan inspirasi kepada golongan intelektual untuk melancarkan revolusi.

    Mereka yang telah belajar di luar negara telah terpengaruh dengan idea-idea moden barat dan

    mereka cuba sebarkan di negara mereka. Contohnya, RevolusiBolshevikdi Rusia pada 1917,

    Revolusi di Finland, German, Austria, dan Hungary serta rusuhan beras di Jepun. Pada tahun

    1903-1919, 41.51% orang pelajar China telah menyambungkan pelajaran ke Jepun, 33.85%

    di Amerika Syarikat dan 24.64% di Eropah.18Pengajian mereka di sana telah memberikan

    satu dogma baru dalam membawa negara China dari terus dibelenggu kuasa-kuasa asing.

    Antara golongan bijak pandai China terkenal yang belajar di luar negara ialah Chen

    Tu- hsiu dan Tsai Yuan pei (Perancis), Kuo Mo-Jo dan Lu Hsun (Jepun) serta Hu Shih

    dan Chiang Monlin (Amerika Syarikat).19 Mereka semua telah pulang ke China dan telah

    menjadi pembakar semangat kepada revolusi intelektual dan memperkenalkan ideologi-

    ideologi baru seperti liberalisme, pragmatisme, sosialisme dan sebagainya yang lebih moden.

    Mereka ini juga telah melancarkan penolakkan nilai-nilai tradisi China bagi kepentingan

    negara mereka. Golongan intelektual yang belajar di luar dan terpengaruh dengan idea-idea

    barat telah melancarkan ideolgi baru dalam negara mereka. Mereka mahu sistem

    pemerintahan yang lebih demokrasi dan liberalisasi diamalkan untuk menggantikan sistem

    pemerintahan maharaja yang bersandarkan kepada ajaran Konfucius. Mengikut ajaran

    Konfucius, maharaja yang tidak dapat mandat dari syurga akan diturunkan pelbagai bencana

    seperti banjir gempa bumi dan kemarau serta jangkitan penyakit. Oleh yang demikian,

    maharaja yang memerintah perlu bertanggungjawab di atas setiap bencana yang berlaku. Ia

    18Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6

    thEditio. hlm. 496.

    19Ibid. hlm. 496.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    10/25

    akan digantikan dengan pemerintah yang baru yang telah mendapat mendapat mandat dari

    syurga.20

    Walau bagaimanapun, golongan intelektual sudah terpengaruh dengan idea demokrasi

    telah menolak ajaran Konfucius termasuk sistem pemerintahan autokratik. Mereka telah

    melancarkan anti autokratik yang telah menjadikan rakyat China patuh dan tunduk kepada

    pemerintah sehingga rakyatnya tidak pandai berdikari dan tidak yakin kepada kebolehan diri

    dalam menghadapi dunia yang baru. Ia telah dinyatakan dalam ajaran Konfucius berkenaan

    dengan prinsip perhubungan antara orang bawahan dengan pemerintah. Berdasarkan prinsip

    ini, rakyat wajib taat kepada pemerintah manakala raja bersifat kemanusiaan. Menurut

    golongan intelektual dalam Pergerakan 4 Mei, hubungan ini perlu dihapuskan dalam negara

    kerana ia adalah bentuk pemerintahan zalim yang tidak sesuai lagi diamalkan pada era

    moden.21 Selain itu, golongan intelektual juga mula memboikot barangan Jepun yang

    menyebabkan eksport dan import Jepun ke China terus merudum. Oleh itu, arahan Jepun juga

    tidak dipedulikan oleh masyarakat China.

    Golongan intelektual ini mengkritik secara terbuka terhadap sistem keluarga suku

    dalam masyarakat China. Sistem keluarga suku ini merujuk kepada percantuman beberapa

    kumpulan yang membentuk satu masyarakat yang pada mulanya hanya seorang sahaja.

    Golongan intelektual ini menentang sistem ini kerana berpendapat ianya tidak sesuai untuk

    digunakan pada masa hadapan. Sekiranya ingin melihat negara China berjaya sama dengan

    negara Barat maka sistem ini haruslah dihapuskan. Sistem ini membawa kepada taat setia

    kepada ketua masing-masing dan tidak akan bergabung dengan suku lain. Maka, segala

    perebutan kuasa akan berlaku demi mencapai kepuasan dan keinginan sesuatu puak. Akibat

    daripada ini, negara China senang dijajah oleh Barat dan sebagai buktinya adalah kekalahan

    China kepada Barat dan menyebabkan China tidak digelar sebagai Middle Kingdom lagi.22

    Golongan intelektual ini menolak sistem pendidikan tradisional yang dianggap

    sebagai kuno dan ketinggalan zaman. Salah satu sebab mereka menentang sistem pendidikan

    yang dianjurkan oleh Konfucius ini kerana kandungan kurikulumnya yang hanya

    mengandungi cerita-cerita klasik dan juga syair-syair klasik sebagai sumber rujukan utama

    bagi pelajar-pelajarnya. Perkembangan pendidikan hanya diterhadkan kepada hal-hal yang

    20Edward L.Shaughnessy. 2000. China Empire and Civilization. Oxford University Press: New York. hlm. 45.

    21Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. hlm. 39.22

    Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka. hlm. 386

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    11/25

    telah berlalu dan bukannya memfokuskan kepada hal-hal keadaan pada masa itu dan juga

    masa akan datang. Kaedah pengajaran hanya menumpukan kepada teknik hafalan dan hanya

    menanam ingatan yang kuat namun bukannya kebolehan-kebolehan yang melahirkan

    pendapat baru.23Oleh itu, China mula bangkit untuk menghalau Jepun keluar dari China dan

    Pergerakan 4 Mei ini akhirnya mencapai matlamatnya.

    23Ibid. hlm. 369.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    12/25

    KESAN-KESAN GERAKAN 4 MEI 1919

    Matlamat Gerakan 4 Mei Tercapai.

    Gerakan 4 Mei yang tercetus di China lazimnya mempunyai matlamat dan objektif yang

    ingin dicapai sepanjang tempoh tersebut. Suatu revolusi baru yang mencetuskan suatu

    gerakan pembaharuan China yang melibatkan aspek politik, ekonomi dan sosial wajar dipuji

    dan diambil iktibar kerana perjuangannya yang tulus dalam menentang Barat mahupun

    pencabar terdekatnya iaitu Jepun. Aspek penekanan yang ditekankan dalam membawa

    penyatuan pembaharuan di China melibatkan pemimpin birokrat, golongan-golongan elit,

    cendiakawan, konservatif, mahasiswa-mahasiswi, mahupun rakyat biasa di China.24

    Pemodenan yang dirangka dan dirancang dalam memenuhi matlamat oleh golongan

    intelektual mula menyebarkan pengaruh dan melancarkan kempen-kempen kesedaran yang

    menuntut rakyat China supaya sedar akan ancaman kuasa-kuasa Barat seperti German

    mahupun Jepun dalam cubaan menakluk wilayah di Shandong. China juga sedar akan

    kekuatan Jepun yang mempunyai hubungan dengan kuasa-kuasa besar seperti Amerika

    Syarikat, Perancis, Britian dan Itali.25 Namun begitu, ia tidak melemahkan semangat dan

    perjuangan China dalam menuntut kembali wilayahnya yang didokong kuat oleh sokongan

    padu rakyat China sama ada dari dalam negara atau luar negara. Oleh itu, kemunculan

    matlamat Gerakan 4 Mei ini menumpukan kepada masalah kuasa-kuasa Barat cuba

    melemahkan pengaruh di China dan menjatuhkan imej China.26

    Walaupun diancam dengan ancaman oleh kuasa asing, China tetap dengan

    matlamatnya yang ditunjang oleh parti politik yang terkuat dan kukuh pengaruhnya iaitu Parti

    Koumintang China (PKC). Parti Koumintang begitu ekstrem dengan ideologi dan falsafah

    parti berkenaan agar menyelesaikan isu penuntutan hak wilayah China iaitu Shandong

    daripada Jepun. Situasi ini sangat rumit kerana melibatkan dua buah negara tersebut lalu

    China mengambil suatu pendekatan yang berani mencabar Persidangan Versailles di Perancis

    pada 28 Jun 1919. Persidangan Damai Versalles juga dijadikan modal oleh China dalam

    memboikot persidangan tersebut daripda menghantar wakil China iaitu C.T.Wong dan

    24Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun.hlm.58.

    25Akira Iriye. 1980. TheChinese and the Japanese Essays in Political and Cultural Interactions. United

    Kingdom: Princeton University Press. hlm. 8826

    Orville Schell & Joseph Esherick. 1972. Modern China: The Story of a Revolution. New York: Alfred A.

    Khopf. hlm. 31.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    13/25

    Wellington Khoo. Mahasiswa-mahasiswi dari Unversiti Peking telah mendesak C.T. Wong

    dan Wellington Khoo daripada hadir dalam memeterai perjanjian tersebut.

    Tujuan dan matlamat mereka adalah memulaukan perkara yang tidak memihak

    kepada kepentingan dan keistimewaan China. Oleh sebab itu, peristiwa ini menjadi penyebab

    suatu gerakan demontrasi secara besar-besaran yang melibatkan 5000 orang pensayarah dan

    mahasiswa-mahasiswi dari 13 buah unversiti dan kolej membantah keputusan dalam

    Persidangan Damai Versailles di hadapan The Gate of Heavenly Peace (Tian An Men).

    Mereka menghantar telegram yang mengharapkan China supaya meminta balik hak-hak

    wilayah China di Shandong dan mendesak secara keras untuk menolak 21 tuntutan yang

    dikemukan oleh Jepun.

    Perjuangan matlamat dan kesungguhan mahasisiwa-mahasiswi ini begitu komited

    dalam memelihara hak dan kedaulatan China yang meluahkan rasa kebencian terhadap

    pengkhianat dan memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat China. Hal ini

    demikian kerana 21 tuntutan Jepun sangat mencalar maruah negaranya sedangkan Shandong

    akan dijadikan hospital, rumah ibadat seperti gereja, sekolah-sekolah. Akhirnya matlamat dan

    usaha yang berterusan dalam menjaga tanah suci China diperhebatkan kerana bagi mereka

    wilayah tersebut merupakan tempat lahir Kong Zi dan Meng Zi. Disamping itu, matlamat

    dalam menghapuskan pengkhianat negara telah dilaksanakan sepenuhnya oleh Parti

    Koumintang China (PKC).27 Peristiwa perletakan jawatan oleh tiga tokoh besar dalam

    kepimpinan kerajaan iaitu Chang Tsung Hsing, Lu Hsung Yu, Tsao Ju Lin ini dianggap suatu

    kejayaan besar dalam mengurangkan pengaruh mereka dalam barisan kabinet China. Mereka

    dianggap pro-Jepun yang bertindak sebagai pendokong dan bertanggungjawab dalam

    memenuhi 21 tuntutan Jepun ketika berlakunya Persidangan Washington pada 21 November

    1921.

    Setelah perletakaan jawatan dan sentiment kebencian terhadap orang-orang Jepun

    dalam kalangan orang China, Jepun telah mengambil langkah yang drastik menarik diri dari

    wilayah Shandong. Sekali lagi pencapaian China ini telah mengatasi masalah kepimpinan

    China yang sering berkelahi dan bergaduh. Oleh sebab itu, boleh dikatakan gerakan 4 Mei ini

    merupakan suatu yang diiktiraf sebagai gerakan anti-tradisonal yang terkuat di dunia

    melibatkan hampir seluruh masyarakat China bersatu padu mengemukan bantahan terhadap

    kuasa-kuasa asing. Pembentukkan negara China dalam mengembalikan zaman

    kegemilangannya mula bergerak secara seimbang dan seiring dengan sistem birokrasi dalam

    27Li Chien Nung. 1956. The political History Of China 1840-1928. hlm. 140.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    14/25

    usaha negara-negara Barat memandang China sebagai sebuah tamadun dan bukannya negara

    yang mundur. Arus politik dan sosial semasa di China telah berubah kearah yang lebih baik

    kerana usaha dan matlamat melantik pegawai yang berpendidikan tinggi dan maju dalam

    pemikiran kritis.

    Gerakan 4 Mei ini telah melenyapkan masalah rakyat dan peniaga dipandang rendah,

    namun telah membantu meningkatkan usaha sistem sosial yang lebih teratur dan

    pemerintahan yang lebih dinamik. Usaha yang dapat dilihat oleh China adalah untuk

    mengembalikan zaman kemegahan yang dipanggil sebagai Middle of Kingdom. 28

    Kedudukan Parti Koumintang China (PKC) semakin kukuh.

    Parti Koumintang China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen merupakan parti yang paling

    berpengaruh mengatasi parti-parti di China yang lain. Hal ini telah menyebabkan Parti

    Koumintang China mudah diterima baik oleh setiap pelosok masyarakat China sama ada

    peringkat bawahan dan peringkat pemerintah. Parti Koumintang China merupakan suatu parti

    yang berfahaman komunis dan ideologi yang yang berteraskan falsafah hak sama rata antara

    golongan kaya mahupun miskin. Ideologi komunis ini yang diasaskan oleh Karl Marx

    menjadi ikutan masyarakat China kerana prinsip yang telus oleh pihak parti pemerintah yang

    mana seseorang kaya tidak boleh mampu memiliki harta kekayaan yang banyak dan

    dibenarkan hanya untuk sara hidup sahaja. Oleh sebab itu, ideologi komunis ini sangat

    diterima oleh masyarakat bawahan dan miskin seperti petani, peniaga, dan rakyat biasa.29

    Oleh sebab itu, gerakan 4 Mei ini menjadi pembuka jalan terhadap penyebaran ideologi

    komunis di China sekaligus menubuhkan Parti Koumintang China.

    Disamping itu, ideologi-ideologi Barat telah berjaya dicedok atau diambil

    pendekatannya oleh China untuk memajukan pemikiran intelektual terhadap golongan

    cendiakawan dan berpendidikan untuk memajukan hala tuju politik dan pendidikan di China.

    Usaha dan kesungguhan seorang tokoh terkenal iaitu Li Tao Chao telah berjaya menubuhkan

    Society for the Study of Marxism di Universiti Peking pada tahun 1918. Perancangan yang

    teliti dalam menarik sokongan mahasiswa-mahasiswi Universiti Peking untuk menerima dan

    meresap fahaman komunis dalam mengkaji lebih mendalam prinsip-prinsip komunis.

    28Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. hlm. 112.29

    Morton. W. S & Lewis. C. M. 2005. China: Its History and Culture. New York: McGraw-Hill Companies.

    hlm. 170.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    15/25

    Sesungguhnya, usaha sebegini telah membantu menguatkan Gerakan 4 Mei berjaya

    melahirkan ahli fahaman komunis yang tegar seperti Chang Kuo Tao dan Mao Tse Tung.

    Mereka berdua memainkan peranan penting dalam menggerakkan gerakan komunis di China.

    Oleh sebab itu, tokoh-tokoh ini diangkat menjadi pemimpin dalam membantu

    menguatkan Parti Koumintang China dan mencapai agenda parti berkenaan iaitu matlamat

    dalam menguasai China kelak.30Di samping itu, kemunculan seorang lagi tokoh terkemuka

    iaitu Chen Tu Hsiu yang menganut fahaman Marx-Lenin pada tahun 1920. Sumbangan beliau

    yang terbesar dalam membantu pengukuhan Parti Koumintang China menubuhkan Socialist

    Youth Corps di Peking. Jika dilihat dari sudut ini, jelaslah Peking sangat terkenal untuk

    dijadikan suatu pusat komunis yang membantu memperhebatkan Gerakan 4 Mei ini.

    Kesannya, pada tahun 1921, telah muncul banyak pertubuhan yang berideologikan Marxism

    telah disatukan menjadi satu unit politik yang berfahaman komunis di China. Sebagai contoh,

    Chen Hsiu dan Li Ta Chao telah menubuhkan Parti Komunis China (PKC) dengan bantuan

    Comintern.

    Setelah Parti Koumintang China telah mendapat sokongan kuat, pengaruh dan mandat

    daripada rakyat yang mahukan pembaharuan dan pemodenan dalam ideologi komunis ini

    diterima baik oleh mereka. Oleh itu, Gerakan 4 Mei ini juga telah menumpukan sepenuhnya

    usaha membanteras pengaruh dan kedudukan hulubalang di Peking. Hulubalang

    menimbulkan masalah dan menjadi penghalang besar kepada pembukaan pembaharuan

    China serta mampu menggugat kedudukan Parti Koumintang China. Oleh sebab itu, parti

    Koumintang China nekad untuk menghapuskan hulubalang atau dipanggil sebagai Wallords.

    Semasa China di bawah pemertintahan hulubalang, telah berlaku kemunduran dan

    kemerosotan ekonomi di samping isu kebuluran yang mengakibatkan banyak kematian rakyat

    China. Masalah penyalahgunaan kuasa dan mencabul hak-hak rakyat juga terjadi sehingga

    aspek ketenteraan menjadi mundur.

    Oleh sebab itu, mahasiswa-mahasiswi di Universiti Peking telah menyalahkan mereka

    di atas kegagalan China menjamin hak wilayahnya ke atas Shandong. Tambahan pula,

    Gerakan 4 Mei ini dilihat sebagai penggerak sehingga memberi kesan yang cukup mendalam

    ke atas barisan kabinet China. Tuan Chi Jui yang mengetuai kepimpinan di China telah

    dipaksa meletak jawatan serta merta dan telah dibubarkan. Hal ini telah memberikan kesan

    terhadap Parti Koumintang China memperbaiki kedudukan menjadi sebuah parti politik yang

    30Micheal. G. Fry. 2002. Guide to The International Relations and Diplomacy.London: Continuum

    International Publishing Group. hlm.153.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    16/25

    dominan dan mendapat sokongan majoriti rakyat China sendiri.31Malah, ia juga mendapat

    sokongan kuat dari negara-negara Barat kerana membawa usul pemodenan dan pembaharuan

    dalam menggantikan sistem feudal yang berada di takuk lama. Kesannya begitu ketara,

    kerana ia membawa masuk sistem pemerintahan Barat yang disesuaikan dengan ideologi

    komunisnya seperti sistem demokrasi, negara berkebajikan dan semangat nasionalisme.

    Pembaharuan secara drastik ini hasil kesedaran dan kemampuan Gerakan 4 Mei yang berjaya

    mendapat tempat dalam diri rakyat China. Kesannya, lahirlah ramai intelektual-intelektual

    China moden yang berpendidikan kelas tinggi sehingga menerima falsafah pemikiran Barat

    dalam menerajui sesebuah negara.32

    Namun, kesan Gerakan 4 Mei ini dapat dilihat dari segi hubungan dua hala antara

    China dengan Moscow, Rusia dalam menjalinkan hubungan diplomatik. Kelebihan yang

    diperolehi oleh China khususnya Parti Koumintang China adalah mendapat bantuan

    ketenteraan, teknonologi, bantuan kewangan serta perlindungan daripada Rusia untuk

    keselamatan China daripada Jepun.33 Hal ini demikmian kerana Rusia merupakan sebuah

    negara berfahaman komunis dalam menjaga kerjasama yang baik dengan Parti Koumintang

    China. Akhirnya, Gerakan 4 Mei ini telah mula berperang dengan hulubalang-hulubalang

    dalam menewaskan mereka di setiap daerah yang dikuasai. Setelah kematian Dr. Sun Yat

    Sen, Chiang Kai Shek telah mempinpin Parti Koumintang China. Peperangan menentanghulubalang telah dirancakkan lagi sehingga ke utara China dan dipanggil Ekspedisi ke Utara.

    Akhirnya, pada tahun 1928 Parti Koumintang China telah menang dan menjadi kuat di China

    dan menubuhkan kerajaan baru di Nangking.

    Kemunculan gerakan kebudayaan baharu.

    Gerakan 4 Mei telah membawa perubahan kepada negara China dari segi politik,

    sosial dan kebudayaan. Gerakan ini bertujuan untuk memodenkan China dan menjalankan

    reformasi keintelktualan dan peradaban. Untuk mencapai hasrat mereka iaitu memodenkan

    China, mereka berhasrat untuk menggantikan pemikiran yang kuno dan tradisi dengan

    pemikiran baru.Mereka juga sering mengkritik ilmu-ilmu tradisional dan cuba untuk

    31Chiang Kai-Shek. 1947. Chinas Destiny and Chinese Economy Theory. New York: Roy Publishers. hlm.185.

    32Harry. G. Gelber. 2007. The Dragon and The Foreign Devil: China and The World, 1100 B.C to The Present.

    New York : Walker & Company. hlm. 229.33

    Park. Edwin Wah Leung. 2005.Modern Chinese History Essentials.New.Jersey: Research & Education

    Association. hlm. 176.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    17/25

    menyedarkan rakyat cina tentang kepentingan ilmu dari Barat dan menyokong pembentukan

    negara China yang moden iaitu berasaskan ilmu sains dan idea-idea barat.

    Antaranya tokoh Gerakan 4 Mei iaitu Hu Shi. Beliau merupakan salah seorang yang

    berhujah supaya berlakunya asimilasi pemikiran cina dengan ilmu-ilmu barat secara

    beransur-ansur. Beliau juga telah menyeru supaya dilakukan penilai semula semua

    terhadap elemen-elemen dalam peradaban Cina, dan mengkaji masalah peradaban Cina

    pada masa itu supaya dapat menyerap pemikiran dan ilmu baru dari Barat. Chen Duxiu

    yang kembali dari Jepun pada tahun 1915, telah mengasaskan majalah New Youth

    (Pemuda Baru)34yang bertujuan untuk memberi inspirasi kepada golongan muda supaya

    meminggalkan kepercayaan tradisional dan cuba untuk membina negara China yang

    rnoden berasaskan sains dan demokrasi. Beliau juga menyarankan supaya golongan

    muda ini untuk lebih bersifat progresif, kosmopolitan, agresif, bebas dan utilitarian.

    China dan Konfiusianisme sememangnya amat sinonim. Hal ini kerana

    konfusianism sangat dipandang tinggi dan merupakan aliran falsafah paling teragung

    bagi negara China dengan penegasan bahawa Tiada Konfusianisme, tiada China.35

    Namun setelah tercetusnya Gerakan 4 Mei, kedudukan Konfusianisme telah tercabar

    apabila pemimpin Gerakan 4 Mei menyatakan bahawa moral yang dikemukan oleh

    Kong Zi36 dan pengikutnya hanya sesuai bagi masyarakat yang hidup dalam sistem

    tradisi dan tidak sesuai bagi masyarakat demokrasi. Selain itu, ahli Gerakan 4 Mei

    menyatakan bahawa semua tradisi lama dan Konfusianisme perlu dihapuskan untuk

    memodenkan China secara menyeluruh. Untuk menjayakan matlamat mereka, mereka

    telah banyak menulis artikel dan karya penulisan untuk menyedarkan masyarakat china

    tentang keburukan Konfusianisme dan tradisi lama. Mereka juga telah memperkenalkan

    cogan kata seperti Jatuhkan Kong Zi dan anak-anaknya. Namun begitu, Gerakan 4

    Mei tidak berjaya untuk menghapuskan Konfusianisme secara keseluruhan. Hal ini

    disebabkan Konfusianisme telah bertapak dan diamalkan di China kira-kira 2000 tahun

    dahulu. Hal ini juga kerana ada juga dikalangan pemimpin Gerakan 4 Mei yang dari

    segi pemikirannya ke arah Barat namun dari segi moral masih lagi terikat dengan

    34Pada peringkat awal, Majalah Pemuda Baru telah mencetak karya-karya yang telah diterjemah daripada

    Russia, Perancis, Norway dan lain-lain. Namun tidak mendapat sambutan yang besar kerana bahasanya terlalu

    klasik. Walaubagaimana pun, majalah ini merupakan satu agen penting bagi Gerakan 4 Mei.

    35Chow Tse-tsung.1960. The May Fourth Movement: intellectual revolution in Modern China. Cambridge:Harvard University Press. Hlm 29336

    Kong Zi merupakan pengasas ajaran Konfusianisme.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    18/25

    tradisi-tradisi lama.37 Tetapi walaupun tidak berjaya menghapuskan Konfusianisme

    secara keseluruhan, Gerakan 4 Mei berjaya untuk menyedarkan masyarakat Cina

    terutamanya golongan Muda untuk beralih tumpuan kepada idea santifik dalam

    membuat keputusan dan bersedia untuk menerima ilmu dan falasafah Barat sebagai

    rujukan.

    Rancangan Hu Shi untuk menyambut lawatan John Dewey ke China pada 1919

    merupakan satu titik permulaan kepada rancangannya. Dewey yang tiba di Shanghai

    pada bulan Mei dan telah menyampaikan kuliah sebanyak beratus-ratus kali berkenaan

    ilmu falsafah, pendidikan dan politik dan ia telah berangsung selama dua tahun telah

    dapat menyebarkan permikiran John Dewey berteraskan sains kepada pemikir-pemikir

    Cina. Hasil dari lawatan ini, Hu Shi telah berjaya menerapkan corak pemikiran

    berasaskan sains dalam pemikiran masyarakat Cina. Selain Hu Shi, majalah Pemuda

    Baru, Chen Duxiu telah memuji John Dewey dengan setinggi-tingginya. Chen telah

    berkata Kita mempercayai syarat utama pemodenana negara China ialah sains dan

    falsafah pragmatik tetapi bukan kepercayaan sihir.38

    Keyakinan dan kepercayaan terhadap sains dikalangan rakyat Cina makin

    bertambah kukuh. Terdapat juga pemikir-pemikir Cina ang menyanjungi ilmu sains

    sehingga melampaui pemikiran falsafah sains yang sepatutnya. Sebagai contoh Hu Shi,

    beliau telah menwujudkan satu sistem penilaian kepada fakta -fakta saintifik dan beliau

    menyatakan bahawa boleh merangkumi lingkungan yang bukan bidang sains. Hal ini

    secara terangnya, beliau telah mengabaikan hakikat bahawa hukum sains adalah neutral

    sifatnya dan pemutus kepada penilaian bukan daripada fakta saintifik semata-mata.39

    Mereka berharap untuk mengikuti jejak langkah Barat iaitu mengetepikan agama dan

    membia satu sistem sekular yang baru untuk peradaban China. Hal ini telah

    menampakkan penolakan kepada Konfusianisme secara keseluruhan. Namun begitu,

    perubahan ini akan menghadapi halangan yang besar kerana elemen agama memainkan

    ciri penting sepanjang peradaban Barat.40

    37Lin Yusheng. 1989. Wusi: Dou Yuan de Fansi ( Gerakan 4 Mei : Pemikiran yang pelbagai ragam). Hong

    Kong : Sanlian Shudin. Hlm 115

    38Chen Duxiu. 1987. Xin Qingnian Xuanyan (catatan pemuda baru) dipetik daripada Chen Duxie Wencun

    (Koleksi Esei Chen Duxiu). Wuhu: Anhui Renming Chubanshe. hlm 24539Hok Kok Chung. 1998. Hu Shi: Pragmatist and Reformist. Tesis PHD: University of London. Hlm 122

    40Ibid hlm 124

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    19/25

    Asimilasi ideologi-ideologi Barat terus berlangsung tanpa henti. Selain sains,

    ideologi Barat seperti demokrasi telah mempengaruhi China. Ahli pemodenan tidak

    henti-henti mengkritik nilai tradisi lama. Untuk memudahkan pomodenan, bahasa Cina

    telah diubah dan melalui pengubahsuaian bahasa pelbagai pencapaian telah tercapai.

    Melahirkan Semangat Kebangsaan.

    Gerakan 4 Mei telah melahirkan semangat kebangsaan dalam kalangan orang-orang

    China. Ianya merupakan saru revolusi mental di kalangan orang-orang China yang

    digerakkan oleh golongan intelek. Pelajar muncul sebagai golongan penting pembela

    kepentingan nasional China. Sekitar tahun 1920-an, kebangkitan semangat nasionalismewujud dalam memperjuangkan ideologi bagi membentuk sebuah negara yang berasaskan

    kepada Tiga Prinsip Rakyat. Nasionalisme menekankan pembebasan untuk negara China,

    kebebasan dari imperialisme Barat, dan persamaan untuk semua bangsa dalam negara

    China.41Ideologi dibawa oleh Sun Yat Sen dilihat sebagai kelangsungan daripada Revolusi

    1911 yang bermatlamat untuk membentuk kerajaan republik. Gerakan ini memberi kesedaran

    kepada masyarakat dan juga kerajaan tentang tindak-tanduk kuasa-kuasa Barat yang

    menyebabkan China terumbang-ambing dan dipermain-mainkan oleh mereka. Sun Yat Sen

    mengutuk sikap tidak bersungguh-sungguh kuasa Barat membantu China sejak Perjanjian

    Versailles.42Penubuhan persatuan nasionalisme adalah disebabkan daripada keinginan untuk

    mengubah keadaan negeri China dan menentang penjajahan asing.43Kesan daripada

    penjajahan asing di beberapa buah kawasan negeri China menyebabkan berlakunya masalah

    dalaman dalam negara tersebut oleh kerana pihak asing yang telah mengenakan beberapa

    perjanjian yang tidak adil.

    Golongan pelajar merupakan golongan yang penting sebagai penggerak kepada

    nasionalisme di China. Hal ini demikian kerana pendidikan Barat yang diperoleh oleh

    golongan pelajar semasa menuntut di negara Barat mahupun di Jepun telah membuka

    pemikiran dan pandangan mereka tentang tujuan kedatangan barat datang ke China.

    Kesedaran yang diperoleh ini yang membawa kepada gerakan-gerakan menentang barat di

    41Suffian Mansor. 2009. Sejarah China moden. Hlm. 129.

    42Abdullah Zakaria, Azharuddin, Azhar, Suffian. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur1800-1963. Hlm 129.43

    Ibid., Hlm. 373.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    20/25

    China. Antara penentangan yang dilakukan adalah melalui peristiwa 4 Mei 1919. Peristiwa

    ini adalah,

    Chinese student movement from the demonstration

    of May 4, 1919, which was staged to protest this injustice

    to denounce the pro- Japanese warlords and the politicians

    who had acquiesced in it. The ensuing nationwide indignation

    culminated in Chinas refusalto sign the treaty and more

    important, made student opinion a power to be reckoned with.44

    Gerakan ini menunjukkan satu perubahan pandangan dalam masyarakat China yang di

    gerakan oleh golongan terpelajar. Gerakan ini sebenarnya telah mula memberi kesedaran

    kepada masyarakat China tentang niat dan tindakan yang dilakukan oleh Barat di China yang

    bertujuan untuk memenuhi kehendak mereka dari segi ekonomi sehingga menyebabkan

    keadaan di China menjadi tidak stabil.

    Dalam hubungan mengembangkan semangat nasionalisme, golongan pelajar dan

    intelek dari Universiti Kebangsaan Peking memainkan peranan penting. Antara tahun 1903

    hingga 1919 semakin ramai pelajar-pelajar China dari luar negara pulang ke tanah air merekaseperti Chen Tu Hsiu, dan Tsai Yuan Pei dari Perancis, Kuo Mo Jo dan Lu Hsu dari Jepun

    dan Hu Shih dan Monlin dari Amerika Syarikat.45Para pelajar inilah yang menjadi

    perangsang kepada gerakan nasionalisme di China dan cuba untuk melakukan reformasi ke

    arah pemodenan supaya seiring dengan barat dan Jepun. Antara cara yang telah digunakan

    oleh golongan pelajar ini untuk menyebarkan idea-idea barat yang diperoleh dengan

    menggunakan pusat pengajian tinggi terutama Universiti Kebangsaan Peking (Peita).46Di

    Peita ini, Tsai Yuan Pei telah dilantik sebagai Canselor telah melakukan gerakan

    pembaharuan di universiti ini. Beliau telah bertanggungjawab meningkatkan semangat

    nasionalisme dalam kalangan pelajar di Universiti ini.

    Tsai Yuan Pei juga telah menggariskan tiga hala tuju penting bagi memajukan Peita

    iaitu universiti adalah institusi untuk penyelidikan akademik, pelajar harus menganggap

    universiti sebagai pusat mendapat pekerjaan dan universiti harus menjamin kebebasan

    44John Israel. 1966. Student nationalism in China 1927- 1937.California: Stanford University Press. Hlm. 3.45

    Maswari Rosdi. 1985. Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955.Hlm. 214.46

    Ibid., Hlm. 214.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    21/25

    akademik.47Matlamat yang diwujudkan ini membolehkan perkembangan ilmu pengetahuan

    tanpa sekatan dan perkembangan ini dapat meningkatkan kesedaran nasionalisme dalam

    kalangan masyarakat yang belajar di situ kerana mereka bebas untuk mendapatkan ilmu

    pengetahuan dan melakukan kajian akademik mereka.

    Demonstrasi oleh pelajar-pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di

    seluruh China. Golongan pelajar juga telah menganjurkan pemulauan barang-barang buatan

    Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan menjejaskan perdagangan Jepun dengan

    China. Gerakan mereka bukan sekadar terhad di kalangan golongan pelajar semata-mata,

    tetapi melewati pelbagai pihak dalam masyarakat China. Demonstrasi rakyat China

    menentang Jepun merebak dengan begitu cepat kerana dengan adanya kemudahan teknologi

    yang boleh menyebarkan maklumat penentangan terhadap Jepun melalui media cetak dan

    media elektronik. Perasaan anti-Jepun telah bertambah di kalangan orang-orang China. Buat

    kali pertama, pekerja-pekerja China telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di

    beberapa buah Bandar besar di China seperti di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan

    bandar-bandar lain.

    Kemaraan nasionalisme dalam kalangan orang China terutama para tenteranya, telah

    membawa beberapa kejayaan dalam melawan barat. Antara lain ialah mengenai

    ketidakupayaan pihak England membantu puak kanan kerana perhubungan China-Inggeris

    telah merosot akibat peristiwa 30 Mei di Shanghai di mana sebilangan besar pelajar-pelajar

    dan pekerja-pekerja telah melancarkan mogok terhadap kilang-kilang kepunyaan Jepun.

    Bantahan terhadap tindakan polis yang membunuh pemogok-pemogok mengakibatkan

    pembunuhan beramai-ramai Shakee-shameen di Canton oleh pasukan polis British. Reaksi

    terhadap tindakan ini diambil serta merta yang mana perdagangan British di China dan Hong

    Kong diboikot.48Kesan kejadian ini menunjukkan bahawa pergelutan dalam parti yang

    ditubuhkan sepanjang perjuangan nasionalisme telah menjelma menjadi satu pergerakan anti

    penjajah. Ini dapat dilihat apabila Rusia mengambil kesempatan di atas situasi yang tidak

    tenteram ini.49

    47 Suffian Mansor. 2009. Sejarah China moden. Hlm. 121.

    48

    C.Martin Wibur. 1983. The nationalist revolution in China, 1923-1928.Cambridge: Cambridge UniversityPress. Hlm. 15.49

    Jessy.J.S.2007 Sejarah China dan Jepun. Hlm. 245.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    22/25

    KESIMPULAN.

    Gerakan 4 Mei merupakan satu gerakan kebangsaan yang telah mempengaruhi

    perkembangan politik dan sosial negeri China. Pendekatan moden yang dibawa oleh pelajar-

    pelajar sebagai pengajaran falsafah, sains, idea-idea baru seperti demokrasi, kebudayaan

    Barat dan bentuk kesusasteraan moden mula diterima oleh masyarakat. Dalam usaha

    mengembangkan nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan

    Peking telah memainkan peranan penting. Di mana sesungguhpun Gerakan 4 Mei ini telah

    memainkan semangat nasionalisme bangsa China ke tahap yang sangat tinggi berbanding

    zaman-zaman lain. Mereka amat sensitif terhadap sebarang bentuk penekanan yang

    berunsurkan imperialisme yang dikenakan oleh kuasa-kuasa ke atas bangsa dan negara China.

    Negeri China telah mengalami perubahan politik dan sosial yang mendadak selepas gerakan

    ini dan ianya juga telah merintis jalan kepada kemunculan Parti Komunis China sebagai

    sebuah kuasa yang berpengaruh dewasa itu sehingga akhirnya PKC berjaya menubuhkan

    sebuah Kerajaan Republik Komunis pada tahun 1949.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    23/25

    Bibliografi

    Abdullah Zakaria, Azharuddin, Azhar, Suffian. 2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan

    dan Asia Timur 1800-1963. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Akira Iriye. 1980. The Chinese and the Japanese Essays in Political and Cultural

    Interactions. United Kingdom: Princeton University Press.

    C.Martin Wibur. 1983. The nationalist revolution in China, 1923-1928.Cambridge:

    Cambridge University Press.

    Chen Duxiu. 1987. XinQingnian Xuanyan (catatan pemuda baru) dipetik daripada Chen

    Duxie Wencun (Koleksi Esei Chen Duxiu). Wuhu: Anhui Renming Chubanshe.

    Chiang Kai-Shek. 1947. Chinas Destiny and Chinese Economy Theory. New York:

    Roy Publishers.

    Chow Tse-Tsung.1960. The May Fourth Movement: Intellectual Revolution In Modern

    China. Cambridge: Harvard University Press

    Chung Wah Chow. Dawid Eimer. etc. 2009. China. Ebook Edition: Lonely Planet.

    Edward L.Shaughnessy. 2000. China Empire and Civilization. Oxford University Press: New

    York.

    Harry. G. Gelber. 2007. The Dragon and The Foreign Devil: China and The World, 1100 B.C

    to The Present.New York : Walker & Company.

    Harold M. Vinacke. 1967. Sejarah Timur Jauh Dalam Zaman Moden. Kuala Lumpur: Dewan

    Bahasa dan Pustaka.

    Immanuel C.Y. Hsu. 2006. The Rise of Modern China 6th Edition. New York: Oxford

    University.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    24/25

    James Z Gao. 2009. Historical Dictionary of The Modern China (1800-1949) . Maryland:

    Scarerow Press, INC.

    Jessy. J. S. 1978. Sejarah China dan Jepun. Kuala Lumpur: Academe Art & Printing

    Services Sdn. Bhd.

    John Israel. (1966). Student nationalism in China 1927- 1937.California:

    Stanford University Press.

    Li Chien Nung. 1956. The Political History Of China 1840-1928.

    Lin Yusheng. 1989. Wusi: Dou Yuan de Fansi ( Gerakan 4 Mei : Pemikiran yang pelbagai

    ragam). Hong Kong : Sanlian Shudin.

    Lok Chong Hoe. 1998. Tamadun China Falsafah, Pandangan Hidup dan Aspek-aspek

    Kesenian. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

    Lucien Bianco. 1971. Origins of The Chinese Revolution 1915-1949. California: StanfordUniversity Press.

    M. Rajendran. 1988. Sejarah Jepun. Kuala Lumpur: Arenabuku Snd Bhd.

    Maswari Rosdi. 1983. Sejarah China dan Jepun Moden 1800-1955. Kuala Lumpur:

    Adabi Publishing Sdn. Bhd.

    Micheal. G. Fry. 2002. Guide to The International Relations and Diplomacy. London:

    Continuum International Publishing Group.

    Morton. W. S & Lewis. C. M. 2005. China: Its History and Culture. New York:

    McGraw-Hill Companies.

    Orville Schell & Joseph Esherick. 1972. Modern China: The Story of a Revolution. New

    York: Alfred A. Khopf.

  • 5/26/2018 Asia Timur - 4 Mei

    25/25

    Park. Edwin Wah Leung. 2005.Modern Chinese History Essentials New.Jersey:

    Research & Education Association.

    Rana Mitter. 2004. A Bitter Revolution:China Struggle With The Modern World. Oxford:

    Oxford University Press

    Suffian Mansor. 2009. Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: Penerbit University Malaya.