aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam … · aplikasi pemikiran kreatif dan kritis dalam...

25
APLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI JOHOR. NORHUSNA BINTI MOHAMED UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: dangtu

Post on 09-Mar-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

APLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN

GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DI NEGERI JOHOR.

NORHUSNA BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16(Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :

APLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI SEKOLAH MENENGAH

TEKNIK DI NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2008/2009 Saya NORHUSNA BINTI MOHAMED

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

√ TIDAK TERHAD Disahkan oleh

(HURUF BESAR)

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :

PROF MADYA DR. YAHYA BIN BUNTAT NAMA PENYELIA

NO,34 LORONG 1 KG SAWAH RING, 84700 GERSIK LEDANG JOHOR.

Tarikh: 28.04.2009 Tarikh: 28.04.2009

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

( Kemahiran Hidup )”

Tandatangan : ………………………………………….

Penyelia : PROF.MADYA DR. YAHYA B. BUNTAT

Tarikh .......................................................................

APLIKASI PEMIKIRAN KREATIF DAN KRITIS DALAM PENGAJARAN

GURU-GURU TEKNIKAL BAGI MATA PELAJARAN TEKNIKAL DI

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK.

NORHUSNA BTE MOHAMED

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2009

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : .........................................

Nama Penulis : Norhusna Bte Mohamed

Tarikh : ...........................................

iii

DEDIKASI

Buat ayahanda dan bonda yang dicintai &dihormati.........

Mohamed bin Hj Othman & Jamiah Bte Hj Ngarip

Biar segunung emas

Sesungguhnya pegorbanan ayahanda & bonda tidak dapat ku balas

Doa kalian sentiasa mengiringi ku

Untuk mencapai kejayaan

Kejayaan milik kita sekeluarga

Buat kekanda & adinda yang ku sayangi........

Ida Azwana, Norfazlina,Norzahida,

Norzaikia, Luqman Nor Hakim & Taufiq Ariff

Doamu semua untuk mengharapkan kejayaanku akan kubuktikan

Terima kasih di atas semua sokongan keluarga

Yang menjadi cahaya dalam setiap langkahku

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan gelora

Buat semua keluarga, sanak saudara & rakan-rakan

Segala jasa dan sokongan

Akan ku kenang selama-lamanya.......

INSAYALLAH...................................

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Assalamumualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala puji bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta salam

ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T

kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah mengizinkan saya menyiapkan

Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya

Dr. Yahya B. Buntat selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

membantu dengan penuh komitmen dalam membimbing, menasihati, memberi

dorongan, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala permasalahan dan kekeliruan dapat diatasi. Tidak

dilupakan juga setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan kepada

Jabatan Pendidikan Negeri Johor, pengetua-pengetua, serta guru-guru di Sekolah

Menengah Teknik Muar, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat dan Sekolah

Menengah Teknik Segamat yang sudi memberi kerjasama yang sangat

memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda

ini.

Amin........

Terima kasih yang tidak terhingga.

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau aplikasi pemikiran kreatif dan

kritis dalam pengajaran guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal di sekolah

menengah teknik. Sampel kajian adalah terdiri daripada 103 orang guru teknikal

yang mengajar mata pelajaran Teknikal di tiga buah sekolah teknik di negeri Johor

Sekolah yang dipilih adalah Sekolah Menengah Teknik Muar, Sekolah Menengah

Teknik Batu Pahat dan Sekolah Menengah Teknik Segamat. Instrument kajian yang

digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Data dan maklumat yang diperolehi

telah diproses dan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For

Social Science (SPSS) Version 11.5 for windows dan dilaporkan dalam bentuk

frekuensi, peratusan dan min. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan Alpha

Cronbach dengan nilai keseluruhan 0.8370. Hasil kajian mendapati bahawa guru-

guru teknikal memahami makna dan tujuan pemikiran kreatif dan kritis, guru-guru

teknikal juga menggunakan teknik yang sesuai dalam mengaplikasikan pemikiran

kreatif dan kritis. Selain itu, dalam kajian ini juga menunjukkan pelajar memperolehi

kebaikan melalui pemikiran kreatif dan kritis semasa pembelajaran mata pelajaran

Teknikal. Hasil kajian ini juga menunjukkan pelajar dapat mengaplikasikan

pemikiran kreatif dan kritis dengan baik. Guru-guru teknikal juga menggunakan

alat-alat berfikir pemikiran kreatif dan kritis dalam pengajaran mata pelajaran

Teknikal. Secara keseluruhannya, guru-guru teknikal mengaplikasikan pemikiran

kreatif dan kritis dalam pengajaran mata pelajaran Teknikal bagi mencapai matlamat

wawasan 2020.

vi

ABSTRACT

This research intends to survey the application of creative and critics thinking

by the teacher who’s teaching Technical subjects. The sample consisted of 103

Technical teacher stated in three schools in Johor. The schools have chosen are

Sekolah Menengah Teknik Muar, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat and Sekolah

Menengah Teknik Segamat.. Instrument used in this research is questionnaires. Data

and information is processed and analyze through the Statistical Package for Social

Science (SPSS) Version 11.5 for Windows to find the frequency, percentages and

mean. The reliability of questionnaire was tested by using the Cronbach’s Alpha with

the value 0.8370. The result from this research show technical teacher know about

meaning and objective creative and critics thinking, technical teacher also used

suitable technique in application creative and critics thinking. Beside that, the

students get advantage from creative and critics thinking in technical subjects

learning. The result from this research also shows the students useful to obtain

application in creative and critics thinking. Technical teacher also used thinking

equipment in creative and critics thinking for Technical subject. This research

indicated that the technical teacher application creative and critics thinking in

Technical subject for achieve perception 2020.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul i

Pengakuan ii

Pengesahan penyelia iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Kandungan vi

Lampiran viii

Senarai Jadual ix

Senarai Singkatan x

Senarai Rajah xi

BAHAGIAN SATU

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 3

1.2 Latar Belakang Masalah 5

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 14

viii

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.-1 Pengenalan 16

2.2 Pelaksanaan kemahiran berfikir dalam 17

Pengajaran.

2.3 Kemahiran berfikir. 24

2.4 Teknik pemikiran 29

2.5 Ciri-ciri pelajar yang kreatif dan kritis 32

2.6 Alat-alat berfikir. 41

2.7 Penutup 42

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI

3.1 Pengenalan 43

3.2 Reka Bentuk Kajian 44

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 46

3.4 Instrumen Kajian 49

3.5 Prosedur Kajian 50

3.6 Kajian Rintis 51

3.7 Kajian Sebenar 51

3.8 Analisis Data 52

3.9 Jangka Masa Kajian 53

3.10 Penutup 54

ix

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 56

4.2 Keputusan Dan Analisis Data 59

Bahagian A

4.3 Analisis Data Menurut Soalan 75

Kajian

4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 77

4.5 Penutup 77

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 78

5.2 Rumusan 79

5.2.1 Profil Responden 80

5.2.2.1 Persoalan Kajian Pertama 80

5.2.2.2 Persoalan Kajian Kedua 80

5.2.2.3 Persoalan Kajian Ketiga 80

5.2.2.4 Persoalan Kajian Keempat 81

5.2.2.5 Persoalan Kajian Kelima 81

5.3 Perbincangan 81

5.3.1 Persoalan Kajian 81

5.3.1.1 Persoalan Kajian Pertama 83

5.3.1.2 Persoalan Kajian Kedua 84

5.3.1.3 Persoalan Kajian Ketiga 85

x

5.3.1.4 Persoalan Kajian Keempat 86

5.3.1.5 Persoalan Kajian Kelima 88

5.4 Cadangan 88

5.4.1 Guru 89

5.4.2 Pihak Sekolah 90

5.4.3 Pihak Bahagian Pendidikan Guru 91

Jabatan Pendidikan Dan Teknikal

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 91

5.6 Penutup 93

RUJUKAN 94

xi

LAMPIRAN

Lampiran A : Surat kebenaran Pengesahan Penyelidikkan UTM 96

Lampiran B : Surat kebenaran Kementerian Pendidikan Malaysia 98

Lampiran C : Surat Kebenaran Penyelidikan Jabatan Pendidikan 99

Negeri Johor

Lampiran D : Soal Selidik 100

Lampiran E : Dapatan Alpha Cronback Kajian Rintis 106

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

2.4.1 Teknik pemikiran kendiri dan teknik pemikiran kreatif 30

kumpulan

3.1 Bilangan guru Teknikal di Sek.Men Teknik Muar 44

3.2 Bilangan guru Teknikal di Sek.Men Teknik.Segamat 45

3.3 Bilangan guru Teknikal di Sek.Men Teknik Batu Pahatt 45

3.4 Taburan sampel yang dipilih berdasarkan sekolah 46

3.5 Taburan soalan berdasarkan soalan kajian 48

3.6 Skala Likert 49

3.7 Nilai kolerasi dan interpretasi 51

3.7 Jangka masa kajian 53

4.1 Taburan respondan mengikut jantina 56

4.2 Taburan respondan mengikut pengalaman mengajar 57

4.3 Taburan respondan mengikut pengalaman mengajar 58

Mata pelajaran Teknikal.

4.4 Taburan respondan mengikut kekerapan menghadiri 58

Kursus pemikiran kreatif dan kritis (KBKK)

4.5 Taburan respondan mengikut kursus mata pelajaran 59

Teknikal

4.6 Skala likert lima mata 60

4.7 Data analisis bagi soalan kajian pertama 61

4.8 Data analisis bagi soalan kajian kedua 64

4.9 Data analisis bagi soalan kajian ketiga 67

4.10 Data analisis bagi soalan kajian keempat 69

4.11 Data analisis bagi soalan kajian kelima 72

4.12 Data analisis bagi analisis keseluruhan persoalan 76

kajian

xiii

SENARAI SINGKATAN

1. KBKK - Kemahiran berfikir kreatif dan kritis 2. KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. 3. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekilah Menengah. 4. PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional. 5. KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia.

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.0 Proses berfikir 19

2.1 Aras pemikiran 20

2.2 Model kemahiran berfikir 21

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia

ketiga tetapi untuk perjalanan yang akan datang , guru memainkan peranan yang

penting untuk menentukan serta membentuk generasi kedua Kejayaan yang

dihasratkan dan yang ada kaitan secara langsung dengan pendidikan diantara yang

lainnya termasuklah cabaran keenam dalam wawasan 2020, iaitu mewujudkan

masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang

jauh ke hadapan. Masyarakat bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi

memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan.

Apabila kita meneliti Falsafah Pendidikan Negara, satu perkara asasi dan

sangat penting dalam konteks pendidikan ialah wawasan negara tentang masa depan

yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. Menurut Profesor Hanna

Holborn Gray (Presiden dan Trustee) UniversitiChicago:

2

‘Memikirkan tentang tujuan-tujuan pendidikan adalah memikirkan tentang

jenis manusia, jenis ketrampilan, jenis matlamat yang paling sesuai untuk menjamin

kesejahteraan sosial dan kualiti tamadun (bangsa).’

(PetikanWan Zahid,1988)

Betapa perlu dan pentingnya aktiviti berfikir untuk diri manusia adalah jelas

sebagaimana digambarkan di dalam maksud sebuah hadis nabi,

‘ Berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sepanjang malam’

Manakala di dalam kitab suci Al-Quran perkataan yang merujuk kepada kata

akar aqal disebut sebanyak 40 kali. Allah S.W.T. juga menempelak manusia yang

tidak mahu berfikir. Apabila Allah S.W.T. memberitahu manusia:

‘ lihatlah bulan,lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan’

Semua manusia menjalani proses berfikir. Namun, jenis dan cara mereka

berfikir adalah berbeza-beza di antara individu dengan individu yang lain. Kualiti

serta buah fikiran yang dihasilkan juga berbeza. Kemahiran dalam selok belok

berfikir kreatif dan kritis amat perlu untuk tujuan-tujuan seperti mengelakkan

kesilapan berfikir,meningkatkan pemikiran secra kreatif dan kritis,

memperkembangkan daya intelek, dan merealisasikan wawasan 2020.

Pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) mampu mendorong seseorang pelajar

untuk menguji kebenaran sesuatu perkara atau masalah agar tidak membentuk

kesimpulan atau keputusan yang salah, di samping keupayaan untuk memproses

maklumat dan menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Idea baru terhasil melalui

pengalamam atau gabungan idea-idea yang ada.

Kemahiran berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan jenis dan cara

belajar seseorang. Bagaimana seseorang itu belajar dan bertindak banyak ditentukan

3

oleh cara mereka berfikir. Begitu juga cara seseorang menanggapi sesuatu realiti,

banyak dipengaruhi oleh cara berfikirnya.

Pemikiran kreatif dan kritis dapat diajarkan dengan pelbagai strategi yang

memberikan penekanan kepada cara penyampaian yang menggalakkan pelajar

berfikir dan menguasai kemahiran serta isi pelajaran yang sedang disampaikan. Oleh

itu strategi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan tumpuan kepada cara

penyampaian pemikiran kreatif dan kritis, perancangan untuk mengajar pemikiran

kreatif dan kritis dan aspek-aspek penting yang perlu dipertimbangkan dalam

pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.

Permasalahan asas yang akan dikaji dalam kajian ini ialah mengenai

penekanan guru teknikal sekolah menengah teknik di dalam aspek mengaplikasikan

pemikiran kreatif dan kritis (KBKK) ke dalam proses pengajaran mata pelajaran

Teknikal . Di dalam bab ini akan diperbincangkan mengenai perkara-perkara seperti

latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian,

kepentingan kajian dan batasan kajian. Di akhir bab ini terdapat beberapa penjelasan

istilah-istilah yang dirujuk dalam kajian ini.

1.2 Latar belakang masalah

Perkembangan daya intelek individu telah diberikan penekanan utama dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bersama-sama dengan perkembangan rohani,

emosi, dan jasmani. Selaras dengan saranan ini, maka kemahiran berfikir telah

dijadikan satu daripada elemen utama dalam sistem pendidikan kita sebagai usaha

untuk meningkatkan perkembangan intelek pelajar.

Bagi memastikan kemahiran berfikir ini dikuasai oleh pelajar, maka objektif

tentang penguasaan kemahiran berfikir ini telah didokumentasikan dalam kurikulum

sekolah. Umpamanya dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), satu

daripada objektifnya ialah untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran

4

berfikir, dan mengembangkan bakat serta kreativitinya. Manakala Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pula antara objektif yang diberikan

penekanan ialah untuk mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek, serta

pemikiran yang rasional, kreatif dan kritis.

Menurut Bruner (1966) beliau menyatakan proses pemikiran berlaku dalam

tiga proses iaitu pengolahan, perubahan dan pengujian. Secara dasar, ketiga-tiga

proses ini berlaku serentak. Proses pengolahan adalah proses penerimaan dan

pengamatan pengetahuan yang diperoleh daripada pengalaman. Bagi proses kedua

iaitu proses perubahan adalah proses mengubah pengamatan baru dan pengetahuan

kepada bentuk yang lebih beerti atau lebih memberi makna. Manakala bagi proses

pengujian, ianya lebih menjurus kepada tindakan yang dirangka bagi memberi

pentafsiran yang tepat bagi pengetahuan yang sedia ada.

Pada pendapat penyelidik terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknikal. Kaedah pengajaran guru penting

kerana mata pelajaran Teknikal memerlukan imiginasi yang tinggi untuk mencipta

bayang bagi sesebuah yang abstrak contohnya mata pelajaran Elektrik dan

Elektronik, prinsip kendalian setiap komponen elektrik tidak dapat dilihat dengan

mata kasar. Ianya perlu daya imiginasi dari pelajar. Jika pelajar mempunyai daya

imiginasi yang rendah maka kefahaman terhadap prinsip kendalian komponen

berkenaan juga rendah dan adakalanya langsung tidak faham apa yang diajar oleh

guru. Inilah fenomena yang dialami oleh kebanyakkan guru-guru teknikal sekarang.

Oleh itu, beberapa teori pengajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru

teknikal dalam menyediakan suasana pembelajaran yang lebih bermakna kepada

pelajar. Dua model teori pengajaran yang yang disarankan iaitu teori

kosnstruktivisme iaitu pelajar dipandu untuk menyelesaikan masalah pembelajaran

mereka menggunakan pengalaman sendiri secara aktif dalam proses pemahaman

secara logik melalui aktiviti yang dirancang. Selain itu, teori Epistemologi. Menurut

Sufean Hussin (1993) teori Epistemologi falsafah ialah bersifat inkuiri tentang

kebenaran dan jenis pengetahuan yang dipelajari.

5

Pemahaman guru terhadap idea yang dibawa oleh teori Konstruktivisme akan

membolehkan guru mengaplikasikan Strategi Vygotskian di dalam bilik-bilik darjah

dan membantu pelajar dalam proses berfikir. Empat prinsip utama Vygotskian iaitu “

scaffolding”, intersubjektiviti, pembelajaran koperatif, dan pengajaran timbal balik

dapat membantu pelajar memahami isi pelajaran dengan lebih cepat dan berkesan.

Selain itu, peranan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional juga

penting. Terdapat beberapa peranan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional

ialah menkonsepkan hala tuju perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional (

PTV) diperingkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), selain itu, menentukan

perlaksaan dan penyelarasan polisi di semua institut yang menawarkan pendidikan

teknikal dan vokasional. Merancang, melaksana dan memantau pembangunan projek

fizikal, pendidikan dan pengkomputeran bagi pendidikan teknikal dan vokasional,

Merancang, melaksana dan memantau pembangunan projek fizikal, pendidikan dan

pengkomputeran bagi pendidikan teknikal dan vokasional, Merancang, melaksana

dan memantau pembangunan projek fizikal, pendidikan dan pengkomputeran bagi

pendidikan teknikal dan vokasional. Merancang strategi pengajaran dan

pembelajaran pendidikan teknikal dan vokasional.Merancang, menyelia dan

melaksanakan segala aspek penyelidikan berkaitan pendidikan teknikal dan

vokasional. Mengenalpasti pengujudan dan pengurusan serta pengemaskinian data

dan maklumat serta prasarana ICT yang berhubung dengan pendidikan teknikal dan

vokasional. Merancang, melaksana, memantau dan meneliti program pembangunan

staf sama ada pra atau dalam perkhidmatan untuk tenaga pengajar sekolah teknik dan

vokasional serta staf BPTV.

Dengan adanya peranan Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, para

pendidik hendaklah meneroka secara lebih mendalam tentang makna pemikiran

kreatif dan kritis. Ciri-ciri, startegi pelaksanaan dan sebagainya. Para guru juga

hendaklah dapat membezakan antara pemikiran biasa dengan pemikiran kreatif dan

kritis.

6

1.3 Penyataan masalah

Sukatan mata pelajaran Teknikal telah digubal untuk melengkap diri para

pendidik dengan pengetahuan dan kemahiran dalam teknikal untuk disampaikan

kepada pelajar. Berbagai kursus dan modul dilaksanakan dengan tujuan memberi

pengukuhan diri para pendidik untuk merealisasikan kehendak Kementerian

Pendidikan. Tetapi apa yang menyedihkan, ada dikalangan para pendidik tidak

melaksanakan apa yang diperolehi dari kursus yang dihadiri, sedangkan keperluan

kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis masa kini amat penting di dalam

pendidikan untuk melahirkan generasi yang berkualiti dan berdaya maju.

Thornton (1982) menyatakan bahawa para pendidik kurang berminat untuk

menjalankan aktiviti kreatif di dalam bilik darjah disebabkan oleh beberapa perkara.

Di antaranya ialah kawalan kelas dan penggunaan masa. Berdasar kepada tuntutan

Wawasan 2020, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, telah menggariskan ciri-

ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu kaya

maklumat (sains dan teknologi), Kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai

luhur dan murni, semangat jati diri dan keterampilan. (Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Malaysia’s Vision 2020, 1993).

Dari penyataan di atas timbul minat penyelidik untuk mengetahui sejauh

manakah aplikasi pemikiran kreatif dan kritis diberikan oleh guru teknikal kepada

pelajar di dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Teknikal di sekolah

menengah teknik.

1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini ialah untuk :

7

1. Kefahaman dalam pemikiran secara kreatif dan kritis di kalangan

guru-guru teknik.

2. Teknik pengajaran yang digunakan dalam pemikiran secara kreatif

dan kritis kepada pembelajaran pelajar.

3. Kebaikan yang diperolehi oleh pelajar melalui pemikiran kreatif dan

kritis.

4. Pelajar dapat mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis dalam

pembelajaran mata pelajaran Teknikal.

5. Alat-alat berfikir yang digunakan dalam pemikiran secara kreatif dan

kritis bagi pengajaran guru-guru teknik bagi mata pelajaran Teknikal.

1.5 Persoalan kajian

Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :

1. Sejauh manakah guru-guru teknikal memahami pemikiran kreatif dan

kritis.

2. Apakah guru-guru teknikal menggunakan teknik yang sesuai dalam

mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis bagi mata pelajaran

Teknikal

3. Apakah kebaikan yang diperolehi oleh pelajar apabila guru

mengaplikasikan pemikiran kreatif dan kritis semasa pengajaran mata

pelajaran Teknikal.

8

4. Sejauh manakah pelajar dapat mengaplikasikan pemikiran kreatif dan

kritis dalam pembelajaran mata pelajaran Teknikal.

5. Apakah alat-alat berfikir pemikiran kreatif dan kritis dalam

pengajaran guru-guru teknikal bagi mata pelajaran Teknikal dapat

membantu pembelajaran pelajar.