teori konstruktivisme
Post on 12-Apr-2017
1.052 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUKSALAH SATU TOKOH YANG MEMPERKENALKAN TEORI
KONSTRUKTIVISME SOSIAL ADALAH LEV VYGOTSKY. BINCANGKAN
APAKAH INTISARI TEORI BESERTA PERANAN GURU DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARN PENDIDIKAN MORAL
BIL NAMA KAD MATRIK
1 AZIE KHUZAIMI BINTI ABDUL KARIM D20141067548
2 FATINAH BINTI KAMARUDDIN D20141067508
3 HIDAYATUL NAJAR BINTI MOHD ASRI D20141067534
4 NURUL SYAHIRAH BINTI ALI D20141067568
5 SITI FAIRUZ BINTI LATIP D20111047169
NAMA KUMPULAN: KUMPULAN ANAMA PENSYARAH : ENCIK SYAHRUAN AZAN BIN NGADMID
PENGENALAN• Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan yang mana ia adalah
proses perkembangan individu yang merupakan usaha untuk mengatur ilmu pengetahuan dengan menambah pengetahuan semulajadi.
• Justeru itu, di sekolah telah adanya mata pelajaran Pendidikan yang di ajar di sekolah iaitu Pendidikan Moral.
• Mata pelajaran Pendidikan moral di sekolah memainkan peranan yang penting kepada pelajar.
• Justeru itu, untuk membantu pelajar tertarik bekajar Pendidikan Moral guru Pendidikan Moral itu seharusnya memainkan peranannya sendiri.
• Terdapat seorang Tokoh yang telah memperkenalkan satu teori yang dapat membantu guru Pendidikan Moral mengaplikasikan teori tersebut dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
• Tokoh tersebut adalah Lev Vygotsky yang memperkenalkan Teori Konstuktivisme Sosial.
Biodata • Nama sebenar Vygotsky adalah Lev Semenovich Vygotsky.
• Beliau dilahirkan di Rusia sama tahun dengan ahli psikologi Jean Piaget dan merupakan seorang bangsa Rusia dan ahlipsikologi yang terkenal.
• Mendapat pendidikan awal di sekolah persendirian. Kemudian melanjutkan pelajaran ke skolah menengah. Setelah menamatkan pelajaran di sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di Universiti Moscow.
• Beliau memulakan pelajaran kerjayanya dalam bidang psikologi setelah menjadi felo di Institut Psikologi.
• Banyak menekankan tentang Teori Konstruktivisme Sosial iaitu ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan pembelajaran individu.
• Misalnya, beliau mencadangkan konsep tentang pembinaan Zon Proksimal, di mana kanak-kanak boleh menyelesaikan masalah sesuatu masalah dengan bantuan orang dewasa, rakan atau guru (scaffolding).
• Sehubungan dengan itu, tidak hairan jika karya beliau dalam perkembangan psikolgi Vygotsky telah mempengaruhi Rusia pada waktu tersebut
• Jelas menunjukkan bahawa, Vygotsky merupakan seorang ahli psikologi yang banyak memberikan sumbangan terhadap bidang psikologi sendiri.
• Sehubungan dengan itu, berdasarkan teori yang dikemukakan oleh beliau maka ia dapat memberikan sumbangan terhadap para guru untuk menggunakan teori yang telah beliau kemukakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
TEORI KONSTRUKTIV
IS SOSIAL LEV VYGOTSKY
INTISARI TEORI Vygotsky mengritik teori Jean Piaget :
‘’ perkembangan adalah berperingkat-peringkat bermula dari lahirnya seorang bayi hinggalah dewasa menerusi proses asimilasi, akomondasi, dan modifikasi’’
Vygotsky menyatakan :‘’pengetahuan setiap pelajar atau kanak-kanak berkembang menerusi persekitaran sosial dan interaksi dengan masyarakat’’
Vygotsky (1978) konsisten dengan ideanya sehinggakan teori pembelajaran sosialnya dilihat sebagai Sosiokulturisme.
2 konsep asas pembelajaran sosial :• Biologi : pencapaian intelektual secara aktual/kefungsian
intelektual pd tahap mana mereka mampu mempelajari satu-satu aspek/bidang
• Psikologi : melibatkan agen sosial seperti komuniti dan budaya & paling berpotensi untuk perkembangan intelektual seseorang
Pengolahan stimulus psikososial inilah dikatakan elemen asas dalam pembelajaran …mempengaruhi corak pemikiran…
Agen Sosial
Stimulus
Sosial
Pancaindera
Otak
Teori Vygotsky didasari 3 idea utama
Pengetahuan berkembang pada saat adanya konflik antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru dan sulit
Intelektual seseorang atau pengetahuan berkembang hasil dari interaksi sosial
Peranan utama guru adalah sebagai moderator dan fasilitator pembelajaran murid
Bagi Vygotsky, teori konstruktivis sosial dalam pembelajaran dapat diaplikasikan dalam Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) di sekolah seperti berikut :
Tema : Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Pelajar : Tahun 5 Arif
Aktiviti : Guru membawa para pelajar menyertai aktiviti kejiranan atau khidmat masyarakat seperti gotong-royong, rumah terbuka, sukaneka, serta beriadah di kawasan sekitar.
Hasil Pembelajaran : Para pelajar dapat didedahkan dengan kehidupan sosial dalam komuniti di samping membuka penerimaan positif elemen-elemen kemasyarakatan seperti saling membantu, bertolak-ansur, bertimbang rasa untuk pembinaan karakter dan pengalaman positif
Ciri-ciri Konstruktivis Sosial1. Zone Of Proximal Development (ZPD)
Jarak antara peringkat perkembangan aktual (sebenar) dan peringkat perkembangan potensi individu ,
Menerusi bantuan orang dewasa berpengalaman atau kolaborasi (kerjasama) antara rakan-rakan yang berkebolehan.
Sama juga ertinya ‘jarak antara apa yang individu tersebut boleh capai atau lakukan tanpa atau dengan bantuan orang lain’
Bantuan dari Agen Sosial (berpengalaman/berkebolehan)
Potensi dengan bantuan Potensi tanpa bantuan
(tidak mahir) (mahir)
2. Scaffolding Pertolongan atau bimbingan mereka yang berpengalaman, berkebolehan,
dan mahir untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.
Vygotsky percaya bahawa fungsi sistem pendidikan di sekolah boleh menerapkan scaffolding untuk meningkatkan potensi ZPD ini dalam kalangan pelajar dengan memberi galakan penuh demi membentuk dan mempertingkat potensi kebolehan kendiri mereka.
Jika diaplikasikan dalam pendidikan, guru bertindak sebagai fasilitator atau moderator iaitu menyediakan bantuan dan mengurangkannya apabila para pelajar itu dilihat sudah menguasai kemahiran serta objektif pembelajaran.
Contoh: Tugasan Berkumpulan : Scaffolding antara pelajar yang mahir atau bijak dengan pelajar yang tidak
mahir serta belum mencapai kebolehan pembelajaran dapat diwujudkan. Seterusnya, keadaan ini dapat membantu membantu para pelajar yang lemah untuk mencapai ZPD
TUJUAN TEORI KONSTRUKTIVISME
• Menghasilkan individu atau pelajar yang memiliki kemampuan berfikir untuk menyelesaikan setiap persoalan yang dihadapi.
• Latihan menyelesaikan masalah seringkali dilakukan melalui belajar kelompok dengan menganalisis masalah kehidupan sehari-hari.
• kurikulum dirancang sedemikian adalah bagi memastikan segala ilmu pengetahuan yang diberikan dapat difahami oleh pelajar.
• Para pelajar diharap selalu aktif dan dapat menemukan cara belajar yang sesuai bagi dirinya.
CARA UNTUK MEMPRAKTIKAN
TEORI INI Memberi peluang kepada pelajar untuk mengemukakan pendapat dengan cara dan bahasa tersendiri.
Memberi kesempatan kepada pelajar untuk berfikir tentang pengalamannya sehingga menjadi kreatif dan imaginatif.
Memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru serta mendorong pelajar untuk memikirkan perubahan terhadap idea yang mereka kemukakan untuk menjadi lebih kreatif.
PERBEZAAN KAEDAH TEORI KONSTRUKTIVISME DAN
TRADISIONAL Teori konstruktivisme Tradisional Semasa belajar lebih banyak merujuk nota atau ‘hand-on’.
Aktiviti pembelajaran tradisonal lebih banyak merujuk buku teks.
Seterusnya cara pembelajaran teori konstruktivisme dimulakan dengan keseluruhan pembelajaran kemudian dibahagi kepada bahagian-bahagian tertentu.
Kaedah tradisional dimulakan dengan bahagi bahagian-bahagian tertentu dahulu kemudian baru berpindah kepada keseluruhan.
Teori ini banyak menitik berat tentang kemahuan pelajar sendiri oleh itu guru mengajar mengikut pertanyaan pelajar .
Kaedah tradisional guru hanya mengikut kurikulum yang sedia ada.
Melalui teori ini kita dapat lihat guru sentiasa berusaha membuat para pelajar memberi pandangan pemahaman mereka terhadap pembelajaran.
Kaedah tradisional guru hanya membuat para pelajar dapat memberikan jawaban yang benar.
KESAN TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM BILIK DARJAH
Kesan teori konstruktivisme dalam bilik darjah
Pembinaan Ilmu
Pengetahuan Kendiri
Penaakulan
dan Penggunaa
n Logik Diaplikasikan Secara
Aktif
Penggunaan
Bahan Bantu Belajar
Penglibatan Secara
Aktif
Strategi pembelajara
n
PERANAN GURU
DALAM PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN MORAL
PERANAN GURU
Guru sebagai pengurus kelas
Guru perlu menerima murid seadanya
Memberi peluang kepada pelajar untuk mengutarakan pendapat
Membimbing pelajar semasa PdP
Kepelbagaian teknik mengajar
Pengajaran di luar kelas
Teknik ‘Modelling’
Penggunaan IT dalam PdP
Pendedahan melalui visual dan grafik
PENGAJARAN BERPUSATKAN
PELAJAR strategi pengajaran berpusatkan murid telah banyak digunakan oleh para guru semasa meyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran bahkan telah menjadi tren utama dalam inovasi kurikulum seluruh dunia
Noriati (2009) mendefinisikan strategi pengajaran berpusatkan murid sebagai pengambil alihan tugas atau tanggungjawab daripada guru oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Strategi ini melibatkan murid secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan misalnya kaedah perbincangan
Bagi menggalakkan penyertaan aktif murid dalam aktiviti pembelajaran, aktiviti berkumpulan perlu diadakan supaya murid dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan
Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru berkaitan perbincangan seperti forum, debat, bercerita, menyanyi, berdrama atau sebagainya
Aktiviti ini dapat meningkatkan pemikiran dan membantu murid membina kefahaman kandungan, merangsang penglibatan, serta membantu murid menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran
KESIMPULAN• Jelas menunjukkan bahawa teori yang telah dikemukakan oleh Vygotsky memainkan peranan yang
penting iaitu khususnya terhadap guru Pendidikan Moral itu sendiri.
• Sebagai seorang guru Pendidikan Moral seharusnya beliau mempunyai pengetahuan tentang teori yang telah dikemukakan oleh Vygotsky sendiri.
• Justeru itu, setelah guru tersebut memahami tentang teori tersebut maka guru boleh mengimplikasikan kaedah tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah menarik yang digunakan oleh seseorang guru itu mampu untuk menarik perhatian para pelajar untuk belajar.
• Konteks pendidikan yang mencabar pada masa kini seharusnya tidak dipandang mudah oleh seseorang guru.
• Seseorang guru itu seharusnya bijak dalam untuk mengendalikan sesuatu perkara khususnya dalam teknik pembelajaran dan pengajaran yang lebih efektif. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang lama akan menyebabkan pelajar mudah berasa bosan dan tidak minat untuk belajar.
• Sehubungan dengan itu, guru seharusnya memanfaat segala ilmu yang telah beliau pelajari dan menggunakan ilmu, kemahiran serta pengetahuan yang telah mereka ada untuk mendidik anak bangsa yang bakal dilahahirkan agar menjadi seorang insan yang cemerlang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
top related