kertas kerja tenis
Post on 16-Apr-2017
769 Views
Preview:
TRANSCRIPT
(1) Pengenalan
1.1) Sejarah Tenis
Tenis merupakan olahraga yang sudah lama tercipta. Terdapat pada pahatan yang
dibuat sekitar 1500 tahun sebelum masehi di dinding sebuah kuil di mesir yang menunjukan
representasi dari permainan bola tenis dan dimainkan pada saat upacara keagamaan.
Permainan ini kemudian meluas ke seluruh daratan eropah pada abad ke-8
Pada awal perkembangannya, tenis dimainkan dengan memakai tangan atau sebuah
tongkat yang dipukul bersilih ganti menggunakan sebuah bola dari kayu yang padat.
Permainan ini kemudian berkembang lagi menjadi permainan bola dengan dipukul melintasi
sebuah dinding penghalang. Kemudian pada saat itu dirasakan bahawa kesakitan bola lebih
terasa jika menggunakan tangan, maka idea yang berkembang pada waktu itu adalah dengan
menggunakan sarung tangan kulit yang kemudian berevolusi kembali dengan menambahkan
pemegang. Inilah antara evolusi bakal lahirnya sebuah raket tenis. Bola pun berevolusi dari
sebuah bola kayu padat menjadi bola dari kulit yang diisi dengan dedak kulit padi.
Olahraga ini kemudian berkembang di Perancis waktu itu. Pada abad ke16-18 telah
mulai banyak diceburi terutama oleh kalangan raja-raja dan para bangsawan dengan nama
‘Jeu de Palme’ atau olah raga kepalan tangan. Kata Tenis sendiri dipercayai berasal dari
pemain Perancis yang sering menyebut kata ‘Tenez’ yang ertinya “Main!”. Tenis kemudian
berkembang hingga ke dataran Inggeris dan juga tersebar ke Sepanyol, Itali, Belanda, Swiss
dan Jerman. Namun tenis mengalami kemunduran saat terjadinya revolusi Perancis dan
berkuasanya Napoleon Bonaparte di Eropah.
1
Pada abad ke19 barulah tenis dimunculkan kembali oleh para bangsawan Inggeris
dengan membangunnya fasiliti-fasiliti country club atau lapangan tenis di rumah mereka
yang besar. Kerana pada waktu itu, tenis popular dimainkan di atas permukaan rumput. Maka
terkenal dengan sebutan ‘Lawn Tennis’ lapangan tenis rumput. Pada masa ini juga mulai
muncul bola getah vulkanisir yang pada waktu itu dianggap dapat mengurangkan rosaknya
rumput di lapangan tanpa mengurangkan lantunan dari bola itu sendiri.
Sebutan Lawn Tennis berasal dari seorang Inggeris bernama Arthur Balfour.
Semenjak penemuan lawn tennis, ahli kaji mulai bereksperimen dengan memainkannya di
permukaan lain seperti clay court (tanah liat) dan hard court (simen). Berkembang pesatnya
permainan tenis ini ternyata mampu menandingi permainan Croquet sebagai olahraga musim
panas. Puncaknya terjadi pada tahun 1869 ketika salah satu kelab croquet ternama di
Inggeris, All England Croquet Club, tidak berjaya menarik banyak peminat malah lebih ramai
orang yang mahu mencuba untuk memasukan tenis sebagai olahraga lainnya.
Hasilnya kelab ini sangat berjaya menarik peminat terutama pada permainan Tenis
tersebut hingga pada tahun 1877 mengganti namanya menjadi ‘All Engand Croquet and
Lawn Tennis Club’. Sejarah ini berlanjut ketika lokasi kelab yang bertempat di Wimbledon
terjadi kenaikan sewa tanah yang memaksa kelab ini untuk mendapatkan dana lebih tinggi
dari biasanya.
2
Oleh sebab itu, kelab mengadakan pertandingan tenis pertama di Wimbledon dengan
membentuk sebuah persatuan untuk mengadakan pertandingan dan membuat peraturan yang
standard dalam permainan ini. Pertandingan tersebut disertai oleh 20 peserta dengan
penonton sekitar 200 orang dan ini merupakan bakal pertandingan Wimbledon yang
merupakan salah satu pertandingan gergasi yang bermartabat tinggi persada di dunia.
Turnamen-turnamen pun mulai banyak digelar di daerah-daerah dan bermunculanlah
pemain-pemain top lokal yang berkompetisi di daerahnya masing-masing. Bersamaan dengan
ini adalah jaman revolusi industri yang memacu tenis menjadi sebuah industri olah raga baru.
Pabrik-pabrik mulai memproduksi net, sepatu, bola dan raket tenis. Peraturan-peraturan
bermain tenis pun berevolusi seiring dengan evolusi teknologi peralatan tenis dan
pengalaman dari menjalankan turnamen-turnamen.
Pada tahun 1881 terbentuklah persatuan tenis Amerika, United States National Lawn
Tennis Association (sekarang United States Tennis Association), yang membuat standardisasi
peraturan tenis yang sama di Amerika dan menjadi persatuan terkenal yang pertama di
Amerika yaitu U.S. National Men’s Singles Championship (sekarang US Open) di Newport,
Rhode Island. Pertandingan Internasional tahunan pertama diselenggara pada tahun 1900
yang bernama Davis Cup dan masih dimainkan hingga saat ini. Tidak hanya di Inggeris dan
Amerika yang popular, malah Perancis juga menyelenggarakan pertandingan pertamanya
pada tahun 1891 yang dinamakan French Open. Ketiga-tiga pertandingan ini bersama dengan
Australian Open yang bergabung terakhir (1905) menjadi pertandingan paling tergempar
sedunia hingga saat ini dan diberi nama Grand Slam.
3
Dunia Tenis profesional mulai muncul pada tahun 1926 ketika seorang promotor
bernama CC Pyle mengadakan pertandingan exhibition yang disertai dengan pemain dari
Amerika dan Perancis. Pada saat itu, mulai terdapat banyak pemain yang tak hanya
bertanding tenis untuk mengejar kenamaan sahaja, namun mereka juga mengejar bayaran
yang cukup lumayan.
Olah raga tenis mulai mengalami kemunduran semula ketika Perang Dunia II berlaku.
Pertandingan-pertandingan besar di empat negara tersebut (Grand Slam-red) tidak
dipertandingkan hingga tahun 1946 hingga perang berakhir. Pada saat pertandingan tenis ini
mulai muncul kembali, pakaian yang dikenakan pemain pun mengalami evolusi. Yang
sebelumnya pemain mengenakan pakaian putih dan berseluar panjang ala bangsawan berganti
dengan seluar olahraga pendek yang lebih bergaya sporty.
1.2) Sejarah Tenis Malaysia
Namun di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke 20.
Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) telah ditubuhkan pada tahun 1921. Pada tahun 1953,
pertandingan pertama telah diadakan untuk merebut Piala Chua. Beberapa tahun kemudian
selepas itu, bermula pula perlawanan antara Wilayah Utara Malaya dengan Selatan Malaya
untuk merebut Piala Guillemard untuk lelaki dan Mc Cabe Peay pula untuk wanita. Kini di
Malaysia terdapat pelbagai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah
dijalankan. Malaysia juga turut menyertai pertandingan tenis peringkat antarabangsa seperti
Piala Davis dan Piala Asia.
4
Secara keseluruhannya, permainan tenis merupakan salah satu antara permainan yang
termaju dan digemari di seluruh dunia. Ia telah melahirkan ramai jaguh dan bintang tenis
yang terkenal seperti Jimmy Connors, John McEnro, Ile Natashe, Bjorn Borg, Boris Becker,
Mats Wilander, Stefie Graff, Monica Seles, Martina Hingis, Pete Sampras, Andre Agassi dan
ramai lagi. Kini, tenis menjadi satu permainan yang berbentuk iklan yang menawarkan
hadiah bernilai tinggi.
(2) Kawasan Permainan &
Peralatan
2.1) Dimensi (perseorangan dan beregu)
Dimensi perseorangan.
5
Tenis boleh dimainkans secara individu atau beregu.Permainan secara individu ialah
pelawanan antara satu lawan satu.Pihak pertama akan berada di bahagian kanan gelangang
tenis manakal pihak kedua akan berada di bahagian kiri gelanggan tenis.Servis akan
dimulakan mengikut undian.Servis akan dimulakan secara bersilang.Ini bermaksud di dalam
gelanggang tenis mempunyai hanya dua orang pemain dari berlainan pasukan.Pemain akan
menggunakan sepenuhnya gelanggang tenis untuk cuba membalas pukulan bola dari pihak
lawan untuk mendapatkan mata kemenangan.
Dimensi beregu.
Beregu adalah perlawanan antara dua orang lain melawan dua orang lain.Beregu juga
boleh dimainkan secara campuran iaitu setiap pasukan mesti terdiri daripada dua orang
pemain yang sama jantina atau berlainan jantina.Ini bermaksud dalam satu gelanggang
mempunyai empat orang pemain tenis dari berlainan pasukan.Keempat-empat pemain akan
sedaya upaya berusaha untuk membalas pukulan bola tenis dari pihak lawan.
6
Pemain yang pertama akan cuba menjaga di bahagian belakang gelanggang tenis
manakala pemain kedua akan menjaga di bahagian depan gelanggang tenis bagi memudahkan
membalas pukulan bola dari pihak lawan.Selain itu,pemain sendiri akan mengatur strategi
kedudukan ketika perlawanan agar mudah untuk mendapatkan mata kemenangan.
2.2) Peralatan
Gelanggang Tenis
7
Jaring Tenis
Raket Tenis
Bola Tenis
8
(3) Peraturan Permainan
3.1) Peraturan Am
9
3.2) Kiraan Mata
10
Sebagai contoh, jika pemain A servis kepada pemain B dan B menang mata,
skornya ialah 0-15. Seterusnya jika A pula menang, skornya ialah 15-15. Jika B
menang mata selepas itu, skornya ialah 15-30. Pemain yang menang mata selepas
mata 40, memenangi perlawanan itu.Apabila kedua-dua pemain masing-masing memenangi 3
mata, skor dipanggil “deuce” (40-40). Jika A memenangi mata berikutnya, skornya ialah
“advantange server” atau “van in”. Jika B pula memenangi mata berikutnya, skornya
ialah “advantage out” atau “van out”.Jika seseorang pemain di tahap ‘advantage’ menang
mata, beliau dikira memenangi perlawanan itu.
Di tahap ini, pemain A atau B mesti memenangi 2 mata berturut-turut untuk
memenangi perlawanan.Apabila skor mencapai 6 perlawanan, “tie break” atau “pemutus”
digunakan bagi perlawanan 3 atau 5 set. Jika ini berlaku, pemain yang memenangi 7 mata
terlebih dahulu adalah pemenang asalkan ia mendahului dua mata lebih. Jika skor mencapai 6
mata sama, permainan akan dilanjutkan sehinggalah lebihan mata diperoleh. Skor dengan
angka digunakan pada keseluruhan permainan “tie break”ini.
11
(4) Kemahiran Asas
4.1) Jenis-jenis Genggaman
Dalam permainan tenis,terdapat tiga jenis genggaman iaitu Cekak Kontinental, Cekak
Barat dan Cekak Timuran.
Cekak Kontinental (Continental Grip)
Cekak Barat (Western Grip)
Cekak Timuran (Eastern Grip)
12
Gaya Pegangan Pukulan Tepat
Gaya Pegangan Pukulan Kilas
13
4.2) Jenis-jenis Pukulan
PUKULAN VOLI
Definisi: menghentam bola di udara dengan cepat ke gelanggang lawan bagi mematikan
bola.Tidak memerlukan ayunan belakang.
14
PUKULAN SMESY
Definisi: pukulan kencang untuk memukul bola yang melantun tinggi di hadapan jaring.
15
Pukulan Kilas
Lebih tepat dan laju.Cekak pertama (tangan bawah) ialah tangan dominan.Cekak kedua
(tangan atas) ialah tangan tidak dominan.
PUKULAN KILAS
Pukulan bahagian yang bertentangan pukulan tepat belakang raket yang dilakukan pada
bahagian tangan tidak dominan.
16
PUKULAN PEPAT & PUKULAN KILAS KEDUA BELAH TANGAN
17
(5)Etika & Keselamatan
Permainan Tenis
ETIKA DI GELANGGANGETIKA DI GELANGGANG
Setiap permainan atau sukan pasti ada etikanya tersendiri.Tidak terkecuali juga
tenis.Etika yang pertama ialah, melintas gelanggang hanya apabila sesuatu permainan atau
rali tamat.Sekiranya melintasi gelanggang ketika perlawanan sedang berlangsung,ini akan
menyebabkan mengganggu konsentrasi pemain yang sedang dalam bermain. Selepas
itu,memulakan permainan dengan sekurang – kurangnya dua biji bola dalam posisi simpanan
pemain.
Tunggu sehingga penerima sudah bersedia, baru mulakan servis.Pemain seharusnya
diam apabila bola masuk dalam gelanggang.Sekiranya terkeluar gelanggang katakan ‘keluar’
atau ‘out. Pemain juga tidak seharusnya terjerit-jerit ketika di dalam gelanggang tenis. Jangan
berkata – kata semasa dalam permainan.Jangan membuat hantaran balas sekiranya servis
yang dibuat adalah faul.Sekiranya bola daripada luar tiba – tiba masuk ke dalam gelanggang
minta permainan dimulakan semula.Berjabat tangan selepas permainan.Jangan mengeluarkan
kata kata tidak sopan.Pakai pakaian sukan, kasut serta stoking yang sesuai semasa
bermain.Memakai baju putih dan seluar putih adalah digalakkan.
18
KESELAMATAN PERMAINAN
Dalam apa jua permainan,pasti ada aspek keselamatan tersndiri.Begitu juga dengan
tenis.Pemain seharusnya tidak bermain ketika hujan dan kilat.Keadaan ini akan menyebabkan
pemain akan disambar petir atau boleh membawa kepada kematian.Selain itu,sebelum
memulakan permainan,gelanggang harus dilap jika ada takungan air.Ini akan mengelak
pemain dari terjatuh atau tergelincir serta boleh dijauhkan daripada kecederaan.
Pemain juga seharusnya minum air jika cuaca panas.Ia boleh mengelakkan pemain
daripada pengsan atau keletihan akibat daripada cuaca yang panas.Dari segi pemakaian
pula,pemain haruslah memakai pakaian yanag sesuai serta memakai kasut ketika di dalam
gelanggang tenis.Selain itu,jangan sekali bergurau di dalam gelanggang tenis kerana fokus
permainan akan hilang dan akan menyebabkan pemain tidak dapat membalas pukulan bola
dari pihak lawan dan akan menyebabkan kehilangan mata.
Akhir sekali ialah jangan sekali membawa makanan dan minuman ketika di dalam
gelanggang.Sampah dari plastic makanan akan menyebabkan gelanggang berada dalam
keadaan kotor serta mengundang bahaya kepada pemain lain.
19
References
http://www.scribd.com/doc/9229893/Kemahiran-Sukan-Dan- Rekreasi-Tenis-pyfa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenis
http://www.scribd.com/doc/2675938/HSP-Pendidikan-Jasmani- Tingkatan-4
20
top related