46910948-kaum-iban

Upload: mastura-a-halim

Post on 03-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    1/98

    Budaya Dalam Pembelajaran( EDU 3106)

    NAMA;

    NOOR ZULIZA BT MOHAMAD SABRI

    NURUL FAUZIANI BT MD. DAHALAN

    PENSYARAH;CIK ANITA BT HJ. ABU HASAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    2/98

    ISTILAH

    BAHASA

    DEMOGRAFI

    KEGIATAN

    EKONOMI

    SEJARAH

    TARIAN

    ALAT MUZIK

    PERAYAAN

    ADAT

    ADAT

    MENGANDUNG

    KESIMPULAN

    ADAT

    KEMATIAN

    ADAT

    PERKAHWINAN

    SISTEM

    TULISAN

    KEPERCAYAAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    3/98

    Maksud Iban

    Menurut kamus dewan;

    Suku kaum pribumi yang terbesar di Sarawak

    yang tinggal di merata daerah, suku kaum inijuga di kenali sebagai dayak laut.

    kamus dewan edisi keempat

    m/s 557

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    4/98

    Sejarah Asal

    Suku Kaum Iban

    Kaum Iban merupakan masyarakatpribumi di Sarawak.

    Masyarakat pribumi kaum Iban lebih dikenali dengan bangsa Dayak.

    Ia di percayai berasal daripada tanahbesar Indonesia dari bahagian KalimantanBarat Indonesia.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    5/98

    Suku kaum Iban melakukan migrasi kekawasan yang baru.

    Ini kerana kedudukan geografi terletakbegitu hampir dengan negeri Sarawakpada masa tersebut.

    Migrasi awal di kenal pasti berpusat diLubuk Antu yang merupakan salah satu

    daerah yang terdapat dalam bahagian SriAman pada masa kini.

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    6/98

    Demografi Suku

    Kaum Iban

    Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yangterbesar di Sarawak.

    Jumlah suku kaum Iban di Sarawak adalahsebanyak 576,000 iaitu 30% daripada jumlahpenduduk di Sarawak.

    Mereka mendiami daerah dan bahagiannegeri Sarawak dari daerah Lundu di baratdan Limbang di timur laut.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    7/98

    Tetapi kepadatan penduduk iban adalah di

    bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarekei ,

    Sibu , Kapit , Bintulu dan Miri.

    Kebanyakan kaum iban tinggal berkampung di

    rumah panjang yang kebiasaanya teletak di

    tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah

    bagi mempermudahkan aktiviti kerja ,

    berhubung dan berkomunikasi antara satu sama

    lain

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    8/98

    Jumlah Penduduk 600,000 ( sahaja)

    Rantau dengan penduduk

    penting

    Sarawak, Brunei & Kalimantan

    Barat

    Bahasa Iban

    Agama Kristian & Animist

    Kelompok etnik terdekat

    Kantu, Mualang, Semberuang,

    Bugau & Sebaru'

    http://ms.pandapedia.com/wiki/Sarawakhttp://ms.pandapedia.com/wiki/Bruneihttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kalimantan_Barathttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kalimantan_Barathttp://ms.pandapedia.com/wiki/Bahasa_Ibanhttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kristianhttp://ms.pandapedia.com/wiki/Animisthttp://ms.pandapedia.com/wiki/Animisthttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kristianhttp://ms.pandapedia.com/wiki/Bahasa_Ibanhttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kalimantan_Barathttp://ms.pandapedia.com/wiki/Kalimantan_Barathttp://ms.pandapedia.com/wiki/Bruneihttp://ms.pandapedia.com/wiki/Sarawak
  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    9/98

    Taburan Penduduk

    Kaum Iban

    Suku kaum iban

    tertumpu di

    kawasan

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    10/98

    Kegiatan Ekonomi

    Segolongan besar orang iban masihmelibatkan diri dalam kegiatan pertanian iaitumenanam padi bukit atau padi huma.

    Pada zaman dahulu orang iban merupakanpeneroka ulung dalam membuka hutan rimbabagi tujuan penanaman padi bukit.

    Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan luasbagi mencapai matlamat untuk mendapatkan

    hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    11/98

    Bagi masyarakat iban, sesiapa yang dapat

    tuaian padi yang banyak maka dia

    merupakan seorang yang boleh dianggapkaya dan dipandang tinggi ,pintar dan

    rajin.

    Justeru itu masyarakat iban pernah

    dianggap sebagai salah satu masyarakat

    yang terkenal dengan penanaman padibukit(Sultive,1978:3).

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    12/98

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    13/98

    Suku kaum iban ini masih menjalankanaktiviti memburu dan memungut sumber-

    sumber hutan untuk mendapatkan bekalanmakanan dan perubatan.

    Pada hari ini sebahagian orang iban mula

    menetap di bandar- bandar besar di sarawak.

    Kebanyakan generasi baru iban mempunyai

    pengetahuan dan kelayakan pendidikan danberkerja di dalam sektor awam dan sektorswasta.

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    14/98

    BAHASA

    Pada awalnya, dalam lingkupan sosial

    masyarakat Dayak Kalimantan Tengah,

    bahasa yang digunakan adalah bahasa

    Dayak.

    Terdapat beberapa dialek bahasa Dayak,

    seperti bahasa Dayak Ngaju, bahasa

    Dayak Maanyan, Dusun, Bakumpai, dan

    lainnya.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    15/98

    Dari beberapa jenis bahasa tersebut,

    bahasa Dayak Ngaju boleh dikatakan

    adalah bahasa yang paling popular diKalimantan Tengah (diguna pakai oleh

    semua masyarakat Kalimantan Tengah).

    Boleh dikatakan bahawa bahasa Dayak

    Ngaju merupakan bahasa pengantar

    (lingua franca) di Kalimantan Tengah.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    16/98

    CONTOH BAHASA IBAN

    Anang manchal! - "Jangan nakal!"

    Apa khabar? - Nama berita?

    Siapakah nama anda? - Sapa nama nuan?

    Siapa datang dengan anda? - Sapa enggaunuan?

    Berapakah harga barang ini? - Berapa rega utaitu?

    Dimana ___ ? - Dini alai ____ ?

    Anda dari mana? - Ari ni penatai nuan?

    Sekarang pukul berapa? - Pukul berapa diatu?

    Sekarang pukul 5 - Diatu pukul 5

    Saya mau pulang - Ka pulai dulu

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    17/98

    Namun bahasa dayak ini semakin

    dilupakan oleh masyarakat Iban ini sendiri.

    Mereka lebih gemar menggunakan

    bahasa banjar berbandaing bahasa dayak.

    Ini terbukti apabila 90% daripada warga

    sekolah termasuk pihak guru, pentadbir

    dan pelajar menggunakan bahasa banjarsebagai bahasa komunikasi mereka.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    18/98

    Kurangnya

    kesedaran

    dan juga

    rasa bangga

    terhadap bahasa

    sendiri.

    Generasi muda

    merasa bahasa

    dayak tidak moden

    Kurangnya kemahuan

    dari generasi muda

    untukmempelajari

    bahasa dayak

    Faktor kelunturan

    Bahasa dayak

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    19/98

    SISTEM TULISAN

    Masyarakat Dayak-Iban merupakan satu-satunya bangsa bumiputra di Malaysia yangmempunyai sistem tulisan yang disebut 'Turai'.

    Ianya mempunyai tidak kurang daripada 59abjad yang mewakili bunyi sebutan sepertitulisan rumi.

    Sistem tulisan ini berkesan apabila orang Iban

    dapat merujuk keturunan sehingga 15 generasiyang terdahulu dengan tepat dan ia jugadigunakan untuk merekodkan peristiwa penting.

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    20/98

    PANTANG LARANGMENGANDUNG

    Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung,wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagaipantang larang, antaranya seperti berikut;

    Mereka dilarang memotong pokok yang menjalardi atas tanah, kerana dibimbangi akanmenghalang pendarahan yang berterusan semasamelahirkan anak.

    Wanita yang mengandung dilarang menuangminyak ke atas tapak tangan untuk disapu padarambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akanbernanah.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    21/98

    Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk

    telur menggunakan pisau atau kayu

    kerana dikhuatiri bayi itu akan cacatpenglihatan.

    Mereka tidak boleh menanam pokokpisang supaya si bayi tidak berkepala

    besar.

    Mereka tidak boleh memikul batu-bata

    tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi

    akan lumpuh.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    22/98

    Mereka tidak boleh membawa kura-kura

    ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di

    dalam rahim semasa dilahirkan.

    Mereka dilarang menggali parit di

    kawasan padi atau di mana-mana sahaja.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    23/98

    BERSALIN

    - Berikut merupakan beberapa adat yang dilakukan oleh

    masyarakat Iban semasa menyambut kelahiran bayi.

    Pontong

    - Dalam masyarakat Iban, sebaik sahaja bayi dilahirkan,buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu untukmemanggil jiran-jiran.

    - Selain pontong, tembakan senapang juga turutdigunakan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    24/98

    Potong Tali Pusat dan Berurut

    Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akansegera dipotong dan bayi akan dimandikan.Seterusnya bayi dibedung dengan kain Pua Kumbuatau selimut yang ditenun cantik.

    Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorangbidan dan dia akan memastikan ibu dan bayi dalamkeadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibuakan diurut oleh bidan bertujuan untukmenghilangkan rasa sengal-sengal badan akibatbersalin tadi.

    Selepas diurut, badan si ibu akan diusap puladengan ubat yang diperbuat daripada halia danentemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kainyang dibuat daripada kulit kayu.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    25/98

    SELEPAS LAHIR

    - Adat-adat berikut diamalkan oleh kaum wanita Ibanselepas bersalin.

    a) Berpantang

    Wanita Iban akan berpantang selama tiga puluh hariselepas melahirkan anak. Dalam tempoh berpantang itu,ibu akan diberi makan nasi dan ikan salai atau ikankering yang kadang-kadang dicampur dengan pucukpaku dan buah pulur.

    Semua makanan tersebut pula perlu dicampurkandengan halia atau air rebusan halia supaya dapatmemanaskan badan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    26/98

    b) Berdiang/ Bersalai

    Selepas bersalin, wanita kaum Iban perlu menjalani satu

    amalan yang dipanggil berdiang atau bersalai, di manasi ibu perlu duduk dekat dengan unggun api.

    Kayu yang digunakan untuk unggun api ini mestilah darijenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim

    digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat.

    Kayu-kayu ini juga dikatakan mampu menyembuhkanpenyakit ibu yang baru bersalin. Jika kayu yangdigunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari jenis

    beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibudan bayi.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    27/98

    Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama

    empat puluh satu hari. Dalam tempoh itu, si ibu

    perlu menggariskan kapur pada tiang ataudinding rumah untuk menghitung hari kelahiran.

    Kesihatan si ibu dianggap pulih sepertisediakala apabila selesai menjalani adat-adat

    ini.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    28/98

    c) Tanggal Pusat

    Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan

    apabila bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia

    empat hari.

    Bayi tersebut akan dibawa oleh nenek atau saudara

    perempuannya ke tanju atau luar anjung untuk melihat

    matahari sambil mulut bayi tersebut dirasakan dengan

    garam.

    Pada masa itu juga, doa atau mentera dibacakan agar

    kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    29/98

    d) Menamakan Bayi

    Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi

    nama kepada anak-anak mereka yang barulahir.

    Ini kerana, nama yang baik dan elok mempunyai

    kesan ke atas masa hadapan kanak-kanaktersebut.

    Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi,anak-anak kaum Iban akan diberi namatimangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnyaakan diberi nama sempena nama salah seorangdaripada nenek moyangnya yang pernahberjasa dan handal.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    30/98

    Tujuannya supaya bayi itu akan mewarisi jasaserta mengikut jejak langkah nenek moyangnya

    itu. Seterusnya upacara memilih nama akandijalankan di mana kepalan nasi akan diletak diatas papan yang tertulis nama-nama yang dipilihitu.

    Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untukmembuat pilihan dan ini dikenali sebagai ManokTawai. Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayamtersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan

    bayi tersebut. Kemudian barulah nama itudihebohkan kepada saudara mara yangterdekat.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    31/98

    e) Mandi Sungai

    Upacara mandi sungai dijalankan selepas bayi diberi

    nama. Ia dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulandan adat ini dijalankan bagi membiasakan bayi denganair sungai.

    Permulaannya, jiran-jiran akan dimaklumkan untuk

    meraikan adat tersebut dengan meriah. Dua orang lelakiakan membawa seekor ayam dan panji-panji.

    Kebiasaannya mereka ini ditugaskan membaca menteradan menetak air sungai. Dua orang perempuan pula

    akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan membawaancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebutdipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akandiikuti pula oleh orang ramai.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    32/98

    Ketika ini doa atau mentera dibaca memintasupaya bayi itu menjadi orang yang sempurnadan berguna. Sebaik sahaja mentera dibaca,

    dua orang lelaki tadi akan menetak air dan ayamdisembelih.

    Nama bayi juga akan diumumkan ketika itu. Bagibayi lelaki, sayap ayam akan diikat denganbenang merah yang digantung pada galahberayang. Manakala bagi bayi perempuan pula,benang tersebut digantung pada galah laletan.

    Selepas bayi dimandikan, dia akan dibawapulang sambil gendang dipalu. Bayi itu akandipangku dan pemangku duduk di atas tawakatau gong yang diletakkan di tengah-tengah

    ruai.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    33/98

    Kemudian, bayi dan pemangkunya diselimutkan

    dengan kain pua kumbu dan disiram dengan air

    rendaman batu penawar burung, cincin emas

    atau wang ringgit lama.

    Selepas upacara mandi selesai, tetamu-tetamu

    akan dijamu dengan air tuak dan makanan yangringkas. Upacara ini diakhiri dengan kenduri

    mandi anak iaitu menjamu tetamu dan ahli

    rumah panjang dengan makanan yang lebih

    banyak.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    34/98

    f) Berkhatan

    Kanak-kanak lelaki kaum Iban akan berkhatanketika berumur sepuluh tahun.

    Berkhatan lazimnya dilakukan secara senyap

    dan tidak disertai dengan kenduri.

    Kanak-kanak yang tidak berkhatan akan digelar

    sebagai lelaki kulup di kalangan kaum Iban.

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    35/98

    ADAT PERKAHWINAN

    Perkahwinan dalam masyarakat Iban agak unikkerana terdapat beberapa peraturan yangdilakukan sebelum seseorang itu layak menjadisuami isteri.

    Dalam masyarakat Iban, usia pengantin lelakiperlu melebihi dua puluh dua tahun. Inidisebabkan dalam usia yang sebegini, pihaklelaki telah bersedia untuk berkahwin.

    Bagi pihak si gadis pula, tiada umur khususyang ditetapkan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    36/98

    Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakatIban ialah perkahwinan yang mematuhikehendak adat.

    Pihak yang melanggar mana-mana adatperkahwinan dikehendaki membayar dendauntuk mengelakkan pasangan suami isteri

    ditimpa kesusahan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    37/98

    Usaha mencari pasangan bergantung padakeadaan di rumah itu, kalau keluarga itu besar,anak-anak mereka lambat dikahwinkan.

    Sebaliknya, apabila anggota keluarga di rumahitu kecil, anak-anak mereka akan dikahwinkansecepat mungkin dengan harapan menantudapat membantu keluarga membuat kerja-kerjatertentu.

    Terdapat beberapa peringkat tertentu dalamperkahwinan kaum Iban iaitu peringkat merisik,meminang, bertunang, majlis perkahwinan danselepas majlis perkahwinan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    38/98

    Merisik

    Meminang

    Bertunang

    Majlis perkahwinan

    Selepas majlis perkahwinan.

    PERINGKAT PERKAHWINAN DALAM KAUM

    IBAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    39/98

    MERISIK

    Dalam masyarakat Iban, perkahwinan biasanyaditentukan oleh pengantin lelaki.

    Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepadaseorang gadis, ibu bapanya atau wakil akanbertandang ke rumah gadis untuk merisik.

    Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenalisebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum.Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akanditentukan termasuklah berian dan sebagainya.

    Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombonganmeminang gadis jika hasil pertemuan itumenggalakkan.

    MEMINANG DAN BERTUNANG

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    40/98

    MEMINANG DAN BERTUNANG

    Rombongan pihak lelaki biasanya tidak kurang

    daripada lima orang dan paling ramai dua puluhorang yang terdiri daripada orang-orang tua.

    Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akanditentukan termasuklah berian atau mas kahwinserta lain-lain yang berkaitan.

    Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihaklelaki menanggalkan lapitatau ikat pinggang

    perak atau sebilah pedang sebagai tandapertunangan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    41/98

    Seterusnya kedua belah pihak akan berbincang

    tentang tarikh dan hari perkahwinan.

    Mulai saat itu, perempuan itu tidak boleh lagimenerima kunjungan teruna selain tunangnya.

    Dua atau tiga hari kemudian wakil pihak lelakiakan memaklumkan berita pertunangan tersebutkepada saudara-mara dan jiran tetangga.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    42/98

    MAJLIS PERKAHWINAN

    Pada majlis perkahwinan pelbagai persiapanakan dibuat untuk majlis perkahwinan yangbakal tiba.

    Bagi pihak keluarga lelaki mereka akanmenyediakan perbelanjaan serta barang yangharus diberikan kepada keluarga perempuan.

    Keluarga perempuan juga membuat pelbagaipersiapan termasuk memburu binatang untukdisembelih pada hari perkahwinan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    43/98

    Untuk mengundang tetamu, kedua-dua pihakmelantik wakil masing-masing untukmenguruskan jemputan kahwin.

    Wakil itu membawa beberapa utas tali bersimpulyang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinandilangsungkan.

    Sekiranya tali itu mempunyai lima simpulan,bermakna perkahwinan itu akan berlangsungdalam masa lima hari lagi.

    Wakil khas akan meninggalkan tali bersimpul itukepada tuai rumah atau ketua rumah panjangyang bertanggungjawab membuka simpulan taliitu setiap hari.

    P d h i k h i b l l ki

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    44/98

    Pada hari perkahwinan, rombongan lelakibiasanya berarak ke rumah panjang pengantinperempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi

    kain pua kumbu sekiranya pengantin melaluijalan sungai .

    Jika tidak, pengantin akan berjalan kakimengikut jalan darat. Di sepanjang jalan,rombongan yang berpakaian menarik itu akanmemukul gong.

    Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah

    pengantin perempuan, tembakan meriam akandilepaskan.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    45/98

    Kemudian mereka mandi beramai-ramai disungai sebelum memakai pakaian tradisional.

    Sampai di tangga rumah panjang, kepalarombongan pengantin lelaki dipelawamenyembelih seekor babi sebagaipenghormatan dan pada masa itu juga

    tembakan senapang akan kedengaran secarabalas-membalas.

    Di kepala tangga rumah itu pula, terdapatrangka yang berbentuk seperti kota. Ketuarombongan pengantin lelaki terlebih dahuluterpaksa membuka tiga buah kota iaitu di kepalatangga, di tengah rumah dan di hujung rumah

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    46/98

    Setelah itu, rombongan pihak lelaki di kalangankaum wanita akan masuk ke bilik pengantinperempuan, manakala yang lelaki duduk di ruai.

    Mengikut adat tetamu perempuan hanya dapatmasuk ke dalam bilik pengantin perempuandengan menggunakan bahasa berirama untuk

    membuka pintu bilik yang dipalang denganlembing dan ditutup oleh pua kumbu.

    Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan

    sejenis arak iaitu tuak dan pelbagai jenis airseperti air haus, air dahaga dan air untung.Sambil itu mereka akan bergurau senda danberamai-ramai menyanyikan lagu dan memukulgendang.

    M k j k b i di h l

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    47/98

    Mereka juga akan berpusing di rumah selamatiga kali.

    Sesudah itu air minuman akan dihantar kepadasetiap tetamu dan ini dinamakan air penyuci.

    Sekiranya perkahwinan berlangsung pada waktu

    siang, selepas makan tengahari barulah kedua-dua pihak berbincang tentang perihal pengantindan susur galur mereka.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    48/98

    Sekiranya dilangsungkan pada waktu malam,perbincangan dilakukan selepas tengah malam.

    Mereka akan berbincang dan golongan yangtertua akan melakarkan hubungan antarapengantin lelaki dan perempuan yangmempunyai hubungan kekeluargaan.

    Sebelum perbincangan diadakan, tuai rumahsekali lagi akan menghidangkan minuman keras

    yang dipanggil air perangsang kepada paratetamu.

    Setelah mengetahui hubungkait kekeluargaan,

    denda akan dikenakan kepada mereka.

    Selepas itu barulah ibu bapa pengantin

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    49/98

    Selepas itu barulah ibu bapa pengantinperempuan meminta berian. Terdapat nilai berianyang telah ditetapkan di kalangan masyarakatIban.

    Pihak perempuan juga meminta bayaranmemecah tangga iaitu sebilah beliung, bayaranpembuka pintu iaitu sebatang lembing, bayaranpembuka kelambu iaitu sebilah pedang danpemberian kecil yang lain.

    Pihak lelaki pula meminta pencuci kaki , sebuahtempayan, sepasang tempat menggantung gong,penolak haluan iaitu sebatang sumpitan, kajangperahu iaitu sehelai kain pua kumbu dan beberapapemberian kecil lagi.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    50/98

    Selepas menjelaskan segala berian, merekamenetapkan pula syarat berhubung dengan beriansekiranya berlaku perceraian. Permintaan tersebutakan hilang setelah berlakunya perceraian yangtidak nyata.

    Sekiranya perceraian disebabkan oleh pihak lelaki,

    si suami wajib membayar balik berian yangditerimanya dahulu dan tambahan sebanyak RM50sebagai denda. Sekiranya berlaku percubaan untukmencemarkan nama mana-mana pihak, pihak yangbertanggungjawab akan dikenakan denda yang lain.

    Seterusnya upacara membelah pinang ataumengulang pinang akan dijalankan. Seorangperempuan akan membawa keluar tepak sirih dankemudian membelah pinang tersebut .

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    51/98

    Pecahan pinang itu akan menentukan tempohmasa pengantin perempuan wajib tinggal dirumah suaminya.

    Kemudian seorang lemambang atau bomohakan mengadakan upacara menidurkan anakdan mengejutkan anak itu semula denganbeberapa rangkap pantun.

    Seterusnya pinang tersebut akan diagihkankepada tetamu dan diberi sarapan pagi.

    Upacara perkahwinan telah dianggap tamatdengan menjalankan adat ini sekiranya tiadakesalahan adat yang dilakukan oleh keduabelah pihak.

    Jika ada kesalahan adat pengantin bar akan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    52/98

    Jika ada kesalahan adat pengantin baru akanmandi di sungai untuk membersihkan diri.

    Untuk adat ini juga mereka perlu memegangsehelai kain yang panjangnya tujuh ela supayakesalahan semasa perkahwinan itu akan hilangpada setiap individu.

    Selepas mandi, mereka menyembelih seekorbabi sebagai korban dan juga sebagai penebusdosa pengantin.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    53/98

    Setelah menyucikan diri, pasangan pengantinakan memakai pakaian masing-masing untukpergi ke rumah pengantin lelaki pula.

    Di sepanjang jalan, rombongan perlu kelihatangembira kerana segala kesalahan telahdihapuskan.

    Seterusnya sambutan yang meriah diadakanpula di rumah pengantin lelaki.

    Pada sebelah malamnya, kedua pengantindiiringi oleh pengapit masing-masing dan akandisandingkan di atas gong atau kerusi yangdialas kain tenun.

    Ad t i i j b l h di k d d t

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    54/98

    Adat ini juga boleh disamakan dengan adatbersanding di kalangan masyarakat Melayu.

    Pasangan ini akan disaksikan oleh hadirin dirumah panjang tersebut. Seterusnya seseorangyang dipanggil tukang ganyangakanmemulakan upacara.

    Ayam yang telah diikat kakinya kemudiandilepaskan dan mentera pun dibaca.

    Ayam yang telah disembelih itu akan diambildarahnya untuk disemah kepada pengantin.

    Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makandan minum.

    S l d k jli di h ti

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    55/98

    Selepas mengadakan majlis di rumah pengantinlelaki, sekali lagi majlis diadakan di rumah pengantinperempuan.

    Sungguhpun mereka telah sah sebagai pasangansuami isteri, mereka tidak boleh tidur bersama.

    Si suami masih tidur di ruai iaitu di bilik tetamu.Sebarang bunyi-bunyian yang didengar sepanjangberada di situ akan mempunyai maksud yangtersendiri samada baik atau sebaliknya.

    Ada pasangan yang terpaksa dipisahkan buatsementara waktu kerana mendapat petanda buruk.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    56/98

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    57/98

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    58/98

    Pasangan pengantin lelaki

    dan perempuan.Semoga kekal sehingga

    anak dan cucu

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    59/98

    ADAT KEMATIAN

    Masyarakat Iban menguruskan sesuatukematian itu mengikut adat-adat tertentu.

    Setiap adat yang dilakukan mempunyaimaksud dan tujuan yang tertentu. Secarakeseluruhannya adat kematian masyarakat inimerangkumi peringkat-peringkat berikut:

    a) Semasa kematian

    b) Semasa pengebumian

    c) Selepas kematian

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    60/98

    Semasakematian

    Semasapengebumian

    Selepas kematian

    SEMASA KEMATIAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    61/98

    SEMASA KEMATIAN

    - Orang Iban menguruskan mayat dengan penuhkemuliaan. Apabila ada kematian, semua saudara mara

    dan sahabat handai menghadirinya.

    - Perkara pertama yang dilakukan sebaik sahajamendapati seseorang itu mati ialah merapatkanmulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya.

    - Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakanpakaian yang sebaik-baiknya. Kedua-dua pintu rumahpanjang juga perlu digalang dengan dua batang alu.

    - Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si

    mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudia mayatdiletakkan di tengagh-tengah rumah panjang dandilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.

    S b h dib k lk b

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    62/98

    - Semua barang yang mahu dibekalkan bersama-samamayat disediakan.

    - Barang-barang itu dianggap sebagai bekalan si mati didunia keduanya kelak (dunia selepas mati).

    - Mayat itu juga tidak boleh ditinggalkan bersendirian.Seterusnya, seorang wanita yang mahir ditugaskan

    membaca doa.

    - Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa kesyurga tanpa sebarang halangan.

    Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    63/98

    - Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayatdibawa keluar dari rumah panjang.

    - Sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan,orang tua-tua akan berbincang tentang jangkamasaberkabung dan berpantang.

    - Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat

    itu disuakan makanan menggunakan pinggan.

    - Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanahmelalui celahan lantai.

    - Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petaratidak menyiksa mayat itu. Keranda itu diperbuat daripadakayu yang baik oleh tukang mahir di kampung itu.Keranda itu biasanya dihias dengan ukiran yangmempunyai motif tradisional.

    SEMASA PENGEBUMIAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    64/98

    SEMASA PENGEBUMIAN

    - Setelah kawasan kubur ditetapkan, seekor ayamdikorbankan di atasnya. Darah ayam itu dikatakan

    sebagai persembahan kepada sempulang gana supayamenerima mayat itu.

    - Ketika ini kaum wanita dilarang memasuki kawasanperkuburan. Lubang kubur digali tanpa menggunakansebarang senjata tajam.

    - Hanya tangan dan kayu sahaja yang boleh digunakan.Biasanya lubang itu sedalam tiga kaki sahaja keranapenggali kubur tidak boleh memasuki lubang itu.

    - Apabila sudah digali, daun atau rumput hijau dielakkandaripada memasuki lubang itu. Jika daun atau rumput ituturut terkubur, mereka percaya roh si mati akanmengganggu orang yang masih hidup.

    S b h d k k dibi di t k b t k

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    65/98

    - Sebuah pondok kayu dibina di atas kubur untukmelindungi kubur.

    - Barang-barang tertentu kepunyaan si matidiletakkan di dalam pondok itu. Umpamanya,

    jika si mati seorang pahlawan, senjatakepunyaannya diletakkan di situ.

    SELEPAS KEMATIAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    66/98

    SELEPAS KEMATIAN

    - Masa berkabung bermula sebaik sahaja pengebumianselesai. Tempoh berkabung ialah tiga bulan bagikeluarga si mati dan sebulan bagi penghuni rumahpanjang tersebut.

    - Dalam tempoh itu unggun api dinyalakan di luar rumahselama tiga malam. Jika tidak, roh si mati akan pulangke rumah dan mengganggu orang yang masih hidup.

    - Mereka dilarang mengadakan sebarang majlis hiburan.Ahli keluarga si mati juga dilarang memakai barangkemas dan pakaian bewarna-warni.

    - Setelah tempoh berkabung tamat, seorang lelaki yangdihormati dijemput untuk menjalankan upacara ngetasulitsebagai tanda tamat berkabung.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    67/98

    - Tidak beberapa lama kemudian upacara bercerai bungadijalankan supaya roh si mati berada di dalam keadaanaman. Manangatau dukun menyanyi sepanjang malam

    meminta supaya petara memisahkan roh si matidaripada roh orang yang masih hidup.

    - Adalah dipercayai perpisahan tersebut akan berkekalan

    selepas gawai orang mati diselenggarakan.

    HOME

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    68/98

    KESENIANPeralatan Muzik Masyarakat Iban

    - Peralatan muzik tradsional masyarakat Iban adalahterdiri daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang.

    - Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukantarian ngajat.

    - Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan

    semasa melakukan beberapa upacara adat resamantaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindahke rumah panjang yang baru dan semasa upacaramenamakan anak.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    69/98

    Engkoromong

    Gong kecil diperbuat daripada perenggu berbentukperiok. Berbusut di tengah permukaannya. Lapanbuah gong bagi satu set diatur berbaris di atas parayang panjang.

    Digunakan dalam muzik iringan tarian, dan dalammuzik kumpulan oleh orang-orang Iban di Sarawak.

    Gong-gong diatur berbaris melintang di atas satu para

    yang panjang dan dipalu dengan sepasang pemalukayu oleh seorang pemain.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    70/98

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    71/98

    Engkerurai

    Engkerurai merupakan salah satu daripada jenis alatmuzik yang jarang dilihat pada ketika ini, baik dipertunjukan umum mahupun dipamerkan dalambahan cetak. Kewujudannya seolah-olah tidakdiketahui umum.

    Alat muzik yang dikategorikan sebagai aerofon keranabunyi nadanya dihasilkan melalui tiupan mulut.

    Dari segi bahan, alat muzik ini banyak menggunakanbuluh dan sejenis labu. Manakala dari segi lagu ataurepertoir, ia banyak meniru bunyi dan aksi dari alamsemulajadi

    B it k i tid k h

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    72/98

    Begitupun, engkerurai tidak pernah

    dipersembahkan dengan alat muzik lain.

    Persembahan alat muzik ini lebih bersifat

    berseorangan ataupun solo. Persembahan

    engkerurai lebih terserlah di kalanganmasyarakat yang mendiami Bahagian Sri

    Aman.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    73/98

    HOME

    K b d k t Ib T i

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    74/98

    Kebudayaan masyarakat Iban : Tarian

    - Salah satu identiti masyarakat Iban menjadipelambangan mereka semua adalah tarian ngajat.

    - Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilahmenjadikan suku kaum ini terlalu istimewa dan

    tersendiri.

    - Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalammasyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianyamerupakan satu identiti komuniti Iban yang penuhdengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakankaumnya dari suku-suku kaum pribumi lain di Sarawak.

    - Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    75/98

    g j g p p g jngajat iaitu ialah Ngajat Lesong, Ngajat Bunuh, NgajatInduk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ),Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan

    ngajat Tradisional ).

    - Tarian biasanya di persembahkan semasa meraikankejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-

    pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang danjuga meraikan kejayaan hasil dari cucuk tanam merekayang merujuk kepada tanaman padi.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    76/98

    Jenis

    TarianNgajat

    Ngajat Bunuh

    NgajatLesong

    Ngajat Induk

    Ngajat NgaluTemuai (

    menyambuttetamu ),

    Ngajat PuaKumbu

    Ngajat Kuta (persembahan

    ngajatTradisional ).

    Ngajat Lesong- Merupakan tarian yang di

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    77/98

    Ngajat Lesongpersembahkan olehgolongan lelaki sahaja.

    - Persembahan ngajatjenis ini hanya dibenarkan untuk di tarikanoleh kaum lelaki kerana

    ianya memerlukan penarilelakinya untuk menarisambil menggigit lesong.

    - Kekuatan dan kegagahan

    yang di tunjukkan dalampersembahan tarianngajat jenis ini hanyasesuai di persembahkanoleh golongan lelaki

    sahaja.

    Di persembahkan olehN j t b b h

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    78/98

    - Di persembahkan olehkaum lelaki darimasyarakat iban.

    - Tarian ini merupakansatu peniruan ataupengulangan yang dilakukan oleh mereka

    sebagaimana yang yangmereka lakukan semasamenghadapi musuh-musuh ketika merekamengadakan aktivitiharian seperti memburu.

    Ngajat berbunuh

    Ngajat Induk

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    79/98

    - Merupakan persembahanyang di persembahkan olehgolongan wanita yang

    memaparkan kelembutandan kehalusan seni budayaserta adat istiadatmasyarakat pribumi itusendiri.

    - Gerak tari yang dipersembahkan mempunyaimaksud yang tersirat sertamenggambarkan aktiviti

    harian masayarakat Iban.

    - Tarian yang di persembahkan adalah seperti membuat

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    80/98

    y g p pkraftangan tradisional iaitu menenun pua kumbu. Selainitu kreatif menghasilkan kraftangan yang berasaskanmanik.

    - Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakatIban khususnya kaum wanita yang kaya dengankeindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisimereka.

    - Sebagai contoh Marik Empang yang di gunakan olehpenari wanita masyarakat Iban.

    - Merupakan jenis tarianpersembahan ngajat yang

    Ngajat Kuta

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    81/98

    persembahan ngajat yangmenggabungkan penarilelaki dan perempuan.

    - Biasanya diadakan bagiupacara sambutan sepertiperasmian sesebuahpersembahan kebudayaandan sebagainya.

    - Tarian ini berbeza daripadatarian Ngajat Pua Kumbuyang merupakan salah satudaripada jenis persembahan

    yang terdapat dalam tarianngajat.

    Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    82/98

    - Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di persembahkanoleh golongan wanita.

    - Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu jadisudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajatsambil membawa kain pua kumbu sebagai props dalampersembahan mereka.

    - Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasankepala ( kerapu perak ) headgear yang di perbuat daripadatembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu burungkenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai danmengandungi ukiran flora di sekeliling hiasan kepala

    -Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    83/98

    penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang

    masih terdapat bulu dari kulit itu tadi.

    -Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan

    mereka seperti beruang.

    -Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju burung

    yang bermotifkan hiasan atau ukiran burung, baju sampang, baju buri ( yang di hiasi kulit tiram yang besar).

    -Sirat merupakan sejenis kala cawat yang berukuran lebih

    kurang 30 kaki dan berwarna merah, hitam, biru tua, putih,coklat dan di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

    Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu )

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    84/98

    - Dipersembahkan bagi tujuan menyambutkedatangan tetamu khas yang datang.

    - Biasanya tarian ini di persembahan ketikaupacara perasmian atau pembukaan

    sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh

    banyak tetamu-tetamu terhormat danorang ramai.

    HOME

    S i K ft

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    85/98

    Seni Kraftangan

    Kraftangan didefinasikan sebagaipenghasilan kerja tangan yang dihasilkansama ada secara individu atau secara

    berkumpulan. Ia dihasilkan daripadabahan-bahan semula jadi seperti rotan,daun nipah, kulit kayu dan sebagainya.

    Dalam masyarakat Iban, berbagai-bagaijenis kraftangan telah dihasilkan

    Takiding

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    86/98

    Takiding.

    Takiding adalah merupakan alat untuk

    menyimpan barang-barang khususnyaapabila berada jauh di dalam hutan. Ia

    diperbuat daripadarotan saga.

    Seraong.

    Merupakan alat untuk memelihara kepala dari

    cuaca panas dan hujan ketika masyarakat

    Iban ini melakukan kerja-kerja di dalam hutan.

    Pembuatannya kurang jelas namun yang

    pasti ianya diperbuat daripada rotan saga.

    Lampit.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    87/98

    Lampit.

    Lampit boleh dikategorikan sebagai alas tikar.

    Ia biasa digunakan untuk mengalas lantai

    ketika majlis keramaian diadakan.

    Ketika majlis Hari Gawai juga sering

    digunakan. Lampit ini diperbuat daripadadaun nipah dan juga rotan. Sebenarnya

    lampit ini memang berasal dari masyarakat

    Iban namun masyarakat Dusun mula

    mempratikkan lampit ini bagi masyarakat

    mereka.

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    88/98

    TAKIDING

    SERAONG

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    89/98

    LAMPIT

    PUA KUMBU

    Semua kraftangan ini dihasilkan oleh

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    90/98

    Semua kraftangan ini dihasilkan oleh

    kaum wanita khususnya warga tua

    masyarakat Iban.

    Selain daripada digunakan untuk

    kegunaan sendiri, ia juga bolehdimanfaatkan dari segi ekonomi dan boleh

    dipamerkan kepada orang ramai terutama

    para pelancong yang ingin mengetahuikebudayaan seni kraftangan di negara ini.

    HOME

    PERAYAAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    91/98

    PERAYAAN

    PERAYAAN GAWAI

    Disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawakuntuk meraikan tamatnya musim menuai padi.

    Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. PestaGawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulanMay atau awal bulan Jun setiap tahun.

    Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah dibandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian,minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawaidi Sarawak telah disambut secara besar-besaransemenjak 1964.

    Pada hari pesta Gawai, pelbagai jenis makanan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    92/98

    dan air tuak akan dipersembahkan kepada

    Dewa Padi dan Kekayaan.

    Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan

    dibacakan oleh salah seorang daripada mereka

    sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atasbahan persembahan.

    Bahan persembahan yang basah dengan darah

    ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka

    rasmi Pesta Gawai.

    Setelah upacara persembahan telah selesai,perayaan Gawai secara tradisi dimulakan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    93/98

    perayaan Gawai secara tradisi dimulakan.

    Seluruh masyarakat berkumpul sekitar'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawamasuk kedalam dan diletakkan di serambiumum di rumah panjang.

    Perayaan berpusat sekitar ranyai denganmakanan dan minuman tuak.

    Perayaan Gawai merupakan masa untuksemua orang bersuka-ria sambil menjamuhidangan bersama air tuak.

    Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    94/98

    Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai

    adalah Ngajat Lesong.

    Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat

    lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

    Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang

    diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurundan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan.

    Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan

    perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

    Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok

    istiadat dibuang.

    GAWAI BURUNG

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    95/98

    - Sambutan hari Gawai Burung disambut awal

    dari hari Gawai yang sebenarnya. Hari Gawai di

    Sarawak disambut dari 31 May untuk makan

    besar dan 1 Jun untuk rumah terbuka.

    - Kelihatan di sini sambutan yang diadakan di

    Rumah Panjang Empati tidak jauh dari Rumah

    Panjang King.

    HOME

    KEPERCAYAAN

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    96/98

    KEPERCAYAAN

    Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang

    kepada adat yang diwarisi turun temurun danditulis didalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai rabanbansa' atau Chief Paramount denganberpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'.

    Contohnya apabila hendak membukapenempatan dan mendirikan rumah, kawasantanah yang hendak didirikan rumah tersebuthendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga

    percaya pada petanda-petanda lain sepertibunyi burung ketupung dan burung beragai.

    Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatangini adalah petunjuk dan alamat untuk

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    97/98

    ini adalah petunjuk dan alamat untukmenentukan kesesuaian tapak. Semua petandaakan ditafsirkan oleh 'Beliau' atau 'Manang' bagi

    mematuhi adat supaya tidak mendatangkanmalapetaka.

    Mimpi merupakan salah satu sumber alamattetang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan

    datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang.

    Bagi menghidar alamat yang bolehmendatangkan malapetaka, biasanya upacara'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankanmengikut 'Adat' yang dirujuk kepada ChiefParamount.

    HOME

    Kesimpulan

  • 7/29/2019 46910948-kaum-iban

    98/98

    Kesimpulan

    Pelbagai kebudayaan dalam masyarakatIban telah dilupakan oleh generasi masa kini.

    Walaupun dihambat dengan arus

    kemodenan, kita tidak harus lupa denganpelbagai kebudayaan menarik yang masihwujud dalam kalangan masyarakat Sarawakterutamanya kaum Iban.

    Marilah kita bersama memelihara kesenianwarisan yang masih kekal di masyarakatIban.