4. hubungan etnik dalam konteks pembangunan ekonomi - mikro (mh)

40
HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN EKONOMI – PERSPEKTIF MIKRO

Upload: jebatal-kelantani

Post on 26-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jaksjasja

TRANSCRIPT

Page 1: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

HUBUNGAN ETNIK DALAM KONTEKS PEMBANGUNAN EKONOMI –

PERSPEKTIF MIKRO

Page 2: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

PENDAHULUAN

• British memperkenalkan ekonomi kapitalis.

• Menjelang suku terakhir kurun kesembilan belas dan suku pertama kurun kedua puluh kemajuan pesat telah berlaku dalam industri bijih timah dan getah.

• Perkembangan ini telah meningkatkan keperluan buruh dalam sektor-sektor ini.

• Orang Cina dan India datang ke negara ini demi menampung keperluan buruh ini.

• Kemasukan orang Cina dan India telah membawa kepada terbentuknya masyarakat majmuk di negara ini.

Page 3: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Sebahagian besar orang Cina dan India yang datang ke negara ini telah menetap di sini.

• Mereka telah mengasaskan keluarga di sini dan mula memandang negara ini sebagai tanahair mereka.

• Namun, tidak wujud interaksi yang bermakna antara kaum Melayu, Cina dan India.

• Antara sebab bagi keadaan ini ialah kerana British telah mengamalkan pentadbiran yang berlandaskan kepada prinsip pecah dan perintah.

• Dasar-dasar ekonomi yang diperkenalkan telah membahagikan masyarakat di negara ini mengikut pekerjaan dan tempat kediaman.

Page 4: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

PERKEMBANGAN EKONOMI SEBELUM MERDEKA

• Secara umum, pembangunan ekonomi di Tanah Melayu berkait rapat dengan dua sumber bahan mentah utama, bijih timah dan getah.

• Akibat keuntungan yang berlipat kali ganda, pihak British memberi tumpuan yang lebih kepada pengeluaran bijih timah dan getah sehingga membahayakan kedudukan ekonomi Tanah Melayu, apabila berlaku kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1930-an.

• Ini mengakibatkan kemajuan yang tidak seimbang antara kawasan perlombongan bijih timah dan getah dengan kawasan-kawasan lain di Tanah Melayu (antara negeri & wilayah).

Page 5: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Negeri-negeri di pantai timur yang mempunyai bilangan penduduk yang sedikit & sistem perhubungan yang terbatas tidak mengalami banyak perubahan. Sebaliknya proses pembangunan dan pertumbuhan bandar lebih tertumpu di sepanjang pantai barat, terutama di sekitar kawasan pengeluaran bijih timah & getah.

• Pertumbuhan ekonomi sedemikian mewujudkan dua sektor ekonomi yang dikenali sebagai ‘dwi ekonomi’ (dual economy), iaitu sektor ekonomi moden dan ekonomi tradisional.

• Akibat kewujudan dwi-ekonomi, sebahagian besar kekayaan dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu yang tertumpu di kawasan bandar di pantai barat Tanah Melayu. Sedangkan kebanyakan orang Melayu di luar bandar dan kawasan lain terus hidup dalam lingkungan masyarakat pertanian tradisional.

Page 6: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Orang Melayu telah dibiar dan digalakkan untuk terlibat dalam bidang pertanian.

• Mereka menjadi pengeluar beras – makanan utama bagi seluruh negara.

• Sehaluan dengan itu majoriti orang Melayu telah mendiami kawasan luar bandar, iaitu di kampung-kampung.

• Orang Cina telah terlibat dalam kegiatan perlombongan dan perniagaan.

• Mereka telah mendominasi industri ini.

• Penglibatan ekonomi ini menyebabkan masyarakat Cina menjadi penduduk bandar.

Page 7: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Majoriti buruh India dibawa masuk oleh pihak British untuk bekerja di estet getah.

• Mereka telah disediakan tempat tinggal dan keperluan asas yang lain di estet-estet.

• Mereka tidak perlu keluar dari estet.

• British tidak menggalakkan orang Cina dan India terlibat dalam kehidupan politik, sosial dan kebudayaan orang Melayu serta membiarkan mereka mengekalkan identiti kaum masing-masing.

• Ini bermakna setiap kelompok imigran ditadbirkan secara berasingan.

Page 8: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Dari segi ekonomi, pembahagian begini telah:

a) memudahkan pengurusan buruh

b) membawa kemajuan ekonomi

• Tetapi, pembahagian aktiviti ekonomi berlandaskan kaum begini tidak membantu eratkan hubungan antara kaum.

• Kerana, dasar ini telah menyebabkan berlakunya jurang ekonomi yang luas antara kaum.

Page 9: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Pada umumnya, orang Melayu telah menjadi golongan termiskin berbanding dengan bukan Melayu.

• Keadaan ini telah mewujudkan perasaan kecewa di kalangan orang Melayu.

• Mereka mula berasa bahawa kepentingan ekonomi mereka telah terabai oleh pihak pentadbir British.

• Tindakan British yang dilihat cuba ‘memelihara’ orang Melayu daripada arus kegiatan ekonomi moden itu sebenarnya telah mempercepatkan lagi wujudnya perbezaan etnik, ekonomi dan politik dalam masyarakat di Tanah Melayu.

• Dasar-dasar British ini tidak membantu orang Melayu untuk menghadapi perubahan atau menyesuaikan diri ke dalam sistem ekonomi moden.

Page 10: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Dasar-dasar ini hanya memaksimumkan kecekapan ekonomi dan mengeksploitasi sumber-sumber semula jadi di Tanah Melayu. Akibatnya, perhatian orang Melayu lebih terbatas kepada agama Islam, tradisionalisme dan ekonomi sara diri

SEMENTARA

• Orang Cina dan India mendapat galakan sepenuhnya dalam sektor-sektor moden dalam ekonomi seperti perusahaan bijih timah dan getah.

• Perbezaan ekonomi mengikut garis kaum dalam sistem ekonomi mengakibatkan wujudnya ketidaksamaan dalam fungsi ekonomi antara kaum Melayu dan bukan Melayu.

Page 11: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Pentadbir British pernah mengambil beberapa langkah untuk membantu masyarakat Melayu.

• Misalnya:

a) Akta Tanah Rezab diperkenalkan untuk melindungi hak orang Melayu ke atas tanah.

b) Pada 1950 RIDA (Rural Industrial Development Authority) ditubuhkan untuk memajukan kawasan luar Bandar.

• Namun, jurang ekonomi antara masyarakat Melayu dan kaum lain terus menjadi luas.

• Disebabkan jurang ekonomi ini, maka tidak suasana yang sesuai untuk mewujudkan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia di bawah pemerintahan British.

Page 12: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

ERA SELEPAS KEMERDEKAAN

• Selepas kemerdekaan, pihak kerajaan telah memberi perhatian untuk mengatasi masalah jurang ekonomi antara kaum yang timbul akibat dasar-dasar pentdbiran British di tanah Melayu.

• Tanggungjawab utama kerajaan ialah mewujudkan perpaduan kaum, membasmi kemiskinan dan memperbaiki kedudukan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum dengan wilayah bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara dapat dinikmati bersama oleh semua kaum.

• Langkah-langkah untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum telah dilaksanakan.

• Langkah-langkah ini telah dilaksanakan melalui rancangan-rancangan ekonomi lima tahun.

Page 13: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

PERANCANGAN PEMBANGUNAN LIMA TAHUN

• Rancangan pembangunan telah mula dirangka dan dilaksanakan sejak tahun 1950.

• Dua rancangan pembangunan yang awal, iaitu Draf Rancangan Pembangunan (1950-1955) dan Rancangan Lima Tahun Malaya Pertama (1956-1960) telah digubal oleh pihak kolonial Inggeris, yg bertujuan untuk memperbaiki kedudukan ekonomi mereka yang terjejas akibat Perang Dunia Kedua.

• Rancangan Lima Tahun Malaya Kedua (1961-1965) telah digubal oleh pemerintah Malaya sendiri, dengan tumpuan memajukan infrastruktur ekonomi.

• Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970) mula memberi perhatian kepada perindustrian gantian-import.

Page 14: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) merupakan rancangan pembangunan yang menitikberatkan usaha untuk menyelesaikan masalah perbezaan ekonomi antara sektor dan kaum agar kestabilan ekonomi dan politik dapat dicapai. Ketika ini terdapat peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

• Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) adalah rancangan pembangunan yang melanjutkan dasar industri yang dirangka pada Rancangan Malaysia Kedua.

• Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985), Rancangan Malaysia Kelima (1986-1990) dan Rancangan Malaysia Keenam (1991-1996) adalah rancangan pembangunan yang menitikberatkan industri berasaskan teknologi yang lebih maju dan dasar penswastaan.

• Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2006) pula memberi perhatian ke atas industri berteraskan K-ekonomi.

Page 15: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Rancangan Malaya Pertama (1956-1960)

• Telah memberi keutamaan kepada pembangunan luar bandar.

• Sebanyak RM227 juta telah diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar.

• Pada 1959 Kementerian Pembangunan Luar bandar diasaskan.

• FELDA diperkenalkan untuk mengagihkan tanah pertanian kepada

orang Melayu yang miskin.

Page 16: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)

• Langkah-langkah untuk memajukan kawasan bandar dan dengan itu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu telah diteruskan.

• Peruntukan bagi pembangunan luar bandar ditambah lagi kepada RM468 juta.

• Namun, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak maju banyak dan jurang ekonomi antara kaum masih luas.

Page 17: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Rancangan-rancangan lima tahun ini hanya berjaya memperkukuhkan lagi keadaan kaum masing-masing sebelum merdeka.

• Masyarakat Melayu masih di kampung, terlibat dalam ekonomi pertanian.

• Majoriti masyarakat Cina di kawasan bandar, terlibat dalam perniagaan.

• Masyarakat India dibiarkan di estet sebagai buruh.

Page 18: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Dalam keadaan ini, pada 1965 Kongres Ekonomi Melayu telah diadakan demi mencari jalan untuk mengatasi masalah ekonomi masyarakat Melayu.

• Cadangan-cadangan Kongres ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

Page 19: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970)

• Rancangan ini pun telah memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar.

• Namun, beberapa langkah lain telah diambil untuk memajukan ekonomi masyarakat Melayu.

• 1965 RIDA diberikan wajah baru dengan penukaran nama kepada MARA.

• Beberapa agensi baru ditubuhkan untuk membantu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat Melayu:

• Bank Bumiputra

• 1967 Institut Teknologi Mara

• FAMA

Page 20: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Namun, pada penghujung Rancangan Malaysia Pertama kedudukan ekonomi masyarakat Melayu tidak berubah banyak.

• Keadaan ini telah menambahkan lagi perasaan kecewa dalam kalangan masyarakat Melayu.

• Pada hakikatnya, masyarakat bukan Melayu juga, nampaknya, tidak puas dengan dasar-dasar ekonomi pihak kerajaan.

• Hakikat ini terbukti dalam keputusan pilihanraya tahun 1969.

• Walaupun parti pemerintah berjaya mengasaskan kerajaan pusat, di beberapa buah negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Perak dan Selangor parti-parti pembangkang telah mendapat sokongan besar.

• Dalam suasana ini tercetusnya rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Page 21: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Rusuhan Kaum 13 Mei 1969• Rusuhan kaum ini berlaku kerana tidak wujud hubungan etnik yang

mesra antara kaum di negara ini.

• Peristiwa tersebut memperlihatkan betapa pentingnya diwujudkan keseimbangan antara pembangunan sosioekonomi dengan agihan kekayaan negara.

• Seiring itu, kerajaan menilai semula kedudukan ekonomi antara kaum dan antara bandar dengan luar bandar kerana terdapat jurang perbezaan ekonomi yang terlalu besar.

• Oleh kerana jurang ekonomi antara kaum merupakan antara sebab yang telah menghalang integerasi kaum, maka langkah-langkah telah diambil untuk mengatasi masalah itu.

Page 22: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Mulai tahun 1970, pembangunan ekonomi dirancang untuk jangka masa yang lebih panjang, iaitu 20 tahun dan dilaksanakan dalam dua tahap.

• Tahap pertama bermula dari tahun 1956 hingga 1970 yang melibatkan tiga rancangan pembangunan lima tahun, iaitu Rancangan Malaya Pertama (1956-1960), Rancangan Malaya Kedua (1961-1965) dan Rancangan Malaysia Pertama (1966-1970).

• Tahap kedua meliputi tempoh dari tahun 1971 hingga 1990 dan melibatkan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru melalui empat rancangan pembangunan, iaitu RM2 (1971-1975), RM3 (1976-1980), RM4 (1981-1985) dan RM5 (1986-1990).

• Pelan induk yang menjadi asas dalam melaksanakan DEB dikenali sebagai Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) yang meliputi jangka masa dari tahun 1971 hingga 1990 bagi memastikan pembangunan ekonomi dilaksanakan secara menyeluruh, lengkap dan bersepadu.

Page 23: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Dasar Ekonomi Baru (1970 – 1990)

• Pada 1970 Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.

• DEB adalah rancangan dua puluh tahun.

• Ia bermula pada 1970 dan akhir pada 1990.

Page 24: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Dua objektif utama DEB ialah

• Menyusun semula masyarakat agar pengenalan mana-mana masyarakat dengan pekerjaan dapat dihapuskan.

• Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.

Page 25: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Objektif pertama akan di capai melalui:

• Menyusun semula pola pekerjaan.

• Menyusun semula pola hakmilik ekuiti dalam sektor korporat.

• Mewujudkan Komuniti Indudstri dan komersial Bumiputera

• Mengasaskan pusat pertumbuhan ekonomi di kawasan luar bandar

Page 26: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Objektif-objektif ini diharapkan:

• akan mengagihkan kekayaan negara dalam nisbah yang saksama antara semua kaum

• dan, dengan itu akan memupuk perpaduan kaum

Page 27: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Nisbah yang dijangkakan ialah:

• Bumiputera: 30 peratus

• Bukan Bumiputera: 40 peratus

• Orang Asing: 30 peratus.

Page 28: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

DEB telah diamalkan melalui:

• Rancangan Malaysia Kedua 1971 – 1975

• Rancangan Malaysia Ketiga 1976 – 1980

• Rancangan Malaysia Keempat 1981 – 1985

• Rancangan Malaysia Kelima 1986 – 1990

Page 29: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Walaupun DEB tidak berjaya mencapai sepenuhnya sasaran yang ditetapkan pada keseluruhannya kedudukan ekonomi masyarakat Melayu telah ditingkatkan.

Page 30: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Kedudukan ekonomi kaum-kaum di Malaysia pada 1990 berbanding dengan 1970 ialah :

1990 1970

• Bumiputera 20.3 % 1.9 %

• Cina 44.9 % 2.5 %

• India 1.0 % 1.0 %

Page 31: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

Berikutan kejayaan ini pihak kerajaan telah meneruskan objektif-objektif DEB dalam dasar-dasar ekonomi kemudian.

• Pada 1991 Dasar Pembangunan Nasional (NDP) telah diperkenalkan.

• Pada 2000 Wawasan 2020 (National Vision Policy) telah diperkenalkan.

• Dijangkakan rancangan-rancangan ekonomi ini akan membantu Malaysia mencapai taraf negara membangun dan rakyat akan hidup lebih berpadu sebagai Bangsa

Malaysia.

Page 32: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

KOMPONEN EKONOMI : PEMBANGUNAN EKONOMI, PERINDUSTRIAN, KADAR PERTUMBUHAN DAN PENINGKATAN

KUALITI HIDUP

• Sejak awal lagi, Malaysia ingin mencapai sasaran atau matlamat pembangunan ekonomi dengan mewujudkan sebuah masyarakat industri.

• Bagi mencapai tujuan tersebut, pada peringkat awal pembangunan ekonomi lebih ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan pertanian dan industri gantian-import.

• Pada akhir tahun 1960an, pembangunan ekonomi mula diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri gantian-import kepada industri berorientasikan eksport.

• Menjelang tahun 2000, Malaysia mula memberikan perhatian kepada pembangunan ekonomi berteraskan K-ekonomi. Pembangunan ekonomi Malaysia telah mencapai kejayaan dengan kadar KDNK negara sekitar 8-9% terutama pada 1980an dan 1990an.

• Kualiti hidup rakyat secara amnya adalah baik berdasarkan penurunan kadar kemiskinan dan kadar inflasi yang rendah.

Page 33: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

HUBUNGAN KAUM DALAM KONTEKS PROJEK MODENISASI MALAYSIA

1) Komponen Ekonomi

• Komponen ekonomi penting dari segi pembangunan ekonomi Malaysia, sama ada pada zaman kolonial atau pasca-kolonial, khususnya dari segi faktor pengeluaran (tanah, buruh, modal).

• Kepada pihak penjajah, ekonomi penting untuk membangunkan Projek Modenisasi Eropah. Begitu juga di Malaysia pembangunan ekonomi bukan hanya untuk kepentingan ekonomi tetapi juga untuk menjadi landasan pembinaan negara.

• Cita-cita pembinaan negara selalu gagal kalau pembangunan ekonomi tidak mantap, seperti yang berlaku di Afrika.

Page 34: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

2) Acuan Ekonomi Malaysia : Hubungan timbal-balik ekonomi & etnisiti

• Ekonomi Malaysia terbentuk dengan ciri-ciri uniknya melalui dua ratus tahun pengalaman penjajahan.

• Alam sekitar Malaysia telah diubah untuk membolehkan tanaman seperti getah dan kelapa sawit ditanam untuk kepentingan bekalan industri di Eropah. Begitu juga industri bijih timah.

• Turut penting ialah pembinaan rangkaian infrastruktur yang kompleks lagi mahal sebagai sokongan kepada industri asas, misalnya, landasan keretapi, jalanraya dan pelabuhan yang boleh menampung keperluan eksport-import.

• Tenaga buruh di Malaysia juga unik kerana terdapat division of labour mengikut kelompok etnik.

• Modal juga diterpisah-pisah mengikut kelompok etnik, modal asing, modal kaum cina dsbnya.

• Dalam konteks ini ekonomi dan etnisiti di Malaysia bak aur dengan tebing hubungannya.

Page 35: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

3) Ciri-ciri etnik dalam konteks ekonomi

• Dalam aspek ekonomi, kelompok etnik Cina merupakan kelompok majoriti.

• Hal ini lah yang menjadi isu dalam konteks pertumbuhan ekonomi dan agihan ekonomi berdasarkan kelompok etnik.

Page 36: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

• Akibat kewujudan dwi-ekonomi, sebahagian besar kekayaan dikuasai oleh para pemodal British dan kaum bukan Melayu yang tertumpu di kawasan bandar di pantai barat Tanah Melayu. Sedangkan kebanyakan orang Melayu di luar bandar dan kawasan lain terus hidup dalam lingkungan masyarakat pertanian tradisional.

• Keadaan ini diburukkan lagi oleh jurang ekonomi antara kaum yang diwarisi selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

• Perkembangan ini mendorong kerajaan melipatgandakan usaha untuk memperbaiki masalah itu melalui rancangan pembangunan lima tahun dan dasar-dasar ekonomi yang lain.

Page 37: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

ISU-ISU UTAMA EKONOMI

• Perbincangan tentang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi tidak dapat dipisahkan daripada konteks sosialnya. Dalam kes Malaysia, isu pembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial terutama berkaitan dengan isu kemiskinan dan agihan kekayaan menurut golongan etnik.

1. Antara Pertumbuhan dan Agihan• Di celah-celah maraknya pembangunan dan pertumbuhan ekonomi, isu

agihan kekayaan atau pendapatan merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan.

• Apa yang diharapkan adalah pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang baik akan disertai oleh agihan pendapatan yang merata kalangan anggota masyarakat.

• Di Malaysia, isu agihan pendapatan ini dapat dilihat dua sudut, pertama, antara kelas sosial yang berbeza iaitu antara kelas atas, menengah & kelas bawah; kedua, antara kelompok etnik yang berbeza, iaitu antara Melayu, Cina dan India.

Page 38: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

2. Antara Equality (fasal 8, Perlembagaan Malaysia) dan Special Privileges (Fasal 153, Perlembagaan Malaysia)

• Fasal (8) PP menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang.

• Fasal (8) Perkara (1) PP tersebut telah digunakan oleh sesetengah pihak untuk berhujah bahawa keadilan dan kesamarataan harus diperjuangkan dan dicapai di Malaysia. Oleh itu, menurut mereka Fasal (153) PP yang berkaitan tentang kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera perlu ditinjau semula.

• Hujah tersebut seharusnya tidak muncul sekiranya mereka faham tentang sejarah Malaysia dan apa yang dinyatakan dalam Fasal (8) Perkara (2) PP yg menyatakan : “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam ..... pekerjaan”.

Page 39: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)

3) Pendidikan, Ekonomi dan Etnisiti : Bahasa, Sains dan Ekonomi

• Kerajaan Malaysia telah melihat pendidikan sebagai salah satu alat untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi dan politik. Bahasa kebangsaan misalnya dilihat sebagai satu media komunikasi yang dapat memupuk perpaduan kaum.

• Melalui pendidikan juga, diharapkan golongan bumiputera dapat meningkatkan kedudukan ekonomi mereka.

Page 40: 4. Hubungan Etnik Dalam Konteks Pembangunan Ekonomi - Mikro (MH)