38595340 guru sebagai satu profesion

67
ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083) No. Isi Kandungan Muka Surat 1. HALAMAN JUDUL, PENGAKUAN & PENGHARGAAN 3 - 5 TUGASAN I 2. RINGKASAN EKSKLUSIF 6 - 7 3. 1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN 7 – 8 8 - 9 4. 2.0 DEFINISI KONSEP 2.1 PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN 2.2 PERANAN KEMPIMPINAN 2.3 SEKOLAH CEMERLANG 10 10 – 13 13 – 14 14 - 15 5. 3.0 PERANAN KEPIMPINAN DALAM KECEMERLANGAN SEKOLAH 3.1 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI 3.2 KECEMERLANGAN KURIKULUM 3.3 KECEMERLANGAN KOKURIKULUM 3.4 KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID 15 – 16 16 – 17 17 – 19 19 – 20 20 – 21 1 | Page

Upload: niesa08

Post on 26-Sep-2015

416 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

none

TRANSCRIPT

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL (EDU3083)

No.

Isi Kandungan

Muka Surat

1.

HALAMAN JUDUL, PENGAKUAN & PENGHARGAAN

3 - 5

TUGASAN I

2.

RINGKASAN EKSKLUSIF

6 - 7

3.

1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN

1.1PENDAHULUAN

7 8

8 - 9

4.

2.0 DEFINISI KONSEP

2.1 PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

2.2 PERANAN KEMPIMPINAN

2.3 SEKOLAH CEMERLANG

10

10 13

13 14

14 - 15

5.

3.0 PERANAN KEPIMPINAN DALAM KECEMERLANGAN SEKOLAH

3.1 PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ORGANISASI

3.2 KECEMERLANGAN KURIKULUM

3.3 KECEMERLANGAN KOKURIKULUM

3.4 KECEMERLANGAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

3.5 PENGURUSAN PERHUBUNGAN LUAR

15 16

16 17

17 19

19 20

20 21

21 - 22

6.

4.0RUMUSAN

22 - 23

7.

5.0PENUTUP

23

TUGASAN II

24

8.

1.0 PENDAHULUAN

25 - 26

9.

2.0GURU SEBAGAI SATU PROFESION

26 - 27

10.

3.0KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

28 - 31

11.

4.0 IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU

32 - 36

12.

5.0CIRI CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

37 - 40

13.

6.0PENUTUP

41

14.

REFLEKSI

42 - 44

15.

BIBLIOGRAFI

45 - 46

16.

LAMPIRAN

47

HALAMAN JUDUL

TUGASAN PROJEK

SOALAN 1 ( BERKUMPULAN )

menulis satu esei ilmiah tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan.

( EDU 3083 )

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPGM KAMPUS IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN

HALAMAN PENGAKUAN.

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan serta ringkasan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

TANDATANGAN: ..

NAMA : ANNISA BT SAHARUDIN

TARIKH : 30 OGOS 2014

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dengan limpah kurnia serta inayah dari-Nya dapat jua saya menyiapkan tugasan projek ini sebagaimana yang dikehendaki tepat pada tarikh dan masa dengan jayanya.

Disini saya ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Anis Salwa Binti Ahmad @ Adnan kerana telah banyak membantu saya dengan memberi penerangan yang teliti mengenai tugasan projek ini serta merangkap penasihat bagi tugasan ini dan di atas kesudian dalam memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang membina bagi saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.

Di samping itu, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada suami tersayang dan juga keluarga tercinta iaitu emak dan ayah saya atas sokongan dan semangat yang diberikan kepada saya sepanjang tempoh saya menyiapkan proposal kajian tindakan pendidikan muzik ini. Ribuan terima kasih ditujukan kepada teman-teman seperjuangan dari unit Pendidikan Muzik yang turut berkongsi idea, rasa serta pendapat-pendapat yang bernas sepanjang proses menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Ribuan terima kasih saya hulurkan kerana tanpa kalian, tidak mungkin tugasan ini dapat berjalan dengan lancar.

Ringkasan Eksekutif

Standard Kopetensi Kepengetuaan Sekolah Malaysia telah menggariskan 9 peranan dan tanggungjawab memimpin sesebuah sekolah kepada pengetua untuk dilaksanakan bagi memacu kecemerlangan sekolah. Di samping itu, terdapat beberapa ciri kepimpinan yang memerlukan penghayatan oleh setiap pengetua dalam usaha untuk menggembleng setiap warga sekolah dan sumber yang ada untuk memacu mereka ke arah kecemerlangan sekolah. Melalui adunan peranan dan kepimpinan inilah pengetua dapat merealisasikan segala visi dan misi ke arah kecemerlangan dalam setiap bidang, di dalam persekitaran kerja yang harmoni, dan merangsang setiap warga meningkatkan kualiti dan kuantiti kerja dan hasil. Dalam penulisan ini, kami membincangkan lima daripada 9 peranan dan tanggungjawab atau kemahiran yang harus dilaksanakan oleh pengetua atau untuk memastikan kecemerlangan sekolah. Melalui analisis secara kritikal dan analitikal, kami berpendapat bahawa semua tugas dan peranan tersebut haruslah dilaksanakan dengan serentak dan secara cemerlang oleh semua pengetua tidak kira di tahap mana sekali sekolah mereka kerana ia akan memberikan kesan yang hebat dalam kejayaan sesebuah sekolah. Kami merumuskan perbincangan dengan menegaskan bahawa peranan pengetua amat penting dan menjadi penentu utama terhadap terhadap kecemerlangan sekolah. Beliau juga mengungkapkan bagaimana pengetua menggunakan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan peranan dan kepimpinan ini untuk melaksanakan beberapa tindakan dalam mengubah persepsi dan pemikiran setiap warga sekolah ke arah kecemerlangan.

1.0 LATAR BELAKANG DAN PENGENALAN

Wawasan 2020 yang digariskan oleh Dr. Mahathir Mohamed pada 28 Febuari 1991 adalah berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju mengikut acuannya sendiri. Antara hasrat yang terkandung di dalamnya ialah, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara yang masyarakatnya bersatu padu , mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpegang teguh kepada nilai agama,moral, etika dan menikmati kehidupan yang demokratik, liberal dan bertolak ansur. Lanjutan itu, di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memperkenalkan MISI NASIONAL yang mengaitkan dengan Islam Hadhari yang menekankan penguasaan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi individu bagi menyediakan sumber tenaga manusia yang seimbang iaitu modal Insan. Misi Nasional ini memberikan penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan minda kelas pertama. Dasar 1 Malaysia hasil ilham Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak mengukuhkan lagi betapa perlunya keupayaan modal insan ini digembleng demi kecemerlangan negara.

Dalam usaha merealisasikan impian tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberikan peranan yang utama untuk melahirkan tenaga kerja yang berkualiti yang berketerampilan, yang mampu menangani cabaran dan bersaing dalam era globalisasi pada masa kini dan pada masa akan datang. Melalui misi utama kementerian iaitu membentuk modal insan kelas pertama melalui pembangunan sistem pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia. Segala usaha ini sudah pastilah bermula di peringkat sekolah. Dalam hal ini sudah tentulah peranan pengetua yang akan menggerakkan segala tenaga setiap guru, staf, dalam mendidik anak-anak ini dengan menggunakan segala sumber, tenaga dan kepakaran yang ada.

1.1PENDAHULUAN

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui PIPP ( Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010) yang menggariskan 6 teras utama ke arah pencapaian pendidikan bertaraf dunia tersebut. Melaluinya diharapkan Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengorak langkah membuat anjakan paradigma kepada budaya berasaskan ilmu dan pemikiran di sekolah-sekolah. Sehubungan itu, sistem pendidikan diharapkan akan dapat mengeluarkan lepasan sekolah yang kreatif dan berdaya fikir, mampu menjana idea dan rekaan baru untuk membangunkan industri berasaskan produk serta perkhidmatan bernilai tambah.

Kejayaan hasrat yang digariskan di dalam PIPP ini adalah menjadi tanggungjawab setiap warga pendidik terutamanya yang berada di sekolah-sekolah. Para guru, kakitangan, murid-murid memikul tanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing ke arah ini. Dalam hal ini, pengetua amat bertanggungjawab menggerakkan sekolah untuk mencapai hasrat yang dirancang. Cabaran terbesar pengetua di sekolah adalah untuk memastikan organisasi sekolah dapat berjalan dengan efisien, efektif dan cemerlang. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB), telah menggariskan 9 tugas dan peranan yang perlu dikuasai oleh setiap pengetua untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran menangani dunia pendidikan bagi melahirkan pendidikan berkualiti dan sekolah berkesan/ sekolah cemerlang (IAB, 2006). 9 Standard Kompetensi tersebut adalah:,Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi, Pengurusan Kurikulum, Pengurusan Ko-Kurikulum, Pengurusan Hal Ehwal Murid,Pengurusan Kewangan, Pengurusan Pentadbiran Pejabat, Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal, Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Perhubungan Luar. Ternyata peri pentingnya kepimpinan pengetua dalam menjana kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengetua sebagai peneraju utama sekolah menjadi penentu kepada kejayaan setiap perancangan dan menggerakkan setiap warga sekolah ke arah pencapaian visi yang seterusnya mewujudkan sebuah sekolah yang cemerlang.

2.0DEFINISI KONSEP

Bagi membincangkan permasalahan yang dinyatakan, beberapa definisi dan konsep berkaitan perlulah diperjelaskan seperti berikut:

2.1PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN.

Abas Awang dan Abdullah Ngah, (2007) mentakrifkan kepimpinan sebagai setiap tindakan yang menumpukan sumber-sumber ke arah matlamat yang benar-benar bermanfaat. Pemimpin pula adalah orang yang diamanahkan melaksanakan tugas kepimpinan di atas. Dalam konteks ini , penulis membincangkan 2 jenis kepimpinan sahaja.

2.1.1Kepimpinan Instruksional

Sweeny (1982) , menyebutkan enam ciri kepimpinan pengetua / guru besar yang berkaitan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah cemerlang; penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam pelajaran, menyusun dan menetapkan strategi pengajaran; menyediakan dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah); kerap menilai pencapaian akademik pelajar; menyelaras program pengajaran; membantu dan memberi semangat kepada guru-guru. Menurut Hussien Mahmood( 1993), mengatakan bahawa kepimpinan pengetua/ guru besar bertanggungjawab mengadakan falsafah, matlamat dan objektif sekolah, membimbing para guru meningkatkan kecekapan mereka dalam pengajaran dan lain-lain bidang kurikulum. Pengetua juga melaksanakan program perkembangan staf, menyelaras aktiviti pendidikan serta lain-lain usaha. Jelaslah, kepimpinan pengetua dalam melaksanakan dan menumpukan seluruh tenaga dalam memastikan tugas hakiki dan utama dalam kecemerlangan kurikulum, amatlah penting.

2.1.2Kepimpinan Tranformasional

Zaidatol Akmaliah (2003) mendefinasikan kepimpinan ini sebagai pemimpin yang mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai visi, misi, matlamat dan strategi organisasi. Beliau seterusnya melanjutkan bahawa pengetua bukan lagi diperlukan untuk mengawal organisasi tetapi berperanan memimpin staf untuk menyumbang di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini disokong oleh Rahimah Ahmad (2002) yang menyarankan agar pengetua mengamalkan pengupayaan kepimpinan dalam kalangan guru-gurunya. Oleh itu, benarlah seperti apa yang dimaksudkan oleh Bass (1978) yang menyatakan bahawa kepimpinan transformasi ini merupakan ciri kepimpinan yang mengandungi sifat-sifat keupayaan membangkitkan inspirasi, kebolehan merangsang intelektual dan bersifat bertimbang rasa secara individu. Hal ini penting kerana pengetua pada hari ini bukan sahaja bertanggungjawab menjalankan tugas fungsionalnya sahaja malahan ia perlu menangani segala permasalahan yang berkaitan dengaan kepimpinannya di sekolah secara profesional (Hussien Ahmad, 2002).

Oleh itu, jelaslah bahawa pengetua sebagai pemimpin organisasi yang mengamalkan kepimpinan tranformasional perlulah mampu menjelaskan kepada staf bawahannya mengenai halatuju sekolah, berkongsi idea serta menerima pandangan orang bawahannya, mampu membawa perubahan dan inovasi, menunjukkan semangat dan inspirasi tinggi, sanggup berkorban demi kemajuan organaisasi dan perihatin terhadap keperluan orang bawahannya.

2.1.3Rumusan

Ternyata untuk seorang pengetua berjaya berperanan dalam menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang, kedua-dua jenis kepimpinan ini mestilah mampu di adun dengan seimbang. Menurut Md. Fiah (2005), ini penting bagi memastikan kecemerlangan sekolah dapat diraih, dikekal dan seterusnya dipertingkatkan. Oleh itu, sebagai seorang pengetua, haruslah bukan sahaja berusaha memastikan kejayaan cemerlang dalam pencapaian akademik, serta ko-kurikulumnya, malahan harus dapat diterima oleh semua staf dalam usaha memacu pentadbiran sekolah keseluruhannya ke arah kecemerlangan tanpa mengorbankan aspek penting pengurusan.

Hal ini selari dengan seruan agama Islam yang menyeru kita mencontohi kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w yang berjaya mendidik manusia dalam memastikan bukan hanya kita cemerlangan dalam hubungan dengan Allah, yang menjadi keutamaan, tetapi juga kita harus berjaya dalam menguruskan hubungan dang manusia dan alam demi kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w telah terbukti sebagai pemimpin terbaik yang diakui oleh dunia Islam dan Barat. Jika sifat kepimpinan begini dapat diterapkan di sekolah sudah pastilah setiap ahli dalam organisasi berkenaan bukan sahaja berjaya memacu kecemerlangan akademiknya, malahan akan teruja dan komited untuk memajukan sekolah sesuailah dengan hasrat Kementerian menjadikan sekolahku rumahku.

2.2PERANAN KEPIMPINAN

Dalam kajian mengenai kepimpinan (Stogdill, 1974, Edmond, 1979, Nor Azian, 1994), pengaruh kepimpinan adalah amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Pengetua sekolah adalah merupakan kakitangan yang terpenting di peringkat sekolah kerana peranannya sebagai pemimpin, pentadbir dan pengurus sekolah.

Menurut Hussein (1993) berdasarkan kajian sekolah berkesan peranan pengetua sering dibicarakan sebagai faktor yang menyebabkan kejayaan sesebuah sekolah. Oleh itu, pengetua perlu memainkan peranannya dengan berkesan supaya sekolah akan terus cemerlang. Pengetua sekolah di Malaysia bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan sekolah termasuklah (Hussien, 1993, p 21): berusaha bagi mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah; mengurus dan mentadbir sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan pelajar, guru dan staf sokongan sekolah; menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dan mewujudkan dan memajukan iklim dan budaya sekolah. Justeru, pengetua perlu berperanan memastikan segala tenaga dan usaha guru-guru digembleng dengan menggunakan sumber yang ada ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan.

2.3SEKOLAH CEMERLANG

Peter Mortimore (1995), dalam Seminar Sekolah Berkesan di Malaysia menyatakan terdapat sebelas ciri utama iaitu, kepimpinan professional, perkongsian visi dan misi, persekitaran pembelajaran yang unggul, tumpuan kepada P & P, pengajaran berhala tuju jelas, harapan tinggi pelajar, pengukuhan yang positif, pemantauan, hak dan tanggungkjawab pelajar, permuafakaatan sekolah dan organisasi pembelajaran.

Hal ini dijelaskan lagi oleh Hussein Mahmood (1993) yang menyatakan, sekolah cemerlang bukanlah sekolah yang established atau sekolah primer tetapi sekolah yang dapat menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi, kurang menghadapi masalah disiplin dan mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat dan guru-guru merasa puas hati bekerja. Abdul Shukor Abdullah (1991) pula melanjutkan dengan menyatakan bahawa sekolah cemerlang adalah sekolah yang mencapai tahap terbaik, bermutu dan terunggul dalam semua bidang berkaitan dengan akademik, sahsiah, pengurusan, perhubungan, infrastruktur dan kepemimpinan.

Secara keseluruhannya, sekolah cemerlang bermaksud sekolah yang dapat mencatat kejayaan yang menonjol dalam segenap bidang tanpa menafikan kejayaan dalam nieche area atau watak sesebuah sekolah. Namun hakikat yang kita perlu terima ialah sekolah-sekolah begini juga sebenarnya mempunyai pencapaian yang baik dalam banyak bidang lain. Ini kerana ia seringkali saling melengkapi seperti kejayaan akademik kerap kali juga ditunjangi oleh tahap disiplin dan sahsiah yang cemerlang.

3.0PERANAN KEPEMIMPINAN DALAM KECEMERLANGAN SEKOLAH

Peranan pengetua dalam menjamin kecemerlangan sesebuah sekolah, sebenarnya telah dititipkan oleh Kementerian melalui Standard Kompetensi Pengetuan Sekolah Malaysia yang menggariskan sembilan kemahiran yang menjadi KPI kepada kejayaan seseorang pengetua mampu memimpin sekolah menjadi sekolah cemerlang. Walau bagaimana pun, bagi tujuan perbincangan ini, penulis akan hanya membincangkan lima peranan seperti berikut;

3.1Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi

Kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan organisasi bermaksud kejayaan pengetua menggerakkan sumber bagi mencapai objektif organisasi dan membentuk halatuju organisasi, mengamalkan konsep pembelajaran sepanjang hayat dan membawa perubahan serta kualiti peribadi dan professional.

Pengetua haruslah mampu menterjemahkan dasar kerajaan, menerapkan pengurusan organisasi berkesan, menjana visi dan misi sekolah, menggunakan maklumat dan pendekatan terkini, memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat, melaksanakan perubahan dan menjalankan penilaian dan penambahbaikan.

Di sekolah, pengetua atau guru besar seringkali menegaskan setiap staf untuk mengamalkan nilai-nilai murni di dalam perkhidmatan seperti berazam meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Pengetua atau guru besar perlu membawa pendekatan keislaman di dalam pentadbiran. Pengetua atau guru besar perlu seringkali mengingatkan semua warga sekolah agar melaksanakan tugas sebagai satu tanggungjawab dan ibadah serta amanah yang akan dituntut oleh Allah. Mereka juga diingatkan supaya bersyukur dengan nikmat yang diberi dan mestilah menunjukkan kesyukuran itu dengan bekerja bersungguh-sunguh, penuh ikhlas dan sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Mereka juga diingatkan akan tujuan kita bekerja adalah untuk mencari rezeki yang halal untuk kita berikan kepada anak isteri. Pentadbiran secara telus dan tegas sentiasa diterapkan di dalam pentadbiran sekolah. Guru-guru dan staf diberikan empowerment untuk melaksanakan tugas agar mereka berupaya membuat keputusan dan berani terutamanya di dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum serta sahsiah pelajar. Melalui dasar mesra dan terbuka, setiap orang digalakkan memberikan pandangan dan idea untuk memajukan sekolah.

3.2Kecemerlangan Kurikulum

Kecemerlangan kurikulum ini membawa maksud kepada peranan pengetua dalam menggerakkan segala sumber untuk menyokong perlaksanan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi memastikan kejayaan muridnya. Kesan kejayaan seringkali dikaitkan dengan peningkatan pencapaian di dalam peperiksaan awam dan juga kemampuan pelajar menguasai semua kemahiran yang sepatutnya dikuasai pelajar di dalam tempoh pembelajaran mereka.

Oleh yang demikian, peranan pengetua dalam menjadikan sekolahnya sebagai sekolah yang cemerlang hendaklah memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik, menyusun dan menetapkan strategi pengajaran, menyedia dan mengekalkan suasana kondusif di sekolah (iklim sekolah), kerap menilai pencapaian akademik pelajar, menyelaras program pengajaran; dan membantu dan memberi semangat kepada para guru. Sebagai contohnya di sekolah kami menghadapi masalah berkaitan tahap keinginan belajar yang rendah di kalangan pelajar. Ramai pelajar yang kurang berminat untuk belajar dan tiada semangat berlumba-lumba untuk mengejar kejayaan. Akibatnya tahap pencapaian akademik berada pada tahap sederhana. Kejadian ponteng menjadi suatu yang lumrah sehingga kadangkala menjadikan sebahagian guru kecewa. Penulis telah mengemukakan suatu program iaitu, Program Menjana Kecemerlangan Akademik telah dilaksanakan untuk mempertingkatkan pencapaian pelajar dalam UPSR. Sasaran untuk mengatasi pencapaian tahun sebelumnya di sandarkan kepada beberapa kumpulan pelajar yang akan dipantau pencapaiannya oleh mentor yang terdiri daripada para guru. Mereka akan menyemak latihan pelajar kumpulan elit melalui program bekalan buku latihan pada setiap minggu. Setiap minggu guru besar bersama dengan guru-guru akan bersama-sama membaca yasin, bersolat hajat dan solat dhuha pada setiap pagi jumaat. Setiap kali itu juga barisan pentadbir akan memberi motivasi mingguan untuk merangsang para pelajar supaya sentiasa berjuang untuk mencapai kecemerlangan. Untuk merangsang kecemerlangan pelajar ini, program Skor A-Jasamu DiKenang juga telah dilaksanakan. Melalui program ini, setiap pelajar yang mencapai gred A dalam setiap ujian bulanan dan mengekalkan pencapaian mereka dalam peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun serta percubaan, akan diberikan ganjaran baucer bernilai RM5.00 dan RM10.00. Pelajar juga ditawarkan ganjaran RM15 bagi setiap A dalam UPSR. Ganjaran juga diberikan kepada setiap panitia yang pelajarnya berjaya memperolehi banyak A.

Hasilnya, para pelajar dan para guru telah berlumba-lumba untuk mencapai kecemerlangan. Pada peperiksaan akhir tahun 2013 sahaja seramai 20 orang pelajar berjaya mengekalkan pencapaian gred A .. Kesannya, pencapaian akademik telah meningkat pada setiap kali peperiksaan dilaksanakan. Kami berpendapat, tindakan yang dirancang oleh guru besar untuk meningkatkan pencapaian kurikulum di sekolah ini benar-benar telah berhasil sehingga menjadikan sekolah ini cemerlang.

3.3Kecemerlangan Kokurikulum

Kecemerlangan ko-kurikulum adalah bermaksud, pengetua mampu meningkatkan penglibatan para pelajar di dalam setiap bidang ko-kurikulum di samping dapat mencipta kejayaan dalam permainan, kelab dan bidang beruniform yang disertai. Dari segi penglibatan, sasarannya adalah setiap pelajar terlibat di dalam setiap aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Di samping itu, sekolah juga haruslah mampu membentuk watak sekolah melalui program ko-kurikulum ini. Bidang ko-kurikulum ini mempunyai peranan yang penting di dalam pembentuk modal insan yang berguna. Melaluinya pelajar didedahkan kepada kepimpinan, akhlak dan kepatuhan kepada disiplin, semangat kekitaan, kesediaan bertolak ansur dan saling tolong-menolong dan berdikari. Kecemerlangan insan yang dilahirkan melalui aktiviti ini, sudah pastilah akan melahirkan modal insan yang tahan menempuh cabaran dan seterusnya sihat mindanya.

3.4Kecemerlangan Pengurusan Hal Ehwal Murid

Kecemerlangan pengurusan hal ehwal murid bermaksud pengetua berperanan memastikan pengurusan berasaskan prinsip dan peraturan, melaksanakan strategi peningkatan prestasi hal ehwal murid, aktiviti 3K, menangani konflik hubungan gurumurid, menangani masalah disiplin dan meningkatkan sahsiah murid. Para guru diminta untuk memastikan kebajikan pelajar di jaga, hak-hak setiap pelajar dipelihara dan sahsiah mereka dibangunkan untuk menjadi insan yang sempurna. Pengetua dan guru juga harus menjadi model serta ikutan pelajar dengan menunjukkan keperibadian yang mulia. Pelajar perlu didedahkan dengan akhlak mulia dan hidup berpandukan kepada agama. Konsep Sekolahku Rumahku harus menjadi panduan guru-guru. Kasih sayang dan layanan sebagai anak yang memerlukan kasih sayang dan bimbingan harus sentiasa ada di jiwa setiap guru bagi menjamin keselesaan pelajar di sekolah. Pelajar yang dididik akhlak dengan akhlak mulia sudah pasti akan menjadi insan berguna di dalam masyarakat.

Kesan yang dapat diperhatikan daripada perubahan ini ialah, masalah disiplin telah jauh berubah berbanding sebelumnya. Kini sudah ramai pelajar sudah pandai bersolat dengan sendiri dan suasana pembelajaran di dalam kelas juga sudah menjadi lebih baik. Pelajar telah mula fokus kepada pelajaran. Guru-guru juga telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk bersama-sama pihak sekolah dalam membentuk sahsiah pelajar. Guruguru telah menyatakan kesudian untuk membantu mengajar pelajar mengaji atau bersolat. Hubungan antara guru dan pelajar juga semakin akrab dan tiada lagi masalah pelajar biadap kepada guru. Barisan pentadbiran kerapkali menerangkan kepada guru-guru dan pelajar akan peri pentingnya disiplin di dalam mencapai kejayaan dalam setiap bidang. Guru-guru disedarkan akan tanggungjawab membentuk pelajar bukan hanya di bidang akademik, namun displin dan sahsiah juga menjadi tanggujawab semua. Saranan ini diterima baik oleh setiap guru tanpa halangan. Ibu bapa juga memberi sokongan dan berasa puas hati dengan perubahan kepada diri anak-anak mereka yang kini semakin menuju ke arah kebaikan.

3.5Pengurusan Perhubungan Luar

Kecemerlangan dalam perhubungan luar bermaksud kemampuan pengetua menggunakan pengaruhnya menarik penyertaan agensi luar seperti PIBG, agensi luar, masyarakat untuk turut sama memberi sumbangan ke arah kecemerlangan sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah tidak akan menjadi kenyataan tanpa penyertaan komuniti. Tambahan lagi komuniti dan agensi luar ini mempunyai sumber dan kepakaran yang banyak yang boleh dimanfaatkan oleh sekolah.

Di sekolah , pengetua perlu memperkenalkan dasar terbuka iaitu memasyarakatkan sekolah dan menyekolahkan masyarakat . Dasar ini bermaksud memberikan ruang bagi masyarakat membantu sekolah dengan tujuan untuk memberikan kefahaman kepada masyarakat mengenai aktiviti dan tanggungjawab warga sekolah dalam mendidik anak-anak mereka. Lanjutan itu, banyak program-program melibatkan agensi luar dan masyarakat perlu diadakan. Program seperti Motivasi Telekom Malaysia, PTPL, Bengkel Kecemerlangan MARA, Universiti Terengganu Darul Iman, Karangkraf Malaysia, Ceramah Bersama NGO Aman Palestin, Program Jati Diri dan Kesedaran Sosial Berama Muslim Aid Asia, Yayasan Muslimin, RMC, Perimbu. Bersama komuniti setempat, barisan kepimpinan sekolah perlu mengaktifkan PIBG dan Jawatankuasa Permuafakatan Sekolah dengan melibatkan semua pihak dan agensi setempat untuk membantu sekolah.

4.0RUMUSAN

Kecemerlangan di dalam setiap aspek yang dibincangkan di atas walaupun nampak terpisah, hakikatnya adalah ia saling berkaitan. Kejayaan sesaorang pengetua untuk menjadikan sekolahnya sebagai sekolah cemerlang, bergantung kepada kejayaannya melaksanakan semua peranan tersebut dengan cemerlang. Oleh itu, berdasarkan prinsip sekolah cemerlang, kejayaan di dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang di dalam akademiknya juga tidak dapat diterima , jika pelajar yang terhasil itu tidak sempurna akhlak dan keimanannya, tidak mampu menjadi modal insan sempurna untuk kecemerlangan negara seperti mana hasrat kementerian melalui falsafah pendidikan yang menyatakan pendidikan di Malaysia bertujuan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI). Semua ini menuntut peranan pengetua sebagai pemimpin untuk mengembleng seluruh tenaga dengan sokongan semua pihak untuk mencapai hasrat di atas. Jika gagal, maka seluruh sekolah akan gagal, masyarakat dan negara akan kecewa dan hasrat Wawasan 2020 akan gagal.

5.0 PENUTUP

Akhirnya, segala hasrat negara untuk menjadi Negara maju tidak akan tercapai jika para pengetua yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat Negara gagal untuk melaksanakannya. Pengetua adalah nakhoda yang memandu bahtera ke destinasi yang dituju. Gagal nakhoda sudah pasti kapal tidak akan sampai ke destinasi dicita, malah lebih parah jika silap perhitungan akan karam di lautan dengan segala muatan dan penumpangnya. Kecemerlangan pengetua sebagai pemimpin amat dituntut agar boleh menjadi suri teladan sepertimana hadis Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud; Siapa yang memberi contoh teladan, maka dia akan mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga ke hari kiamat.

HALAMAN JUDUL

TUGASAN PROJEK

SOALAN 2 ( INDIVIDU )

ulasan kritis tentang konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme atau isu berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG On Line ) serta mengemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan tersebut.

( EDU 3083 )

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPGM KAMPUS IPOH

PERAK DARUL RIDZUAN

1.0PENDAHULUAN

Definisi dan Konsep keguruan

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Mengikut Kamus Dewan, profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab ( kerjaya) sebagai guru.

Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi gurunya dalam pembinaan negara bangsa itu sendiri.

Di sini maksud Etika membawa maksud :

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995)

2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.

4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Dengan memahami konsep keguruan, seseorang guru dapat mempraktikkan konsep perguruan dalam menjalani tugas guru dalam era yang semakin mencabar ini. Berdasarkan tugasan projek yang diberikan, saya akan membuat ulasan kritis secara menyeluruh mengenai konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme atau isu berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG On Line ), dan seterusnya saya akan mengemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan tersebut.

2.0GURU SEBAGAI SATU PROFESION

Konsep Profesion

Pendidikan merupakan salah satu faktor penting dalam mencapai misi Nasional. Guru telah memainkan peranan yang penting dalam menjayakan misi ini dan berusaha untuk memartabatkan profesion keguruan. Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu . Untuk menjadi seorang yang profesional haruslah bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi serta mempunyai outonomi bertugas dengan mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Tidak seperti Cikgu Amira dan Cikgu Khairil di dalam filem The Inviligator dan Cikgu Shaari, mereka tidak mempunyai ciri ciri guru yang professional dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam bidang pendidikan seperti yang diamanahkan kepada mereka. Mereka culas dan mudah berputus asas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Kalau pun mereka melakukannya, mereka hanya membuat seperti melepas batuk di tangga.

Selain itu , konsep guru dianggap sebagai satu profesion. Maksud profesion adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, berdedikasi, bertanggungjawab, dan bermoral tinggi serta mematuhi kod etika yang ditetapkan oleh organisasinya. Contohnya keguruan, peguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan. Profesion merupakan perkhidmatan yang unik dan penting. Profesion juga banyak menggunakan keupayaan dan mendapatkan latihan khusus supaya pihak yang dilatih Mempunyai autonomi semasa menjalankan tugas. Dalam bidang profesion juga mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap kerja . Malah, profesion juga merupakan ahli kepada autonomi yang menentukan nilai antaranya dan bertanggungjawab terhadap semua keputusan yang dibuatnya.Walau bagaimanapun, ini tidak berlaku pada Cikgu Amira. Semasa dalam latihan praktikal perguruan pun, beliau tidak dapat mengawal emosi dan tidak dapat mengurus kawalan kelas dengan begitu baik. Beliau juga tidak dapat mengawal emosi kemarahan beliau terhadap pelajar beliau. Sepatutnya Cikgu Amira menggunakan kaedah psikologi atau kelembutan dalam menangani kedegilan pelajar beliau. Sekiranya Cikgu Amira tidak dapat mengawal kelas dan pelajar dengan baik hatta dalam latihan perguruan, bagaimana pula nanti Cikgu Amira akan mengawal keadaan kelas dan pelajar di dalam keadaan kelas yang sebenar.

Menurut kamus dewan(1989), di bawah konteks pendidikan guru, adalah diertikan sebagai pengajaran, misalnya perguruan kepada guru pelatih, murid, dan sebagainya. Keguruan pula telah diertikan sebagai perkara yang berkaitan dengan guru iaitu yang merangkumi peranan, tugas, dan kelayakan sebagai guru. Sebagai contoh masyarakat menyanjung sifat-sifat keguruan iaitu peranan serta tugas guru yang luhur. Konsep guru sebagai satu profesion boleh ditakrifkan sebagai pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas misalnya latihan dijalankan dalam maktab perguruan. Manakala, profesion keguruan merupakan satu pekerjaan yang berkaitan dengan peranan, tanggungjawab, sifat dan kualiti guru. Tetapi berlainan pula dengan Cikgu Shaari dan Cikgu Khairil. Mereka tidak memiliki tanggungjawab dan sifat kualiti guru yang sepatutnya seperti yang termaktub dalam etika keguruan. Cikgu Shaari contohnya, beliau tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab beliau iaitu mengajar dengan bersungguh sungguh. Cikgu Shaari hanya menulis di papan hitam kemudian menyuruh muridnya seorang demi seorang membaca kuat sedangkan beliau lena di tempat duduk guru. Cikgu Shaari tidak memiliki kualiti guru yang sepatutnya iaitu mendidik dengan penuh iltizam dan kesungguhan menggunakan teknik pengajaran yang sepatutnya. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya Cikgu Shaari pandai menggunakan waktu beliau dengan sebaik mungkin dan menggunakan kaedah bahan bantu mengajar yang menarik di dalam kelas pengajaran dan pembelajaran beliau.

Konsep profesion perguruan dan keguruan dapat dibezakan. Profesion perguruan merupakan pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan khas. Profesion keguruan pula merupakan satu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Tetapi , adakah keguruan sebagai satu profesion? Persoalan ini sepatutnya diutarakan kepada Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari di dalam filem The Inviligator Dan sedutan filem Cikgu shaari kerana mereka tidak memperlihatkan sifat sifat dan etika profesion keguruan di dalam sedutan filem filem tersebut. Ciri ciri profesion keguruan tidak dapat dilihat secara keseluruhan di dalam diri mereka. Mereka tidak menajalankan tanggungajawab profesion keguruan secara menyeluruh. Akauntabiliti mereka tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Cikgu Khairil sebagai contohnya, sepatutnya memberikan tunjuk ajar dan contoh yang baik kepada Cikgu Amira. Bimbingan sebagai guru yang berpengalaman luas sepatutnya diberikan kepada Cikgu Amira sebagai guru baharu. Bimbing dan didik Cikgu Amira mengikut lunas lunas profesion keguruan yang sepatutnya. Contoh yang baik juga perlu diberikan kepada pelajar pelajarCikgu Khairil. Sepatutnya seorang guru tidak memberi rasuah kepada pelajar pelajarnya. Ini memberikan impak negatif kepada pelajar pelajarnya pada masa akan datang. Tindakan ini juga meruntuhkan intergriti profesion perguruan dan juga intergriti masyarakat. Pelajar pelajar dididik untuk memberikan rasuah sedari peringkat remaja oleh seorang yang sepatutnya memberikan bimbingan dan contoh yang baik kepada pelajarnya. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dari peringkat akar umbi. Impak yang negatif akan berlaku kepada keruntuhan moral individu dan masyarakat. Perkara ini sepatutnya tidak berlaku dan perlu dielakkan sedari akar umbi.

Terdapat penerangan yang berbeza iaitu keguruan sebagai satu profesion dan keguruan bukan satu profesion. Keguruan sebagai satu profesion dianggap sebagai pekerjaan yang penting dan bersifat autonomi. Untuk memenuhi profesion , guru-guru memerlukan kelayakan akademik dan latihan ikhtisas. Guru juga digolongkan sebagai pakar dalam pendidikan dan lebih mengutamakan perkhidmatan. Malah , keguruan bukan satu profesion mempunyai kelayakan akademik dan latihan yang berbeza. Antara ciri-ciri yang terdapat dalamnya termasuk terdapat kuasa kesatuan,keseragaman ahli kesatuan serta kuasa Autonomi. Keguruan bukan satu profesion juga berkaitan dalam bidang ikhtisas yang lain. Sepatutnya perkara ini lebih di dalami oleh Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari kerana mereka telah mendapat latihan ikhtisas dalam bidang perguruan sebelum menjadi guru. Terutama Cikgu Amira yang masih dalam latihan perguruan tetapi telah dapat dlihat sikapnya sebagai seorang guru yang cepat berputus asa terhadap kerjaya perguruan dan memandang rendah profesion perguruan itu sendiri. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya Cikgu Amira mempunyai daya kecekalan dan sikap profesional dalam bidang perguruan kerana beliau yang memilih kerjaya perguruan itu sendiri.

3.0KEPENTINGAN KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA

Bagi memartabatkan profesion keguruan, guru adalah subjek utama yang akan menyumbang ke arah pencapaian matlamat ini. Perkara utama yang perlu dilaksanakan ialah guru itu harus memahami konsep sebenar kod etika keguruan.Setiap organisasi kerajaan ataupun swasta mempunyai kod etika yang tersendiri untuk membentuk ahlinya ke arah yang dikehendaki. Bagi seorang guru yang telah memilih pekerjaan ini sebagai profesion dalam hidupnya juga tidak terlepas dengan kod etika keguruan. Kod etika keguruan adalah bertujuan untuk menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesionnya. Menurut kod etika keguruan, perkara pertama yang ditekankan ialah tanggungjawab terhadap pelajar.

Menurut Dewan Bahasa & Pustaka, 1995 bahawa etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Manakala dalam Kamus Oxford, 1994 pula didapati etika diertikan sebagai prinsip moral atau set prinsip moral. Etika juga merupakan tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud etika profesional adalah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Antara skop etika professional termasuk mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dan sebagainya. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Kod etika perguruan merupakan satu prinsip yang mengawal kemoralan dan perlakuan guru. Kod etika perguruan juga adalah satu panduan perlakuan atau etika kerja untuk profesion perguruan. Guru sebagai seorang profesional harus mematuhi kod etika dan mengamalkan peribadi mulia dalam menjalankan tugas harian. Antara kod etika perguruan termasuk tanggungjawab terhadap pelajar , tanggungjawab terhadap ibu bapa , tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara , serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan .

Melaui kod etika perguruan seperti yang telah dinyatakan di atas, Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari haruslah mempunyai dan berpegang teguh kepada kod etika perguruan seperti yang telah termaktub mengikut pernyataan di atas kerana melalui kod etika perguruan, ianya merupakan satu panduan bagi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion perguruan itu sendiri. Waima melalui kod etika perguruan yang telah dinyatakan di atas, malang sekali Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari tidak berpegang malah telah melanggar kod etika perguruan itu sendiri melalui tingkah laku dan juga contoh yang tidak baik kepada pelajar pelajar mereka sendiri. Perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana profesion perguruan itu sendiri merupakan satu profesion yang sangat mulia baik di sisi masyrakat mahupun pada sisi agama Islam itu sendiri kerana melalui pembentukan akhlak, guru tersebut menyumbang ke arah tamadun manusia yang berilmu tinggi, berakhlak mulia dan mempunyai pegangan agama yang baik.

Yang pertama sekali adalah tanggungjawab terhadap pelajar. Pihak guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari harus mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar mereka daripada hal-hal lain. Mereka juga perlu bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Untuk melindungi kepentingan murid,merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Peranan guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari adalah membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran dan tanpa melibatkan rasuah. Sebagai teladan , Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari perlu menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Sebagai seorang guru juga mereka harus memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Contohnya seperti Cikgu Amira yang sepatutnya memperbaiki kelemahan diri sebagai seorang guru tanpa berputus asa manakala Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari pula seharusnya memperbaiki kecepakan ikhtisas mereka seperti mempertingkatkat mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar pelajar mereka.

Kod etika perguruan yang kedua adalah tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Sebagai seorang guru yang profesional , guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari harus mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara seperti bertindak kasar terhadap pelajar, kurang toleransi terhadap pelajar, tidur di dalam kelas, memberikan rasuah kepada pelajar serta tidak menegur salah laku atau perbuatan yang tidak bermoral yang dilakukan oleh pelajar. Contohnya seperti Cikgu Khairil, beliau sepatutnya menunjuk teladan yang baik kepada pelajar pelajar beliau seperti tidak memberikan rasuah kepada pelajar. Ini merupakan kesalahan yang paling besar bagi seorang guru mahupun seorang individu kerana pembentukan akhlak bermula dari awal. Sepatutnya sebagai seorang guru, Cikgu Khairil membimbing pelajar pelajar beliau dengan pembentukan akhlak dan moral yang baik, bukannya menghancurkan lagi akhlak, nilai dan moral pelajar pelajar beliau. Manakala Cikgu Shaari pula, sepatutnya memberikan teladan yang baik kepada murid murid beliau. Malah murid murid beliau telah mengetahui tabiat buruk beliau sebagai guru seperti sering tidur di dalam kelas. Ini memberikan impak yang negatif ke atas diri beliau sebagai seorang pendidik mahupun atas nama profesion perguruan itu sendiri. Untuk menjadi seorang guru yang cemerlang , guru perlulah memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang dapat membantu, dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Yang akhir sekali adalah tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan. Sebagai seorang guru yang profesion, mereka perlu mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. Guru-guru tidak boleh melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru dan mereka harus berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru-guru haruslah sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Melalui sedutan filem Cikgu Shaari, pihak pentadbir iaitu Guru Besar kepada Cikgu Shaari mempunyai etika yang baik terhadap Cikgu Shaari iaitu tidak memarahi atau menegur Cikgu Shaari di hadapan murid murid beliau di dalam kelas. Sebaliknya,meminta Cikgu Shaari berjumpa dengannya di bilik Guru Besar di pejabat sekolah. Tindakan ini melindungi nama baik seorang guru di hadapan pelajarnya waima guru tersebut telah membuat kesalahan. Guru besar tersebut juga telah melindungi maruah Cikgu Shaari di hadapan pelajar- pelajar beliau. Ini melindungi reputasi profesion perguruan di mata murid murid Cikgu Shaari. Begitu juga tindakan Cikgu Khairil yang tidak menegur secara lansung kesalahan sebagai guru pelatih yang telah dilakukan oleh cikgu Amira di dalam kawalan kelas beliau. Beliau telah berbincang dan menunjukkan tindakan yang sepatutnya dibuat oleh Cikgu Amira sebagai seorang guru. Tindakan Cikgu Khairil telah membuatkan Cikgu Amira kembali bersemangat untuk meneruskan latihan perguruannya. Ini juga telah melindungi maruah Cikgu Amira di hadapan pelajar pelajar beliau.

Seterusnya adalah kepentingan etika guru. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan dan sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Kod Etika Perguruan juga menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Ini menyebabkan guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Dengan ini,guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Tetapi berlainan dengan Cikgu Shaari dan Cikgu Khairil, mereka tidak mengikuti kod etika perguruan kerana tidak bertingkah laku seperti di dalam kod etika perguruan. Cikgu Shaari misalnya, tidak memegang amanah mendidik murid murid mengikut garis garis panduan seorang guru malah tidur di dalam kelas manakala Cikgu Khairil pula sedang meruntuhkan nilai nilai norma dan nilai nilai murni pelajar pelajar beliau dengan menunjukkan contoh yang tidak baik dengan memberikan pelajar pelajar beliau rasuah untuk bertindak mengikut apa yang Cikgu Khairil inginkan. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana guru memegang amanah profesion perguruan itu sendiri dan guru juga merupakan role model kepada pelajar pelajar. Sepatutnya guru memegang teguh kod etika perguruan serta menunjukkan nilai nilai positif dan murni kepada pelajar pelajar selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan.Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Ini telah membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

4.0IMPLIKASI KOD ETIKA PERGURUAN MALAYSIA KEPADA AKAUNTABILITI GURU

Definisi Akauntabiliti

Sebagai seorang guru yang berkualiti mestilah mempunyai ciri-ciri akauntabiliti yang tinggi supaya dapat membina generasi baru yang berguna dan berwibawa. Dengan ini barulah bidang perguruan dapat membantu atas perkembangan negara. Merujuk kepada kamus dewan edisi keempat, akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau terhadap suatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan, justifikasi yang diperlukan. Sebagai contoh, seorang guru mengutip yuran daripada pelajarnya perlu menjelaskan butiran-butiran yang hendak dikutip dengan jelas kepada pelajar.

Akauantabiliti bermaksud keuntungan pelajar secara berseorangan. Sekolah sepatutnya mempunyai intensif untuk membolehkan setiap pelajar mencapai kejayaan dan pelajar berhak menuntut ganti rugi jika pihak sekolah gagal. Akauntabiliti bermaksud maklum balas. Tujuannya ialah mengekal dan memajukan sistem pendidikan dan menyediakan maklumat untuk menunjukkan usaha. Selain itu, akauntabiliti sebagai pencapaian objektif. Akauntabiliti pendidikan bermakna sistem pendidikan yang dibentuk adalah bertanggungjawab untuk mencapai objektif-objektif pendidikan. Akauntabiliti juga ialah proses mendatangkan keputusan maksimum. Secara lebig luas lagi, akauntabiliti merupakan satu laporan umum oleh satu kumpulan pemeriksa bebas tentang pencapaian pelajar yang diharapkan bagi sesuatu perbelanjaan wang atau penggunaan sumber.

Di Malaysia, akauntabiliti guru perlu dilaporkan kepada menteri pendidikan untuk memudahkan beliau menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan pendidikan semasa bersidang di parlimen.

Implikasinya Terhadap Akauntabilti Guru

1. Akauntabiliti terhadap diri sendiri

Sebagai seorang guru haruslah menunjukkan teladan yang baik kepada pelajarnya. Oleh itu, melalui kod etika, guru seperti Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari sepatutnya berusaha meningkatkan pengetahuan diri. Cikgu Amira dan Cikgu Shaari harus menguasai subjek yang diajar degan mendalam dan mahir. Cikgu Amira perlu belajar lebih daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran dan peperiksaan. Misalnya, Cikgu Amira yang mengajar subjek matematik harus menguasai semua ilmu tentang matematik, tidak patut ada sebarang ilmu yang tidak jelas tentang matematik. Pengajaran tidak dapat diasingkan daripada pembelajaran. Cikgu Amira harus belajar tentang bidang pengajarannya dengan lebih mendalam pada setiap masa.

Melalui kod etika tersebut Cikgu Amira dan Cikgu Shaari akan mempunyai pengetahuan tentang kanak-kanak. Cikgu Shaari sebagai contohnya sepatutnya mempunyai pengetahuan psikologi tentang kanak-kanak, iaitu tingkah laku, minat, bakat, minat-minat dan keperluan kanak-kanak. Hal ini disebabkan Cikgu Shaari dapat memahami kebolehan dan minat setiap pelajarnya supaya Cikgu Shaari dapat menyediakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi setiap pelajar mengikuti tahap yang berbeza. Oleh itu, pelajar dapat menjalankan sesuatu aktiviti dengan menarik dan dapat menikmati kejayaannya.

Selain itu, melalui kod etika tersebut Cikgu Amira akan belajar tentang pengetahuan tentang kaedah mengajar. Cikgu Amira perlu mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar dan kaedah mengajar yang sesuai supaya pelajarnya boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan berkesan. Setiap mata pelajaran mempunyai kaedah mengajar yang berbeza. Kaedah mengajar yang berkesan akan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran di samping pelajar yang lemah juga mendapat manfaatnya dan Cikgu Amira juga perlu mengambil kira keperluan-keperluan pelajar yang cerdas supaya mereka tidak berasa bosan.

Selain daripada itu, Cikgu Amira perlu mempunyai pelbagai kemahiran yang tertentu. Antaranya ialah kemahiran unutk menyampaikan pengajaran yang berkesan, kemahiran mengemukakan solan, menggunakan contoh-contoh, kemahiran menyediakan soalan-solan yang baik, kemahiran melibatkan semua pelajar dalam pelajaran, kemahiran pengurusan bilik, kemahiran mengawal disiplin pelajar dan sebagainya. Pelbagai kemahiran patut dimiliki oleh Cikgu Amira supaya pelajar-pelajarnya dapat mengaplikasikan kemahiran mengguna, menganalisis, membuat sintesis serta penilaian, aktiviti pengajaran dapat dijalankan dengan lancar, pelajar-pelajarnya dapat menyerap ilmu pengetahuan dengan berkesan dan dengan cara yang menarik.

Sebagai seorang guru yang professional, Cikgu Khairil perlu memiliki kefahaman yang mendalam tentang tugasnya. Cikgu Khairil perlu mempunyai kefahaman terhadap pelajar-pelajarnya, kefahaman tentang mata pelajaran yang diajar serta kefahaman terhadap diri sendiri. Cikgu Khairil perlu mempunyai kefahaman yang mendalam tentang tugasnya supaya proses pengajaran dapat dijalan dengan lancar, berupaya meneliti sesuatu konsep dari suatu perspektif yang lebh luas dan mengawal emosi sendiri dengan baik tanpa memberikan rasuah kepada pelajar pelajarnya untuk berlakon seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Khairil.

Di samping itu, Cikgu Khairil dan Cikgu Amira juga perlu mempunyai sikap yang positif terhadap profesionnya. Mereka harus mementingkan kebajikan pelajar daripada perkara lain. Cikgu Amira sebagai contohnya perlu memberi tumpuan kepada pelajar yang lemah, menyediakan tugasan yang lebih mencabar kepada pelajar yang cemerlang supaya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Cikgu Amira perlu bersikap adil dengan membantu pelajar-pelajarnya tanpa mengira kaum, bangsa, status sosioekonomi. Cikgu Khairil juga harus mempunyai sikap yang tegas dengan memberi hukuman atau ganjaran dengan sesuai.

Yang penting, guru seperti Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari harus mempunyai tingkah laku yang sesuai. Antara tingkah laku yang sesuai ialah bertatasusila, ada perasaan belas kasihan, sabar, jujur, bersih dan menepati masa dan sebagainya. Dengan ini, barulah guru dapat menjadi teladan baik yang dapat dipelajari oleh pelajar-pelajarnya.

1. Akauntabiliti Terhadap Pelajar

Sebagai seorang guru yang professional, akauntabiliti terhadap pelajar ialah lebih mementingkan kebajikan pelajarnya daripada hal-hal lain. Cikgu Amira dan Cikgu Shaari seharusnya bertanggungjawab melengkapi pelajar-pelajarnya dengan pelbagai ilmu pengetahuan supaya mereka dapat lulus dalam peperiksaan di samping memperkembangkan diri sendiri dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dengan sempurna. Pembentukan akhlak pelajar yang baik merupakan tanggungjawab seorang guru. Penerapan nilai-nilai murni dan pendidikan agama dapat meninggikan taraf akhlak pelajarnya bukannya tidur semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas atau pun bertindak di luar kawalan ke atas pelajar dan mudah berputus asa dengan kelakuan pelajar. Cikgu Amira juga perlu melatih pelajarnya dapat bersosialisasi dengan baik supaya pelajarnya dapat berkomunikasi dengan orang lain dengan baik. Perkara ini dapat dilatih melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di dalam sekolah dengan menyertai persatuan, unit-unit beruniform dan sukan. Maka aktiviti kumpulan di dalam kelas juga dapat membantu pelajar meningkatkan sosialisasi pelajarnya. Cikgu Amira juga perlu lebih bertanggungjawab mewujudkan suasana emosi bilik darjah yang tenang supaya pelajarnya dapat kestabilan emosi.

1. Akauntabiliti Terhadap Ibu Bapa

Sebagai ibu bapa, mereka pasti mengharapkan anak-anak mereka mendapat keputusan yang baik dalam akademik. Oleh itu, mereka akan menginginkan guru-guru anak mereka dapat meningkatkan prestasi akademik anaknya. Bagi pelajar yang lebih lemah, Cikgu Amira harus lebih memberi tumpuan kepadanya supaya mereka dapat menguasai konsep-konsep yang ingin disampaikan. Bagi pelajar yang cemerlang juga perlu diberi perhatian. Mereka perlu diberi latihan yang lebih mencabar supaya tidak berasa bosan terhadap akademik. Ibu bapa juga mengharapkan anak mereka bersopan-santun. Ibu bapa mengharapkan nilai-nilai murni dapat diterapkan semasa mereka belajar di dalam kelas sepanjang masa. Apabila anak-anak mereka besar nanti akan menjadi seorang yang bertanggungjawab, berinisiatif, proaktif serta bersedia untuk menghadapi segala cabaran hidup. Selain itu, ibu bapa juga mengharapkan guru dapat membantu anak-anak mereka membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran membaca pantas serta mencari dan memilih maklumat, patriotic, kemahiran tentang bidang teknologi maklumat serta kemahiran dari aspek interpersonal supaya pelajar dapat membuat keputusan dengan bijak serta intrapersonal supaya pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Di samping itu, ibu bapa mengharapkan guru dapat menjadi kaunselor anak-anaknya. Cikgu Amira perlu mengendalikan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar kepada ibu bapanya. Misalnya masalah berbentuk akademik, sosioemosi dan sebagainya.

1. Akauntabiliti Guru Terhadap Program Pendidikan

Tugas guru ialah mengajar, membimbing, memberi dorongan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Oleh itu, guru seperti Cikgu Amira dan Cikgu Shaari perlu memastikan aktiviti program pendidikan dijalankan dengan berkesan supaya dapat mencapai matlamat-matlamat program pendidikan. Dengan ini pelajar akan menjadi berbudi pekerti, berpandangan progresif dan saintifik, berdisiplin serta bersedia menjunjung aspirasi negara dapat dibentuk.

1. Akauntabiliti Guru Terhadap Negara

Guru adalah dibayar gaji oleh negara. Oleh itu, mereka bertanggungjawab untuk menjawab atau memberi penerangan kepada atas segala kegagalan atau kelemahan kepada negaranya. Seperti Cikgu Shaari, beliau perlu memberi penjelasan kepada kerajaan jika kegagalan menyempurnakan sesuatu perkara seperti tidak mengajar mengikut garis garis ketetapan perguruan. Sistem pendidikan sesebuah negara hendaklah menghasilkan tenaga pekerja mengikut keperluan-keperluan negara. Kurikulum yang digunakan seharus bersepadu supaya perkembangan individu akan menjadi seimbang melalui sistem persekolahan.

5.0CIRI CIRI DAN KUALITI GURU YANG PROFESIONAL

Guru merupakan pendidik atau pengasuh kanak-kanak agar mereka akan menjadi modal insan dan memberi sumbangan kepada negara. Kelahiran generasi baru yang berkaliber ini adalah untuk memajukan negara kita dalam setiap bidang dan menuju Wawasan 2020. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pendidikan. Tugas guru bukan sahaja menyebar ilmu pengetahuan, guru juga merupakan contoh teladan kepada murid-murid. Oleh itu, seorang guru yang profesional seharusnya mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial yang baik. Seorang guru yang bersifat baik akan melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik dan pengajar.

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti suka berjenaka, dedikasi, baik hati, tegas, toleransi dan sebagainya.

Sekiranya Cikgu Amira merupakan seorang guru yang suka berjenaka dengan pelajar, ianya akan membawa suasana bilik darjah yang riang dan gembira. Pelajar menghabiskan tempoh hampir enam jam di bilik darjah, masa yang begitu panjang di dalam bilik darjah akan membawa kebosanan kepada para pelajar. Jadi Cikgu Amira harus bijak berjenaka pada masa yang sesuai untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang gembira agar menghilangkan kebosanan murid-murid di bilik darjah. Selain itu, suasana yang riang ini juga membawa kesan yang baik kepada pengajaran dan pembelajaran. Ia akan menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan menarik.

Sifat dedikasi guru amat diperlukan. Sekiranya Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari merupakan seorang guru yang berdedikasi, mereka akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna, malah akan menjalankan pelbagai tugas di luar waktu kerjanya. Kejadian ini akan berlaku semasa pelajar menghadapi masalah.Sekiranya Cikgu Amira merupakan seorang guru yang berdedikasi dan prihatin terhadap pelajar pelajarnya, beliau sanggup mengorbankan masanya untuk mendengar kesusahan murid itu dan membantunya dengan mengadakan kelas tambahan bagi pelajar yang lebih lemah dalam pelajaran. Cikgu Amira juga perlu meluangkan masanya untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang luar kelas untuk membantu pelajar dari segi fizikal, rohani dan emosi. Di samping itu, sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru terutama guru baharu seperti Cikgu Amira, pasti amat dihargai oleh para pelajar. Cikgu Amira perlu lebih bertimbang rasa dengan memberi murid-murid belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

Sebaliknya, guru juga berperanan sebagai seorang pendisiplin dalam bilik darjah. Di dalam kelas, Cikgu Amira mestilah menjamin peraturan-peraturan dapat dipatuhi oleh pelajar. Bagi mewujudkan disiplin pelajar yang baik, sikap Cikgu Amira yang tegas tetapi adil amat diperlukan bagi melancarkan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas. Semasa menjalankan tugas, Cikgu Amira akan menghadapi pelbagai jenis masalah disiplin, pelajar yang lemah dalam akademik dan sebagainya. Pada masa itu, sifat toleransi amat diperlukan. Sekiranya Cikgu Amira kurang bertoleransi, beliau akan bertindak terburu-buru dalam menyelesaikan masalah itu. Misalnya, semasa menghadapi masalah disiplin, Cikgu Amira mungkin akan menghukum pelajar berkenaan tanpa membuat penyiasatan dalam kes terseut. Tindakan ini akan menimbulkan perasaan tidak puas hati atau benci terhadap guru seperti yang telah berlaku di dalam filem The Aviligator dimana Cikgu Amira telah membuat satu tindakan yang kurang disenangi oleh pelajarnya. Cikgu Amira perlu menjadi seorang guru yang bertoleransi dimana beliau akan menghadapi setiap masalah dengan penuh sabar. Cikgu Amira perlu lebih berusaha memahami setiap masalah yang ditimbul dan berfikir sebelum mengambil sesuatu tindakan.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi merupakan salah satu syarat bagi seorang pendidik. Seorang guru yang profesional yang mana perlu lebih didalami oleh Cikgu Amira akan membentuk pelajar yang pintar serta pengajaran dan pembelajarannya adalah berkesan. Cikgu Amira perlu menjadi sebagai seorang guru yang profesional dimana beliau peka terhadap kebolehan, keperluan-keperluan dan minat seseorang pelajar. Contohnya, apabila timbul situasi yang bosan, Cikgu Amira harus peka terhadap situasi ini dan berusaha menghilangkan kebosanan dalam bilik darjah. Selain itu, dalam aktiviti seharian di kelas, terdapat pelajar yang bertindak aktif, ada yang pasif atau pemalu. Cikgu Amira yang peka patut berusaha melibatkan pelajar yang malu dalam aktiviti supaya pelajar boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Bagi setiap profesional, sifat dedikasi juga salah satu sifat yang penting. Sekiranya Cikgu Shaari seorang yang berdedikasi tentu akan menjalankan tugasnya dengan sempurna dan memainkan peranannya sebagai seorang pendidik. Tambahan pula, guru yang berdedikasi akan mementingkan tugasnya daripada perkara-perkara peribadinya tetapi sebaliknya yang berlaku pada Cikgu Shaari. Beliau lebih mementingkan perkara perkara peribadinya dari tugas hakiki dan profesion perguruan. Ini sepatutnya tidak berlaku kerana Cikgu Shaari merupakan seorang guru yang telah mendapat kelayakan ikhtisas perguruan dan lebih memahami profesion perguruan.

Seseorang guru yang profesional sedar tentang keperluan-keperluan kebangsaan. Keperluannya seperti perpaduan negara, warganegara yang taat setia kepada raja, semangat patriotik, mematuhi undang-undang dan sebagainya. Guru yang kerap mengingati keperluan ini akan berusaha ke arah memenuhinya. Sebagai contoh, bagi memenuhi keperluan perpaduan negara, guru sentiasa memastikan aktiviti kurikulum atau kokurikulum adalah disertai oleh pelajar daripada pelbagai kaum. Selain itu, sekiranya Cikgu Amira guru yang ingin menjadi pelajarnya warganegara yang taat setia kepada raja dan mencintai negara akan menerapkan nilai-nilai dalam pengajarannya. Seseorang profesional seperti Cikgu Amira dan Cikgu Shaari hendaklah sentiasa memperkenalkan sesuatu yang baru. Guru yang inovatif akan berusaha mencuba strategi pengajaran yang baru atau alat-alat bantu mengajar yang baru dan inovasi. Cikgu Amira juga harus sentiasa untuk meningkatkan mutu pengajaran dengan menghadiri kursus-kursus, taklimat atau seminar yang berkaitan dengan pengajaran. Dalam zaman era globalisasi ini, guru yang inovatif memperkenalkan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.

Selain daripada ciri-ciri dan kualiti peribadi dan profesional, sifat dan kualiti sosial juga sangat penting. Antaranya ialah bermoral, sifat kepimpinan, berbudi pekerti, merendah diri dan lain-lain lagi. Cikgu Amira , Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari hendaklah memainkan peranan untuk menyebarkan nilai-nilai murni kepada pelajar. Oleh itu, guru yang bermoral tinggi mestilah menjadi contoh pelajar. Cikgu Amira, Cikgu Khairil dan Cikgu Shaari dapat mempraktikkan nilai-nilai murni dalam aktiviti-aktiviti seharian dengan mengadakan kerja kumpulan dan nilai-nilai tolak ansur, bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi dan sebagainya. Dengan ini, semua nilai-nilai murni dapat ditekankan dengan lebih berkesan berbanding dengan penerangan nilai-nilai tersebut. Dari segi sosial, sifat kepimpinan harus ditonjolkan oleh Cikgu Amira di dalam kelas. Cikgu Amira merupakan pemimpin dalam kelas kerana beliau bertanggungjawab untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, kempen-kempen dan sebagainya. Sebagai seorang pemimpin, Cikgu Amira harus membuat rancangan secara teliti dan memastikan aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya. Setiap kegiatan yang dijalankan mempunyai tujuannya, jadi Cikgu Amira mestilah menjelaskan tujuan dan cara pelaksanaannya.

Sebagai seorang guru yang berjaya, Cikgu Amira dan Cikgu Khairil diharapkan dapat menonjolkan sifat budi pekerti. Ini termasuklah kelakuan guru yang bersopan santun semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau pelajarnya. Sifat ini sangat penting bagi seorang guru kerana sifat ini akan sentiasa dihormati dan disanjungi oleh orang ramai begitu juga dengan murid-muridnya. Selain itu, sifat merendahkan diri akan disenangi oleh orang ramai. Tiada orang suka bergaul dengan orang yang sombong, terutamanya guru. Cikgu Amira tidak boleh mempunyai sifat sombong kerana guru merupakan teladan bagi pelajar. Oleh itu, sifat merendah diri perlu ada pada seseorang guru.

Secara umumnya, guru yang mempunyai ciri-ciri dan kualiti peribadi, profesional dan sosial akan disanjungi dan dihormati oleh orang ramai dan pelajarnya. Guru adalah pendidik untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan peliti untuk murid-murid. Hanya guru yang memiliki sifat ini dapat melaksanakan tugas serta kewajipannya dengan sempurna.

6.0PENUTUP

Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalamperubahankurikulumitudapatditangani.

Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek?

Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada kedua ibu bapa dan suami saya atas segala pertolongan dari segi materialistik dan sokongan moral yang diberikan. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbingan iaitu Puan Anis Salwa Bt Ahmad @ Adnan atas segala tunjuk ajar yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.

Selepas menyiapkan kerja kursus tersebut saya telah banyak mendapat dan menambah ilmu pengetahuan tentang ciri-ciri sebagai seorang guru yang lebih baik. Tajuk tugasan projek yang perlu kumpulan saya lakukan ialah menulis satu esei ilmiah tentang peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi selaras dengan agenda Transformasi Pendidikan Negara yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan serta memberikan ulasan kritis tentang konsep profesion , etika, akauntibiliti dan profesionalisme atau isu berkaitan yang terdapat di dalam filem pendek yang bertajuk The Inviligator dan video klip Cikgu Shaari yang dimuatkan di dalam portal pembelajaran atas talian (PPG On Line ) dan mengemukakan cadangan dan pandangan untuk memperbaiki amalan tersebut.

Sejauh yang saya tahu konsep profesion ialah orang yang menjalankan kerjanya mempunyai latihan yang sempurna dan mendapat kelulusan yang tinggi. Menurut ciri-ciri yang terangkum dalam konsep profesion, sebagai seorang guru perlu bersikap dedikasi, tanggungjawab, bermoral tinggi, jujur dan nilai-nilai moral lain yang positif. Sebagai seorang guru yang professional perlu mematuhi kod etika perguruan yang telah ditetapkan.

Melalui tugasan projek tersebut barulah saya tahu tentang Kod Etika Perguruan Malaysia. Kod etika perguruan dijadikan suatu panduan garis untuk semua guru. Menurut Kod Etika Perguruan Malaysia, semua guru perlu menerima latihan sebelum menjadi seoarang guru yang bersijil. Guru perlu belajar tentang subjek yang akan diajar dengan mendalam. Selain itu, guru juga perlu mempelajari ilmu-ilmu tentang penyampaian pengajaran kepada murid dengan baik supaya pelajarnya boleh mudah memahaminya. Guru juga perlu mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat menjadi teladan yang baik kepada pelajarnya. Sebagai seorang guru yang baik perlu pandai mengurus diri dari segi JERI.

Yang penting, saya telah mengetahui ciri-ciri sebagai seorang guru yang professional. Sebagai seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap negara, ibu bapa, pelajarnya dan juga profesionnya. Sebagai seorang guru perlu memiliki ilmu dari pelbagai subjek dan bidang, ilmu tentang penyampaian pengajaran dan pengurusan di dalam kelas, sahsiah yang baik dan sebagainya. Bagi diri saya yang telah menjadi guru, ciri-ciri sebagai seorang guru yang professional perlulah dipelajari dengan lebih mendalam supaya bidang perguruan dapat membina modal insan yang berkualiti dan dapat menyumbang tenaga kepada negara.

Selain itu, melalu tugasan projek tersebut saya dan ahli kumpulan saya telah mengaplikasikan kerjasama yang sepenuh supaya kerja kursus tersebut dapat disempurnakan. Selepas pensyarah kami iaitu Puan Anis Salwa menorah tajuk kerja kursus kepada kami, saya dan ahli kumpulan saya pun mula merancang perkara-perkara yang perlu dibuat. Kami telah bekerjasama mencari maklumat yang berkaitan dengan tajuk kumpulan kita melalui sumber dari pusat sumber dan laman web. Selepas itu, kami pun membahagikan kerja kita dengan seimbang untuk dibuat. Di samping itu, di bawah bimbingan pensyarah kami barulah kerja kursus kami dapat disempurnakan dengan lancar dan mendapat menimba ilmu dari penerangan yang lebih lanjut di dalam kelas serta pembentangan daripada tajuk kerja kursus yang kami buat itu.

Benarlah kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standard yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

BUKU

Mok Soon Sang (Ogos 2004), Pengantar Pendidikan Teras, Percetakan Sentosa (K.L) Sdn. Bhd

Ee Ah Meng (), PENDIDIKAN DI MALAYSIA II (SEMESTER V), PENERBIT FAJAR BAKTI SDN. BHD. SHAH ALAM

Hussein Mahmood (1997) Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Standard Kompentasi Kepengetuaan Sekolah Malaysia (2006) Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia

Edmonds, R.R. (1997). Search for effective schools: The identification and analysis of city schools that are instructionally effective for poor children. Boston, MA: Harvard University Press

Edmonds, R. (1979a). Effective schools for the urban poor. Educational Leadership, 37(1), 15-27

Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti.

Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember.

Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia.Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.

Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kertas Seminar

Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools. Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Artikel

Shahil@Charii Bin Hj. Marzuki, Pembentukan Kerangka Teori Sekolah

Cemerlang,Universiti Malaya

Prof. Madya Dr. Azizi Hj. Yahaya,Hj. Mohammad Anuar Abd Rahman, Mohammad

Yusope Hassan, Gaya Pemudah Cara Di Sekolah: Sejauhmanakah Pengetua-pengetua Mengamalkannya, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

LAMAN WEB

Guru sebagai satu profesion. Retrieved September 4, 2010, from http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

Nathia. Guru sebagai satu profession. Retrieved Ogos 17, 2010, from http://www.scribd.com/Guru-Sebagai-Satu-Profesion/d/18796407

Etika Perguruan. (2005, November, 24). Retrieved Ogos 17, 2010, from http://s6.zetaboards.com/DRAGONIZER/topic/760392/1/

Azizi Jaafar. Profesion perguruan. Retrieved Ogos 17, 2010, from http://www.scribd.com/doc/34748894/Profesion-perguruan

Memartabatkan Profesion Perguruan. (2009, Oktober, 1). Retrieved Ogos 17, 2010, from http://udienbudakpjipgm.blogspot.com/2009/10/semester-3-pra-pismp-ilmu-pendidikan.html

3 | Page