edu5905 konsep pendidikan dan profesion perguruan

31
1

Upload: skyla

Post on 06-Feb-2016

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN. EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN KULIAH MINGGU 05: INSTITUSI SEKOLAH Oleh: Dr. Ramli Bin Basri [email protected] Tel: 019 224 1332. KANDUNGAN. SEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI PEMBELAJARAN SOSIAL MORAL. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

1

Page 2: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Page 3: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

EDU5905 PENDIDIKAN DAN PROFESION KEGURUAN

KULIAH MINGGU 05:INSTITUSI SEKOLAH

Oleh:Dr. Ramli Bin Basri

[email protected]: 019 224 1332

3

Page 4: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

KANDUNGANSEKOLAH SEBAGAI INSTITUSI • PEMBELAJARAN• SOSIAL• MORAL

Page 5: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

INSTITUSI SEKOLAH

• Definisi Institusi : - sesuatu sistem perhubungan sosial manusia yang teratur,

mengandungi nilai dan peraturan yang diterima oleh ahli- ahli bagi memenuhi keperluan asas masyarakat.

• Konsep sekolah sebagai institusi : - institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi

keperluan anggota masyarakat supaya menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi tujuan kemajuan dan perkembangan.

Page 6: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

1) Pengkhususan di dalam banyak tugas, cth: jawatan ketua panitia mata pelajaran, guru pemulihan, guru bimbingan kaunseling dan sebagainya

2) Sistem autoriti yang berhierarki, iaitu kuasa mengikut sesuatu hierarki. cth: Jemaah Lembaga Sekolah, diikuti pengetua, pen. kanan, guru disiplin dan seterusnya

3) Peraturan dinyatakan dengan jelas untuk menentukan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi sekolah demi menjamin pencapaian matlamat yang ditetapkan

Ciri Sekolah sebagai Satu Institusi

Page 7: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Peranan Sekolah

• Sekolah adalah sebuah organisasi pembelajaran dan guru adalah merupakan tenaga pengajar yang berusaha merealisasikan aspirasi negara yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Menurut FPK, salah satu ciri yang tersirat di dalamnya ialah untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berpotensi untuk maju dalam pelbagai bidang yang diceburi

• Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai strategi sendiri dalam meningkatkan kualiti dalaman dan luaran mereka, kerana dengan sistem pendidikan yang berkesan ia mampu melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketerampilan

Page 8: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Maka sebagai sebuah institusi pendidikan, tanggungjawab sekolah dalam melaksanakan matlamat tersebut boleh dikategorikan melalui 3 peranan utama iaitu:

a. Sekolah sebagai institusi pembelajaranb. Sekolah sebagai institusi sosialc. Sekolah sebagai institusi moral

Peranan Sekolah

Page 9: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Mengikut kamus Oxford (1969), sekolah merupakan institusi untuk memberi pendidikan kepada para pelajar. Ia berlaku di mana ada masa dan ruang yang ditetapkan untuk melakukan pengajaran dan pembelajaran.

• Pada asasnya, sekolah ditubuhkan bertujuan mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan yang berlandaskan pelbagai bidang termaktub dalam kurikulum sekolah

• Sekolah adalah diibaratkan seperti pusat kecemerlangan iaitu tempat penyebaran ilmu pengetahuan dan penyampaian pelbagai jenis kemahiran

• Pembentukan keperibadian pelajar juga merupakan salah satu inti pati penting dalam matlamat penubuhan sekolah

Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 10: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Antara peranan sekolah boleh dilihat dari segi: a) Keperluan- menyediakan kemudahan prasarana yang lengkap

contohnya pusat sumber, kantin, tempat sukan dan rekreasi

- membekalkan tenaga pengajar yang layak dan mencukupi

- mewujudkan suasana pembelajaran dalam bilik darjah yang harmonis bagi membangkitkan minat pelajar

- mempertingkatkan taraf pencapaian akademik dan sahsiah pelajar

Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 11: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

b) Kepentingan - sebagai wadah untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara - melahirkan pelajar yang berilmu, berbudi pekerti dan

berpotensi- matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk

menampung keperluan tenaga kerja pada masa hadapan serta membekalkan pelajar dengan kemahiran yang mencukupi- mendidik generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dan seterusnya dapat melahirkan bangsa yang bertamadun

Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 12: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

c) Penglibatan - kerjasama menyeluruh antara pihak sekolah, PIBG dan

masyarakat- badan-badan sosial setempat adalah pemangkin kepada

pengukuhan proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti-aktiviti sokongan, bagi meningkatkan prestasi pencapaian sekolah dalam pelbagai bidang

- Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh menjamin pendidikan berkualiti. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka. Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat.

Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 13: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

d) Penyempurnaan - sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang baik

bagi membolehkan pelajar mencapai perkembangan jasmani, rohani, akhlak dan pemikiran yang seimbang

- PIBG yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah serta sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa

- konsep “School-Home-Community Partnership” perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat

Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 14: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Menurut Mohd Salleh Mahat (2004),Hubungan tiga dimensi iaitu sekolah, rumah dan komuniti perlu

diberi penekanan. Ketiga-tiga entiti ini perlu ada hubungan yang mantap dan akrab kerana kejayaan sistem pendidikan negara bergantung kepada sejauh mana ketiga-tiga elemen ini dapat berfungsi, saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain

konsep perkongsian di sekolah merupakan salah satu usaha dalam mengukuhkan semula segala perlakuan yang berunsurkan kerjasama dalam memperkukuhkan institusi pendidikan serta membantu menangkis ancaman dan permasalahan masa kini

ia merupakan permuafakatan dan perkongsian bijak yang penting untuk membawa kejayaan kepada sesebuah institusi pendidikan

Konsep Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Page 15: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

SEKOLAH

IBU BAPA KOMUNITI

MATLAMAT

Konsep Sekolah sebagai Institusi Pembelajaran

Rajah 1: Hubungan Tiga Dimensi Sekolah, Ibu Bapa Dan Komuniti Dalam Mencapai Matlamat Sekolah

Page 16: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Sekolah sebagai Institusi Sosial

• Sistem sosial merupakan suatu sistem yang melibatkan interaksi dan aktiviti sesama manusia dan masyarakat

• Menurut Willard Waller (1932), institusi sosial mempunyai ciri-ciri seperti:

terdiri daripada anggota yang jelas struktur sosial yang jelas pertalian hubungan sosial yang jelas diterapkan dengan rasa kekitaan budaya yang tersendiri

Page 17: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat

• Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara

• penekanan kepada aspek-aspek kemahiran sosial dapat membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri

• Proses sosialisasi di dalam bilik darjah tidak akan wujud tanpa komunikasi yang berkesan di antara guru dan pelajar

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 18: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Ciri sekolah sebagai institusi sosial: Ada carta organisasi Ada komuniti yang tersendiri Ada interaksi Ada pelbagai aktiviti Ada peraturan dan tatacara Sebagai pusat perkembangan JERI

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 19: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Sistem sosial dalam konteks sekolah adalah dilaksanakan sebagai: a) Pemangkin - sebagai agen perubahan sosial melalui kemajuan dalam

bidang pendidikan - membentuk sahsiah pelajar dari segi disiplin, karakter

dan pergaulan - interaksi sosial dan perkembangan emosi - mobiliti sosial dan perubahan sosial

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 20: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

b) Aktiviti - mewujudkan perkembangan sosial dengan

menekankan kepentingan komunikasi yang berkesan di dalam dan luar bilik darjah

- menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti luar yang sihat - menerapkan nilai murni dan agama - menerapkan aspek perpaduan dan patriotisme dalam

kalangan pelajar berbilang agama dan etnik

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 21: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

c) Keterbukaan- proses pembelajaran dan perlaksanaan aktiviti yang

berkesan dapat memberi peluang pelajar untuk berinteraksi, bekerjasama, menunaikan tanggungjawab, serta membina keyakinan diri

- penganjuran aktiviti sosial yang melibatkan penyertaan pelbagai kaum dapat mewujudkan semangat perpaduan

- pengagihan kuasa kepada pelajar dengan memberi tugas untuk memimpin kelab, persatuan dan badan beruniform di sekolah dapat membantu dalam aspek kemahiran sosial

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 22: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

d) Pengurusan - sekolah yang cemerlang mempunyai kepimpinan yang

utuh untuk memastikan matlamat dan wawasan sekolah tercapai

- menggubal dan melaksanakan peraturan sekolah dengan adil dan menyeluruh

- menyediakan persekitaran sekolah yang kondusif dan terkawal buat pelajar serta guru

Sekolah sebagai Institusi Sosial

Page 23: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Sekolah sebagai Institusi Moral

• Perkembangan potensi pelajar bukan sahaja dinilai dari segi intelek sahaja bahkan juga meliputi aspek rohani dan emosi

• Sekolah memainkan peranan dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik. Contohnya perkara-perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi bahasa , sopan santun dan sifat hormat menghormati biasanya dipelajari di sekolah

• Sekolah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mengetahui tentang bendera negara, lagu kebangsaan dan bahasa kebangsaan

• Guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi menanamkan sikap, nilai dan sahsiah sempurna, yang mematuhi peraturan masyarakat

Page 24: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Antara perkara yang boleh dibincangkan termasuklah dari segi: a) Konsep - nilai moral merujuk kepada kawalan tingkah laku yang

berlandaskan piawaian yang ditetapkan dan amalan yang diterima oleh masyarakat

- moral atau etika bertujuan mencipta suatu keadaan yang baik serta memandu ke arah kesejahteraan individu, komuniti dan organisasi

- nilai moral adalah perlu bagi menjaga integriti dan kredibiliti individu, masyarakat dan organisasi supaya ianya tidak luntur

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 25: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

b) Kepentingan - untuk memupuk tingkah laku serta budaya hidup yang murni - merupakan asas kepada proses pembelajaran dan perkembangan pelajar dalam membentuk peribadi dan bernilai murni. - bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya” - sekolah bukan sahaja bertanggungjawab untuk mengajar dan mendidik pelajar tentang etika, tetapi ianya sendiri perlu

menjadi sebuah institusi yang beretika - komitmen dari segenap lapisan organisasi sekolah adalah

perlu untuk menjadikan sekolah sebagai sebuah institusi moral yang berkesan

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 26: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

c) Integrasi - Sekolah merupakan cermin budaya kebangsaan dan budaya-

budaya lain yang berada di sekitarnya - perpaduan dalam kalangan pelajar yang berlainan agama dan

bangsa merupakan agenda penting bagi menanamkan pelajar dengan nilai permuafakatan dalam hidup bermasyarakat

- Kegiatan yang dilakukan di sekolah, contohnya aktiviti ko-kurikulum dilihat mampu melahirkan dan membentuk pelajar yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 27: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

d) Keperluan - mewujudkan masyarakat yang maju dan bermoral bermula

dari institusi sekolah - pendidikan di sekolah perlu mementingkan nilai

kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan pelajar, selari dengan tuntutan perubahan semasa

- sekolah sebagai satu institusi moral perlu mengawasi perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar agar tidak terpesong dari amalan yang sepatutnya

- ia perlu bagi menangani masalah sosial yang semakin mencabar dan meruncing dewasa ini

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 28: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

e) Penglibatan - kerjasama dan hubungan yang erat di kalangan pihak sekolah, ibu

bapa dan masyarakat adalah penting bagi menanamkan semangat perpaduan dan keharmonian

- pihak sekolah perlu memainkan peranannya manakala masyarakat dan ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada pihak sekolah dalam melaksanakan tugas berat tersebut

- masyarakat setempat harus diajak bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani bentuk gejala sosial dan jenayah yang berlaku sama ada di dalam sekolah mahupun di luar sekolah.

- Pihak sekolah juga perlu melaksanakan tindakan dengan melibatkan ibu bapa, khususnya hal yang menyentuh masalah yang ditimbulkan oleh pelajar di sekolah mahupun di luar sekolah

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 29: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

f) Penyempurnaan - menyedia dan melaksanakan modul yang berkesan dalam

melatih perwatakan dan keperibadian pelajar yang cemerlang - penerapan nilai moral dan etika perlu berserta dengan teladan

atau role modeling - Guru merupakan role model dalam tingkah laku etikanya dan

menjadi contoh yang terdekat untuk diikuti oleh pelajar - Untuk menjadi sebuah institusi moral yang berkesan, sekolah

perlu mempunyai atmosfera di mana integriti dihargai dan perlakuan yang tidak bermoral atau tidak beretika dihukum dengan sewajarnya

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 30: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

• Di Malaysia dewasa ini isu penerapan nilai murni semakin ketara dan menonjol. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan strategi penerapan nilai-nilai murni secara komprehensif di mana:

" Nilai-nilai murni akan disisipkan melalui kesemua mata pelajaran dan akan diperkukuhkan melalui kegiatan ko-kurikulum, formal dan tidak formal, di dalam dan di luar bilik darjah, akan digunakan sepenuhnya dengan cara bersepadu untuk memastikan penerapan nilai-nilai murni akan berhasil dan berkesan."

Sekolah sebagai Institusi Moral

Page 31: EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

SEKIAN TERIMA KASIH