2 tema esei sejarah 2014.pptx

Upload: jeff-eunus

Post on 29-Feb-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEMA KERJA KURSUS SEJARAH KERTAS 940/4

OBJEKTIF, HASIL PEMBELAJARAN & DIMENSI TAKSIRAN ESEI KERJA KURSUS SEJARAH (KERTAS 940/4)

1OBJEKTIF KURSUSmemperoleh kemahiran mengumpul, memilih, menilai dan mentafsir sumber sebagai bukti sejarahmengembangkan kemahiran insaniahmenganalisis dan merumuskan fakta sejarah secara kritis dan rasionalmenghayati kepentingan peristiwa , tokoh, isu dan perubahan sosial dalam masyarakat2

3HASIL PEMBELAJARAN Menjelaskan konsep dan teori ilmu SejarahMengenal pasti langkah-langkah yang perlu dalam penyelidikan sejarahMembezakan jenis-jenis sumberMenggunakan sumber sejarah secara kritisMenilai maklumat dalam sumber-sumber sejarah Menganalisis kesahan sesuatu tafsiran yang terdahulu

4Merekonstruksi peristiwa lalu dengan menggunakan sumber sejarah Mengorganisasi maklumat dalam bentuk naratifMemberi penjelasan secara kritis dan imaginatif terhadap perubahan dan kesinambungan dalam kehidupan Membincangkan pelbagai perspektif terhadap sesuatu peristiwa lampau Perspketif sejarah @ historiografi

5Membuat sintesis terhadap tafsiran peristiwa lampau dan kaitannya dengan masa kini Relevansi Memilih tajuk yang mempunyai makna penting dalam peristiwa sejarah- Kesignifikanan Tajuk Menerangkan idea awal tentang kajian Tesis kajian Menyatakan tujuan kajian6Mengenal pasti persoalan yang perlu dijawab oleh kajian Menentukan tempoh, kawasan, dan isu yang dikaji Skop kajian Membincangkan tulisan sedia ada berkaitan dengan tajuk yang dipilih Tinjauan literatur Memilih kaedah yang sesuai untuk mengumpul bahan seperti kajian perpustakaan, kerja lapangan, dan temubual

7Mengorganisasi persembahan dan isi penulisan kajian Membuat rumusan dan kesimpulan tentang kajian Menyenaraikan sumber rujukan yang digunakanMenyenaraikan sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk

8Mengumpul sumber yang sesuai dan berkaitan dengan tajuk yang dipilih daripada sumber internet, arkib, temu bual, dan perpustakaanMengumpul maklumat yang relevan dengan tajuk Menghasilkan esei dan membentangkan esei9DIMENSI YANG DITAKSIRKANPenggunaan Sumber Maklumat Kemahiran memilih, mentafsir dan meningtegrasi maklumat :Memilih bahan yang relevanMengingtegrasi bahan bukti secara licin dan tepat dalam menjawab soalan kajianBebas dari bahan tidak berkaitanMenggunakan sistem rujukan secara konsistenBebas unsur plagiarisme

10Struktur dan pengembangan isi- Kemahiran menyusun dan menggunakan bukti :Mengikuti struktur eseiTumpukan hujahan kepada persoalan pokokPembinaan perenggan yang baik menerusi ayat tajuk yang jelasKesimpulan dibina secara bertalian dengan hujahan dalam perbincanganMenilai bukti secara kritisHujah disusun secara logicalIdea beredar secara teratur/logikal dalam dan antara perenggan11Komunikasi dan Gaya penulisan ilmiah - Kemahiran menyampaikan idea menerusi laras bahasa yang kemas :Bahasa tidak bersifat personal, formal dan jelasGeneralisasi berdasarkan buktiPerbendaharaan kata diguna secara umum dan khusus sesuai dengan konteksSusunan ayat mantapPenggunaan punctuation sesuai dengan makna dan susunan ayatPemilihan ayat tepat dan konsisten

12BILA MEMBACA DAN MAHU MENILAI ESEI, PERLU KEMUKAKAN PERSOALAN2 BERIKUT: BAGAIMANA DENGAN :pendahuluan, jelaskah?Susunan, gaya & mekanik ada peralihan & flow dlm perenggan petikan, relevankah @ tidak semak hujahan/idea/isi & naratif idea utama ada sokongan fakta yg cukup?

13

TEMA KERJA KURSUS SEJARAH KERTAS 940/4

14TEMA KAJIANMenawarkan empat tema untuk dipilih oleh calon. 1. Sejarah Tokoh2. Sejarah Sukan3. Sejarah Politik4. Sejarah Kaum/Etnik/Suku

15

1. Sejarah Tokoh

Kajian sejarah tokoh bertumpu kepada riwayat hidup seseorang individu yang mempunyai kedudukan yang signifikans/penting samada dalam komuniti/masyarakatnya, daerah, negeri atau diperingkat nasional. Kepentingan seseorang individu itu dilihat dari sudut peranan dan sumbangannya dalam sesuatu bidang kehidupan ekonomi, politik, sosial, pendidikan, kebudayaan, agama, keselamatan, intelektual, dan juga dalam bidang kehidupan selainnya. 16Seseorang individu yang memainkan peranannya dalam setiap bidang itu boleh dinilai dari segi sumbangannya dalam bentuk pemikiran, tindakan, program atau telah melakukan sesuatu yang membawa kepada berlakunya perubahan atau pembaharuan ke atas bidang yang diceburinya. Dalam sejarah tentang seseorang tokoh, penelitian ke atas individu berkenaan mestilah dilihat dalam konteks pencapaian tersebut di atas. 17Misalnya, kajian sejarah ke atas tokoh Intelektual/pemikiran: Sejarah tokoh boleh meneliti idea2 yg dicetus tokoh2 yg articulate & berpengaruh spt:novelis, saintis, filosof, negarawan, intelektual dll. Idea mereks ttg kemajuan, agama, moral, politik, keadilan, ideologi dll.

18

2. Sejarah Sukan

Setiap masyarakat mempunyai tradisi masing-masing dalam kegiatan bersukan. Sukan dalam sesebuah masyarakat itu muncul dalam bentuk kegiatan riadah ataupun kegiatan yang bersifat pertandingan. Setiap masyarakat mengalami perkembangan dan pembaharuan dalam kegiatan bersukan. Kajian sejarah sukan meneliti amalan bentuk-bentuk kegiatan sukan tersebut. Dalam konteks masyarakat Malaysia tradisi bersukan telah wujud sejak lama. 19Setiap masyarakat Malaysia Melayu, Cina, India, Iban,Kadazan dan kaum-kaum lain yang ada di negara ini memiliki pelbagai bentuk kegiatan sukan yang diwarisi secara turun temurun. Sejarah sukan mengidentifikasikan bentuk-bentuk kegiatan sukan yang ada itu. Sejarah sukan juga meneliti kemunculan bentuk kegiatan sukan yang baru dalam sesebuah masyarakat. 20Di negara kita misalnya, sejak awal abad kedua puluh, banyak bentuk sukan baru yang muncul setelah ianya di bawa masuk pada zaman penjajahan. Contohnya, sukan bola sepak, bola keranjang, karate, atletik dan sebagainya. Bentuk sukan yang baru diperkenalkan ini kemudiannya menjadi kegiatan yang popular dan diamalkan secara meluas dalam masyarakat kita. Sejarah sukan meneliti bagaimana bentuk kegiatan sukan itu muncul, diamalkan dan berkembang dalam masyarakat.

21

3. Sejarah Politik

Sejarah politik adalah satu bidang kajian sejarah yang mendapat perhatian utama dalam kajian sejarah. Politik adalah satu bidang kegiatan yang menyentuh keseluruhan kehidupan bernegara dalam sesebuah masyarakat. Menerusi politiklah kehidupan manusia di susun bagi membina kehidupan secara teratur baik di peringkat antarabangsa, nasional, negeri, daerah atau kampung. 22Sejarah politik meneliti tentang kegiatan, pemikiran dan institusi politik dipelbagai peringkat yang berkaitan dengan perjalanan sistem pemerintahan yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat atau negara. Kegiatan politik merangkumi tindakan secara individual atau berkumpulan yang dilakukan bagi memperjuangkan keyakinan/ideologi atau idealisme untuk membentuk sistem pemerintahan dan kehidupan bernegara yang dihasratkan. Contohnya kegiatan memperjuangkan kemerdekaan tanah air. 23Institusi politik dan sistem pemerintahan pula merangkumi misalnya, institusi raja, sistem raja perlembagaan, institusi parlimen dan pemerintahan demokrasi, parti politik dan sistem pilihanraya dan beberapa aspek lain. Sejarah politik juga meneliti pemikiran dan kegiatan yang dilakukan oleh seseorang indvidu/tokoh samada secara bersendirian atau secara berkumpulan/berorganisasi dalam usaha melakukan penentangan terhadap pihak berkuasa misalnya penentangan terhadap pihak penjajah dengan tujuan untuk memperolehi kuasa atau melakukan pembaharuan di dalam sesebuah negara itu.24Dalam konteks ini, sejarah politik akan meneliti kegiatan, peranan dan sumbangan seseorang atau sekumpulan individu dalam memperjuangkan idealisme yang dipercayai untuk memperbaiki atau menggantikan cara kehidupan bernegara dalam sesebuah negara itu. Kegiatan politik dalam negara demokratik pada zaman moden ini lazim berlaku menerusi penubuhn parti-parti politik. Kegiatan politik seperti ini boleh berlaku samada di peringkat kampung, daerah, negeri atau nasional. Pertarungan parti2 politik dlm sistem demokrasi berlaku menerusi pilihanraya25SEJARAH POLITIK MENCAKUPI: diplomasi, Pentadbiran & pemerintahan, kepimpinan, Tokoh politik, ketenteraan, institusi, perundangan, dasar2, perlembagaan, reformasi-revolusi, peperangan & konflik, hubungan serantau, p/raya 26

4. Sejarah Kaum/Etnik/Suku

Kebanyakan negara di dunia pada hari ini didiami oleh masyarakat pelbagai kaum. Di Malaysia misalnya, komposisi penduduknya sangat kompleks. Secara umumnya, masyarakat yang kompleks itu dibahagikan mengikut kategori secara umum iaitu kaum. Di dalam kategori kaum itu pula terdapatnya entiti sosial lebih kecil etnik dan suku.27Pembahagian dalam kategori kaum itu mewujudkan kumpulan penduduk Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain. Pembahagian dibuat berdasarkan kepada perbezaan asal-usul, agama, budaya, bahasa, cara hidup dan sebagainya. Di dalam kategori kaum itu pula terdapat entiti lebih kecil28Dalam kategori kaum Melayu misalnya, terdapat etnik/suku yang berbeza-beza pula. Demikian juga dalam kaum Cina dan India. Setiap kaum dan entiti kecil yang ada di dalamnya itu memiliki identiti, budaya dan cara hidup dan sejarah asal usul masing-masing. Tema kajian Sejarah Kaum/Etnik/Suku memberikan perhatian kepada aspek-aspek tersebut.

29

30KETERANGAN KOMPONEN ESEI ILMIAH (SEJARAH) YANG KOHEREN

PENDAHULUANESEIFungsi pendahaluan menghuraikan tajuk latar/maklumat/konteks/ signifikansinya secara ringkas - mengemukakan persoalan kajian. penjelasan tesis esei, menggariskan struktur hujahan dan membina blue-print/road-map esei.Mengambil tidak lebih 10 peratus panjang esei disampaikan dalam satu atau dua perenggan sahaja. Bemula dari pernyataan umum kepada lebih spesifik31TUBUH ESEI

Format esei sejarah kronologikal- urutan atau tajuk./tematik.Format yang dipilih menentukan bagaimana pemerosaan esei dilakukan.Kekuatan sesebuah esei bergantung kepada struktur pemerosesan, tematik insight dan dalil pembuktian.Badan esei adalah komponen terpenting sesebuah esei.

32TUBUHESEI

Bahagian ini menyediakan bukti dan analisis bagi mengukuhkan tesis/hujahan - mengembangkan idea secara logical dan tersusun. Tujuannya mendalami analisis dan mempertahankan hujahan/tesis/Mengemukakan evidens dan analisisis bagi mengembangkan tesis secara logical dan tersusunMenerusi pemerengganan yang koheren membina analisis dan mempertahankan hujah/tesis

33TUBUH ESEI

Pembinaan perenggan isi dengan tema utama di dalam setiap satunya sesuai dengan prasyarat pembinaan perenggan yang baik.Hujahan disusun menerusi pemerangganan yang teratur dan koheren. Perengan dibina samada secara induktif ataupun deduktif.

34TUBUH ESEISetiap perenggan minimumnya mengandungi 3 atau empat ayat bermula dengan ayat tajuk mewakili idea utama yang hendak dikembangkan dalam perenggan. Setiap perenggan memiliki ayat-ayat sokongan dalam bentuk memberikan bukti berdasarkan fakta/evidens, analisis atau petikan, contoh dan pengukuhan idea.

35TUBUH ESEI

Isi setiap perenggan terbina menerusi inferens ke atas sumber primer dan sekunderSelain aspek di atas, kekuatan sesebuah perenggan juga bergantung kepada logic dan flownya.Sebuah esei yang baik memiliki unsur koherensinya yang dapat diteliti menerusi peralihan idea dari satu perenggan ke satu perenggan yang lain. Esei yang baik memperlihatkan flow .36TUBUH ESEI

Esei yang koheren dicirikan oleh adanya kesinambungan idea dalam wacana pertalian ayat ke ayat dan perenggan ke perengganEsei yang koheren juga disokong kuat oleh pembinaan perenggan yang efektif.Perenggan efektif disusun teratur mengandungi ayat idea utama, ayat contoh/bukti/ -- berdasarkan maklumat daripada sumber primer atau sekundar, diikuti ayat huraian dan ayat penegas.

37TUBUH ESEI

Perenggan dipertalikan dengan perenggan yang lain menerusi penggunaan penanda wacana yang sesuai.Perenggan juga terbina kemas hasil kelancaran bahasa dan penggunaan diksi pola ayat, kosa kata, ejaan, tanda baca yang betulSetiap perenggan akhirnya menyumbang kepad hujahan keseluruhan esei.Setiap perenggan diadunkan bersama kata alihan, hujahan dan bukti.

38KESIMPULANESEIPerlu dirangka sebagai satu kesatuan menerusi rangkuman tema/isi/hujah utama esei dan membuat penegasan hujah yang telah disampaikan.39ALAT ILMIAH/DOKUMENTASIESEISetiap esei ilmiah mesti memiliki dokumentasi yang tersusun nota kaki dan bibliografi sekiranya ada apendiks. Gunakan gaya Chicago sebagai kaedah dokumetasi.40

DIMENSI PENTAKSIRAN KE ATAS ESEI ILMIAH KERJA KURSUS SEJARAH, KERTAS 940/4

Pendahuluandan kesimpulanAdakah pendahuluan mempekenalkan tajuk dengan jelas, memberikan keterangan tentang tujuan kajian, dan tesis esei? Adakah kesimpulan dibina dengan jitu bukan hanya sekadar membuat ringkasan semula (summary) ke atas apa yang dibincangkan. Adakah pembinaan kesimpulan dibuat secara bertalian dengan persoalan kajian dan tesis esei.41KONTEN/TUBUH ESEIAdakah perengggan-perenggan dalam bahagian ini dibina sesuai dengan format esei - naratif, deskriptif atau analitikal, mengemukakan idea-idea utama, membuat pendetailan menerusi maklumat/eviden yang diperolehi daripada sumber primer, dan juga sumber sekunder. Apakah maklumat dalam perenggan relevan dengan tajuk utama. Adakah perenggan bertalian antara satu sama lain?

42ORGANISASI/STURKTUR ESEIAdakah maklumat relevan dengan tajukAdakah perenggan tersusun dengn baikSusunan naratif dilakukan dengan cara menarik dan berisiMengidentifikasi isu/konsep dengan jelasBahagian-bahagian dibina dengan kemasFocus statement susun idea sekitar tesisPerimbangan unsur naratif dan analisis43ORGANISASI/STURKTUR ESEI

Perimbangan unsur naratif dan analisisMengelak perulangan Hujahan disokong buktiData relevan dan contoh sokong idea utamaInferens dan kesimpulan didasarkan pada evidens44PENGETAHUANFakta, detail sokongan, tema, isu, konsep, ideaMendefinisi dan huraikan konsep, tema, isu dan idea mendalamFakta dan pendetailan idea tepatPertalian fakta utama dan detail sokonganTepat dalam gunakan fakta dan detailnyaJangkauan penyelidikan dan pembacaanTumpuan kepada isu yang significan dan relevan45HUJAHAN &TAAKULANMenekankan analisis, evaluasi dan sintesis buktiMenyusun bukti berkaitan secara logicalKemukakan kesimpulan/ rumusan berasaskan evidenGunakan skil berfikir kritis dalam analisis, nilai dan sintesis bukti.

46HUJAHAN &TAAKULAN

Analisis menjawab langsung persoalan kajianMengupas isu pokokMembezakan perspektif kajian yang lepas tentang isu dikajiMengaplikasi konsep Membina hujahan sesuai format kronologi atau analitikal.

47MEKANIKDANPERSEMBAANESEIAdakah penampilan esei Nampak kemasMudah difahamiTiada kesalahan diksiSusunan ayat, diksi, gaya petikan, ejaanJelas dan economic of styleTatabahasa dan tanda bacaanPendahuluan dan kesimpulan yang kemasPenggunaan kaedah catatan dan bibliografi ikut gaya yang ditetapkan.Panjang esei ikut ketetapan

48KOMUNIKASIMenampilkan pengetahuan dan hujahanIdea- disokong oleh evidensHuraian terfokus sejajar tesisPersembahan tersusun dan detail

49PETIKAN &RUJUKANAdakah catatan nota kaki, petikan dan susunan bibliografi mengikut gaya Chicago50PLD ESEI SEJARAH KERTAS 940/4

STANDARD DAN SKOR51CEMERLANG48 - 55

Idea utama/tesis yang berkaitan dengan tugasan (permasalahan) dalam esei dijelaskan dengan terang dalam pengenalanTidak kurang lima isi utama dibina dan dikembangkan secara jelas, tersusun secara logikal sesuai dengan tesis esei.Sebahagian besar pengetahuan terbina hasil daripada penyelidikan mendalam dan penggunaan sumber primer yang berkaitan dengan tajuk

52CEMERLANG48 - 55

Setiap perenggan mengandungi isi utama yang dibina dengan mantap dan diberikan sokongan bukti secara khusus dan hujahan amat kukuh.Peralihan idea dari satu perenggan ke satu perenggan sangat lancarKesimpulan yang dibuat berjaya mengukuhkan tesis dengan hujahan mantap merantaikan keseluruhan idea utama eseiPenggunaan laras bahasa sejarah yang kemasPenyampaian idea amat kemas, menyegarkan, menarik dan sangat terang. Kesilapan aspek mekanikal, tata bahasa dan ejaan tidak ketara.

53KEPUJIAN36 - 47

Ada idea utama yang kukuh, berkaitan dengan tesis dan tugasan yang dikehendaki dalam pengenalan eseiLima isi utama jelas dan tersusun secara logikal, tetapi bukti dan sokongan kurang terang.Penyelidikan kurang mendalam dan meskipun pengetahuan berdasarkan sumber primer, tetapi penggunaanya terbatasSetiap perenggan mengandungi isi utama yang dibina dengan kemas, diberikan sokongan bukti, tetapi kurang spesifik dan hujahan kukuh.

54KEPUJIAN36 - 47

Perkataan sesuai digunakan secara tepat, tetapi ada bahagian ayat yang kurang kemas. Kesimpulan kukuh, tetapi agak kurang mantapPenyampaian idea keseluruhan kemas dan terangMemiliki sebahagian kecil kesilapan mekanikal, tatabahasa dan ejaan yang agak ketara, tetapi tidak merosakkan mesej yang disampaikan. 55BAIK28 35Penyampaian idea utama kurang mantap, tesis tidak jelas tetapi masih menunjukkan tujuan penulisan dalam pengenalanSusunan idea ada, tetapi bukti dan sokongan kurang mantap pernyaataan bersifat umum dan tidak kukuh.Penyelidikan tidak mendalam, pemerolehan maklumat hanya bergantung kepada satu sumber primer, sebahagian besar pengetahuan pula diambil hanya dari satu atau dua sumber sekunder sahajaPembinaan isi dalam perenggan lemah, sokongan bukti tidak kuat dan menyakin

56BAIK28 35Pertautan idea utama dan tesis tetapi kesimpulan lemahPenyampaian idea baik, kurang kemasMenggunakan perkataan secara tepat, tetapi ayat simplistikKesilapan mekanikal dan tata bahasa meskipun sedikit, tetapi ketara.57LEMAH17 - 27Idea utama tidak jelas/tiada tesis dalam pengenalanSusunan idea kurang teratur, kebanyakannya tidak berkaitan dengan kehendak tugasan. Langsung tidak menggunakan sumber primer, hanya bergantung kepada sumber sekunder yang tidak autoritatifGagal membina isi utama, pembinaan hujahan dalam perenggan tidak logikal.Perkataan yang digunakan tidak tepat, kelemahan ayat yang banyak mencacatkan penyampaian idea secara jelas

58LEMAH17 - 27

Kesimpulan tidak bertaut dengan tesis dan isi perbincanganKesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak ketara dan menjejaskan penyampaian Perkataan yang digunakan tidak tepat, kelemahan ayat yang banyak mencacatkan penyampaian idea secara jelasKesimpulan tidak bertaut dengan tesis dan isi perbincanganKesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak ketara dan menjejaskan penyampaian

59SANGATLEMAH1 - 16Idea utama tidak jelas/tiada tesis dalam pengenalanSusunan idea tidak teratur, tidak berkaitan dengan kehendak tugasan dalam esei. Hanya menggunakan satu dua sumber sekunder, ada unsur pengambilan maklumat tanpa memfrasakan sendiri.Ada unsur-unsur memplagiatGagal membina isi utama, keseluruhan esei dibina secara tidak logikal.

60SANGATLEMAH1 - 16

Perkataan yang digunakan tidak tepat mencacatkan penyampaian idea dan kejelasan keseluruhan esei Kesimpulan lemah dan tidak relevan dengan tesis kajianKesilapan mekanikal dan tatabahasa nampak sangat ketara dan amat menjejaskan penyampaian

61P & P & TAKSIRAN DLM PBS SEJARAHRubrik - alat pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran dalam PBSKecekapan menaksir esei ilmiah sejarah menggunakan rubrikMemahami sifat esei ilmiah sejarahBeza esei sejarah dengan esei current-affairs dan subjek non-sejarah yg lain

62KERJA KURSUS DALAM PBS/OBETUGASAN KERJA KURSUS(AUTENTIK)OBJEKTIF & JANGKAAN HASIL PEMBELAJARANTeori &KaedahPENGETAHUAN SUBSTANTIF & PROSEDURAL SKIL DISIPLINAKTIVITI TUGASANDOING HISTORYRUBRIK &STANDARD -KRITERIAKUALITI DAN GRED PRODUK MURIDGURU PEMBIMBING &PENTAKSIR(Content knowledge, pedagogic-knowledge & Pedagogic-content knowledge + assessment literacy)

MURID SBGPENYELIDIKPERFORMANSMURIDSUMATIFFORMATIFPROSES MEMBATASKAN KAJIANTEMA UMUMSUB-TEMA SUB-TEMAASPEKASPEKASPEKASPEK