14 dsp sains tahun 3

Upload: dandin-don

Post on 04-Apr-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    1/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    STANDARD PRESTASIMATEMATIK TAHUN 1

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    DOKUMEN STANDARD PRESTASI

    DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI

    ELEMEN SAINS

    TAHUN TIGA

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    2/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis

    dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

    masyarakat dan negara.

    2

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    3/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    PENDAHULUAN

    Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar denganpelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

    Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh manamurid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahappencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

    Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada gurutentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modalinsan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

    3

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    4/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi

    tujuan pelaporan individu.

    o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi

    memberi gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalamstandard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betulmenggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptorialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti

    boleh ditaksir dan dicapai.

    o Evidens

    Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan bolehbuat berdasarkan deskriptor.

    Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasandalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

    o

    Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujianbertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

    4

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    5/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    KERANGKASTANDARD PRESTASI

    BAND STANDARD

    1 Tahu

    2 Tahu dan Faham

    3 Tahu, Faham dan Boleh Buat

    4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

    5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

    6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

    5

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    6/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    TAFSIRAN BAND

    BAND PERNYATAAN BAND TAFSIRAN

    1 TAHUMurid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas ataumemberi respons terhadap perkara yang asas.

    2 TAHU DAN FAHAMMurid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi ataumenterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

    3TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT

    Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatukemahiran pada suatu situasi.

    4TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADAB

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitumengikut prosedur atau secara sistematik.

    5TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABTERPUJI

    Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, denganmengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikappositif.

    6TAHU, FAHAM DAN BOLEHBUAT DENGAN BERADABMITHALI

    Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyaikeupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan sertacabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untukmendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yangsesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

    6

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    7/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    MATLAMAT KURIKULUM

    Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah ini ialah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman

    dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

    OBJEKTIF KURIKULUM

    Kurikulum Standard Sains Sekolah Rendah Tahap 1 bertujuan:

    1 Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka.

    2 Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.3 Meningkatkan daya kreativiti murid.4 Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.5 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis, kreatif dan analitis bagi membuat

    keputusan dan menyelesaikan masalah.6 Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya.7 Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

    7

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    8/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD

    1 Mengetahui perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    2 Memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    3 Mempamerkan keupayaan mengetahui dan memahami perkara-perkara asas dalam sains dan teknologi

    4 Menggunakan pengetahuan asas sains dan teknologi bagi menjalankan tugasan

    5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk membentuk konsep sains

    6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan harian

    8

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    9/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    1

    Tahu

    B1Mengetahui perkara-perkara

    asas dalam sains danteknologi

    B1D1Kemahiran proses sains

    B1D2Kegigian manusia

    B1D3Ciri haiwan

    B1D1E1Memerhati

    (menggunakan deria penglihatan,pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untukmengumpulkan maklumat tentang objek danfenomena)

    B1D2E1Mengenal pasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigitaring dan gigi geraham

    B1D3E1Mengenal pasti litupan badan haiwan iaitubercangkerang, berbulu, berbulu pelepah danbersisik

    B1D3E2Mengenal pasti anggota badan haiwan iaituberkaki, bersayap, berekor, bertanduk,berparuh dan berkuku tajam

    B1D3E3

    Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitubertelur dan melahirkan anak

    B1D3E4Mengenal pasti habitat haiwan iaitu hidup diair, di darat, di darat dan air

    9

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    10/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B1D4Kegigian haiwan

    B1D5Ciri tumbuhan

    B1D4E1Menyatakan tabiat makan haiwan: herbivor,karnivor, omnivor

    B1D5E1Mengenal pasti jenis urat daun tumbuhan

    B1D5E2Mengenal pasti tumbuhan berbunga dan tidakberbunga

    B1D5E3Mengenal pasti tumbuhan berbuah dan tidakberbuah

    B1D5E4Mengenal pasti tumbuhan berkayu dan tidakberkayu

    B1D5E5Mengenal pasti tumbuhan akar tunjang danakar serabut

    B1D5E6Mengenal pasti tumbuhan hidup di air dan didarat

    B1D5E7Mengenal pasti cara tumbuhan membiak iaitumelalui biji benih,spora, daun, keratan batang,

    10

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    11/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B1D6Magnet

    B1D7Komponen set binaan

    anak pokok dan batang bawah tanah.

    B1D6E1Mengenal pasti bentuk magnet seperti magnetbar, silinder, ladam,bentuk U, butang dan

    cincin.

    B1D7E1Memilih set binaan berfungsi yang hendakdibina.

    B1D7E2Mengambil maklumat daripada manual

    B1D7E3Mengenal pasti komponen set binaanberpandukan manual

    11

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    12/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    2

    Tahu danFaham

    B2Memahami perkara-perkaraasas dalam sains danteknologi

    B2D1Kemahiran proses sains

    B2D2Kegigian manusia

    B2D3Ciri haiwan

    B2D4Kegigian haiwan

    B2D5Ciri tumbuhan

    B2D6Penyerapan air

    B2D1E1Mengelas(menggunakan pemerhatian untukmengasing dan mengumpulkan objek ataufenomena berdasarkan ciri yang sama)

    B2D2E1Menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsi.

    B2D3E1Mengelaskan haiwan berdasarkan ciripengelasan yang dipilih

    B2D4E1Menghubungkaitkan kegigian herbivor,karnivor dan omnivor dengan makanan yangdimakan

    B2D5E1Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciripengelasan yang dipilih

    B2D6E1Mengenal pasti objek yang boleh menyerap airdan kalis air dengan menjalankan aktiviti

    12

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    13/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B2D7Komponen set binaan

    B2D6E2Mengenal pasti bahan yang boleh menyerapair dan kalis air dengan menjalankan aktiviti

    B2D7E1Mengenal pasti sistem pergerakan set binaan

    13

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    14/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAANSTANDARD

    DESKRIPTOR EVIDENS

    3

    Tahu, Faham danBoleh Buat

    B3

    Mempamerkan keupayaanmengetahui danmemahami perkara-perkara asas dalam sainsdan teknologi

    B3D1

    Kemahiran proses sains

    B3D2Kemahiran manipulatif

    B3D3Kegigian manusia

    B3D4Ciri haiwan

    B3D1E1

    Mengukur dan menggunakan nombor(membuat pemerhatian secara kuantitatifdengan menggunakan nombor atau alatberunit piawai atau alat yang diseragamkansebagai unit rujukan)

    B3D2E1Menggunakan dan mengendalikan peralatandan bahan sains dengan betul

    B3D2E2Mengendalikan spesimen dengan betul danselamat

    B3D3E1Membanding dan membezakan set gigi susudan set gigi kekal dari aspek bilangan,kekuatan dan jangka hayat

    B3D3E2Melabelkan struktur gigi iaitu enamel, dentin,saraf, salur darah dan gusi

    B3D4E1Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat padasatu haiwan yang dipilih

    14

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    15/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B3D5Ciri tumbuhan

    B3D6Magnet

    B3D7Penyerapan air

    B3D8Tanah

    B3D9

    Komponen set binaan

    B3D5E1Mengenal pasti ciri-ciri yang terdapat padasatu tumbuhan yang dipilih

    B3D6E1Mengitlak tindakan magnet ke atas pelbagaiobjek dengan menjalankan penyiasatan

    B3D6E2Mengelas objek berdasarkan tindakan magnetke atasnya

    B3D7E1Mengelas bahan yang boleh menyerap air dankalis air dengan menjalankan aktiviti

    B3D8E1Mengenal pasti kandungan yang terdapat didalam beberapa jenis tanah seperti tanah liat,tanah kebun dan pasir dengan caramenjalankan penyiasatan

    B3D9E1

    Memilih komponen set binaan berpandukanmanual bergambar

    B3D9E2Memasang komponen set binaanberpandukan manual bergambar

    15

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    16/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    4

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradab

    B4Menggunakan pengetahuanasas sains dan teknologi bagimenjalankan tugasan

    B4D1Kemahiran proses sains

    B4D2Kemahiran manipulatif

    B4D3

    Magnet

    B4D4Penyerapan air

    B4D1E1Meramal(membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwaberdasarkan pemerhatian dan pengalamanyang lalu atau berdasarkan data)

    B4D2E1Melakar spesimen, peralatan dan bahan sainsdengan tepat

    B4D3E1

    Menyatakan bahan yang diperbuat daripadabesi adalah bahan magnet

    B4D3E2Mengitlak kekuatan magnet denganmenjalankan aktiviti menggunakan magnetpelbagai saiz

    B4D3E3Memberi contoh kegunaan magnet dalamkehidupan

    B4D4E1Membuat urutan jenis bahan mengikutkeupayaan menyerap air dengan menjalankanpenyiasatan

    16

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    17/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B4D5Tanah

    B4D6Komponen set binaan

    B4D5E1Membuat urutan jenis tanah mengikutkeupayaan air mengalir melaluinya denganmenjalankan penyiasatan

    B4D5E2Mengitlak jenis tanah yang sesuai untukmenanam pokok berdasarkan penyiasatan diatas

    B4D6E1Melakarkan hasil binaan menggunakan bentukasas

    17

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    18/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    5

    Tahu, Fahamdan Boleh

    Buat denganBeradabTerpuji

    B5

    Mengaplikasi pengetahuandan kemahiran saintifik untukmembentuk konsep sains

    B5D1

    Kemahiran proses sains

    B5D2Kemahiran manipulatif

    B5D3Kegigian haiwan

    B5D4

    Ciri tumbuhan

    B5D5Magnet

    B5D1E1

    Membuat inferens(Membuat kesimpulan awal yang munasabah,yang mungkin benar atau tidak benar untukmenerangkan sesuatu peristiwa ataupemerhatian)

    B5D2E1Membersihkan peralatan sains dengan cara yangbetul

    B5D2E2Menyimpan peralatan dan bahan sainsdengan betul dan selamat

    B5D3E1Meramalkan jika semua haiwan mempunyaisatu jenis tabiat makan sahaja

    B5D4E1

    Menyatakan kepentingan tumbuhan kepadamanusia dan haiwan

    B5D5E1Membuat kesimpulan tentang daya tarikan dantolakan kutub magnet dengan menjalankanaktiviti

    18

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    19/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    B5D6Penyerapan air

    B5D7Komponen set binaan

    B5D6E1Menaakul kepentingan bahan yang bolehmenyerap air dan bahan yang kalis air dalamkehidupan

    B5D7E1Menceritakan hasil binaan secara lisan

    19

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    20/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    BAND PERNYATAAN STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS

    6

    Tahu, Faham

    dan BolehBuat dengan

    BeradabMithali

    B6Mengaplikasikan konsep sainsuntuk menyelesaikan masalah

    dalam kehidupan harian

    B6D1Kemahiran proses sains

    B6D2Kegigian manusia

    B6D3Magnet

    B6D4Penyerapan air

    B6D5

    Komponen set binaan

    B6D1E1Berkomunikasi(Menerima, memilih, menyusun dan

    mempersembahkan maklumat atau ideadalam bentuk tulisan, lisan, jadual, graf, rajahatau model)

    B6D2E1Mempraktikkan amalan harian terhadapkesihatan gigi daripada aspek pemakanan

    B6D2E2Mempraktikkan amalan harian terhadap

    kesihatan gigi daripada aspek penjagaan

    B6D3E1Mencipta objek berasaskan penggunaanmagnet

    B6D4E1Mencipta objek dengan menggunakan bahanyang menyerap atau kalis air

    B6D5E1

    Membuka hasil binaan mengikut urutan.

    B6D5E2Menyimpan komponen set binaan yang telahdibuka ke bekas penyimpanan.

    20

  • 7/30/2019 14 Dsp Sains Tahun 3

    21/21

    DRAF DSP Dunia Sains Tahun 3Mei 2012

    21