10. topik 4 perancangan dan aplikasi mikro dan makro al-qura

41
Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran. ____________________________________________________________________________ _______ TOPIK 4 PERANCANGAN DAN APLIKASI PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN AL-QURAN SINOPSIS Unit ini akan menerangkan secara lebih khusus (sudah dipelajari dlm ilmu Pendidikan & Pend Islam major) perkara yang berkaitan dengan proses guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Al-Quran dalam bilik darjah. Perkara- perkara yang dibincangkan terdiri dari kemahiran asas pengajaran mikro dan perancangan amali pengajaran makro. Kemahiran asas pengajaran mikro ialah : Set induksi, variasi rangsangan, menerang, menyoal, menggunakan papan kapor / ’ white board’, menggunakan bahan bantu/sumber, peneguhan dan penutup. Hasil Pembelajaran Pada akhir unit ini anda dapat; i meluaskan kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Al- Quran. ii mendalami kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidika Al-Quran. iii memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap bidang mata pelajaran Pendidikan Al-Quran, iaitu; bidang-bidang Tilawah, Kefahaman dan Hafazan. Didoakan semoga anda berasa gembira dan melapangkan minda untuk mengikuti semua topik yang diketengahkan. Tentunya semangat ingin tahu dalam diri anda sudah pasti, sekarang ini amat tinggi untuk mengetahui dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang akan dikemukakan dalam modul ini. 47

Upload: bro-qim

Post on 31-Jul-2015

1.206 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

TOPIK 4 PERANCANGAN DAN APLIKASI PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO PENDIDIKAN AL-QURAN

SINOPSIS

Unit ini akan menerangkan secara lebih khusus (sudah dipelajari dlm ilmu Pendidikan & Pend Islam major) perkara yang berkaitan dengan proses guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Pendidkan Al-Quran dalam bilik darjah. Perkara-perkara yang dibincangkan terdiri dari kemahiran asas pengajaran mikro dan perancangan amali pengajaran makro. Kemahiran asas pengajaran mikro ialah : Set induksi, variasi rangsangan, menerang, menyoal, menggunakan papan kapor / ’ white board’, menggunakan bahan bantu/sumber, peneguhan dan penutup.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir unit ini anda dapat;

i meluaskan kemahiran asas pengajaran mikro dan makro dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Al-Quran.

ii mendalami kemahiran mengelola sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidika Al-Quran.

iii memilih dan mengaplikasi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan setiap bidang mata pelajaran Pendidikan Al-Quran, iaitu; bidang-bidang Tilawah, Kefahaman dan Hafazan.

Didoakan semoga anda berasa gembira dan melapangkan minda untuk mengikuti semua topik yang diketengahkan. Tentunya semangat ingin tahu dalam diri anda sudah pasti, sekarang ini amat tinggi untuk mengetahui dan seterusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang akan dikemukakan dalam modul ini.

‘ selamat maju jaya dan berasa senang dengan pembelajaran ini’

47

Page 2: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

KONSEP PENGAJARAN MIKRO

Pengajaran mikro merupakan teknik pengajaran dan pembelajaran pembelajaran dalam waktu yang singkat untuk membina sesuatu kemahiran khusus bagi sekumpulan pelatih. Ia bertujuan membina kemahiran khusus tertentu dan sebagai latihan berperingkat-peringkat aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. Pengajaran mikro menyerupai teknik simulasi yang membolehkan seorang pelajar yang mengunakan kemaharin-kemahiran yang tertentu dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui pengajaran mikro, pelajar berpeluang mempraktikkan teori pengajaran dalam sesuatu situasi yang terkawal. Biasanya pengajaran mikro hanya menumpukan kepada satu jenis kemahiran mengajar sahaja.

Semasa sesi pengajaran mikro, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pelajar akan diperhatikan dan dinilai oleh rakan-rakan pelajar sendiri bersama-sama dengan pensyarah. Pengajaran Mikro dan Makro sepatutnya dirakam dalam video untuk penilaian kendiri. Selepas aktiviti pengajaran mikro selesai satu sesi perbincangan diadakan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari. Sumbangsaran daripada rakan dan pensyarah dalam sesi ini membolehkan pelajar memperbaik kelemahan dan meningkatkan prestasinya.

Jawab soalan berikut;

1. Jelaskan konsep pengajaran mikro secara lengkap.2. Apakah elemen-elemen utama yang perlu ada dalam melaksanakan

Pengajaran pembelajaran Mikro Asuhan Tilawah Al-Quran.3. Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika sesaorang

pelatih tidak menguasai konsep pengajaran mikro Asuhan Tilawah Al-Quran

.

48

Page 3: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Aktiviti Pengajaran Mikro

49

Page 4: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

50

PERSEDIAAN

LATIHAN

Memilih Topik

Merancang

Memerhati;Menganalisis pengajaran dengan menggunakan borang pemerhatian

Mengajar; Mengamalkan kemahiran-kemahiran pengajaran (rakaman video)

Page 5: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

51

Page 6: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

PERINGKAT PENGAJARAN MIKRO

Rajah 2: Peringkat-peringkat Pengajaran Mikro

Bincangkan dengan rakan anda mengenai faktor yang terkandung dalam setiap item yang dalam rajah di atas. Sesuaikan jawapan anda dengan pengajaran dan pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran.

52

TAKLIMAT

PENGAJARAN

TAKLIMAT

PENGAJARAN

Sesi bimbingan ke dua

Pengajaran semula oleh pelajar

Persediaan semula oleh pelajar

Persediaan untuk mengajar oleh pelajar

Pengajaran pembelajaran oleh pelajar

Sesi bimbingan/perbincangan

Latihan mengajar Di sekolah

Tukar giliranOleh pelajar

Page 7: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Tajuk ini cuba memberikan pendedahan kepada anda tentang cara melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bililk darjah sebagai latihan awal sebelum pelajar menjalankan proses pengajaran sebenar. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui sebelum pengajaran makro dapat dilaksanakan. Peringkat-peringkat tersebut adalah peringkat pengenalan. Pada peringkat ini pelajar perlu mengetahui dan mengenali apakah yang dimaksudkan dengan pengajaran mikro. Peringkat yang berikutnya ialah peringkat perancangan. Pada peringkat ini pula pensyarah memilih pelajar untuk mengendalikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Proses tersebut boleh dilihat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

Pengajaran Mikro (PM) adalah satu latihan yang penting untuk membantu pelajar menguasai kemahiran-kemahirn tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran Mikro amat berkesan dilaksanakan khasnya bagi memastikan penguasaan satu-satu kemahiran yang dipelajari atau kemahiran yang baru dipelajari.

Pengajaran mikro membolehkan sesaorang pelajar;

1. Mempraktikkan setiap kemahiran pengajaran dalam satu situasi terancang

dan dipermudahkan,

2. Mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang

tenang, mudah dan kurang kompleks,

3. Mengamalkan teori pengajaran dan pembelajaran yang baru dipelajari,

4. Mengurangkan masalah berbanding dengan pengajaran biasa di sekolah,

5. Mengkaji sendiri kelemahan-kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dalam

sesi pengajaran,

6. Melakukan perbincangan selepas sesi pengajaran bagi mengenal pasti

kelemahan dan kesalahan dan seterusnya membaikinya,

7. Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi situasi pengajaran

yang sebenar di kelas.

53

Page 8: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS PENGAJARAN MIKRO

Rajah 3: Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Perhati dan fahamkan kemahiran di atas kemudian buat lakaran grafik anda sendiri untuk melengkapkan komponen-komponen set induksi dan rangsangan dalam pengajaran Tilawah dan Hafazan Al-Quran.

Lakukan perbincangan dengan rakan anda tentang perkara-perkara di atas dalam sesi tuturial anda.

54

Set Induksi

Variasi Rangsangan

Menerang

Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Penyoalan

Penggunaan Papan Tulis

Pengukuhan

Penutup

Page 9: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

Rajah 4: Kemahiran Asas Pengajaran Mikro

1. Bincangkan bagaimanakah situasi yang seharusnya wujud ketika sesi membuat ulasan

2. Apakah adab-adab Islam yang perlu dijaga ketika sesaorang membetulkan sesuatu perkara yang tidak menepati kehendak Syarak.

55

Merancang

Mengajar

Megulas

Merancangsemula

Mengajar semula

Mengulassemula

Page 10: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro(Set Induksi)

Set induksi ialah kemahiran memulakan pengajaran dan pembelajaran sebelum isi atau tajuk pelajaran didedahkan.

Kebiasaannya sebelum seorang guru memulakan sesi pengajaran pada hari itu, guru akan mempamerkan sesuatu yang menarik supaya murid boleh membuat tumpuan kepada perkara yang akan disampaikan. Selain itu guru boleh membina aliran pemikiran serta menimbulkan minat murid dan seterusnya boleh memberikan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang akan disampaikan.

Kemahiran ini amat bergantung kepada kerativiti dan inovasi sesaorang guru untuk menghasilkannya. Apabila diaplikasikan set induksi akan memberi ransangan terhadap minat dan perhatian murid dalam pembelajaran.

Kemahiran set induksi mempunyai objektif yang tersendiri antaranya, termasuklah untuk:

Menarik perhatian murid kepada pembelajaran yang akan disampaikan,

Membina percambahan pemikiran murid supaya bersedia untuk belajar,

Menimbulkan minat dan motivasi murid untuk belajar,

Mengaitkan pengetahuan dan pengalaman murid dengan pelajaran yang

lepas,

Memberi cadangan aktiviti kepada murid dalam pembelajaran,

Menyediakan tugas-tugas yang akan dilakukan oleh murid, dan

Membantu murid mengikuti pelajaran yang akan disampaikan.

Set induksi adalah kemahiran memberi motivasi kepada murid untuk persediaan ke arah menerima proses pengajaran dan pembelajaran, antara kepentingan set induksi ialah :

Menyediakan murid meneroka isi pelajaran yang akan disampaikan,

Guru bolah menyediakan kemahiran pada diri murid sebaik-baik sahaja

murid telah menunjukkan kesediaan menerima pelajaran,

Murid boleh menyambung dan menggabungkan isi pelajaran yang lepas

dengan pelajaran yang akan disampaikan,

Suasana kelas menjadi lebih ceria dan menyeronokkan,

Mengurangkan kesan masalah disiplin,

Mendedahkan teknik pengajaran dan pembelajaran kepada

murid dan sentiasa sedia menerima pelajaran

56

Page 11: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

KOMPONEN KEMAHIRAN SET INDUKSI

Rajah 5: Komponen Kemahiran Set Induksi

Bincangkan soalan-soalan yang berikut dalam kelas tutorial

1. Sediakan senarai semak bagaimana hendak mengukur kemahiran set induksi pengajaran Tilawah Al-Quran.

2. Bincangkan lima cara untuk mengendalikan set induksi pengajaran dan pembelajaran Hafazan.

3. Kemukakan beberapa contoh gambar yang menarik untuk mengajar suatu tajuk ayat kefahaman yang anda pilih.

57

Menarik perhatian

Mewujudkan motivasi

Membuat perkaitan

Menggunakan nada suaraMenggunakan bbbMenggunakan gerak, isyarat, kontak

mataMenunjukkan satu aktiviti yang menarik

Meningkatkan perasaan ingin tahuMenggunakan teknik berceritaMempamerkan satu aktiviti yang

menarikMelontarkan soalan yang mencabar

Menyatakan had tugasMengemukakan set soalan berkaitanMenyatakan cara-cara melaksanakan tugasMenyatakan aktiviti, tugas atau projek

Mengaitkan pengetahuan lepasMengemukan isi pelajaran baruMengaitkan peristiwa semasaMengaitkan minat dan pengalaman

murid

Menstruktur

Page 12: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro (Variasi Ransangan)

Variasi ransangan merupakan kemahiran mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran pembelajaran, supaya pengajaran menjadi lebih menarik

Kemahiran ini meliputi kepelbagaian aktiviti yang boleh mengalih deria murid, seperti menukar corak interaksi guru dengan murid dan sebagainya. Kemahiran ini juga boleh dilakukan dalam kaedah-kaedah pengajaran yang dilaksanakan.

Antara objektif variasi ransangan ialah;

Memusatkan perhatian murid,

Mengekalkan perhatian murid dalam pengajaran,

Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti penbelajaran,

Memberikan peluang kepada murid menggunakan deria untuk mengikuti

aktiviti pembelajaran,

Meningkat naluri ingin tahu murid dalam aktiviti yang dilaksanakan,

Membuka peluang murid menikmati kepelbagaian aktiviti, dan

Mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan.

Antara komponan-komponan variasi ransangan ialah:

Perubahan pergerakan guru,

Perubahan pergerakan anggota badan guru,

Perubahan nada suara bacaan.

Perubahan fokus deria murid,

Perubahan interaksi lisan guru, dan

Perubahan pergerakan fizikal murid

Bincangkan perkara-perkara yang berikut semasa sesi tutorial

1. Apakah contoh-contoh pergerakan yang boleh dilakukan oleh guru semasa melakukan variasi rangsangan pengajaran ayat kefahaman.

2. Bincangkan bagaimana tingkah laku dan nada suara guru yang boleh mengalih fokus murid dalam pelajaran Tilawah Al-Quran

3. Tuliskan senarai semak yang membolehkan guru bertindak melakukan variasi rangsangan dalam pembelajaran Hafazan.

_______________________________________________________________

58

Page 13: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro (Menerang)

Kemahiran ini ialah kemahiran menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid. Kemahiran ini berlaku pada peringkat perkembangan. Ada empat komponen penting yang utama perlu dikuasai oleh pelajar iaitu komponen arah permulaan, komponen kemahiran ilustrasi, komponen penyusunan idea dan komponen penutup

KOMPONEN-KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG

Arahan permulaan

penerangan guru;

Membangkitkan dan mengekalkan perhatian murid

Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar Jelas, ringkas dan tepat

Kemahiran ilustrasi

penggunaan contoh/sumber pelajaran yang;

Mencakupi Sesuai Jelas dan menarik Kecekapan mengurus contoh/sumber

Penyusunan idea

pengurusan kemahiran menerang;

Idea dikembangkan secara teratur Variasi rangsangan berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat

Penutup

rumusan/kesimpulan; Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis dan

disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Rajah: Komponen Kemahiran Menerang

Bincangkan perkara-perkara yang berikut;

1. Jelaskan apakah perkara utama yang perlu dimiliki oleh guru dalam kemahiran menerang ayat-ayat Kefahaman

2. Jelaskan kesan yang akan timbul setelah anda menggunakan kemahiran ini dalam bilik darjah

3. Bincangkan cara pengendalian teknik ini dalam pengajaran mikro

59

Page 14: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro ;(Menyoal)

Menyoal merupakan kemahiran memperolehi maklumat dalam aktiviti pengajaran. Dalam set induksi kemahiran ini digunakan untuk membantu murid mengingat pelajaran yang lepas. Pada peringkat perkembangan isi, kemahiran penyoalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan dan pengalaman murid pada tajuk yang diajar. Pada peringkat penutup pula, kemahiran ini digunakan untuk menilai pencapaian objektif pengajaran pembelajaran

KOMPONEN KEMAHIRAN PENYOALAN

Pembentukan soalan Jelas Tepat Ringkas

Fokus (tunggal) Soalan ditumpukan pada satu idea Soalan konvergen

Fokus (pelbagai) Soalan ditumpukan lebih daripada

satu idea Soalan divergen

Sebaran Ditaburkan kepada seluruh kelas

Hentian Beri masa murid fikirkan jawapan

Melayan Jawapan Beri pujian Lengkapkan jawapan Baiki jawapan

Memberi petunjuk jawapan

Pandu dengan petunjuk jawapan

Mencungkil fikiran Soalan bersiri/berangkai

Rajah 6: Komponen Kemahiran Menyoal

60

Page 15: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Prinsip menyoal

Dalam kemahiran ini terdapat beberapa prinsip yang perlu dikuasai oleh pelajar di antara prinsip-prinsip tersebut ialah;

1. Merancang soalan terlebih dahulu,

2. Sesuai dengan peringkat murid,

3. Soalan mengikut aras yang sesuai,

4. Perkataan yang digunakan hendaklah mudah difahami,

5. Beri peluang murid memikirkan jawapan,

6. Soalan hendaklah diajukan kepada seluruh kelas,

7. Kemukakan soalan sebelum mengarah murid menjawab,

8. Bentuk soalan boleh sentiasa diubah,

9. Soalah yang disampaikan adalah jelas didengar,

10. Elakan soalan mengikut urutan tempat duduk,

11. Dorong murid memikirkan jawapan,

12. Elakan soalan yang mengandungi jawapan di dalamnya, dan

13. Ringkas dan tepat.

1. Pilih satu petikan ayat kefahaman dan bincangkan bersama-sama rakan tentang cara membuat soalan yang sama tajuk tetapi disoal dari berbagai sudut dan tuliskan contohnya sekali.

2. Tuliskan tiga soalan jenis bertumpu dan tiga jenis soalan bercapah dalam satu sesi pengajaran ayat Kefahaman dan Hafazan.

61

Page 16: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Menggunakan Papan Kapor/ ‘white board’)

Penggunaan papan tulis merupakan satu kemahiran mengajar yang sering dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini memerlukan kecekapan guru merancang dan menyusun tulisan, nota dan gambar rajah yang sesuai di papan tulis. Kemahiran guru dalam penggunaan papan tulis memudahkan murid membaca dan memahami pelajaran. Ini akan menarik perhatian dan minat murid.

Komponen-komponen Penggunaaan Papan Kapor/ ‘white board’ :

Kejelasan Saiz tulisan yang sesuai (Tilawah) Tulisan kemas dan tepat (Tilawah & Hafazan) Gambar rajah jelas dan ringkas (Ayat Kefahaman)

Susunan (layout)

Pengunaan ruang bagi tulisan dan rajah sesuai dan seimbang (semua)

Susunan tulisan dapat dilihat dengan jelas (Tilawah & Hafazan)

Nota-nota disusun secara sistematik

Penonjolan atau penekanan

Penggunaaan warna yang sesuai dan menarik

Teknik persebahan

Berjaya membentuk konsep dengan jelas dan tepat

Memudahkan konsep atau idea yang sukar Boleh melibatkan murid dalam aktiviti

pembelajaran Digunakan pada masa sesuai

Rajah 7: Komponen Menggunakan Papan Tulis

Bincangkan bersama-sama rakan perkara-perkara berikut;

1. Teknik-teknik penggunaan papan tulis ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan

2. Kaedah yang sesuai untuk pengajaran mikro ayat/ surah kefahaman.

62

Page 17: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Menggunakan Bahan Bantu/Sumber)

Prinsip;

memberikan pengukuhan kepada murid,

menarik, dan

memberi rangsangan kepada murid.

Kesesuaian;

sesuai dengan objektif/hasil pembelajaran,

sesuai dengan isi kandungan,

digunakan pada masa sesuai, dan

menggunakan warna yang menarik.

Mencabar;

mencetuskan idea,

menggerakkan aktiviti,

menjadi bahan soal jawab,

menjadi bahan perbincangan, dan

timbul rasa ingin tahu.

Kejelasan;

dapat dilihat dengan jelas,

dapat didengar dengan jelas,

meklumat yang dipaparkan jelas,

maklumat ringkas, padat dan tepat, dan

saiz bersesuaian.

Penggunaan berfungsi;

1. membantu kefahaman,

2. meningkatkan kemahiran,

3. memudahkan pengajaran dan pembelajaran, dan

4. menjelaskan fakta.

Bahan bantu mengajar adalah semua keperluan yang diperlukan untuk digunakan oleh pelajar bagi membantunya dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan tidak terhad pada buku teks, papan tulis dan gambar

63

Page 18: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________sahaja, malah merangkumi semua benda yang digunakan dalam pengajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, baca, dikisahkan, dirasai, dihidu dan sebagainya yang membantu pelajar menyampaikan tajuk pengajarannya.

Komponen-komponen Penggunaan Papan Kapor;

Kejelasan Saiz tulisan yang sesuai Tulisan yang kemas dan tepat Gambarajah jelas dan ringkas

Susunan

Penggunaan ruang untuk rajah dan tulisan

Susunan jelas dilihat seluruh kelas Disusun dengan sistematik

Penonjolan atau penekanan

Penggunaan warna yang menarik dan sesuai

Penggunaan warna yang menawan

Teknik persembahan

Membentuk konsep yang jelas dan tepat

Memudahkan konsep yang kabur dan susah

Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran

Menggunakannya pada masa yang sesuai

Rajah 8: Komponen Penggunaan Papan Tulis

1. Bincangkan bersama rakan tentang kepentingan bahan bantu mengajar dalam pengajaran Tilawah dan ayat Kefahaman.

2. Bincangkan apakah bentuk bahan bantu mengajar yang sesuai dalam satu-satu sesi pengajaran Hafazan

3. Senaraikan bahan-bahan ICT yang dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran serta nyatakan kekuatan dan kelemahannya.

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Peneguhan)

64

Page 19: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu kemahiran mengajar yang digunakan Peneguhan bermaksud kemahiran sesaorang menggunakan pelbagai pendekatan untuk memantapkan kefahaman. Biasanya apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam sesutu aktiviti pembelajaran. guru akan memberi pujian kepada murid sebagai pengukuhan.

Komponen-komponen kemahiran pengukuhan dan peneguhan:

Lisan-positif Guru menggunakan sebutan: baik/jelas/ya/betul/jawapan bagus,

dan Guru menggulung jawapan murid.

Gerak isyarat positif Guru menunjukkan: senyum, anggukan kepala, menepuk

tangan, mengangkat ibu jari.

Dampingan Mendampingi murid Berdiri di sebelah murid Duduk di sisi murid.

Sentuhan Menyidir Sentuhan mengikut adat: menyentuh kepala, bahu dan bahagian

belalkang badan

Lisan- negatif Guru menggunakan sebutan: tidak elok/ bukan/ salah/ tidak/

kurang lengkap

Gerak isyarat negatif Menyidir, Menggeleng-gelengkan kepala, Menunjukkan muka marah, dan Menggoyangkan tangan .

1. Cadangkan contoh-contoh yang khusus bagi setiap komponen kemahiran pengukuhan dan peneguhan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.

2. Pada pengalaman anda apakah bentuk peneguhan yang kurang sesuai yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Al-Quran dan nyatakan sebab-sebabnya.

Kemahiran Asas Pengajaran Mikro: (Penutup)

65

Page 20: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Kemahiran ini adalah kemahiran menamatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti-aktiviti rumusan, pengukuhan dan penilaian biasanya diadakan dalam bahagian ini. Pelajar menggunakan bahagian ini untuk membantu murid mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru sahaja dipelajari dengan merumuskan semua isi penting atau memberikan aktiviti susulan kepada mereka. Pada masa yang sama pelajar bolah menggunakan bahagian ini untuk menilai pencapaian hasil pembelajaran serta aktiviti pengajaran pembelajaran yang telah dilaksanakan.

Hasil penilaian akan digunakan untuk membuat pengubahsuaian terhadap pelajaran berikutnya.

Berikut adalah beberapa komponen kemahiran penutup yang boleh digunakan.

Rajah 9 : Komponen Kemahiran Penutup

66

KOMPONEN-KOMPONENKEMAHIRAN

PENUTUP

Berkait SosialBerkait Kognitif

Membuat rumusanMengulang isi pentingAktiviti penilaianAktiviti susulanAktiviti pengukuhan

Menimbulkan perasaanMemberi peneguhan Perasaan ingin tahuMotivasiMengaitkan pelajaran

akan datang

Page 21: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Aktiviti Kemahiran Penutup

Rajah 10: Aktiviti Kemahiran Penutup

1. Bincangkan bersama-sama rakan tentang bentuk-bentuk kemahiran penutup secara pengukuhan ketika pengajaran Tilawah dan Hafazan.

2. Apakah perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika anda menutup pengajaran ayat-ayat kefahaman secara penilaian.

67

AKTIVITI YANG DILAKUKAN

DIBAHAGIAN PENUTUP

Rumusan

Pengukuhan

Penilaian

Page 22: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Perancangan dan Aplikasi Pengajaran Mikro

Merancang pengajaran sebelum mengajar di kelas adalah suatu yang utama. Pelajar mengambil sukatan untuk memastikan tajuk-tajuk yang hendak diajar untuk mata pelajaran tertentu. Pada masa yang sama guru memikirkan apakah hasil pengajaran yang hendak dicapai dari tajuk yang di pilih.

Pelajar merancang kemahiran dari hasil pengajaran yang telah dikenal pasti. Pelajar perlu juga memikirkan bahan-bahan untuk digunakan sesuai dengan kemahiran-kemahiran yang disampaikan pada sesi pengajaran nanti. Pelajar menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran.

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJARPENGAJARAN MIKRO AL-QURAN

(set induksi)

Nama Kelas : Tahun Satu Wawasan

Bilangan murid : 10

Umur : 7 tahun

Tarikh : 5 Januari 2008

Tajuk : Tilawah: Surah Al-Fil

Bidang pengalaman : Perkembangan Deria

Kepelbagaian kecerdasan

: Kecerdasan minda (ingatan)

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran murid dapat:1. membaca bertjwid kalimah kalimah Al-Quran

dalam surah Al-Fil.2. membaca frasa-frasa ayat bertajwid dalam

surah Al-Fil3. membaca keseluruhan ayat surah Al-Fil

secara bertajwid.

Pengetahuan sedia ada : Membaca Al-Quran dalam solat.

Penyerapan : Hidup mesti mempunyai matlamat.

Penggabungjalinan : Ibadat. Mengimarahkan tempat Ibadat.

Bahan bantu mengajar : Kad imbasan, radio

Kemahiran mikro : Set Induksi

68

Page 23: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanSet Induksi(4 minit)

Berdoa mula pelajaran

Nasyid Kalamun Qadim

Guru membaca dan murid mengaminkan

Melihat pelekat ayat dan mula belajar

Guru membaca sambil memerhatikan pelekat bersama-sama murid

Guru mendengarkan rakaman bacaan nasyid dan mengarahkan murid mendengar dengan teliti

Guru mengajak murid sama-sama menyanyikan nyasyid sambil berdiri

Carta lafaz nasyid

Murid digalakan memegang sendiri carta dan guru perlu menyedia-kan bahan yang lebih

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJARPENGAJARAN MIKRO

(langkah 1)

Mata Pelajaran : HAFAZAN

Tahap : 1

Tahun : 1

Bilangan Murid : 15 orang

Tarikh : 31 April 2009

Tajuk Utama : Surah Al-Akla

Tajuk Khusus : Hafaz keseluruhan surah.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:1. menghafaz ayat 1-6 surah Al-Akla 2. menghafaz ayat 1-6 surah Al-Akla mengikut

bacaan Tartil dan Tadwir.

Pengetahuan sedia ada : Menghafaz surah-surah pendik Juz Amma.

Sumber/BBM : Carta, Kad imbasan ayat.

69

Page 24: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanLangkah 1(8 minit)

Bersoal jawab dengan murid mengenai sejarah serangan Kaabah Oleh Abrahah

Surah Al-Fil.Mengemukakan soalan-soalan mengenai cerita sejarah dalam ayat

memperdengarkan bacaan surah daripada pita rakaman dan bersoaljawab.

Guru membaca petikan ayat secara Tartil dan Tadwir serta bersoal jawab

Murid membaca ayat secara kelas, berkumpulan dan individu

Kad imbasan kalimah-kalimah Al-Quran

Pita rakaman.

Papan gulung ayat Al-Quran

Gambar Kaabah.

CONTOH PERSEDIAAN MENGAJARPENGAJARAN MIKRO

(perkembangan)

Mata Pelajaran : Ayat Kefahaman.

Tahap : 2

Tahun : 6

Bilangan Murid : 10 orang

Tarikh : 31 Disember 2009

Tajuk Utama : Surah Al-Kafirun

Tajuk Khusus : Teguh mempertahankan akidah/kepercayaan

Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran pelajar dapat:1. menyenaraikan isi-isi utama dalam petikan

ayat2. membandingbeza keteguhan iman generasi

muda sahabat Nabi dengan generasi zaman kini.

Pengetahuan sedia ada : Sudah mempelajari rukun-rukun iman

Sumber/BBM : Carta ayat, Gambar “weil”, carta ayat

70

Page 25: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Bahan CatatanLangkah perkembangan 2(10 minit)

Soalan perbincangan mengenai perayaan berkaitan keagamaan di Malaysia

Sejarah nabi mempertahankan akidah

Soalan Perbincang meng-enai perkara yang terdapat dalam ayat-ayat

Bertanya soalan kepada murid dengan meminta respond berdasarkan gambar “weil” Thaipusam

Mendapatkan maklumat daripada pelajar mengenai gambar yang diberi

Gambar upacara ”weil” ketika Thaipusam

Teks ayat Al-Quran

Sediakan satu persediaan mengajar pengajaran mikro untuk kemahiran penutup bagi pengajaran dan pembelajaran;

o Tilawah Al-Qurano Hafazano Ayat Kefahaman.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

71

Page 26: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Perancangan Aplikasi Pengajaran Makro

Pengajaran Makro ialah penyampaian pelajaran yang lengkap yang mengandungi kemahiran-kemahiran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam bilik kelas sebenar. Pengajaran Makro dipraktikkan oleh pelajar dengan diperhatikan oleh rakan pelajar yang lain. Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan, samada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu pelajar membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi pengajaran, disamping mereka dapat memperbaiki kelemahan sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

Objektif pengajaran makro ialah;

Memahami ciri-diri perancangan pengajaran makro,

Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan, dan

Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah.

Arahan;

Menjawab soalan-soalan ujian pra dan pasca dengan teliti,

Membaca dengan teliti panduan penerangan pengajaran makro yang

disediakan, dan

Menyerahkan tugasan/jawapan soalan-soalan pra dan pasca kepada

pensyarah semasa sesi pengajaran seterusnya.

Ujian pra;

Apakah yang anda faham tentang pengajaran makro, dan

Nyatakan unsur-unsur penting yang perlu ada dalam perancangan

pengajaran makro

Situasi pengajaran makro;

1. Kelas besar terdiri daripada 30 hingga 40 orang murid,

2. Murid sebenar/pelatih,

3. Pelajar mengajar sepenuh masa (30 – 40 minit),

4. Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar,

5. Situasi sebenar pengajaran, dan

6. Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran.

72

Page 27: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Rasional;

1. Proses pengajaran adalah kompleks yang memerlukan pengetahuan

dan kemahiran tertentu dalam pelbagai bidang,

2. Proses komplek boleh dianalisa dan dipecahkan kepada pendekatan-

pendekatan dan kemahiran-kemahiran khusus,

3. Sebahagian besar kemahiran boleh dipelajari dalam situasi simulasi,

4. Merupakan proses latihan bersistematik dengan menguasai pelbagai

kemahiran,

5. Membina keyakinan diri,

6. Efektif dalam situasi pengajaran sebenar, dan

7. Latihan awal melibatkan program bimbingan sebelum pengajaran

sebenar.

73

Page 28: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO

Rajah 11: Rancangan Pengajaran Makro

74

BAHAGIAN – AMaklumat pelajarMaklumat murid (bilangan, umur dan jantina)Tarikh/masaMata pelajranTajuk/kemahiranPengetahuan sedia adaPenggabungjalinan kemahiranPenyerapan ilmuPenerapan nilaiHasil pembelajaranSumber/bahan bantu mengajarPenyebatian KBKK

BAHAGIAN – CCatatan pelajarRefleksiUlasan pensyarah penyeliaUlasan guru pembimbing

BAHAGIAN –BPendahuluanSet induksiPerkembangan langkah

Langkah pertamaLangkah keduaLangkah ketiga danLangkah ke empat

Penutup

Catatan:Perkembangan pengajaran (bahagian B) hendaklah

disediakan mengikut format latihan perguruan dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:

MasaKemahiran/isi pelajaranAktiviti murid dan guruCatatan kaedah, teknik dan simber

Page 29: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

Perbincangan

Kemahiran ini amat perlu dilaksanakan dalam membina kemahiran mikro.

Antara tujuan diadakan kemahiran mikro diantaranya adalah untuk memberikan peluang kepada pelajar membina kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran ini akan dapat mengenal pasti kelemahan pelajar disamping mengembangkan potensi supaya benar-benar berkeupayaan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan disamping membina kredibeliti seorang guru permulaan.

Kemahiran mikro boleh mengubah tingkahlaku pelajar ke arah yakin akan diri dan dapat menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

Semua kemahiran yang terbina pada pelajar adalah hasil daripada perbincangan yang dilakukan setelah sesi pengajaran mikro. Perbincangan dan pandangan yang diberikan oleh pensyarah dan rakan pelajar dalam sesi ini dianggap sebagai sesi pembelajaran.

PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKRO

Rajah 11: Pelaksanaan Pengajaran Mikro

75

B. SESI PENGAJARAN1. 5 – 15 minit2. Satu kemahiran sahaja

C. SESI KRITIK1. Penilaian kendiri2. Penilaian rakan3. Penilaian bersama

D. PENGAJARAN SEMULA(Bincang cadangan dalam C)

E. SESI KRITIK(Akhir)

A. ORGANISASI/TAKLIMAT1. Memenuhi Kemahiran2. Persediaan Mengajar3. Peranan ‘murid’

Page 30: 10. Topik 4 Perancangan Dan Aplikasi Mikro Dan Makro Al-qura

Modul 1: KPLI Pendidikan Al-Quran Minor Pengajaran Dan Aplikasi Pembelajaran Mikro Dan Makro Pendidikan Al-Quran.___________________________________________________________________________________

ASPEK PERBINCANGAN YANG DIFOKUSKAN

Semua aspek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam pembelajaran mikro adalah wajar dibincangkan terutama yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran. Dalam perbincangan ini tentunya akan membangkitkan kelemahan dan kekurangan pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran berjalan. Justru, semua perkara yang disentuh pelajar perlu dilihat secara positif, kerana orang lain boleh melihat kelemahan kita dari aspek yang pelbagai.

Fahamilah bahawa latihan mikro merupakan aktiviti latihan pengajaran sebelum sesi sebenar pengajaran di bilik kelas. Rakan pelajar memainkan peranan penting dalam kemahiran pengajaran mikro dan pelajar sendiri boleh mencapai perubahan tingkah laku bagi menambah keberkesanan terhadap penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu.

Pensyarah yang bertanggungjawab, menilai setiap kemahiran yang dilakukan oleh pelajar dan akan memperbaiki kelemahan. Pelajar sendiri pula boleh melihat rakaman video atau berbincang dengan pensyarah sendiri dalam semua aspek kemahiran yang ditunjukkan.

PENGAJARAN SEMULA

Pengajaran semula hanya dilakukan apabila prestasi pelajar dalam sesi pengajaran mikro kurang memuaskan dan gagal menguasai kemahiran pengajaran berkenaan. Apabila telah ditentukan bahawa pengajaran semula perlu dilakukan maka pelajar perlu membuat perancangan semula berdasarkan cadangan-cadangan yang dikemukakan dalam sesi perbincangan.

Pelajar tentunya akan mencuba melakukan pengajaran dalam pengajaran semula ini dengan sebaik-baik yang mungkin. Prosedur penilaian semula perlu dilakukan untuk memastikan pelajar bernar-benar menguasai kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran semula boleh dilakukan berulang kali sehingga pelajar benar-benar menguasai kemahiran pengajaran pada peringkat yang memuaskan.

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

76