world scout environment programme...memasukkan paip pvc ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan....

17
WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME TEAM: BRAVO PROJECT TITLE: PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTANIAN LESTARI DATE: 7-9 DISEMBER 2018 LOCATION: 1)PUSAT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI GLEMI LEMI-PPBGL UNIVERSITI MALAYA,JELEBU,NEGERI SEMBILAN,MALAYSIA 2)DEWAN PERTUBUHAN PELADANG,JELEBU,NEGERI SEMBILAN NAMA:MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD ADABI IC NO:970212036361 NO WOSM:699041 NO PPM:M2018/0989

Upload: others

Post on 15-Jul-2021

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME

TEAM:

BRAVO

PROJECT TITLE:

PEMELIHARAAN ALAM SEKITAR MELALUI PERTANIAN LESTARI

DATE:

7-9 DISEMBER 2018

LOCATION:

1)PUSAT PENYELIDIKAN BIOTEKNOLOGI GLEMI LEMI-PPBGL UNIVERSITI

MALAYA,JELEBU,NEGERI SEMBILAN,MALAYSIA

2)DEWAN PERTUBUHAN PELADANG,JELEBU,NEGERI SEMBILAN

NAMA:MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD ADABI

IC NO:970212036361

NO WOSM:699041

NO PPM:M2018/0989

Page 2: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

WSEP(World Scout Environment Programme) menawarkan alat,sumber dan inisiatif untuk semua

peringkat umur untuk membantu Pengakap di seluruh dunia bekerjasama untuk kebaikan

persekitaran tempatan dan global.

Program ini adalah berdasarkan kepada satu set prinsip dan ‘aim’ alam sekitar dan bertujuan

menyediakan asas untuk pendidikan alam sekitar dalam pengakap.

Berdasarkan ‘World Scout Environment Badge’ untuk 15 tahun ke atas terdapat 5 ‘aim’ yang perlu

dicapai dan program ini telah mencapai kesemua ‘aim’ tersebut.

2.0 OBJEKTIF PROJEK

1.Menimbulkan minat di kalangan peserta terutama sekali generasi muda untuk menyertai program

memelihara alam sekitar.

2.Memberi pendedahan kepada para peserta tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya

pencemaran kepada alam sekitar.

3.Mengurangkan risiko pencemaran alam sekitar terutama dari segi pertanian.

4.Mendedahkan para pelajar kepada cara dan teknik pengurusan alam sekitar dalam sektor

pertanian.

5.Memperkasakan tahap kesukarelawanan di kalangan ahli KLKM dengan membina jaringan

perhubungan dengan komuniti setempat.

6.Menerapkan minat di kalangan ahli KLKM untuk terus melaksanakan program berkonsepkan

Messenger of Peace (MoP) terutamanya berkaitan WSEP.

Page 3: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

3.0 LAPORAN AKTIVITI

AKTIVITI 1:

Aim 1-Pengakap berusaha ke arah dunia yang di mana manusia dan system semulajadi mempunyai

udara dan air yang bersih.

TEMPAT:

Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glemi Lemi-PPBGL Universiti Malaya,Jelebu,Negeri

Sembilan,Malaysia.

WAKTU BERMULA:

Jumaat (7 Disember 2018-3.00 petang)

WAKTU BERAKHIR:

Jumaat (7 Disember 2018-6.00 petang)

OBJEKTIF :

1)Mengkaji sumber udara dan air yang bersih di persekitaran tempatan.

2)Demonstrasi hubungan tindakan peribadi dengan ketersediaan udara dan air yang bersih dalam

persekitaran tempatan dan global.

A)UDARA

Kami mencari sejenis tumbuhan yang mampu menjadi indikator kepada kebersihan udara yang

bernama ‘liken’ yang berada di Kawasan berhampiran Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glemi Lemi-

PPBGL Universiti Malaya,Jelebu,Negeri Sembilan,Malaysia.Selepas kami menemui dan

mengenalpasti spesis Liken yang hidup di atas batang pokok,lalu kami memotong dan mengukur

Liken tersebut dan memasukkan sampel ke dalam sampul surat untuk tujuan pemerhatian dan

pelaporan.

Secara ringkasnya,salah satu cara untuk menentukan udara yang bersih adalah dengan melihat

kehadiran Liken ini di sesuatu kawasan.Liken ini digunakan sebagai indikator pencemaran kerana

Liken sangat peka terhadap pencemaran.Liken ini dapat dilihat di tempat batang pokok,tebing,di

atas tanah terutama di daerah kutub utara,di atas batu,di tepi pantai atau gunung-gunung yang

tinggi.

Page 4: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

GAMBAR:

Gambar 1:Mengikis liken untuk dijadikan sampel kajian

Gambar 2:Sampel liken yang diambil dari pokok

Page 5: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

AKTIVITI 2:MENGHASILKAN KOMPOS

Kami telah menyediakan kompos dengan menggunakan tinja kambing dan habuk kayu.Proses

penyediaan kompos iaitu dengan memasukkan tinja kambing dan habuk kayu ke dalam bekas

berselang-seli dengan habuk kayu menjadi lapisan sehingga penuh dan seterusnya kami

menyiramkan dengan air. Selepas proses ini selesai, kami telah menutup pasu dengan menggunakan

sarung guni dan mengikat guni tersebut dengan menggunakan tali rafia. Kami juga telah

memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu

menggaulkan kompos tersebut setiap 2 hari dan dibasahkan sehingga tidak berbau dan bertukar

menjadi seperti tanah.

AKTIVITI 3 : PENDEDAHAN KEGUNAAN KOMPOS DI DALAM PENYEDIAAN MEDIA TANAMAN

Aktiviti kompos boleh membantu memperkembangkan lagi usaha-usaha mewujudkan jaminan

sumber makanan (food security) dalam kalangan masyarakat. Ia dapat dilihat bilamana sumber input

pertanian boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu bergantung kepada pembelian baja. Tambahan pula

aktiviti pertanian yang dihasilkan menggunakan kompos lebih 'organik' dan sihat. Inilah antara rahsia

kejayaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Cuba semenjak sekian lama dikenakan sekatan

ekonomi oleh Amerika namun rakyatnya menjadi semakin sihat dan hidup dengan sejahtera. Setiap

lapisan masyarakat telah menghasilkan kompos sendiri dari sisa makanan dan digunakan untuk

aktiviti pertanian bandar (urban farming) di kediaman masing-masing yang mana hasilnya bukan

sahaja untuk kegunaan makan sendiri, malahan boleh dijual sebagai pendapatan tambahan.

Penyertaan masyarakat melalui penghasilan kompos ini sudah cukup membantu mengurangkan

pencemaran alam, pembakaran terbuka dan membantu menghidupkan kembali tanah yang sudah

mati akibat penggunaan baja dan racun kimia semenjak sekian lama.

Gambar 3:

Penyediaan tanah dan campuran baja

kompos

Gambar 4:Setelah digaulkan

campuran,masukkan sebatian dalam

pasu untuk penyediaan tanaman

Page 6: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Hasil :

1. Kami dapat membentangkan hasil pemerhatian dan penemuan Liken.

2. Kami dapat menerangkan cara-cara menghasilkan kompos dan kebaikan penggunaan kompos

terhadap alam sekitar.

2) AIR

Aktiviti 1 : Menentukan kualiti air

Kami telah didedahkan cara-cara untuk mengambil sampel air. Sehubungan itu, kami juga telah

menentukan status kualiti air dengan menggunakan meter oksigen terlarut (DO).

Air merupakan komponen penting kepada semua kehidupan. Sebanyak 97% dari sumber air terdiri

daripada air masin di lautan dan hanya 3% merupakan air tawar.

Sampel Bacaan Oksigen Terlarut (mg/)

Air Suling 7.6

Air Mineral 8.2

Air Tasik 7.9

Gambar 5:Sampel air tasik

diambil untuk dikaji

kebersihannya

Gambar 6:Menguji tahap oksigen di

dalam air.

Jadual 1:

Keputusan bacaan air tasik menunjukkan ianya selamat kerana bawah daripada

10mg.

Page 7: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Eutrofikasi adalah respon ekosistem terhadap penambahan bahan-bahan tiruan atau asli, yang

terkandungnya bahan fosfat, melalui detergen, baja, atau sampah, ke dalam satu sistem akuatik.

Salah satu daripada contoh eutrofikasi ialah peningkatan mendadak fitoplankton dalam badan air

sebagai tindak balas terhadap peningkatan tahap nutrien. Kesan alam sekitar negatif termasuk

hipoksia, iaitu pengurangan oksigen di dalam air, yang boleh menyebabkan kematian haiwan akuatik

berlaku. Eutrofikasi wujud daripada lebihan bekalan nutrien, yang menginduksi pertumbuhan

letupan tumbuhan dan alga, di mana apabila suatu organisma itu mati, ia menggunakan oksigen dari

badan air, dengan itu mewujudkan keadaan hipoksia.

Faktor utama pengehadan eutrofikasi adalah fosfat. Ketersediaan fosforus secara amnya

menggalakkan pertumbuhan tumbuhan dan pereputan yang berlebihan, yang mengutamakan alga

dan plankton ringkas melebihi tumbuh-tumbuhan lain yang lebih rumit, dan menyebabkan

penurunan yang mendadak terhadap kualiti air. Fosforus merupakan nutrien yang diperlukan untuk

penghidupan tumbuh-tumbuhan, dan juga merupakan faktor pengehad untuk pertumbuhan

tumbuhan dalam banyak ekosistem air tawar. Fosfat melekat ketat kepada tanah, maka ia

kebanyakannya diangkut melalui hakisan. Apabila ia ditranslokasi ke dalam tasik, pengekstrakan

fosfat ke dalam air menjadi perlahan, maka terjadilah kesukaran untuk menterbalikkan kesan

eutrofikasi.

Sumber fosfat yang berlebihan ini adalah pembersih, air larian perindustrian/domestik, dan baja.

Dengan pemberhentian pengeluaran fosfat yang mengandungi detergen dpada tahun 1970-an,

maka air larian industri/domestik dan sektor pertanian telah muncul sebagai penyumbang utama

kepada eutrofikasi.

Aktiviti 2 : Pengiraan baja kimia dan bahan organik

Kami telah didedahkan dengan jenis-jenis baja yang digunakan dalam pertanian serta kami telah

mempelajari pengiraan baja kimia yang betul mengikut standard keluasan dan jenis tanaman.

Aplikasi Agrimaths boleh dimuat turun di telefon pintar dan telah ditunjukkan cara-cara untuk

mengira baja kimia secara menyeluruh.

Contoh baja organik

Page 8: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Gambar 7: Cara Pengiraan Baja.

Hasil :

1. Kami dapat menerangkan secara ringkas bagaimana proses eutrofikasi berlaku yang menyebabkan

perubahan biodiversiti dalam sesuatu kawasan tersebut.

2. Kami dapat menunjukkan cara-cara pengiraan baja yang betul.

Page 9: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

AIM 2 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA DI MANA HABITAT SEMULAJADI YANG CUKUP

DAPAT DIWUJUDKAN UNTUK MEMELIHARA SPESIES ASLI.

LOKASI: Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri

Sembilan, Malaysia.

TARIKH: Jumaat, 7 Disember 2018

MASA: 8.30 pm-10.30 pm

Objektif :

1. Mengkaji awasan semulajadi tempatan.

2. Memahami perhubungan ekosistem dengan spesies asli bagi haiwan, tumbuhan dan habitat yang

mereka perlukan.

3. Demostrasi perhubungan antara tindakan tersendiri dengan kebolehwujudan habitat semulajadi

yang cukup untuk memelihara spesies asli.

4. Peka dengan isu konservasi global yang memberi kesan kepada awasan sity.

LAPORAN :

Kami telah diterangkan mengenai awasan semulajadi tempatan. Kami telah didedahkan satu spesies

asli iaitu tumbuhan dan serangga di Malaysia serta penerangan keperluan ekosistem spesies

tersebut. Kami didedahkan dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil untuk pemeliharaan

spesies tersebut. Terakhir, kami didedahkan tentang isu konservasi global dalam memelihara spesies

asli tersebut.

Hasil :

HASIL:

1. Kami dapat melukis dan menerangkan secara ringkas ciri-ciri spesies asli di Malaysia dan

mengaplikasikan langkah penjagaan alam sekitar untuk memastikan spesies asli tidak pupus.

Page 10: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

AIM 3 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA YANG KURANG RISIKO DARIPADA BAHAN

BERBAHAYA TERHADAP MANUSIA DAN PERSEKITARAN.

LOKASI: Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri

Sembilan, Malaysia.

TARIKH: Sabtu, 8 Disember 2018

MASA: 8.00 am-10.30 am

OBJEKTIF:

1. Menerangkan kesan tempatan daripada bahan-bahan berbahaya kepada manusia dan

persekitaran dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu, berkumpulan dan komuniti

untuk mengurangkan risiko tersebut.

2. Memahami kesan global bahan-bahan berbahaya tersebut dan tindakan yang boleh diambil untuk

mengubah persekitaran dunia.

LAPORAN :

Aktiviti 1 : Mengenal pasti racun

Kami telah didedahkan dengan teori berkenaan racun dan kesannya terhadap alam sekitar.

Aktiviti 2 : Penghasilan racun organik

Kami telah diajar cara-cara untuk menghasilkan baja orgranik.

Bahan Resepi 1 :-

Daun Kunyit, Daun Gelengang-fungus, Halia, Kunyit, Lengkuas, Bawang, Patawali, Serai wangi-lalat

buah, Bunga Betik, Cili-yang bergigit, Molasses-extract microbe (2kg), lain-lain bahan (1kg) dan 5ml

dalam 1L air paip.

Bahan Resepi 2 :-

Page 11: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Cili segengam, Bawang putih (satu biji), 500ml air paip (semalaman) dan minyak masak (satu sudu)

sewaktu blend.

Bahan Resepi 3:-

Serai/halia (2 batang), 500ml air paip dan sabun (satu sudu) selepas campur.

Hasil :

1. Kami dapat mengenalpasti perbezaan racun kimia dan racun orgranik.

2. Kami telah membincangkan risiko-risiko penggunaan racun dan kelebihan penggunaan racun

organik.

Penyediaan bahan-bahan racun organik Bahan-bahan racun organik seperti yang

dinyatakan di dalam resepi

Memotong kecil bahan-bahan racun

organik

Hasil racun organik

Hendaklah diperam selama 1 bulan untuk

kadar efektif minima

Page 12: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

AIM 4 : PENGAKAP BERUSAHA KE ARAH DUNIA YANG MEMPRAKTISKAN DAN MENGGUNAKAN

AMALAN ALAM SEKITAR YANG PALING SESUAI.

LOKASI: Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri

Sembilan, Malaysia.

TARIKH: Sabtu, 8 Disember 2018

MASA: 11.00 am-3.30 pm

OBJEKTIF:

1. Menerangkan bagaimana pilihan tindakan dan tanggungjawab kita sebagai individu, berkumpulan,

komuniti dan negara boleh mempengaruhi alam sekitar.

2. Memahami bagaimana kita boleh mengubah tindakan kita untuk menambah baik kesan kepada

alam sekitar.

3. Demostrasi bagaimana penyelesaian tempatan dapat memberi kesan kepada masalah global.

LAPORAN :

Aktiviti 1 : Penghasilan Biochar

Kami telah didedahkan dengan teori berkenaan biomas dan kesannya terhadap alam sekitar dalam

slot permindahan ilmu. Sehubungan itu, kami juga telah diajar secara praktikal untuk menambah

nilai kepada sisa-sisa pertanian melalui pembuatan biochar.

Teknologi Biochar adalah teknologi pertanian terkini untuk meningkatkan hasil tanaman dan dalam

masa yang sama dapat membantu menjaga alam sekitar. Biochar atau lebih dikenali sebagai arang

hitam diperbuat daripada sisa pertanian, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut akan dibakar di

dalam keadaan oksigen yang terhad dan menghasilkan bahan pepejal yang dipanggil Biochar. Masa

pembakaran bergantung pada jenis sisa yang digunakan. Proses pembakaran ini dipanggil ‘pyrolysis’

Hasil Biochar Penyediaan Biochar

Page 13: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Aktiviti 2 : Penghasilan Karbon Aktif

Kami telah didedahkan dengan teori berkenaan karbon aktif. Sehubungan itu, kami juga telah diajar

secara praktikal untuk menambah nilai kepada sisa-sisa pertanian melalui pembuatan karbon aktif.

Teknologi Karbon Aktif merupakan bahan yang mempunyai saiz liang yang mempunyai keupayaan

penyerapan yang sangat baik. Karbon Aktif mampu mengatasi sebarang masalah kontaminasi atau

pencemaran dalam air, tanah dan udara disamping membantu kita menjaga alam sekitar. Teknologi

Karbon Aktif dihasilkan sisa tanaman, perternakan dan perhutanan. Sisa tersebut dibakar dalam

persekitaran oksigen yang terhad bagi menghasilkan produk Biochar dan seterusnya di aktifkan

menggunakan bahan kimia bagi meningkatkan lagi keupayaan penyerapan. Keupayaan penyerapan

Karbon Aktif bergantung kepada cara penyediaan Karbon Aktif dan bahan yang digunakan.

Hasil :-

1. Kami dapat membincangkan jenis-jenis sisa-sisa pertanian yang terdapat di sektor pertanian.

2. Kami dapat membincangkan mengenai penggunaan Biochar dan Karbon Aktif dalam menambah

baik alam sekitar dan dapat memberi kesan kepada masalah global.

Gambar Tong Biochar Bahan mentah untuk biochar

dimasukkan di dalam tong ini

sebelum bahan bakar dimasukkan di

bawah tong

Page 14: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

AIM 5 : PENGAKAP BERKERJA KE ARAH MEMBINA DUNIA YANG SENTIASA BERSEDIA UNTUK

MENGHADAPI ANCAMAN DAN BENCANA ALAM SEKITAR.

LOKASI: Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi- PPBGL Universiti Malaya, Jelebu, Negeri

Sembilan, Malaysia.

TARIKH: Sabtu, 8 Disember 2018

MASA: 4.00 pm-6.00 pm

OBJEKTIF:

1. Boleh mengenalpasti pelbagai jenis bahaya alam sekitar dan bencana alam serta menjelaskan

mengapa ia berlaku.

2. Demonstrasi cara untuk membantu komuniti bersedia untuk bertindak balas terhadap bahaya

alam sekitar dan bencana alam di kawasan setempat.

3. Menerangkan bagaimana perubahan kepada alam sekitar dapat mempengaruhi bahaya alam

sekitar dan bencana alam.

Laporan :

Aktiviti:

1. Kami telah didedahkan dengan bahaya alam sekitar dan bencana alam semula jadi dan punca

terjadinya bencana tersebut. Justeru itu, kami telah melukis empat proses bagaimana bencana boleh

berlaku iaitu hujan asid, ozon berlubang, pengaksidan laut dan pelepasan GHG.

2. Kami telah didedahkan dengan cara-cara persiapan menghadapi bahaya alam sekitar dan bencana

alam di kawasan setempat di dalam sektor pertanian.

3. Kami telah melukis poster atau peta minda untuk menerangkan perubahan kepada alam sekitar

dapat mempengaruhi bahaya alam sekitar dan bencana alam.

Hasil :

Kami dapat membuat pembentangan mengenai pemahaman kami berdasarkan apa yang telah

didedahkan.

Page 15: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

PROGRAM PEMINDAHAN ILMU ‘AIM 1’ SEHINGGA ‘AIM 5’ BERSAMA KOMUNITI PERTUBUHAN

PELADANG PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN.

LOKASI:Dewan Pertubuhan Peladang Port Dickson, Negeri Sembilan.

TARIKH: Ahad, 9 Disember 2018

MASA: 8.00 am-12.30 pm

LAPORAN:

TENTATIF PROGRAM KOMUNITI ANTARA KLKM DAN PERTUBUHAN

PELADANG PORT DICKSON NEGERI SEMBILAN

8.00 – 8.30 A.M

- Pendaftaran peserta

- Ketibaan ahli Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM)

- Ketibaan Pengerusi AJP PPK Port Dickson

8.30 – 9.00 A.M

- Sarapan pagi

9.00 – 12.00 P.M

Ucapan perasmian oleh :

- Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah

- PPK Port Dickson)

- Program Pemindahan Ilmu (5 aims) “Pemeliharaan Alam Sekitar melalui Pertanian Lestari”

- Demostrasi Teknologi & Soal Jawab

12.00 – 12.30 P.M

- Majlis Penutup

- Makan Tengahari

- Bersurai

Ringkasnya, program WSEP ini dapat menimbulkan kesedaran dan memindahkan ilmu ‘Aim 1’

sehingga ‘Aim 5’ kepada kalangan peladang bahawa bidang pertanian amatlah berkait rapat dengan

alam sekitar dan harus dipelihara dengan sebaiknya.Bukan kami sahaja yang memberikan ilmu

namun komuniti juga turut berkongsi akan pengalaman mereka dalam sektor pertanian.

Page 16: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

Penerangan Aim 5 Penerangan Aim 5

Gambar Bersama komuniti Pertubuhan Peladang Port Dickson

Penerangan Aim 1 dan 2 Penerangan Aim 3

Page 17: WORLD SCOUT ENVIRONMENT PROGRAMME...memasukkan paip PVC ke dalam bekas kompos untuk pengudaraan. Proses terakhir adalah perlu ... Sisa tersebut akan dibakar di dalam keadaan oksigen

KESIMPULAN PROGRAM

DECLARATION

I hereby declare this report is the result of our own project for the requirement of the World Scout

Environment Programme. I also declare that the project’s idea was originated from us and the set

up was also helped by collaborators and others who took part as their community service.

MOHAMAD SYAFIQ BIN MOHD ADABI

Member

World Scout Environment Programme

23th December 2018

Dengan pemeliharaan alam sekitar melalui pertanian lestari di harapkan program ini mendapat

sambutan yang menggalakkan serta sokongan yang memberangsangkan dari semua pihak

yang terlibat. Diharapkan juga agar aktiviti yang dijalankan dapat mencapai 5 ‘aim’ yang

terdapat di dalam ‘World Scout Environment Badge’ tersebut.