unit 13

90
UNIT 13 Penilaian Perubahan

Upload: makara

Post on 21-Mar-2016

56 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

UNIT 13. Penilaian Perubahan. PENILAIAN PERUBAHAN. Prof. Madya Dr. Jegak Uli. Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:. Memahami kepentingan dan sebab menilai program perubahan. Memahami konsep asas penilaian. Memahami bagaimana menentukan kriteria. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: UNIT 13

UNIT 13

Penilaian Perubahan

Page 2: UNIT 13

PENILAIAN PERUBAHAN

Prof. Madya Dr. Jegak Uli

Page 3: UNIT 13

Objektif: Selepas membaca unit ini pelajar akan dapat:

1. Memahami kepentingan dan sebab menilai program perubahan.

2. Memahami konsep asas penilaian.3. Memahami bagaimana menentukan

kriteria.4. Mengenal pasti punca bukti program

perubahan5. Memahami rekabentuk pengumpulan

bukti program perubahan.

Page 4: UNIT 13

PengenalanPenilaian ialah suatu proses yang diusahakan untuk menentukan sejauhmana perancangan dan perlaksanaan berjaya dalam

mencapai objektif sesuatu program perubahan.

Page 5: UNIT 13

Jenis Penilian

Penilaian boleh dibuat sama ada secara formal atau tidak formal

Page 6: UNIT 13

Penilaian FormalPenilaian formal dibuat secara sistematik dan saintifik yang lengkap dengan maklumat yang diperlukan seperti data, bukti, kriteria.

Seterusnya, pertimbangan dilakukan terhadap maklumat itu.

Page 7: UNIT 13

Penilaian Tidak Formal

Sebaliknya penilaian tidak formal adalah pengumpulan maklumat yang dibuat dengan cara pemerhatian secara langsung dan tidak langsung dan secara menyoal diri sendiri tentang sesuatu pengamatan. Selalunya penilaian tidak formal kurang tepat dan terdapat kekeliruan dalam penafsiran.

Page 8: UNIT 13

Apa itu Penilaian Program Perubahan?Penilaian program perubahan adalah satu proses menafsir/menganggar nilai, harga, kebaikan/keburukan, kepentingan sesuatu program perubahan yang sedang, atau yang telah dijalankan.

Page 9: UNIT 13

PenafsiranPenafsiran atau penganggaran ini dilakukan dengan membanding bukti (evidence) yang

terdapat pada program perubahan (apa yang ada pada program perubahan) dengan

kriteria/standard - (apa yang seharusnya atau sapatutnya ada pada program).

Page 10: UNIT 13

Sebab-sebab Membuat Penilaian1. Memberi maklumat mengenai sejauh mana program perubahan kita berjaya atau gagal supaya kita boleh membuat keputusan seperti berikut: Sama ada untuk melanjutkan/meneruskan atau

menghentikan sesuatu program perubahan. Untuk memperbaiki amalan-amalan atau

parutaran-peraturan program perubahan kita, Sama ada untuk manambah atau membuang

atau mengganti strategi dan teknik program perubahan yang khas.

Page 11: UNIT 13

Sebab-sebab Membuat Penilaian2. Membantu kita menumpukan matlamat program perubahan ke arah yang dikehendaki - kita berfungsi di keadaan perancangan yang sentiasa berubah.

Page 12: UNIT 13

Sebab-sebab Membuat Penilaian3. Membantu kita menentukan program perubahan dari segi aspek atau ciri yang berikut: Kualiti Program Perubahan Kesuaian Program (suitability) Keberkesanan Program Perubahan

(Effectiveness) Kecekapan Program Perubahan (Efficiency) Kepentingan Program Perubahan

(Importance)

Page 13: UNIT 13

Faedah-faedah Penilaian

1. Dapat mengetahui sama ada sesuatu pendekatan yang dipilih benar-benar dapat mencapai objektif program perubahan.2. Dapat menentukan supaya perlaksanaan berada dalam arah yang diingini atau tidak melencong.3. Dengan adanya catatan/rekod kemajuan yang sistematik mengikut peringkat yang tertentu akan meningkat profesionalisma.4. Untuk membolehkan agen perubahan beperasaan terjamin dalam melaksanakan tugas dengan sempurna, berpandukan kepada jadual kerja yang tersusun rapi.

Page 14: UNIT 13

Faedah-faedah Penilaian5. Hasil penilaian dapat digunakan sebagai asas untuk tindakan pembuat dasar atau polisi untuk rancangan program perubahan masa hadapan.6. Penilaian boleh memperbaiki sikap profesionalisma. Melaluinya agen perubahan mungkin akan mengamalkan sistem yang lebih saintifik dan praktik dalam pembentukan objektif, pengumpulan dan penganalisisan maklumat, mengkaji kemajuan dicapai dan penentuan tindakan seterusnya.7. Penilaian dapat menggambarkan tentang penggunaan sumber - yang telah, sedang dan yang akan dijalankan.

Page 15: UNIT 13

Konsep Asas PenilaianPenilaian adalah satu proses membuat perbandingan untuk tujuan memperbaiki keputusan yang dibuat. Penilaian menentukan sejauh mana sesuatu itu telah dibuat (how well something has been done?). Penilaian membanding (compare) “apa yang telah dicapai” (bukti/evidence) dengan “apa yang sepatutnya dicapai” (kriteria) dan kemudian membuat pertimbangan (judgement) mengenai sejauh mana sesuatu itu telah dibuat.

Page 16: UNIT 13

Konsep Asas PenilaianJadi penilaian mempunyai tiga konsep asas berikuit: bukti, kriteria dan pertimbangan.

Page 17: UNIT 13

Konsep Asas PenilaianJadi pada asasnya penilaian adalah satu proses membuat keputusan yang melibatkan tiga (3) aktiviti berikut: Menentukan Kriteria atau piawai/standard. Mengumpul bukti daripada program

perubahan dan Membuat pertimbangan (judgements)

mengenai perbandingan bukti yang telah dikumpul dengan Kriteria yang telah ditentukan.

Page 18: UNIT 13

Gambarajah 1: Konsep Asas Penilaian

KRITERIA

BUKTI

PERBANDINGAN(COMPARISON)

PERTIMBANGAN(JUDGEMENT)

Page 19: UNIT 13

Pertimbangan & Kesimpulan

Jika kita hanya mengumpul bukti dan membincangkannya, kita hanya memberi penerangan mengenai apa yang telah dicapai dan tidak ada dasar bagi kita untuk membuat keputusan mengenai kejayaan atau kegagalan sesuatu program perubanan. Tetapi apabila terdapat kriteria atau standard untuk dibandingkan dengan bukti yang telah dikumpul, barulah pertimbangan boleh dibuat atau kesimpulan boleh dibuat mengenai kejayaan atau kegagalan sesuatu program perubahan.

Page 20: UNIT 13

KriteriaSeperti yang telah disebut di atas penilaian ialah satu proses membuat pertimbangan mengenai sesuatu program perubahan berasaskan (berdasarkan) kriteria yang telah ditetapkan (established criteria).

Page 21: UNIT 13

Definisi KriteriaKriteria boleh berupakan standard, norma, benda, peraturan yang diamalkan atau keadaan kelakuan atau gelagat

(condition of behaviour) yang dianggap "baik" atau "bagus".

Page 22: UNIT 13

KriteriaKriteria memberi kenyataan mengenai, apakah sesuatu program perubahan yang baik dan berguna? Ia juga boleh berbentuk penerangan mengenai, apakah program perubahan yang berguna? (sesuai, berkualiti, berkesan, penting dan cekap)

Page 23: UNIT 13

Contoh

Dalam satu masyarakat terdapat beratus-ratus kriteria yang menguasai kehidupan seharian kita. Misalnya: memandu kereta di sebelah kiri jalan, pejabat dibuka pada 8:00 pagi dan sebagainya. Dalam satu organisasi juga terdapat banyak peraturan yang diamalkan seperti: ralat sifar (zero defect), tepat pada masa (JIT = Just in time), menurut spesifikasi teknikal dan lain-lain lagi.

Page 24: UNIT 13

Bagaimana Menentukan KriteriaSemasa membuat penilaian seorang penilai perlu memilih dan/atau membentuk kriterianya sendiri. Ada tiga cara untuk membentuk kriteria: Memilih kriteria menggunakan kepitaran atau

kebijiksanaan peribadi (The airchair approach). Pendekatan empirikal (Empirical approach) - berasaskan

bukti sainstifik - iaitu berasaskan keputusan-keputusan penyelidikan, atau pengalaman dalam memilih dan membentuk Kriteria.

Pendekatan Rasional (Rational approach) - ini termasuk analisis yang sistematik mengenai sesuatu situasi atau pembentukan kriteria berasaskan maklumat yang terbaik yang ada.

Page 25: UNIT 13

Perkara-perkara berikut boleh digunakan untuk Membentuk Kriteria dalam Penilaian Program Perubahan.

Persamaan (Parity)Purata (Average)Keputusan Penyelidikan (Research Results)Teori/model teoritikal (Theory/theoretical model)Perbandingan dengan program perubahan yang sama (Comparison of similar change programs)Apa yang sepatutnya? (What should be?)

Page 26: UNIT 13

Apa yang sepatutnya? (What should be?)

Keperluan/Masalah

Apa yang sepatutnya?atau yang dikendaki?(What should be?)

Keadaan sekarang (What is?)

ini boleh dijadikan kriteria

Page 27: UNIT 13

Kaitan Kriteria dengan Objektif Program Perubahan

Objektif atau matlamat program adalah satu kenyataan mengenai apa yang hendak dicapai (what is to be achieved). Kriteria adalah berupa standard, norma, peraturan atau syarat-syarat yang patut dipenuhi. Oleh yang demikian, objektif program perubahan adalah berupa kriteria-kriteria tertentu, dan ianya merupakan standard yang patut dipenuhi.

Page 28: UNIT 13

Kaitan Kriteria dengan Objektif Program Perubahan

Dan objektif tersebut boleh digunakan sebagai satu standard atau kriteria untuk menilai kejayaan atau kegagalan sesuatu program.

Page 29: UNIT 13

Kaitan Kriteria dengan Objektif Program Perubahan

Objektif program perubahan boleh dinyatakan dengan spesifik dan dalam bentuk kuantitatif.

Contohnya: Supaya meninggikan hasil

pengeluaran semen dari 2000 bag sehari ke 4000 bag sehari.

Page 30: UNIT 13

Kaitan Kriteria dengan Objektif Program Perubahan

Atau objektif program perubahan boleh dinyatakan dalam bentuk umum, tidak berbentuk kuantitatif.

Contohnya: Supaya pengawai/kakitangan meningkatkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan aspirasi mereka ke tahadap yang lebih tinggi selepas program latihan.

Page 31: UNIT 13

Kaitan Kriteria dengan Objektif Program Perubahan

Bagi objektif jenis kedua, objektif ini boleh dijadikan kriteria makro atau objektif makro. Perlu ada kriteria lain (kriteria mikro) dibentuk untuk digunakan dalam menilai sama ada objektif makro telah tercapai. Ini membawa kita kepada satu konsep yang baru - iaitu peranan penunjuk (indictors) dalam penilaian.

Page 32: UNIT 13

Kaitan Penunjuk (Indicator) dengan KriteriaPenunjuk prestasi (performance indicator) dan kriteria adalah dua perkara yang berbeza. Penunjuk mencadangkan “apakah bukti (evidence)” yang diperlukan untuk mempertimbangkan kejayaan atau kegagalan satu program perubahan. Manakala kriteria mencadangkan “banyak mana (how much) bukti” diperlukan untuk mempertimbangkan kejayaan program perubahan tersebut.

Page 33: UNIT 13

Kaitan Penunjuk (Indicator) dengan KriteriaJadi penunjuk memberi kita “apakah maklumat yang diperlukan” dan kriteria memberi kita “banyak mana maklumat tersebut diperlukan”. Penunjuk-penunjuk adalah sangat berguna dalam proses penilaian semua program perubahan. Ia berguna untuk menilai program perubahan yang mempunyai objektif yang dinyatakan dalam bentuk kuantitatif dan bukan kuantitatif.

Page 34: UNIT 13

ContohJenis PerubahanPenunjuk Kriteria1. Pengetahuan Dari rendah ke

sangat memuaskan2. Sikap Dari sikap negatif ke

positif3. Kemahiran Dari tahap rendah ke

tinggi4. Aspirasi Dari tahap rendah ke

tinggi

Page 35: UNIT 13

Bukti (Evidence)Tanpa bukti, seorang penilai akan menjadi hilang dalam membuat keputusan mengenai kesan atau impak (impact) sesuatu program perubahan. Mendapatkan bukti adalah merupa satu aspek yang memerlukan banyak sumber seperti: wang, masa, tenaga dalam menjalankan kerja penilaian.

Page 36: UNIT 13

Definisi Bukti Adalah tanda atau simtom sama ada dari luar atau dalam yang memberi gambaran, lukisan, rupa kepada program perubahan kita. Bukti menerangkan bagaimana rupanya program perubahan kita. (Description of what our change program is?)

Page 37: UNIT 13

Kualiti Bukti Ada dua bentuk:

a) Data "Keras" ("Hard" data) b) Data "Lembut" ("Soft" data)

Page 38: UNIT 13

Data "Keras"Data "Keras" adalah data yang dalam bentuk kuantitatif seperti bilangan atau frekuansi sebenarnya seperti: (100 orang, 100kg dll), peratusan (80%), ¾, ½ dan sebagainya.

Page 39: UNIT 13

Data "Lembut"Data "Lembut" adalah data yang dalam bentuk kualitatif atau “perceptual” (atau tanggapan).

Contoh: a) Apakah mutu prograrn yang

dilaksanakan?Tinggi, Sederhana, Rendah.

b) Berapa orang penerima yang disangka akan mengikuti program? (Soalan ini adalah berbentuk tangapan)Jawapan: Kira-kira 10.

Page 40: UNIT 13

Bagaimana Mendapatkan Bukti?1. Pemerhatian2. Kajian tinjauan (Survey) a) Bertemutanya b) Secara pos c) Secara sebaran/hantar sendiri d) Secara kumpulan

3. Kajian Kes, dan 4. Kajian ujikaji atau 'experimental'

Page 41: UNIT 13

Pertimbangan (Judgement)Setelah seorang penilai menetapkan kriteria dan memperolehi bukti, langkah seterusnya adalah untuk membuat satu kesimpulan tentang program perubahan tersebut.

Page 42: UNIT 13

Definisi PertimbanganPertimbangan adalah satu kegiatan mental yang melibatkan kerja membuat perbandingan dan diskriminasi.

Page 43: UNIT 13

Proses PertimbanganProses pertimbangan satu program perubahan adalah membuat keputusan mengenai sejauh mana program perubahan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

Page 44: UNIT 13

Proses PertimbanganPertimbangan adalah satu proses di mana kesimpulan alternatif (alternative

conclusions) ditentukan, keputusan dibuat, dan kepentingan dan nilai diberi

kepada apa yang dipertimbangkan.

Page 45: UNIT 13

Proses PertimbanganJadi proses pertimbangan sesuatu program adalah keputusan yang dibuat mengenai

sejauh mana program perubahan tersebut telah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, dan

juga memberi nilai kepada program perubahan tersebut.

Page 46: UNIT 13

Proses PertimbanganPertimbangan adalah dibuat oleh manusia.Oleh yang demikian, proses tersebut adalah dipengaruhi oleh kepercayaan, sikap, pengalaman lepas seseorang individu.

Page 47: UNIT 13

Proses PertimbanganPertimbangan yang dibuat mungkin ada kebolehpercayaan (reliable), sah, objektif

atau berat sebelah (biased) bergantung kepada bagaimana seseorang penilai boleh mengawal aktiviti mentalnya dan menapis faktor- faktor “baised” tadi.

Page 48: UNIT 13

Proses Pertimbangan

Walau bagaimanapun, pertimbangan yang tepat boleh diperolehi jika kriteria dan bukti yang "reliable" digunakan.

Page 49: UNIT 13

Model Penilaian Untuk Mengukur Kesan Program Perubahan

Satu daripada model yang boleh digunakan sebagai panduan dalam membuat penilaian program perubahan adalah model penilaian yang diperkenalkan oleh Bennett (1976).

Page 50: UNIT 13

Model Penilaian Bennett

Model ini menunjukkan tujuh (7) peringkat hirarki maklumat yang boleh diguna dalam proses penentuan kesan sesuatu program perubahan atau keberkesanannya.

Page 51: UNIT 13

Model Penilaian Bennett

Peringkat-peringkat yang terdapat dalam model Bennett adalah berdasarkan "rangkaian peristiwa" (“chain of events”) yang dianggap sebagai ciri-ciri yang terdapat pada program perubahan.

Page 52: UNIT 13

Gambarajah 2: Maklumat pada Hirarki Bukti untuk Penilaian Program Perubahan

1. Input

2. Kegiatan/Aktiviti

3. Penglibatan Peserta

4. Reaksi

5. Perubahan KASA

6. Perubahan Amalan

Keputusan Muktamad

Page 53: UNIT 13

Peringkat PertamaDalam setiap program perubahan rangkaian peristiwa yang pertama sekali ialah input dan sumber-sumber program perubahan.

Page 54: UNIT 13

Peringkat KeduaInput-input dan sumber-sumber ini akan menghasilkan aktiviti~aktiviti atau kegiatan-kegiatan program perubahan

Page 55: UNIT 13

Peringkat Ketigadan perlaksanaan aktiviti/kegiatan akan melibatkan semua kakitangan organisasi.

Page 56: UNIT 13

Peringkat KeempatSetiap kakitangan biasanya mempunyai reaksi dalam bentuk maklumbalas sama ada pro dan kontra mengenai aktiviti-aktiviti program perubahan dan sebagainya. Reaksi kakitangan terhadap penglibatan dalam program perubahan: minat, serta penerimanan aktiviti-aktiviti program perubahan.

Page 57: UNIT 13

Peringkat KelimaSatu daripada kesan program perubahan adalah kakitangan yang terlibat akan mengalami perubahan KASA seperti pengetahuan (K), sikap (A), kemahiran (S) dan aspirasi atau cita-cita (A).

Page 58: UNIT 13

Peringkat KeenamPerubahan amalan berlaku apabila pererima mengamalkan perubahan KASA dalam kerja-kerja praktik mereka. Perubahan amalan dan kelakuan berkaitan dengan program perubahanIni adalah merupa tujuan sebenarnya program perubahan.

Page 59: UNIT 13

Peringkat KetujuhDan biasanya perubahan amalan kakitangan akan menghasilkan satu keputusan muktmad seperti perubahan social/gelagat, teknologi, kualiti dan ekonomik.

Hasil, keputusan akhir, kepuasan, dan kesan yang dicapai (perubahan budaya organisasi, gelagat, ekonomik, keberkesanan, kecekapan) melalui perubahan amalan, kelakuan, gelagat.

Page 60: UNIT 13

Lebih tinggi lebih baik

Secara teori, lebih tinggi lagi peringkat maklumat diperolehi dalam hirarki, lebih kuat (stronger) Iagi bukti kesan sesuatu program perubahan boleh didapati.

Page 61: UNIT 13

Peringkat 1 ke 3Biasanya data bagi peringkat 1 ke 3 boleh diperolehi daripada rekod-rekod atau Iaporan-laporan yang disimpan dan biasanya maklumbalas dari kakitangan tidak dimasuki.

Page 62: UNIT 13

Perinkat 4 ke atas

Tetapi bagi peringkat-peringkat yang seterusnya maklumbalas kakitangan secara langsung atau tidak langusung adalah perlu.

Page 63: UNIT 13

Punca-punca Bukti1. Peserta/Penerima/kakitangan program perubahan2. Agen perubahan3. Perancang program perubahan4. Pakar-pakar OD tertentu5. Rekod-rekod perkhidmatan, seperti rekod bekalan6. Rekod kehadiran7. Laporan khas8. Daftar peserta9. Rekod-rekod markah ujian/pengukuran10. Resit tuntutan perjalanan11. Dan sebagainya

Page 64: UNIT 13

Rekabentuk Pengupumlan Data Untuk Bukti Program Perubahan

Kenapa Memerlukan Rekabentuk (design) yang Baik?Rekabentuk pengumpulan data yang baik adalah diperlukan untuk menentukan tiada kemungkinan bagi sesuatu yang tidak dikawal (uncontrolled) akan mempengaruh hasil atau kesan yang disebabkan oleh program perubahan. Tujuan utama kita memerlukan rekabentuk yang baik ialah kita hendak mendapatkan kawalan yang bermutu (Quality control). Sesuatu rekabentuk yang baik akan menambahkan keyakinan (confidence) dalam membuat kesimpulan (conclusions).

Page 65: UNIT 13

Rekabentuk Pengumpulan Data bagi Bukti Program Perubahan

1. Ujikaji (Experimental)2. Aliran-masa (Time-trend)3. Sebelum dan selepas (before and

after)4. Selepas sahaja (After only)5. Perbandingan/Komparatif

(Comparative)6. Kajian kes

Page 66: UNIT 13

Rekabentuk UjikajiRekabentuk ini memerlukan kumpulan Kawalan (Control group) dan kumpulan ujikaji (experimental group) yang dipilih secara rawak (random). Rekabentuk ini boleh menapis (rule out) segala kesan yang mungkin diperolehi kecuali kesan yang disebabkan pendedahan kepada rawatan (treatment) atau program perubahan yang dilaksanakan.

Page 67: UNIT 13

Rekabentuk Ujikaji

Dalam rekabentuk percubaan/ujikaji sesuatu program perubahan diberi sebagai rawatan (treatment) kepada kumpulan ujikaji, manakala tidak ada rawatan atau program perubahan diberi kepada kumpulan kawalan (Control group).

Page 68: UNIT 13

Rekabentuk UjikajiPembahagian kumpulan ujikaji dan kawalan dijalankan secara rawak (random). Ia bermakna setiap kumpulan samada ujikaji atau kawalan mempunyai peluang yang sama untuk dimasukkan/dipilih ke dalam kumpulan ujikaji atau kawalan.

Page 69: UNIT 13

Formula rekabentuk ujikaji:

Contoh: (a) 0 = P2 - C2

0 = Kesan/hasil (Outcome) P2 = Ujian selepas program perubahan yang

diberi kepada kumpulan ujikaji C2 = Ujian selepas program perubahan yang

diberi kepada kumpulan kawalan

Page 70: UNIT 13

Formula rekabentuk ujikaji(b) 0= (P2 -P1) - (C2 -C1)

0 = Kesan/hasil P1 = Ujian sebelum program perubahan

dimulakan yang diberi kepada kumpulan ujikaji C1 = Ujian sebelum program perubahan

dimulakan yang diberi kepada kumpulan ujikaji P 2 & C2 sama seperti di atas, tetapi ujian dibuat

selepas program perubahan tamat

Page 71: UNIT 13

Kebaikan rekabentuk ujikaji

Boleh menilai atau mengukur kesan sesuatu program perubahan dengan sangat tepat.

Page 72: UNIT 13

Keburukan rekabentuk ujikaji

(a) Mahal dari segi penggunaan masa dan sumber-sumber lain.

(b) Selalunya rekabentuk ini tidak praktikal. Biasanya susah bagi kita hendak mendapatkan kumpulan kawalan atau tiada kumpulan kawalan.

(c) Akan mengwujudkan masalah etikal (ethical). Dalam pembahagian kumpulan kepada ujikaji dan kawalan tidak etikal bagi kita untuk menahan (withholding) kumpulan kawalan untuk mengikuti program perubahan (rawatan yang diberi).

Page 73: UNIT 13

Rekabentuk Aliran-masa (Time-trend)

Rekabentuk aliran-masa ada kegunaan praktikal dalam kebanyakan program perubahan. Rekabentuk ini tidaklah ketat (rigorious) seperti rekabentuk percubaan/ujikaji. Dengan cara ini bukti secara sainstifik (scientific proof) tidak boleh diperolehi.

Page 74: UNIT 13

Rekabentuk Aliran-masa (Time-trend)

Aliran-masa memerlukan pengukuran (measurement), sebelum (before), semasa (during), dan selepas (after) sesuatu program perubahan dilaksanakan. Bagi rekabentuk ini, kumpulan kawalan tidak diperlukan. Pengukuran yang diambil sebelum satu program perubahan dimulakan dijadikan sebagai data "benchmark"/(data permulaan) dan data ini akan digunakan sebagai data “kawalan”

Page 75: UNIT 13

Gambarajah 4: Rekabentuk Aliran Masa untuk Menilai Program Perubahan

Program Perubahan X

Kesan/Hasilyang diukur(outcomemeasure)

Anggaran terbaik jikatanpa program perubahan X

Perubahan yangmungkin disebabkanoleh programperubahan X

Hasil sebenarnyayang diperolehi

X

X

X

XX

X

Sebelum (Before)

Selepas(After)

Page 76: UNIT 13

Kebaikan Rekabentuk Aliran Masa

(a) Sesuai untuk program perubahan yang mempunyai jangka masa yang panjang.

(b) Tidak ada kumpulan kawalan diperlukan.

Page 77: UNIT 13

Keburukan Rekabentuk Aliran Masa

(a) Memerlukan pengumpulan data beberapa kali (sebelum dan selepas program perubahan) daripada peserta program perubahan yang sama (biasa 3-4 kali sebelum dan 3-4 kali selepas).(b) Jangka masa yang agak panjang akan membenarkan peristiwa-peristiwa selain daripada program perubahan mempengaruhi hasil program.Contoh: ( i) Perubahan ekonomik dan sosial (harga) (ii) Kematangan peserta/penilai. (dari segi proses mental dan

fizikal) (iii) Data yang dinamik sentiasa berubah (iv) Ketidakstabilnya peserta seperti kematian, perpindahan dll.

Page 78: UNIT 13

Rekabentuk Sebelum dan Selepas

Rekabentuk ini biasa merujukkan kepada pengukuran atau pengumpulan data "bench mark " sebelum memulakan satu program perubhan (sekali) dan sekali lagi pada akhir program perubahan atau selepas program perubahan dilaksanakan.

Page 79: UNIT 13

Formula Rekabentuk Sebelum dan Selepas

O = P2 - P1 O = kesan/hasil (outcome)P1= Ujian/ukuran sebelum Program

perubahan X dimulakanP2 = Ujian/ukuran selepas Program

perubahan X tamat

Page 80: UNIT 13

Gambarajah 5: Rekabentuk Sebelum-Selepas Program Perubahan

O = Hasil/Kesan yang disebabkan oleh program perubahan x

P1 P2

Ujian/Pengukuran(%)

Sebelum ProgramPerubahan X

SelepasProgramPerubahan X

Page 81: UNIT 13

Rekabentuk Selepas Sahaja (After Only)

Rekabentuk ini tidak menggunakan data permulaan atau "benchmark" dan kawalan. Rekabentuk ini senang dilakukan dan juga lebih ekonomikal. Tetapi rekabentuk ini memberi rumusan yang lemah ("weak”) mengenai kesan sesuatu program perubahan.

Page 82: UNIT 13

Formula Rekabentuk Selepas Sahaja:

O = P2 O = kesan/hasil (outcome) P2 = Ujian/ukuran selepas Program perubahan X

tamat Contoh: Soalselidik (questionnaire) disebar kepada peserta pada akhir sesuatu mesyuarat. Dan soalan-soalan yang terdapat dalam soalselidik tersebut bertujuan mendapatkan (1) reaksi peserta, (2) banyak mana yang telah dipelajari, dan sebagainya.

Page 83: UNIT 13

Rekabentuk Komparatif/Perbandingan

Rekabentuk ini adalah satu kaedah untuk mengumpul data untuk mengukur nilai, kebaikan dan keberkesanan relatif dua atau lebih program perubahan. Program-program perubahan yang dibanding mestilah seakan-akan sama dari segi objektif tetapi tidak sama dari segi strategi, dan seterusnya. Lojik rekabentuk komparatif adalah mudah.

Page 84: UNIT 13

Rekabentuk Komparatif/Perbandingan

Jika dua program perubahan adalah sama dari segi objektifnya, tetapi perlaksanaan program adalah mengikut strategi masing-masing. Jika terdapat satu dari program perubahan lebih berkesan maka kejayaan yang diperolehi adalah mungkin disebabkan strategi yang digunakan.

Page 85: UNIT 13

Kajian Kes (Case Study)Kisah/cerita seorang individu yang berjaya atau data yang dikumpul daripada seorang individu yang berjaya adalah satu cara yang boleh digunakan untuk mengukur kesan sesuatu program perubahan. Data yang dikumpul mungkin berat sebelah (biased).

Page 86: UNIT 13

Kajian Kes (Case Study)Dengan menggunakan rekabentuk ini kesimpulan umum (generalization) tidak boleh dibuat menggunakan data yang diperolehi. Juga data yang diperolehi dengan cara ini, adalah dianggap "lemah" dalam mengukur kesan sesuatu program perubahan.Contoh: Kisah/cerita/laporan kejayaan seseorang petani adalah satu contoh kajian kes

Page 87: UNIT 13

Rekabentuk Perlu Memenuhi Kriteria-Kriteria Tertentu

Dua Kriteria utama perlu dipenuhi dalam mendapatkan data untuk bukti program perubahan.Kesahan dalaman (Internal validity)

Kesahan luaran (External validity)

Page 88: UNIT 13

Kesahan dalaman (Internal validity)

merujuk kepada sejauh manakah rekabentuk tersebut membenarkan kesan program perubahan (rawatan) diukur dengan tepat. [Adakah rawatan (program perubahan) memberi kesan tertentu?].

Page 89: UNIT 13

Kesahan luaran (External validity)

merujuk kepada sejauh mana kesimpulan secara umum (generalizatlon) mengenai keputusan kajian boleh dibuat mengikut dimensi masa, geografi, persekitaran dan penglibatan peserta program.

Page 90: UNIT 13

Ancaman-ancaman (threats) Terhadap Kesahan Dalaman (Internal validity)

Masa (time) Kematangan (Maturation) Ketidakstabilan Responden (InstabilIty of respondent)Ujian (Testing)