bbm 3206 unit 13 & 14 kepentingan dan aplikasi kajian semantik nspp

Upload: elson-kobe

Post on 18-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pragmatik

TRANSCRIPT

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    1/36

    1

    Unit 13 & 14

    Kepentingan danAplikasi Kajian Semantik

    Prof Madya Dr. Zaitul Azma Zainon HamzahJabatan Bahasa Melayu

    Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

    Universiti Putra Malaysia

    BBM 3206 Semantik

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    2/36

    2

    Pengenalan

    Semantik sebagai satu cabang ilmu

    linguistik yang berkait rapat dengan aspek

    tatabahasa.

    Juga dalam bidang sastera, terjemahan,

    perubatan, sukan dll.

    Semantik dan pragmatik.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    3/36

    3

    Semantik dalam Tatabahasa

    Peranan semantik dalam menghuraikantatabahasa dapat ditinjau dari dua sudut,iaitu:

    Morfologi- imbuhan: kerja, bekerja,pekerjaan, pekerja dll.

    - kata ganda : bersalam-salaman, kanak-

    kanak, meronta-ronta, kuih- muih- kata majmuk : bumiputera, pasar raya,

    setiausaha, pilihan raya dll.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    4/36

    4

    Sintaksisbidang yang mengkaji ayat-ayat, unsur-unsuryang terdapat di dalamnya, jenis- jenis ayat, bentuk danragamnya.

    Contoh:

    - Adik saya memiliki teman baru.

    - Teman saya memiliki adik baru.

    - Adik baru saya memiliki teman.

    - Badannya letih lesu.

    - Letih lesu badannya.

    # Susunan perkataan menentukan makna ayat.

    - Kami sedang mencarijalanuntuk menolong Husin.

    - Jalanyang menuju ke rumah saya sedang diperlebar.

    # Makna perkataan berubah mengikut penggunaannya.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    5/36

    5

    Semantik dalam Karya Sastera

    PuisiSesuatu perkataan mempunyai makna

    dalam konteks pertuturan.

    Pemilihan diksi, metafora, hiperbola, simile,

    personafikasi dsb. Contoh;

    Rinduku umpama ombak yang tiada henti memukul pantaiKasihmu bagai pantai yang setia menanti

    Bagai menunggu mentari senja beradu.

    Aku masih melayang di dataran bumi yang gersang

    tiada haluan dan tujuan.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    6/36

    Penggunaan kata Ombak

    a. Hairan sungguh aku tengok perangai ombak naik

    turun naik turun ke pantai.

    b. Sewaktu berdiri di tepi pantai, aku terfikir tentang

    ombak yang terus-menerus memutih di pantai

    c. Bagi A Samad Said:

    Ombak

    Yang menjamah

    Kakiku sekali Takkan dapat kukenali lagi

    6

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    7/36

    7

    Ulasan

    Makna kata/perkataan /ungkapan dalam puisimempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitulebih daripada satu makna atau tafsiran. Hal inidisebut sebagai ambiguityatau ketaksaan.Contoh: Sajak Kabur

    Warna Antara Garisan

    Sejauh ditempuh

    tanah hitamdan langit jingga

    api dan nyawa

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    8/36

    8

    Prosa

    Konsepsi erti kognitif.

    Konotatif kata yang berlainan maksud.

    Stilistik berdasarkan situasi pertuturan

    Refleksi untuk menimbulkan kesan

    kepada pembaca dan pendengar.

    Kolokasi erti kata berdasarkan

    hubungannya dengan kata-kata lain.

    Tematik penekanan erti dalam ayat.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    9/36

    9

    Gaya Bahasa dalam Sastera

    Diksipemilihan kata dan kejelasan kata

    untuk menimbulkan kesan tertentu dalam

    puisi.

    Pemilihan serta penyusunannya itu

    mengutamakan ketepatan, tekanan, dan

    keistimewaan, termasuk sifat perkataan

    seperti konotatif, denotatif, kiasan,perkataan berimbuhan dsb.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    10/36

    10

    Metafora

    Sejenis gaya bahasa perbandingan atau kiasan, ringkas dan padat.Umumnya terdiri daripada dua perkataan, iaitu satu perkataanabstrak dan satu perkataan konkrit. Contoh:

    - di teluk mesra terkembang sudah layar sejarahnya

    dia cuma anak kerdil

    tidak minta disayangi

    tidak pernah membenci dan tidak tahu menyesalitapi setiap kali pengacau itu melebarkan mulut dan

    mementaskan cerita dunia yang palsu

    diselimuti dengan bunga-bunga fitnah

    sekali itu juga

    datang badai yang mencucuk kembali parut lukanyaWalaupun luka itu telah lama sembuh

    tapi parutnya masih ada di situ

    telah berdarah kembali

    lalu dia mula menangis dan menangis.

    Metaforamelambangkan makna pemikiran penutur.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    11/36

    11

    Simili

    Satu gaya bahasa perbandingan, menggunakan kata-

    kata tertentu, iaitu seperti, bagai, bak, laksana, umpamadsbnya.

    Hiperbola satu gaya bahasa puisi yang pemilihan

    perkataannya membawakan pernyataan yang berlebih-

    lebihan. Tujuan untuk menekankan sesuatu pandangan,perasaan dan pemikiran. Contoh:

    di puncak Everest pasti aku temui

    segala-gala yang aku dambakan.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    12/36

    12

    Rumusan

    Ahli bahasa memerlukan karya sasterasebagai bahan untuk mengkaji keindahan

    bahasa, manakala sasterawan

    memerlukan pengetahuan bahasa danilmu bahasa khususnya semantik untuk

    mengindahkan bahasa dalam karya

    mereka dan memberikan maksud yang

    tepat dalam pemilihan perkataan

    dalam karya mereka.

    A. Samad Said

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    13/36

    13

    Semantik dalam Bidang Lain

    Sesuatu ayat dianggap logik apabila ditunjang olehpremis yang tertentu. Misalnya:

    Semua planet bundar. (premis)

    Bumi adalah planet. ( premis)

    # Bumi bundar.

    Semantik juga berperanan dalam bidang leksikografi.Katz dan Fodor (1963), mencadangkan setiap entrikamus harus mempunyai :

    a. a syntactic categorization.b. a semantic description.

    c.a statement of restriction of its occurrences.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    14/36

    14

    Pragmatik dan Tatabahasa

    Mengikut Leech (1983), hubungan antara pragmatik dengantatabahasa adalah saling melengkapi. Namun, kedua-dua ilmuini mempunyai garis pemisah. Pragmatik ialah kajian tentangpenginterpretasian makna ujaran berdasarkan konteks.

    Antara perbezaan:

    - Semantik yang berkait rapat dengan pragmatik ialah ilmu yangtermasuk dalam komponen tatabahasa, tetapi pragmatik tidak.

    - Makna semantik lebih terikat pada rumus-rumus tatabahasa.Sebagai contoh, dalam pertukaran ayat aktif menjadi ayat pasif.Didapati ada rumus-rumus tertentu yang dapat memastikansama ada ayat itu betul atau tidak dari segi struktur maknanya.Contoh;- The mosquito was killed by Suzy

    (Nyamuk itu telah dibunuh oleh Suzy -Ayat Pasif).

    - Suzy killed the mosquito

    (Suzy membunuh nyamuk itu - Ayat Aktif).

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    15/36

    15

    Tanpa morfem by, ayat itu menjadi tidak gramatis.

    The mosquito was killed by Suzy

    (Nyamuk itu telah dibunuh olehSuzy Hal ini membuktikan bahawa semantik dikuasai oleh

    rumus tatabahasa tetapi pragmatik tidak keranapragmatik tidak berfokus kepada kegramatisan ayat,sebaliknya menerima niat perlakuan (unsur-unsur

    illocutionary) yang mempunyai makna. Contoh ayat:- If I were you, Idleave this town now

    (Jika saya ini anda, saya akan tinggalkan

    bandar ini sekarang juga.)

    Ayat yang diujarkan ini boleh mempunyai berbagai-bagaitafsiran bergantung pada intonasi dan mimik mukapenuturnya. Ayat ini boleh bermaksud atau mempunyainiat perlakuan (unsur illocutionary) sebagai memberiarahan, nasihat, atau ugutan.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    16/36

    16

    Rumus dalam semantik dan tatabahasa bersifatkonvensional tetapi pragmatik dimotivasikan olehtujuan perbualan. Makna ayat yang dikawal oleh

    tatabahasa adalah lebih bersifat harafiah manakalapragmatik tidak begitu.

    Contoh:

    - Ill pay you back tomorrow(Saya akan bayar balikpada awak besok).

    Dari segi tatabahasa yang bersifat konvensional, ayatini menerangkan tentang lakuan masa depan (futureact) penutur. Tetapi jika dianalisis dari sudutpragmatik, seperti konteks, rasional ayat yang

    diujarkan, dan prinsip perbualan yang terlibat akanmembolehkan kita membuat kesimpulan bahawa ayatyang diujarkan itu bertujuan sebagai janji. Di sinilahperbezaan antara konvensional dengan motivasi.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    17/36

    17

    Tatabahasa lebih bersifat pemetaan (mapping)sementara pragmatik adalah bersifat penyelesaianmasalah. Pemetaan bermaksud wujudnya interaksiantara fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantikbagi membentuk ayat-ayat yang bermakna danyang boleh diterima umum.

    Sintaksis pula selalu dikatakan mempunyai setpemetaan yang paling kompleks keranaterdapatnya formula yang sempurna bagimenentukan kegramatisan representasi bagi setiaptahap. Bagi pragmatik, segala ayat yang diujarkan

    mempunyai fungsi yang tersendiri dan segalamasalah pentafsiran makna yang wujud akandapat diselesaikan.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    18/36

    18

    Tatabahasa bersifat formal, tetapi pragmatik

    bersifat fungsional. Hal ini bermakna tatabahasa

    mempunyai rumus yang konvensional, manakalapragmatik lebih bersifat goal- oriented dan

    evaluative.

    Kesimpulan, ilmu semantik, tatabahasa, danpragmatik harus bergandingan dan bekerjasama

    bagi mendapatkan interpretasi makna yang

    sebenar.

    Semantik akan beroperasi di tahap tatabahasa,

    manakala pragmatik akan bertindak sebagai

    pelengkapnya, (Nor Hashimah Jalaluddin,1995).

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    19/36

    19

    Seterusnya, Sperber dan Wilson (1986), memberikan tiga alasanbahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebahagian daripadatatabahasa. Alasan mereka adalah seperti yang berikut:

    - Makna tersirat seperti implikatur tidak dikuasai oleh rumus.Makna tersirat ini banyak dihasilkan oleh pengetahuan dunia

    dan inferens.Contoh:A. Tak pergi kuliah ke?

    B. Tak sedap badan.

    C. Tak cukup 80% tak boleh exam, tau!

    Beberapa aspek ujaran yang mempunyai makna harafiah tidakdikuasai oleh rumus. Ketidaktentuan dalam kandungan harafiahmemaksa kita merujuk kepada konteks yang tidak diberikan olehrumus.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    20/36

    Contoh yang baik ialah bahasa figuratif.

    Aku tidak fikir yang dia sedar akankehadiranku, tetapi tanpa diduga dengan tiba-tiba diamengangkatkan matanya daripada buku yang sedangdibacanya, dan dengan sekilas dia memandang teruske dalam mataku. Dengan cara begitu dia menangkapperhatianku: sekarang dia sedar yang aku telah dudukdi situ memerhatinya sekian lama. Dia memberiku satu

    senyuman yang segar, dan senyuman itu hebat, Georg;satu senyuman yang boleh melebur satu dunia, keranajika seluruh dunia melihatnya, ia boleh menamatkansemua peperangan dan kebencian di muka bumi, ataupaling tidak satu gencatan senjata yang lama.

    (Gadis Oren, 2009)

    Komunikasi tanpa lisan tidak memerlukan rumuslangsung, tetapi pragmatik masih mampumentafsirkan makna sesuatu unsur.

    20

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    21/36

    21

    Rumusan

    Berdasarkan ketiga-tiga alasan ini jelasbahawa pragmatik tidak boleh dianggap sebagai

    sebahagian daripada tatabahasa seperti halnya

    dengan semantik. Oleh itu, yang boleh dilakukanadalah menggandingkan kedua-dua semantik

    dan pragmatik bagi mendapatkan tafsiran yang

    tepat dan jitu.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    22/36

    22

    Implikatur. Gazdar (1979) Ada lima ciri:

    1) Bukan merupakan sebahagian daripada yang diujarkan.

    Contoh: - Saya kedinginan. - Letak kasut itu di situ.

    - Dia bersikap dingin. - Ini kasut baru.

    2) Bersifat peka konteks dan mempunyai ciri yang boleh

    dibatalkan.

    3) Tidak boleh digantikan dengan ungkapan lain jika maksud asal

    implikatur lari kecuali jika pengganti ujaran itu membawa makna

    yang sama.

    4) Tidak boleh mempunyai syarat benar yang sama, jika ayat (1)

    salah dan mencakup ayat (2), bermakna juga salah makaayat (2) tidak boleh dianggap sebagai implikatur kerana implikatur

    tidak mengizinkan proses pencakupan berlaku.

    5) Satu ayat boleh mempunyai lebih daripada satu interpretasi dan

    menghasilkan ketidaktentuan interpretasi.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    23/36

    23

    Semantik dalam Terjemahan

    Dalam terjemahan, teori semantik membantukegiatan terjemahan. Dalam terjemahan, yangdicari bukan bentuk yang sama tetapi bentuk-bentuk padanan. Antara perkara yang terlibat:

    a. kelainan antara kebermaknaan danketidakbermaknaan.

    b. kesinoniman dan ketidaksinoniman.

    c. kekaburan makna.

    d. keberlebihan erti atau membazir.e. polisemi.

    f. ayat-ayat yang karut.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    24/36

    24

    Semantik Autonom diterapkan dalam terjemahan bersifatliteral translation.

    Teori REST menekankan konteks (budaya penutur dan

    bahasa sasaran)a. Bill, Ive found a new job.

    (Saya sudah mendapat pekerjaan baharu)

    i. Kimono(bahasa Jepun) - digunakan khusus untuk

    pakaian wanita Jepun.

    ii. Syariah(bahasa Arab) - digunakan khusus untuk

    perundangan Islam.

    iii. Lasagna(bahasa Italy) - digunakan khusus untuk

    sejenis makanan yang berasal

    dari Itali.

    iv. Esprit de corp(bahasa Perancis) - digunakan khusus

    untuk melambangkan

    suatu konsep.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    25/36

    25

    Contoh-contoh istilah saintifik dan teknikal yangdipinjam pula adalah sepertipetroleum, insulin, helium,biologi, brek, neutral, linguistikdan banyak lagi.

    Pinjaman adalah kaedah yang paling umum danmudah antara semua kaedah terjemahan, danmerupakan satu bentuk kaedah formal. Banyakperkataan yang pada mulanya telah dipinjam semasa

    proses terjemahan dan akhimya melalui proses'naturalisasi' atau diserapkan ke dalamperbendaharaan kata bahasa Melayu.

    Proses ini mengadaptasi perkataan bahasa sumber

    kepada sistem sebutan, ejaan dan seterusnyamorfologi bahasa sasaran (Newmark, 1988: 82).

    Contoh: almari (bahasa Portugis), kanun, syariat(bahasa Arab), pisau (bahasa Cina) cukai, maaf,

    (bahasa Hindi).

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    26/36

    26

    Kaedah Peniruan (Caique)

    Kaedah ini masih lagi menggunakan konsep pinjaman tetapiistilahnya diterjemahkan (pinjam terjemah) dan disusunmengikut tatabahasa bahasa sasaran. Terdapat dua jenispeniruan:

    i. Peniruan Penyampaian - sesuatu istilah bahasa sumber itu

    dipinjam dengan cara menterjemahkannya secara literal ke

    dalam bahasa sasaran.

    Social science - sains sosial

    Amino acid - asid amino

    Website - laman sawangYellow culture - budaya kuning

    Cold war - perang dingin

    Underground - bawah tanah

    Skyscraper - pencakar langit

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    27/36

    27

    ii. Peniruan Strukturmemasukkan struktur

    bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran.

    Prime minister - Perdana menteri (BI-BM).

    Secretaire generateSecretary general

    (B.Perancis-BI).

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    28/36

    28

    Terjemahan Harfiah

    Dalam kaedah ini persamaan di peringkat kata (leksikal)dan peringkat ayat (sintaksis) dikekalkan. Kaedah inilazimnya digunakan untuk menterjemah teks sumber yangditulis dalam bahasa yang ringkas dan tidak kompleks. Bagiteks saintifik dan teknikal, terjemahan harfiah biasa

    digunakan dengan meminjam istilah bahasa sumber dandiubahsuaikan mengikut ejaan bahasa sasaran. Contoh:

    He will attend the meeting tomorrow.

    Dia akan hadir mesyuarat esok.

    I go to school by bus.Saya pergi ke sekolah dengan bas.

    My mother is a teacher.

    Ibu saya seorang guru.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    29/36

    29

    Terjemahan harfiah membolehkan setiap perkataan dalambahasa sumber diganti dengan padanannya dalam bahasasasaran, dan sekali gus struktur ayat bahasa sumberdipindahkan terus ke dalam bahasa sasaran tanpa apa-apaperubahan besar.

    Namun begitu, kadangkala warta tidak boleh disampaikanke dalam bahasa sasaran dengan menggunakan ketiga-tiga kaedah seperti tersebut sebelum ini. Perkara ini

    berlaku apabila sesuatu teks sumber tidak mempunyai satumakna yang sama dalam bahasa sasaran atau teks tidakboleh dipindahkan terus kerana berbentuk figuratif danstruktur linguistiknya berlainan.

    Contohnya:

    He looked at the map.He looked the picture of health.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    30/36

    30

    Masalah terjemahan mungkin juga timbul apabilamenterjemahkan satu perkataan yang membawa banyakmaksud dalam bahasa sasaran jika digunakan dalam

    konteks yang berlainan. Makna setiap perkataandipengaruhi oleh konteks. Oleh itu, terjemahan perludilakukan berdasarkan pemahaman keseluruhan konteksayat. Contoh:

    To administer an estate - mentadbir harta.

    To administer first aid - memberi pertolongan

    cemas.

    To administer an oath - menjalankan angkat

    sumpah.

    To administer to the need of the poor

    membantu keperluan golongan miskin.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    31/36

    31

    Penyamaan Fungsian

    mencari penyamaan merupakan sesuatu yang rumitdalam terjemahan. Penyamaan yang dimaksudkanialah 'penyamaan sejadi yang paling hampir'.

    Penyamaan sebegini bergantung sepenuhnya kepada

    konteks dan nilai budaya. Kaedah ini mencadangkanagar penyamaan yang dicapai dalam teks terjemahandapat menyampaikan fungsi yang sama seperti dalamteks sumber, terutamanya penggunaan bahasa figuratifseperti perumpamaan dan simpulan bahasa.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    32/36

    32

    Contoh

    Ouch! - aduh!

    Go to hell - persetan/pergi jahanam.

    Casanova - buaya darat/hidung belang.

    Sour grape - iri hati.

    Sweetheart - buah hati.

    As white as snow - putih seperti kapas (bukan salji)

    (bahasa Arab :-Abyadh kallaban -white as milk).

    To kill two birds with one stone - sambil menyelam minum air

    Still water runs deep - air yang tenang jangan disangka tiada

    buaya.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    33/36

    33

    Beberapa Kajian Semantik Melayu

    Awang Had Salleh (1959)- Menulis rencana yang bertajuk Sadikit Tentang Maana. Beliaumemberikan data bahasa Melayu dalam penggunaan sehari-hari.

    Ainon Muhammad (1979)

    - Menulis tentang Semantik: Satu Pengenalan Ringkasmenyenaraikansetiap teori semantik mengikut peredaran zamannya dengan mudah.

    Zaharah Kasim (1985)

    - Dalam artikel yang bertajuk, Komponen Makna menjelaskan

    pentingnya peranan semantik untuk menyusun kamus. Mencadangkanteori semantik Katz dan Fodor (1963) dijadikan panduan oleh penyusunkamus.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    34/36

    34

    Zahrah Ghaffur (1986)

    - Membincangkan penerapan teori semantik dalam kerja-kerjapenterjemahan berkomputer.

    Ton Ibrahim (1987)- Membincangkan penerapan teori komponen makna pada katagerak dalam tesis yang bertajuk,Kata kerja Gerak dalam DialekKedah Daripada kajian beliau, Ton telah dapat membezakanfiturnya seperti ke atas, ke bawah, ke belakang, ke tepi, ke dalam,ke luar, dari dan ke. Contoh: Kata arah ke atas adalah seperti yang

    berikut:- angkat, angkut,/ lompat, loncat,/ lambung, dan julang

    Asmah Hj Omar (1990)

    - Menunjukkan penerapan teori semantik dalam menerangkankonsep konflik dan penyelesaian konflik.

    Contoh: berkelahi, bertengkar, bergaduh,

    berbabil, berbalah, bersengketa,

    bergeser, membangkang, melawan, berlawan

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    35/36

    35

    Aishah Mahdi (1991)

    - Dalam tesis sarjananya yang berjudul, Kata Pinjaman

    Tulen Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia: SatuKajian Semantik menerapkan teori semantik analisiskomponen pada kerja-kerja perkamusan.

    - Aishah memberikan contoh bagaimana penyempitan danpengkhususan serta perluasan makna berlaku dalam

    bahasa Melayu. Sebagai contoh perkataan aktor danaktres dikategorikan untuk mereka yang berlakon filemsahaja. Dramatis untuk mereka yang berlakon drama.

  • 7/14/2019 BBM 3206 Unit 13 & 14 Kepentingan Dan Aplikasi Kajian Semantik NSPP

    36/36

    Sekian, terimakasih .

    36

    http://rds.yahoo.com/_ylt=A2KJkK727e9O0kYAFJqjzbkF;_ylu=X3oDMTBpcGszamw0BHNlYwNmcC1pbWcEc2xrA2ltZw--/SIG=14vjb893e/EXP=1324375670/**http:/www.lajollalight.com/2011/03/31/social-calendar-of-benefits-and-fundraisers-of-interest-to-la-jollans-april-1-may-31/roses-photos-2/http://rds.yahoo.com/_ylt=A2KJkK727e9O0kYAFJqjzbkF;_ylu=X3oDMTBpcGszamw0BHNlYwNmcC1pbWcEc2xrA2ltZw--/SIG=14vjb893e/EXP=1324375670/**http:/www.lajollalight.com/2011/03/31/social-calendar-of-benefits-and-fundraisers-of-interest-to-la-jollans-april-1-may-31/roses-photos-2/