tugas fras1

7
TUGAS FRASA Frasa penting untuk menentukan sama ada ayat tersebut gramatis ataupun tidak. Ayat gramatis perlu mempunyai binaan yang terdiri dari subjek dan predikat. Ayat yang tidak mempunyai salah satu dianggap ayat yang tergantung dan tidak lengkap, tidak mempunyai makna dan mengelirukan. SUBJEK Definisi Ialah frasa yang letaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat frasa. Dalam susunan biasa, bahagian subjek diisi oleh frasa nama seperti berikut : SUBJEK PREDIKAT Baju kurung Rathana berwarna hijau lembut Pertandingan itu telah tamat baru tadi Hari guru disambut pada setiap tahun Subjek boleh terdiri dari unsur-unsur berikut : a)Kata Nama Kata nama yang mendahului subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan, contohnya : SUBJEK PREDIKAT Anak itik Berenang-renang di dalam kolam Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan. Puan Mazni bertugas sebagai pensyarah. Lukisan Leonarno da Vinci menarik perhatian pengunjung pameran seni tadi. Kecantikan Pavitharah menawan hati ramai jejaka. b)Kata Ganti Nama

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 21-Dec-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

tugas frasa

TRANSCRIPT

Page 1: TUGAS FRAS1

TUGAS FRASA

Frasa penting untuk menentukan sama ada ayat tersebut gramatis ataupun tidak. Ayat gramatis perlu mempunyai binaan yang terdiri dari subjek dan predikat. Ayat yang tidak mempunyai salah satu dianggap ayat yang tergantung dan tidak lengkap, tidak

mempunyai makna dan mengelirukan.

SUBJEK

DefinisiIalah frasa yang letaknya di hadapan predikat dalam susunan ayat frasa.

Dalam susunan biasa, bahagian subjek diisi oleh frasa nama seperti berikut :

SUBJEK PREDIKATBaju kurung Rathana berwarna hijau lembut

Pertandingan itu telah tamat baru tadiHari guru disambut pada setiap tahun

Subjek boleh terdiri dari unsur-unsur berikut :

a) Kata NamaKata nama yang mendahului subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKATAnak itik Berenang-renang di dalam kolam

Adat perpatih diamalkan di Negeri Sembilan.Puan Mazni bertugas sebagai pensyarah.

Lukisan Leonarno da

Vinci

menarik perhatian pengunjung pameran seni tadi.

Kecantikan Pavitharah

menawan hati ramai jejaka.

b) Kata Ganti NamaKata ganti nama diri dan kata ganti nama tunjuk juga boleh menjadi unsur subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKATKami baru pulang daripada bercuti

semester .Dia merupakan kawan karib saya.Itu Tempat letak kenderaan yang

baru dibina.Ini kawasan istirehat para pengguna

lebuh raya.

Page 2: TUGAS FRAS1

c) Kata Kerja yang berfungsi sebagai Kata NamaTerdapat juga golongan kata kerja yang boleh menjadi subjek iaitu kata ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKATMenonton televisyen

dapat menghiburkan hati.

Mengumpul setem hobinya masa lapang.Bersenam dapat menyihatkan badan.

Menganyam tikar menjadi tradisi keluarga mereka.

d) Kata Adjektif yang berfungsi sebagai Kata NamaTerdapat juga golongan kata adjektif yang boleh menjadi subjek, iaitu kata ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek, contohnya :

SUBJEK PREDIKATSopan santun sifat moral yang patut

diamalkan.Masin boleh mendatangkan penyakit

darah tinggi.Penyayang Sikap yang perlu dipupukkan

PREDIKAT

DefinisiIalah frasa yang letaknya subjek dalam susunan ayat biasa.

Dalam susunan biasa, bahagian predikat boleh diisi oleh frasa-frasa berikut :

a) Predikat Frasa NamaFrasa nama yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata nama terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Nama)Abangnya pegawai kesihatan

Nama anaknya Lidya a/p TamilselvanCeritanya itu dongeng belaka

b) Predikat Frasa KerjaFrasa kerja yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif, kata kerja transitif dan kata kerja terbitan, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Kerja)Semua keluarganya Datang

Mereka Keluar ikut pintu belakangMereka Berjumpa setiap hari

Budak itu TertidurAbang Membeli motosikal bahari

Kucing itu Membersihkan bulunya

Page 3: TUGAS FRAS1

Predikat frasa kerja juga boleh disertai oleh kata bantu, iaitu perkataan yang terletaknya di hadapan kata kerja.Terdapat 2 jenis kata bantu iaitu :

i. Kata Bantu AspekIalah perkataan yang menerangkan sesuatu perbuatan yang ada kaitannya dengan masa, contohnya : Akan dan belum – menunjukkan perbuatan yang belum dilakukan, contohnya :

Mereka akan berlumba sekejap lagi.Kami belum makan lagi.

Sedang dan masih – menunjukkan sesuatu perbuatan itu sedang dan belum selesai dilakukan, contohnya :Murid-murid sedang berbaris dalam dua barisan.Kakak masih menuntut di universiti.

Sudah, telah dan pernah – menunjukkan sesuatu perbuatan itu telah selesai dilakukan, contohnya :Kerja rumahnya sudah siap petang tadi.Ibu telah memasak makanan kegemaran saya.Keluarganya pernah menetap di Singapura.

ii. Kata Bantu RagamIalah perkataan yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Contohnya adalah seperti berikut : Kami hendak balik ke kampung. Pelukis itu mahu menyiapkan lukisannya. Kita harus bertolak-ansur antara satu sama lain. Setiap orang mesti menghormati ibubapa.

c) Predikat Frasa AdjektifFrasa adjektif yang menjadi unsur predikat boleh terdiri daripada kata adjektif asal atau kata adjektif ganda, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Adjektif)Bayi itu Comel

Baju kebayanya LabuhPerpustakaan itu Luas

Beg sekolah mereka Berat-beratKereta berhias itu Cantik-cantik

Kata adjektif juga boleh disertai oleh kata bandingan lebih dan paling serta imbuhan ter- yang juga membawa maksud paling, contohnya : Emas lebih mahal daripada perak Tulisannya paling cantik antara kawan-kawannya. Novel itu terlaris pada tahun ini.

Page 4: TUGAS FRAS1

d) Predikat Frasa Sendi NamaFrasa sendi nama yang menjadi unsur predikat terdiri daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa, contohnya :

SUBJEK PREDIKAT (Frasa Sendi Nama)

Ibu pejabatnya Di PutrajayaAnak bongsunya Ke Insitut pendidikan

perguruanPenggilan telefon itu Daripada saudaranya.

Bungkusan itu Untuk perwira Negara

OBJEK

DefinisiIalah bentuk kata nama atau sederetan kata nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja transitif.

Objek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama, contohnya :

SUBJEK FRASA KERJA KETERANGANKata Kerja Transitif Objek

Ayah Membeli Kereta BaharuIbu Membuka Bungkusan -Ali Menghadiahi Nani Cincin berlianGuru Menasihati Mereka -

Terdapat 2 jenis objek seperti berikut :a) Objek Tepat

Iaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut langsung kepada kata kerja, contohnya : Pustakawan itu menyusun buku di rak. Pekebun itu mengusahakan ladang sayur-sayuran. Adik membaca buku rujukan.

b) Objek SipiIaitu bentuk kata nama yang menjadi penyambut tidak langsung kepada kata kerja, contohnya : Ibu membelikan nenek sebiji betik. Sultan menghadiahi Laksamana sepersalinan pakaian. Ayah membelikan seutas jam tangan.

UNSUR KETERANGAN

DefinisiIalah unsur yang lazimnya terdapat dalam frasa kerja dan bertugas untuk menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut.

Dalam susunan ayat biasa, unsur keterangan hadir selepas kata kerja tak transitif atau selepas objek bagi kata kerja transitif.Unsur keterangan boleh terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif dan frasa nama, contohnya :

Page 5: TUGAS FRAS1

SUBJEK FRASA KERJA KETERANGANKata Kerja Objek

Pelumba itu Menungang Motosikal Dengan lajuGuru Menerima Hadiah Daripada muridPewangi itu Berbau - Sungguh harumSungai itu Mengalir - Deras sekaliPelancong itu Tiba - Malam tadiDatuk Bercerita - Kisah lama

Unsur keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan maknanya. Antaranya ialah :a) Keterangan tempat atau arah

Menerangkan lokasi terjadinya sesuatu peristiwa atau keadaan menggunakan kata sendi nama di, dari, daripada, ke, kepada dan pada

b) Keterangan waktuMenerangkan waktu berlakunya sesuatu hal atau kejadian menggunakan kata sendi nama pada, dalam, sejak dan hingga

c) Keterangan tujuan dan harapanMenerangkan maksud sesuatu perbuatan atau kejadian menggunakan kata sendi nama demi, untuk dan bagi

d) Keterangan caraMenerangkan cara perbuatan dilakukan, iaitu yang terdiri daripada kata adjektif atau kata sendi nama dengan

e) Keterangan alatMenerangkan alat atau perkakas yang digunakan bagi melakukan sesuatu menggunakan kata sendi nama dengan

f) Keterangan penyertaanMenerangkan maksud ikut serta atau turut bersama-sama dengan menggunakan kata sendi nama dengan,

g) Keterangan halMenerangkan hal atau keadaan menggunakan kata sendi nama tentang, mengenai dan terhadap,

h) Keterangan bagaiMenerangkan persamaan atau ciri keserupaan menggunakan kata sendi nama seperti, bagai, sebagai dan bak