topik2 smp

14
TOPIK 2 PERSPEKTIF TEORI PENGENALAN Kreativiti merupakan salah satu elemen yang penting dalam mana-mana sesebuah organisasi dan negara untuk terus survive dan berdaya maju pada peringkat dunia. Justeru, perkembangan kreativiti haruslah dipupuk sejak kecil lagi serta diberi penekanan dalam sistem pendidikan agar Malaysia secara khususnya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Jika kita perhatikan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Singapura memandang berat mata pelajaran kreativiti dalam sistem pendidikannya. Saban tahun, negara- negara yang dimaksudkan akan menganjurkan pelbagai pertandingan bagi menggalak perkembangan kreativiti. Oleh itu, dalam Topik 2 ini kita akan membincangkan kaedah-kaedah yang telah digunakan dalam perkembangan kreativiti serta mengenali ciri-ciri kreativiti. Kita juga akan membincangkan proses kreatif serta mengenali bahagian hemisfera otak dalam perkembangan kreativiti. T T o o p p i i k k 2 2 Pendekatan dan Proses Kreativiti HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan maksud kreativiti dan boleh memberikan satu definisi yang umum; 2. Menghuraikan beberapa ciri kreativiti yang penting; 3. Menjelaskan proses dan penghasilan kreativiti serta pengujiannya; 4. Membincangkan model kreativiti yang dikemukakan oleh Wallas; 5. Menerangkan hubungan antara konsep pengalaman dan konsep kreativiti; dan 6. Membezakan fungsi otak kiri dan otak kanan dalam perkembangan kreativiti.

Upload: rainis

Post on 19-Jan-2016

41 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PRA 3053

TRANSCRIPT

Page 1: topik2 SMP

TOPIK 2 PERSPEKTIF TEORI

PENGENALAN

Kreativiti merupakan salah satu elemen yang penting dalam mana-mana sesebuah organisasi dan negara untuk terus survive dan berdaya maju pada peringkat dunia. Justeru, perkembangan kreativiti haruslah dipupuk sejak kecil lagi serta diberi penekanan dalam sistem pendidikan agar Malaysia secara khususnya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain. Jika kita perhatikan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Singapura memandang berat mata pelajaran kreativiti dalam sistem pendidikannya. Saban tahun, negara-negara yang dimaksudkan akan menganjurkan pelbagai pertandingan bagi menggalak perkembangan kreativiti. Oleh itu, dalam Topik 2 ini kita akan membincangkan kaedah-kaedah yang telah digunakan dalam perkembangan kreativiti serta mengenali ciri-ciri kreativiti. Kita juga akan membincangkan proses kreatif serta mengenali bahagian hemisfera otak dalam perkembangan kreativiti.

TTooppiikk 22 Pendekatandan ProsesKreativiti

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menjelaskan maksud kreativiti dan boleh memberikan satu definisi

yang umum; 2. Menghuraikan beberapa ciri kreativiti yang penting; 3. Menjelaskan proses dan penghasilan kreativiti serta pengujiannya; 4. Membincangkan model kreativiti yang dikemukakan oleh Wallas; 5. Menerangkan hubungan antara konsep pengalaman dan konsep

kreativiti; dan 6. Membezakan fungsi otak kiri dan otak kanan dalam perkembangan

kreativiti.

Page 2: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 17

2.1 KREATIVITI

Setiap kanak-kanak normal mempunyai lima deria iaitu deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat dan deria sentuh. Penggunaan deria yang baik akan dapat melahirkan kanak-kanak yang mampu membuat pemerhatian secara aktif, dan ianya menggalakkan interaksi yang kritis dan kreatif dengan alam, alat dan bahan. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk melahirkan perasaan dan mengembangkan daya kreativiti mereka melalui lukisan, kraf tangan, muzik, nyanyian, pergerakan kreatif, puisi dan drama. Penglibatan aktif dan proses aktiviti yang berkesan berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak, di samping memupuk kreativiti, dan nilai estetika.

2.1.1 Definisi Kreativiti

Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.

Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu „creare‰ yang membawa maksud „membuat.‰ Manakala daripada perkataan Greek pula „creare‰bermaksud „memenuhi.‰ Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya.

2.1.2 Kerangka Pemikiran Kreatif Torrance

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti. Beliau juga telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

Page 3: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 18

Ellis Paul Torrance dikenali kerana kajian pelopor beliau dalam bidang kreativiti. Dalam model beliau yang dinamakan The Thereshold Hypothesis, beliau cuba mencari hubungan antara kreativiti dan kecerdasan. Ellis Paul Torrance mendapati bahawa orang yang mempunyai daya kreativiti tinggi biasanya mempunyai kecerdasan intelek yang tinggi. Walau bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai. Sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi daya kreatif tersebut.

Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai suatu proses menjadi sensitif kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian, membuat andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji semula hipotesis, cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya membuat generalisasi terhadap dapatan kajian.

Pada tahun 1976, Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative Thinking. Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu:

i. KKefasihan (Fluency)Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah menyenaraikan beberapa kegunaan sebuah botol air mineral.

ii. KKeanjalan (Flexibility) Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari

perspektif yang berlainan serta penggunaan pelbagai kaedah dan pendekatan. Aplikasinya ialah membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.

iii. KKeaslian (Originality) Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian

juga merupakan kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara menunggang basikal yang berlainan daripada kebiasaan.

iv. HHuraian (Elaboration) Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkan

butir-butir lanjut supaya lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti menceritakan dengan terperinci hari pertama anda ke Sekolah. Gunakan sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat huraian.

Page 4: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 19

2.1.3 Ciri-ciri Kreativiti

Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri-ciri kreativiti. Ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1:

Rajah 2.1: Empat ciri kreativiti

Huraiannya adalah seperti berikut:

i. PPenggunaan Imaginasi Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu

yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif.

Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran kreatif adalah kebolehan membuat hubungan

Semak Kendiri 2.1

a. Terangkan secara ringkas pandangan Torrance mengenai kreativiti. b. Senaraikan dan jelaskan aspek ujian kreativiti Torrance.

Page 5: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 20

yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.

Pada abad ke 15, Leonardo Da Vincimerupakan orang yang pertama mengkajisecara terperinci bagaimana manusia bolehmembina sebuah jentera untuk terbang. Diamendapat idea penerbangan daripadausaha mengkaji burung. Walaupun diatidak berjaya membina jentera terbangnyayang diberi nama “Ornithoper”, idea ideadan lukisannya dikaji semula oleh peloporpelopor kaji terbang pada abad ke 19.Ekoran daripada itu, penciptaan helikopterzaman moden adalah berdasarkan konsepbeliau.

ii. MMempunyai Tujuan Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri.

iii. BBersifat Asli Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan.

Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu: Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan

dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu. Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil

kerja rakan-rakannya.

Leonardo Da Vinci Sumber:

http://www.hschamberlain.net/kant/leonardo.jpg

Page 6: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 21

Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.

Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global.

iv. BBernilai Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang

kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut.. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.

2.2 PROSES KREATIF

Proses kreatif ialah proses mencipta sesuatu dan dalam konteks kreativiti ini, proses kreatif adalah mencipta hasil kreativiti yang mungkin berupa lukisan, catan, kolaj, mural, anyaman, arca, lakaran atau binaan. Kreativiti memerlukan proses, iaitu proses kreatif.

2.2.1 Proses Dan Penghasilan

Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau peristiwa. Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik, menjalankan uji kaji dan sebagainya. Di sini, kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal di mana kanak-kanak terlibat dalam satu proses aktiviti untuk melahirkan pemikiran secara kreatif. Walaupun terdapat kemahiran dan teknik yang khusus dalam bidang-bidang tertentu, kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali secara umum beberapa ciri proses kreativiti.

Bincangkan ciri-ciri kreativiti serta berikan contoh anda sendiri.

Semak Kendiri 2.2

Page 7: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 22

2.2.2 Pengalaman dan Pengujian Kreativiti

Teresa M. McDevitt (2004), menyatakan bahawa sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara kreatif. Mereka banyak belajar melalui pengalaman dan meneroka. Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni. Adalah menjadi tugas orang dewasa di sekelilingnya untuk memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka dan bereksperimen.

Bagaimanakah menguji kreativiti? Pengujian kreativiti dilakukan berdasarkan beberapa sebab dalam pelbagai konteks termasuk industri, sekolah kerajaan dan organisasi penyelidikan. Pengujian kreativiti boleh dilaksanakan untuk menapis calon-calon untuk pekerjaan, promosi atau tugasan tertentu. Organisasi boleh menggunakannya untuk mengenal pasti kebolehan individu yang berpotensi tinggi. Di sekolah, ia digunakan untuk mengenali murid yang berbakat atau berkebolehan untuk dilibatkan dalam program-program khas. Mengenali tahap kreativiti murid juga boleh membantu guru supaya lebih memahami kebolehan muridnya. Dengan ini guru berpeluang merancang pengajaran supaya memaksimumkan kebolehan-kebolehan ini.

Terdapat tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti iaitu :

i. KKaedah Psikometrik Kaedah pengujian ini dijalankan menggunakan instrumen pengukuran seperti banci, borang soal selidik dan statik untuk mengukur kreativiti secara saintifik. Kaedah ini biasanya dilakukan dengan mengaitkan tiga aspek kreativiti manusia iaitu perlakuan, personaliti dan kognitif.

ii. KKaedah Historiometrik Kaedah ini menggunakan maklumat dari dokumen-dokumen lama yang mengandungi ciri-ciri yang dimiliki oleh individu tokoh sejarah yang memiliki daya kreativiti yang tinggi dalam pelbagai bidang seperti Mozart, Newton, Monet dan sebagainya. Maklumat ini digunakan sebagai kriteria pengukuran kreativiti.

iii. KKaedah Biografi Kaedah biografi lebih kurang sama dengan kaedah historiometrik di mana kajian dijalankan terhadap ciri-ciri kreativiti yang dimiliki oleh pencipta terkenal. Perbezaan adalah dari segi kaedah pengukuran di mana historiometrik menggunakan kaedah saintifik dan secara empirikal. Manakala kaedah biografi menggunakan kajian kes yang lebih berbentuk naratif.

Page 8: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 23

2.2.3 Model Wallas

Graham Wallas (31 Mei 1858 - 9 Ogos 1932) (Rajah 2.3) ialah seorang sosialis Inggeris, seorang pakar psikologi, dan seorang tokoh akademik. Graham Wallas banyak mengemukakan idea berkaitan dengan proses pemikiran kreatif.

Model proses kreativiti oleh Graham Wallas merupakan salah satu yang paling awal diperkenalkan pada tahun 1926. Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:

i. PPenyediaan Pada peringkat ini, minda difokuskan kepada isu atau

masalah dan dianalisis atau diteroka. Peringkat ini biasanya melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka kasar, mendrafkan soalan dan idea-idea awal.

ii. PPengeraman Pada peringkat ini individu menangguhkan proses kreatif buat seketika

dan melakukan perkara-perkara lain terlebih dahulu. Mereka membiarkan idea tersebut mengeram dalam mindanya. Apabila kembali semula kepada idea tersebut kemungkinan besar terwujud secara tidak langsung, tanpa disedari, perspektif-perspektif baru terhadap idea awal tadi.

iii. IIntimasi Individu yang kreatif merasakan suatu pengalaman baru di mana dia

merasakan sedang dalam perjalanan menyelesaikan masalah tersebut. Peringkat ini masih berada pada tahap tidak sedar.

iv. IIluminasi Pada peringkat ini idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam

keadaan sedar. Mereka tiba-tiba mendapat idea bagaimana menyelesaikan sesuatu masalah. Pada peringkat ini individu melalui proses mengenal pasti karakter.

v. VVerifikasi Pada peringkat ini idea tersebut telah disahkan, dihurai dan diaplikasikan.

Perkembangan kreativiti boleh dilihat dari sudut penggunaan daya imaginasi, penerokaan dan hubungan baru. Perkembangan kreativiti lazimnya memfokuskan kepada ciri-ciri perkembangan yang bersifat kreatif dan ekspresif melalui imaginasi dan pemikiran. Oleh itu, boleh dikatakan model kreativiti

Rajah 2.3: Graham Wallas

http://en.wikipedia.org/wiki/Grah

am_Wallas

Page 9: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 24

Wallas pada dasarnya percaya bahawa pemikiran kreatif merupakan suatu proses bersifat analitik yang tidak disedari dan yang tidak boleh dikawal.

2.3 BAHAGIAN HEMISFERA OTAK

Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang pernah dikenal di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat oleh tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun.

2.3.1 Hubungan antara dengan Konsep Kreativiti, Otak kIri dan Otak Kanan

Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza (lihat Rajah 2.4).

Rajah 2.4: Fungsi otak kiri dan kanan Sumber: http://library.thinkquest.org

Mengikut teori Wallas, apakah perbezaan antara peringkat intimasi dan illuminasi dalam proses kreativiti?

Semak Kendiri 2.3

Page 10: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 25

Bahagian otak kiri memproses maklumat secara rasional dan logikal serta bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal.

Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat lama (long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan, misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi akan terganggu .

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.

Kebanyakan kanak-kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan. Kanak-kanak pada tahun-tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau, dan suara yang sudah dikenali. Dalam proses membesar, hubungan antara dua belahan otak mula terbentuk dan mereka mula memperlihatkan kemampuan kognitif yang lebih baik pada belahan otak kanan, kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri. Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan, dan daya imaginasi.

Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanak yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994). Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian.

Terdapat bukti kajian yang menunjukkan bahawa terdapat pesakit aphasia yang hilang fungsi otak kiri tetapi mereka masih boleh memproses aktiviti-aktiviti mental yang dikuasai oleh bahagian itu. Contohnya, penggunaan bahasa. Cuba anda fikirkan, bagaimana keadaan ini boleh berlaku?

Aktiviti 2.1

Page 11: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 26

2.3.2 Konsep Kreativiti Berpandu

Konsep Kreativiti Berpandu diperkenalkan oleh Paul E Plsek. Kreativiti Berpandu didefinisikan sebagai penghasilan dan penggunaan idea-idea kreatif berkaitan dengan sesuatu topik yang khusus. Penyokong konsep ini percaya bahawa semua orang mempunyai potensi untuk pemikiran kreatif tetapi ramai yang tidak tahu menggunakannya secara efektif. Mereka percaya bahawa manusia boleh berfikir bahawa semua orang mempunyai keupayaan berfikir secara kreatif.

Salah satu daripada perkara yang dianggap menyekat penghasilan idea-idea kreatif adalah pengalaman. Perspektif manusia sering dipengaruhi oleh pengalaman yang membolehkan seseorang mendapat dan membina perspektif baru. Kanak-kanak yang mempunyai daya kreatif gemar melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti seni. Mereka boleh melukis, menghasilkan kraf tangan, suka muzik dan nyanyian. Kanak-kanak juga boleh melibatkan diri dalam aktiviti berunsur drama, puisi dan lakonan yang membolehkan kanak-kanak menyatakan idea dan ekspresi serta melahirkan perspektif baru terhadap aktiviti berkenaan.

Rajah 2.5 menunjukkan Model Kitaran Kreativiti Berpandu. Di dalam rajah menunjukkan anak panah bermula dari arah tengah kanan bulatan yang menyatakan maksud bahawa manusia hidup setiap hari di dunia ini seperti orang lain. Walau bagaimanapun, pemikiran kreatif bermula daripada pemerhatian persekitaran dunia itu dengan terperinci dan menganalisis bagaimana sesuatu usaha itu boleh berjaya atau gagal. Model ini mengutarakan konsep tentang perkara-perkara dan situasi-situasi yang ada dalam pemikiran manusia. Dengan menggunakan konsep ini dan hubungan antara elemen-elemen yang ada, seseorang boleh menghasilkan idea-idea baru untuk tujuan yang spesifik. Seterusnya, manusia mampu mengumpulkan dan memperbaiki idea-idea berkenaan serta membuat penilaian yang praktikal.

Page 12: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 27

Rajah 2.5: Model Kitaran Kreativiti Berpandu Sumber: Paul E. Plsek, (1997)

Akhirnya, idea-idea tersebut diaplikasikan atau digunakan dalam kehidupan seharian. Aplikasi ini akan memberi kesan kepada persekitaran hidup manusia dan kitaran pemerhatian serta proses analisis bermula semula.

Bagi memudahkan pemahaman, model kitaran ini dibahagikan kepada empat fasa iaitu: i. Persediaan (Preparation) Manusia hidup di dalam persekitaran yang sama dengan orang lain. Tetapi

kemahiran berfikir bermula dengan pemerhatian terhadap persekitaran. Setiap individu perlu bersedia berfikir bagaimana setiap sesuatu berlaku.

ii. Imaginasi (Imagination) Proses mental ini membentuk imaginasi dan menyimpan konsep-konsep

yang dipelajari ke dalam memori. Berdasarkan imaginasi ini, manusia membuat generalisasi idea kepada idea yang lebih spesifik melalui pemikiran yang lebih aktif.

iii. Perkembangan (Developement) Proses ini berkembang menjadi seimbang antara tahap kepuasan dengan

pertimbangan pramatang. Kemudiannya, idea-idea ini bersedia untuk melakukan penilaian secara praktik.

iv. Tindakan (Action) Pada peringkat ini, pemikiran yang kreatif sahaja tidak bernilai tanpa

tindakan dan implementasi ke dalam proses pembelajaran. Setiap idea yang baru perlu dipraktikkan perubahannya melalui pemerhatian dan dilakukan analisis.

Page 13: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 28

Kreativiti merujuk kepada keupayaan seseorang memproses maklumat dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan unik.Ellis Paul Torrance merupakan orang yang pertama mencipta kaedah untuk menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Test of Creative Thinking.Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu kefasihan, keanjalan, keaslian dan huraian.Terdapat empat ciri-ciri dalam penghasilan kreativiti iaitu pengurusan imaginasi, mempunyai tujuan, bersifat asli dan bernilai. Proses kreatif merupakan suatu proses mencipta sesuatu dan ini diperlukan dalam kreativiti. Terdapat tiga kaedah utama untuk menguji kreativiti iaitu Kaedah Psikometrik, Kaedah Historiometrik dan Kaedah Biografi. Model proses kreativiti oleh Graham Wallas merupakan salah satu yang paling awal diperkenalkan. Mengikut Wallas, proses kreativiti boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu penyediaan, pengeraman, intimasi, iluminasi dan verifikasi. Kedua belahan otak yang dimiliki oleh manusia merupakan dua bahagian yang saling berhubung kait. Kedua belahan otak tersebut mempunyai hubungan walaupun setiap belahan otak memiliki fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain.

Pemikiran kreatif corpus callosumBahagian otak kanan Bahagian otak kiri Imaginasi Proses pemikiran kreatif

Fikirkan tiga aktiviti yang boleh anda laksanakan di dalam bilik darjah untuk mengembangkan pemikiran kreatif kanak-kanak.

Aktiviti 2.2

Page 14: topik2 SMP

TOPIK 2 PENDEKATAN DAN PROSES KREATIVITI 29

Edward de Bon. (1994). Serious creativity: Using the power of lateral thinking to create new ideas. New York: Harper-Collins.

Gruber, H.E. (1981). Darwin on man: A Psychologycal study of scienctific creativity. (2nd ed.). Chicago: University of Chicagi Press.

Harvey, O.J., Hoffmeister J.K, Ciates, C., & White J.B. (1979). A partial Evaluation of TorranceÊs test of creativity. American Educational Research Journal, Vol 7 (3), pp. 359-372.

James M. Higgins. (2001). Creative problem solving technicques: The handbook of new ideas for business. New management Publishing Company.

Paul E. Plsek. (1997). Creativity, innovations and quality. ASQC Quality Press.

Rothenberg, A & Hausmen, C. (1976). The creativity question. Durham: Duke University press.

Srernberg, R.J., Kaufmann, J.C and Pretz, J.E. (2002). The creativity conundrum. New York: Pyschilogy Press.

Teresa M. McDevitt (2004), Child development. Pearson Education, Inc.

Torrance, E.P, (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its growth. In J. Kagan, ed., Creativity learning, Bostom: Houghton Mifflin. p.p 73-91.