topik 1.1-pemikiran&gaya pemikiran

Upload: halwa-wana

Post on 14-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ip

TRANSCRIPT

Slide 1

PEMIKIRAN DAN GAYA PEMIKIRAN BAHAGIAN OTAK MANAKAH YANG PALING BERPENGARUH KEPADA CARA ANDA BERFIKIR ?

HEMISFERA KIRI

-Struktur-Analitikal-Kritis-Objektif-Logik-Rasional-Fakta-Terperinci-Perancangan-ProsedurHEMISFERA KANAN

Tidak struktur.Holistik.Kreatif.Subjektif.Imaginatif.Visi.Intuisi.Emosi.Kerohanian.

3PEMIKIRAN DAN GAYA PEMIKIRAN

DEFINISI PEMIKIRAN

DEFINISI PEMIKIRANPemikiran ialah aktiviti mental dalam sesuatu proses untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

- Dewey,1910Pemikiran ialah penggunaan simbol, gambar, perkataan,pengamatan dan konsep yang diterima melalui deria dan ditafsir untuk membentuk makna atau konsep.- Davidoff, 1979

Pemikiran ialah proses dalaman yang pantas, sama ada secara sedar atau tidak sedar terhadap rangsangan luaryang diterima melalui deria. - William W.Wilen, 1994

DEFINISI PEMIKIRANDari perspektif Islam, berfikir ialah fungsi akal yangmengawal tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Tenaga ini diperoleh melalui tafakur.KESIMPULAN:

Pemikiran ialah suatu proses menggunakan minda untukMencari makna dan penyelesaian sesuatu masalah Menggunakan pelbagai cara, membuat pertimbangan danKeputusan serta refleksi yang logikal dan munasabahTerhadap proses yang dialami.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

1. Pemikiran Konvergen2. Pemikiran Divergen3. Pemikiran Menegak4. Pemikiran Mendatar5. Pemikiran Kritis6. Pemikiran Kreatif7. Pemikiran Reflektif

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Konvergen:

Daya berfikir yang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi secara logik untuk menghasilkan satu idea atau jawapan yang lazim.

Dikenali juga sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu atau pemikiran kritis mengguna kan cara analisis, induktif atau deduktif.

Ia tidak melibatkan pencetusan idea/jawapan yang berbeza.

MasalahTertutupPemikiran Konvergenberdasarkanpengetahuan,pengalamansedia ada.JawapanTunggal

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

BAGAIMANAKAH CARA MENINGKATKAN PEMIKIRANKONVERGEN DALAM P & P ?

@ Memberi soalan-soalan tertutup yang menekankan satu jawapan/cadangan/cara penyelesaian sahaja.

@ Memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas dan lengkap. Tumpukan pembelajaran kepada perkara-perkara fakta dan teknikal

@ Menggunakan teknik penyoalan tertutup/berstruktur.

@ Menggunakan kaedah induktif dan deduktif untuk menggalakkan pemikiran divergen.

@ Berikan soalan-soalan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-konsep tertentu demi memperoleh jawapan yang tepat.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Divergen:

Daya fikir yang tidak dikongkong pengetahuan ataupengalaman sedia ada, tetapi berfikir secara kreatif,untuk mencari idea atau cara baru bagi menyelesaikanmasalah yang mempunyai pelbagai jawapan/cara.

Dikenali juga sebagai pemikiran kreatif, lateral ataubercapah kerana menggunakan intuisi dan celik akalsupaya masalah dapat diselesaikan dengan pelbagaicara yang unik dan luar biasa serta asli/tulen.

MasalahTerbuka/bercapahPemikiran DivergenMelalui intuisi/celik akalPelbagaiPenyelesaianYangWajar

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

BAGAIMANAKAH CARA MENINGKATKAN PEMIKIRANDIVERGEN DALAM P & P ?

@ memberi soalan-soalan bercapah /terbuka yang menekankan pelbagai jawapan/cara penyelesaian.

@ Memberi kebebasan kepada murid menggunakan cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah terbuka

@ Menggunakan kaedah kumpulan, perbincangan, sumbangsaran sebagai strategi P&P.

@ Menggalakkan murid mengeluarkan idea kreatifnya

@ Mendengar, menerima dan memuji cadangan atau idea yang kreatif daripada murid.4321Rajah di atas menunjukkan empat buah buku yang telah disusun di atas sebuah rak. Setiap buku berukuran 5 sm tebal. Sekiranya seekor ulat ( X ) menebuk lubang darimuka surat pertama Jilid 1 dan berjalan hingga ke muka surat akhir Jilid 4, berapakah Jarak yang telah dilalui ulat ( X ) itu ?X -5 sm -

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Menegak (Vertical thinking):

Daya fikir yang berfokus kepada satu cara atau ideapenyelesaian masalah dengan membuat penerokaanyang mendalam serta terperinci terhadapnya.

Merupakan pemikiran yang berpandu yang merangkumipemikiran kritis, induktif dan deduktif.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Mendatar (Lateral thinking):

Daya fikir yang melihat sesuatu masalah itu dariperspektif yang pelbagai bagi mendapatkan cara penyelesaian yang bebas.

Merupakan pemikiran yang kreatif yang melibatkanproses pemikiran di luar kotak atau di luar kebiasaan.

Menghasilkan idea atau cara penyelesaian yang luar biasa

Lukis sebuah empat segi sama. Buat 9 titik di dalamnya. Sambung titik-titik itu dengan hanya 4 garisan lurustanpa mengangkat pena anda.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran Kritis:

Berfikir secara kritis bermaksud keupayaan individu berfikir dengan cara menganalisis dan menilai, untuk menentukan sama ada maklumat itu boleh diterima atau tidak.

JENIS-JENIS PEMIKIRAN

Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang berupaya memikir apa yang belum dapat difikirkanoleh orang lain.6. Pemikiran Kreatif:Berfikir secara kreatif merupakan salah satu daripada operasi kognitif untuk menjana idea-idea baru yang dapat digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau menghasilkan ciptaan baru.

JENIS-JENIS PEMIKIRANPemikiran Reflektif:

Daya berfikir yang memerlukan seseorang menggabungjalin idea-idea dengan pengalaman lalu atau terkini menerusi proses penilaian kendiri, penyoalan kendiri,bagi menghasilkan sesuatu keputusan/jawapankepada permasalahan.

Pemikiran reflektif diguna untuk menilai semulakeberkesanan tindakan yang diambil dan membuatcadangan penambahbaikan hasil daripada pemikiranreflektif tersebut.

BAGAIMANAKAH ANDADAPAT MEMBANTU MURID-MURID ANDAMENINGKATKANKEMAHIRAN MEREKA BERFIKIR ?

Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan murid berhujah, mengkritik,dan memberi kebebasanmengeluarkan pendapat yang berbeza daripadapandangan orang lain.

Pendidikan berorientasikan isu, dilema dan konfliksangat penting bagi mendedahkan murid kepadapengalaman sosial serta menjadikan mereka lebihkritikal.

Galakkan mereka berfikir daripada menerima bulat-bulat apa yang dipelajari.

Aktiviti pembelajaran bermula dari tahap pemikiranyang rendah kepada yang tinggi (berpandukantaksonomi berfikir).

Galakkan murid membuat,merekacipta, mengubahsuai dan meneroka sesuatu yang berlainan.

Sedikan ruang untuk proses pembelajaran yangberbentuk penyelidikan, ujikaji, projek sertapenyiasatan.

Guru perlu mengamalkan teknik menyoal yang dapat mengembangkan kemahiran berfikir iaitu;- soalan mengingat kembali- soalan aplikasi- soalan menilai- soalan membuat keputusan

Pengkritikan diri (self criticism) unsur kritikan perlu dilakukan agar dapat mengembangkan minda murid secara lebih kritis.

Menyediakan ruang kepada murid untuk melahirkanperasaan dalam pelbagai cara dan tindakan yangterkawal.10. Meningkatkan daya taakulan, keativiti, imaginasi, dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

11. Menekankan kewarasan dan rasionaliti dalammembuat pertimbangan dan keputusan.

12. Penekanan pengajaran kepada penyelesaianmasalah yang membincangkan isu kritikal,pemikiran logikal, mendapatkan insight tentang isu yang tersirat, membuat pendedahan dan sebagainya.

13. Terima pandangan murid yang bercanggah dan pandangan yang berbeza

.

14. Galakkan budaya membaca kerana membaca adalah usaha yang berkesan untuk mengembangkan pemikiran.

15. Kemahiran menulis seperti mengambil nota, membuatnota, menyalin maklumat dan sebaginya turut membantu kemahiran berfikir kerana kecekapanmenulis bergantung kepada kecekapan mengingat dsb.

APA TENGOK-TENGOK ???DAHABIS