topik 10 aliran pemikiran semasa

Upload: othman-che-yusoff

Post on 11-Oct-2015

237 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

x

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Topik ini akan membahaskan sepintas lalu kerangka-kerangka aliran pemikiran masa kini. Kemudian, fokus akan diberi kepada pemikiran Islam dalam menghadapi cabaran semasa. Objektif topik ini ialah untuk menjelaskan tentang ancaman-ancaman serius, negatif dan membinasakan yang bersifat universal bawaan Tamadun Barat kepada manusia beragama, terutamanya umat Islam.

    TTooppiikk Aliran Pemikiran Semasa

    1100

    4. Mengkritik ajaran-ajaran yang menyeleweng dan menyesatkan.

    3. Mengembangkan pemikiran Islam dalam menghadapi cabaran-cabaran semasa; dan

    2. Menerangkan aliran-aliran semasa yang mempengaruhi umat Islam;

    1. Menyatakan sejarah kemunculan beberapa aliran pemikiran semasa;

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 178

    PENGENALAN DAN SEJARAH KEMUNCULAN 10.1

    Pemikiran ialah satu proses atau perihal berfikir (memikir). Manakala pemikir merujuk kepada orang yang berfikir atau ahli fikir. Beberapa pola pemikiran atau ideologi telah timbul dalam kerangka berfikir itu. Pada abad ke-20 yang lalu, telah muncul aliran pemikiran semasa yang datang dari Barat seperti Orientalisme, Sekularisme, Liberalisme, Pluralisme dan lain-lain lagi. Gagasan pemikiran modenisme telah digerakkan bertujuan untuk menjadikan umat Islam maju dalam bidang-bidang sains dan teknologi. Namun, fahaman yang berakar dari falsafah Barat ini telah meninggalkan banyak kesan negatif dalam pemikiran umat Islam.

    10.1.1 Pengenalan

    (a) Masalah-masalah besar yang melanda umat mestilah difahami dengan mengambil kira sejarah pertentangan antara Tamadun Islam dan Tamadun Barat.

    (b) Cabaran dan ancaman kepada manusia:

    (i) Dalaman kekeliruan, kesalahan, kedangkalan ilmu, kejahilan.

    (ii) Luaran pengaruh budaya dan tamadun asing.

    (c) Kedua-dua cabaran itu memberikan impak kritikal, serius dan membinasakan kepada manusia beragama.

    (d) Pengalaman kehancuran yang dilalui oleh agama Kristian dalam budaya dan Tamadun Barat harus dijadikan iktibar oleh agama-agama lain.

    10.1.2 Komposisi Pembentukan Tamadun Barat

    (a) Terhasil daripada adunan sifat-sifat kebudayaan, falsafah, nilai dan hasrat hidup Yunani dan Rumawi lama.

    (b) Percampuran dengan unsur-unsur agama Yahudi dan Kristian.

    (c) Perkembangan selanjutnya dibentuk lagi oleh pengaruh bangsa-bangsa Latin, Jerman, Celtic (Inggeris) dan Nordic yang mendiami bahagian utara Eropah.

    (d) Islam telah memberi sumbangan dalam bidang ilmu yang menimbulkan semangat akliah dan ilmiah.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 179

    10.1.3 Inti Pati, Semangat, Sifat dan Tabiat dan Peribadi Tamadun Barat

    Jadual 10.1 menerangkan inti pati, semangat, sifat dan tabiat dan peribadi tamadun Barat dengan lebih lanjut.

    Jadual 10.1: Inti Pati, Semangat, Sifat dan Tabiat dan Peribadi Tamadun Barat

    Rasionalisme Kepercayaan yang kuat kepada kebolehan dan kesempurnaan akal haiwani manusia sebagai pemandu mereka dalam kehidupan. Secara ringkasnya, kepercayaan ini

    Memecah dan menyelesaikan pelbagai masalah dan rahsia

    Memandunya dalam kehidupan di dunia ini

    Merumuskan segala nilai akhlakiah yang sentiasa berubah dan berkembang

    Dualisme

    Pengiktirafan terhadap penduaan hakikat dan kebenaran yang dianggap mutlak dan bertentangan antara satu sama lain. Contoh: subjektif-objektif, empirisisime-rasionalisme, idealisme-realisme, agama-politik, minda-jasad, dunia-akhirat.

    Sekular, Sekularisasi dan Sekularisme

    Penerimaan terhadap hakikat kefanaan sebagai yang sah dan sesuai bagi tabiat serta sifat dan kehidupan insan yang menggambarkan pandangan alam yang sekular.

    Humanisme

    Keutamaan manusia sebagai dasar hidup, tumpuan paling sentral kepada kewujudan manusia ialah pembentukan kehidupan berpandukan akal.

    Kepercayaan dan keyakinan melampau kepada kuasa akal dan autonomi sebagai aspek-aspek asas kepada kewujudan dan penentuan kehidupan manusia.

    Kepercayaan bahawa akal, skeptisisme dan teknik-teknik saintifik sahajalah intrumen untuk mencari kebenaran dan menyusun kehidupan manusia.

    Fahaman Tragedi

    Penerimaan akan hakikat drama dan tragedi yang kononnya merupakan kenyataan sebenar yang melingkari kehidupan manusia.

    Pencarian terus menerus tanpa persuaan dengan apa yang dicari.

    Penuntutan ilmu tanpa kepuasan/perjalanan tanpa kesudahan.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 180

    AKTIVITI 10.1

    Bilakah muncul aliran pemikiran semasa dan apakah kesannya kepada pemikiran Islam?

    ALIRAN-ALIRAN SEMASA 10.2

    Di bahagian ini kita akan menerangkan mengenai aliran orientalisme, sekularisme, liberalisme, pluralisme dan wahabiah.

    10.2.1 Orientalisme

    Orientalis bermaksud golongan yang mengkaji hal-hal ketimuran. Gerakan ini menyerang Islam melalui perkara-perkara berikut:

    (a) Mereka menyerang al-Quran dengan menganggapnya sebagai khayalan Muhammad dan tidak ada hubungannya dengan wahyu

    (b) Mereka menyerang peribadi Rasulullah dan berani juga menikam reputasinya

    (c) Mereka menyerang Sunnah Rasul dengan menyebarluaskan kempen bahawa ia bertentangan dengan akal dan ilmu pengetahuan serta meragukan ilmu dan kesahihan sumbernya

    (d) Mereka menyerang sejarah Islam dengan memutarbelitkan beberapa fakta dan banyak menuduh tokoh-tokoh Islam sebagai pendusta dan pembohong

    (e) Mereka menyerang Islam dengan meremehkan bahasa Arab seolah-olah tidak mempunyai kemampuan untuk melukiskan pendapat dan menyeru supaya bahasa Arab fasih diganti dengan bahasa Arab awam agar boleh memisahkan generasi-generasi Islam yang akan datang daripada warisan Islamnya yang murni dan asli

    Rangka Kerja Orientalis boleh dirumuskan rangka kerja mereka kepada beberapa perkara di bawah:

    (a) Pengajaran di universiti-universiti

    (b) Berusaha mengumpulkan manuskrip dan membuat fihris (senarai)

    (c) Melakukan penyuntingan dan penerbitan

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 181

    (d) Melakukan penterjemahan dari bahasa Arab ke bahasa-bahasa Eropah

    (e) Menulis dalam pelbagai bidang pengajian Arab dan Islam

    AKTIVITI 10.2

    Bincangkan serangan-serangan orientalis terhadap agama Islam.

    10.2.2 Sekularisme

    (a) SSekular

    (i) Berasal daripada bahasa Latin saeculum dengan dua konotasi makna: masa dan tempat, atau lokasi. Dengan kata lain, sekular merujuk kepada masa kini.

    (ii) Oleh itu, daripada memikirkan bahawa dunia ini berubah dan binasa, fahaman sekular menggalakkan manusia memberi keutamaan kepada kehidupan duniawi semata-mata.

    (iii) Kebebasan manusia untuk merubah segala dasar kepercayaannya untuk disesuaikan hanya untuk zamannya dan bagi kepentingan dirinya sahaja.

    (b) SSekularisasi

    (i) Pembebasan manusia daripada kawalan agama dan metafizika ke atas akal-budi dan bahasanya.

    (ii) Pengasingan dunia daripada kefahaman agama atau separa agama terhadapnya.

    (iii) Menyingkirkan semua pandangan hidup yang tertutup, melenyapkan mitos/peranan kuasa ghaib dan perlambangan-perlambangan rohani.

    (iii) Defatalisasi sejarah. (c) SSekularisasi sebagai satu ideologi dan program falsafah

    (i) Pembebasan alam tabii daripada unsur-unsur spiritual ataupun pemisahan makna-makna rohaniah termasuk Tuhan daripada alam tabii.

    (ii) Pemisahan politik daripada unsur-unsur kudus atau penolakan segala sistem nilai dan agama daripada politik dan masyarakat.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 182

    (iii) Penyingkiran nilai-nilai daripada sifat suci, kemuktamadan dan kemutlakan atau penafian kekekalan nilai dalam akal serta perlakuan manusia.

    (d) SSekularisme adalah fahaman yang terhasil daripada proses sekularisasi. (e) SSekularisasinisme

    (i) Fahaman yang tercerna daripada penggabungan ketiga-tiga makna dan proses sekular-sekularisasi-sekularisme.

    (ii) Masyarakat Barat menganggap sekularisasi bukan sekadar proses yang berlaku dalam sejarah, malah menegaskan bahawa sejarah mesti berlaku mengikut acuan sekularisasi itu.

    (f) LLatar belakang sejarah (pengalaman agama Kristian)

    (i) Kedatangan gelombang sekularisasi telah disedari dan diberi amaran oleh tokoh-tokoh agama Kristian dari awal lagi.

    (ii) Fahaman ini dikembangkan oleh golongan intelektual Barat melalui gerakan falsafah yang kemudiannya dirancakkan lagi oleh ahli-ahli teologi Kristian sendiri.

    (iii) Pandangan hidup anjuran Kristian yang tertutup, tegar, penolakan terhadap usaha-usaha saintifik dan pencarian kebenaran berdasarkan rasional akal, keterlibatan dalam urusan politik mempercepatkan lagi penyebaran fahaman sekularisme.

    AKTIVITI 10.3

    Terangkan mengenai sekularisme dan bahayanya kepada pemikiran umat Islam.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 183

    10.2.3 Liberalisme

    Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan meningkatkan kebebasan yang diberi kepada individu. Ciri-ciri:

    (a) Kebebasan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan yang paling sedikit dalam ekonomi politik dan sosial (kebebasan moral).

    (b) Ia mempunyai gagasan-gagasan pemikiran tersebut:

    (i) Individu lebih penting daripada masyarakat

    (ii) Masyarakat wujud untuk individu

    (iii) Individu bebas daripada nilai-nilai agama

    (iv) Oleh kerana ketenteraman masyarakat perlu dipelihara, moral agama digantikan dengan moral etika tetapi itu tidak dapat menyekat krisis demi krisis yang telah timbul dalam masyarakat Barat dalam institusi keluarga, ekonomi, siasah dan masyarakat.

    Penilaian Tentang Liberalisme Jika diteliti, liberalisme amat berbahaya kerana boleh membawa kekecohan dalam agama. Ini disebabkan jika dalam pemikiran agama Islam terikut-ikut konsep liberalisme yang berlaku dalam ajaran Kristian, maka sudah tentu akan membawa kerosakan dan kecelaruan kepada umat Islam. Gerakan liberalisme di Barat dipelopori oleh Martin Luther (1483 1546M). Beliau ialah seorang tokoh dari mazhab Protestan dalam ajaran Kristian. Mazhab Protestant adalah mazhab yang baru dibentuk pada abad ke-16. Salah satu prinsip yang penting dalam mazhab Protestant itu ialah setiap individu Kristian yang sanggup membaca kitab suci Injil berhak mentafsirkannya sendiri. Golongan-golongan reformis Islam ala Barat mengalu-alukan prinsip sebegini dengan alasan untuk memajukan umat Islam. Selanjutnya, para reformis ini menggalakkan agar umat Islam membebaskan diri daripada pentafsiran ulama silam. Dalam hal ini, perlu diingat bahawa Nabi Muhammad sendiri telah meninggalkan pesanan bahawa

    sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan akal fikiran atau tanpa ilmu pengetahuan yang layak maka tempatnya adalah di dalam neraka.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 184

    Hadis ini adalah mutawatir. Apabila ini berlaku, umat Islam akan menghadapi krisis pemikiran yang amat berbahaya yang boleh menjatuhkan umat Islam itu sendiri dan bukannya membawa kepada kemajuan-.

    AKTIVITI 10.4

    Apakah penilaian anda terhadap liberalisme? Terangkan.

    10.2.4 Pluralisme

    Berikut adalah berkenaan dengan pluralisme: (a) Gagasan pluralisme agama-agama didokong kuat oleh pemikiran Islam

    liberal.

    (b) Pendokong gagasan pluralisme agama berhujah bahawa dengan memahami konsep aslama atau pasrah terhadap Tuhan, agama-agama lain adalah sah. Kepasrahan ini dianggap sebagai asas kebenaran bagi semua agama.

    (c) Mereka juga berhujah dengan al-Quran (Surah al-Ankabut: 46) dan memberi tafsiran bahawa semua agama yang benar adalah Islam, iaitu dengan berserah diri terhadap Tuhan.

    (d) Mereka mendakwa bahawa jalan kebenaran dan keselamatan bukan terdapat dalam agama Islam sahaja. Bagi mereka, seseorang yang tidak beragama Islam boleh digelar Muslim, kerana agama-agama lain juga adalah jalan yang sah untuk mendapat kebenaran yang sama.

    (e) Mereka mengatakan setiap agama merupakan ekspresi keimanan terhadap tuhan yang sama, dengan mengandaikan bahawa berbagai agama adalah ibarat jari-jari roda dan pusat roda adalah tuhan.

    (f) Mereka menganggap penganut-penganut agama bukan samawi seperti Hinduisme, Buddhisme, Sikh dan lain-lain sebagai Ahlul Kitab.

    (g) Mereka mendakwa keharmonian hidup dalam masyarakat beragama akan wujud melalui pluralisme agama.

    (h) Mereka berpendapat bahawa seseorang itu tidak boleh mendakwa kebenaran hanya berada dalam agamanya sahaja.

    (i) Mereka menafikan kedatangan Islam telah menghapuskan syariat sebelumnya.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 185

    (j) Mereka membenarkan seseorang Muslim keluar meninggalkan paradigma Islam lama yang dianggap mengongkong, dan membangunkan paradigma Islam yang lain, dengan merujuk kepada al-Quran, kitab suci agama lain dan hadis, yang mereka anggap masih selari dengan al-Quran.

    (k) Fatwa-fatwa baru telah muncul di kalangan pendokong pluralisme agama ekoran terdapatnya tafsiran baru mengenai makna pluralisme agama, yang membenarkan bacaan doa bersama antara penganut agama Islam dan semua agama lain, perkahwinan antara agama berlainan dan pewarisan berbeza agama.

    AKTIVITI 10.5

    Nyatakan bagaimanakah seseorang Muslim itu boleh terpengaruh dengan pluralisme.

    10.2.5 Wahabiah

    Berikut adalah berkenaan dengan wahabiah: (a) Wahabiah, disebut juga sebagai Salafi, merupakan satu fahaman yang

    diasaskan oleh Muhammad bin Abd Wahab. Beliau merupakan salah seorang tokoh Islam yang menjadi kontroversi di sepanjang zaman. Ada segolongan yang membenci ajarannya, serta dikaitkan sebagai pembawa ajaran yang dianggap menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah. Manakala ada juga segolongan yang lain menganggap ajarannya tidak lari daripada ajaran Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

    (b) Golongan yang menentang ajaran beliau, antaranya:

    (i) Al-Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, seorang bekas mufti Makkah menyebut dalam kitabnya al-Darar al-Saniyyah fi al-Radd ala al-Wahhabiyah: Muhammad bin Abd Wahab adalah orang yang mula-mula berterus terang mengkafirkan orang Islam semenjak 600 tahun dahulu. Kemudian pendapat itu diikuti oleh ramai pengikutnya.

    (ii) Syeikh Ali Alwi al-Haddad menyebut dalam kitabnya Misbah al-Anam wa Jala al-Zalam bahawa Muhammad bin Abd Wahab mengatakan Allah S.W.T berjisim, menyerupai makhluk ...

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 186

    (c) Penyokong ajaran Wahabi mendakwa bahawa mereka menurut pemikiran Imam Ahmad bin Hanbal, satu Mazhab dalam Ahli Sunnah wal Jamaah. Mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah dalam hukum fiqh kerana menganggap fahaman Wahabi adalah penerusan kepada fahaman Ibn Taymiyyah.

    (d) Berikut adalah antara perkara-perkara yang dilakukan oleh Wahabi:

    (i) Meruntuhkan bangunan di atas kubur Sayidatina Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan makam sahabat-sahabat lain di Baqi kerana membuat binaan di atas perkuburan dilarang oleh Nabi s.a.w.

    (ii) Meruntuhkan bangunan tempat kelahiran Nabi di Suq al-Lail di Makkah kerana menganggapnya sebagai syirik dan membawa kepada penyembahan berhala.

    (iii) Melarang membaca selawat dan memuji Nabi seperti burdah dan berzanji dan menganggapnya sebagai bidaah yang tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w.

    (iv) Melarang menziarahi makam Nabi s.a.w dan berdoa mengadap ke sana kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.

    (v) Melarang perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj yang dianggap sebagai bidaah dan perlu dihapuskan.

    (vi) Melarang al-Quran dilagukan.

    AKTIVITI 10.6

    Bincangkan tentang pemikiran Wahabiah dan perkara-perkara yang telah dilakukan olehnya.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 187

    SEMAK KENDIRI 10.1

    Terangkan pengertian dan ciri-ciri aliran pemikiran berikut:

    (a) Orientalisme

    (b) Sekularisme

    (c) Liberalisme

    (d) Pluralisme

    (e) Wahabiah

    PEMIKIRAN ISLAM DALAM MENGHADAPI CABARAN SEMASA

    Budaya dan tamadun Barat memang merupakan ancaman besar dan cabaran semasa kepada umat Islam kerana inti pati, semangat, perwatakan dan sahsiahnya mampu meruntuhkan asas-asas agama, dasar-dasar akhlak dan mengelirukan mereka. Begitu juga masalah dalaman yang dihadapi umat Islam menjadi cabaran semasa kepada mereka. Menurut Prof. Dr.Syed Muhammad Naquib al-Attas, masalah dalaman umat Islam ini adalah berpunca daripada satu krisis yang dinamakan sebagai kehilangan adab (loss of adab) yang dapat dilihat kesannya berdasarkan gejala-gejala yang timbul dalam masyarakat Islam hari ini. Jadual 10.2 menerangkan adab dan keadilan dan adab dan ilmu dengan lebih lanjut.

    Jadual 10.2: Adab dan Keadilan dan Adab dan Ilmu

    Adab Penerangan

    Adab dan Keadilan

    Kewujudan adab membuahkan keadaan di mana 'Keadilan' (justice) terlaksana.

    Kehilangan adab menggambarkan kekeliruan dan salah faham terhadap ilmu.

    Dalam konteks masyarakat dan umat, kekeliruan tentang Islam dan pandangan hidup yang dipancarkannya menyebabkan kemunculan pemimpin-pemimpin palsu yang akan bermaharajalela merencanakan kezaliman yang berterusan.

    Masalah ini hanya dapat diatasi apabila punca sebenarnya, iaitu kekeliruan dan salah faham terhadap ilmu diselesaikan.

    10.3

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 188

    Adab dan Ilmu

    Ilmu yang benar tidak akan tercapai tanpa adab dalam diri.

    Ilmu tentang Islam dan pandangan hidupnya diasaskan pada Kewibawaan (authority), bersifat Muktamad dan Sempurna. Oleh itu, tidak berhajat kepada perubahan dan pentafsiran mengikut perubahan zaman.

    Pentafsiran dan penjelasan tentang Islam dan pandangan hidupnya disandarkan kepada Kewibawaan Ulama yang mewarisinya daripada para Ulama sebelum mereka bertali temali hinggalah kepada Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita mesti memiliki sikap yang betul terhadap mereka, iaitu hormat, kasih, rasa rendah diri dan kepercayaan secara bijaksana terhadap mereka.

    Sikap ini hanya terhasil apabila seseorang mengenal dan mengiktiraf kewujudan perbezaan darjat dan taraf (hierarki) dalam soal kebijaksanaan, ilmu kerohanian dan martabat akhlak.

    10.3.1 Tiga Golongan dan Ciri-ciri Asas Mereka

    Jadual 10.2 menerangkan tiga golongan dan ciri-ciri asas mereka.

    Jadual 10.2: Tiga Golongan dan Ciri-ciri Asas Mereka

    Golongan Ciri-ciri

    Sekularis tulen/sejati

    Golongan yang memperolehi pendidikan dan inspirasi dari pandangan hidup sekular Barat tetapi amat jahil tentang Islam dan pandangan hidupnya.

    Memegang jawatan strategik dalam masyarakat serta terlibat dalam perencanaan dasar dan pelaksanaannya.

    Amat merbahaya sekiranya tidak diperbetulkan pemikiran mereka.

    Modenis

    Memperoleh inspirasi sebahagiannya daripada Barat dan sebahagian lagi daripada ulama yang rendah kelayakannya.

    Cuba melakukan pembaharuan terhadap umat Islam dengan membawa masuk fahaman Barat.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 189

    Terputus hubungan dengan tradisi Islam yang sebenar serta tidak pula memahami fahaman Barat dengan sebenar.

    Membawa masuk fahaman Barat yang menyesatkan tanpa disedari.

    Tradisionalis

    Ulama yang tidak berwibawa, atau ulama palsu

    Tidak mampu memaparkan keterampilan ulama mujtahidun.

    Menghadkan ilmu kepada persoalan fiqh semata-mata.

    Memperbesarkan perkara remeh-temeh seperti perbezaan antara mazhab.

    (a) KKehilangan Adab dalam Pendidikan

    Berikut adalah beberapa kehilangan adab dalam pendidikan:

    (i) Gejala yang disebutkan di atas terbit daripada ketiadaan Pendidikan Islam yang mencukupi dan sempurna yang membuka jalan kepada kemunculan pemimpin-pemimpin palsu dalam segala bidang.

    (ii) Kekeliruan dan ketidakseimbangan dalam soal ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah menimbulkan banyak masalah apabila Ilmu Fardu Kifayah diutamakan dan Fardu Ain dihadkan pada aspek-aspek tertentu dalam Ilmu Fiqh. Ini selaras dengan penumpuan terhadap aspek kemasyarakatan dan politik yang sering diutarakan oleh golongan Modenis.

    (iii) Tanpa kefahaman yang betul terhadap konsep ilmu Fardu Ain (yang sebenarnya dinamik), umat Islam akan mudah terkeliru dengan kemasukan idea-idea sekular yang datang bersama ilmu-ilmu sains sosial Barat kerana mereka tidak lagi mampu menilai dan menyaring ilmu-ilmu berkenaan yang dihasilkan daripada perspektif masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang berbeza.

    (iv) Tanpa usaha bersungguh-sungguh merubah sistem dan dasar pendidikan sekarang ke arah pendidikan Islam yang tulen, masalah yang menimpa kaum muslimin tidak akan selesai, bahkan akan menjadi semakin parah.

    AKTIVITI 10.7

    Huraikan cabaran-cabaran semasa terhadap umat Islam.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 190

    SEMAK KENDIRI 10.2

    1. Terangkan apakah yang dimaksudkan dengan tamadun Barat.

    2. Apakah cabaran yang paling besar yang dihadapi oleh umat Islam?

    3. Nyatakan pengertian adab dan kesan sekiranya kehilangan adab.

    4. Apakah yang dimaksudkan dengan dualisme?

    AJARAN SESAT DI MALAYSIA 10.4

    Di Malaysia, ada beberapa ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Mereka bergerak sama ada secara individu atau berkumpulan. Di bawah ini akan dibincangkan mengenai ajaran sesat yang berlaku di Malaysia.

    10.4.1 Definisi Ajaran Sesat

    Ajaran sesat adalah sebarang ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran dan amalan Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. (Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, t.t) Menurut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan agama, kerana tidak berusaha untuk mempelajarinya atau orang yang mempunyai pengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya.

    10.4.2 Sejarah Ajaran Sesat di Malaysia

    Berikut adalah berkenaan dengan sejarah ajaran sesat di Malaysia:

    (a) Ajaran amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia mulai bergerak secara senyap-senyap sejak Islam mula bertapak di sini pada abad ke-15 iaitu melalui konsep-konsep:

    (i) Animisme

    (ii) Dinamisme

    (iii) Ajaran Hindu-Buddha

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 191

    (b) Ajaran sesat semakin ketara setelah kedatangan pengaruh Syiah melampau seperti Sabaiyyah, Kaysaniyyah dan Ismailiyyah Batiniyyah dan juga aliran teosofi.

    (c) Ajaran sesat yang paling lama bertapak di negara ini ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Hj. Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain.

    (d) Di Kelantan, ajaran sesat yang dikenali dengan ajaran Subud telah disebarkan dalam tahun 1950-an dan juga ajaran Martabat Tujuh. Ajaran Subud hampir hilang tetapi ajaran Martabat Tujuh dipercayai masih hidup, bukan sahaja di Kelantan malah di negeri-negeri lain.

    (e) Pada akhir tahun 1999, jumlah ajaran sesat telah menjangkau lebih daripada 100 ajaran yang diadukan ke Jabatan Agama di seluruh Malaysia.

    (f) Antara peristiwa-peristiwa yang menggugat ketenteraman dan keselamatan awam berlaku berikutan daripada ajaran sesat ialah:

    (i) 119 Oktober 1974: Seorang daripada kumpulan ajaran sesat 4 Sahabat di Kampung Kedap, Rantau Panjang, Kelantan telah mati ditembak dalam satu pertempuran dengan pasukan keselamatan.

    (ii) 77 Julai 1979: Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan imam masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak (Tn. Hj. Damanhuri b. Hj. Abd. Wahab).

    (iii) 119 Ogos 1979: Pengikut ajaran sesat telah mati terbunuh apabila mereka sedang melakukan pemecahan kuil Hindu di Kerling, Selangor.

    (iv) 116 Oktober 1980: Lapan orang daripada kumpulan ajaran sesat yang dipimpin oleh Ahmad Nasir b. Ismail (Kemboja) telah terbunuh apabila mereka menyerang Balai Polis Batu Pahat dan mencederakan ramai anggota polis, kakitangan balai dan orang awam.

    (v) 11 Februari 1996: Dua orang lelaki warga Indonesia yang menyebarkan ajaran sesat cedera ditembak selepas mengamuk dan cuba mencederakan orang ramai di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu, Sabah.

    (vi) 118 Mac 1996: Pengikut ajaran Tabarani telah memukul Sidek Mohamad iaitu Ketua Kampung, Kampung Pandan Satu, Kuantan, Pahang kerana didakwa menghalang kegiatan mereka.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 192

    10.4.3 Ciri-ciri Ajaran Sesat

    Secara umumnya, ciri-ciri ajaran sesat adalah seperti berikut:

    (a) Mencemarkan kesucian kitab al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w seperti mengubah, mempertikai, memansuhkan al-Quran dan hadis Nabi. Contoh: Ajaran Bahai yang mendakwa ajaran mereka telah memansuhkan semua kitab samawi dengan adanya kitab mereka yang dipanggil al-Bayan.

    (b) Terlalu mendewa-dewakan pemimpin. Contoh: Pengikut ajaran Qadiani yang menganggap pemimpin mereka sebagai jelmaan tuhan.

    (c) Mengubah bentuk atau cara beribadat. Contoh: Ajaran Bahai yang mengurangkan puasa wajib kepada 19 hari dan solat hanya dengan niat sahaja.

    (d) Mendakwa boleh melakukan suatu perkara pelik. Contoh: mendakwa boleh memanggil roh orang mati.

    Secara khususnya, ciri-ciri yang didapati dalam ajaran-ajaran sesat di Malaysia adalah seperti berikut:

    (a) Mendakwa diri atau gurunya sebagai Nabi atau wakilnya dan mendakwa menerima wahyu

    (b) Mendakwa diri atau gurunya sebagai Imam al-Mahdi atau mempercayai bahawa orang-orang tertentu tidak mati dan akan muncul sebagai manusia yang istimewa seperti Imam al-Mahdi dan sebagainya

    (c) Percaya bahawa roh orang yang mati menjelma semula ke dalam jasad orang yang masih hidup

    (d) Mendakwa bahawa pengikut-pengikut ajaran/tarekatnya sahaja yang dijamin masuk syurga

    (e) Mendakwa bahawa gurunya memegang kunci pintu syurga

    (f) Percaya bahawa gurunya boleh menebus dosa dengan wang

    (g) Menyebarkan ajaran bahawa semua agama adalah sama

    (h) Percaya bahawa orang yang telah mati boleh memberi pertolongan apabila diseru namanya

    (i) Memohon kepada batu, cincin dan sebagainya untuk sampai kepada tuhan

    (j) Nikah batin dengan tujuan untuk mendapat anak yang soleh anak-anak hakikat

    (k) Mengaku bahawa Allah menjelma di dalam diri

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 193

    (l) Mendakwa bahawa dirinya sebagai wakil Nabi yang boleh memberi syafaat kepada muridnya

    (m) Menyebarkan ajaran bahawa ajaran atau tarekatnya yang diamal sekarang diambil terus daripada Rasulullah s.a.w secara jaga (Yaqazah)

    (n) Percaya bahawa seseorang itu boleh berhubung dengan Allah melalui Nur Muhammad yang berada di dalam dirinya dan dengan demikian didakwa pasti masuk syurga

    (o) Membuat syariat baru dengan memansuhkan sembahyang, puasa, haji dan dan lain-lain syariat atau menganggap bahawa bila sampai kepada hakikat, maka tidak perlu lagi syariat

    (p) Berfahaman bahawa boleh meninggalkan sembahyang Jumaat kerana mengamalkan suluk

    (q) Menyebarkan ajaran bahawa ibadat haji boleh ditunaikan di mana-mana tempat, tidak semestinya di Makkah

    (r) Mengubah ayat al-Quran dan maksudnya

    (s) Percaya bahawa azimat (tangkal) boleh memberi kesan

    10.4.4 Faktor-faktor Berlakunya Ajaran Sesat

    Antara faktor-faktor berlakunya ajaran sesat adalah seperti berikut:

    (a) Tasawuf Falsafah atau Teosofi

    (b) Ajaran Batiniah

    (c) Ajaran Syiah

    (d) Khurafat, Amalan Bomoh dan Tradisi

    (e) Usaha menjauhkan umat Islam dari al-Quran dan al-Sunnah

    10.4.5 Langkah Menangani Ajaran Sesat

    Antara langkah-langkah menangani ajaran sesat adalah seperti berikut:

    (a) Melengkapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar

    (b) Menyebarkan Islam

    (c) Kerjasama dalam penguatkuasaan undang-undang

    (d) Program pemulihan akidah

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 194

    10.4.6 Contoh Ajaran Sesat

    Berikut adalah tiga contoh ajaran sesat: (a) QQadiani

    (i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh MMirza Ghulam Ahmad pada 1889.

    (ii) Digelar Qadiani sempena tempat lahir pengasasnya iaitu Kadiani Gusdampur, India.

    (iii) Dibawa ke Malaysia oleh MMaulana Sadik bin Barakatullah pada 1949.

    (iv) Ciri-ciri kesesatan Qadiani:

    Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad sebagai nabi dan jelmaan tuhan

    Beriktikad bahawa Allah menurunkan kitab suci at-Tazkirah kepada Mirza Ghulam Ahmad

    Beriktikad bahawa Mirza Ghulam Ahmad mempunyai sejuta mukjizat

    Mendakwa malaikat sebagai pancaindera Allah (b) BBahai

    (i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh Husin Ali Al-Mazandarani pada 1847.

    (ii) Digelar Bahai sempena nama pengasasnya, Bahaullah.

    (iii) Dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada 1953.

    (iv) Ciri-ciri kesesatan Bahai:

    Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah

    Beriktikad semua agama adalah sama dan digabungkan dalam ajaran Bahai

    Beriktikad Nabi Isa mati disalib

    Memansuhkan agama Islam

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 195

    (c) TTaslim

    (i) Ialah kumpulan yang diasaskan oleh Haji Muhammad b Syafie / Haji Muhammad Matahari pada tahun 1970 di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

    (ii) Ajaran sesat paling tua di Malaysia.

    (iii) Ciri-ciri kesesatan Taslim:

    Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin maksum

    Mentafsir al-Quran mengikut hawa nafsu

    Menolak hari kiamat, syurga dan neraka

    Solat secara niat tanpa rukun qauli (perkataan) dan fi'li (perbuatan)

    Mengharuskan perzinaan melalui nikah batin

    AKTIVITI 10.8

    Terangkan ciri-ciri ajaran sesat dan contoh-contohnya.

    SEMAK KENDIRI 10.3

    1. Terangkan pengertian dan ciri-ciri ajaran sesat.

    2. Kemukakan contoh ajaran sesat yang berlaku di Malaysia.

    3. Kenapa seseorang itu mudah terpedaya dengan ajaran sesat?

    4. Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah ajaran sesat?

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 196

    Wujudnya sejarah pemikiran selari dengan perkembangan faktor luaran dan

    dalaman bidang sosial, politik, ekonomi, akidah, falsafah dan sebagainya.

    Awal perkembangan pemikiran dalam sejarah Islam adalah bermulanya proses perkembangan Islam di beberapa kawasan selepas zaman rasulullah s.a.w dan faktor ijtihad dalam menyelesaikan masalah umat.

    Sekularisme adalah aliran sesat yang bertujuan memisahkan agama daripada negara, mengutamakan dunia dan menyibukkan diri dengan kenikmatan dan kelazatan dunia, menjadikannya sebagai tujuan satu-satunya dalam kehidupan dunia.

    Sekularisme telah membawa kesan yang amat mendalam dalam aspek-aspek penting kehidupan manusia, merangkumi aspek politik, perundangan, pendidikan, sosial, pemikiran dan juga aspek ekonomi.

    Perkembangan sekularisme di Barat berkembang dan disebarluaskan ke seluruh dunia, termasuk di dunia Islam.

    Idea-idea Islam liberal yang kononnya bersandar kepada hujah-hujah al-Qur'an dan al-Sunnah, sebenarnya telah menyimpang daripada tafsiran-tafsiran konvensional ulama salaf dan khalaf yang muktabar.

    Pemikiran Islam liberal mendukung kuat gagasan pluralisme agama-agama.

    Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan hakikatnya bertentangan dengan Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah.

    Ajaran-ajaran dan amalan-amalan sesat dalam masyarakat Islam di Malaysia mulai bergerak semasa Islam mula bertapak di Semenanjung pada abad ke-15 iaitu melalui konsep animisme, dinamisme dan ajaran Hindu-Buddha.

    Kini, setiap buah negeri di Malaysia terdapat ajaran-ajaran sesat yang disebarkan secara senyap-senyap dan ada kalanya mendapat sokongan daripada tokoh-tokoh kecil agama tempatan.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 197

    Umat Islam di negara ini sentiasa terdedah kepada ajaran sesat yang berkembang hasil daripada faktor-faktor tasawuf dan falsafah, ajaran Batiniah, ajaran Syiah, khurafat, amalan bomoh dan tradisi; dan usaha menjauhkan umat Islam daripada al-Quran dan al-Sunnah.

    Adab

    Ajaran sesat

    Aliran Pemikiran Semasa

    Bahai

    Dualisme

    Liberalisme

    Martabat Tujuh

    Orientalisme

    Pemikiran Islam

    Pluralisme

    Qadiani

    Sekularisme

    Subud

    Tamadun Barat

    Taslim

    Wahabiah

    Ab. Latif B. Muda, & Rosmawati Ali. (1998). Pengantar Ilmu Tauhid

    (Teks Komprehensif Pengajian Islam). Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

    Bahagian Hal Ehwal Agama Islam. (t.t). Kriteria dalam ajaran sesat. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Sdn. Bhd.

    Mohd Zaidi Abdullah. 2000. Pegangan sejati ahli sunnah Wal-Jamaah: Suatu Keluhuran Dan Kemurnian Pegangan Hidup. Kuala Lumpur: Syathariyah Niagajaya Sdn. Bhd.

    Mohd. Sulaiman Haji Yasin. (1988). Pengantar Aqidah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Prof. K. H. M. Taib Thahir Abdul Muin. (1986). Ilmu Kalam. Jakarta: Penerbit Widjaya.

    Puteh Ishak. (1993). Ibn Taimiyyah; Sejarah Hidup dan Tasawuf. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • TOPIK 10 ALIRAN PEMIKIRAN SEMASA 198

    Syed Muhammad Naquib al-Attas. (2001). Risalah untuk Kaum Muslimin. Kuala Lumpur: Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam.

    Syed Muhammad Naquib al-Attas. (1978). Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ABIM

    Wan Mohd. Nor Wan Daud. (1994). Konsep Ilmu Dalam Islam. Terj. oleh Rosnani Hashim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM): http://www. islam.gov.my/ppi/ ajaransesat.html

    Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS): http://www1. muis.gov.sg/lectures/ azhar012.html

    Wikipedia Eksiklopedia Bebas: http://ms.wikipedia.org/wiki/Wahabi