topik 03 input dan output2

17
OUM 25 TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT PENGENALAN Di dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang berbagai kaedah input dan output. Papan kekunci merupakan peranti input yang paling popular dan selalu digunakan. Selain papan kekunci, terdapat banyak lagi peranti input dan ouput terkini yang terdapat di pasaran juga akan dibincangkan di dalam topik ini. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui berbagai kaedah input dan peranti input; dan 2. mengetahui berbagai kaedah output dan peranti output. 3.1 INPUT DAN OUTPUT Input merupakan jambatan di antara data dan pemprosesan, iaitu mengangkut data dari pengguna ke komputer. Input diperlukan untuk menjawab pertanyaan dan juga pemprosesan. Output pula ialah pertalian di antara manusia dan pengkomputeran. Output adalah sukatan kritikal kejayaan sesuatu sistem. Output yang hendak dihasilkan ditentukan oleh analisis kehendak pengguna. Peranti input dan output juga disebut sebagai periferal (peripheral ). Kita akan dapat melihat bagaimana peranti input dan output ini berfungsi sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.1. Cuba fikirkan bagaimana kita dapat berinteraksi dengan komputer.

Upload: chwieng

Post on 08-Jun-2015

1.926 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 25

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

PENGENALAN

Di dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang berbagai kaedah input dan output.Papan kekunci merupakan peranti input yang paling popular dan selalu digunakan.Selain papan kekunci, terdapat banyak lagi peranti input dan ouput terkini yang terdapatdi pasaran juga akan dibincangkan di dalam topik ini.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. mengetahui berbagai kaedah input dan peranti input; dan

2. mengetahui berbagai kaedah output dan peranti output.

3.1 INPUT DAN OUTPUT

Input merupakan jambatan di antara data dan pemprosesan, iaitu mengangkut data daripengguna ke komputer. Input diperlukan untuk menjawab pertanyaan dan jugapemprosesan. Output pula ialah pertalian di antara manusia dan pengkomputeran.Output adalah sukatan kritikal kejayaan sesuatu sistem. Output yang hendak dihasilkanditentukan oleh analisis kehendak pengguna. Peranti input dan output juga disebutsebagai periferal (peripheral). Kita akan dapat melihat bagaimana peranti input danoutput ini berfungsi sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

Cuba fikirkan bagaimana kita dapat berinteraksi dengan komputer.

Page 2: Topik 03 Input Dan Output2

26 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

3.2 KAEDAH INPUT

Berbagai jenis sumber dokumen memberikan berbagai kaedah dan peranti input.Kemasukan data secara langsung ialah data yang boleh dibaca mesin (komputer) danboleh diinputkan terus ke komputer. Kemasukan data secara tidak langsung pulamemerlukan berbagai perantaraan dan beberapa pemprosesan ke atas data sumbersebelum diproses. Secara amnya, terdapat tiga pendekatan kemasukan datasebagaimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Rajah 3.1: Peranti input

Jadual 3.1: Jenis Kemasukan Data

Jenis Kemasukan Data Takrifan Kemasukan data luar-talian Selepas data diinput, data tersebut akan ditukar

kepada bentuk yang sesuai, kemudian disemak. Data akan diperbetulkan dahulu jika terdapat ralat. Semua data yang telah disahkan betul akan diproses. Kaedah ini kurang digunakan sekarang dan juga dirujuk sebagai kaedah kelompok.

Kemasukan data atas-talian Sama seperti kemasukan data luar-talian. Bezanya ialah data yang diinput terus disemak dan diperbaiki. Setelah semua data dimasukkan, baru pemprosesan ke atas data tersebut akan dibuat.

Kemasukan data interaktif Sama seperti kemasukan data atas-talian. Cuma data disemak setiap kali data dimasukkan dan proses ke atas data terus dijalankan, iaitu tidak perlu menunggu semua data dimasukkan.

Takrifan

Page 3: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 27

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

Peranti input mengambil data dan aturcara yang boleh dibaca atau difahami manusiadan menukarnya kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer. Bentuk ini terdiridaripada isyarat elektronik 0 dan 1 yang boleh dibaca oleh mesin seperti yangdiperihalkan dalam bahagian perwakilan data.

Terdapat dua jenis peranti input :

(i) Kemasukan melalui papan kekunci: Data diinput ke komputer melalui papan kekunciyang menyerupai sebuah papan kekunci mesin taip tetapi mempunyai beberapa kuncitambahan. Bagi kemasukan jenis ini, pengguna membaca dokumen asal yang dipanggildokumen sumber. Isi dokumen tersebut akan dimasukkan melalui papan kekunci.

(ii) Kemasukan terus: Data adalah dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin dan padawaktu yang sama data tersebut dimasukkan ke dalam komputer; tanpa menggunakanpapan kekunci.

Satu contoh peranti input yang menggunakan kedua-dua jenis kemasukan iaitukemasukan melalui papan kekunci dan terus ialah terminal titik jualan (POS). Ia sejenisalat daftar tunai elektronik yang banyak digunakan di premis-premis perniagaan.

3.2.1 Papan Kekunci

Peranti yang selalu digunakan ialah papan kekunci untuk memasukkan data danterminal untuk memaparkan apa yang dimasukkan. Ada berbagai bentuk, gaya, saiz,bentangan (susun atur), “rasa/sentuhan” dan bilangan kekunci.

(i) Bilangan kekunci: Pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bergantung kepadajenis komputer terutamanya jenis mikro komputer iaitu mikro komputer meja atau bimbit.Komputer bimbit menyediakan bilangan kekunci yang lebih kecil memandangkan saizkomputer bimbit itu sendiri.

(ii) Kumpulan/jenis kekunci: Ada berbagai kumpulan/jenis seperti yang ditunjukkan di dalamJadual 3.2.

Latihan 3.1

Apakah perbezaan antara kemasukan data luar-talian dan kemasukandata interaktif?

Jadual 3.2: Jenis Kekunci

Jenis Kekunci TakrifanAlfanumerik Terdir i dari angka dan abjad, sama sepert i

mesin taipPergerakan kursor Kursor ialah simbol yang ada pada skrin

paparan yang menunjukkan kedudukan atautempat data berikut dimasukkan. Juga disebutanak panah.

Numerik Turut dipanggil pad kekunci numerik (numerickeypad) adalah kekunci berasingan untuk no0-9 yang disusun seperti kalkulator. Kadangkala ada dua tujuan bergantung kepadakekunci Num Lock iai tu pergerakan kursoratau numerik.

Page 4: Topik 03 Input Dan Output2

28 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

(iii) Fungsi: kekunci yang dilabelkan sebagai F dan biasanya F1-F12. Kegunaan kekuncifungsi ini ditakrifkan oleh perisian.

(iv) Tujuan khas: Biasanya disebut kekunci tambahan (additional keys).Kekunci lain selaindi atas yang mempunyai tujuan atau tugas tertentu seperti Backspace, Del, Ins, Esc,Insert, Delete, Home, Pause, Print Scrn dan lain-lain.

(v) Bentangan (susun atur): Merupakan susun atur kekunci alfanumerik. Bentangan yangselalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atasuntuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y. Bentangan terbaharu ialah susun aturDVORAK. Susun atur kekunci dibuat menurut penggunaan kekunci iaitu kekunci yangselalu digunakan akan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Oleh itu huruf vowelA,E,I,O dan U diletak di sebelah kiri dan lima huruf konsonan (consonant) iaitu D,H,N,S,Tdi sebelah kiri. Lima kekunci paling selalu digunakan yang berikutnya diletakkan satubaris di atas dan begitulah seterusnya.

(vi) Rasa/sentuhan: Kelembutan menekan kekunci dan bunyi yang dikeluarkan. Kini bolehdikawal oleh perisian.

(vii) Gaya (dan saiz serta bentuk): Direkabentuk menurut pembuatnya dan biasanya dibuatsupaya mesra pengguna dan lebih ergonomik. Kajian membuat sesuatu peralatansupaya mesra pengguna dan kurang menyebabkan kemudaratan ataupun kecederaankepada pengguna disebut ergonomik (ergonomics).

Rajah 3.2: Papan kekunci

Papan kekunci mempunyai pengawal dan pengimbal kekunci. Segala yang ditaip akandisimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dankemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyaratsampukan daripada pengawal kekunci.

3.2.2 Terminal

Terminal ialah satu peranti input (dan output) yang menghubungkan anda dengansebuah kerangka utama atau jenis komputer lain yang dipanggil komputer hos ataupelayan. Terdapat tiga jenis terminal iaitu terminal dungu, cerdas dan rangkaian sertafungsi seperti ditunjukkan di dalam Jadual 3.3.

Page 5: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 29

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

3.2.3 Peranti Penuding

Jadual 3.3: Jenis-jenis Terminal

Jenis Terminal TakrifanTerminal dungu Digunakan untuk menginput dan menerima data, tetapi ia tidak

boleh memproses data secara bersendir ian. Ia hanyadigunakan untuk mencapai maklumat dari komputer. Selaluterdapat di kaunter syarikat kapal terbang, pejabat posdan JPJ.

Terminlal cerdas Mempunyai unit pemprosesan, ingtan , dan storan sekundersepert i cakera magnet. Pada asasnya, sesuatu terminalpintar ialah mikrokomputer beserta perisian komunikasi dansambungan telefon (modem) atau sambungan komunikasilain. Ini menyambungkan terminal ke komputer yang lebihbesar atau ke Internet. Jenis yang meningkat popular ialahNetPC.

Terminal rangkaian Juga dikenali sebagai komputer rangkaian merupakanalternatif yang murah bagi terminal pintar. Kebanyakkanterminal rangkaian tidak mempunyai pemacu cakera kerasdan mesti bergantung pada komputer hos atau pelayan untukperisian aplikasi dan sistem.

Kebiasaannya data dimasukkan ke dalam komputer melalui papankekunci. Adakah anda tahu terdapat kaedah-kaedah lain yang digunakanuntuk memasukkan data?

Menuding merupakan salah satu gerakan manusia yang semula jadi. Terdapat beberapaperanti yang menggunakan kaedah ini iaitu:

Rajah 3.3: Peranti penuding

Page 6: Topik 03 Input Dan Output2

30 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

(i) Tetikus: Bergerak (bergolek) untuk mengarah penunjuk/kursor/ikon pada skrin. Bila beboladi bawah tetikus bergolek, kedudukan koordinat menegak dan mengufuk kursor tetikusberubah. Dengan menyemak koordinat, komputer dapat menentukan kedudukan kursordan memaparkan kursor di skrin. Ia dikatakan sebagai peranti input paling mesra penguna.

Terdapat berbagai model tetikus seperti di dalam Jadual 3.4.

Rajah 3.4: Tetikus

Jadual 3.4: Model Tetikus

Rajah 3.5: Tetikus tanpa wayar

Menggunakan bebola ataupun disebut juga tetikus mekanikal.

Berkomunikasi dengan komputer dengan memancarkan

Jenis Tetikus TakrifanTetikus bebola Menggunakan bebola ataupun disebut juga tetikus mekanikal.

Tetikus optik Menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus yang boleh membalik cahaya. Tetikus ini mempunyai bahagian disebut pengesan cahaya (photodetector). Bagaimanapun, tetikus ini berfungsi seperti tetikus bebola. Biasanya digunakan pada komputer berkuasa tinggi seperti komputer pelayan.

Tetikus sensitif sesentuh

Pad yang sensitif kepada sentuhan tangan untuk mengerakkan ikon/kursor.

Tetikus tanpa wayar Berkomunikasi dengan komputer dengan memancarkan isyarat inframerah atau isyarat radio intensiti rendah.

Menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus yang

Takrifan

Page 7: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 31

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Skrin sentuh (touch screen): Sejenis skrin monitor yang diliputi lapisan plastik. Dibelakang lapisan ini ada cahaya halimunan inframerah yang bersilang. Penyusunan inimembolehkan seseorang memilih tindakan atau perintah dengan menyusun skrinmenggunakan jari. Skrin sentuh adalah mudah digunakan, terutama apabila seseorangitu memerlukan maklumat segera. Ia biasanya digunakan di mesin juruwang berautomat(ATM), kiosk maklumat, restoran Pizza Hut dan stesyen minyak PETRONAS.

(iii) Pen Cahaya: Pen atau peranti yang serupa pen yang sensitif cahaya dan dihubungkanmenggunakan kabel ke komputer. Kedudukan dikenalpasti dengan menekan butang penpada suatu kedudukan pada skrin. Sering digunakan untuk melukis imej dan jugamembuat pilihan menu.

(iv) Papan pendigit: peranti yang boleh digunakan untuk menyurih atau menyalin sesuatulukisan atau gambar. Perkara yang hendak disalin diletak atas meja pendigit. Kemudiansatu stilus khas yang disambung ke komputer diguna untuk menyurih bahan tersebut.Sambil stilus itu bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain, komputer merekodkedudukannya dari meja pendigit. Selepas bahan tersebut disurih, imejnya bolehdipaparkan pada skrin, dicetak pada kertas, atau disimpan pada sistem komputer untukkegunaan masa akan datang. Pendigit selalunya diguna oleh jurureka bentuk, arkitekdan jurutera.

(v) Sistem Berasas Pen: Sistem berasas pen menggunakan pen untuk memasukkantulisan tangan atau tanda kepada komputer yang mengandungi perisian untukmengenalpasti dan mendigitkan tulisan tangan dan juga lukisan tangan. Ada beberapajenis sistem berasas pen seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.5.

Jadual 3.5: Jenis-jenis Sistem Berasaskan Pen

TakrifanJenis Takrifan Pengecaman gerak isyarat atau semakan elektronik

sistem yang boleh mengecam pelbagai tanda baca, huruf dan nombor cetak.

Tulisan tangan disimpan sebagai lakaran / coretan

tulisan tangan disimpan sebagai coretan dan bukan sebagai teks bertaip.

Tulisan tangan diubah teks bertaip dengan latihan

sistem yang boleh dilatih untuk mengenal tulisan tangan yang bersih dan kemas.

Tulisan tangan diubah teks bertaip tanpa latihan

paling sukar dan rumit.

Latihan 3.2

1. Bagaimana komputer menerima data dari tetikus?2. Nyatakan dua jenis peranti penuding yang sering digunakan.

3.2.4 Peranti Imbasan

Peranti imbasan menterjemah imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannyakepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telahdiproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepadakomputer lain. Ada dua teknologi iaitu pengecaman optik dan pengecaman magnetikseperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6.

Page 8: Topik 03 Input Dan Output2

32 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

(i) Pengecaman Optik: Peranti berteknologi yang juga disebut pembaca optik menggunakancahaya untuk mengimbas imej. Contohnya peranti pengecaman optik di dalam Rajah 3.7.

a. Pembaca kod-palang: Membaca input berbentuk kod palang iaitu tanda sepertibelang-zebra menegak.

b. Pembaca Tanda Optik (OMR): Menggunakan peranti yang membaca tanda pensilseperti yang digunakan dalam peperiksaan UPSR, PMR dan soalan objektif anekapilihan di Bahagian A, peperiksaan akhir OUM.

Rajah 3.6: Teknologi pengecaman

Rajah 3.7: Pengecaman optik

Page 9: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 33

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

c. Pembaca Aksara Optik (OCR): Membaca aksara pracetak khas (dalam fon khas)contohnya fon OCR-A (fon yang dimapankan oleh ANSI).

d. Pembaca Tulisan Tangan Optik: Pembaca ini berkeupayaan membaca tulisan tangantetapi masih terhad keupayaannya.

e. Mesin faks: Mesin faks mengimbas imej dan menghantar secara elektronik melaluitalian telefon ke destinasi (mesin faks). Ada dua jenis:• Mesin faks terdedikasi: atau disebut mesin faks sahaja.

• Modem faks: yang dipasang pada komputer untuk membolehkan dokumen secaraelektronik dihantar terus ke penerima faks (mesin faks atau komputer). Lebih pantastetapi tidak boleh mengimbas dokumen bukan elektronik.

Rajah 3.8: Mesin faks

f. Sistem pengimejan: Peranti pengimbas imej atau yang menukar semua teks, lukisan,gambar dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskanindustri imej dokumen elektronik dengan menggabungkan penggunaan pengimbas,kamera digital dan lain-lain.

(ii) Pengecaman Magnetik: Pengecaman magnetik menggunakan kaedah magnetikuntuk mengimbas tulisan yang bermagnetik. Peranti berteknologi pengecamanmagnetik ialah Pembaca Aksara Dakwat Magnetik (MICR). MICR membaca nombor(berbentuk pelik) yang dicetak menggunakan dakwat magnetik. MICR selaludigunakan pada cek untuk mengisih cek seperti yang dilakukan oleh Bank NegaraMalaysia dan bank-bank komersil lain.

(iii) Peranti pengecam suara: Peranti Pengecam Suara menukarkan suara/pertuturanmanusia kepada kod digital. Input suara melalui mikrofon yang disambung kekomputer. Apabila peranti input ini digabungkan dengan kad bunyi serta perisianyang sesuai, suatu sistem pengecaman suara terbentuk. Sistem ini membolehkanpengguna mengoperasi mikro komputer dan membina dokumen dengan memberiperintah melalui suara. Peranti ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagaisatu kaedah keselamatan.

(iv) Kad pintar dan optik: Penggunaan kad pintar seperti kad pelbagai guna My KADyang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kad-kad kredit dandebit yang dikeluarkan oleh bank-bank komersil seperti Maybank dan BCB.Penggunaan kad optik masih terhad walaupun boleh mengandungi sehingga 2000halaman berbanding kad pintar (30 halaman – bergantung kepada keupayaanmikropemproses) dan kad magnetik (setengah halaman).

Page 10: Topik 03 Input Dan Output2

34 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

3.2.5 Peranti Input Lain

Ada berbagai peranti input lain yang boleh menerima input berbentuk audio, video,gambar elektronik, deria dan biologi manusia. Kebanyakan peralatan ini membolehkanpenggunaan multimedia dan ada juga digunakan untuk tujuan keselamatan iaitumenggunakan konsep biometrik. Kita dapat melihat berbagai peranti input lain di dalamRajah 3.9.

Rajah 3.9: Peranti input lain

(i) Peranti input audio: Digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepadabentuk digital. Amnya boleh menerima berbagai bentuk bunyi sebagai input. Sedangkanperanti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu inputsuara. Ada dua cara audio didigitalkan iaitu;

a. Papan audio: papan yang menukar bunyi analog ke bunyi digital dan menyimpannyauntuk masa depan.

b. Papan MIDI: papan MIDI (Musical Instrument Digital Interface) adalah papan yangmengeluarkan muzik digital yang kebiasaannya menggunakan papan kekunci MIDI.

(ii) Peranti input video: Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentukdigital melalui kad khusus. Ada dua jenis kad video iaitu;

a. Penangkap bingkai: hanya boleh mendigitkan satu bingkai pada satu masa.

b. Pergerakan penuh: boleh menukar pada kadar 30 bingkai per saat.

Masalah utama adalah storan dan bukannya input. Kini telah ada di pasaran kameravideo digital di mana outputnya di dalam bentuk digital. Perakam video digital akanmemudahkan persembahan multimedia ataupun satu bentuk penyiaran baru di internetiaitu televisyen web.

Page 11: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 35

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(iii) Kamera Elektronik/Digital: Sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secaradigital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan ke filem. Anda boleh mengambilgambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja.

(iv) Penderia: Penderia adalah sejenis peranti input yang mengumpul data berbentuk khassecara langsung dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Penderia bolehdigunakan untuk mengesan data seperti kelajuan, berat, suhu, imej, bentuk ,cahaya,pencemaran udara dan lain-lain. Pernahkah anda menimbang berat anda menggunamesin penimbang bersuara di pusat membeli belah ? Itu satu contoh alat penderia yangdigunakan untuk mengukur berat dan juga ketinggian anda.

Rajah 3.10: Kamera digital

3.3 KAWALAN INPUT

Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa data yang kita masukkanadalah betul?

Perlu ada kawalan input untuk memelihara kekamiran data dan mengelakkan menjadisampah masuk sampah keluar ‘Garbage In Garbage Out (GIGO)’. Kawalan input adalahgabungan tatacara kawalan manual dan komputer yang direkabentuk untuk memastikansemua data input sebenarnya tepat apabila dimasukkan ke dalam komputer.

Latihan 3.3

1. Apakah jenis peranti input yang paling biasa? Mengapakah terdapatberbagai jenis peranti input ?

2. Berikan dua contoh teknologi pengecaman optik dan pengecamanmagnetik.

Anda dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan pengajian yangseterusnya.

Page 12: Topik 03 Input Dan Output2

36 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

3.4 KAEDAH OUTPUT

Bagaimanakah kita dapat melihat hasil pemproses yang telah kita buatdi dalam sesebuah komputer? Cuba fikirkan bagaimana hasilpemprosesan itu dipamerkan.

Output boleh dalam berbagai bentuk seperti output skrin, cetakan kertas, lutsinar,isyarat, suara, mikrofilem dan lain-lain. Secara umumnya, ada dua jenis output iaitu;

Rajah 3.11: Jenis output

(i) Salinan lembut

Merujuk kepada data yang ditunjukkan pada skrin paparan atau dalam bentuk audio dansuara ataupun dalam bentuk simpanan secara elektronik (disimpan dalam storansekunder). Jenis ini amat sesuai untuk data/maklumat yang selalu berubah iaitu maklumatmutakhir.

(ii) Salinan kerasMerujuk kepada output tercetak. Apa sahaja yang berbentuk cetakan sama ada teks,grafik, mikrofilem, mikrofiche disebut salinan keras. Jenis output ini amat sesuai untukdata/maklumat yang tidak berubah dengan cepat.

Jenis output yang dikeluarkan selain bentuk salinan keras atau lembut, banyak bergantungkepada beberapa faktor seperti:

a. kekerapan output yang dikehendaki iaitu sama ada selalu/berjadual, atas permintaanatau tidak dijangka; ataupun bilangan salinan dan isipadu cetakan.

b. kos yang terlibat.

c. berapa banyak output yang perlu dikeluarkan.

d. berapa cepat maklumat perlu diperolehi.

e. kedudukan pengguna.

3.5 PERANTI OUTPUT

Data yang diinput perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang bolehdibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca

Page 13: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 37

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

oleh manusia. Peranti output yang digunakan bersama mikrokomputer ialah monitor,pencetak, pemplot dan peranti output suara. Kita dapat melihat contoh-contoh perantioutput sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Peranti output

3.5.1 Pencetak

Imej yang dipaparkan pada monitor selalunya dirujuk sebagai salinan lembut. Maklumatyang dikeluarkan pada kertas – sama ada dari pencetak atau pemplot dipanggil salinankeras. Tiga jenis pencetak popular yang sering digunakan dengan mikrokomputer ialahpancut dakwat, laser dan terma.

(i) Pencetak pancut dakwat menyembur titisan halus dakwat pada kelajuan tinggi dipermukaan kertas. Proses ini bukan sahaja menghasilkan imej huruf berkualiti tetapimembenarkan pencetakan dilakukan dalam berbagai warna. Pencetak pancut dakwatialah pencetak yang boleh diharap, senyap dan murah.

(ii) Pencetak laser menggunakan pancaran laser kepada drum dan dipindahkan kepadakertas dengan menggunakan toner (seperti mesin salinfoto). Ada pencetak laser yangdikelaskan sebagai pencetak PostScript. PostScript adalah bahasa pencetak ataupundisebut Page Description Language, PDL yang telah diterima sebagai piawai untukpencetak laser.

(iii) Pencetak terma menggunakan elemen haba bagi menghasilkan imej pada kertas pekahaba. Pada asalnya, pencetak ini digunakan di dalam makmal saintifik untuk merekod data.Pencetak ini diguna khas untuk menghasilkan output yang hampir sama seperti fotografik.

Page 14: Topik 03 Input Dan Output2

38 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

Sukatan kelajuan pencetak bergantung kepada jenis pencetak ataupun kaedah cetakaniaitu sama ada berasas aksara atau baris ataupun halaman. Sukatan kelajuan ialahaksara per saat, baris per minit dan halaman per minit. Kebanyakan model pencetakialah pencetak atas meja yang sukar untuk dipindah randah (bergantung kepada saiz).Penggunaan komputer bimbit mencetuskan pencetak boleh pindah.

Antara kriteria pemilihan pencetak ialah kualiti imej, kelajuan, paras kebisingan dan kosoperasi seperti kos dakwat, bahan ganti dan lain-lain.

3.5.2 Monitor

Monitor digunakan untuk output dan juga input. Ada dua jenis monitor iaitu tiub sinarkatod dan paparan panel rata.

(i) Tiub sinar katod (cathode ray tube) adalah tiub vakum yang digunakan sebagai skrinpaparan pada komputer ataupun terminal paparan video. Teknologinya sama sepertitelevisyen. CRT adalah peranti output salinan lembut yang paling biasa digunakan dengansistem komputer. Unit paling kecil pada skrin disebut piksel (pixel, picture element).

Rajah 3.13: Pencetak

Latihan 3.4

1. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sukatan kelajuan pencetak?2. Berikan dua jenis pencetak yang popular pada masa kini.

Rajah 3.14: Monitor tiub sinar katod

Page 15: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 39

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Paparan panel rata lebih ringan, tipis dan kurang menggunakan kuasa berbandingdengan CRT. Panel ini diperbuat daripada dua keping gelas/plastik yang di antaranyaterdapat bahan yang diaktifkan.

Kejelasan monitor ditentukan oleh resolusi, yang diukur dalam piksel. Piksel ialah titikatau “elemen gambar” yang membentuk imej pada monitor. Bagi sesuatu saiz monitor,lebih tinggi resolusinya (lebih piksel), lebih baik kejelasan imejnya. Mengikut sesuatutahap kejelasan, monitor yang lebih besar memerlukan resolusi yang lebih tinggi.

Standard

Beberapa standard telah dibangunkan bagi menentukan keupayaan resolusi komputer.Empat standard yang paling biasa digunakan sekarang ialah SVGA, XGA, SXGA danUXGA. Mari kita lihat takrifan standard ini di dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Standard Resolusi Komputer

TakrifanStandard Takrifan SVGA Singkatan bagi Super Video Graphics Array (Tatasusunan

Supervideo Grafik). Ia mempunyai resolusi minima 800x600 piksel.

XGA Singkatan bagi Extended Graphics Array (Tatasusunan Lanjutan Grafik). Ia mempunyai resolusi sehingga 1,024x768 piksel. XGA ialah standard yang popular masa kini.

SXGA Mewakili Super Extended Graphics Array (Tatasusunan Superlanjutan Grafik). Standard ini mempunyai resolusi 1,280x1,024 piksel.

UXGA Singkatan Ultra Extended Graphics Array (Tatasusunan Ultralanjutan Grafik). UXGA merupakan standard yang terkini dan tinggi. Ia semakin luas digunakan terutamanya bagi reka bentuk kejuruteraan peringkat tinggi dan seni lukis grafik.

3.5.3 Pemplot

Mengikut pendapat anda, apakah yang membezakan antara pencetakdengan pemplot?

Pemplot khas digunakan bagi menghasilkan carta bar, peta, lukisan arkitek dan ilustrasitiga dimensi. Pemplot boleh menghasilkan dokumen multiwarna berkualiti tinggi danjuga dokumen yang lebih besar daripada kebanyakan pencetak jenis lain. Terdapatempat jenis pemplot: pen, pancut dakwat, elektrostatik dan pengimejan terus.

(i) Pemplot pen: menggerakkan pen atau pensel pada kertas lakaran. Pemplot ini palingmurah dan senang diselenggara tetapi ia tidak laju dan kurang upaya menghasilkanpengisian padu dan menggelapkan imej.

Page 16: Topik 03 Input Dan Output2

40 OUM

TOPIK 3INPUT DAN OUTPUT

(ii) Pemplot elektrostatik: menggunakan cas elektrostatik adalah lebih pantas berbandingpemplot pen atau pemplot pancut dakwat. Pemplot elektrostatik digunakan bagi aplikasiyang memerlukan output yang banyak dan berkualiti tinggi seperti dalam pengiklanandan reka bentuk lukisan grafik.

(iii) Pemplot pancut dakwat: menghasilkan garis lukisan dan output berwarna padu denganmenyembur titisan dakwat pada kertas. Cirinya yang paling baik ialah kelajuannya, outputberkualiti tinggi dan beroperasi secara senyap. Kelemahan utama pemplot ini ialah jetsemburnya boleh tersumbat dan ia memerlukan penyelenggaraan yang lebih.

(iv) Pemplot pengimejan terus atau pemplot terma: menghasilkan imej denganmenggunakan kertas peka haba dan pin yang dipanaskan dengan elektrik. Harganyahampir sama dengan pemplot elektrostatik, boleh diharap dan bersesuaian untuk kerjayang banyak. Kelemahan pemplot ini adalah ia memerlukan kertas mahal dan biasanyamenghasilkan output dua warna sahaja. Ia sesuai untuk aplikasi membina peta.

Latihan 3.5

1. Apakah kegunaan pemplot? Huraikan2. Nyatakan perbezaaan antara monitor tuib sinar katod dan monitor paparan

panel rata.

3.5.4 Peranti Output Suara

Ada dua jenis teknologi iaitu teknologi output-suara (pengekodan & pensintesisanpertuturan) dan teknologi output-bunyi ( pensintesisan FM dan akuastik maya ).

(i) Output suara: Peranti output suara menukar data digital kepada bunyi seperti pertuturan(percakapan). Ada dua teknologi output-suara seperti ditunjukkan di dalam Rajah 3.14.

Rajah 3.15: Output suara

a. Pengekodan pertuturan: menggunakan suara manusia yang menuturkan sesuatuperkataan dan disimpan dalam bentuk digital. Apabila dicapai akan mengeluarkan kembalisuara penuturan perkataan tersebut, seperti dalam perkhidmatan tele-saham, tele-fardu,tele-saman.

b. Pengsintesisan pertuturan: menggunakan asas pertuturan iaitu sebanyak 40 fonem(sesuai untuk bahasa Inggeris) dalam bentuk elektronik untuk mencipta sebarangperkataan. Kaedah ini tidak menggunakan suara manusia. Komputer menukar tekskepada suara, contohnya Wiyl biy ray5t bae5k akan bersuara We’ll be right back.

Page 17: Topik 03 Input Dan Output2

OUM 41

TOPIK 3 INPUT DAN OUTPUT

(ii) Output Bunyi: Peranti output bunyi mengeluarkan bunyi terdigit iaitu seperti bunyi beep danmuzik. Memerlukan perisian dan kad suara atau papan audio digital (seperti Sound Blaster).

Rajah 3.16: Output bunyi

Terdapat dua teknologi iaitu sintesis FM dan akuastik maya seperti yang ditunjukkan didalam Rajah 3.16. Dalam kedua-dua kes, output bunyi akan dihantar ke mixer sebelumdihantar ke speaker.

(i) Sintesis FM: pensintesis yang memimik berbagai peralatan muzik dengan menggunakanbunyi yang tersimpan. Tidak seperti alat muzik asli.

(ii) Akuastik maya: suatu kaedah yang tidak menggunakan bunyi yang tersimpan, tetapimenyimpan perisian yang memodelkan sesuatu alat muzik yang sebenar. Penting untukpenggunaan multimedia.

RUMUSAN

Bahagian ini menjelaskan betapa penting input dan output. Tanpa I/O apalah gunanyakomputer. Selain itu, kita juga telah membincangkan generasi (aliran) kaedah I/O, jenisperanti I/O, bagaimana sambungan peranti I/O dengan komputer dan bagaimanakomputer (pemproses) mengawal input dan output.