topik 03 input dan output

Upload: assayuti

Post on 11-Jul-2015

260 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

PENGENALANDi dalam topik ini, anda akan mempelajari tentang berbagai kaedah input dan output. Papan kekunci merupakan peranti input yang paling popular dan selalu digunakan. Selain papan kekunci, terdapat banyak lagi peranti input dan ouput terkini yang terdapat di pasaran juga akan dibincangkan di dalam topik ini.

OBJEKTIFDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. mengetahui berbagai kaedah input dan peranti input; dan 2. mengetahui berbagai kaedah output dan peranti output.

3.1

INPUT DAN OUTPUT

Cuba fikirkan bagaimana kita dapat berinteraksi dengan komputer.

Input merupakan jambatan di antara data dan pemprosesan, iaitu mengangkut data dari pengguna ke komputer. Input diperlukan untuk menjawab pertanyaan dan juga pemprosesan. Output pula ialah pertalian di antara manusia dan pengkomputeran. Output adalah sukatan kritikal kejayaan sesuatu sistem. Output yang hendak dihasilkan ditentukan oleh analisis kehendak pengguna. Peranti input dan output juga disebut sebagai periferal (peripheral). Kita akan dapat melihat bagaimana peranti input dan output ini berfungsi sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.1.

OUM

25

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

Rajah 3.1: Peranti input

3.2

KAEDAH INPUT

Berbagai jenis sumber dokumen memberikan berbagai kaedah dan peranti input. Kemasukan data secara langsung ialah data yang boleh dibaca mesin (komputer) dan boleh diinputkan terus ke komputer. Kemasukan data secara tidak langsung pula memerlukan berbagai perantaraan dan beberapa pemprosesan ke atas data sumber sebelum diproses. Secara amnya, terdapat tiga pendekatan kemasukan data sebagaimana yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.Jadual 3.1: Jenis Kemasukan Data

Jenis Kemasukan Data Kemasukan data luar-talian

Takrifan Takrifan Selepas data diinput, data tersebut akan ditukar kepada bentuk yang sesuai, kemudian disemak. Data akan diperbetulkan dahulu jika terdapat ralat. Semua data yang telah disahkan betul akan diproses. Kaedah ini kurang digunakan sekarang dan juga dirujuk sebagai kaedah kelompok. Sama seperti kemasukan data luar-talian. Bezanya ialah data yang diinput terus disemak dan diperbaiki. Setelah semua data dimasukkan, baru pemprosesan ke atas data tersebut akan dibuat. Sama seperti kemasukan data atas-talian. Cuma data disemak setiap kali data dimasukkan dan proses ke atas data terus dijalankan, iaitu tidak perlu menunggu semua data dimasukkan.

Kemasukan data atas-talian

Kemasukan data interaktif

26

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

Peranti input mengambil data dan aturcara yang boleh dibaca atau difahami manusia dan menukarnya kepada bentuk yang boleh diproses oleh komputer. Bentuk ini terdiri daripada isyarat elektronik 0 dan 1 yang boleh dibaca oleh mesin seperti yang diperihalkan dalam bahagian perwakilan data. Terdapat dua jenis peranti input : (i) Kemasukan melalui papan kekunci: Data diinput ke komputer melalui papan kekunci yang menyerupai sebuah papan kekunci mesin taip tetapi mempunyai beberapa kunci tambahan. Bagi kemasukan jenis ini, pengguna membaca dokumen asal yang dipanggil dokumen sumber. Isi dokumen tersebut akan dimasukkan melalui papan kekunci. Kemasukan terus: Data adalah dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin dan pada waktu yang sama data tersebut dimasukkan ke dalam komputer; tanpa menggunakan papan kekunci.

(ii)

Satu contoh peranti input yang menggunakan kedua-dua jenis kemasukan iaitu kemasukan melalui papan kekunci dan terus ialah terminal titik jualan (POS). Ia sejenis alat daftar tunai elektronik yang banyak digunakan di premis-premis perniagaan.

Latihan 3.1Apakah perbezaan antara kemasukan data luar-talian dan kemasukan data interaktif?

3.2.1

Papan Kekunci

Peranti yang selalu digunakan ialah papan kekunci untuk memasukkan data dan terminal untuk memaparkan apa yang dimasukkan. Ada berbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), rasa/sentuhan dan bilangan kekunci. (i) Bilangan kekunci: Pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101. Bergantung kepada jenis komputer terutamanya jenis mikro komputer iaitu mikro komputer meja atau bimbit. Komputer bimbit menyediakan bilangan kekunci yang lebih kecil memandangkan saiz komputer bimbit itu sendiri. Kumpulan/jenis kekunci: Ada berbagai kumpulan/jenis seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.2.Jadual 3.2: Jenis Kekunci Jenis Kekunci Alfanumerik Pergerakan kursor Takrifan Terdiri dari angka dan abjad, sama seperti mesin taip Kursor ialah simbol yang ada pada skrin paparan yang menunjukkan kedudukan atau tempat data berikut dimasukkan. Juga disebut anak panah. Turut dipanggil pad kekunci numerik (numeric keypad) adalah kekunci berasingan untuk no 0-9 yang disusun seperti kalkulator. Kadang kala ada dua tujuan bergantung kepada kekunci Num Lock iaitu pergerakan kursor atau numerik.

(ii)

Numerik

OUM

27

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

(iii) Fungsi: kekunci yang dilabelkan sebagai F dan biasanya F1-F12. Kegunaan kekunci fungsi ini ditakrifkan oleh perisian. (iv) Tujuan khas: Biasanya disebut kekunci tambahan (additional keys).Kekunci lain selain di atas yang mempunyai tujuan atau tugas tertentu seperti Backspace, Del, Ins, Esc, Insert, Delete, Home, Pause, Print Scrn dan lain-lain. (v) Bentangan (susun atur): Merupakan susun atur kekunci alfanumerik. Bentangan yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y. Bentangan terbaharu ialah susun atur DVORAK. Susun atur kekunci dibuat menurut penggunaan kekunci iaitu kekunci yang selalu digunakan akan diletakkan di tempat yang mudah dicapai. Oleh itu huruf vowel A,E,I,O dan U diletak di sebelah kiri dan lima huruf konsonan (consonant) iaitu D,H,N,S,T di sebelah kiri. Lima kekunci paling selalu digunakan yang berikutnya diletakkan satu baris di atas dan begitulah seterusnya.

(vi) Rasa/sentuhan: Kelembutan menekan kekunci dan bunyi yang dikeluarkan. Kini boleh dikawal oleh perisian. (vii) Gaya (dan saiz serta bentuk): Direkabentuk menurut pembuatnya dan biasanya dibuat supaya mesra pengguna dan lebih ergonomik. Kajian membuat sesuatu peralatan supaya mesra pengguna dan kurang menyebabkan kemudaratan ataupun kecederaan kepada pengguna disebut ergonomik (ergonomics).

Rajah 3.2: Papan kekunci

Papan kekunci mempunyai pengawal dan pengimbal kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan daripada pengawal kekunci.

3.2.2

Terminal

Terminal ialah satu peranti input (dan output) yang menghubungkan anda dengan sebuah kerangka utama atau jenis komputer lain yang dipanggil komputer hos atau pelayan. Terdapat tiga jenis terminal iaitu terminal dungu, cerdas dan rangkaian serta fungsi seperti ditunjukkan di dalam Jadual 3.3.

28

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

Jadual 3.3: Jenis-jenis Terminal Jenis Terminal Terminal dungu Takrifan Digunakan untuk menginput dan menerima data, tetapi ia tidak boleh memproses data secara bersendirian. Ia hanya digunakan untuk mencapai maklumat dari komputer. Selalu terdapat di kaunter syarikat kapal terbang, pejabat pos dan JPJ. Mempunyai unit pemprosesan, ingtan , dan storan sekunder seperti cakera magnet. Pada asasnya, sesuatu terminal pintar ialah mikrokomputer beserta perisian komunikasi dan sambungan telefon (modem) atau sambungan komunikasi lain. Ini menyambungkan terminal ke komputer yang lebih besar atau ke Internet. Jenis yang meningkat popular ialah NetPC. Juga dikenali sebagai komputer rangkaian merupakan alternatif yang murah bagi terminal pintar. Kebanyakkan terminal rangkaian tidak mempunyai pemacu cakera keras dan mesti bergantung pada komputer hos atau pelayan untuk perisian aplikasi dan sistem.

Terminlal cerdas

Terminal rangkaian

3.2.3

Peranti Penuding

Kebiasaannya data dimasukkan ke dalam komputer melalui papan kekunci. Adakah anda tahu terdapat kaedah-kaedah lain yang digunakan untuk memasukkan data?

Menuding merupakan salah satu gerakan manusia yang semula jadi. Terdapat beberapa peranti yang menggunakan kaedah ini iaitu:

Rajah 3.3: Peranti penuding

OUM

29

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

(i)

Tetikus: Bergerak (bergolek) untuk mengarah penunjuk/kursor/ikon pada skrin. Bila bebola di bawah tetikus bergolek, kedudukan koordinat menegak dan mengufuk kursor tetikus berubah. Dengan menyemak koordinat, komputer dapat menentukan kedudukan kursor dan memaparkan kursor di skrin. Ia dikatakan sebagai peranti input paling mesra penguna.

Rajah 3.4: Tetikus

Terdapat berbagai model tetikus seperti di dalam Jadual 3.4.Jadual 3.4: Model Tetikus

Jenis Tetikus Tetikus bebola Tetikus optik

Takrifan Takrifan Menggunakan bebola ataupun disebut juga tetikus mekanikal. Menggunakan bebola ataupun disebut juga tetikus mekanikal.

Menggunakan cahaya dan memerlukan tetikus yang Menggunakan cahaya dan memerlukan pad tetikus yang boleh membalik cahaya. Tetikus ini mempunyai bahagian disebut pengesan cahaya (photodetector). Bagaimanapun, tetikus ini berfungsi seperti tetikus bebola. Biasanya digunakan pada komputer berkuasa tinggi seperti komputer pelayan. Pad yang sensitif kepada mengerakkan ikon/kursor. sentuhan tangan untuk

Tetikus sensitif sesentuh Tetikus tanpa wayar

Berkomunikasi dengan komputer dengan memancarkan Berkomunikasi dengan komputer dengan memancarkan isyarat inframerah atau isyarat radio intensiti rendah.

Rajah 3.5: Tetikus tanpa wayar 30

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

(ii)

Skrin sentuh (touch screen): Sejenis skrin monitor yang diliputi lapisan plastik. Di belakang lapisan ini ada cahaya halimunan inframerah yang bersilang. Penyusunan ini membolehkan seseorang memilih tindakan atau perintah dengan menyusun skrin menggunakan jari. Skrin sentuh adalah mudah digunakan, terutama apabila seseorang itu memerlukan maklumat segera. Ia biasanya digunakan di mesin juruwang berautomat (ATM), kiosk maklumat, restoran Pizza Hut dan stesyen minyak PETRONAS.

(iii) Pen Cahaya: Pen atau peranti yang serupa pen yang sensitif cahaya dan dihubungkan menggunakan kabel ke komputer. Kedudukan dikenalpasti dengan menekan butang pen pada suatu kedudukan pada skrin. Sering digunakan untuk melukis imej dan juga membuat pilihan menu. (iv) Papan pendigit: peranti yang boleh digunakan untuk menyurih atau menyalin sesuatu lukisan atau gambar. Perkara yang hendak disalin diletak atas meja pendigit. Kemudian satu stilus khas yang disambung ke komputer diguna untuk menyurih bahan tersebut. Sambil stilus itu bergerak dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain, komputer merekod kedudukannya dari meja pendigit. Selepas bahan tersebut disurih, imejnya boleh dipaparkan pada skrin, dicetak pada kertas, atau disimpan pada sistem komputer untuk kegunaan masa akan datang. Pendigit selalunya diguna oleh jurureka bentuk, arkitek dan jurutera. (v) Sistem Berasas Pen: Sistem berasas pen menggunakan pen untuk memasukkan tulisan tangan atau tanda kepada komputer yang mengandungi perisian untuk mengenalpasti dan mendigitkan tulisan tangan dan juga lukisan tangan. Ada beberapa jenis sistem berasas pen seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.5.Jadual 3.5: Jenis-jenis Sistem Berasaskan Pen

Jenis Pengecaman gerak isyarat atau semakan elektronik Tulisan tangan disimpan sebagai lakaran / coretan Tulisan tangan diubah teks bertaip dengan latihan Tulisan tangan diubah teks bertaip tanpa latihan

Takrifan Takrifan sistem yang boleh mengecam pelbagai tanda baca, huruf dan nombor cetak.

tulisan tangan disimpan sebagai coretan dan bukan sebagai teks bertaip. sistem yang boleh dilatih untuk mengenal tulisan tangan yang bersih dan kemas. paling sukar dan rumit.

Latihan 3.21. 2. Bagaimana komputer menerima data dari tetikus? Nyatakan dua jenis peranti penuding yang sering digunakan.

3.2.4

Peranti Imbasan

Peranti imbasan menterjemah imej teks, lukisan, gambar dan yang serupa dengannya kepada bentuk digital untuk dimasukkan secara langsung ke komputer. Imej yang telah diproses boleh dipaparkan di skrin, disimpan di peranti storan dan dihantar kepada komputer lain. Ada dua teknologi iaitu pengecaman optik dan pengecaman magnetik seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.6.

OUM

31

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

Rajah 3.6: Teknologi pengecaman

(i)

Pengecaman Optik: Peranti berteknologi yang juga disebut pembaca optik menggunakan cahaya untuk mengimbas imej. Contohnya peranti pengecaman optik di dalam Rajah 3.7. a. b. Pembaca kod-palang: Membaca input berbentuk kod palang iaitu tanda seperti belang-zebra menegak. Pembaca Tanda Optik (OMR): Menggunakan peranti yang membaca tanda pensil seperti yang digunakan dalam peperiksaan UPSR, PMR dan soalan objektif aneka pilihan di Bahagian A, peperiksaan akhir OUM.

Rajah 3.7: Pengecaman optik 32

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

c. d. e.

Pembaca Aksara Optik (OCR): Membaca aksara pracetak khas (dalam fon khas) contohnya fon OCR-A (fon yang dimapankan oleh ANSI). Pembaca Tulisan Tangan Optik: Pembaca ini berkeupayaan membaca tulisan tangan tetapi masih terhad keupayaannya. Mesin faks: Mesin faks mengimbas imej dan menghantar secara elektronik melalui talian telefon ke destinasi (mesin faks). Ada dua jenis: Mesin faks terdedikasi: atau disebut mesin faks sahaja. Modem faks: yang dipasang pada komputer untuk membolehkan dokumen secara elektronik dihantar terus ke penerima faks (mesin faks atau komputer). Lebih pantas tetapi tidak boleh mengimbas dokumen bukan elektronik.

Rajah 3.8: Mesin faks

f.

Sistem pengimejan: Peranti pengimbas imej atau yang menukar semua teks, lukisan, gambar dan lain-lain ke bentuk digital. Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik dengan menggabungkan penggunaan pengimbas, kamera digital dan lain-lain. (ii) Pengecaman Magnetik: Pengecaman magnetik menggunakan kaedah magnetik untuk mengimbas tulisan yang bermagnetik. Peranti berteknologi pengecaman magnetik ialah Pembaca Aksara Dakwat Magnetik (MICR). MICR membaca nombor (berbentuk pelik) yang dicetak menggunakan dakwat magnetik. MICR selalu digunakan pada cek untuk mengisih cek seperti yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank komersil lain.

(iii) Peranti pengecam suara: Peranti Pengecam Suara menukarkan suara/pertuturan manusia kepada kod digital. Input suara melalui mikrofon yang disambung ke komputer. Apabila peranti input ini digabungkan dengan kad bunyi serta perisian yang sesuai, suatu sistem pengecaman suara terbentuk. Sistem ini membolehkan pengguna mengoperasi mikro komputer dan membina dokumen dengan memberi perintah melalui suara. Peranti ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai satu kaedah keselamatan. (iv) Kad pintar dan optik: Penggunaan kad pintar seperti kad pelbagai guna My KAD yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kad-kad kredit dan debit yang dikeluarkan oleh bank-bank komersil seperti Maybank dan BCB. Penggunaan kad optik masih terhad walaupun boleh mengandungi sehingga 2000 halaman berbanding kad pintar (30 halaman bergantung kepada keupayaan mikropemproses) dan kad magnetik (setengah halaman).

OUM

33

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

3.2.5

Peranti Input Lain

Ada berbagai peranti input lain yang boleh menerima input berbentuk audio, video, gambar elektronik, deria dan biologi manusia. Kebanyakan peralatan ini membolehkan penggunaan multimedia dan ada juga digunakan untuk tujuan keselamatan iaitu menggunakan konsep biometrik. Kita dapat melihat berbagai peranti input lain di dalam Rajah 3.9.

Rajah 3.9: Peranti input lain

(i) Peranti input audio: Digunakan untuk merekod atau memainkan muzik analog kepada bentuk digital. Amnya boleh menerima berbagai bentuk bunyi sebagai input. Sedangkan peranti pengecam suara hanya boleh menerima satu jenis input audio sahaja iaitu input suara. Ada dua cara audio didigitalkan iaitu; a. b. (ii) Papan audio: papan yang menukar bunyi analog ke bunyi digital dan menyimpannya untuk masa depan. Papan MIDI: papan MIDI (Musical Instrument Digital Interface) adalah papan yang mengeluarkan muzik digital yang kebiasaannya menggunakan papan kekunci MIDI.

Peranti input video: Peranti ini membolehkan gambar video ditukar kepada bentuk digital melalui kad khusus. Ada dua jenis kad video iaitu; a. b. Penangkap bingkai: hanya boleh mendigitkan satu bingkai pada satu masa. Pergerakan penuh: boleh menukar pada kadar 30 bingkai per saat.

Masalah utama adalah storan dan bukannya input. Kini telah ada di pasaran kamera video digital di mana outputnya di dalam bentuk digital. Perakam video digital akan memudahkan persembahan multimedia ataupun satu bentuk penyiaran baru di internet iaitu televisyen web.34

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

(iii) Kamera Elektronik/Digital: Sama dengan kamera tradisi kecuali imej direkod secara digital pada cakera atau dalam ingatan kamera dan bukan ke filem. Anda boleh mengambil gambar, melihat dan meletakkannya di halaman Web dalam masa beberapa minit sahaja. (iv) Penderia: Penderia adalah sejenis peranti input yang mengumpul data berbentuk khas secara langsung dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Penderia boleh digunakan untuk mengesan data seperti kelajuan, berat, suhu, imej, bentuk ,cahaya, pencemaran udara dan lain-lain. Pernahkah anda menimbang berat anda mengguna mesin penimbang bersuara di pusat membeli belah ? Itu satu contoh alat penderia yang digunakan untuk mengukur berat dan juga ketinggian anda.

Rajah 3.10: Kamera digital

3.3

KAWALAN INPUT

Bagaimanakah kita dapat mengetahui bahawa data yang kita masukkan adalah betul?

Perlu ada kawalan input untuk memelihara kekamiran data dan mengelakkan menjadi sampah masuk sampah keluar Garbage In Garbage Out (GIGO). Kawalan input adalah gabungan tatacara kawalan manual dan komputer yang direkabentuk untuk memastikan semua data input sebenarnya tepat apabila dimasukkan ke dalam komputer.

Latihan 3.31. 2. Apakah jenis peranti input yang paling biasa? Mengapakah terdapat berbagai jenis peranti input ? Berikan dua contoh teknologi pengecaman optik dan pengecaman magnetik.

Anda dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan pengajian yang seterusnya.

OUM

35

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

3.4

KAEDAH OUTPUT

Bagaimanakah kita dapat melihat hasil pemproses yang telah kita buat di dalam sesebuah komputer? Cuba fikirkan bagaimana hasil pemprosesan itu dipamerkan. Output boleh dalam berbagai bentuk seperti output skrin, cetakan kertas, lutsinar, isyarat, suara, mikrofilem dan lain-lain. Secara umumnya, ada dua jenis output iaitu;

Rajah 3.11: Jenis output

(i)

Salinan lembut Merujuk kepada data yang ditunjukkan pada skrin paparan atau dalam bentuk audio dan suara ataupun dalam bentuk simpanan secara elektronik (disimpan dalam storan sekunder). Jenis ini amat sesuai untuk data/maklumat yang selalu berubah iaitu maklumat mutakhir.

(ii)

Salinan keras Merujuk kepada output tercetak. Apa sahaja yang berbentuk cetakan sama ada teks, grafik, mikrofilem, mikrofiche disebut salinan keras. Jenis output ini amat sesuai untuk data/maklumat yang tidak berubah dengan cepat. Jenis output yang dikeluarkan selain bentuk salinan keras atau lembut, banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti: a. b. c. d. e. kekerapan output yang dikehendaki iaitu sama ada selalu/berjadual, atas permintaan atau tidak dijangka; ataupun bilangan salinan dan isipadu cetakan. kos yang terlibat. berapa banyak output yang perlu dikeluarkan. berapa cepat maklumat perlu diperolehi. kedudukan pengguna.

3.5

PERANTI OUTPUT

Data yang diinput perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca36

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

oleh manusia. Peranti output yang digunakan bersama mikrokomputer ialah monitor, pencetak, pemplot dan peranti output suara. Kita dapat melihat contoh-contoh peranti output sepertimana ditunjukkan di dalam Rajah 3.12.

Rajah 3.12: Peranti output

3.5.1

Pencetak

Imej yang dipaparkan pada monitor selalunya dirujuk sebagai salinan lembut. Maklumat yang dikeluarkan pada kertas sama ada dari pencetak atau pemplot dipanggil salinan keras. Tiga jenis pencetak popular yang sering digunakan dengan mikrokomputer ialah pancut dakwat, laser dan terma. (i) Pencetak pancut dakwat menyembur titisan halus dakwat pada kelajuan tinggi di permukaan kertas. Proses ini bukan sahaja menghasilkan imej huruf berkualiti tetapi membenarkan pencetakan dilakukan dalam berbagai warna. Pencetak pancut dakwat ialah pencetak yang boleh diharap, senyap dan murah. Pencetak laser menggunakan pancaran laser kepada drum dan dipindahkan kepada kertas dengan menggunakan toner (seperti mesin salinfoto). Ada pencetak laser yang dikelaskan sebagai pencetak PostScript. PostScript adalah bahasa pencetak ataupun disebut Page Description Language, PDL yang telah diterima sebagai piawai untuk pencetak laser.

(ii)

(iii) Pencetak terma menggunakan elemen haba bagi menghasilkan imej pada kertas peka haba. Pada asalnya, pencetak ini digunakan di dalam makmal saintifik untuk merekod data. Pencetak ini diguna khas untuk menghasilkan output yang hampir sama seperti fotografik.

OUM

37

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

Rajah 3.13: Pencetak

Sukatan kelajuan pencetak bergantung kepada jenis pencetak ataupun kaedah cetakan iaitu sama ada berasas aksara atau baris ataupun halaman. Sukatan kelajuan ialah aksara per saat, baris per minit dan halaman per minit. Kebanyakan model pencetak ialah pencetak atas meja yang sukar untuk dipindah randah (bergantung kepada saiz). Penggunaan komputer bimbit mencetuskan pencetak boleh pindah. Antara kriteria pemilihan pencetak ialah kualiti imej, kelajuan, paras kebisingan dan kos operasi seperti kos dakwat, bahan ganti dan lain-lain.

Latihan 3.41. 2. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi sukatan kelajuan pencetak? Berikan dua jenis pencetak yang popular pada masa kini.

3.5.2

Monitor

Monitor digunakan untuk output dan juga input. Ada dua jenis monitor iaitu tiub sinar katod dan paparan panel rata. (i) Tiub sinar katod (cathode ray tube) adalah tiub vakum yang digunakan sebagai skrin paparan pada komputer ataupun terminal paparan video. Teknologinya sama seperti televisyen. CRT adalah peranti output salinan lembut yang paling biasa digunakan dengan sistem komputer. Unit paling kecil pada skrin disebut piksel (pixel, picture element).

Rajah 3.14: Monitor tiub sinar katod

38

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

(ii)

Paparan panel rata lebih ringan, tipis dan kurang menggunakan kuasa berbanding dengan CRT. Panel ini diperbuat daripada dua keping gelas/plastik yang di antaranya terdapat bahan yang diaktifkan.

Kejelasan monitor ditentukan oleh resolusi, yang diukur dalam piksel. Piksel ialah titik atau elemen gambar yang membentuk imej pada monitor. Bagi sesuatu saiz monitor, lebih tinggi resolusinya (lebih piksel), lebih baik kejelasan imejnya. Mengikut sesuatu tahap kejelasan, monitor yang lebih besar memerlukan resolusi yang lebih tinggi. Standard Beberapa standard telah dibangunkan bagi menentukan keupayaan resolusi komputer. Empat standard yang paling biasa digunakan sekarang ialah SVGA, XGA, SXGA dan UXGA. Mari kita lihat takrifan standard ini di dalam Jadual 3.6.Jadual 3.6: Standard Resolusi Komputer

Standard SVGA

Takrifan Takrifan Singkatan bagi Super Video Graphics Array (Tatasusunan Supervideo Grafik). Ia mempunyai resolusi minima 800x600 piksel.

XGA

Singkatan bagi Extended Graphics Array (Tatasusunan Lanjutan Grafik). Ia mempunyai resolusi sehingga 1,024x768 piksel. XGA ialah standard yang popular masa kini. Mewakili Super Extended Graphics Array (Tatasusunan Superlanjutan Grafik). Standard ini mempunyai resolusi 1,280x1,024 piksel. Singkatan Ultra Extended Graphics Array (Tatasusunan Ultralanjutan Grafik). UXGA merupakan standard yang terkini dan tinggi. Ia semakin luas digunakan terutamanya bagi reka bentuk kejuruteraan peringkat tinggi dan seni lukis grafik.

SXGA

UXGA

3.5.3

Pemplot

Mengikut pendapat anda, apakah yang membezakan antara pencetak dengan pemplot?

Pemplot khas digunakan bagi menghasilkan carta bar, peta, lukisan arkitek dan ilustrasi tiga dimensi. Pemplot boleh menghasilkan dokumen multiwarna berkualiti tinggi dan juga dokumen yang lebih besar daripada kebanyakan pencetak jenis lain. Terdapat empat jenis pemplot: pen, pancut dakwat, elektrostatik dan pengimejan terus. (i) Pemplot pen: menggerakkan pen atau pensel pada kertas lakaran. Pemplot ini paling murah dan senang diselenggara tetapi ia tidak laju dan kurang upaya menghasilkan pengisian padu dan menggelapkan imej.

OUM

39

INPUT DAN OUTPUT

TOPIK 3

(ii)

Pemplot elektrostatik: menggunakan cas elektrostatik adalah lebih pantas berbanding pemplot pen atau pemplot pancut dakwat. Pemplot elektrostatik digunakan bagi aplikasi yang memerlukan output yang banyak dan berkualiti tinggi seperti dalam pengiklanan dan reka bentuk lukisan grafik.

(iii) Pemplot pancut dakwat: menghasilkan garis lukisan dan output berwarna padu dengan menyembur titisan dakwat pada kertas. Cirinya yang paling baik ialah kelajuannya, output berkualiti tinggi dan beroperasi secara senyap. Kelemahan utama pemplot ini ialah jet semburnya boleh tersumbat dan ia memerlukan penyelenggaraan yang lebih. (iv) Pemplot pengimejan terus atau pemplot terma: menghasilkan imej dengan menggunakan kertas peka haba dan pin yang dipanaskan dengan elektrik. Harganya hampir sama dengan pemplot elektrostatik, boleh diharap dan bersesuaian untuk kerja yang banyak. Kelemahan pemplot ini adalah ia memerlukan kertas mahal dan biasanya menghasilkan output dua warna sahaja. Ia sesuai untuk aplikasi membina peta.

Latihan 3.51. 2. Apakah kegunaan pemplot? Huraikan Nyatakan perbezaaan antara monitor tuib sinar katod dan monitor paparan panel rata.

3.5.4

Peranti Output Suara

Ada dua jenis teknologi iaitu teknologi output-suara (pengekodan & pensintesisan pertuturan) dan teknologi output-bunyi ( pensintesisan FM dan akuastik maya ). (i) Output suara: Peranti output suara menukar data digital kepada bunyi seperti pertuturan (percakapan). Ada dua teknologi output-suara seperti ditunjukkan di dalam Rajah 3.14.

Rajah 3.15: Output suara

a.

Pengekodan pertuturan: menggunakan suara manusia yang menuturkan sesuatu perkataan dan disimpan dalam bentuk digital. Apabila dicapai akan mengeluarkan kembali suara penuturan perkataan tersebut, seperti dalam perkhidmatan tele-saham, tele-fardu, tele-saman. Pengsintesisan pertuturan: menggunakan asas pertuturan iaitu sebanyak 40 fonem (sesuai untuk bahasa Inggeris) dalam bentuk elektronik untuk mencipta sebarang perkataan. Kaedah ini tidak menggunakan suara manusia. Komputer menukar teks kepada suara, contohnya Wiyl biy ray5t bae5k akan bersuara Well be right back.

b.

40

OUM

TOPIK 3

INPUT DAN OUTPUT

(ii)

Output Bunyi: Peranti output bunyi mengeluarkan bunyi terdigit iaitu seperti bunyi beep dan muzik. Memerlukan perisian dan kad suara atau papan audio digital (seperti Sound Blaster).

Rajah 3.16: Output bunyi

Terdapat dua teknologi iaitu sintesis FM dan akuastik maya seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 3.16. Dalam kedua-dua kes, output bunyi akan dihantar ke mixer sebelum dihantar ke speaker. (i) (ii) Sintesis FM: pensintesis yang memimik berbagai peralatan muzik dengan menggunakan bunyi yang tersimpan. Tidak seperti alat muzik asli. Akuastik maya: suatu kaedah yang tidak menggunakan bunyi yang tersimpan, tetapi menyimpan perisian yang memodelkan sesuatu alat muzik yang sebenar. Penting untuk penggunaan multimedia.

RUMUSANBahagian ini menjelaskan betapa penting input dan output. Tanpa I/O apalah gunanya komputer. Selain itu, kita juga telah membincangkan generasi (aliran) kaedah I/O, jenis peranti I/O, bagaimana sambungan peranti I/O dengan komputer dan bagaimana komputer (pemproses) mengawal input dan output.

OUM

41