tokoh

Upload: komala-valli

Post on 09-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kurikulum

TRANSCRIPT

TOKOH: WILIAM HEARD KILPATRICK (1871-1965)

FACULTY OF EDUCATIONUNNIVERITI TEKNOLOGI MALAYSIA

COURSE: MPF1403 THEORIES AND CHANGES IN CURRICULUMNAMA: KOMALAVALLI VELIAPANDIANNO MATRIK: MP131239SESI : 2013/2014

WILLIAM HEARD KILPATRICK LATAR BELAKANGWilliam Heard Kilpatrick (1871-1965), adalah seorang pendidik Amerika, ahli falsafah pendidikan, seorang guru yang unggul, pengkritik radikal, dan juga seorang tokoh utama dalam gerakan pendidikan progresif Amerika. Beliau dilahirkan pada 20 November 1871, di White Plains, Georgia. Anak kepada pasangan James Hines Kilpatrick, seorang paderi Baptist, dan isteri keduanya Edna Perrin Heard yang telah berkahwin pada 20 Disember 1870.Wiliam Heard Kilparick menerima pendidikan awal di sekolah tempatan dan pada umur 17, beliau mendaftar sebagai pelajar tahun kedua di Universiti Mercer di Macon, Georgia, sebuah institusi Baptist dimana, datuknya seorang pemegang saham awal dan pengasas institusi tersebut. Kilpatrick lulus kelas kedua pada tahun 1891, dan menyelesaikan pengajian sarjana Matematik dan Fizik di Universiti Johns Hopkins. Beliau telah kembali ke Mercer pada akhir tahun 1892, di mana beliau telah dianugerahkan ijazah MA, bagi menghargai kerja-kerjanya di John Hopkins. Kilpatrick menerima tawaran kerja pertamanya, sebagai jawatan guru Matematik di sekolah gabungan rendah dan menengah di Blakely, Georgia dan dilantik sebagai pengetua sekolah tersebut dalam jangka masa setahun. Kilpatrick telah mengikuti kursus musim panas dalam pendidikan di Kolej Rock, Athens. Johann Heinrich Pestalozzi, pensyarahnya tentang idea pendidikan yang banyak mengubah cara pemikirannya. Setelah 3 tahun megajar di Blakely, Kilpatrick ke John Hopkins selama setahun untuk kerja siswazah. Seterusnya telah ke Savannah, Georgia, untuk mengambil ailh tugas sebagai pengetua sekolah di Anderson Elementory School. Pada penghujung tahun tersebut, beliau telah dilantik sebagai profesor Matematik dan Astronomi di Universiti Mercer. Beliau berkhidmat di Mercer diantara tahun 1897 hingga 1906, dan pada ketika itu juga beliau menyandang jawatan sebagai pemangku presiden. Pada ketika itu, beliau sangat popular di kalangan pelajar dan mempunyai hubungan yang erat dengan pelajar. Pada tahun 27 Disember 1898, beliau telah berkahwin dengan Marie Beman Guyton yang berasal dari Mariana, Florida. Pasangan ini dikurniakan 3 orang anak tetapi 2 daripadanya telah meninggal dunia di peringkat awal. Disebabkan perbezaan doktrin dengan pihak berkuasa Mercer, Kilpatrick telah meletak jawatan dan menerima jawatan sebagai guru dan juga menyandang jawatan sebagai pengetua di sebuah sekolah tinggi Columbus, Georgia. Pada tahun berikutnya, beliau menerima biasiswa untuk belajar pendidikan di Kolej Guru, Universiti Columbia dan kekal sebagai pelajar dan ahli fakulti sehingga beliau bersara pada tahun 1938. Kilpatrick dianugerahkan pelantikan sambilan di Kolej Guru pada tahun 1909, dan mengambil ijazah kedoktoran pada tahun 1912. Pada tahun 1915 pula, beliau telah dilantik sebagai Profesor Madya dan telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor pada tahun 1918. Selain jawatan di Columbia, Kilpatrick memegang jawatan sebagai pensyarah pelawat atau profesor di University of Georgia, Univeristy of Kentucky, University of Minnesota, University of North Carolina, University Northwestern, University South, dan University Stanford. Selain itu, beliau juga turut melawat sekolah-sekolah di luar negara dan berceramah di Austria, Ceylon (kini Sri Lanka), China, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia), Mesir, Belanda, India, Jepun, Korea dan Turki.Kilpatrick seorang yang amat aktif dalam organisasi pendidikan dan sivik, contohnya, beliau pernah menjadi pengerusi American Youth for World Youth, pengerusi lembaga pemegang amanah Bennington College, Presiden John Dewey Society, pengerusi Liga Demokrasi Perindustrian, dan presiden Urban League of Greater New York. Pada tahun 1920-an dan 1930-an, Kilpatrick dianggap pendidik progresif yang paling berpengaruh pada zaman itu. Para pendidik melihat Kilpatrick sebagai pengikut Dewey dan juga orang yang mempopularkan falsafah pendidikan negara itu. Beliau berkongsi matlamat dengan Dewey yang ingin meletakkan penyelesaian masalah sebagai teras proses pendidikan. Walaupun penulisan bukan suatu yang mudah bagi Kilpatrick, tetapi beliau telah mengarang 14 buku dan beratus-ratus artikel. Penulisan beliau memberi pengaruh yang mendalam kepada pendidikan Amerika. Sebagai guru dan pensyarah, beliau mempunyai kemahiran luar biasa untuk meransang kelas yang terdiri daripada beratus-ratus pelajar adalah legenda. Dianggarkan bahawa beliau mengajar hampir 35,000 pelajar di Kolej Guru, yang kebanyakkannya mengambil alih jawatan kepimpinan pendidikan di seluruh negara akhirnya.Pada tahun 1938, Kilpatrick telah bersara, malah masih aktif dalam hal ehwal sivik dan terus bersyarah di beberapa universiti. Isteri keduannya telah meninggal dunia pada musim gugur tahun 1938, dan Kipatrick telah berkahwin dengan bekas pelajar beliau, Marion Ostrander pada 8 Mei 1940. Pada tahun 13 Februari 1965, beliau meninggal dunia di New York City.

PANDANGAN TERHADAP PENDIDIKAN & SUMBANGAN DALAM PERKEMBANGAN TEORIPerasaan ingin tahu Kilpatrick, membawa beliau meminjam buku yang bertajuk The origin of species yang ditulis oleh Darwin di sebuah perpustakaan di Mercer. Selepas membaca buku tersebut, beliau telah menolak secara keseluruhan latihan agamanya dan falsafah yang tela diamalkannya selama ini. Seterusnya menolak konsep jiwa yang kekal, kehidupan selepas mati dan semuanya berkaitan dengan penyembahan Tuhan. Walaupun beliau amat mengetahui kesannya terhadap perhubungannya dengan ibu bapa beliau, terutama terhadap ayahnya. Pada pandangan Kilpatrick, walaupun beliau menolak ideologi agamanya, beliau tidak berubah dari segi penampilannya, kehidupan sosial, dan pandangan moralnya masih kekal. Perkara ini agak berbeza dengan sistem pendidikan Malaysia yang amat mementingkan nilai keTuhanan seperti yang ternyata dalam Rukun Negara yang pertama. Negara kita lebih mementingkan nilai murni dan kepatuhan kepada Tuhan yang diselitkan secara tidak langsung dalam semua mata pelajaran yang diajar. Rancangan pengajaran guru diwajibkan mempunyai agenda penerapan nilai sebagai satu elemen penting. Penemuan Kilpatrick tentang domain moden, sains evolusi, dan tarikan untuk membuka siasatan intelek terakhir. Ini menyebabkan beliau menolak ilmu yang berorintasikan agama. Pengalaman pendidikan ini, menyebabkan beliau menghayati idea-idea dan pandangan sains moden dan untuk menjadi komited untuk mengejar kebenaran sekular. Kilpatrick teruja dengan siasatan dan sains yang membantu memberikan arah kepada hidupnya. Beliau membangunkan falsafah pendidikan yang melangkaui individualism dan pseudo-scientific technicism pendidik seperti John Franklin Bobbitt, Edward L.Thorndike, W.W.Charters, David Snedden dan sebagainya.Seterusnya, pensyarah beliau tentang idea-idea pendidikan di Georgia, Johann Heinrich Pestalozzi memberi kesan yang ketara kepada cara pemikirannya Kilpatrick. Perkara ini menjadi titik tercetusnya idea tentang pembelajaran bernilai yang memperuntukkan pembelajaran bermakna, pengalaman yang diminati oleh pelajar di mana, mereka boleh mengembangkan tanggungjawab secara benar. Orientasi itu menolak pandangan popular bahawa kunci kepada pembelajaran terletak pada penguasaan ilmu dari buku, kaitannya dengan pelajaran, pembacaan dan peperiksaan. Pemahaman yang yang tulen adalah kurang berbanding dengan kepentingan dan mungkin juga penghalang kepada kejayaan akademik. Adalah agak mustahil bagi dunia pendidikan menjauhi perkara ini. Di negara kita sendiri, walaupun pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan dibuat dalam sistem pendidikan, kita tidak dapat mengelakkan diri dari pada sistem asas pendidikan seperti pendidikan berasaskan buku teks, peperiksaan, ujian dan sebagainya. Selain itu, faktor politik juga memainkan peranan yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia yang sentiasa berubah mengikut kehendak pihak yang berkepentingan. Perkara ini dianggap sebagai suatu kelemahan yang ketara dan tidak dapat dibendung.Kilpatrick melihat keperluan pelajar melibatkan diri dalam suatu perkara yang bermakna kepada mereka dan menjadi komited untuk merangka tindakan yang membina minat pelajar. Seterusnya, beliau ingin mempercayai anak tersebut, membawanya ke dalam apa yang sedang berlaku, and ingin meyakinkan mereka bahawa beliau telah cuba membantu mereka. Pada pendapat beliau, tidak wujud satu ruang yang mengasingkan guru dan pelajar. Pengalaman awal mengajar di Georgia, mengajarnya kepentingan mengenalpasti pelajar dengan menunjukkan perasaan kasih sayang. Sikap memupuk hubungan yang dipelajari dari ibunya, membantu beliau mengingati bekas pelajarnya dan menikmati hubungan sebagai ayah dengan ramai pelajarnya dengan lebih lama. Peruntukkan pengalaman yang bermakna kepada pelajar menghubungkan mereka dengan minat interistik yang lebih untuk memberi perhatian atau untuk menyelesaikan tugasan mereka. Kilpatrick telah mengamalkan cara mendidik anak murid dengan perasaan kasih sayang sejak abad ke 20-an, yang baru diwarwarkan di dalam sistem pendidikan kita sejak kebelakangan ini. Pelbagai peraturan dan pekeliling telah disiarkan untuk mewujudkan sekolah penyayang, larangan merotan, program mentor-mentee yang ingin membantu mengurangkan jurang antara guru dan pelajar. Walau bagaimanapun, perkara ini perlu bimbingan berterusan dan teliti supaya displin pelajar sentiasa terkawal sepanjang masa di era siber ini. Dapat disimpulkan sejak abad ke 20-an, Kilpatrick telah menekankan bahawa tugasan seorang guru amatlah berat dan perlu memainkan peranan sebagai seorang ahli faslasah, pemikir yang jelas, dan juga sebagai ahli psikologi.

PANDANGAN DARI SEGI PSIKOLOGI DAN TEORI Kilpatrick dan Dewey berkongsi matlamat untuk membentuk satu kurikulum sekolah yang mencerminkan tahap minat pelajar dan tujuannya, sekaligus meletakkan penyelesaian masalah sebagai teras proses pendidikan. Bagaimanapun, Kilpatrick bergerak agak jauh dari Dewey dalam tahap penentangan terhadap kurikulum tradisional, dianjurkan terlebih dahulu dan disampaikan kepada pelajar dalam bentuk subjek yang tetap. Kilpatrick amat dipengaruhi oleh teori psikologi pembelajaran Edward Thorndike. Menurut teori law of learning Thorndike, perlakuan pembelajaran sebenar akan melahirkan rasa puas hati dan perlakuan yang berulang secara paksaan boleh menimbulkan rasa gemas. Daripada teori ini, Kilpatrick merumuskan psikologi kanak-kanak adalah elemen yang amat penting dalam proses pembelajaran. Pada pandangan beliau, kanak-kanak perlu diberi peluang dan kebebasan melakukan perkara yang mereka gemari. Dipercayai perkara ini akan memotivasikan dan pembelajaran yang berjaya, seterusnya meningkatkan untuk mengejar purposes mereka sendiri.Menggunakan wawasan ini, Kilpatrick (1925) mendefinisikan projek sebagai hearty purposeful act iaitu pelakuan mesra yang bertujuan, suatu perlakuan yang telah dirancang (hearty palnned act). Purpose(tujuan) diandaikan sebagai kebebasan perlakuan dan tidak boleh ditentukan. Sebaliknya, tujuan itu akan mati sekiranya guru masih menghendaki penyiapan suatu yang telah dimulakan, projek itu menjadi tugasan semata-mata dan membosankan. Oleh itu, Kilpatrick memantapkan motivasi sebagai ciri penting dalam kaedah projek. Apajua perkara yang dilakukan dengan bertujuan atau purposefully adalah projek. Tidak ada nilai kehidupan yang dimasukan. Kilpatrick (1918) merangka teori yang diklasifiasi secara sistematik dari pembinaan mesin melalui penyelesaian masalah matematik dan pembelajaran perbendaharaan French, melihat matahari terbenam, dan mendengar sonata Beethoven. Berbeza dengan orang sebelumnya, Kilpatrick tidak mengaitkan projeknya dengan suatu mata pelajaran secara spesifik dan bahagian pembelajaran sebegini seperti latihan manual atau pembinaan pekerjaan yang tidak memerlukan penyertaan atau penglibatan yang aktif. Pada pandangan Kilpatrick, projek mempunyai empat fasa iaitu :bertujuan (purposing), perancangan (planning), melaksanakan (executing), dan menilai (judging). Kemaraan yang ideal akan wujud sekiranya, keempat-empat fasa ini dimulakan dan disempurnakan oleh pelajar itu sendiri dan bukannya guru.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DAN IDEA PSIKOLOGI KILPATRICKSelepas meninggalkan Johns Hopkins untuk kali kedua, Kilpatrick pada tahun 1896 telah menerima jawatan sebagai pengetua sekolah Anderson Elementary School di Savannah, Georgia. Beliau mengajar tahap tujuh dan bertanggungjawab menyelia sembilan guru dan empat ratus pelajar. Pada ketika beliau telah menganjurkan pandangan bahawa tidak perlu satu pembahagian antara pelajar dan guru. Satu jalinan hubungan mutual perlu ada dan pelajar perlu mengetahui bahawa guru adalah orang yang menyokong mereka. Seterusnya, beliau juga menyakinkan pihak berkuasa dan mendapatkan pengecualian penilaian yang selalu dilaksanakan di sekolah. Di sekolah tesebut, kad prestasi penilaian tidak akan dihantar ke rumah pelajar sebaliknya, nota ketidakhadiran dan kelewatan pelajar ke sekolah sahaja dihantar ke rumah.Menurut Kilpatrick, adalah amat penting bagi seorang guru memahani setiap pelajar dan beliau mengetahui perkara baik mengenai pelajar tersebut. Dalam pembelajaran di kelas, setiap pelajar diberi peluang untuk menunjukkan perkara baik yang diketahui dan perkara yang boleh dilakukannya. Beliau tidak pernah memarahi pelajar beliau, tidak pernah menggunakan bahasa yang kasar terhadap pelajar supaya dengan cara pembelajaran ini, mereka dapat suatu yang baik daripadanya. Beliau amat mempercayai pelajar-pelajarnya. Seterusnya, beliau juga memberi layanan dan menghormati mereka sama seperti orang dewasa. Beliau memberi peluang kepada semua pelajar menunjukkan kelakuan yang baik dan memberi penghargaan kepada tingkah laku yang diiktiraf. Menurut beliau, adalah lebih baik daripada mencari satu sistem untuk mengurus dan melaraskan tingkah laku pelajar seperti yang kita ketahui sebagai pengawalan kelas yang memerlukan kawalan dan manipulasi. Mengharapkan terbaik daripada pelajar, memberi perhatian, mengenalpasti kesempurnaan dan menghormati minat mereka untuk membina dan mengembangkan pengalaman mereka adalah lebih baik.Pada tahun 1900 di Universiti Cornell, kursus musim panas yang diikuti oleh Kilpatrick bersama Charles DeGarmo dan pembacaan bukunya Interest and effort banyak mengubah aspirasi dan perasaan beliau. Beliau menunjukkan bahawa tidak ada satu konflik antara minat dan usaha. Dalam kata lain, semakin berminat sesorang dalam suatu hal, semakin tinggi usahanya dalam hal tersebut. Oleh itu, dalam semua pendidikan, pokok kepada proses pendidikan adalah minat individu, dan itu adalah terbaik untuk memulakan pendidikan dengan minat dan pendorong diri.

PROGRESIVISME Kilpatrick menjelaskan bahawa siasatan yang mendalam dan pembaktian pemikiran yang jelas amat diperlukan kepada semua pihak yang mementingkan hal pendidikan. Kilpatrick, John Dewey dan ramai lagi yang berterusan menawarkan pendidikan alternatif untuk menekankan kecekapan, penstandardan, kawalan dan cara untuk memanipulasikannya. Beliau menawarkan cara untuk belajar dan hidup sebenar-benarnya seragam, seterusnya untuk mengubah persekitaran di sekolah awam. Satu masalah antara konseptual dan ideological yang sering dibincangkan adalah tentang persekolahan dan demokrasi adalah maksud perbincangan demokratik, pelaksanaannya, seterusnya nilai yang terus teguh dengan ulangan berkala. Banyak kumpulan yang berminat dan pihak yang berkuasa mencadangkan satu visi demokrasi atau ada yang selaras dengan agenda ideologi yang lebih besar. Memahami wujudnya perbezaan kepentingan konseptual dan ideologikal wujud, kita perlu mengadaptasi atau menjadi pelaksana demokrasi yang lebih cergas, bernilai dan menjadi suatu institusi.Kilpatrick berwawasan untuk menjelaskan bagaimana kelas harian mengambil keputusan dalam membawa maksud politik. Seperti beliau telah meyediakan persoalan yang jelas tentang isu berkaitan pedagogy dan persilangan kurikulum dengan politik, moral dan domain sosial dunia. Pilihan pendidikan selalunya bertindak balas dan menolong memperkukuhkan, satu set nilai, kepentingan dan perspektif yang mempunyai kesan untuk meneruskan minat sambil menghalang yang lain. Guru sebagai akibatnya menghadapi beberapa kesukaran dan isu yang kompleks seperti : Apakah nilai yang menjadi panduan kewujudan suasana suatu kelas? Apa mode analisis, cara pemikiran dan jenis pengalaman yang perlu digalakan dan yang perlu dihalang? Apa mode interaksi yang perlu dipromosikan atau dihadkan di dalam kelas? Apakah bentuk pengetahuan yang paling bernilai diteruskan selama-lamanya? Secara ringkas, tidak ada suatu tempat yang neutral untuk berdiri, sebagai keputusan dibuat setiap hari di dalam kelas atau dibuat oleh orang di luar kelas, menyokong suatu kepercayaan normatif dan anggapan-anggapan, idea-idea dan kepercayaan yang kukuh. Kepercayaan dan anggapan sebegini perlu diuji dan dianalisa oleh guru dan juga golongan yang menyediakan pengajaran. Kilpatrick menyatakan bahawa guru memberi kesan kepada harapan, impian, etika, dan perpektif pelajar, dan oleh itu, masa depan masyarakat di mana mereka dan pelajar-pelajar hidup. Menurut Kilpatrick, demokrasi adalah cara hidup, jenis dan kualiti kehidupan bersekutu di mana prinsip moral yang menegaskan hak untuk mengawal secara individu dan kelakuan sekumpulan. Komuniti demokratik mengalakkan ahlinya untuk menjadi peserta dalam perbincangan sivik yang memerlukan kesepaduan, tindakan usaha sama pada nama keadilan sosial dan perubahan struktur. Secara umum progresif, seperti yang kita dapat lihat dalam kaedah projek Kilpatrick, kanak-kanak adalah orang yang sepatutnya, aktif sibuk dalam mencuba untuk memahami dan menjadi lebih berkemahiran di dunia yang mereka hidup ini. Walau bagaimanapun, terdapat suatu kekurangan yang ditekankan oleh kebanyakkan orang progresif, termasuk Kilpatrick ialah suatu penjelasan yang memberi panduan ke arah mana usaha pendidikan perlu menuju. IDEA DAN PENULISAN PENTING TOKOH DALAM BIDANG KURIKULUM DAN PENGAJARAN.Kilpatrick amat prihatin tentang minat pelajar dan tujuan pelajar tidak menyebabkan pendidikan invidualisme yang berlebihan. Seperti mentornya John Dewey, Kilpatrick berjaya merapatkan jurang antara pendidikan berpusatkan pelajar, dan berpusatkan masyarakat dalam gerakan pendidikan progresif. Berhubung hal ini, beliau telah menyunting The Educational Frontier (1933), sebuah buku tahunan yang menekankan keperluan untuk pendidikan formal sekaligus memberi tumpuan kepada isu-isu sosial kontemporari, masalah dalam menyediakan kanak-kanak untuk mengambil bahagian secara pintar dalam penggubalan idea untuk perubahan sosial. Kumpulan perbincangan tidak rasmi Kilpatrick sejak beberapa tahun di Kolej Guru dan pada tahun 1934, telah melancarkan The Social Frontier ( yang dipangFrontier of Democracy, selepas tahun 1939), satu jurnal pendidikan reformis kecergasan yang luar biasa selama sembilan tahun kewujudannya. Jurnal tersebut disunting oleh Kilpatrick sejak tahun 1939 ke tahun 1943.Penulisan bukan suatu yang mudah bagi Kilpatrick, beliau telah mengarang 14 buah buku dan beratus-ratus artikel. Penerbitan beliau yang paling penting termasuk: The Montesorri System Examined (1914), A Sourse Book in the Philosophy of Education (1923), Education for a Changing Civilization (1926), Education and the Social Crisis (1932), Remaking the Curriculum (1936), Selfhood and Civilization (1941), dan Philosophy of Education (1951).Pada tahun 1918, esei Kilpatrick tentang The Project Method muncul dalam Teachers College Record dan kemudiannya berkembang dalam buku bertajuk Foundation of Method (1925). Selama beberapa tahun, 60,000 cetakan semula esei tersebut telah dijual dalam bentuk risalah.

KESIMPULANKita amat berhutang kepada Wiliam Heard Kilpatrick dan juga tradisi progresif yang banyak dipengaruhinya. Seterusnya, menunjukkan keperluan untuk pendidik melihat tindakan mereka dan membantu selanjutnya, sosial, secara politik dan perspektif psikologi. Terutamanya, di sekolah yang masih tidak memberi perhatian kepada minat pelajar dan penyertaan yang tidak dipedulikan, menasihati supaya guru dan pelajar di sisi yang sama dan mewujudkan suasana kelas yang mempunyai kegembiraan tulen yang dapat dirasai, adalah amat penting. Bagi menyempurnakan hal ini, dan membantu mencipta konteks sosial yang akan memberi kebenaran kepada pelajar mengambil bahagian seperti orang dewasa , dan memerlukan tindakan politik yang progresif yang lebih berpandu. Konsep progresivism menyediakan individu yang dapat menyelesaikan suatu masalah dan membolehkan individu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupan. Individu yang berilmu dan berpengetahuan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbuldalam lingkungan persekitarannya. Pendekatan induktif yang dilaksanakan, memberi peluang kepada pelajar mengeluarkan pendapat secara berdikari dengan usaha sendiri tanpa bergantung kepada guru semata-mata. Dalam hal ini, sistem pendidikan di negara kita sendiri tidak dapat mengaplikasikan secara sempurna kerana tidak ada satu garis panduan yang jelas tentang perkara ini. Walaupun, pelbagai usaha telah digiatkan, tetapi pendidikan negara kita masih terbelenggu dengan sistem tradisional. Seperti yang kita dapat lihat sendiri kegagalan Sistem Pentafsiran Berasaskan Sekolah yang lebih dikenali sebagai PBS, ini mungkin kerana masih wujud beberapa kesilapan teknikal yang perlu diperbaiki. Matlamat Kilpatrick dan pendidik konstructivism adalah pelajar yang dapat berfikir secara kritikal, mengadili situasi, dan menyelesaikan masalah secara berdikari dalam masyarakat demokrasi. Kejayaan pendidik pada abad ke-21, memerlukan kebolehan untuk mencari jawapan disebalik asimilasi tradisional guru. Pemikiran imaginasi dan kreatif amat diperlukan di dunia sebenar dan idea Kilpatrick relevan dalam bahagian modifikasi yang lazim dipraktikkan. Kegagalan dan kejayaan Kilpatrick akan terbukti dengan proses pendidikan masa kini.

RUJUKANDr.John h. Lounsbury, (2005).William Heard Kilpatrick, 1870-1965, College of Education. Georgia College. Retrieved Mac 17, 2014 from, www.digitalcommons.uconn.edu Landon E.Beyer. (1999). William Heard Kilpatrick. Paris,UNESCO: International Bureau of Education, vol.XXVII no 3, 470-85. Retrieved Mac 17, 2014, from, www.ibe.unesco.org/publications/ThinkersPdf/kilpatricke.PDFThomas H. Kilpatrick. (1918). The Project Method, Teachers College Record 19 , 319-334. Retrieved Mac 18, 2014, from. www.historymatters.gmu.edu/d/4954/