ting 1 rbt bab 2

8
Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari 2016 1 NOTA RUJUKAN Pengurusan Projek Reka bentuk Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk Pengurusan projek reka bentuk ialah disiplin dalam menentukan perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan kerjasama kumpulan bagi mencapai matlamat khusus dan kejayaan projek. Pengurusan ini dibuat berdasarkan skop, masa dan kos yang terhad. Standard kandungan: 2.1 Pengurusan Projek Reka bentuk Standard pembelajaran: 2.1.1 Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk 2.1.2 Menjana idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah Masa: MODUL 2

Upload: roziana-jusoh

Post on 18-Feb-2017

222 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

1

NOTA RUJUKAN

Pengurusan Projek Reka bentuk

Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk

Pengurusan projek reka bentuk ialah disiplin dalam menentukan

perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan kerjasama kumpulan

bagi mencapai matlamat khusus dan kejayaan projek. Pengurusan

ini dibuat berdasarkan skop, masa dan kos yang terhad.

Standard

kandungan:

2.1 Pengurusan Projek Reka bentuk

Standard

pembelajaran:

2.1.1 Mentakrifkan pengurusan projek reka bentuk

2.1.2 Menjana idea reka bentuk untuk

menyelesaikan masalah

Masa:

MODUL 2

Page 2: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

2

a. Ruang lingkup

Bidang kerja yang ditetapkan untuk mencapai objektif yang telah

ditetapkan.

Contoh : Bidang kerja dan tanggungjawab seseorang individu.

b Masa

Tempoh melakukan kerja yang dipertanggungjawabkan.

Contoh : Menyiapkan projek dalam tempoh tertentu.

c. Kos

Peruntukan kewangan untuk melaksanakan projek.

Contoh: Kos projek membuat rak buku.

Perancangan

Sebelum projek dijalankan perancangan hendaklah dibuat untuk

menentukan kos, bahan, skop kerja, tempoh masa dan upah buruh.

Pelaksanaan

Pelaksanaan ialah cara projek dijalankan dengan diketuai oleh

pengurus projek.

Pengawalan

Kerja-kerja mengawal sumber-sumber seperti kos, bahan, skop

kerja, buruh dan tempoh masa siap projek.

Page 3: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

3

Kerjasama kumpulan

Mempunyai matlamat dan tujuan yang sama serta kerjasama di

kalangan ahli kumpulan demi mencapai objektif organisasi.

Matlamat khusus

Matlamat yang dinyatakan secara khusus kepada ahli kumpulan

yang lebih kecil selaras dengan matlamat umum.

Pengurusan Produk

Pengurusan produk ialah kerja-kerja dalam menentukan

perancangan, pelaksanaan, pengawalan dan kerjasama

kumpulan bagi mencapai kejayaan menghasilkan produk.

Menjana idea reka bentuk untuk menyelesaikan masalah

Menjana idea reka bentuk bermaksud pencetusan idea yang

pertama untuk memulakan sesuatu projek yang dirancang. Idea

– idea reka bentuk yang tercetus dapat menggambarkan projek

yang dapat menyelesaikan masalah.

Contoh: Mencetus lakaran idea pertama reka bentuk sebagai

langkah permulaan dalam pembuatan projek rak buku.

Page 4: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

4

PENGETAHUAN SEDIA ADA MURID

1. Murid telah mempelajari elemen reka bentuk.

KEPERLUAN BAHAN

1. Kertas Mahjong

2. Pen Marker

3. Blue tack

KEPERLUAN PERALATAN

1. LCD

2. Komputer

AKTIVITI

Mentakrif pengurusan projek reka bentuk

Set Induksi

Guru menayangkan video/gambar berkaitan dengan

projek pembinaan bangunan atau rumah. Guru

menyoal murid berdasarkan video/gambar tersebut.

a) Apakah yang dilihat dalam gambar/video yang

ditunjukkan?

b) Apakah yang dilakukan oleh individu dalam gambar

tersebut?

c) Siapakah orang bertanggungjawab dalam

mengaturkan jenis-jenis kerja yang dilakukan oleh

Page 5: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

5

pekerja tersebut.

Langkah 1 1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk

pelajaran hari ini.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Setiap kumpulan diberi tugasan penghasilan

sesuatu produk ringkas menggunakan bahan yang

tersedia dalam masa, skop kerja dan kos yang

ditetapkan oleh guru. Contoh menghasilkan

sebuah kotak.

3. Murid berbincang dalam kumpulan masing-masing

berkaitan pembahagian tugasan dalam

penghasilan produk tersebut.

4. Guru membuat ulasan tentang takrifan

pengurusan projek reka bentuk.

Langkah 2 1. Murid dalam kumpulan yang sama akan menjana

idea untuk menyelesaikan masalah mengemas

buku yang berada di atas meja.

2. Murid membuat beberapa lakaran untuk

penyelesaian masalah tersebut

Penutup

Murid bersama guru membuat rumusan topik

pelajaran yang telah dipelajari.

Page 6: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

6

AKTIVITI 1

Memberi takrif pengurusan projek

Langkah 1: Murid dalam kumpulan diminta menghasilkan satu produk

ringkas daripada bahan seperti kertas keras dan glu.

Langkah 2: Setiap kumpulan perlu menyenaraikan perkara yang perlu

diambil kira dalam penghasilan produk tersebut.

Langkah 3: Setiap kumpulan perlu menghasilkan satu maksud tentang

pengurusan projek.

AKTIVITI 2

Menjana idea reka bentuk

Kerja Berkumpulan

Arahan: Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Langkah 1: Setiap kumpulan diberi kotak yang mengandungi maklumat

pernyataan masalah. Mereka dikehendaki menyelessaikan

masalah tersebut dengan penghasilan lakaran cadangan

untuk penyelesaian masalah.

Langkah 2: Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil

perbincangan

Langkah 3: Guru membuat ulasan pada setiap pembentangan.

Page 7: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

7

PENILAIAN 1

Kenalpasti dan nyatakan keadaan yang bersesuaian dengan

pengurusan projek.

1.

Page 8: Ting 1 rbt bab 2

Bahagian Pembangunan Kurikulum Januari

2016

8

Rujukan:

1. http://sukatanproduksimultimedia.blogspot.com/2013/05/prinsip-reka-

bentuk-setiap-orang.html

2. http://www.johnlovett.com/test.htm

3. https://creativemarket.com/blog/2013/12/02/10-basic-elements-of-

design

4. http://en.wikipedia.org/wiki/Design_elements_and_principles

5. Modul Rekabentuk : Majlis Rekabentuk Malaysia