teori pembelajaran behaviorisme
TRANSCRIPT
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
1/21
ULASAN KRITIKAL
PENGENALAN
Pembelajaran merupakan segala perubahan tingkah laku yang agak kekal,
akibat dari perubahan dalaman dan pengalaman, tetapi bukan semata-mata
disebabkan oleh pertumbuhan atau kematangan, ataupun disebabkan oleh kesan
sementara seperti penyakit. Prinsip pembelajaran ialah suatu garis panduan
mengenai bagaimana pembelajaran berlaku dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran. Teori-teori pembelajaran terbahagi kepada tiga, iaitu Teori
Pembelajaran Behaviorisme, Teori Pembelajaran Kognitivisme dan Teori
Pembelajaran Konstruktivisme. Dalam setiap teori tersebut, terdapat beberapa orang
pelopor yang telah mengkaji dan menganalisis pelbagai cara pembelajaran yang
berkesan. Dengan itu guru boleh merancang dengan lebih sempurna untuk
melaksanakan pengajarannya supaya lebih berkesan.
1. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME
Teori Pembelajaran Behavioris telah diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan
kemudiannya dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner. Mereka berpendapat
bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku (behaviour).
Teori pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus,kucing dan burung
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
2/21
di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
rangsangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.
Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan
pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama
ada baik atau sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar
boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris,
pembelajaran adalah perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang
individu melalui pengalaman. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap insan sejak
dia dilahirkan, sehingga sukar bagi kita untuk membeza dan memisahkan antara
pembelajaran dengan tumbesaran, kerana kedua-duanya adalah saling
berkaitan.Behavioris menumpukan perhatian ke atas aspek tingkah laku manusia
yang boleh diperhatikan dan boleh diukur.
Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori
Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori
oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman
Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Berikut adalah perbandingan pandangan yang
dikemukakan oleh tokoh-tokoh teori behavioris:
PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI TEORI BEHAVIORIS
Pelopor
Aspek
John Broadus
Watson
(1878-1958)
Ivan Petrovich
Pavlov
(1849-1936)
Edward Lee
Thorndike (1874-
1949)
Burrhus Frederic
Skinner
(1904-1990)
Latar
belakang
** ** ** **
Nama
teori
Pelaziman Klasik Pelaziman Klasik Pelaziman Operan Pelaziman Operan
Bahan
ujikaji
Albert B
(bayi 9 bln)
Anjing Kucing Tikus putih
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
3/21
Asas
teori
Berkaitan
pelaziman &
kawalam emosi
manusia iaitu
ujikaji tentang
Albert (1920)
Rangsangan &
gerak balas
(R-G)
Hubungan @
connection antara
rangsangan
dengan gerak
balas akan
menjadi kukuh jika
kesan tingkah laku
menyeronokkan @
memuaskan
Menekankan hasil
kesan akibat
membawa kpd
tingkahlaku baru,
tingkahlaku
diteruskan @
diulang &
sebaliknya
Teori Behavioris mengatakan bahawa pembelajaran sebagai perubahantingkah laku yang boleh diperhatikan, dikawal dan diramal. Teori ini mengkaji
perhubungan antara ransangan dan gerak balas apabila pelajar bertindak dalam
persekitaran luaran. Selain daripada itu, teori ini juga melihat perhubungan antara
tindakan pelajar dengan pengukuhan ransangan.
1.1 Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov
Teori pelaziman klasik adalah tentang tingkah laku pembelajaran yang telah
dipelopori oleh Ivan Pavlov ( 1849-1936). Pada tahun 1980-an, Pavlov mengkaji
fungsi pencernaan pada anjing dengan melakukan pemerhatian pada kelenjar air
liur. Dengan cara itu, beliau dapat mengumpul, menyukat dan menganalisis air liur
haiwan itu dan bagaimana ia dapat diberikan makanan pada keadaan yang berbeza.
Beliau sedar anjing akan mengeluarkan air liur sebelum makanan sampai ke
mulutnya dan mencari hubungan timbal balik antara air liur dengan aktiviti perut.Pavlov hendak melihat rangsangan luar dapat mempengaruhi proses ini. Oleh itu,
contoh paling awal dan terkenal bagi pelaziman klasik melibatkan pelaziman air liur
pada anjing kajian Pavlov.
Seterusnya dalam eksperimen ini juga Pavlov membunyikan loceng terlebih
dahulu sebelum beliau memberikan makanan kepada anjing. Anjing itu tidak
memberikan sebarang gerak balas terhadap bunyi loceng. Kemudian Pavlov
memberikan makanan kepada anjing itu dan menghasilkan gerak balas rembesan
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
4/21
air liur. Makanan ini disebut sebagai rangsangan tak terlazim kerana menghasilkan
gerak balas rembesan air liur secara automatik. Perembesan air liur ini disebut
sebagai gerak balas tak terlazim kerana ia berlaku secara automatik. Tiada
pembelajaran atau pelaziman terlebih dahulu menghubungkaitkan makanan dengan
perembesan. Bunyi loceng hanya satu rangsangan neutral kerana tidak
menghasilkan sebarang gerak balas. Oleh itu, eksperimen ini diulang berkali-kali
iaitu loceng dibunyikan terlebih dahulu sebelum anjing itu diberikan makanan.
Akhirnya anjing itu mengeluarkan air liur sebaik mendengar bunyi loceng
walaupun belum lagi menerima makanan. Oleh itu bunyi loceng disebut rangsangan
terlazim kerana ia boleh menyebabkan perembesan. Gerak balas terhadap bunyi
disebut gerak balas terlazim kerana dapat menghasilkan gerak balas yang sama
seperti makanan. Selain itu, tindak balas emosi manusia terhadap pelbagai situasi
dipelajari melalui pelaziman klasik. Contohnya, seorang guru sentiasa memarahi
muridnya, maka kehadiran guru tersebut dapat membangkitkan perasaan takut pada
diri murid tersebut. Gerak balas terlazim ini timbul disebabkan rangsangan neutral.
Selain itu, gerak balas positif juga dapat dipupuk melalui teori pelaziman klasik.
Misalnya guru sentiasa memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan,
lama kelamaan murid tersebut akan bergerak balas positif walaupun tanpa pujian.
Oleh itu, keputusan yang diperoleh dari kajian pelaziman klasik ini
mempunyai implikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah iaitu
pembelajaran boleh berlaku dengan menggantikan satu rangsangan dengan
rangsangan yang lain. Justeru, Ivan Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran
berlaku akibat daripada rangsangan yang telah diterima oleh seseorang. Setiap
rangsangan yang diterima pula akan menimbulkan suatu gerak balas. Daripada teori
ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerak balas mempunyai kaitan yang
boleh dilazimkan atau dipelajari.
Kaitan antara rangsangan dengan gerak balas boleh diperkukuhkan melalui
latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas,semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh, apabila guru
memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid membuat hasil kerja yang baik (gerak
balas), maka gerak balas tersebut (hasil kerja yang baik) akan dapat diteruskan
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
5/21
walaupun tiada pujian daripada guru. Guru juga boleh memotivasikan muridnya
dengan ganjaran yang sesuai supaya dapat mengawal tingkah laku yang
dikehendaki dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Sebagai contoh, guru
boleh memberi motivasi dalam bentuk pujian, hadiah dan kata-kata perangsang
untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Guru juga boleh meningkatkan motivasi
murid-muridnya dengan menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan seperti memulakan pengajaran dan pembelajaran dengan set
induksi yang dapat menarik perhatian murid.
Selain itu, guru juga perlu melibatkan murid-murid dalam proses
pengajarannya seperti penglibatan dalam aktiviti berkumpulan, perbincangan, projek
dan sebagainya. Melalui aktiviti seperti ini murid-murid dapat belajar dengan lebih
berkesan kerana pembelajaran boleh berlaku melalui latihan, kebiasaan dan
pengalaman. Dalam proses pembelajaran juga, generalisasi boleh berlaku di mana
murid dapat melakukan tingkah laku yang sama di dalam situasi yang berlainan.
Sebagai contoh, murid dapat mengaplikasikan konsep wang yang dipelajari di kelas
ketika proses jual beli di kantin atau di kedai buku sekolah.
Dalam pembelajaran juga, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkah laku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkah laku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Apabila seseorang
guru berhenti memberi ganjaran, prestasi muridnya mungkin akan merosot. Oleh itu,
konsep pemulihan serta merta dapat membantu seseorang guru meningkatkan
keberkesanan pengajarannya dengan memberikan insentif semula kepada murid-
murid dengan mempelbagaikan hadiah, aktiviti, alat bantu mengajar dan projek bagi
meningkatkan semula semangat ingin belajar di kalangan murid-murid.
1.2 Teori Pelaziman Tingkah Laku J.B Watson
Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang
dapat dikawal dan diramal. Selain itu, Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan
pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920). Dalam
eksperimen ini kanak-kanak Albert dibiarkan bermain tikus putih. Ketika Albert
sedang bermain, Watson membunyikan ketukan yang kuat. Gandingan dua perkara
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
6/21
ini dibuat berulang-ulang kali. Oleh itu, Albert terkejut dan terus menjadi takut
kepada tikus putih. Justeru, Albert mengaitkan tikus putih dengan bunyi yang
mengejutkan. Oleh itu, persepsi Albert akan menjadi takut kepada semua benda
putih yang berbulu termasuk rambut Watson dan muka Santa Klaus.
Menurut Watson, tingkah laku adalah refleks terlazim iaitu sesuatu gerak
balas yang dipelajari melalui proses pelaziman klasik. Selain tingkah laku, Watson
turut menjalankan kajian terhadap pembelajaran emosi manusia. Menurut beliau,
manusia mewarisi tiga jenis emosi iaitu takut, marah dan kasih sayang. Beliau
berpendapat bahawa rasa takut dan respons emosi lain boleh diperoleh atau
dihapuskan melalui pelaziman. Seperti kajian yang dijalankan olehnya terhadap
seorang bayi berusia 9 bulan dengan seekor tikus putih. Watson juga
memperkenalkan dua prinsip iaitu prinsip kekerapan dan prinsip kebaruan. Prinsip
kekerapan menekankan bahawa semakin kerap seseorang menunjukkan suatu
respons terhadap suatu rangsangan, semakin tinggi kemungkinan orang itu akan
memberikan respons (gerak balas) yang sama terhadap rangsangan tersebut.
Prinsip ini membawa implikasi bahawa murid perlu memahami dan
mengulangkaji setiap tajuk dalam sesuatu mata pelajaran dengan kerap bagi
mengingati kembali konsep-konsep pelajaran dengan mudah. Prinsip kebaruan pula
menegaskan bahawa semakin baru respons seseorang terhadap suatu rangsangan,
semakin tinggi kemungkinan orang itu akan memberikan respons atau gerak balas
terhadap rangsangan itu. Ini bermakna, setiap murid perlu membuat ulang kaji
dengan sempurna sebelum menempuh peperiksaan bagi membolehkan mereka
mengaplikasikan konsep-konsep yang diulang kaji. Sekiranya sesuatu tajuk itu lama
tidak diulangkaji, ia akan terhapus daripada ingatan begitu sahaja.
Oleh itu,seseorang guru perlu memberikan latihan dengan kerap untuk
mengukuhkan ingatan murid. Selain itu, minat murid juga boleh ditimbulkan dan
dihapuskan. Guru yang mengajar dengan pelbagai alat bantu mengajar dan
mengelola pelbagai jenis aktiviti akan dapat menimbulkan minat murid terhadap
pengajarannya dan seterusnya menyebabkan murid ternanti-nanti kemunculan guru
berkenaan untuk mengajar mereka. Sebaliknya, minat murid terhadap sesuatu mata
pelajaran akan berkurangan sekiranya didapati pengajaran guru tersebut tidak
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
7/21
menarik atau membosankan. Sama seperti Pavlov, teori Watson juga menggalakkan
rangsangan yang baik bagi mewujudkan tingkah laku positif. Sebagai guru kita harus
memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku guru)
menimbulkan perasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut
atau risau. Guru juga perlu menggunakan rangsangan yang boleh memotivasikan
murid seperti mewujudkan persekitaran yang kondusif dan kaya dengan bahan
pengajaran bagi mendorong mereka berminat untuk belajar.
1.3 Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike
Teori Edward L. Thorndike (1874-1949) dikaitkan dengan teori pelaziman
operan. Thorndike terkenal dengan teori cuba jaya dan tiga hukumnya iaitu hukum
kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Mengikut beliau, ganjaran dan denda
merupakan dua faktor penting yang membantu pembelajaran manusia. Ganjaran
akan mendorong manusia melakukan sesuatu gerak balas. Dalam kajian tentang
perkaitan gerak balas dengan rangsangan, Thorndike melakukan eskperimen
terhadap seekor kucing. Beliau mengurungkan seekor kucing yang lapar dalam
sebuah sangkar yang di dalamnya terletak satu tuil yang berfungsi sebagai anak
kunci untuk membuka pintu sangkar tersebut. Thorndike juga telah meletakkan
semangkuk makanan di luar sangkar yang digunakan untuk rangsangan terhadap
kucing itu. Berdasarkan pemerhatian Thordnike, kucing yang lapar itu melakukan
pelbagai tindakan untuk melepaskan diri dalam sangkar, dan tiba-tiba terpijak tuil
yang membuka pintu sangkar tersebut dan terus menuju ke arah makanan yang
disediakan. Kucing tersebut dimasukkan semula dan eskperimen ini diulang
sehingga kucing telah berjaya mempelajari cara membuka pintu sangkar.
Berdasarkan pemahaman Thorndike semakin banyak percubaan semakin
cepat ia dapat keluar dari sangkar. Kesimpulannya pembelajaran merupakan proses
cuba ralat atau memilih dan menghubungkait. Dalam proses ini latihan yang
dilakukan secara berulang, gerak balas yang dihasilkan pada peringkat permulaan
akan semakin berkurang, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak
balasnya semakin bertambah kukuh. Beliau berpendapat bahawa pembelajaran
merupakan proses cuba-ralat (trial and error) atau memilih dan menghubungkait
(selecting and connecting). Proses cuba-ralat ini juga dikenali sebagai proses cuba
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
8/21
jaya. Latihan yang dilakukan secara berulang-ulang akan menyebabkan gerak balas
yang dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan. Manakala
perhubungan antara rangsangan dan gerak balas akan semakin kukuh. Gerak balas
operan berlaku secara sendiri dan jika mendapat hasil yang berkesan, ia akan
dikukuhkan dan dikekalkan. Ini bermakna apabila ganjaran diberi, gerak balas yang
terhasil akan berulang kerana sudah berlakunya proses pembelajaran. Tetapi jika
ganjaran tidak diberikan, gerak balas tersebut akan hilang secara perlahan-lahan.
Oleh itu, guru perlu menyediakan pelbagai sumber pengajaran dan
pembelajaran yang menarik dan mengagumkan agar proses pembelajaran yang
berkesan boleh berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan audio atau video
yang menarik agar murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.
Thorndike juga terkenal dengan tiga hukumnya iaitu Hukum Kesediaan,Hukum
Latihan dan juga Hukum Kesan. Thorndike amat menyarankan ketiga-tiga hukum
tersebut digunakan dalam mengawal pembelajaran manusia kerana beliau percaya
jika hukum-hukum tersebut dipatuhi, maka pembelajaran akan menjadi mudah dan
berkesan. Hukum kesediaan adalah perkara yang paling penting dan asas sebelum
seseorang murid memulakan pembelajaran. Seseorang murid perlu mempunyai
persiapan yang rapi sebelum menghadapi sesi pembelajaran di dalam kelas.
Selain itu, murid perlu mempersiapkan diri mereka dari segi mental, fizikal,
emosi, sosial dan psikomotor sebelum pembelajaran berlaku. Faktor-faktor ini
sangat membantu dalam mewujudkan aktiviti pembelajaran yang aktif, mudah,
seronok dan berkesan. Justeru kesediaan murid sangat penting dalam memulakan
sesuatu aktiviti pembelajaran. Sekiranya murid bersedia sepenuhnya untuk
menjalani aktiviti pembelajaran, kesannya mereka akan berasa seronok sepanjang
pembelajaran berlaku dan seterusnya objektif pembelajaran dapat dicapai dengan
mudah. Guru boleh menggunakan motivasi yang sesuai untuk meningkatkan
kesediaan murid untuk belajar. Kesediaan murid untuk belajar adalah perkara yang
paling utama kerana jika mereka bersedia,maka gerak balas yang positif akan
dihasilkan.
Motivasi yang diberikan adalah sebagai satu rangsangan yang baik untuk
meningkatkan semangat murid untuk belajar. Dalam Hukum Latihan pula, Thorndike
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
9/21
berpendapat bahawa perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan
bertambah kukuh jika latihan diberikan. Ini bermakna, untuk meningkatkan
perhubungan antara rangsangan dan gerak balas,seseorang murid hendaklah diberi
latihan dan pengulangan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Semakin
banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak
balas seseorang murid. Sebagai contoh, seorang murid diberi latihan Matematik
yang banyak, murid itu akan menjadi semakin mahir dan tempoh masa untuk
menyelesaikan soalan matematik tersebut semakin singkat. Ini juga dapat
mengukuhkan dan meningkatkan kemahiran dan ingatan mereka terhadap isi
pembelajaran yang telah dipelajari.
Oleh itu, guru perlu sentiasa memberikan latih tubi, kuiz atau soal jawab yang
menyeronokkan supaya murid dapat mengukuhkan dan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran mereka. Hukum Kesan pula menyatakan bahawa
perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh jika
terdapat kesan yang menyeronokkan. Manakala kesan yang menyakitkan akan
melemahkan perhubungan antara rangsangan dan gerak balas. Ini bermakna,
sekiranya seseorang murid mendapat kesan pembelajaran yang menyeronokkan, ini
akan mendorong mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik. Sebaliknya, jika
seseorang murid mendapat kesan yang menyakitkan, gerak balas tersebut akan
semakin lenyap. Perkara ini boleh dikaitkan dengan ganjaran dan denda yang
diberikan berdasarkan gerak balas yang dihasilkan.
Justeru itu, guru berperanan mewujudkan pembelajaran yang
menyeronokkan dengan memberi ganjaran, motivasi dan menyediakan peluang
yang sama rata untuk semua murid supaya mereka terdorong untuk belajar. Guru
juga perlu memastikan tugasan yang diberi tidak terlalu tinggi supaya murid dapat
menyelesaikannya dengan perasaan puas hati seterusnya dapat meningkatkan
motivasi mereka untuk belajar. Di samping itu, guru boleh memberikan peluang
kepada murid untuk menikmati kejayaan yang diperolehi dalam pembelajaran
mereka. Guru tidak boleh memandang rendah terhadap kejayaan yang telah dicapai
oleh murid malah guru perlu memberikan sokonganyang padu supaya mereka tidak
mudah putus asa dan akan terus mencuba untuk mencapai kejayaan yang mereka
ingini.
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
10/21
1.4 Teori Pelaziman Operan B. F Skinner
Teori Skinner telah melanjutkan usaha Thorndike dalam kajian tentang
pelaziman. Teori ini merupakan satu teori yang berasaskan rangsangan dan gerak
balas. Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma
bertindak balas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran. Tingkah laku
sebegini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut
naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). Manakala Pelaziman
Operan dapat meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.
Selain itu, peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. Peneguhan
biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang dapat menambahkan
kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku. Dalam situasi pembelajaran
manusia, peneguhan merupakan faktor penting untuk menghasilkan pembelajaran
yang berkesan. Peneguhan dapat menghasilkan sesuatu tingkah laku yang menuju
ke arah matlamat yang hendak dicapai. Justeru, Teori Peneguhan Skinner
menitikberatkan pelaziman di antara sesuatu tingkah laku dengan peneguhan.
Oleh itu, peneguhan positif diberi selepas sesuatu tingkah laku maka
kebarangkalian tingkah laku itu akan bertambah.Peneguhan positif merupakan
sesuatu yang menyenangkan, misalnya ganjaran kebendaan dan pujian. Misalnya
guru memberi pujian kepada muridnya yang mendapat markah tertinggi. Peneguhan
negatif pula merupakan sesuatu yang menyakitkan dan ingin dielakkan oleh setiap
individu. Contohya, apabila loceng berbunyi, guru memberi arahan berikut: Semua
murid harus beratur pergi untuk rehat. Jika tidak anda akan kehilangan lima minit
masa rehat. Cara ini mementingkan usaha untuk menyedarkan seseorang tentang
kesilapan yang dilakukannya dan bukan semata-mata untuk mendendanya.
Sehubungan itu, implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah
diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala supaya kemahiran ini
dapat dikukuhkan dan dikekalkan. Justeru, peneguhan positif yang membawa
keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa
kesakitan. Selain itu, teori ini juga mampu membantu pelajar menguasai konsep
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
11/21
diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan
kemahiran dengan lebih cepat.
Kesimpulannya, ketiga-tiga tokoh ini (Teori Behavioris) menekankan peranan
persekitaran dalam proses pembelajaran. Pembelajaran berlaku dengan wujudnya
perkaitan dan perhubungan antara suatu rangsangan dengan suatu gerak
balas.Pelaziman klasik dan pelaziman operan adalah contoh teori behavioris
yangmenekankan kajian tentang tingkah laku yang dapat diperhatikan. Disebabkan
teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang
menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran
didalam kelas. Guru pula perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti
yang menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan
dan gerak balas. Akhir sekali, ganjaran terhadap gerak balas yang baik dan
peneguhan perlu diberi kepada murid bagi membantu murid menikmati
perkembangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
2. TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIVISME
Menurut teori pembelajaran mazhab kognitif, pembelajaran merupakan
satu proses pembentukan struktur kognitif dan perwakilan minda yang aktif.
Pembelajaran kognitif menekankan cara belajar seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi. Teori ini
menekankan kepada proses mental kanak-kanak. Teori ini juga berasaskan prinsip
pembelajaran kognitif yang menerangkan bagaimana pelajar menerima,
memproses, menyimpan dan mencari maklumat dalam memori (Ertmer & Newby
1993). Ilmu pengetahuan yang diperoleh bukan berhasil daripada latih tubi dan
peneguhan, tetapi lebih merujuk kepada proses interaksi antara skema minda,
pengalaman sedia ada dan keadaan baru yang juga melibatkan pengharapan
seseorang individu tersebut. Oleh itu, sekiranya seseorang tidak dapat mengenal
pasti hubungan perkara dan ertinya yang dipelajari pembelajaran tidak akan berlaku
walaupun diberikan latihan berulang-ulang. Antara ahli-ahli psikologi kognitif seperti
Piaget, Bruner, Gagne dan Ausebel yang berpendapat bahawa pembelajaran ialah
suatu proses mental (kognitif) yang akan berlaku dalam fikiran iaitu tidak dapat
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
12/21
diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Justeru, kebanyakan
situasi, penyelesaian suatu masalah kompleks melibatkan proses dan pemikiran
kognitif menyeluruh.
2.1 Teori Pembelajaran Kognitif Piaget
Teori seterusnya iaitu Teori Pembelajaran Kognitif Piaget iaitu menekankan
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar sebagai faktor yang penting untuk
perkembangan kognitif individu. Beliau mendapati perkembangan kognitif kanak-
kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat ikut perubahan umur
mereka. Selain itu, setiap peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan
faktor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep sama ada konkrit atau
abstrak. Menurut Piaget sistem ini adalah berbeza-beza daripada sistem logikal
yang digunakan oleh orang dewasa. Teori Pembelajaran Kognitif Piaget (1970)
menghuraikan lima pandangan asas iaitu skema, adaptasi keseimbangan, asimilasi
dan akomodasi yang berkaitan rapat dengan pembelajaran kognitif seseorang.
Skema merupakan model tingkah laku asas individu semasa proses
pengubahsuaian diri dalam alam sekitar. Skema merupakan model tingkah laku
asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri dalam alam
sekitar. Contohnya aksi, bahasa, pemikiran, pandangan yang boleh mewakili ciri
tingkah laku skema individu. Adaptasi dan keseimbangan iaitu mengubahsuai
skema selaras dengan pembelajaran baru. Asimilasi ialah proses memasukkan
peristiwa baru ke dalam skema yang sedia ada. Oleh itu, asimilasi melibatkan
percubaan memahami sesuatu yang baru dengan cara menyesuaikannya ke dalam
sesuatu yang telah kita ketahui (Woolfolk, 1998). Contoh, pada peringkat permulaan,seorang kanak-kanak akan memikirkan seekor hamster sebagai tikus belanda yang
kecil. Kanak-kanak tersebut akan cuba memadankan pengalaman barunya dengan
skema yang sedia ada tentang cara mengenal pasti binatang. Akomodasi akan
berlaku apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan
pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema baru. Contoh di atas, kanak-
kanak tersebut akan tambahkan skema baru untuk mengenali hamster kepada
sistem lain mengenalpasti binatang.
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
13/21
Oleh itu, implikasi Teori Piaget dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu guru
perlu menyediakan isi pelajaran mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-
kanak iaitu daripada konkrit kepada abstrak. Selain itu, guru perlu menyediakan
pelbagai aktiviti yang menggalakkan penerokaan dan penemuan. Tentukan pelajar
bersedia secara mental untuk belajar sesuatu pengalaman dan pembelajaran yang
sesuai mengikut peringkat pemikiran kanak-kanak. Hal ini demikan kerana
pengetahuan dan kebolehan kanak-kanak berbeza mengikut tahap umur.
2.2 Teori Pembelajaran Penemuan Bruner
Menurut Bruner, pembelajaran konsep melibatkan proses pengkategorian. Konsep
tersebut telah dibahagikannya kepada tiga kategori iaitu enaktif yang berasaskan
perlakuan, ikonik yang berasaskan imejan dan simbolik yang berasaskan bahasa.
Mengikut susunan daripada enaktif kepada ikonik dan akhir sekali imejan adalah
perkara yang penting dalam mempelajari sesuatu konsep kerana ketiga-tiga kategori
ini sangat berkait rapat antara satu sama lain.
Peringkat enaktif berlaku pada kanak-kanak yang berusia 0-2 tahun. Pembelajaran
pada peringkat ini adalah melalui tindakan manipulatif kerana ia belum lagi
melibatkan bahasa. Mereka akan menggunakan anggota deria untuk menyelesaikan
sesuatu masalah. Mereka juga perlu memegang dan menggunakan bahan maujud
untuk memperoleh pengertian. Misalnya, kanak-kanak kecil menyentuh api untuk
mengetahuinya sama ada ianya panas dan boleh melecurkan ataupun melontarkan
bola untuk mengetahui sama ada ia boleh melambung dan berguling.
Seterusnya, peringkat ikonik yang berlaku pada kanak-kanak yang berusia 2-4 tahun
yang merupakan peringkat sanggup membentuk penanggapan atau persepsi dan
membina gambaran dalam mental. Mereka mempunyai kebolehan mental untuk
menyimpan imej dalam fikiran sehingga mampu untuk menggambarkan dan
membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka.
Contohnya, tanpa melihat gambar bunga, kanak-kanak boleh melukis gambar
tersebut kerana dia melukis gambar berdasarkan bayangan atau imej yang disimpan
dalam otaknya. Pada usia ini juga, kanak-kanak dapat membentuk penanggapan
dan membina gambaran mental. Contohnya, walaupun tanpa melakukan aktiviti
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
14/21
lasak seperti memanjat, kanak-kanak tersebut sudah tahu bahawa aktiviti itu boleh
menyebabkan dia terjatuh.
Pemikiran pada usia 5-7 tahun dinamakan peringkat simbolik. Pada
peringkat ini, pengalaman yang diperoleh kanak-kanak dapat dipersembahkan
dengan menggunakan simbol seperti perkataan, bahasa dan formula serta kanak-
kanak boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa. Mereka
juga dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik.
Pembelajaran kanak-kanak berkembang dari peringkat motor-sensori (enaktif) ke
peringkat penanggapan konkrit (ikonik) dan akhirnya ke idea abstrak (simbolik). Oleh
itu, pengajaran juga haruslah berkembang mengikut turutan sedemikian. Ini
bermaksud pengajaran perlu dirancangkan untuk membantu kanak-kanak
memperoleh pengalaman pada permulaan, kemudian bertindak balas dengan
penyampaian konkrit dan akhirnya persembahan dalam bentuk simbol. Ketiga-tiga
proses ini saling berkaitan dan membantu kanak-kanak untuk menyelesaikan
masalah. Contoh situasi pembelajaran mengikut urutan ini ialah pada peringkat
enaktif, kanak-kanak cuba menunggang basikal. Peringkat ikonik pula kanak-kanak
boleh membayangkan cara berbasikal dengan baik. Seterusnya dapat menceritakan
pengalaman berbasikal dalam bentuk bahasa kepada rakan sebaya pada peringkat
simbolik.
Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan
Pada pendapat Bruner, pembelajaran konsep merupakan satu cara individu
membezakan dan mengkategorikan sesuatu benda atau perkara yang mempunyai
ciri-ciri yang tersendiri. Setiap objek, kejadian atau idea mempunyai satu set ciri-ciri
yang umum. Ia turut melibatkan beberapa proses seperti mengingat kembali,
membuat perkaitan maklumat baru dengan yang lama serta membuat subkategori.
Melalui pembelajaran ini, kanak-kanak akan membandingbezakan kumpulan atau
kategori tertentu yang mempunyai ciri-ciri yang relevan dengan kumpulan atau yang
tidak relevan. Mereka perlu memikirkan sifat-sifat dalam sesuatu kumpulan atau
kategori yang telah dibentuk oleh guru mereka. Kemudian, mereka perlu
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
15/21
membanding beza contoh-contoh sesuatu kumpulan atau kategori yang mempunyai
sifat-sifat tersebut dengan contoh-contoh yang tidak mempunyai sifat-sifat tersebut.
Teori Pembelajaran Induktif
Di bawah pembelajaran konsep Bruner, maklumat disusun secara induktif iaitu
bermula dari spesifik ke umum untuk membantu kanak-kanak memahami
pembentukan konsep. Mengikut kajian Jerome Bruner, guru seharusnya
membekalkan kanak-kanak dengan pelbagai pengalaman untuk membantu mereka
menemui idea, konsep atau pola yang diperkenalkan. Teori pembelajaran induktif
lebih kepada membekalkan kanak-kanak dengan satu jurang pengalaman yang
dapat menambahkan kebiasaan mereka tentang konsep baru yang dipelajari. Di sini,
guru tidak memberikan definisi konsep yang diajar tetapi pemahaman konsep kanak-
kanak adalah dibina secara perlahan hasil daripada pendedahan kanak-kanak
kepada pelbagai aktiviti dan pengalaman.
Pembelajaran Penemuan
Pembelajaran penemuan adalah suatu pembelajaran yang berbentuk inkuiri. Ianya
melibatkan situasi penyelesaian masalah yang dilalui sendiri oleh murid. Mereka
akan mengaitkan sendiri pengalaman mereka yang telah lepas dengan pengetahuan
semasa untuk menemukan maklumat baharu yang sedang mereka terokai. Dengan
cara ini, meraka akan lebih mudah memahami dan mengingati sesuatu perkara yang
baru dipelajari.
Guru akan bertindak sebagai pembimbing untuk memberi panduan yang sesuai
kepada murid dengan mengemukakan masalah atau fenomena dan mengawasi
aktiviti murid. Pembelajaran menerusi proses inkuiri membolehkan pembelajaran
secara aktif berlaku kerana pelajar perlu meninjau sendiri masalah yang diberi.
Contohnya, berapakah suhu didih air?
Kemudian, pelajar dikehendaki menyiasat bagaimana fenomena ini boleh terjadi.
Mereka boleh meneliti pelbagai alternatif dan data, membuat hipotesis dan menguji
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
16/21
hipotesis yang telah dibuat sebelum membuat rumusan. Setelah jawapan diperoleh,
jawapan tersebut dibincangkan bersama guru dan pelajar lain di dalam kelas.
2.3 Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
David Ausubel merupakan seorang ahli psikologi Amerika dalam bidang Psikologi
Pendidikan, Sains Kognitif dan juga pembelajaran dalam Pendidikan Sains. Beliau
terkenal dengan teori pembelajaran secara penerimaan.
Mengikut pendapat Ausubel, pembelajaran bermakna berlaku apabila bahan
pengajaran yang digunakan juga merupakan bahan yang bermakna. Terdapat dua
aspek bahan yang bermakna ini iaitu teks pengajaran dan juga aspek penyampaian
ilmu oleh guru. Menurut Ausubel, sekiranya kedua-dua aspek ini digabungkan maka
akan terhasillah pembelajaran yang bermakna kerana murid dapat memperoleh
banyak maklumat yang dapat dikuasai secara serentak melalui bahan pembelajaran
yang berkesan iaitu melalui teks dan juga penyampaian ilmu oleh guru.
Menurut beliau lagi, pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana murid itu
sendiri mempunyai kesedaran dan tujuan dalamannya. Selain itu, bahan-bahan
pembelajaran yang dipelajarinya juga adalah bermakna untuknya. Sekiranya murid
hanya mempunyai tujuan untuk menghafal sahaja, maka hasil pembelajaran adalah
berupa hafalan dan tidak bermakna. Menurut Ausubel, terdapat dua syarat untuk
menjadikan pembelajaran melalui penerimaan ini menjadi bermakna iaitu murid
mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran dan
pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif murid yang harus digunakan untuk
mengaitkan dengan pelajaran baru.
Advance Organizer atau Pengurusan Awal
Advance Organizer bermaksud pengurusan atau pendedahan awal. Ausubel
memperkenalkannya untuk menyesuaikan skema pelajar dengan bahan
pembelajaran supaya pembelajaran optimal berlaku. Salah satu strategi untuk
memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
17/21
berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan
hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.
Advance Organizer perlu diberikan kepada murid sebelum sesuatu pengajaran
sebenar dilakukan untuk memastikan murid mendapat pendedahan awal mengenai
topik pengajaran yang baru. Ianya juga membolehkan murid mempelajari dan
memahami perkara-perkara asas yang berkaitan dengan topik yang bakal
dipelajarinya nanti supaya murid dapat memahami topik pelajaran sebenar dengan
lebih mendalam. Sebagai contoh, sebelum guru ingin mengajar topik ukuran kepada
murid, guru harus memastikan murid-muridnya dapat membuat perbandingan
terhadap saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan unit ukuran.
Dua Jenis Pengurusan Awal
1) Pengurusan Awal Perbandingan/ Komparatif
Pengurusan awal perbandingan/komparatif merujuk kepada pengetahuan sedia ada
yang berkaitan dengan isi pelajaran yang akan dipelajari. Pengetahuan sedia ada
dalam struktur kognitif akan digunakan untuk mempelajari maklumat baru. Sebagai
persediaan menerima maklumat baru, penyusunan semula maklumat awal akan
berlaku dalam struktur kognitif. Ini bermakna murid akan mengingat kembali
maklumat yang telah wujud dalam pemikiran.
2) Pengurusan Awal Ekspositori.
Pengurusan awal ekspositori pula diberikan oleh guru jika pelajar tidak atau belum
mempunyai pengetahuan sedia ada yang ada kaitan dengan isi pelajaran yang akan
dipelajar. Guru akan memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks,
lakaran peristiwa dan sebagainya untuk memudahkan mereka menerima maklumat
baru kelak.
Maklumat tersebut didedahkan atau dipersembahkan lebih awal agar pelajar
mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baharu.
Contohnya, jika mereka tidak tahu tentang logam, guru perlu mengajar tentang
logam terlebih dahulu sebelum mengajar topik aloi. Dengan cara ini, pelajar akan
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
18/21
lebih mudah menerima maklumat yang disampaikan oleh guru semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran Konsep Melalui Penerimaan
Konsep merupakan kategori mental tentang objek, peristiwa atau set idea yang
mempunyai ciri-ciri yang sama. Keupayaan melihat ciri-ciri persamaan satu-satu
kategori objek atau peristiwa dinamakan pembelajaran konsep.
Menurut Ausubel, sekiranya guru menyampaikan pengajarannya secara terancang
iaitu bermula dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat - peringkat, pembelajaran bermakna boleh berlaku. Guru hendaklah
menggunakan pendekatan deduktif iaitu menyusun atau menyampaikan maklumat
iaitu daripada pemahaman konsep umum kepada idea yang khusus berasaskan
laras bahasa yang sesuai dengan keupayaan murid. Murid dapat memperoleh
maklumat dengan lebih cepat dengan penggunaan Advance Organizer ataupun
Penyusunan Awal. Guru juga perlu menyusun langkah pengajaran dan
penyampaiannya secara sistematik apabila mengajar sesuatu konsep untuk
membantu murid mempelajari sesuatu perkara dengan sempurna. Ini bermakna,
murid memperoleh maklumat dengan menerima ilmu yang disampaikan oleh guru.
Contohnya guru ingin mengajar konsep pen. Terlebih dahulu guru perlu
mempersembahkan Advance Organizer seperti menunjukkan gambar lakaran alat
tulis pelbagai jenis, lakaran dan tulisan yang menggunakan dakwat dan bukan
dakwat. Setelah itu guru perlu mengemukakan contoh positif dengan menunjukkan
pelbagai jenis pen seperti pen dakwat celup, pen magik, pen marker dan pen mata
halus. Guru boleh memberi masa dan peluang kepada murid menggunakan pen
tersebut.
Kemudian, guru boleh menunjukkan contoh negatif yang menyerupai dengan pen
iaitu alat tulis lain seperti pensel, karyon dan pensel warna. Murid dibenarkan untuk
menggunakan alat-alat tersebut dalam tempoh yang ditetapkan. Guru boleh
berbincang bersama murid tentang ciri-ciri persamaan dan perbezaan berdasarkan
contoh positif dan negatif. Rumusan atau konsep boleh dibina dengan mengatakan
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
19/21
pen ialah alat tulis yang menggunakan dakwat. Guru juga boleh memberikan contoh
tambahan berkaitan pen.
2.4 Teori Pembelajaran Gagne
Tokoh seterusnya iaitu Teori Pembelajarn Gagne dikenali sebagai teori
pemprosesan data atau maklumat. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas
menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada
peringkat paling mudah kepada peringkat paling kompleks. Setiap individu menilai
input dari persekitarannya, mengenkod dan memindahkannya kepada tindak balas
tertentu. Gagne mengasaskan satu hierarki pembelajaran berdasarkan peringkat-
peringkat pembelajaran yang spesifik iaitu pembelajaran isyarat, pembelajaran gerak
balas, pembelajaran rangkaian motor, pembelajaran bahasa, pembelajaran
diskriminasi, pembelajaran konsep, pembelajaran prinsip dan penyelesaian
masalah. Menurut Gagne pemeringkatan pembelajaran penting bagi membantu
pembelajaran pada setiap peringkat serta penyususnan penyampaian pengajaran
dan pembelajaran dari peringkat asas kepada kompleks.
Menurut Gagne, pembelajaran isyarat iaitu individu mempelajari gerak balas
terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila pelajar mendengar loceng sekolah
berbunyi pada pukul 10.00 pagi, mereka mengetahui bahawa masa rehat telah tiba.
Seterusnya pembelajaran gerak balas iaitu proses peneguhan penting dalam
pembelajaran gerak balas iaitu guru memberikan peneguhan dalam bentuk pujian
atau motivasi ekstrinsik. Misalnya guru memberi peneguhan kerana kerja tulisan Siti
semakin kemas dan baik. Mengikut Gagne, rangkaian motor merupakan rangkaian
yang digunakan dalam kemahiran seperti penulisan, permainan muzik dan
sebagainya. Contohnya seorang guru yang mengajar bola jaring perlu mengajar
beberapa rangkaian kemahiran kecil seperti kemahiran menerima, menghantar dan
menjaringkan bola. Pembelajaran pertalian bahasa mengaitkan lebih daripada satu
rangsangan untuk menghasilkan tindak balas misalnya pelajar dapat
menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan sebutannya. Pembelajaran diskriminasi
ialah setiap individu akan menghasilkan tindak balas yang berbeza. Contoh
pembelajaran diskriminasi ialah pelajar membezakan sejenis haiwan dengan haiwan
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
20/21
yang lain seperti reptilia dengan mamalia. Pembelajaran konsep pula berlaku
selepas peringkat pembelajaran rangkaian, pertalian bahasa dan diskriminasi.
Contohnya, untuk mempelajari mengenai reptilia, pelajar perlu mengetahui
ciri-ciri asas reptilia dan cara ia membiak. Pembentukan konsep bermula dengan
prinsip diskriminasi iaitu mengenali secara tepat. Selain itu, pembelajaran hukum
melibatkan penggabungan dua atau lebih konsep berkaitan dalam sesuatu urutan
atau rangkaian. Jenis pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip, teori
dan generalisasi. Contohnya pelajar membuat soalan matematik yang melibatkan
operasi tambah dan operasi darab. Peringkat pembelajaran penyelesaian masalah
merupakan peringkat akhir. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip,
rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk meyelesaikan masalah dalam
sesuatu situasi baru dan merupakan peringkat yang paling sukar dan kompleks.
Terdapat langkah-langkah yang spesifik dalam proses penyelesaian masalah iaitu
mengenal masalah, mencari maklumat, membuat hipotesis, memilih cara
menyelesaikan masalah, menguji hipotesis dan membuat rumusan.
Implikasi Teori Gagne terhadap pengajaran dan pembelajaran ialah guru
perlu menekankan sistem pembelajarab harus bermula daripada yang mudah
kepada rumit. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran mestilah menurut
hierarki kemahiran kecerdasan dan syarat di depan adalah syarat mutlak menguasai
jenis pembelajaran kemudian. Berdasarkan teori Gagne ini proses pengajaran dan
pembelajaran mestilah dilakukan secara berulang-ulang iaitu pembelajaran melalui
rangkaian. Sebagai contoh pengajaran seperti pembacaan teks melalui nyanyian
yang berulang kali lebih diingati oleh pelajar berbanding hanya melalui kaedah biasa
pembacaan teks.
Kesimpulannya, ahli-ahli psikologi kognitif mengkaji situasi pembelajaran
pelbagai yang berfokus pada perbezaan perkembangan kognitif individu yang
berbeza. Oleh itu, teori-teori pembelajaran kognitif berasaskan prinsip dan andaian
masing-masing serta tidak melahirkan peraturan am seperti yang dirumuskan dalam
teori-teori pembelajaran behaviorisme. Justeru, teori pembentukan Gestalt sehingga
munculnya pendekatan konstrukturvisme, didapati pemikiran minda dapat
diperkembangkan daripada yang berfungsi untuk memproses maklumat baru
-
5/21/2018 Teori Pembelajaran Behaviorisme
21/21
kepada yang interaksi dua hala antara pengalaman sedia ada dengan ilmu yang
diterima untuk membentuk struktur kognitif yang semakin kompleks dan berstruktur.