syarat pertandingan tarian zapin

Upload: zapel

Post on 12-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Syarat Pertandingan Tarian Zapin

TRANSCRIPT

Syarat Pertandingan Tarian Zapin Perkampungan Bahasa dan Kesenian

1.0PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memberi garis panduan dalam mendidik generasi dengan memberikan tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagi mencapai hasrat tersebut, SK (P) Sultan Ibrahim, sekolah berprestasi tinggi kohort 3 berbesar hati untuk menganjurkan Pertandingan Tarian Zapin sempena Program Perkampungan Bahasa dan Kesenian peringkat kebangsaan bagi Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia.

2.0MATLAMAT

Memberi pendidikan asas seni tari kepada pelajar peringkat sekolah rendah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

3.0OBJEKTIF

3.1Menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajari asas-asas seni tari.

3.2Mendedahkan pelajar kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin.

3.3Menggalakkan pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya

3.4Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.

4.0PERTANDINGAN

4.1 Pertandingan ini dinamakan PERTANDINGAN TARIAN ZAPINSEMPENA PERKAMPUNGAN BAHASA DAN KESENIAN PERINGKAT KEBANGSAAN BAGI SEKOLAH-SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI.

4.2 Pertandingan ini bertujuan mempersembahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput ditelan zaman.

4.3 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisional dan tarian rakyat.

4.4 Pertandingan ini dijalankan di peringkat kebangsaan

5.0

6.0

PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid Sekolah Berprestasi Tinggi

5.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang sahaja.

5.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki / perempuan sahaja atau campuran.

KONSEP TARIAN

6.1 Konsep persembahan adalah Tarian Zapin Johor sahaja iaitu sama ada:

a) Tarian Zapin Tenglu

b) Tarian Zapin Pekajang

c) Tarian Zapin Pat Lipat

d) Tarian Zapin Lenga6.2 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan salah satu daripada tarian zapin di atas.

6.3 Persembahan tarian tersebut wajib disertai oleh peserta Program Perkampungan Bahasa dan Kesenian.

6.4 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 5 minit dan tidak melebihi 8 minit.

6.5 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan

7.0

8.0 9.0

10.0

LAGU / MUZIK IRINGAN

7.1 Lagu atau nuzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang mengekalkan rentak asal tarian zapin. Lagu-lagu tersebut wajib mengandungi Taksim, Kopak dan Wainab.

7.2 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan hendaklah menggunakan CD. Instrumental atau muzik yang mengandungi suara dibenarkan.

7.3 CD hendaklah dibawa dan diserahkan semasa pendaftaran.PAKAIAN / AKSESORI

Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah tertakluk kepada Busana Zapin Johor.CARA PEMARKAHAN

Koreografi atau keaslian tari 35

Koordinasi muzik dan gerak 10

Pecahan tari dan pola lantai 15

Kesantunan 20

Busana dan tatarias 20MARKAH PENUH 100

HADIAH

Piala dan sijil penyertaan

2