suara - risda.gov.my...sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan...

28
SUARA PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH Globalisasi NET Peneraju Kemajuan Pekebun Kecil BIL. 2/2006 ISSN 0128/0112 PERCUMA S entiasa gigih berusaha dan merebut peluang yang ada merupakan kunci untuk mencapai kejayaan. Tiada alasan mengapa kejayaan tidak boleh dicapai setelah segala bentuk kemudahan Kerajaan sediakan. Pucuk pangkal, tanya diri sendiri! Demikian antara intipati ucapan perasmian YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa merasmikan Seminar Pekebun Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 yang berlangsung pada 5 hingga 8 April 2006 di RISTEC, Port Dickson, Negeri Sembilan. Ujar beliau lagi, sejarah telah membuktikan kehidupan insan yang pada awalnya amat susah dan tidak memiliki apa-apa, berkat usaha yang gigih, mereka akhirnya beroleh kejayaan. Ada banyak cara untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. RISDA sendiri telah menyediakan pelbagai program ke arah kemiskinan sifar dan mendapat peruntukan yang banyak daripada Kementerian. YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin juga menasihatkan agar pekebun kecil memanfaatkan sepenuhnya ketika harga getah di tahap yang baik dengan menabung untuk kegunaan hari tua. Sementara itu, Koperasi Pekebun Kecil (KPK) pula dinasihatkan merebut peluang sebagai pembeli getah dan sawit pekebun kecil serta berfungsi sebagai payung kepada mereka. Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak pekebun kecil, KPK hendaklah membantu menaikkan taraf ekonomi pekebun kecil dengan memasarkan produk mereka, memberi pulangan saham dalam bentuk dividen dan lain-lain kebajikan. Turut hadir dalam Seminar Pekebun Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 ialah Ketua Setiausaha KKLW, YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Md. Salleh, Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ketua Pengarah RISDA, Kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi dan Pentadbiran/Korporat), semua Pengarah Bahagian, Pengurus Besar Anak Syarikat, Pengarah RISDA Negeri, pegawai kanan RISDA dan anak syarikat serta lebih 350 orang pekebun kecil dari seluruh negara. Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar semangat kepada pekebun kecil yang lain. YB Dato’ Seri Abdul Aziz turut melancarkan produk LaRiss, jenama produk keluaran pekebun kecil berupa pelbagai jenis makanan ringan. Beliau telah diiringi melawat pameran inovasi staf RISDA dan anak syarikat, seterusnya ke gerai jualan. Oleh - Hajah Robiyah Ismail Sikap Penentu Kejayaan

Upload: others

Post on 08-Jan-2020

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

SUARA

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

GlobalisasiNET

PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH

GlobalisasiNETNETPeneraju Kemajuan Pekebun Kecil

BIL. 2/2006 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Sentiasa gigih berusaha dan merebut peluang yang ada merupakan kunci untuk mencapai kejayaan. Tiada alasan

mengapa kejayaan tidak boleh dicapai setelah segala bentuk kemudahan Kerajaan sediakan. Pucuk pangkal, tanya diri sendiri!

Demikian antara intipati ucapan perasmian YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah semasa merasmikan Seminar Pekebun Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 yang berlangsung pada 5 hingga 8 April 2006 di RISTEC, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Ujar beliau lagi, sejarah telah membuktikan kehidupan insan yang pada awalnya amat susah dan tidak memiliki apa-apa, berkat usaha yang gigih, mereka akhirnya beroleh kejayaan. Ada banyak cara untuk melepaskan diri daripada belenggu kemiskinan. RISDA sendiri telah menyediakan pelbagai program ke arah kemiskinan sifar dan mendapat peruntukan yang banyak daripada Kementerian.

YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin juga menasihatkan agar pekebun kecil memanfaatkan sepenuhnya ketika harga getah di tahap yang baik dengan menabung untuk kegunaan hari tua. Sementara itu, Koperasi Pekebun Kecil (KPK) pula dinasihatkan merebut peluang sebagai pembeli getah dan sawit pekebun

kecil serta berfungsi sebagai payung kepada mereka. Selain memberi peluang pekerjaan kepada anak-anak pekebun kecil, KPK hendaklah membantu menaikkan taraf ekonomi pekebun kecil dengan memasarkan produk mereka, memberi pulangan saham dalam bentuk dividen dan lain-lain kebajikan.

Turut hadir dalam Seminar Pekebun Peringkat Kebangsaan Tahun 2006 ialah Ketua Setiausaha KKLW, YBhg. Datuk Dr. Mohd Tap Md. Salleh, Ahli Pihak Berkuasa RISDA, Ketua Pengarah RISDA, Kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi dan Pentadbiran/Korporat), semua Pengarah Bahagian, Pengurus Besar Anak Syarikat, Pengarah RISDA Negeri, pegawai kanan RISDA dan anak syarikat serta lebih 350 orang pekebun kecil dari seluruh negara.

Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar semangat kepada pekebun kecil yang lain.

YB Dato’ Seri Abdul Aziz turut melancarkan produk LaRiss, jenama produk keluaran pekebun kecil berupa pelbagai jenis makanan ringan. Beliau telah diiringi melawat pameran inovasi staf RISDA dan anak syarikat, seterusnya ke gerai jualan.

Oleh - Hajah Robiyah Ismail

Sikap Penentu Kejayaan

Page 2: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

PENAUNGMohammad Izat HasanAli Nordin bin Wahiduddin

PENASIHATHj. Omar bin Paimin

KETUA PENGARANGHjh. Azizah bt. Said

PENOLONG KETUA PENGARANGAzizah bt. Mohamad

SIDANG PENGARANGHjh. Rodiah bt. SelamatZainal bin Abd. RahimBahaman bin BaharumNoor Aslinda bt. MarzukiNasri bin Rahmat

PENTADBIRANZa’aziah bt. Abd Aziz

PEMBACA PRUFHjh. Robiyah bt. Hj. IsmailSiti Fairus bt. Ayeop

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN / PENYELARASANBahagian Pengembangan &Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Misas Advertising Sdn BhdNo. 30, Jalan 423B Taman Danau Kota53300 Kuala LumpurTel: 03-4024 2004Email: [email protected]

2 3

http://www.risda.gov.my

PengarangSidang

Bagi merealisasikan Misi Nasional dan seterusnya menjadikan negara kita sebuah negara maju menjelang tahun 2020 serta pengagihan kekayaan

negara yang sama rata, peranan rakyat Malaysia di luar bandar tidak boleh dipandang sepi. Mereka perlu memainkan peranan aktif menyahut cabaran ini.

Dalam RMKe-9 sektor pertanian diberi penekanan yang serius. Ini bermakna RISDA sebagai salah sebuah agensi Kerajaan yang berasaskan pertanian telah diberi amanah untuk membantu Kerajaan membasmi kemiskinan dan seterusnya membimbing penduduk luar bandar ke arah yang lebih sejahtera melalui pelbagai program yang disediakan.

Dalam perjalanan berliku-liku menuju wawasan ke Arah Negara Maju pada tahun 2020, RISDA dengan Model Bisnes Strategik di tangan kanan dan Model Pembasmian Kemiskinan Pekebun Kecil di tangan kiri akan terus bergerak lajudi atas landasan yang telah disusun dengan baik.

Pembasmian kemiskinan merupakan sasaran utama sementara insan adalah harta atau modal yang sangat penting. Insan yang mempunyai minda kelas pertama dapat dilahirkan melalui kerjasama semua pihak. Pekebun kecil, khususnya mereka yang tergolong dalam kelompok miskin tegar diwajibkan untuk menghadiri kursus bercorak bina insan. Usaha-usaha seperti ini diharap dapat merubah sedikit sebanyak minda mereka agar lebih terdorong ke arah kelas pertama seperti mana yang telah dihasratkan oleh pihak Kerajaan. Perkara ini penting kerana kerangka berfi kir perlu sesuai dengan perubahan yang berlaku di sekeliling kita.

Insya-Allah, jika pekebun kecil bersedia mengubah sikap, menerima perubahan dan RISDA pula sentiasa tangan terbuka membantu dengan pelbagai program yang dibawanya, kejayaan akan dapat dinikmati!

Setiap rakyat Malaysia perlu berjihad untuk memperkukuhkan ekonomi dengan melakukan nilai tambah terhadap aktiviti yang dijalankan. Pekerjaan yang tiada nilai tambah, setakat cukup makan sebenarnya tidak membawa sebarang makna yang positif kerana manusia dicipta oleh Allah S.W.T adalah untuk memakmurkan dunia dengan sebaiknya.

RMKe-9 adalah untuk semua rakyat Malaysia menyumbang semaksimum mungkin untuk mencapai Misi Nasional. Rebut peluang yang ada dan kumpulkan kembali peluang yang terlepas.

Rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk menjayakan Misi Nasional ke arah pembentukan negara cemerlang, gemilang dan terbilang.

Rencana PengarangSidangSidang Rencana Pengarang

Page 3: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

YB Dato’ Haji Zainal Abidin Osman memulakan lawatan kerja yang pertama ke Pulau Pinang pada 1 April yang lalu

setelah dilantik sebagai Timbalan Menteri pada Mac 2006.

Timbalan Menteri telah dibawa melawat ke projek tanaman nanas dan ulaman (Kampung Ara Kuda), projek makanan ringan Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK), projek bebola ikan (Kampung Aman) dan Projek Ternakan Kambing Boer di Kampung Paya Keladi Hujung. Peserta projek terdiri daripada pekebun kecil yang menerima bantuan di bawah program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).

Lawatan Kerja Timbalan Menteri KKLW

Oleh - Mat Daut Aziz

Seramai 150 orang pekebun kecil telah hadir dalam majlis tersebut. Timbalan Menteri telah menyampaikan kelulusan bantuan AET kepada 20 orang peserta dengan nilai RM200,000 dan 28 orang peserta Program Pengekalan Pengeluran Getah (PPG) dengan keluasan 36 hektar bernilai RM20,000.

Dalam taklimat kepada Timbalan Menteri, En. Awiskarni Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang menyatakan RISDA Pulau Pinang menggalakkan pekebun kecil mengusahakan tanaman ulaman selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar utama ulam-ulaman. Tanaman ulaman yang diusahakan ialah tanaman gajus di samping tanaman herba berupa serai dan lengkuas.

YB Dato’ Haji Zainal Abidin amat berpuas hati atas usaha murni RISDA membasmi kemiskinan di kalangan pekebun kecil. Beliau amat tertarik dengan projek tanaman ulaman yang telah mendapat pasaran yang baik dan berharap agar hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang menjadi pengeluar utama ulaman akan menjadi kenyataan.

Di samping itu Timbalan Menteri mengingatkan agar pekebun kecil berjimat cermat dan menabung untuk hari tua ketika harga komoditi getah di paras yang baik. Majlis bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 7.00 malam. Turut serta ialah YB Dato’ Roslan Saidin (ADUN Pinang Tunggal), En Azmi Lateh (Pegawai Daerah SPU) dan En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Operasi).

2 3

Rencana PengarangPeristiwa

Timbalan Menteri melawat projek aktiviti ekonomi tambahan yang diusahakan oleh pekebun kecil.

Timbalan Menteri menyampaikan ucapan pada Majlis Ramah Mesra

Page 4: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Selamat Datang Kepada Pengerusi Baru RISDA

Seni kata lagu rakyat loghat Negeri Sembilan ini menarik perhatian Ketua Pengarah RISDA yang baru, Y.Bhg. En. Mohammad Izat Hasan. Lagu tersebut menggambarkan

keluhan pekebun kecil yang tiada pilihan lain selain menjadi penoreh getah, walaupun mempunyai impian menjadi orang yang berilmu, menjadi pemimpin serta dihormati dan berhasrat untuk hidup di bandar.

Dalam ucapan sulungnya beliau menyatakan RISDA merupakan salah sebuah agensi yang masih kekal untuk mengubah nasib penoreh getah dengan menjalankan khidmat sosial selari dengan Misi RISDA melahirkan pekebun kecil yang sejahtera. Bagi memastikan hasrat murni tersebut boleh dicapai RISDA perlu menitik beratkan impak sesuatu program atau aktiviti yang dilaksanakan. Petunjuk Prestasi (KPI) adalah penting sebagai kayu pengukur bagi setiap program/projek yang dijalankan.

Bagi mencapai hasrat meningkatkan pendapatan pekebun kecil, meningkatkan martabat, memberi peluang pekebun kecil membuat pilihan yang sesuai serta menghapuskan rasa rendah diri terhadap pekerjaan menoreh getah, RISDA perlu mempunyai iltizam yang tinggi terhadap semua program yang dijalankan. Komitmen yang tinggi merupakan larian maraton yang mengambil masa yang panjang dan bukan dalam tempoh masa yang singkat.

Selain itu, Y.Bhg. En. Mohammad Izat menasihati pegawai dan kakitangan RISDA mengamalkan sikap positif seperti ikhlas, telus, terbuka, cekap dan menjauhi sikap negatif. Beliau yakin akan mendapat komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua warga RISDA menerusi pengalaman dan kemahiran yang sedia ada. Bagi beliau selaku Ketua Pengarah, tiada hadiah yang lebih baik selain kerjasama daripada semua kakitangan untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

Bagi mengakhiri ucapan beliau berharap menerusi komitmen daripada semua pihak, lagu rakyat pada awal ucapan akan berubah versi seperti berikut:-

Poie pokan naik motokar,Tongah hari tak kono panehAdo gayo motong gotahCikgu sekolah pon motong gotahNak hidup mewah

En. Mohammad Izat telah dilantik sebagai Ketua Pengarah RISDA ke-11 dan telah memulakan tugas secara rasminya pada 4 Mei 2006 yang lalu. Selamat Bertugas kami ucapkan semoga YBhg En. Mohammad Izat dapat memimpin menjadikan RISDA Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Poie pokan naik basikal,Tongah hari tongah paneh,Apo dayo, motong gotah,Kalau boleh nak jadi cikgu sekolahNak kojo di Kuala Pilah

Ucapan Sulung Ketua PengarahOleh - Hajah Robiyah Ismail

Peristiwa

4 5

En, Mohammad Izat Hasan, Ketua Pengarah RISDA menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur

Page 5: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat),

En. Ramli Mohd. Kassim atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’.Majlis Penganugerahan berlangsung pada 9 Mei 2006 sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang ke-77. Dato’ Ramli telah berkhidmat dengan RISDA selama 30 tahun dan pernah bertugas sebagai Pengarah RISDA Negeri Kedah, Pengarah RISDA Negeri Pahang dan Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan sebelum dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) pada 24 Februari 2006 yang lalu. Seluruh warga RISDA mengucapkan tahniah di atas penganugerahan tersebut. Tahniah Dato’!

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K) Terima Anugerah Darjah Kebesaran PahangOleh - Rohayu Sulaiman

etinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pemangku etinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat), Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat),

En. Ramli Mohd. Kassim atas pengurniaan Darjah Indera En. Ramli Mohd. Kassim atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’.Mahkota Pahang (D.I.M.P) yang membawa gelaran Dato’.

RISDA Negeri Pahang dan Pengarah Bahagian Kewangan RISDA Negeri Pahang dan Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan sebelum dilantik sebagai Pemangku Timbalan dan Belanjawan sebelum dilantik sebagai Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) pada 24 Februari Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) pada 24 Februari 2006 yang lalu. Seluruh warga RISDA mengucapkan tahniah 2006 yang lalu. Seluruh warga RISDA mengucapkan tahniah

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)Terima Anugerah Darjah Kebesaran PahangTerima Anugerah Darjah Kebesaran PahangPemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)Terima Anugerah Darjah Kebesaran PahangPemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (P&K)

Selamat Datang Kepada Pengerusi Baru RISDAOleh - Rohayu Sulaiman

YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad bin Muhd Taib merupakan Pengerusi RISDA yang ke-13. Beliau telah melapor diri

pada 23 Mei 2006 dan telah disambut dengan meriah oleh kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian serta Pengurus Besar anak syarikat RISDA. YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad adalah mantan Menteri Besar Selangor dan telah berjaya menangani pelbagai cabaran dan isu yang dihadapi ketika itu. Beliau telah mengajak rakyat bersama Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri maju menjelang tahun 2005 dan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Di samping itu beliau terus merancang mengurangkan kadar kemiskinan dan bilangan setinggan di Negeri Selangor.

Selain itu, YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad juga dikenali dengan idea konsep Melayu Baru dan menubuhkan Sekretariat Antarabangsa SMA iaitu suatu usaha untuk mewujudkan jaringan masyarakat Melayu di seluruh dunia dalam memastikan kecemerlangan bangsa.

Sehubungan dengan ini, warga RISDA dari seluruh negara mengucapkan tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dato’ dan mengalu-alukan perkhidmatan beliau di RISDA.

Peristiwa/Anugerah

4 5

Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Pentadbiran & Korporat) dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) menyambut ketibaan YBhg. Tan Sri Dato’ Muhammad Muhd Taib

Page 6: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Hari yang bersejarah bagi pekebun-pekebun kecil telah dirakamkan semasa Majlis Pelancaran Jenama Produk

Pekebun Kecil oleh YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin pada 7 April 2006 di RISTEC, Port Dickson dengan disaksikan lebih 800 orang pegawai dan staf RISDA serta pekebun kecil. Pelancaran jenama produk keluaran pekebun kecil ini dibuat sempena Seminar Pekebun Kecil Kebangsaan Tahun 2006.

Dengan alunan muzik gamelan, diiringi dengan penuh istiadat oleh empat orang hulubalang, produk LaRiss telah dimasukkan ke dalam kuali oleh YB Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin yang telah mencetuskan pusingan Logo LaRiss dan podium yang berisi dengan produk-produk LaRiss. Pelancaran LaRiss yang penuh simbolik ini telah menjadi titik permulaan yang paling manis kepada lebih 498 orang usahawan pekebun kecil dibawah bimbingan RISDA yang terlibat dalam industri makanan.

`LaRiss’ adalah sinonim bagi `Laris RISDA Smallholder Sinergi’ atau `Laris produk pekebun kecil dengan adanya sinergi di antara RISDA dan pekebun kecil’. Jenama ini telah dipilih antara 64 penyertaan yang telah diterima untuk pertandingan mereka cipta jenama dan slogan produk makanan pekebun kecil pada tahun 2005. Pereka cipta `LaRiss - Memenuhi cita rasa anda’ ialah Puan Hajah Rubiah Wakiman dan En Hamsan Sidek dari Pejabat RISDA Negeri Johor. Syabas dan tahniah kepada mereka! Semoga sumbangan mereka dalam membangunkan masyarakat pekebun kecil diberkati dan dirahmati Allah SWT, Insya-Allah.

Setelah memperoleh jenama, RISDA telah bekerjasama dengan SIRIM, JAKIM, FMM dan MOX untuk meningkatkan kualiti produk dan pembungkusan melalui kajian nutrien, pendaftaran jenama, pensijilan halal, latihan kemahiran dan perolehan gas nitrogen makanan.

Setakat ini sembilan jenis produk makanan hasil keluaran pekebun kecil telah menggunakan jenama LaRiss iaitu kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek bawang, mini karipap, cokelat, tat nanas, biskut cokelat dan `Almond London’. Inysa-Allah akan disusuli dengan produk makanan sejuk beku.

Kekuatan sesuatu produk secara psikologinya terletak pada kekuatan jenama produk itu sendiri selain daripada rekabentuk pembungkusan yang dihasilkan. Adalah diharapkan LaRiss sehebat namanya dan dapat mewujudkan satu kelebihan malah dapat menarik orang ramai terhadap produk makanan yang dihasilkan oleh usahawan pekebun kecil. Semoga produk LaRiss lebih kompetitif, menarik, dikenali, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada peningkatan mutu produk pekebun kecil dan membuka peluang memasuki pasaran global.

Detik yang bersejarah ini diharap dapat mendorong masyarakat pekebun kecil untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Oleh - Halimah Abd. Kadir

Memenuhi Cita Rasa anda!

diharap dapat mendorong masyarakat pekebun kecil untuk berusaha dengan lebih gigih ke arah masa depan yang lebih cemerlang.

Puan Hjh. Rubiah pereka cipta jenama LaRiss ditemuramah oleh wartawan RTM

Peristiwa Anugerah

6 7

Page 7: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

KPPRMelakar Sejarah Oleh - Ahmad Tofek Mohd. Jamin

13 Mei 2006 merupakan tarikh keramat yang amat bermakna kepada Kesatuan Pekerja-Pekerja RISDA

Semenanjung (KPPR). Di depan lebih 10,000 orang pekerja yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan lebih kurang 25 juta rakyat Malaysia melalui peti televisyen menyaksikan KPPR Malaysia menerima anugerah tertinggi negara apabila diisytiharkan sebagai Kesatuan Sekerja Contoh bagi sektor awam tahun 2006. Majlis diadakan sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Nasional. Tema sambutan bertajuk, `Pekerja Cemerlang, Negara Terbilang’ telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang mewakili Perdana Menteri Malaysia. KPPR telah dipilih daripada kalangan 218 buah Kesatuan Sekerja Sektor Awam.

Presiden KPPR iaitu En. Taib Sitam yang juga merupakan salah seorang daripada Naib Presiden CUEPACS menerima sebuah trofi dan sijil bagi pihak kesatuan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

‘Kepada pemimpin yang lama kita ucapkan terima kasih dan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah, sama-samalah kita menfi dyahkan surah Al-Fatihah. Pengiktirafan dan anugerah ini adalah kejayaan kita semua dan sebagai hadiah persaraan saya pada Julai ini. Syukur Alhamdulillah,’ kata Presiden KPPR semasa ditemu ramah sebaik sahaja selesai majlis.

Menurut En. Taib, anugerah ini merupakan peninggalan yang amat bermakna dan sukar untuk dilupakan serta akan diabadikan hingga ke akhir hayat beliau.

`Jagalah kesatuan, teruskan perjuangan membela hak-hak pekerja dan eratkan hubungan baik dengan majikan. Sama-samalah kita hayati tema sambutan tahun ini,’ demikianlah saranan En. Taib kepada semua ahli KPPR.

Pemilihan KPPR sebagai Kesatuan Sekerja Contoh bagi sektor awam 2006 berdasarkan kepada beberapa kriteria. Antaranya termasuklah sentiasa memainkan peranan akfi f dalam Mesyuarat Bersama Jabatan, sentiasa memelihara hubungan akrab antara majikan dengan pekerja, penglibatan aktif dalam semua mesyuarat/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh CUEPACS, sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, menyediakan kebajikan untuk ahli serta aktif menjalankan aktiviti yang membangunkan pengetahuan dan kerjaya ahli.

Dalam usaha mencapai misi `Pekerja Cemerlang Negara Terbilang’, pekerja dan majikan harus berupaya menguasai pengetahuan dan kemahiran serta menerapkannya sebagai budaya kerja. Ini meliputi pemikiran yang kreatif, etika kerja yang baik, kompeten dan kepimpinan yang tegas. Semoga pengiktirafan ini akan membakar semangat warga RISDA untuk terus komited yang tentunya menjurus kepada pencapaian Objektif RISDA, `Pekebun Kecil Memperoleh Pendapatan Sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010’ dapat direalisasikan.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga RISDA.

RISDA boleh!

Peristiwa Anugerah

6 7

Page 8: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Setiap koperasi termasuk Koperasi Pekebun Kecil Daerah/Negeri (KPK) wajib mengadakan mesyuarat agung tahunan

dalam tempoh enam bulan selepas tahun kewangan berakhir. Kebanyakan KPK menutup tahun kewangan pada 31 Disember dan menghantarnya kepada Juruaudit bertauliah untuk auditan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung.

Secara amnya koperasi merupakan sebuah organisasi yang dianggotai, dimodali dan ditadbir oleh sekumpulan anggota yang telah dipilih berasaskan semangat kerjasama untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial mereka. Pelbagai aktiviti dijalankan berdasarkan konsep dan prinsip yang tersendiri. Koperasi bukan sahaja berperanan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial anggotanya malah sentiasa berusaha untuk meluaskan manfaat tersebut kepada anggota masyarakat.

Kuasa tertinggi dalam koperasi ialah Mesyuarat Agung. Anggota koperasi mempunyai peranan penting bagi menentukan arah perjalanan sesebuah koperasi. Prestasi dan kejayaan sesebuah koperasi juga bergantung kepada sejauh mana anggota melaksanakan tanggungjawab mereka dalam menyokong kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh koperasi.

Anggota mempunyai hak untuk bersuara dalam membincang agenda dalam mesyuarat agung termasuklah dalam membincangkan maklumat kewangan. Maklumat kewangan memberi gambaran yang menyeluruh tentang kekuatan kewangan dan kecekapaan pengendalian koperasi serta asas untuk koperasi merancang masa depan. Ia juga mengandungi laporan dan pandangan Juruaudit dan Ketua Pendaftar Koperasi untuk diambil perhatian oleh anggota dan Anggota Lembaga (ALK). Oleh itu, anggota perlu bijak dalam membincang, menimbang dan membuat keputusan semasa mesyuarat agung.

Peranan gerakan koperasi sebagai sektor ketiga semakin penting pada masa kini dan akan datang. Pengukuhan institusi koperasi melalui kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan, pengumpulan data dan maklumat pendidikan serta latihan merupakan langkah yang baik ke arah memantapkan lagi gerakan koperasi. Koperasi sewajarnya berusaha mencapai tahap kemajuan yang boleh dibanggkan dan tidak terpinggir dalam arus perdana kemajuan negara.

Koperasi Teknologi

Peranan Anggota Dalam Mesyuarat Agung KPK Oleh - Bahaman Baharum

8 9

Page 9: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

PENDAHULUAN

Industri getah negara menyumbang RM19.5 bilion pada tahun 2004 dengan sektor pekebun kecil merupakan penyumbang

utama yang meliputi 90% daripada kawasan getah seluas 1.28 juta hektar dan menghasilkan lebih dari 94% pengeluaran getah negara. Sungguhpun demikian, pengeluaran getah negara masih rendah berbanding Thailand dan Indonesia. Pada tahun 2004, negara menghasilkan 1.186 juta tan metrik iaitu 40% berbanding Thailand dan 60% berbanding Indonesia. Kawasan getah negara terus menunjukkan pengurangan keluasan tanaman getah tetapi sebaliknya pengeluaran getah menunjukkan peningkatan seiring dengan kenaikan harga getah.

Teknologi pengeluaran getah menggunakan konsep `Sistem Torehan Intensiti Rendah’ (LITS) diperkenalkan untuk mengatasi masalah pengeluaran getah yang rendah disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya kekurangan penoreh mahir, kawasan getah produktif ditinggal tidak bertoreh, harga getah yang rendah dan sebagainya. Konsep LITS berasaskan kepada intensiti torehan yang menggunakan bahan perangsangan pencairan lateks merupakan salah satu komponen utama. Teknik perangsangan menggunakan etefon dan bahan perangsang berbentuk gas telah dikaji oleh Lembaga Getah Malaysia semenjak tahun 1990. Keputusan daripada kajian dan penilaian komersil menunjukkan hasil yang tinggi diperoleh dan prestasi hasil ini berterusan jika ianya dilaksanakan dengan betul dan mengikut syor.

Adalah penting mewujudkan keseimbangan di antara hasil yang diperoleh daripada torehan dengan kemampuan pokok getah menggantikan lateks yang dikeluarkan. Keseimbangan akan terjejas jika torehan dan penggunaaan bahan perangsang tidak mengikut syor dan diamalkan secara keterlaluan. Kesan yang ketara ialah ke atas produdktiviti pokok (g/t/t) dan sehektar (kg/ha) untuk jangka masa panjang, pemulihan kulit, peningkatan kejadian kering kulit dan memendekkan tempoh ekonomi pokok. Amalan torehan dan agronomi yang baik akan menjanjikan pulangan yang tinggi dengan kesan negatif yang minimum ke atas pengeluaran hasil torehan jangka masa panjang dan pertumbuhan pokok.

CABARAN INDUSTRI GETAH NEGARA

Industri getah negara perlu meningkatkan kecekapan sama ada kecekapan pekerja atau teknologi yang digunakan kerana

Koperasi Teknologi

Prestasi Pengeluaran Hasil Jangka Masa

Panjang & Hubung Kait Dengan Amalan Torehan

(Petikan Kertas Kerja Lembaga Getah Malaysia SemasaSeminar Pekebun Kecil Kebangsaan 2006)

dijangkakan kawasan getah akan terus berkurangan pada masa akan datang kerana aktiviti ekonomi negara yang perlu dipelabagaikan untuk terus berdaya saing. Dijangkakan juga penumpuan industri getah akan lebih kepada sektor hiliran yang memerlukan bahan mentah yang mencukupi dan berterusan. Jika 1.5 juta tan metrik diperlukan oleh sektor hiliran, pengeluaran seunit kawasan perlu ditingkatkan melebihi 2,000 kg/ha/tahun atau peningkatan lebih 60% berbanding produktiviti sehektar semasa. Tujuan menggunakan teknik pengeluaran hasil torehan terkini ialah supaya dapat mengeluarkan hasil berdasarkan potensi hasil klon-klon yang ditoreh.

Persoalannya ialah mampukah industri getah negara terutamanya sektor pekebun kecil memikul tanggungjawab sebagai pembekal bahan mentah yang diperlukan oleh sektor hiliran tanpa mengimport bahan tersebut? Perubahan struktur iaitu sektor pekebun kecil kini menjadi sektor utama memerlukan pendekatan yang boleh meningkatkan kecekapan sektor ini setanding atau lebih baik berbanding sektor estet. Salah satu faktor pengukur kepada peningkatan kecekapanan pekerja ialah meningkatnya produktiviti sehektar (kg/ha). Terdapat tiga komponen utama yang mempengaruhi kg/ha seperti yang dinyatakan dalam persamaan di bawah:-

kg/ha = g/t/t x SPH x bil. torehan

1000

g/t/t : Produktiviti pokok. Faktor ini boleh dikawal oleh pekebun kecil/pengguna dengan menggunakan bahan perangsang

SPH : `Stand per hectare’ atau bilangan pokok ditoreh sehektar. Faktor ini sukar dikawal oleh pekebun kecil atau pihak pengurusan. Profi lnya semakin menurun kerana kerosakan berpunca daripada faktor persekitaran, kerosakan haiwan, serangga dan lain-lain.

Bil. torehan : Bilangan torehan sepokok dalam sesuatu jangka masa. Faktor ini boleh dikawal oleh pekebun kecil atau pengguna tetapi profi lnya menurun kerana tidak semua hari menoreh boleh diselamatkan daripada gangguan hujan.

(Bersambung dikeluaran akan datang)8 9

Amalan torehan dan agronomi yang baik menjanjikan pulangan yang tinggi

Page 10: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Inovasi ̀Rain Bust’ ialah topi dan baju hujan yang dipasang pada pokok getah matang bertujuan

mengatasi masalah bilangan hari menoreh yang kurang dan sekali gus meningkatkan hasil torehan pekebun kecil.

Masalah kurang hari menoreh sering berlaku disebabkan terlalu kerap hujan pada waktu petang dan malam terutama kepada kebun-kebun di pedalaman dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Menyedari hakikat inilah satu inovasi telah dicipta oleh kakitangan luar Stesen RISDA Marang yang menamakan kumpulan mereka Kumpulan VDO 2 bagi membolehkan pekebun kecil menoreh getah mereka walaupun berlaku hujan pada sebelah petang atau malam.

Kumpulan VDO 2 terdiri daripada enam orang yang diketuai oleh En. Hamzah Majlis (Penyelia Rancangan Tanah) ditubuhkan pada tahun 2005. Kumpulan ini mula dikenali sejak pertandingan Inovasi Kebangsaan 2005 yang diadakan di Pulau Pinang dan Pameran Inovasi Hari Kualiti Kebangsaan di Pearl International Hotel Kuala Lumpur pada 22 Disember 2005 lalu.

Pada peringkat awal inovasi ini diperkenalkan, kos pemasangan sepokok mencecah lebih RM50 di samping memerlukan dua orang untuk membuat kerja-kerja pemasangan dan memerlukan masa yang agak lama.

Menurut Ketua Kumpulan VDO 2, En. Hamzah Majlis, kumpulannya telah membuat kajian dari semasa ke semasa sejak akhir tahun lepas bagi mencari jalan untuk menjimatkan kos peralatan dan memendekkan masa pemasangan peralatan tersebut.

Pada bulan April 2006, Kumpulan VDO 2 akhirnya menemui jawapan kaedah menjimatkan kos dan masa pemasangan kepada RM4 sepokok dan masa memasang peralatan adalah antara dua hingga tiga minit sepokok.

Bahan asas yang digunakan untuk menyediakan `Rain Bust’ ialah plastik dan kertas untuk dijadikan topi, plastik untuk menyelimutkan batang getah serta tar sebagai pelekat.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi Pegawai RISDA Daerah Marang di talian 09-6181611 / 612

Inovasi Ekonomi

Oleh - Sayed Dol Syed Islam‘‘RAIN BUSTRAIN BUST’’ BANTU PEKEBUN KECIL MENOREH

PADA MUSIM HUJAN

Air dicurahkan bagi menguji kebocoran alat ‘Rain Bust’

10 11

Page 11: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

‘Usaha apa sahaja hendaklah dengan gigih dan buat sesuatu jangan mudah putus asa.’ Itulah nasihat Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi) Encik Ali Nordin Wahiduddin ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Usahasama Tanaman Buah Pitaya Berkelompok di Kampung Nitar, Mersing.

Menurut En. Ali, permintaan buah pitaya amat tinggi dan juga harganya amat lumayan di pasaran pada ketika ini. Buah pitaya boleh diproses untuk dijadikan jem, jus dan buah kering selain boleh dijual secara segar. Batang serta pucuk pokok pitaya boleh dibuat makanan ternakan.

Projek tanaman pitaya berkelompok ini melibatkan empat orang pekebun kecil yang dipilih dari kalangan pekebun kecil miskin tegar dan miskin. Projek bermula pada Disember 2005

dengan keluasan 0.8097 hektar melibatkan sebanyak 1,000 batang tiang. Pembiayaan adalah melalui peruntukan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) berjumlah RM40,000.

Oleh kerana peserta projek terdiri daripada mereka yang kurang kemampuan dan telah lanjut usia, mereka telah melantik pengusaha bagi mengendalikan projek tanaman pitaya tersebut. Peruntukan bantuan AET yang telah diluluskan disalurkan sebagai modal pusingan.

Pengusaha dikehendaki menyediakan tenaga kerja secukupnya dan mengusahakan projek sebaik mungkin bagi menghasilkan buah pitaya yang berkualiti. RISDA dan peserta projek dibenarkan memantau kemajuan projek dari semasa ke semasa bagi mengekalkan kepentingan peserta selama projek berjalan. Peserta dan pengusaha telah bersetuju dengan kaedah kongsi untung 50 peratus kepada peserta dan 50 peratus kepada pengusaha setelah ditolak kos penyenggaraan.

Dalam rangka lawatan kerja beliau ke Negeri Johor, En. Ali juga dibawa melawat Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar di Kampung Tanah Abang, Mersing yang diusahakan oleh Orang Asli di bawah Program Aktiviti Eknonomi Tambahan, Pusat Pembakaan Kambing Kacukan Boer yang diuruskan oleh RSPSB di Kampung Pengkalan Batu (Mersing), Projek Tanam Semula Berkelompok Warisan Kg. Triang, Mersing dan Tanam Semula Komersial (TSK) Mini Estet Kampung Triang.

Sebelum itu, pada 22 Mac 2005, Pengarah RISDA Negeri Johor telah menyampaikan Taklimat Pelan Tindakan Pembangunan

RISDA Negeri Johor 2006 dan Majlis Penyerahan ‘Blueprint’ Pegawai RISDA Daerah kepada TKP(O).

Timbalan Ketua Pengarah OperasiUSAHA DENGAN GIGIHOleh - Hj. Mohd Noor Al-Bakri

Inovasi Ekonomi

10 11

En. Ali Nordin Wahiduddin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi (berdiri paling kanan) menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Projek

Usahasama Tanaman Buah Pitaya Berkelompok di Kampung Nitar, Mersing

Page 12: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Dasar Pertanian Negara Ke-3 telah menggariskan salah satu daripada matlamatnya ialah mengurangkan kadar import

daging lembu. Matlamat ini membuka ruang yang luas kepada penternak Malaysia untuk menceburkan diri dalam bidang penternakan lembu pedaging.

Memandangkan bidang penternakan lembu pedaging secara fi dlot boleh memberi pulangan yang lumayan, Pengurusan RISDA Negeri Kedah telah menggunakan peruntukan program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) Tahun 2005 untuk melaksanakan projek ternakan berskala besar. Dengan terlaksananya projek ini dua matlamat utama dapat dicapai disamping faedah-faedah yang lain. Bak kata pepatah Inggeris “Kill two birds with one stone”.

Peserta yang terlibat dengan projek ini terdiri daripada 50 orang pekebun kecil dalam kategori miskin tegar. Mereka telah diluluskan bantuan AET sebanyak RM500,000. Koperasi Pekebun Kecil Daerah Kulim Bhd telah dilantik sebagai agen pengurusan untuk mengendalikan projek ini kerana peserta yang terlibat tidak mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam penternakan lembu.

Sistem atau kaedah ternakan yang digunakan dalam projek ini adalah dengan memelihara ternakan selama tiga bulan (90 hari) dan mengamalkan sistem keluar masuk berterusan. Kapasiti untuk satu pusingan iaitu tiga bulan adalah sebanyak 200 ekor lembu. Dalam setahun jumlah lembu yang diternak bagi tiga pusingan ialah sebanyak 600 ekor. Jenis lembu yang diternak ialah ‘Australian Commercial Cross’.

Projek Ternakan Lembu FidlotOleh - Noor’Aini Osman

Kg. Bikan, Kulim,Kedah Darul Aman

Bagi menjaminkan pasaran, selepas diternak 90 hari lembu-lembu dijual semula kepada syarikat yang membekal lembu-lembu tersebut. Pihak koperasi sebagai agen pengurusan telah membuat perjanjian perladangan kontrak dengan syarikat pembekal.

Keuntungan bersih daripada projek diagihkan 60 peratus kepada peserta projek, 30 peratus kepada agen pengurusan dan 10 peratus dimasukkan ke akaun projek. Berdasarkan aliran tunai, dengan andaian faktor harga belian dan jualan lembu adalah tidak berubah, dan pertambahan berat badan mengikut KPI RISDA (22 kg sebulan), peserta boleh dibayar dividen sebanyak RM220 seorang untuk tiga bulan.

Pihak RISDA Negeri Kedah sedang cuba mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dengan menyediakan makanan lembu sendiri iaitu membuat silaj dan tinja lembu dijadikan baja organik dengan penggunaan cacing.

Contoh Jadual Penternakan setahun:

Bulan/Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12

Pus 1 Ternak Ternak Ternak Jual

Pus 2 Ternak Ternak Ternak Jual

Pus 3 Ternak Ternak Ternak Jual

Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12 Bulan/ Bulan/ Bulan/Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12Pusingan Pertama Ke-2 Ke-3 Ke-4 Ke-5 Ke-6 Ke-7 Ke-8 Ke-9 Ke-10 Ke-11 Ke-12

Projek Ternakan Projek Ternakan

Ekonomi Pelawat

12 13

Lembu-lembu yang baru sampai di Pelabuhan Klang.

En. Azmi Mohamad, Pengarah RISDA Negeri Kedah (dua dari kanan) melawat Projek Ternakan Lembu Pedaging

di Kampung Bikan, Kulim.

Page 13: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Ekonomi Pelawat

En. Tim Gaukroger, Pengarah dari Syarikat Dalsouple yang berpengkalan di England

telah melakukan lawatan ke projek Pengurusan Kebun Getah (PKG) Chembong B, Pedas, Negeri Sembilan bagi melihat sendiri bagaimana susu getah dikeluarkan dan mengesahkan keaslian pengeluarannya. Menurut beliau, Syarikat Dalsouple yang mempunyai kilang di Perancis yang mengeluarkan ‘Rubber Floor Mat’ banyak mengimport getah SMR dari Malaysia. Inilah merupakan kali pertama beliau berpeluang melihat bagaimana getah asli dikeluarkan.

Produk Syarikat ini dipasarkan di seluruh Eropah, Australia dan New Zealand dan mendapat persaingan sengit daripada produk bahan getah tiruan saperti PVC. Produk dari bahan getah asli masih lagi diminati oleh pengguna Eropah disebabkan ianya mesra alam, tambah beliau.

Menurut beliau lagi, Syarikat Gaukroger juga mempunyai kilang di Jerman, Indonesia dan China yang mengeluarkan pelapik getah (rubber mat) bagi kandang kuda. Bagi tujuan mempromosikan dan membezakan barangan keluaran syarikatnya dengan barangan daripada getah tiruan, moto syarikatnya ialah ‘we are rubber’, tambah beliau. Ini memberi kelebihan dari segi persaingan di pasaran kerana pengguna di Eropah lebih berminat kepada barangan mesra alam. Lawatan beliau adalah dengan kerjasama pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan taklimat mengenai perjalanan projek telah disampaikan oleh pengurusan RISDA Smallholders Sdn. Bhd (RSPSB). En. Tim Gaukroger, juga sempat mencuba menoreh getah dan melawat rumah salah seorang peserta PKG Kampung Chembong B.

Pelawat Berpuas Hati Dengan Keaslian Susu GetahOleh - Hj. Fikri Ghani

12 13

Page 14: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Berita Bergambar

Tuan Haji Omar Paimin (Pengarah Bahagian Pengembangan & Kesejahteraan Rakyat) menerangkan sesuatu kepada YAB Dato’ Seri Najib semasa lawatan beliau ke gerai jualan usahawan RISDA sempena Ekspo Pembangunan Modal Insan di Shah Alam baru-baru ini.

YB Dato’ Haji Zainal Abidin Osman, Timbalan Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah melawat Projek Ternakan

Kambing Boer Kampung Paya Keladi Hujung.

YBhg En. Mohammad Izat memulakan tugas rasmi sebagai Ketua Pengarah RISDA.

Majlis Turun ke Ladang Bersama Masyarakat Orang Asli di Kampung Bukit Senggeh, Jasin

Ceramah motivasi sempena Seminar Pekebun Kecil Kebangsaan 2006Ceramah motivasi sempena Seminar Pekebun Kecil Kebangsaan 2006

Page 15: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Pembentang kertas kerja Seminar Pekebun Kecil Kebangsaan Tahun 2006 bergambar kenangan bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Muhd Taib bersama Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian serta

Pengurus Besar Anak Syarikat

Demonstrasi kraftangan daun getah oleh ahli PWPK (Kampung Enam Kaki, Beranang, Selangor) sempena

Ekspo Pembangunan Modal Insan di Shah Alam

Kursus pembungkusan kepada pengusaha projek makanan ringan di bawah saliaan RISDA

Ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil mengikuti Kursus Asas Sulaman anjuran RISDA

Ekspo Pembangunan Modal Insan di Shah Alam

Ahli Perkumpulan Wanita Pekebun Kecil mengikuti Kursus Asas Sulaman anjuran RISDA

Page 16: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Baru Batu 28 Lenga, merupakan salah sebuah kampung

GDW di bawah seliaan RISDA yang bergerak aktif. Di bawah Pimpinan Ahli Jawatankuasa dan Biro-Biro yang ditubuhkan, pelbagai aktiviti diaturkan. Aktiviti yang dijalankan merangkumi keperluan bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak, belia-beliawanis dan warga emas.

Bagi peringkat anak-anak kecil, ditubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Program Pra-Sekolah. Bagi aktiviti keceriaan diadakan gotong royong mengindahkan kampung dan memberihkan tanah perkuburan. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerap menyertai majlis gotong-royong yang diadakan.

Program Warga Emas merupakan Program Khas Kesihatan untuk warga emas. Aktiviti yang diaturkan ialah ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan latihan jasmani. Perjumpaan dan majlis penerangan mengenai amalan hidup sihat, pemakanan seimbang, penyakit-penyakit serta cara mengatasinya diadakan secara bersiri. Penceramah terdiri daripada Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Lenga.

Selain daripada ceramah-ceramah turut diadakan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan penilaian oleh doktor secara berkala. Kebiasaannya pemeriksaan kesihatan diadakan pada hari cuti

umum. Pegawai Perubatan dengan bantuan beberapa orang jururawat dari Pusat Kesihatan Lenga akan datang untuk membuat pemeriksaan. Antara Pemeriksaan yang dijalankan termasuklah tekanan darah, kandungan asid urik, kandungan kolestrol serta kandungan gula dalam darah. Aktiviti seperti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung. Sebagai pilihan mereka tidak perlu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Aktiviti Latihan Jasmani diatur dan dikendalikan sendiri oleh Pengerusi GDW Kampung Batu 28 Lenga, Tuan Haji Rahmat Idris. Berbekalkan pengalaman dan latihan semasa mengikuti kursus “Inner Power” di Kolej RISDA Melaka, beliau telah berjaya mengajak warga emas melakukan Latihan Sistem Pernafasan Aura dan Pergerakan Qigong. Pergerakan yang lemah lembut serta perlahan telah menarik minat ramai warga emas mengikuti program ini.

Aktiviti-aktiviti latihan jasmani dengan pergerakan Qigong diadakan seminggu sekali pada setiap hari Ahad. Setiap sesi mengambil masa antara 20 hingga 30 minit. Penyertaan bukan saja terdiri daripada warga emas tetapi turut mendapat sambutan daripada belia/beliawanis.

Tinjauan secara sepintas lalu menunjukkan peserta yang mengikuti program ini menjadi lebih sihat dan ceria.

Oleh - Hj. Md. Yunos Hj. Hasan

Kebiasaannya pemeriksaan kesihatan diadakan pada hari cuti mengikuti program ini menjadi lebih sihat dan ceria.

Kekal PerkasaWarga Emas Warga Emas

GDW

16 17

Page 17: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Kampung Gerakan Daya Wawasan (GDW) Kampung Baru Batu 28 Lenga, merupakan salah sebuah kampung

GDW di bawah seliaan RISDA yang bergerak aktif. Di bawah Pimpinan Ahli Jawatankuasa dan Biro-Biro yang ditubuhkan, pelbagai aktiviti diaturkan. Aktiviti yang dijalankan merangkumi keperluan bagi setiap peringkat umur dari kanak-kanak, belia-beliawanis dan warga emas.

Bagi peringkat anak-anak kecil, ditubuhkan Taman Asuhan Kanak-Kanak dan Program Pra-Sekolah. Bagi aktiviti keceriaan diadakan gotong royong mengindahkan kampung dan memberihkan tanah perkuburan. Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerap menyertai majlis gotong-royong yang diadakan.

Program Warga Emas merupakan Program Khas Kesihatan untuk warga emas. Aktiviti yang diaturkan ialah ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan latihan jasmani. Perjumpaan dan majlis penerangan mengenai amalan hidup sihat, pemakanan seimbang, penyakit-penyakit serta cara mengatasinya diadakan secara bersiri. Penceramah terdiri daripada Pegawai Perubatan dari Pusat Kesihatan Lenga.

Selain daripada ceramah-ceramah turut diadakan pemeriksaan kesihatan, rawatan dan penilaian oleh doktor secara berkala. Kebiasaannya pemeriksaan kesihatan diadakan pada hari cuti

umum. Pegawai Perubatan dengan bantuan beberapa orang jururawat dari Pusat Kesihatan Lenga akan datang untuk membuat pemeriksaan. Antara Pemeriksaan yang dijalankan termasuklah tekanan darah, kandungan asid urik, kandungan kolestrol serta kandungan gula dalam darah. Aktiviti seperti ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk kampung. Sebagai pilihan mereka tidak perlu pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Aktiviti Latihan Jasmani diatur dan dikendalikan sendiri oleh Pengerusi GDW Kampung Batu 28 Lenga, Tuan Haji Rahmat Idris. Berbekalkan pengalaman dan latihan semasa mengikuti kursus “Inner Power” di Kolej RISDA Melaka, beliau telah berjaya mengajak warga emas melakukan Latihan Sistem Pernafasan Aura dan Pergerakan Qigong. Pergerakan yang lemah lembut serta perlahan telah menarik minat ramai warga emas mengikuti program ini.

Aktiviti-aktiviti latihan jasmani dengan pergerakan Qigong diadakan seminggu sekali pada setiap hari Ahad. Setiap sesi mengambil masa antara 20 hingga 30 minit. Penyertaan bukan saja terdiri daripada warga emas tetapi turut mendapat sambutan daripada belia/beliawanis.

Tinjauan secara sepintas lalu menunjukkan peserta yang mengikuti program ini menjadi lebih sihat dan ceria.

Oleh - Hj. Md. Yunos Hj. Hasan Kekal PerkasaWarga Emas Warga Emas

Sebelum memulakan projek setiap peserta dikehendaki menghadiri kursus bagi memantapkan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Program motivasi sentiasa diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan/mengekalkan motivasi diri di kalangan peserta. Antara tajuk kursus yang dijalankan termasuklah ‘Membentuk Kecemerlangan Diri’, ‘Pekerjaan Sebagai Ibadah’ dan ‘Pembangunan Insan’. Selain daripada pendidikan untuk orang dewasa PPMS Nenasi ini turut menyediakan pendidikan awal kanak-kanak (TABIKA) dengan seliaan tenaga pengajar bertauliah daripada KEMAS.

Sehingga kini boleh dikatakan perubahan di kalangan peserta sudah menampakkan kemajuan melalui cara kehidupan mereka. Dari segi pemikiran pula, mereka lebih terbuka dan dapat menerima setiap perubahan yang dibawa oleh agen pembangunan.

Pembentukan masyarakat seperti ini wajar diperluaskan bagi menyusun semula masyarakat atau keluarga miskin yang masih terdapat di negeri ini. Aktiviti yang diaturkan dapat mengurangkan bilangan rakyat miskin yang ditempatkan di PPMS ini. Walau bagaimanapun pemantauan dan pengawasan berterusan dari agensi yang terbabit adalah perlu bagi memastikan rancangan kerajaan berjalan lancar seterusnya matlamat kerajaan Malaysia ke arah negara maju menjelang 2020 akan tercapai.

Genap setahun Penempatan Masyarakat Setempat Diraja II, Kg. Pohon Nenasi, Bachok, Kelantan didiami oleh

50 keluarga miskin di Jajahan Bachok. Pelbagai program telah diusahakan bagi menjayakan misi penempatan tersebut. Bimbingan dan bantuan masih diteruskan melalui RISDA dan agensi pelaksana agar peserta dapat berdikari dan mampu membina kehidupan yang lebih selesa, seterusnya keluar daripada belenggu kemiskinan.

Projek Perumahan Masyarakat Setempat (PPMS) ini merupakan projek perintis RISDA Kelantan bagi memperkenan titah Al-Sultan Kelantan menyediakan penempatan baru kepada keluarga miskin di negeri ini. Dengan kerjasama kerajaan negeri, Pejabat Tanah & Jajahan Bachok telah meluluskan seluas 8.0937 hektar tapak projek pada awal tahun 2004 dan siap pembinaan pada Mac 2005. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Raja Perempuan Kelantan pada 14hb Mei tahun 2005 yang lalu.

RISDA telah diperuntukkan 1.85 juta bagi pembinaan bangunan dan prasarana. Selain itu, sejumlah RM500,00 diluluskan bagi pembangunan projek ekonomi dan RM43,000 untuk kemudahan asas lain.

Bagi tujuan pembangunan ekonomi, setiap keluarga diberi bimbingan untuk memilih bidang usaha masing-masing. Antara projek yang dijalankan termasuklah pertanian, ternakan, peruncitan, industri hiliran, jahitan, makanan ringan, semaian landskap dan membuat bata.

Rencana

Penyusunan Semula Masyarakat Setempat Projek Diraja Nenasi Oleh - Mohd Zakri Hussin

16 17

Taman Sejahtera Rakyat : Rumah-rumah disediakan bagi menempatkan peserta projek

Projek ekonomi : Tanaman Rosel

Page 18: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Kursus Kursus

Homestay adalah merupakan salah satu aktiviti pelancongan yang kian popular kepada pelancong-pelancong yang ingin

menikmati keindahan dan suasana tinggal di kampung.

Di Kampung Bagan Baru, Ijok, Selama, Perak terdapat 45 buah keluarga yang telah mengambil bahagian menjadikan rumah mereka sebagai tempat menginap kepada pelancong.

Bagi menarik minat dan memenuhi cita rasa pelancong yang akan menginap di sini, RISDA Taiping telah menganjurkan Kursus Hiasan Dalaman kepada peserta-peserta yang terlibat dengan projek Homestay. Kursus telah diadakan pada 25 Mac 2006 di halaman rumah salah seorang peserta homestay. Kursus bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 6.30 petang.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mempelajari cara susun atur ruang supaya seimbang dengan latar belakang dan bentuk rumah di samping memanfaatkan semula barangan terpakai atau terbuang secara kreatif.

Bengkel dibahagi kepada dua sesi iaitu teori dan amali. Peserta bengkel telah diberi tunjuk ajar berkaitan hiasan lampu, pembentukan bidai, susun atur perabot, susun atur pokok hiasan taman, penggunaan terendak/camca terbuang, penggunaan kain batik lama untuk hiasan, menghias semula perabot lama dengan mengecat semula serta penggunaan seludang kelapa yang dicat dan dihias secara kreatif.

Pakar hiasan dalaman, En. Shamsul Anuar Zainal Abidin yang lebih dikenali dengan panggilan Sem dari Maverick & Company telah dijemput memberi tunjuk ajar. Teknik menghias rumah dengan menggunakan peralatan yang sedia ada, barangan lama, teknik mewarna dan menghias kawasan dalaman rumah menjadi tumpuan peserta dalam bengkel ini.

Kursus ini adalah merupakan kursus yang dapat membantu peserta homestay bagi menghiasi rumah mereka menjadi lebih tersusun, cantik, bersih dan menarik.

dengan projek Homestay. Kursus telah diadakan pada 25 Mac 2006 di halaman rumah salah seorang peserta homestay. Kursus bermula pada pukul 9.00 pagi dan tamat pada pukul 6.30 petang.

Tujuan bengkel diadakan adalah untuk mempelajari cara susun atur ruang supaya seimbang dengan latar belakang dan bentuk rumah di samping memanfaatkan semula barangan terpakai atau terbuang secara kreatif.

dengan menggunakan peralatan yang sedia ada, barangan lama, teknik mewarna dan menghias kawasan dalaman rumah menjadi tumpuan peserta dalam bengkel ini.

Kursus ini adalah merupakan kursus yang dapat membantu peserta homestay bagi menghiasi rumah mereka menjadi lebih tersusun, cantik, bersih dan menarik.

Bengkel Hiasan Dalaman Peserta Homestay Bagan Baru� IjokBengkel Hiasan Dalaman Peserta Homestay Bagan Baru� IjokOleh - Roslan Mohd Noor

Gubahan kain batik lama untuk dijadikan hiasan

En. Zakaria Alang Zahari (Pegawai RISDA Daerah Larut Matan/Selama/Kerian) menyampaikan

ucapan perasmian

Pakar perunding hiasan dalaman memberi tunjuk ajar

Peserta Bengkel Hiasan Dalaman bergambar kenangan

18 19

Page 19: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

G-Flex merupakan salah satu teknik rangsangan yang menggunakan gas etilina yang dibekalkan terus ke pokok

getah selepas kerja-kerja pemasangan “Infl atable & Collapsible Container” pada kulit dara di panel sebelah atas (HO). Penggunaan teknik rangsangan ini, membolehkan pekebun kecil dapat meningkatkan kecekapan dan produktiviti pada tahap yang tinggi dengan penyelenggaraan peralatan yang mudah serta harga yang lebih murah.

Berbanding dengan teknik lain, ternyata G-FLEX merupakan teknik rangsangan yang lebih mesra pengguna. G-Flex mempunyai ciri-ciri yang mudah diurus dan mudah diselenggarakan serta pengguna boleh memasang sendiri komponen G-FLEX tersebut pada pokok getah. Selain itu ia juga boleh digunakan pada panel BO-2 yang ditoreh hala ke bawah dan juga panel HO ditoreh hala menaik. Pengisian gas G-FLEX amat mudah dijalankan.

Hasil daripada kerjasama Pejabat RISDA Negeri Sembilan Barat dan Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Tengah Seremban telah berjaya mengadakan kursus insitu penggunaan alat rangsangan G-FLEX. Tunjuk ajar telah dijalankan di kebun milik En. Nordin Hj Yassin di Kg. Rawa, Lenggeng di bawah seliaan Pembantu Pertanian RISDA, En. Beebit Yamat. Kursus dihadiri seramai 40 orang termasuk kakitangan RISDA, LGM serta pekebun kecil.

En. Daud Taib selaku Ketua Unit Teknologi dari LGM Seremban memberikan taklimat dan tunjuk ajar kepada hadirin tentang pemasangan dan penggunaan G-FLEX. Menurut beliau, kini LGM telah memperkenalkan kaedah terbaru penggunaan G-GLEX. Kaedah tersebut adalah penambahbaikan teknik lama bagi meningkatkan kecekapan. Pengguna tidak perlu meniup dengan mulut lagi. Penggunaan balang gas menghasilkan pengisian gas lebih sempurna, lebih mudah dan gas adalah lebih tepat dan seimbang.

Gam tar disapu pada sebelah bahagian atas G-FLEX bagi menghalangkan kemasukan air hujan. Penggunaan balang gas terbaru yang berharga sekitar RM230 seunit membolehkan pengguna membuat pengisian semula dengan kos RM40 bagi 4000 pokok berbanding dengan kaedah lama RM38 bagi 200 pokok.

Kursus tersebut telah menarik minat ramai pekebun kecil untuk mencuba dan memberi banyak manfaat kepada setiap orang yang hadir. Amalan agronomi yang baik serta penggunaan teknologi terkini boleh meningkatkan produktiviti getah sehingga mencapai 2000 kilogram sehektar setahun. Majlis turut dihadiri Pegawai Pengembangan Negeri, Ketua Unit Pengembangan NS Barat dan Pegawai RISDA Stesen Seremban / PD.

Pekebun Kecil Lenggeng Sahut Cabaran G-FLEXOleh - Rosnan Abd Rahman

En. Beebit Yamat - Pembantu Pertanian, selaku Penyelia Kawasan

Kursus Kursus

18 19

Page 20: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

RISDA Melaka baru-baru ini telah menganjurkan satu program “Majlis Turun Ke Ladang Bersama Masyarakat Orang Asli”.

Majlis diadakan di Ladang Penempatan Semula Perkampungan Orang Asli, Bukit Senggeh, Jasin. Seramai 33 peserta Orang Asli turut sama dalam program tersebut. Aktiviti yang dijalankan ialah penanaman semula getah dengan keluasan 67.5 hektar.Program tersebut turut disertai hampir semua warga RISDA Melaka terutama anggota perkeranian.

Pada majlis tersebut peserta menanam benih getah dan diberi penerangan cara-cara penanaman yang betul. Program yang pertama kali diadakan ini merupakan salah satu program pemindahan teknologi kepada pekebun kecil khususnya masyarakat Orang Asli di sini. Mereka diberi pengetahuan dan tunjuk ajar penanaman serta mengenal mutu benih getah yang baik.

Bagi anggota perkeranian RISDA pula selain daripada mendapat pendedahan dan pengetahuan, mereka dapat merasai sendiri pengalaman proses kerja-kerja penanaman di ladang. Sebelum ini mereka lebih menumpukan kepada kerja-kerja mengemaskini rekod peserta tanam semula di pejabat.

Majlis Turun Ke Ladang Bersama Masyarakat Orang Asli

Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB En.Md. Yunos Husin, Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pembangunan Desa dan Pertanian Melaka yang turut sama menyinsing lengan menanam benih getah bersama-sama dengan masyarakat Orang Asli di sini.

Pada majlis perasmian, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada RISDA Melaka yang berjaya mencetuskan satu idea yang baik. Penganjuran program ‘dua dalam satu’ ini iaitu pekebun kecil mendapat pengetahuan teknologi manakala agensi pelaksana dapat mengeratkan lagi hubungan dua hala yang baik dengan kumpulan sasar.

Menurut beliau lagi “program seperti ini serta hubungan yang baik secara tidak lansung memudahkan lagi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9) dengan lancar serta membantu hasrat kerajaan negeri menjadikan Negeri Melaka Maju pada 2010”.

Hadir sama ialah Pengarah RISDA Negeri Melaka, Tuan Hj. Abas Mahmud dan Ketua-ketua Jabatan di bawah portfolio pertanian negeri.

Oleh - Azhari Abdul AzizPRN Melaka, Hj. Abas Mahmud, mencuba alat menyumpit iaitu acara selingan yang diadakan pada majlis tersebut.

Anggota RISDA dapat merasai sendiri suasana sebenar di ladang.

Suasana meriah di ladang semasa sesi menanam pokok getah

Majlis Turun

Kursus Kursus

20 21

Page 21: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Seramai 100 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR pada tahun 2006 dari Daerah Dungun telah

dijemput khas oleh pengurusan RISDA Terengganu untuk mengikuti Kursus Motivasi Pendidikan selama tiga hari sebagai persiapan menghadapi peperiksaan pada tahun 2006.

Kursus yang dijalankan pada 13 April hingga 15 April 2006 itu telah diadakan di Hotel Park Inn, Kuala Terengganu telah dihadiri oleh anak-anak pekebun kecil miskin luar bandar yang tinggal di Daerah Dungun.

Bagi menjayakan kursus tersebut, RISDA Negeri Terengganu telah menjemput pakar motivasi pelajar dari Kolej RISDA (KRIS) Kelantan bagi mengendalikan kursus ini sepenuhnya dari awal hingga akhir.

Oleh - Sayed Dol Syed Islam

100 Pelajar Miskin Daerah Dungun Ikuti Kursus Kecemerlangan Pelajar

Peruntukan Dana Khas Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah digunakan bagi menyediakan kemudahan pengangkutan peserta, makan/minum, penginapan, dewan kuliah, insentif kepada penceramah, bekalan alat tulis dan lain-lain.

Hasil daripada kursus ini didapati sikap pelajar terutamanya yang tinggal di pedalaman telah berubah daripada kurang aktif kepada aktif berbanding pada awal perjumpaan semasa majlis suai kenal. Rata-rata mereka amat gembira dan puas hati dengan kursus yang dijalankan.

Diharapkan melalui kursus seperti ini akan menyuburkan semangat dan keyakinan diri untuk terus belajar dengan gigih bagi menghadapi peperiksaan pada akhir tahun ini dan seterusnya membuahkan kejayaan yang cemerlang. Melalui bimbingan ini juga RISDA mengharapkan lebih ramai di kalangan pelajar miskin anak-anak pekebun kecil menjadi pelajar cemerlang dalam bidang akademik.

Tajuk ceramah yang disampaikan semasa kursus tersebut termasuklah `Learning Contract.’ Aspirasi dan Motivasi Pelajar Ke Arah Melahirkan Pelajar Cemerlang, Kemahiran Belajar, Strategi Menghadapi Peperiksaan, Pengurusan Masa Berkesan, Simulasi Penjanaan Minda serta Pelan Tindakan Jaya Diri.

Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh Pn. Hajah Zainabon Ismail, Timbalan Pengarah RISDA Negeri (TPRN) Terengganu. Semua pelajar turut diberikan sijil kehadiran dan hamper sebagai cenderamata.

Kursus Motivasi Kecemerlangan Pelajar turut mengundang penceramah daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Ceramah motivasi persediaan peperiksaan - Count Down oleh pihak KRIS Kelantan

100 Pelajar Miskin Daerah Dungun

Kursus Kursus

20 21

Page 22: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Berpegang teguh kepada pepatah Melayu `Rajin dan usaha tangga kejayaan’, seorang wanita gigih dari Kampung Haji

Hassan, Tapah Road telah menjadi popular khususnya di Dareah Tapah kerana produk karipap mininya telah berjaya di pasarkan ke Pasar Raya TESCO.

Puan Khatimah Ibrahim atau nama timangannya Kak Mus, 57 tahun, suri rumah sepenuh masa amat dikenali oleh masyarakat di Daerah Tapah Road sebagai pengusaha karipap mini. Keunikan karipap mini Kak Mus adalah dari segi saiznya yang kecil, bentuknya yang kemas serta mempunyai dua rasa iaitu inti serunding ikan bilis dan inti kacang tanah. Sasaran produknya bukan hanya untuk masyarakat Melayu tetapi turut digemari oleh masyarkat Cina dan India yang sukakan karipap berinti kacang tanah. Puan Khatimah telah menceburi perusahaan

Tembusi Pasar Raya Tesco

Karipap

Oleh: V. Nadarajan

makanan ringan sejak tahun 1990 lagi bermula dengan modal sendiri sebanyak RM2,000. Jualannya ketika itu hanya di sekitar kedai runcit di kawasan kampung. Usaha dan cita-cita untuk menjadi usahawan wanita sentiasa mendapat sokongan dan galakan daripada suami yang merupakan pesara jabatan kerajaan.

Kini Puan Khatimah mempuyai seramai 10 orang pekerja wanita dengan pengeluaran sebanyak 30 hingga 50 kilogram karipap sehari. Pengeluaran akan melebihi 50 kilogram pada musim perayaan. Karipap mini beliau dengan jenama SEDAP dipasarkan bukan hanya di kedai runcit tempatan sekitar Pekan Tapah malah telah berjaya menembusi Pasar Raya TESCO. Produk tersebut dijual di pasaran dengan harga RM2.50 sebungkus (150 gram). Lebih membanggakan lagi karipap mini Puan Khatimah dijangka akan dapat dipasarkan dengan lebih meluas di sekitar Bandar Raya Ipoh, Pulau Pinang dan Selangor setelah agen pengedaran produk makanan ringan di bawah naungan Kerajaan Negeri Perak bersetuju untuk mempromosikan produk tersebut.

Pada peringkat awal perniagaan, pendapatan Puan Khatimah hanya RM1,000 sebulan tetapi kini sudah mencecah RM3,750 sebulan. Pendapatan tahunan secara purata berjumlah RM45,000. Puan Khatimah amat berterima kasih kepada pihak RISDA atas bimbingan, sokongan dan bantuan yang telah diberikan sejak projek ini dimulakan hingga kini. Beliau sedia berkongsi pengalaman dengan sesiapa sahaja yang beminat menceburi bidang ini. Puan Khatimah boleh dihubungi melalui alamat dan talian telefon seperti berikut:-Kampung Haji Hassan, 35400 Tapah Road, Tapah.Telefon: 05-4181709

Tembusi Pasar Raya Tesco

Karipap

Oleh: V. Nadarajan

makanan ringan sejak tahun 1990 lagi bermula dengan modal

SedapTembusi Pasar Raya TescoSedapTembusi Pasar Raya TescoTembusi Pasar Raya Tesco

Karipap

SedapKaripapKaripap

Oleh: V. Nadarajan

SedapOleh: V. NadarajanOleh: V. Nadarajan

SedapSedapPuan Khatimah mengoreng karipap mini. Beliau bersama pembantu boleh menghasilkan 30 hingga 50 kilogram karipap sehari

Mesin pencanai khas digunakan untuk

menghasilkan kulit karipap yang nipis dan rangup

Karipap

Jejak Jaya Jejak Jaya

22 23

Page 23: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

SedapSedapSedapSedap

Bermula dengan membuat kuih baulu secara tradisional dan dijual di sekitar Kampung Padang Siding membuka lembaran

sejarah apabila menjadi pengusaha baulu dan usahawan yang berjaya pada masa kini.

Berbekalkan pengalaman dan kebolehan yang ada, Puan Mahasa Mat Taib yang pernah mengikuti Kursus Asas Perniagaananjuran RISDA boleh berbangga dengan usaha yang telah dijalankan.

Ianya bermula pada tahun 2003, apabila Puan mahasa menerima bantuan daripada RISDA di bawah Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) berjumlah RM17,670. Peruntukan yang diluluskan digunakan untuk membeli peralatan dan ubah suai bengkel. Kini Puan Mahasa tidak lagi membuat kuih baulu secara tradisional sebaliknya beliau mengusahakan projek ini secara komersial. Bantuan yang diterima itu telah memberi suntikan kepada beliau untuk meningkatkan pengeluaran baulu ikan dan kandis yang mempunyai pelanggan tetap di Negeri Perlis. Kerja-kerja Puan Mahasa dibantu oleh suami beliau dan lima orang pekerja.

Hasil pengeluaran dipasarkan sendiri oleh Puan Mahasa di pasar-pasar malam, pekan sehari, tempahan daripada Jabatan Kerajaan dan majlis kenduri di Negeri Perlis. Hasil jualan akan meningkat pada hari-hari perayaan. Hasil jualan setakat April tahun 2006 berjumlah RM22,890.

Ekonomi Tambahan (AET) berjumlah RM17,670. Peruntukan yang diluluskan digunakan untuk membeli peralatan dan ubah suai bengkel. Kini Puan Mahasa tidak lagi membuat kuih baulu secara tradisional sebaliknya beliau mengusahakan projek ini secara komersial. Bantuan yang diterima itu telah memberi suntikan kepada beliau untuk meningkatkan pengeluaran baulu ikan dan kandis yang mempunyai pelanggan tetap di Negeri Perlis. Kerja-kerja Puan Mahasa dibantu oleh

Hasil pengeluaran dipasarkan sendiri oleh Puan Mahasa di pasar-pasar malam, pekan sehari, tempahan daripada Jabatan Kerajaan dan majlis kenduri di Negeri Perlis. Hasil jualan akan meningkat pada hari-hari perayaan. Hasil jualan setakat April

Oleh - Badrul Hisham Mohd. Yusoff

RM2,000 SEBULANHASIL DARIPADA IKAN & KANDIS

Pada tahun 2005, beliau memperoleh pendapatan hasil jualan sebanyak RM80,301 dengan modal sebanyak RM52,899. Keuntungan bersih yang beliau peroleh ialah sebanyak RM27,402.

Ini bermakna pendapatan beliau sebanyak RM2,283.50 sebulan dan telah berjaya melepasi objektif RISDA iaitu “Pekebun Kecil Memperoleh Pendapatan Sekurang-kurangnya RM2,000 Sebulan Sekeluarga Menjelang Tahun 2010”.

Puan Mahasa bersama pembantu

Puan Mahasa Mat Taib bersama suaminya, Encik Yop Mat

RM2,000 RM2,000 Jejak Jaya Jejak Jaya

22 23

Page 24: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Kerja menoreh hanya dilakukan 15 hari dalam sebulan dengan keluasan 1.2747 hektar dan kepadatan tanaman

sebanyak 560 pokok, hasil yang diperoleh mencecah RM1,000 sebulan. Inilah hakikatnya rezeki yang datang tanpa diduga penoreh-penoreh getah yang pernah mengalami `Zaman Muram’ satu ketika dahulu kerana harga getah begitu rendah , kini sinar baru mewarnai kehidupan mereka.

Siapa sangka getah beku yang hanya RM0.80 sen sekilogram kini mencecah RM3.50 sekilogram dan getah keping dari harga RM3 mencecah RM7 sekilogram. Bagai durian runtuh pokok getah tidak lagi menjadi pepohon layu yang terbiar sepi sebaliknya menjadi tumpuan sumber rezeki.

Salah seorang peserta Tanam Semula Berkelompok (TSB) Kampong Orang Asli (KOA) Bukit Kemandol, Kuala Langat, En. Mohamad Yusof Wa Abdullah atau nama asalnya Wa anak Kantan memperoleh pendapatan daripada hasil getah melebihiRM1,000 sebulan.

Selain menoreh di tanah sendiri, beliau juga menoreh getah yang dimiliki oleh isterinya, Cinta anak Kayak. Kebun yang menyertai TSB pada tahun 1994 itu juga memperoleh pendapatan RM800

En. Mohamad Yusof - contoh Orang Asli yang gigih dan mampu hidup sejahtera

Mungkinkah begini wajah penoreh generasi baru …

Oleh - Salamah Kosnin

Menoreh Beri Pulangan Lumayan- harga getah melonjak tinggi, penoreh nikmati rezeki.........

daripada hasil sawit yang diusahakan dengan kaedah `Tanaman Perimeter’. Kebun ini merupakan projek perintis RISDA dengan kerjasama MPOB bagi tanamaan perimeter getah/sawit.

Jika dilihat dari pendapatan yang beliau peroleh mencecah RM2,000 sebulan, penoreh getah kini mampu menarik nafas lega dan industri getah negara akan terus berada pada aras yang kompetetif. Ia juga sekali gus akan meningkatkan minat dan tumpuan generasi kedua untuk menjadikan bidang penorehan satu kerjaya dan mungkin boleh mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai pengeksport getah utama di dunia satu hari nanti.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan pekebun kecil getah, RISDA bolehlah berbangga dengan pencapaian yang dinikmati oleh pekebun-pekebun kecil kini.

Objektif RISDA mensasarkan pekebun kecil memperoleh pendapatan RM2,000 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010 mampu dicapai dengan harga getah terus berada di paras yang kukuh. Diharapkan juga dengan keadaan ini tidak ada lagi kebun-kebun getah terbiar seperti yang dilihat sebelum ini.

En. Mohamad Yusof - contoh Orang Asli yang gigih

Menoreh Beri Pulangan Lumayan

Jejak Jaya Jejak Jaya

24 25

Page 25: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Tanam Semula Berkelompok (TSB) Si Kota 1 Mukim Johol, Daerah Kuala Pilah, berjaya sebagai pemangkin pembangunan ladang

di kawasan tersebut.

TSB Si Kota 1 berasal daripada Rancangan Tanah Pinggir Si Kota dan setiap peserta diperuntukkan seluas 1.2140 hektar seorang.

TSB Si Kota 1 dengan keluasan 83.1852 hektar diusahakan pada tahun 1991, melibatkan seramai 66 orang pekebun kecil getah. Pokok getah ditanam pada tahun 1993 dengan klon balak (LTC), Klon PB 260, RRIM 901 dan RRIM 937. Pada tahun 1997 pokok getah mencapai lilitan 18 hingga 19 inci. Keadaan ini mencapai Petunjuk Prestasi (KPI) RISDA dalam memendekkan tempoh keremajaan pokok getah kepada 4 1/2 tahun. Pada Mei 1997, semua lot telah boleh ditoreh.

Kebun ditoreh sendiri oleh tuan tanah, anak atau waris mereka. Perkara yang membanggakan mengenai TSB Si Kota 1 ialah kos pembangunan sebanyak RM6028.77 sehektar dan tidak melebihi peruntukan bantuan tanam semula.

Purata hasil pada tahun 2005, ialah 1500kg sehektar setahun dan bagi pengamal teknologi rangsangan boleh mencecah 2000 kilogram sehektar setahun. Pada harga getah beku RM2.70 sekilogram, pekebun kecil mendapat purata RM405 sebulan bagi keluasan 1.2140 hektar. Pada pertengahan tahun 2005 hingga kini harga getah mencecah RM3 sekilogram, peserta boleh memperoleh RM800 hingga RM1,200 sebulan. Maklumat ini telah disampaikan oleh Penyelia Kawasan, En. Mustapa Sindin semasa taklimat beliau kepada rombongan ahli Mesyuarat Pelaksanaan dan Pengesanan (2P) Kebangsaan baru-baru ini.

Pengerusi TSB Si Kota 1 ini, Hj. Abd Wahab Samah, 80 tahun, merupakan pekebun kecil yang gigih dan mengikuti amalan agronomi yang baik terutama jadual pembajaan dan penggunaan rangsangan etepfon. Beliau memperoleh 1,450 kilogram getah beku sebulan bagi 1.240 hektar. Tambah beliau, hasil kejayaan TSB Si Kota kesemua 66 peserta telah menjadi ahli Koperasi Pekebun Kecil NS Berhad (KPK) dengan saham penuh sebanyak RM100 seorang.

Kejayaan TSB Si Kota 1 telah menjadi contoh atau pemangkin kepada pembangunan tanam semula di daerah ini. Sebanyak tiga kawasan telah dibangunkan dengan jayanya dan beberapa kawasan lain akan mengikut jejak jaya TSB Si Kota 1.

Berbudi kepada tanah, Insya Allah membuahkan hasil.

TSB SI KOTAPemangkin Pembangunan Ladang Daerah Kuala Pilah

Oleh - Abd Aziz Abd Majid

Jejak Jaya Jejak Jaya

24 25

Pengerusi TSB Si Kota 1, Hj. Abd Wahab Samah

Page 26: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Dulu Sekadar Minat,Sekarang Sebagai Kerjaya

Minat Cik Anini Yaakob, 31 tahun, terhadap menjahit pakaian memang telah lama berputik. Setelah masa

berlalu, minat dan kemahiran dikembangkan dan beralih kepada menceburi dunia lebih komersial, bidang keusahawan. Beliau kini ialah pemilik dan pengusaha Bengkel Jahitan di Kampung Batu Talam, Raub, Pahang.

Dibesarkan sebagai anak pekebun kecil dan kehidupan susah masa lalu banyak mengajar beliau untuk berdikari. Berbekalkan kemahiran, kerajinan, daya usaha dan minat, beliau begitu optimis bidang jahitan akan memberi pulangan yang memuaskan.

Bermula dengan mengambil upah menjahit pakaian yang dilakukan di rumah secara sambilan, Cik Anini menyimpan cita-cita untuk menceburi bidang jahitan secara sepenuh masa.

Selama dua tahun beliau menjadikan rumah sebagai tapak menimba pengalaman dan mengumpul pelanggan. Akhirnya bermodalkan wang simpanan hasil daripada menjahit dan menoreh getah, Cik Anini merealisasikan cita-citanya. Pada tahun 1997, beliau telah menyewa sebuah kedai JKKK di Kampung Batu Talam. Dengan sewa bulanan RM130, bermulalah perusahaan beliau di bawah label Bengkel Jahitan Anini.

Untuk maju, beliau memerlukan tambahan modal bagi membeli mesin jahit bagi jahitan tertentu. Pucuk dicita, ulam mendatang,pada taun 2003, Cik Anini mendapat suntikan bantuan daripada RISDA menerusi Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) sebanyak RM10,000.

Mengimbas kembali langkah mulanya dalam perusahaan jahitan sehingga berjaya membuka bengkel walaupun

sederhana seperti sekarang, beliau merasa amat bersyukur. Beliau turut berterima kasih kepada RISDA yang bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga dari segi motivasi, kursus, pemantauan dan penyeliaan oleh Pembantu

Pertanian RISDA Raub, Cik Nofazlin Zainal Abidin dan Cik Ervaniwati Ariffi n.

Kerja-kerja rutin Cik Anini dibantu oleh seorang rakan. Walaupun dibayar

Oleh - LAIM

gaji, Anini tidak menganggapnya sebagai pekerja atau pembantu tetapi lebih kepada seorang teman niaga.

Cik Anini menerima tempahan pelbagai fesyen pakaian wanita seperti baju kurung, kebaya dan fesyen lain mengikut kehendak dan permintaan pelanggan. Upah yang dikenakan pula berdasarkan fesyen yang ditempah dan biasanya di antara RM25 hingga RM60 sepasang.

Khidmat lain yang beliau tawarkan ialah menjahit langsir, menyulam, kraftangan, gubahan hantaran perkahwinan dan hidangan pengantin. Purata pendapatan bersih beliau adalah sekitar RM2,000 hingga RM2,300 sebulan.

Sebagai seorang yang aktif dalam Persatuan Belia, juga sebagai salah seorang JKKK, Cik Anini tidak mempunyai masalah untuk mendapat pelanggan. Bahkan terdapat juga pelanggan beliau dari sekitar bandar Raub.

Pengusaha muda yang kini memiliki sebuah kereta model Iswara dan mempunyai 18 tahun pengalaman menjahit ini memulakan operasi pukul tiga petang. Pada sebelah pagi hingga tengah hari, beliau menguruskan kerja-kerja di kebun tanam semula getah seluas 2.83 hektar milik ibunya dan membantu ibu menguruskan rumah.

Ditanya mengenai sebab beliau tidak menyediakan kain untuk dijual kepada pelanggan, Cik Anini menjelaskan, “Saya bimbang kalau-kalau pelanggan akan berhutang dan tentunya saya akan menghadapi masalah.” Walau bagaimanapun, mungkin pada masa depan, setelah mempunyai modal lebih kukuh, beliau akan menyediakan kemudahan tersebut.

Bagi perancangan masa depan, anak kedua daripada empat beradik ini bercita-cita untuk membuka sebuah butik pakaian termasuk menyediakan pakaian pengantin di lokasi yang lebih strategik.

Anini Yaakob, pengusaha muda bengkel jahitan

Bengkel jahitan Anini Yaakob di Kg Batu Talam, Raub sentiasa dikunjungi pelanggan

Pakaian tempahan pelanggan yang telah siap dijahit

Jejak Jaya Ruangan Agama

Mengimbas kembali langkah mulanya dalam perusahaan jahitan sehingga berjaya membuka bengkel walaupun

sederhana seperti sekarang, beliau merasa amat bersyukur. Beliau turut berterima kasih kepada RISDA yang bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga dari segi motivasi, kursus, pemantauan dan penyeliaan oleh Pembantu

Pertanian RISDA Raub, Cik Nofazlin Zainal Abidin dan Cik Ervaniwati Ariffi n.

Kerja-kerja rutin Cik Anini dibantu oleh seorang rakan. Walaupun dibayar

Anini

26 27

Page 27: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Begitulah yang pernah dikatakan oleh Saad Bin Mu’az mengenai musuh utama kita - syaitan. Manusia sering terlupa bahawa syaitan itu menggunakan pelbagai cara untuk melalaikan mereka dari melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah s.w.t.

Fikiran manusia menjadi korup, percakapan mereka lebih banyak yang sia-sia dan tindakan mereka menunjukkan seolah-olah manusia tidak akan diperhitungkan satu hari nanti. Fikiran, pertuturan dan tindakan sebenarnya adalah pintu-pintu utama syaitan untuk memasuki jiwa manusia.

Kita perlu mengenali tipu daya syaitan dan berusaha sedaya mungkin untuk membersihkan fi kiran, serta mengawasi tutur kata. Namun yang paling utama ialah menjaga fi kiran kerana di sinilah sumber pertuturan dan tindakan manusia.

Syaitan menggunakan berbagai cara untuk memesongkan manusia daripada melakukan ketaatan. Tipu daya yang digunakannya berbeza-beza mengikut lemah atau kuatnya iman seseorang. Cara syaitan menggoda fi kiran manusia telah dirumuskan oleh para ulama iaitu:

Melarang seseorang melakukan pekerjaan yang baik dan membuat amal kebajikan. Sekiranya hasutannya tidak berjaya, syaitan akan mengubah caranya. I a akan mendorong orang itu melambat- lambatkan amalannya.

Apabila seseorang itu tidak tergoda untuk melengah-lengahkan amalannya, syaitan akan menukar taktiknya pula. Ia akan menghasut orang itu supaya melaksanakan ibadanya dengan cepat atau tergopah-gopah. Apabila seseorang melakukan ibadah dengan terburu-buru, dia tidak mendapat keberkatan mengerjakan amalan dengan hati-hati, penelitian dan kajian. Syaitan mahu agar amal ibadah itu dikerjakan secara lahir sahaja, tetapi kosong jiwanya. Ini akan mengurangkan pahala amalan ibadah, dengan mudah pula digodanya.

Ia akan menghasut orang itu melaksanakan ibadahnya dengan tertib dan berhati-hati dilakukan di hadapan orang lain agar mereka menganggap, ibadahnya baik dan mereka akan percaya kepadanya. Sikap riak yang berputik dalam fi kiran atau hati manusia ini akan memusnahkan pahala ibadahnya.

Sekiranya godaan ini berjaya ditentang, syaitan akan cuba menanam benih-benih ujub dalam fi kiran atau jiwanya. Bukanlah mudah untuk melawan sifat riak ini kerana syaitan berterusan menggoda manusia agar kasihkan sanjungan dan pujian manusia. Jika seseorang berkeras melakukan amalan tanpa riak, maka syaitan akan membisikkan kata-kata pujian agar orang itu menganggap dia seorang yang soleh atau solehah dan kagum dengan kesolehannya.

Jika orang itu berpendirian teguh dan mengenali tipu daya syaitan, dia pasti tidak terperangkap dalam jerangkap yang membawa kemurkaan Allah s.w.t itu.

Dalam hatinya ia akan berkata, “Seluruh jasa kebaikanku adalah terpulang kepada Allah belaka, aku hanyalah seorang hamba yang mempunyai sedikit ketaatan, oleh itu segala hutang budi terpulang kepada Allah saja. Dialah yang memberi taufi q dan hidayah kepadaku. Tanpa kemurahanNya, amal ibadatku tidak ada nilainya dan apalah nilainya amalanku dengan segala rahmat yang telah dikurniakanNya kepadaku.”

Setelah sampai ke peringkat ini, syaitan masih tidak mahu berputus asa untuk memesongkan manusia. Ia akan cuba menggunakan logik untuk mematahkan semangat manusia untuk mengerjakan ketaatan. Mungkin ia akan merasuk fi kiran manusia dengan berkata bahawa, “Segala sesuatu itu adalah takdir Allah s.w.t. jadi apalah gunanya beramal! Kedudukan manusia telah ditentukan sejak azali, baik buruk sudah tertulis dalam suratan takdir, jika beramal pun, manusia tidak akan dapat mengubahnya; maka apalah gunanya bersusah payah melakukan ketaatan?”

Untuk menghadapi fi kiran jahat syaitan ini, seseorang itu mestilah berkeyakinan bahawa Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Pengasih. Dia tidak akan mensia-siakan amalan seseorang dan Dia telah berjanji akan memberi balasan yang baik kepada setiap ketaatan yang dikerjakan.

Begitulah antara cara-cara syaitan cuba menggoda fi kiran manusia. Kita perlu mengetahui tipu dayanya kerana memang adakalanya syaitan menyeru manusia ke arah kebaikan tetapi tujuan sebenar adalah untuk menyeret manusia kepada kejahatan.

Godaan syaitan juga perlu diperangi sungguh-sungguh. Kita hendaklah memandang hina kepada keinginan nafsu yang menjadi barang dagangan syaitan. Berusaha menjauhkan diri dari perkara-perkara yang boleh membawa kita terperangkap lebih jauh di dalam kandang syaitan.

Tipu daya seringkali bermula dalam bentuk was-was atau bentuk fi kiran yang meresap ke dalam jiwa dengan membawa benih-benih dosa. Sekiranya godaannya ditentang, maka ia akan terus kembali menyerang dan mencari kesempatan-kesempatan lain. Jika seseorang itu tidak berdaya menahan godaan syaitan, maka dia dengan mudah ditungganginya untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang tidak diredhai Allah s.w.t.

Petikan Majalah Al Islam

Kenali Tipu Daya Syaitan“ Syaitan itu lapang, sedangkan kamu sibuk; dia melihat kamu sedangkan kamu tidak melihatnya, kamu

lupakannya, sedangkan ia tidak pernah lupakan kamu. Dari nafsu-nafsu kamu sendiri dia mendapat pembantu untuk menumpaskan kamu. Oleh itu kamu harus memerangi dan menundukkan nafsu kamu supaya

terselamat daripada kerugian dan kemusnahan.”

Kenali Tipu Daya Syaitan

Jejak Jaya Ruangan Agama

26 27

Page 28: SUARA - risda.gov.my...Sebelas kertas kerja telah dibentang sepanjang seminar ini berlangsung dan lapan daripadanya disampaikan oleh Pekebun Kecil Jaya yang boleh dijadikan pembakar

Ibu Ku Seorang Penoreh

Ibuku seorang penoreh biasaKebunnya sekangkang kera

Diusaha ketika aku belum dewasaTujuh tahun ulang usaha

Genap usaha perdu diperhambaIbuku lega menarik nyawaPendapatan tak seberapa

Susu getah itulah rezeki keluarga

Lepas subuh dia melangkahBersama pisau bengkok terasah

Menoreh dalam senyumWalau nyamuk agasMeratah kerumun

Ibuku tidak pernah ke sekolahTulis baca sekadar kelas dewasa

Gigihnya sepanjang masaPagi menoreh, petang ke sawah

Malam mengarah akuBaca buku sekolah

Itulah nasib IbukuTubuhnya tak sempat gebuBibir tidak pernah bergincu

Air liurnya tak wangiLidahnya api

Antara menerangi dan membakar semangatPenuh amanat

Katanya.....Wahai anak jagalah harta dan hak

Jangan dijual gadai pajakJika tanah kebun itu berganjak

Ertinya periuk nasimu berteriak danEngkau hilang tapak

Nukilan:SHAARI AWANG BESAR

Baling, KedahSempena Seminar Pekebun Kecil (5-8 April 2006)

RISTEC, Port Dickson, Negeri Sembilan