sistem hidrologi dan manusia

21
TUTORIAL 1 SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

112 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

TUTORIAL 1SISTEM HIDROLOGI DAN

MANUSIA

Page 2: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (a) Berikan definisi banjir kilat. [3]Banjir kilat adalah sejenis banjir permukaan yang berlaku dalam jangkamasa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang). Akibat curahan hujan yang lebat, menghasilkan aliran permukaan yang banyak (run-off) dalam jangka mass yang singkat

Page 3: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (b) Bagaimanakah banjir kilat berlaku? [4]

i. Banjir kilat berlaku apabila larian air permukaan yang tinggi melebihi daripada kadar susupan ke dalam tanih ekoran daripada menerima curahan hujan yang lebat.

ii. Kadar susupan yang rendah disebabkan oleh liang pore sesuatu permukaan tanah di bandar sudah ditutup dengan tar, bitumen, aspalt dan sebagainya.

iii.Kesannya air larian permukaan cepat melimpahi sistem saliran yang ada apabila daya tampung sistem saliran seperti longkang, sungai dan parit gaga) menampung kuantiti air yang banyak lalu membanjiri sesuatu kawasan yang lebih rendah.

Page 4: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (c) Mengapakah fenomena banjir kilat sering berlaku di bandar-bandar besar di Malaysia? [4]

i. Aktiviti pembandaran yang pesat. Penurapan muka bumi yang berlebihan di bandar dengan bitumen, simen,aspalt dan sebagainya. Penurapan ini mengurangkan kadarsusupansebaliknyameninggikan aliran permukaan (run-off). Kesannya apabila hujan turun, lebih banyak air yang akan bertakung di permukaan berbanding dengan yang meresap ke dalam tanah. Justeru tadensi untuk berlakunya banjir kilat adalah amat tinggi.

ii. Sistem saliran bandar yang tidak cekap. Sistem longkang dan parit yang sempit, tersumbat dan cetek menyebabkan is tidak mampu menampung kuantiti dan halaju air larian permukaan pads satu-satu tempoh mass tertentu khususnya ketika hujan lebat. Daya tampung sistem saliran yang lemah memudahkan banjir kilat berlaku.

Page 5: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (d) Jelaskan kesan banjir kilat terhadap persekitaran manusia di bandar. [4]

i. Kerosakan harta benda seperti rumah, kenderaan dan peralatan serta perabot dalam rumah apabila dinaiki air dan tidak sempat diselamatkan. la memerlukan kos yang tinggi untuk membaik pulihnya. Ini membebankan penduduk.

ii. Memudahkan merebaknya penyakit bawaan air selepas banjir berlaku seperti taun dan kencing tikus. Ini kerana air banjir kilat yang kotor dengan sampah sarap dan berlumpur memudahkan penyakit berkenaan merebak.

Page 6: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (e) Cadangkan tiga langkah pengurusan yang boleh diambil bagi mengurangkan fenomena banjir kilat di bandar-bandar besar di Malaysia. [4]

i. Langkah kejuruteraan/ kaedah tebatan banjir –membina benteng dan tetambak. membina sistem longkang yang besar (monsoon drain), membina terowong air dalam tanah seperti Smart Tunnel di Kuala Lumpur.

ii. Menyediakan dan menyelenggara sistem saliran yang lebih cekap seperti melebar, mendalam dan meluruskan sungai di dalam bandar agar dapat menampung kapasiti air larian permukaan yang banyak.

iii. Menambahkan kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput dan pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan silara) seterusnya boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalir-limpah.

Page 7: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (f) Nilaikan keberkesanan langkah perundangan yang telah dijalankan di Malaysia bagi mengatasi masalah banjir kilat. [4]

Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan kepada pemaju dan penduduk menyebabkan langkah perundangan kurang berkesan. Selain itu langkah perundangan juga kurang berkesan kerana:i. Kurangnya pemantauan/ rondaan dari pihak berkuasa

tempatan terhadap projek pembangunan di bandar.ii. Masalah birokrasi antara agensi kerajaan dan juga integriti

sesetengah penguatkuasa.

Page 8: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (g) Kenal pasti petunjuk fizikal dan kimia yang membuktikan berlakunya pencemaran sumber air sungai. [4]

Di antara indikator/ petunjuk fizikal dan kimia yang digunakan ialah:i. Kimia: kandungan Permintaan Oksigen Biologikal (BOD),ii. Kimia: kandungan Amoniakal Nitrogen (NI-13 - U),iii. Kimia: Nilai Keasidan (pH)iv. Fizikal: kandungan Pepejal Terampai (SS),v. Fizikal: Perubahan warns dan bau yang ads di dalam

sesuatu sumber air tersebut.

Page 9: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (h) Bagaimanakah aktiviti pertanian dan penternakan meningkatkan kadar pencemaran sumber air permukaan di Malaysia. [4]

i. Aktiviti pertanian: Penggunaan racun serangga dan rumpai seperti DDT, Roundup dan Paraquat serta penggunaan baja kimia menyebabkan sumber sumber air seperti air tanah tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan ke dalam tanah. Nilai keasidan air (pH) bertambah.

ii. Aktiviti penternakan: Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai. Kesannya Air sungai tercemar dengan kandungan bakteria E-Coli.

Page 10: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (i) Bagaimanakah sumber air tanih tercemar? [4]

i. Penggunaan racun serangga dan rumpai seperti DDT, Roundup dan Paraquat serta penggunaan baja kimia dalam aktiviti pertanian menyebabkan sumber-sumber air tanih tercemar apabila bahan kimia tersebut dilarutresapkan ke dalam tanah. Nilai keasidan air tanih meningkat.

ii. Aktiviti domestik. Pembuangan sampah sarap/ longgokan sampah menyebabkan air tanih tercemar apabila air sampah/ leachate dilarutresapkan ke dalam tanah.

Page 11: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (j) ‘Aktiviti perkapalan di laut telah meningkatkan pencemaran maritim’. Jelaskan pernyataan ini. [4]

i. Aktiviti pengangkutan oleh kapal tangki. sumber air laut tercemar melalui pembuangan enap cemar serta perlanggaran dan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki.

ii. Percemaran maritim berlaku apabila minyak yang tumpah itu mengalami proses pembauran yang menyebabkan wujudnya ketulan-ketulan tar/ minyak mentah menutupi permukaan air laut.

Page 12: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (k) Cadangkan dua langkah perundangan untuk mengurangkan kadar pencemaran air di Malaysia.[4]

i. Menguatkuasakan akta kualiti slam sekeliling 1974 dan akta parit serta saliran bagi mencegah dan mengawal aktiviti yang mencemarkan sumber-sumber air khususnya sungai. Agensi pelaksana seperti JAS dan JPS mestilah bertindak dengan tegas – memantau dan mengawal selia kawasan sungai, zon pinggir pantai dan kawasan tadahan daripada sebarang aktiviti pencemaran.

ii. Perlaksanaan hukuman seperti denda/ kompaun dan penjara yang lebih berat kepada individu atau syarikat yang mencemarkan sumber-sumber air.

Page 13: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

1 (l) Bagaimanakah masyarakat setempat boleh melibatkan diri dalam usaha mengurangkan kadar pencemaran air di bandar-bandar besar di Malaysia.[4]

i. Melibatkan diri dalam aktiviti gotong royong - Aktiviti pembersihan sumber air yang telah tercemar seperti membersihkan sungai dan tasik.

ii. Menyertai kempen menjaga kebersihan sungai, tasik dan laut. Kempen dilaksanakan melalui media massa, slogan menerusi usahasama agensi kerajaan – swasta – NGO dan masyarakat setempat secara bersepadu.

Page 14: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (a)Bagaimanakah aktiviti manusia telah mengganggu keseimbangan kitaran hidrologi? [13]

Pembalakan dan penyahutanan• Pemusnahan hutan secara besar-besaran

menyebabkan proses transpirasi (pepeluhan) tumbuhan berkurangan dan ini mempengaruhi kelembapan udara sekitar.

• Udara menjadi kering yang akan menggangu pula proses pemelowapan dan hujan.

• Selain itu ia akan mengurangkan proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah semakin berkurangan. Kesimpulannya kitar hidrologi kekurangan air akibat aktiviti pemusnahan tumbuhan semulajadi ini.

Page 15: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (a)Bagaimanakah aktiviti manusia telah mengganggu keseimbangan kitaran hidrologi? [13]

Aktiviti pembandaran• Pembandaran melibatkan aktiviti penurapan muka bumf samada

dengan tar, bitumen atau aspalt.• Akibatnya liang-liang pore tanah akan ditutup. Ini akan

menjejaskan proses susupan air hujan ke dalam tanah.• Kadar susupan yang berkurangan akan menggangu pula

system akuifer dan aliran air bawah tanah yang juga semakin berkurangan.

• Pada masa yang sama air hujan banyak mengalir di permukaan sebagai larian air permukaan.

• Lebihan air permukaan ini membolehkan imbangan hidrologi positif berlaku sehingga boleh mewujudkan fenomena banjir seperti banjir

Page 16: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (a)Bagaimanakah aktiviti manusia telah mengganggu keseimbangan kitaran hidrologi? [13]

Pembinaan empangan seperti empangan kuasa hidro elektrik• Aktiviti ini boleh menggangu dan membantu kitar

hidrologi.• Daripada segi gangguan ia akan mengurangkan kadar

larian air permukaan kerana kawasan‑kawaan cerun bukit telah ditenggelami air menjadi sebuah tasik buatan yang besar.

• Daripada segi membantu pula ia akan menambahkan kadar sejatan dari permukaan tasik yang telah terbentuk.

Page 17: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (a)Bagaimanakah aktiviti manusia telah mengganggu keseimbangan kitaran hidrologi? [13]

Aktiviti perindustrian• Perindustrian banyak membebaskan bahan pencemar ke udara

yang mampu bertindak sebagai nukleus higroskopik. Semakin tinggi kadar pencemaran beret semakin banyak nukleus ini wujud.

• Nukleus higroskopik ini mampu bertindak menyerap wap-wap air dalam proses pemelowapan untuk turun bersama-samanya sebagai hujan asid.

• Dengan itu di kawasan industry hujan mungkin lebih kerap berlaku. Ini menyebabkan input air kepada kitar hidrologi telah bertambah.

• Daripada segi kualiti kitar hidrotogi di kawasan perindustrian pula adalah tidak bersih kerana air hujannya tercemar dengan hujan asid.

Page 18: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah perundangan• Menguatkuasakan akta kualiti alam sekeliling 1974 dan

akta parit Berta saliran.• Agensi pelaksana seperti JAS dan JPS – memantau dan

mengawal Bella kawasan sungai dan kawasan tadahan.• Pengawasan kawasan tadahan air dan sungaidaripada

dicerobohi secara haram dan juga dicemari.• Perlaksanaan hukuman seperti denda/ kompaun dan

penjara.

Page 19: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah bukan perundangan (amalan pengurusan)• Pemeliharaan dan Pemuliharaan kawasan hutan simpan untuk

dijadikan sebagai kawasan tadahan air yang kekal.• Mewartakan kawasan hutan simpan kekal sebagai rezab

negara.• Memajukan sumber air bawah tanah. Penggunaan air bawah

tanah amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenalpasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagehkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan JBA

• Mengawal pencemaran terhadap sumber air sumber air khususnya sungai.

Page 20: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah bukan perundangan (amalan pengurusan)• Merawat semula air yang telah tercemar –

menggunakan teknologi reverse osmosis (RO) dan menjalankan proses kitar semula air– contoh projek new water oleh singapura

• Penyahgaraman/ penyulingan air laut.• Memperbaiki semula sistem pengurusan dan pengagehan

air. Program penggantian paip-paip lama haruslah dipercepatkan agar pembaziran air akibat keb000ran paip tidak dibiarkan begitu sahaja.

Page 21: SISTEM HIDROLOGI DAN MANUSIA

2 (b) Cadangkan langkah yang boleh diambil untuk menjamin sumber air di Malaysia sentiasa bersih dan berterusan. [12]

Langkah bukan perundangan (Kempen kesedaran danpendidikan alam sekitar)• Gotong royong - Aktiviti pembersihan sumber air yang

telah tercemar seperti membersihkan sungai dan tasik.• Kempen penjimatan sumber air.• Pendidikan alam sekitar – menanam kesedaran

kepentingan sumber marin melalui matapelajaran Geografi.