kaitan sistem hidrologi dengan manusia

23
BAB 9 : Kaitan Sistem Hidrologi Dengan Manusia 9.1 Air dan manusia 9.2 Gangguan Imbangan Air Kumpulan 6 ( 6AE)

Upload: malin-manni

Post on 16-Jan-2017

244 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

BAB 9 : Kaitan Sistem Hidrologi Dengan Manusia

9.1 Air dan manusia

9.2 Gangguan Imbangan Air

Kumpulan 6 ( 6AE)

Page 2: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Huang He Sungai Indus

Sungai Nil

Tamadun manusia sangat berkait rapat dengan kewujudan sumber air yang berhampiran. Contoh tamadun besar manusia seperti di China ( Huang He ), India ( Sungai Indus ) dan Mesir ( Sungai Nil ) adalah berpusat di pinggir pantai ataupun di tebing sungai yang berfungsi sebagai medium pengangkutan, sumber protein serta lokasi yang strategik bagi pertahanan dan navigasi.

Page 3: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Babylon , IraqMakkah, Arab Saudi

Malahan kewujudan bandar-bandar utama yang terletak jauh di pedalaman juga disebabkan adanya sumber air. Contohnya, bandar Babylon di Iraq dan Makkah di Arab Saudi berkembang dan popular disebabkan wujudnya sumber airbawah tanah atau oasis yang membekalkan air untuk keadaan kontang di padang pasir.

Page 4: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Kajian saintifik mengenai air, iaitu dari segi perilaku, proses dan kesannya kepada manusia telah membawa kepada pengkajian hidrologi. Era moden pengkajian hidrologi yang bermula pada tahun 1950-an menyaksikan perubahan besarkepada disiplin hidrologi dengan gabungan daripada pelbagai disiplin sains tulen seperti kajian klimatologi ( iklim ), kajian model matematik dan stastistik serta sains sosial seperti pengurusan dan bekalan air, ekonomi dan politik.

Page 5: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Alat seperti tolok hujan, lisimeter dan termometer adalah antara alat cerapan yang penting bagi mengukur data hidrologi.

Tolok hujan Lisimeter Termometer

Page 6: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Pada masa sekarang, ahli hidrologi tidak perlu ke stesen cerapan setiap hari dengan terciptanya kemudahan memperoleh data secara atas talian, misalnya melalui teknologi telematrik dan SCADA ( System Control and Data Acquisition ). SCADA

Melalui teknologi ini, segala data akan disalurkan kepada pengguna secara langsung sama ada melalui komputer (laman web), telefon, SMS ataupun satelit. Hal ini sangat berguna terutama pada musim banjir yang mana data aras air sungai sukar direkodkan.

Page 7: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Pada masa kini, semua data hidrologi dapat dianalisis bersama data imperik yang lain melalui integrasi Sistem Maklumat Geografi (GIS). Melalui GIS, punca pencemaran sungai dapat dikenal pasti daripada aktiviti perindustrian yang disimpan secara grafik dan boleh dimanipulasi maklumat yang berkaitan seperti jarak dari sungai, jenis industri dan sebagainya.

GIS

Page 8: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Hubungan antara manusia dengan air dapat dilihat dalam dua konteks, iaitu impak positif dan impak negatif yang saling berkaitan antara satu sama lain. 1. Hubungan positif• Manusia mengawal banjir dengan mengawal aliran air melalui pembinaan

empangan di bahagian hulu sungai.• Manusia mengeksploitasi keindahan tasik dan sungai bagi tujuan rekreasi• Manusia mengitar semula air yang telah digunakan.• Manusia menggunakan air bagi mengairi kawasan pertanian melalui

pembinaan parit dan terusan.

2. Hubungan negatif• Manusia menjalankan aktiviti penebangan hutan secara besar-besaran

yang mengganggu air larian permukaan.• Pembinaan bandar baru yang mempengaruhi imbangan air mikro• Manusia membuang dan menghasilkan badan pencemar yang

mempengaruhi sifat kimia air.• Manusia memesong, memotong dan menutup struktur lalua air semula

jadi tanpa membuat laluan alternatif.

Page 9: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Kepentingan air kepada manusia

Bekalan air domestik• Untuk memasak, membasuh dan mencuci• Jabatan Bekalan air ( kerajaan )• SYASBAS, Selangor (swasta )

Pertanian• padi sawah• Rancangan pengairan (Projek

pengairan Empangan Kemubu, Kelantan dan Empangan Muda, Kedah

• Membolehkan padi ditanam lima kali dalam masa dua tahun

Perindustrian• Sebagai pencuci untuk pelbagai

jenis industri & penyejukan enjin atau generator.

• Sektor perkilangan – untuk menjalankan proses pengeluaran.

Sumber tenaga• Membekal kuasa hidroelektrik• Contohnya, Empangan Temenggor, Empangan Kenyir dan

Empangan Bakun

Page 10: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia
Page 11: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Penyesuaian aktiviti manusia terhadap imbangan air Aktiviti manusia boleh mengganggu kitaran hidrologi dan seterusnya menjejaskan sumber air dan akan mewujudkan keadaan ketidakseimbangan, iaitu lebihan air atau kekurangan air.

1. Kegiatan pembalakan dan penyahhutanan• penebangan hutan secara besar-besaran

akan menyebabkan proses transpirasi berkurangan dan menyebabkan kelembapan udara menjadi rendah. Kelembapan udara rendah akan mengganggu proses pembentukan hujan. Proses pintasan tumbuhan, susupan dan air bawah tanah juga akan berkurangan dan mengganggu proses kitaran hidrologi.

Page 12: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

2. Sistem pengairan • pembinaan sistem pengairan di kawasan-kawasan pertanian akan menambah

badan air buatan manusia di permukaan bumi. Kadar sejatan akan bertambah dari air di permukaan empangan untuk sistem pengairan yang menyebabkan proses pemeluwapan berlaku seterusnya jumlah hujan akan bertambah.

3. Hujan tiruan • pembuatan hujan tiruan pada musim

kemarau akan membekalkan sumber air di permukaan bumi. Hujan tiruan yang turun membolehkan proses sejatan dan pemeluwapan berlaku dan seterusnya boleh mendorong kepada pembentukan awan dan hujan sebenar.

Page 13: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

4. Aktiviti penghutanan • aktiviti penghutanan seperti penanaman semula

hutan dan penghijauan kawasan sekitar akan meningkatkan proses transpirasi. Pertambahan wap air akibat proses transpirasi oleh tumbuhan hijau akan meningkatkan proses pemeluwapan dalam atmosfera dan kitaran hidrologi akan berlaku.

• Kewujudan tumbuhan akan menyebabkan berlakunya proses pintasan oleh pokok-pokok untuk membantu proses susupan air ke dalam tanah dan seterusnya mengekalkan aliran air bawah tanah.

Page 14: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

9.2 Gangguan Imbangan Air

Kemarau merupakan satu fenomena hidrologi yang mana kadar curahan hujan lebih rendah daripada rekod biasa yang dilaporkan

Jenis-jenis kemarau

Kemarau pertanian

Kemarau hidrologi

Kemarau sosioekonomi

Kemarau meteorologi

Page 15: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

1. Kemarau pertanian• Merupakan satu fenomena hidrologi yang mana kadar curahan hujan lebih

rendah daripada rekod biasa yang dilaporkan.• Diukur berdasarkan Indeks Lembapan Tanaman (CMI).• Mengukur berapa banyak lembapan yang terdapat dalam tanih di sekitar

zon akar tumbuhan.• Merupakan indeks mingguan berdasarkan purata suhu & jumlah kerpasan

mingguan.

Indeks Keadaan tanih

-3.0 dan ke bawah Kering melampau

-2.0 ke -2.9 Sangat kering

-1.0 ke -1.9 Kering luar biasa

-1.0 ke 1.0 Kering sedikit

1.0 ke 1.9 Lembap luar biasa

2.0 ke 2.9 Lembap

3.0 dan ke atas Sangat lembap

Page 16: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

2. Kemarau hidrologi• Perubahan kuantiti air bawah ( air akiufer bawah tanah semakin berkurangan )• Membawa proses recas yang berkurangan.• Ini akan menyebabkan pengurangan isi padu air sungai dan tasik dan tanah

lembap semakin kering.

3. Kemarau sosioekonomi• Berlaku apabila kemarau yang melanda memberi kesan kepada keselesaan

hidup manusia.• Antara ketidakselesaan ialah sumber air bersih dicatu dan penjanaan

hidroelektrik terganggu.

4. Kemarau meteorologi• Berlaku apabila kadar penyejatan & transpirasi bertambah• Kadar infiltrasi, kadar air larian, kadar recas air bawah tanah berkurang.

Page 17: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

• Banjir adalah limpahan atau luahan air sungai yang ekstrem disebabkan oleh kenaikan aras sungai utama dan cawangannya.

• Magnitud banjir boleh diramal berdasarkan suatu siri maksimum banjir dengan nilai m=1 sebagai nilai yang tertinggi sekali, m=2 kedua tertinggi dan seterusnya menggunakan rumus mudah Gringorten dimana :

Tr = n + 0.12 m- 0.44 ………………..( 1 )

Yang mana m= taraf kejadian ( banjir maksimum ) n = bilangan kejadian ( banjir maksimum )

Page 18: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

1. Banjir kilata) Punca : Kekurangan permukaan telap air d bandar. Sistem saliran yang tidak cekap. Kekurangan litupan tumbuhan di bandar menyebabkan proses infiltrasi tidak

dapat berlaku

b) Langkah : Memperbaik sistem perparitan dengan melebarkan, mendalamkan dan

membersihkan parit dan longkang yang dibina di kawasan bandar. Menambah kawasan hijau supaya ia bertindak sebagai pintasan air hujan &

seterusnya dapat melambatkan larian air permukaan daripada melimpah. Mengambil tindakan perundangan. Menjalankan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

c) Kesan : Sistem pengangkutan akan tergendala, berlaku kesesakan lalu lintas dan kemalangan. Mengganggu kegiatan perindustrian kerana kerosakan peralatan dalam kilang. Menjejaskan aktiviti pertanian dan penternakan. Menjejaskan aktiviti perniagaan.

Page 19: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

2. Banjir monsun atau musiman• Selalunya disebabkan kadar kuantiti hujan yang tinggi dan berlarutan kesan

pembentukan awam hujan dan angin.• Disebabkan perubahan dua musim yang membawa hujan lebat( bahagian

pantai barat Semenanjung Malaysia )• Intensiti hujan yang tinggi, lembangan saliran yang diganggu oleh aktiviti

pembangunan.• Disebabkan oleh sikap masyarakat yang kurang mengambil perhatian mengenai

kesejahteraan sungai.

Page 20: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

Kawalan banjir

• Pendekatan struktur & bukan struktur

a) Langkah panjang oleh individu Meninggikan rumah , struktur binaan yang kukuh. Pengambilan insurans untuk individu dan harta.

b) Langkah jangka panjang oleh kerajaan (struktur) Pembinaan empangan, kunci air Pembinaan tebing penahan banjir Penyelenggaran sungai

c) Langkah jangka panjang oleh kerajaan ( bukan struktur) Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang Kesedaran melalui kempen semasa dan pendidikan di sekolah ( Geografi)

Page 21: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

1. Penyesuaian manusia terhadap kurangan air

a) Memajukan sumber air tanih. Menggerudi dan mengepam keluar airnya untuk disalurkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan yang sedia ada.

b) Hujan tiruan. Nukleus kondensasi untuk menarik wap air di dalam awam supaya berkumpul dan bercantum ke arahnya. Pembesaran bintik-bintik air akhirnya akan menjadi tepu dan seterusnya menghasilkan hujan.

c) Pembinaan laluan air. ini bertuuan untuk memindahkan air antara lembangan.

Page 22: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

2. Penyesuaian manusia terhadap lebihan air

a) Pembinaan empangan yang besar. Untuk menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat. Ini dapat mengawal banjir, menjana hidroelektrik dan pertanian.

b) Membina tetambak. Dibina di sepanjang tebing sungai dapat mengatasi masalah banjir di sungai-sungai utama.

c) Mengawal aktiviti penyahhutanan. Dilakukan melalui penguatkuasaan undang-undang yang harus dikenakan terutama kepada pembalak haram.

Page 23: Kaitan Sistem Hidrologi dengan Manusia

SEKIAN TERIMA KASIH