si tanggang anak derhaka

5
”SI TANGGANG ANAK DERHAKA” “Hei… Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku! Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini….” ” Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!” Para hadirin sekalian, Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah ” Si Tanggang Anak Derhaka” yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.Selamat pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru dan rakan-rakan sekalian Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah... ” Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...”

Upload: sahdent

Post on 20-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

")

TRANSCRIPT

SI TANGGANG ANAK DERHAKA

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Para hadirin sekalian,Begitulah kesombongan dan keangkuhan Si Tanggang terhadap ibunya dalam kisah Si Tanggang Anak Derhaka yang akan saya ceritakan pada pagi yang berbahagia ini.Selamat pagi, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia kepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, barisan guru-guru dan rakan-rakan sekalian

Pada zaman dahulu kala, di sebuah kampung yang terpencil terdapat sebuah keluarga yang miskin. Dalam keluarga tersebut tinggal Mak Umpit dan anak tunggalnya yang bernama Si Tanggang. Kehidupan mereka sehari-harian, bak kata pepetah kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang.

Pada suatu hari, Si Tanggang berkata kepada ibunya yang sedang menyapu di halaman rumah...

Ibu, kehidupan kita ini sangat miskin. Tanggang rasa eloklah Tangggang pergi merantau di negeri orang mencari kekayaan. Nanti... Tanggang akan dirikan mahligai yang indah dan akan Tanggang kalungkan intan permata pada tubuh ibu...

Alangkah terkejutnya Mak Umpit apabila mendengar hasrat anak kesayangannya itu.Apa???Kau nak tinggalkan ibu...? Ibu sudah tua Tanggang... kasihanilah ibu... jangan tinggalkan ibu, Tanggang...

Segala rintihan dan rayuan Mak Umpit tidak diendahkan oleh anaknya Si Tanggang.. Keesokan harinya, keluarlah Si Tanggang meningggalkan ibunya yang tua di kampung sendirian.

Setelah sekian lama berada di negeri orang, dengan berkat kerajinan Si Tanggang, beliau telah berjaya menjadi Datuk Nakhoda. Kini, Si Tanggang sudah menjadi kaya raya dan telah berkahwin dengan seorang puteri raja yang cantik jelita. Akibat daripada kemewahan dunia yang dimiliki Si Tanggang, kini ... beliau telah lupa kepada ibunya yang tua dan miskin di kampung.

Pada suatu hari, isteri Si Tanggang telah ikut serta bersama Si Tanggang dan anak-anak kapal belayar untuk berdagang. Dalam pelayaran tersebut akhirnya kapal Si Tanggang telah berlabuh di pantai berhampiran kampung kelahirannya dahulu. Berita kedatangan kapal Si Tanggang telah diketahui oleh orang-orang kampung... Ibu Si Tanggang sangat gembira dengan berita kepulangan anak kesayangannya itu. Tanpa berlengah lagi, Mak Umpit terus pergi berjumpa Si Tanggang dengan mendayung sampan menuju ke kapal Si Tanggang untuk berjumpa anak kesayangannya itu.

Oh, Tanggang anakku! Tidakkah engkau kenal lagi ibumu ini? Rindunya rasa hati ibu semenjak kepemergianmu nak...

Si Tanggang terkejut dengan kedatangan perempuan tua itu. Dia berasa malu kepada isterinya untuk mengaku perempuan yang tua dan kotor itu ibu kandungnya.Lalu Si Tanggang pun menghalau ibunya yang tua itu dari kapalnya.

Hei Perempuan tua, jangan engkau pandai-pandai mengaku dirimu itu ibuku!Ibuku tidak sekotor ini. Aku anak orang kaya. Lebih baik kau berambus dari sini.

Pengawal, halau perempuan tua ini, hamba benci melihatnya!

Kerana terlalu kecewa, Mak Umpit menangis terhiba-hiba apabila dimaki dan dihalau oleh anak kandungnya sendiri. Lalu dia pun mendayung semula sampannya ke pantai. Setibanya Mak Umpit di pantai, dia terus menadah tangan ke langit dan berseru lepada Tuhan;

Oh, Tuhanku! Kalau benar Si Tanggang itu adalah anakku yang kususui dari kecil dan yang kudidik dari sebesar dua tapak jari ini, tujukkanlah balasan Mu ke atas anak yang durhaka!!!

Tidak semena-mena satu ribut yang Amat kuat telah Turun. Kilat dan guruh memecah langit telah datang dengan tiba-tiba. Terdengarlah suara anak kapal riuh rendah di dalam bahtera. Dalam riuh rendah itu, terdengarlah suara Si Tanggang melaung..... Ibu.... ibu.... ibu...ampunkan dosa Tanggang bu....Tanggang ini anak ibu........ ibu ampunkan Tanggang bu.....Ampunkan Tanggang bu.... ampunkan Tanggang bu.....

Bahtera Si Tanggang semakin karam, pekik dan lolong orang-orang di dalamnya semakin hilang...... akhirnya..... Tanggang, isteri dan anak-anak kapalnya menjadi batu akibat daripada penghinaan dan penderhakaan Si Tanggang terhadap ibunya....

Para hadirin sekelian;

Pengajaran yang dapat kita perolehi dalam cerita tadi ialah:1. Kita perlulah sentiasa menghormati ibu dan bapa yang telah melahirkan, mendidik dan menyayangi kita sejak kecil. 2. Kita sepatutnya menghargai jasa kedua ibu bapa dengan memberikan kasih sayang dan menjaga mereka apabila mereka sudah tua.

Terang bulan di malam sepi,Cahaya memancar ke pohon kelapa,Hidup di dunia buatlah bakti,Kepada kedua ibu dan bapa.

Sekian, terima kasih.