senaraikan 4 teori pembelajaran aliran behaviorisme

3
Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme. a. Teori Pelaziman Klasik Pavlov b. Teori Pelaziman Klasik Watson c. Teori Pelaziman Operan Skinner d. Teori Pelaziman Operan Thorndike (2 Markah) 2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike. a. Hukum Kesediaan b. Hukum Latihan c. Hukum Kesan (3 Markah) 3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme . Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ia juga fokus kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. (3 Markah) 4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan. a. Peneguhan Positif= Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi. b. Peneguhan Negatif= Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan kebiasaannya tingkah laku tersebut tidak diulangi. c. Dendaan = Sesuatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. (6 Markah) 5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman

Upload: mei-jiun-chong

Post on 22-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senaraikan 4 Teori Pembelajaran Aliran Behaviorisme

Senaraikan 4 teori pembelajaran aliran Behaviorisme.a. Teori Pelaziman Klasik Pavlovb. Teori Pelaziman Klasik Watsonc. Teori Pelaziman Operan Skinnerd. Teori Pelaziman Operan Thorndike (2 Markah)

2. Nyatakan 3 hukum yang dikemukakan oleh Thorndike.a. Hukum Kesediaan            b. Hukum Latihan              c. Hukum Kesan(3 Markah)

3. Terangkan tentang Teori Pembelajaran Behaviorisme. Teori ini menjelaskan bahawa pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku yang berlaku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ia juga fokus kepada aspek tingkah laku manusia yang boleh diperhatikan dan boleh diukur. (3 Markah)

4. Peneguhan dan dendaan merupakan antara teori yang digunakan dalam Teori Pelaziman Operan Skinner. Peneguhan pula boleh dibahagikan kepada peneguhan positif, negatif dan dendaan. Nyatakan konsep-konsep peneguhan negatif, peneguhan positif dan dendaan.a. Peneguhan Positif= Memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan ditunjukkan menyebabkan perlakuan itu diulang sekali lagi.b. Peneguhan Negatif= Rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan kebiasaannya tingkah laku tersebut tidak diulangi.c. Dendaan = Sesuatu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. (6 Markah)

5. Jelaskan konsep generalisasi di dalam Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Generalisasi merupakan satu rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Contohnya Sheila risau setiap kali ujian Matematik dan Sains diadakan kerana kedua-dua mata pelajaran telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain. Generalisasi di sini berlaku apabila kerisauan dalam satu mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. (4 Markah)

6. Senaraikan 4 langkah proses peniruan.a. Pemerhatian: Memerhati terhadap sesuatu subjek yang ingin ditiru.b. Penyimpanan: Perlakuan yang tidak dilahirkan tetapi tersimpan di dalam minda pelajar.

Page 2: Senaraikan 4 Teori Pembelajaran Aliran Behaviorisme

c. Pengeluaran: Tingkah laku yang ditiru dan dipersembahkan.d. Motivasi: Tingkah laku yang dipersembahkan menerima dorongan dan motivasi daripada orang lain, maka peniruan akan diulangi. (4 Markah)

7. Gagne telah mengemukakan satu taksonomi kebolehan pembelajaran yang terdiri daripada lima kategori. Berikan 4 peringkat pembelajaran sahaja yang dinyatakan oleh Gagne itu.a. Kemahiran intelek: Operasi mental yang membolehkan murid-murid member respon kepada pelbagai konsepsi mereka berhubung dengan persekitaran di mana mereka berada.b. Strategi Kognitif: Perancangan, kawalan dan pemantauan pemikiran oleh murid-murid.c. Maklumat verbal:Mendapatkan semula maklumat yang disimpan dan keadaan dalaman yang menyokong termasuk pengetahuan sedia ada dan strategi untuk memproses maklumat baru.d. Kemahiran Motor: Kebolehan untuk melakukan pergerakan mengikut urutan. Ia melibatkan 3 tahap iaitu belajar urutan yang berkenaan, amalkan pergerakan tersebut dan murnikan pergerakan berasaskan maklum balas daripada persekitaran.e. Sikap: satu keadaan dalaman atau semulajadi yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang. (8 Markah)

8. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Klasik Pavlov.a. Setiap rangsangan akan menimbulkan gerak balas.b. Pembelajaran berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas.c. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran.d. Pembelajaran yang berlaku akibat  perkaitan antara dua rangsangan dipanggil pelaziman. (4 Markah)

9. Jelaskan 4 prinsip asas Teori Pelaziman Operan Skinner.a. Ia berasaskan rangsangan dan gerak balas.b. Individu bertindakbalas terhadap persekitaran dan boleh mengubah persekitarannya.c. Mementingkan motivasi.d. Jika sesuatu tingkah laku diingini, perlu diiringi peneguhan. (4 Markah)

10. Nyatakan perbezaan antara Pelaziman Klasik dengan Pelaziman Operan.