sejarah-tg4-bab-5-dan-bab-6

Upload: ckg-rmy

Post on 14-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    1/20

    SEJARAH TG4 - BAB 5

    BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

    Perjanjian Aqabah Pertama dan Kedua

    Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam.

    1. Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.2. Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani Qunaiqa' dan Bani Nadhir.3. Golongan Nasrani.

    Terangkan peristiwa yang membawa kepada Perjajian Aqabah pertama antara Nabi Muhammad s.a.w.

    dengan penduduk Madinah.

    1. Beberapa orang suku Khazraj dari Madinah menemui Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah dankemudian memeluk Islam.

    2. Sekembalinya ke Madinah, mereka telah menyebarkan Islam dikalangan masyarakat Madinahyang lain.

    3. Pada musim haji berikutnya, 621 M., sekumpulan suku Aus dan Khazraj telah mengunjungi NabiMuhammad s.a.w. sekali lagi.

    4. Menerusi pertemuan di Aqabah terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. denganorang Arab Madinah.

    Jelaskan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.

    PerjanjianAqabah Pertama

    1. Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul.2. Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.3. Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi

    perempuan.

    PerjanjianAqabah Kedua

    1. Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam.2. Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad s.a.w..3. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam di Makkah berhijrah

    ke Madinah.

    4. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal.5. Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam Makkah.6. Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.

    Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimenterai antara Nabi

    Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah?

    1. Menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari kota Makkah ke kotaMadinah.

    2. Islam dapat disebarkan secara aman di Madinah.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    2/20

    B. Hijrah

    Apakah yang dimaksudkan dengan Hijrah dalam konteks Islam?

    1. Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah untuk memperkukuhkankedudukan Islam.

    2. Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam.3. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan.4. Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara,

    berfikir, dan tingkahlaku.

    Bilakah berlaku penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah?

    1. Pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.Nyatakan empat hujah menolak pendapat Barat menyatakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah

    ke Madinah sebagai pelarian.

    1. Jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah kedua.2. Ketibaan orang Islam Makkah telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang Madinah.3. Orang Islam Makkah telah diberi tempat tinggal serta dijamin keselamatan.4. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin Madinah dan diterima oleh oleh semua

    golongan masyarakat Madinah.

    Huraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Makkah ke Madinah?

    1. Perintah Allah menerusi wahyu.2. Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w.3. Penentangan dan ancaman kaum Quraisy Makkah semakin meningkat.4. Merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam.5. Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.6. Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik dan sentiasa

    bertelagah antara suku Aus dan Khazraj

    7. Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w.untuk mengetuai mereka.

    Mengapakah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah dianggap penting dalam sejarah

    perkembangan Islam?

    1. Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung lagi.2. Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering bersengketa khususnya suku Aus dan Khazraj,

    melalui semangat persaudaraan sesama Islam.

    3. Menjalinkan hubungan persaudaraan sehinggakan orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidakberasa asing dengan orang Islam Madinah.

    4. Menyatukan golongan ini yang sebelumnya mempunyai perbezaan dari segi kedudukanekonomi dan sosial.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    3/20

    5. Memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinahmanakala orang Islam Madinah digelar Ansar.

    6. Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripacla pelbagai suku, budaya dan agamaserta melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.

    7. Membina sebuah lagi masjid, iaitu Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat danbelajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.

    8. Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam yang mula digunakan pada zaman pemerintahanKhalifah Umar bin al- Khattab.

    9. Menukar nama Yathrib kepada Madinah A-Munawwarah atau kota bercahaya sebagai pusatTamadun Islam.

    10.Agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dansosial.

    11.Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong, menerima orang Islam Makkahsebagai saudara.

    12.Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, Abu Bakar al-Siddiq bin Abu Talib dan Abdul Rahman bin Auf.

    13.Memperlihatkan wanita menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya, Asma'menghantar makanan dan menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi

    Muhammad s.a.w.

    14.Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggupberkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.

    15.Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan dengantidak terus berangkat ke Madinah sebaliknya bersembunyi di Gua Thur.

    16.Merancang penubuhan sebuah negara Islam Madinah dengan merangka sebuah perlembagaanuntuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.

    C. Piagam Madinah

    Apakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah?

    1. Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w.,berpandukan wahyu Allah.

    2. Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepadasebuah negara yang berdaulat.

    3. Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam danmasyarakat bukan Islam merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.

    4. Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya, serta dirangkaberasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.

    Jelaskan kandungan Perlembagaan Madinah.

    1. Mengandungi 47 fasal. 23 fasal membincangkan hubungan di kalangan orang Islam dantanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    4/20

    2. Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orangYahudi terhadap negara Madinah.

    3. Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pernimpin bagi kerajaan Madinahyang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.

    4. Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapioleh masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan.

    5. Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing dan menghormati agama yangdianuti oleh individu yang lain dan tidak memaksa mereka memeluk Islam.

    6. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangandengan Islam.

    7. Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup bersatu padu, tolong-menolong, danbekerjasama tanpa mengira bangsa untuk menjaga keharmonian negara.

    8. Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh.9. Peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan sekiranya tidak

    bercanggah dengan Islam.

    10.Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan ekonomi negara.11.Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.12.Amalan riba dan penindasan dalam kegiatan perniagaan dilarang.13.Mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman

    musuh luar.

    14.Keselamatan bukan Islam dan orang Yahudi terjamin, mereka mempunyai hak yang samadengan masyarakat yang lain selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.

    Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan masyarakat yang adil.

    1. Merupakan model kerajaan Islam sebagai panduan pemerintahan negara.2. Kerajaan Islam boleti diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.3. Undang-undang Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah negara, yang terdiri daripada

    berbilang bangsa dan agama.

    4. Piagam ini mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan yang berkaitandengan dunia dan akhirat.

    5. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan.6. Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah digalakkan.7. Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan dan ketelusan dalam, perniagaan. Ekonomi

    kerajaan Islam di Madinah telah meningkat.

    8. Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah, semangat ukhuwah Islamiah iaitukedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial dipraktikkan bagi membolehkan masyarakat

    hidup bersatu padu dan aman.

    9. Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat. Menekankan persamaan hak danpersaudaraan Islam serta semangat perpaduan, bantu-membantu, dan rela berkorban.

    10.Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan sempurna kepada masyarakat Madinahdaripada pelbagai keturunan, budaya dan agama.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    5/20

    11.Menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelummembentuk kerajaan.

    12.Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melelakkan Allah sebagaikuasa yang tertinggi.

    13.Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan dan perlu mematuhinya.

    14.Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luaruntuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani oleh negara luar.

    D. Penyebaran Islam di Madinah

    Bagaimanakah Nabi Muhammmad s.a.w. menyebarkan agama Islam di Madinah?

    1. Menghantar perutusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah sekitarSemenanjung Tanah Arab.

    2. Menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik dalam menyebarkan Islam.3. Menyeru untuk memeluk Islam melalui warkah sepertimana Nabi Muhammad s.a.w.

    menghantar warkah kepada Maharaja Rom Timur.

    4. Mewujudkan persefahaman dengan wilayah-wilayah luar.Senaraikan peperangan mengikut urutan antara orang Islam di Madinah dengan puak Quraisy Makkah.

    1. Perang Badar pada tahun 624M./2H.2. Perang Uhud pada tahun 625M./3H.3. Perang Khandak pada tahun 627M./5H.4. Perang Tabuk pada tahun 630M./8H.

    Apakah prinsip-prinsip peperangan mengikut ajaran Islam?

    1. Peperangan dibenarkan bertujuan untuk mempertahankan agama, maruah diri dan negara.2. Boleh dilakukan dengan keizinan Allah, iaitu setelah wahyu diturunkan oleh Allah.3. Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh.4. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terpelihara.5. Peperangan dalam Islam adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.6. Orang Islam harus memilih perdamaian, seandainya musuh Islam inginkan perdamaian.7. Tentera Islam yang berjuang di medan peperangan dilarang membunuh orang yang lemah

    seperti orang tua, kanak-kanak, wanita yang sakit dan orang yang menyerah diri.

    8. Tidak dibenarkan memusnahkan tumbuh-tumbuhan, tanaman dan binatang ternakan.9. Dilarang merobohkan tempat ibadat musuh.10.Tawanan wanita dan kanak-kanak perlu dibebaskan sementara tawanan lelaki diberikan syarat

    untuk membebaskan diri mereka.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    6/20

    E. Perjanjian Hudaibiyah

    Bilakah termeterai perjanjian Hudaibiyah?

    1. Pada tahun 628 M bersamaan 6 HijrahApakah peristiwa-peristiwa penting yang membawa kepada termeterai Perjanjian Hudaibiyah?

    1. Orang Islam bercadang menziarahi kota Makkah.2. Hasrat murni orang Islam ini dipersetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang juga ingin

    mengerjakan umrah.

    3. Orang Islam Madinah telah disekat oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah, keranamerasakan maruah mereka tercabar dan bimbang dengan kekuatan orang Islam.

    4. Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan ke Makkah untuk menerangkan tujuansebenar kedatangan mereka.

    5. Orang Islam mendengar khabar angin tentang kematian Uthman telah berikrar dan bersumpahsetia "Baiah al-Ridwan".

    6. Orang Quraisy menemui Nabi dan baginda menghantar Suhail bin Amru untuk berunding,setelah kata sepakat dicapai, termeterailah Perjanjian Hudaibiyah.

    Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan ke Makkah?

    1. Menerangkan tujuan sebenar kedatangan orang Islam ke Makkah iaitu untuk mengerjakanumrah.

    Apakah faktor-faktor Nabi Muhammad s.a.w. memilih Uthman bin Affan ke Makkah untuk berunding

    sekatan ke atas orang Islam di Hudaibiyah?

    1. Uthman mempunyai ramai saudara mara di Makkah.2. Sahabat nabi yang matang dan tua berbanding sahabat lain.3. Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur.

    Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah?

    1. Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.2. Kabilah Arab lain bebas memihak samada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy

    Makkah.

    3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perludipulangkan.

    4. Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkansemula.

    5. Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya iaitu 7 Hijrah.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    7/20

    Jelaskan kepentingan Perjanjian Hudaibiyah ke atas penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    1. Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya, iaitu pada, tahun 629 M.2. Memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah.3. Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.4. Membolehkan Nabi Muhammad s.a.w. merangka program dakwah Islamiah ke seluruh

    Semenanjung Tanah Arab secara aman.

    5. Bilangan penganut Islam bertambah kerana Suku Arab bebas menganut sebarang agama tanpahalangan.

    6. Isi perjanjian ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi dari segijangka panjang Islam memperoleh keuntungan dengan pengislaman tokoh panglima Arab

    Quraisy Khalid bin al-Walid, Amru bin al-As dan Uthman bin Talhah.

    7. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumikerana memeterai perjanjian secara menyeluruh, terperinci dan berwawasan.

    8. Persetujuan orang Arab Quraisy menandatangani perjanjian ini menunjukkan pengiktirafankerajaan Islam di Madinah.

    9. Menjadi perintis ke arah pembukaan semula kota Makkah.F. Pembukaan Semula Kota Makkah

    Namakan empat tokoh yang mengetuai pasukan tentera Nabi Muhammad s.a.w. menyerang kota

    Makkah?

    1. Khalid bin al-Walid2. Abu Ubaidah bin al-Jarrah3. Saad bin Ubadah4. Zubair bin al-Awwam

    Terangkan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.

    1. PihakArab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.2. Pihak Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama.3. Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza'ah yang berpihak kepada Islam.4. Merupakan strategi jangka panjang penyebaran Islam jika Islam Makkah dapat dikuasai,

    kedudukan kerajaan Islam di Madinah menjadi mantap.

    Mengapakah kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?

    1. Pengislaman al-Abbas dan Abu Sufian memudahkan orang Islam memasuki Makkah.2. Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada mereka yang terkepung semasa

    pembukaan kota Makkah.

    3. Bilangan tentera Islam yang ramai sebanyak 10 000 orang.4. Nabi Muhammad s.a.w. membahagikan tentera kepada empat pasukan.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    8/20

    5. Menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan, iaitu dari arah utara, selatan,barat, dan barat daya.

    6. Tentera Islam memiliki semangat ketakwaan dan keyakinan yang tinggi.Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.

    1. Kaabah terpelihara daripada penyembahan berhala yang menjadi amalan masyarakat ArabJahiliah.

    2. Kota Makkah dijadikan sebagai kota suci umat Islam.3. Kota Makkah menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji.4. Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.5. Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah

    kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.

    6. Pembukaan semula kota Makkah ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam keseluruh Tanah Arab secara aman.

    7. Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah.8. Makkah dijadikan wilayah Islam dengan melantik wakil untuk menjalankan pemerintahan Islam.

    Apakah amanat Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya sebelum baginda wafat?

    1. al-Quran2. Sunnah atau Hadis

    BAB 6 PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN SUMBANGANNYA

    A. Zaman Khalifah al-Rasyidin

    Apakah yang dimaksudkan dengan Khalifah?

    1. Khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan danpentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

    2. Dari sudut agama bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam danmengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

    Senaraikan empat pemimpin Khulafa al-Rasyidin?

    1. SaidinaAbu Bakar al-Siddiq, keturunan Bani Tamin.2. SaidinaUmar bin al-Khattab, keturunan BaniAdi.3. Saidina Uthman binAffan,keturLinan Bani Umaiyah4. Saidina Ali binAbu Talib, keturunan Bani Hashim

    Nyatakan syarat-syarat untuk dilantik sebagai Khalifah.

    1. Lelaki yang merdeka, beragama Islam dan memiliki pengetahuan agama.2. Mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan perintah Allah, warak dan memiliki akhlak

    yang baik.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    9/20

    3. Mempunyai tubuh badan yang sihat, cerdas berfikir, adil dan pandai mentadbir kerajaan.Apakah kaedah yang digunakan untuk pemilihan Khalifah al-Rasyidin?

    1. Melalui musyawarah atau syura, semasa perlantikan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah yangpertama.

    2. Melalui cadangan satu nama sahaja semasa pelantikan Saidina Umar yang telah diusulkan olehSaidina Abu Bakar sebelum kewafatannya.

    3. Melalui pemilihan semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan daripada sejumlah enam namayang diusulkan.

    4. Melalui pencalonan semasa perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib oleh sekelompok majoritimasyarakat.

    Apakah yang dimaksudkan baiah?

    1. Perakuan sumpah taat setia oleh seseorang yang dilantik sebagai khalifah.Apakah tugas seorang Khalifah dalam memerintah negara?

    1. Memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut hukum syariah yangberpandukan al-Quran dan sunnah.

    2. Menitikberatkan sistem politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antarakeperluan rohani dengan jasmani.

    3. Bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran Negara4. Mempertahankan negara Islam daripada ancaman musuh5. Bertanggungjawab melantik atau melucutkan jawatan pegawai pentadbir negara.6. Bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera

    di dunia dan di akhirat.

    7. Bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui NabiMuhammad s.a.w.

    8. Mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura.9. Memantapkan sistem perundangan Islam.10.Bertanggungjawab menguruskan hat ehwal kewangan dan perbendaharaan negara dan

    baitulmal.

    11.Mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.Apakah sumbangan Saidina Abu Bakar al-Siddiq semasa menjadi Khalifah al-Rasyidin yang pertama?

    1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan NabiMuhamad s.a.w.

    2. Memerangi dan menghapuskan golongan al-Riddab iaitu golongan nabi palsu, golongan yangenggan membayar zakat dan golongan murtad.

    3. Mempertahankan Madinah daripada ancaman kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan RomTimur di sebelah barat.

    4. Menghantar Khalid al-Walid menentang tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan,kedua-dua ekspedisi ini mencapai kejayaan.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    10/20

    5. Membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah dan melantik seorang amir untukmentadbir.

    6. Memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang.7. Memperkenalkan undang-undang tanah.8. Memberi hak yang sama kepada golongan mawali seperti orang Islam Arab.9. Mengumpulkan semula tulisan al-Quran kerana kematian ramai hafiz sewaktu menentang

    golongan al-Riddah dengan memerintahkan Zaid bin Thabit menyalinnya semula.

    Jelaskan pembaharuan yang dilakukan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab dalam pemerintahannya.

    1. Memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai.2. Menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golongan Muhajirin dan Ansar.3. Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah.4. Melantik wali atau gabenor sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.5. Menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, Jabatan

    Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara.

    6. Setiap jabatan diketuai oleh katib atau setiausaha.7. Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk mengelakkan salah laku hakim

    dengan memberi gaji bulanan yang tinggi (500 dirham).

    8. Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasanmasjid.

    9. Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan.10.Memperkenalkan kalendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai permulaan pengiraan

    tahun menurut Islam.

    11.Menyusun sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela.12.Tentera tetap diberikan gaji dan pakaian seragam.13.Membina markas tentera di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah,

    Kufah, Fustat dan Basrah.

    14.Membina terusan dan tali air untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan AbuMusa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin di Mesir.

    15.Menggalakkan rakyat meneroka tanah dan mengusahakan tanah terbiar untuk pertanian.16.Memperkenalkan pelbagai jenis cukai, seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi, kharaj

    dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah.

    17.Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara.18.Mewujudkan sistem pentadbiran tanah di wilayah yang ditakluki dengan memperkenalkan

    tanah bertuan dan tidak bertuan.

    19.Membina markas tentera di bandar-bandar utama untuk tujuan keselamatan.Jelaskan pembaharuan Khalifah Uthman bin Affan dalam pemerintahannya.

    1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli.2. Mengukuhkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang dianggap

    sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    11/20

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    12/20

    Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang pentadbiran dan perundangan.

    1. Sistem perlantikan khalifah sebagai ketua pemerintah bagi menggantikan Nabi Muhammads.a.w.

    2. Sistem wazarah, pelantikan wazir untuk mengetuai sistem pantadbiran negara di bahagiankerajaan pusat.

    3. Gabenor mengetuai pentadbiran wilayah.4. Sistem urus setia

    membahagikan urusan pentadbiran kepada beberapa bahagian, iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman serta pegawai

    pengurusan.

    5. Sistem hijabah seseorang pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah, mengawal keselamatan khalifah dan pemegang amanah.

    6. Penubuhan empat buah jabatan, iaitu Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am, dan Jabatan Urusan

    Cap Mohor Pemerintah untuk melicinkan pentadbiran.

    7. Sistem ketenteraan telah diperkemaskan dengan menubuhkan Diwanul Jundi (JabatanKetenteraan) iaitu angkatan tentera darat dan tentera laut.

    8. Hakim mengenakan hukuman berdasarkan ijtihad dengan berpandukan al-Quran, sunah atauijmak dalam sistem perundangan.

    9. Hakim tidak boleh mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-manaaliran politik pemerintah.

    10.Seseorang hakim mestilah adil dalam penghakimannya tanpa mengira pengaruh atau latarbelakang orang diadili.

    Jelaskan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah pada tahap pertama dalam bidang sosial.

    1. Basrah telah dikenali sebagai pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.2. Melahirkan ilmuan seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi (ahli

    nahu Arab) serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Abi Rabia'h dan Jamil al-Uzri.

    3. Bahasa Arab mencapai kemuncaknya apabila dijadikan sebagai bahasa rasmi negara.4. Memperkenalkan tanda bunyi atau baris pada tulisan al-Quran.5. Melahirkan tokoh ilmu agama semasa era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz, seperti Urwah bin al-

    Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri (hadis), Ibn Jarih (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil

    ibn Ata (usuluddin).6. Pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh Khalifah al-Walid bin Abdul Malik untuk

    meningkatkan taraf kesihatan.

    7. Khalifah Umar ibn Abdul Aziz membina hospital penyakit kusta.8. Ibn at-Nafis membetulkan kesilapan Galen berhubung sistem pengedaran darah.9. Beliau menghasilkan buku kajian umum profesion kedoktoran.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    13/20

    10.Beliau adalah seorang pakar bedah yang menghasilkan buku tentang teknik pembedahan danrawatan selepas pembedahan.

    11.Perkembangan ilmu dalam bidang kimia.12.Perkembangan ilmu dalam bidang astronomi.13.Buku rujukan untuk pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.

    Huraikan sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam bidang sosial dan ekonomi di Andalusia?

    Bidang Sosial

    1. Pembinaan pusat pengajian tinggi di Cordova yang diasaskan oleh Abdul Rahman III.2. Pembinaan perpustakaan yang diasaskan oleh al-Hakam II.3. Semasa pemerintahan kedua-dua orang tokoh ini, telah wujud 17 buah pusat pengajian serta 70

    buah perpustakaan di Andalusia.

    4. Pusat keilmuan ini berkembang di Seville, Toledo dan Granada.5. Pembinaan sebuah pusat penterjernahan untuk mentedemahkan karya tokoh Yunani ke bahasa

    Arab di Toledo peluang kepada orang Arab untuk mempelajari pelbagai ilmu.

    6. Cordova dianggap sebagai pusat kegemilangan ilmu dan menjadi jambatan pengetahuan antaradunia Islam dengan Eropah.

    7. Orang Islam dapat menimba ilmu daripada karya Eropah melalui terjemahan yang dihasilkanbegitu juga dengan orang Eropah.

    8. Kegemilangan seni bina Islam begitu terserlah pada zaman ini seperti yang dapat dilihat padabinaan Masjid Cordova.

    9. Seni bina masjid yang indah mempunyai menara, kubah beralaskan kayu berukir dan tiang yangdiperbuat daripada marmar.

    10.Pada waktu malamnya pula masjid ini dapat diterangkan dengan 4700 buah lampu danmemerlukan 11 tan minyak setahun untuk tujuan tersebut.

    Bidang Ekonomi

    1. Menubuhkan baitulmal untuk mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkanpendapatan dan perbelanjaan negara.

    2. Memperolehi sumber pendapatan daripada kharaj, jizyah, zakat, usyur. dan ghanimah.3. Cordova, selain menjadi pusat ilmu, juga menjadi pusat kegiatan ekonomi dan perdagangan

    antarabangsa.

    4. Kemajuan perusahaan pembuatan barangan tembikar.5. Perkembangan dalam perusahaan perhiasan daripada perak dan emas.6. Perkembangan dalam kegiatan memproses kulit dan membuat senjata.7. Sektor pertanian mencapai kemajuan dengan membina sistem saliran untuk menyuburkan dan

    memajukan tanah pertanian.

    8. Melakukan penyelidikan untuk mendapatkan benih yang berkualiti supaya hasil pertanian dapatdipertingkatkan.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    14/20

    C. Zaman Bani Abbasiyah

    Siapakah pengasas kerajaan Bani Abbasiyah?

    Abu Abbas As Safah

    Senaraikan empat khalifah yang terkenal dalam pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.

    1. Abu Abbas a]-Saffah2. AbuJaafaral-Mansur3. Hurun al-Rasyid4. Abdullah al-Makmun

    Terangkan sebab-sebab kejatuhan Kerajaan Bani Umaiyah kepada Kerajaan Bani Abbasiyah.

    1. Orang Islam yang bukan keturunan Arab (golongan mawali) seperti bangsa Parsi dan Barbarmengganggap mereka telah didiskriminasikan.

    2. Mereka tidak senang hati kerana tidak mendapat jawatan yang dianggap layak.3. Mereka j4. uga dikenakan cukai yang lebih tinggi daripada kadar yang dikenakan kepada orang Arab Islam.5. Golongan mawali ini menyokong dan menyertai gerakan Abbasiyah menentang pemerintahan

    Bani Umaiyah.

    6. Para khalifah telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap rakyat.7. Khalifah Umaiyah mengabaikan ajaran Islam yang membangkitkan kemarahan rakyat.8. Pemilihan khalifah mengikut sistem warisan yang diamalkan oleh Bani Umaiyah terns ditentang

    oleh golongan Syiah dan Khawarij.

    9. Ali bin Abdullah meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.)untuk mendapat sokongan rakyat menentang Kerajaan Umaiyah.

    Bagaimanakah kerajaan Abbasiyah ditubuhkan?

    1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau Revolusi Abbasiyahberjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.

    2. Gerakan ini ditaja oleh Ali bin Abdullah bergerak secara sulit, dan secara terbuka dari zamanKhalifah Umar Abdul Aziz.

    3. Mereka meneruskan kempen atas nama Ahlul Bait (keluarga Nabi Muhammad s.a.w.) untukmendapat sokongan rakyat.

    4. Mereka telah menjadikan Khurasan, Kufah, dan Humaimah sebagai pusat operasi menentangKerajaan Umaiyah.

    5. Gerakan ini diperkukuh oleh Abu Salamah al-Khallal yang mengetuai gerakan di Kufah dan AbuMuslim al-Khurasani yang menjadi ketua di Khurasan.

    Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan.

    1. Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu semasa pemerintahanKhalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah al-Makmun.

    2. Menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    15/20

    3. Menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam bahasaArab.

    4. Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap, pertama, mencatat idea, kedua, mengumpulidea yang serupa ke dalam sebuah buku, ketiga, mengarang ke dalam bahagian dan bab.

    5. Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisandalam bidang fikah, tafsir, dan sejarah.

    6. Melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq, Abu Hanifah, Imam Abu Hanifah, ImamMalik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal.

    7. Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.8. Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab

    dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas.

    9. Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan ketikaEropah dilanda Zaman Gelap.

    10.Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikanmembolehkan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.

    11.Penterjemahkan kajian sarjana Islam dalam bahasa asing telah menyebabkan berlakuRenaissance di Eropah.

    4. Kerajaan Turki Uthmaniyah

    Bagaimanakah Kerajaan Turki Uthmaniyah terbentuk?

    1. Bermula sebagai salah sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia.2. Pemerintahan Anatolia bebas daripada pengaruh Saljuk dalam urusan pemerintahan dan

    pentadbiran.

    3. Pengasas kerajaan ini, iaitu Uthman bin Ertughrul menguasai kerajaan lain dan akhimyamembentuk kerajaan Uthmaniyah.

    4. Uthman berjaya menumpaskan tentera Byzantine menyebabkan ramai ghazi serta pemimpinmasyarakat bersatu dalam memperluaskan kawasan penaklukannya.

    5. Uthman mula menakluki kawasan sekitar Anatolia dan kernudiannya menjadikan bandar Bursasebagai ibu negeri.

    Apakah yang difahamkan dengan semangat Ghazi?

    1. Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam.Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?

    1. Kumpulan tentera elit yang terlatih dalam ketenteraan yang diberi latihan fizikal danketenteraan terutamanya selok belok, taktik dan teknik peperangan sejak dari kanak-kanak.

    Jelaskan Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah.

    1. Mampu bertahan hingga 600 tahun dengan menakluki sebahagian Eropah.2. Sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia apabila Sultan Selim I berjaya menguasai

    Makkah.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    16/20

    3. Memperkenalkan sistem perundangan yang mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama semasa

    pemerintahan Suleiman I

    dikenali sebagai Kanun Suleiman.4. Memperkenalkan jawatan seperti Kadi dan Mufti telah dijadikan sebagai sebahagian daripada

    organisasi pentadbiran agama Islam.

    5. Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua ulama untuk mengeluarkan fatwaberkaitan agama dan sains undangundang digunakan hingga ke hari ini.

    6. Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat sertaantara dunia Islam dengan dunia bukan Islam.

    7. Menguasai pelabuhan membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.8. Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada

    mobiliti sosial dalam masyarakat Eropah.

    9. Berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan danpenterjemahan.

    10.Memperkembangkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera,maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.

    11.Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisanensiklopedia.

    12.Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah.13.Sumbangan dalam seni bina masjid.

    Terangkan faktor-faktor menyebabkan kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah menyebarkan Islam di

    Eropah.

    1. Pegangan akidah yang kukuh.2. Memiliki akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.3. Mempunyai semangat ghazi, iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar berkorban jiwa

    demi penyebaran agama Islam.

    4. Sistem ketenteraan yang tersusun serta penggunaan peralatan senjata moden sepertipenggunaan meriam besar.

    5. Mempunyai tentera darat yang kuat seperti tentera berkuda dan kumpulan infantri.6. Mempunyai angkatan tentera taut dengan terdapat 300 buah kapal mengawal keselamatan di

    Laut Meditteranean.

    7. Mempunyai kumpulan Janissari, iaitu kumpulan elit yang sangat terlatih dalam selok-belokpeperangan.

    8. Keadaan politik yang tidak stabil di Eropah, akibat daripada pertelingkahan dan peperangan dikalangan kerajaan-kerajaan kecil memudahkan perluasan Islam di Eropah.

    9. Kejatuhan kerajaan Byzantine memberikan laluan kepada penyebaran Islam di kalanganmasyarakat Balkan.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    17/20

    10.Penyalahgunaan kuasa, pergaduhan para pemimpinnya, serta kekurangan kewangan institusigereja menyebabkan ramai penganut agama Kristian memeluk Islam.

    11.Kerajaan Uthmaniyah telah menjalankan dasar berteraskan diplomasi dan toleransi.12.Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk memeluk Islam.13.Dasar sosial Islam berasaskan kecemerlangan individu dan bukannya keturunan membolehkan

    setiap individu mendapat imbuhan hasil daripada usahanya.

    14.Kerajaan Uthmaniyah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan demikemudahan rakyat.

    15.Penghijrahan orang Turki termasuk pendakwah ke kawasan Balkan menyebabkan penyebaranIslam di Eropah berjaya.

    16.Pengajaran ahli kumpulan Sufi yang banyak menekankan toleransi dan asimilasi dalam ajaranmereka telah menarik ramai orang Kristian untuk memeluk Islam.

    E. Pertembungan Tamadun Islam Dengan Tamadun Lain

    Senaraikan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

    1. Rom

    2. Parsi

    3. Eropah

    4. China

    5. India

    Senaraikan cara pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

    1. Melalui perdagangan dan perniagaan.2. Melalui hubungan diplomatik.3. Melalui penaklukan dan ketenteraan.4. Melalui kebudayaan5. Melalui intelektual.

    Bagaimanakah tamadun Islam bertembung dengan tamadun lain dunia?

    Melalui perdagangan dan perniagaan

    1. Nabi Muhammad s.a.w.ketika berniaga ke Syam telah melihat tamadun Rom.2. Perdagangan jarak jauh di kawasan penguasaan Islam seperti Teluk Parsi, laut Merah dan timur

    Mediterranean menyebabkan berlaku pertembungan dengan tamadun Parsi dan Rom.

    3. Pada akhir abad ketujuh Masihi orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton,membolehkan tamadun Islam bertembung dengan tamadun China.

    Melalui hubungan diplomatik

    1. Kerajaan Bani Umaiyah, menghantar kumpulan peneroka ke utara Selat Gibraltar di selatanSepanyol

    2. Kumpulan mereka menjalinkan hubungan diplomatik dengan orang bukan Islam seperti diCordova, Valencia dan Rhonda.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    18/20

    Melalui penaklukan dan ketenteraan

    1. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, Amr ibn al-As telah menakluki Mesir tamadun Islam telahbertembung dengan tamadun Yunani-Rom.

    2. Perluasan kawasan kerajaan Islam ke Baghda3. d pula telah menyebabkan berlakunya pertembungan antara tamadun Parsi dengan tamadun

    Islam.

    4. Kerajaan Bani Umaiyah yang berjaya menakluki Qayrawan di Utara Afrika dan tiba di pantaiSepanyol meyebabkan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun Eropah.

    5. Apabila tentera Islam menguasai kawasan Iraq dan Iran, tamadun Islam telah bertembungdengan tamadun Parsi.

    Melalui Kebudayaan

    1. Kemasukan Islam ke Sepanyol telah membawa kemunculan kebudayaan baru oleh golonganMozarab

    2. iaitu orang tempatan yang beragama Kristian tetapi mengamalkan kebudayaan Islam danberbahasa Arab.

    Melalui intelektual

    1. Penyebaran Islam di Eropah menyebabkan para intelek Islam berjaya mendalami keilmuantamadun Eropah,

    2. memperkembangkan keilmuan tersebut menurut pandangan intelektual Islam.Nyatakan kesan pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.

    1. Islam mengubah sistem kehidupan panganutnya dan juga mereka yang di bawah taklukannyamembawa satu nilai akidah kepercayaan kepada Allah s.w.t.

    2. Islam menyediakan sistem perundangannya yang berdasarkan al-Quran dan hadis untukdijadikan panduan dan pedoman para penganutnya.

    3. Islam yang berasaskan akidah dan syariah ini mudah diterima kerana bersifat sarwajagat dantidak terbatas kepada bangsa dan kawasan geografi menghomati budaya setempat.

    4. Pertembungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia menyebabkan perluasankawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.

    5. Melahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam seperti kerajaanDelhi Mughal di India.

    6. Mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat walaupun mempunyai perbezaan dari segiinstitusi dan organisasi seperti ketika pemerintahan Kerajaan Islam Umaiyah, Abbasiyah dan

    Uthmaniyah.

    7. Terdapat persamaan dari segi amalan politik dalam dunia Islam berasaskan akidah dan syariahwalaupun sistem pemerintahannya berbeza.

    8. Perluasan kuasa dan wilayah yang luas oleh kerajaan-kerajaan Islam membolehkan orang Islammenguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    19/20

    9. Pemerintahan Kerajaan Islam telah memastikan keselamatan terhadap laluan perdagangan dikawasan naungannya kerana memiliki armada laut yang kuat.

    10.Perkembangan Islam di Eropah turut mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial dibandar dan kawasan sekitarnya.

    11.Menerusi pendidikan kurikulum yang memberikan penekanan kepada pendidikan berbentukagama, sains, matematik dan teknologi.

    12.Orang bukan islam di Sepanyol telah mengamalkan cara hidup orang Islam melahirkan golonganmudejar.

    13.Cendekiawan Islam dan bukan Islam dapat bertukar pendapat dalam menghasilkanpengumpulan maklumat dan teks penulisan.

    14.Cendekiawan Islam dapat menterjemahkan hasil karya penulis Greek seperti Aristotle, Galendan Hipocrates.

    15.Penubuhan perpustakaan, iaitu baitulhikmah membolehkan proses penterjemahan hasil karyatamadun bukan Islam telah menghasilkan satu budaya keilmuan dan intelektual yang sangat

    tinggi.

    16.Bahan penulisan dari tamadun lain disimpan dan dikaji oleh orang Islam.17.Menghasilkan sata budaya keilmuan di kalangan orang Islam sangat tinggi kerana

    penterjemahan karya tamadun bukan Islam.

    Huraikan sumbangan Islam dalam bidang ilmu pengetahuan dan kesenian.

    Bidang Tokoh Sumbangan

    Perubatan

    Ibn SinaPeggarang buku perubatan yang digunakan

    Universiti di Eropah.

    Zakaria al Razi

    Perubatan klinikal dan menghasilkan sebuah

    ensiklopedia perubatan.

    Penterjernah karya Galen ahli perubatan Greek.

    al-Zahrawi Arif dalam kajian perubatan dan farmasi.

    Ibn al-NafisPakar bedah dengan membicara teknik

    pembedahan dan rawatan selepas pembedahan.

    MatematikAl-Kwarizmi

    al-Battani

    Karya mereka diterjemah dan digunakan oleh

    orang Eropah.

    Astronomi

    Abu Ishak al-Biruji

    al-Bitruni

    al-Kindi

    Karya mereka diterjemah ke dalam bahasa Latin

    dan menjadi rujukan ahli astronomi Barat.

    Pemikiran Politik dan

    Undang-Undang Islam

    Al-Farabi

    al-Miskawayh

    al-Mawardi

    Menghasilkan yang memberi kesan mendalam

    kepada pemikiran politik orang Islam dan dunia

    Barat.

    Falsafah dan Mantiq Ibn-RushdIdea falsafah dan mantiq menjadi rujukan dan

    membawa kepada Zaman Renaissance di Eropah.

  • 7/27/2019 SEJARAH-TG4-BAB-5-DAN-BAB-6

    20/20

    Ibn Sina

    al-Kindi

    al-Razi

    Ibn-Farabi

    Ibn al-Arabi

    Imam Ghazali

    Mereka ini memberi kesan mendalam terhadap

    perkembangan pemikiran usuluddin, falsafah

    sains, pemikiran kritis dan agama.

    Kesusasteraan

    Omar KhayyamPenulis puisi dan novel yang diterjemahkan

    oleh Barat.

    Al-Jahiz Terkenal dengan kitab al-Bayan

    Jalal ad-Din Rumi Penghasilan puisi ketuhanan.

    Rabiah al-AdawiyahPenghasilan puisi bertemakan ketuhanan dan

    hubungan manusia dengan tuhan.

    Pelayaran

    Ibn Battuta

    AI -Mascudi

    Ibn FadhIan

    Catatan pelayaran menjadi rujukan sejarawan

    hari ini. Mengembara ke China, Parsi, India dan

    Afrika Timur.

    Seni Ukir dan Seni Bina

    Pembinaan Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid

    Sultan Ahmad di Istanbul (Masjid Biru), Istana

    Alhambra di Granada.

    Seni Khat Arab

    Terdapat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid

    Sultan Ahmad di Istanbul (Masjid Biru), Istana

    Alhambra di Granada.