sejarah sekolah kebangsaan dato demang hussin

10
5/28/2018 SejarahSekolahKebangsaanDatoDemangHussin-slidepdf.com http://slidepdf.com/reader/full/sejarah-sekolah-kebangsaan-dato-demang-hussin 1/1 SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN DATO DEMANG HUSSIN Sekolah Kebangsaan Bukit Katil adalah nama asal SK Dato’ Demang Hussin. Bermula dengan bagunan kayu dengan dua bilik darjah terletak di hadapan lokasi sekarang dengan keluasan 3.8 ekar. Pada 5 Julai 1924, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina di loksi sekarang dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan bin Maaji. Bangunan ini telah dicerobohkan pada tahun 1998 kerana sudah tidak selamat digunakan. Pada 18 November 1968, bagunan kedua dibina. Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah, 2 buah tandas dan 2 buah stor. Pada tahun yang sama sebuah bilik darjah diubahsuai menjadi kelas pendidikan prasekolah yang baru. Pada Januari 1975, sebuah padang seluas seluas dua ekar telah dibina di atas lot 397. Nama Sekolah Kebangsaan Bukit Katil telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin pda 18 Januari 1983 sempena nama penghulu kampung ini dan juga Guru Besar dan LPS pertama sekolah sekolah ini. Pada 1997, bagunan keempat telah dibina melalui konsep gotong royong. Terdiri daripada 3 buah bilik darjah. Pada tahun 1992 sebuah kelas telah diubahsuai untuk pembukaan kelas pendidikan kelas pendidikan prasekolah. Pada 1998 bangunan ini telah dirobohkan bagi membina bangunan empat tingkat yang ada sekarang (Blok  A). Pada 1998 bangunan kelima siap dibina. Bangunan ini dibina bagi menampung pertambahan murid yang semakin ramai. Bangunan empat tingkat ini terdiri daripada 14 bilik darjah, sebuah tandas murid, dua buah tandas guru, dua buah bilik ultiliti d an kantin yang terletak diaras bawah. Sebuah surau bagi memudahkan amali fardhu ain telah dipersiapkan pada Ogos 1998 melalui dana yang dikumpulkan oleh PIBG. Pada tahun 2006 surau ini teah diperbesarkan dan boleh menampung murid seramai 200 orang. Kos pembinaan disumbangkan oleh kerajaan negeri Melaka, Ibubapa dan orang ramai melalui Jamuan Makan Malam Amal yang diadakan pada 13 Mei 2006. Pada Ogos 2007 bangunan makmal komputer dua tingkat telah siap dibina di padang sekolah. Makmal komputer ini akan digunakan mulai Januari 2009.

Upload: ariff-daud

Post on 19-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin

TRANSCRIPT

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN DATO DEMANG HUSSIN Sekolah Kebangsaan Bukit Katil adalah nama asal SK Dato Demang Hussin. Bermula dengan bagunan kayu dengan dua bilik darjah terletak di hadapan lokasi sekarang dengan keluasan 3.8 ekar. Pada 5 Julai 1924, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina di loksi sekarang dan nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan bin Maaji. Bangunan ini telah dicerobohkan pada tahun 1998 kerana sudah tidak selamat digunakan.Pada 18 November 1968, bagunan kedua dibina. Bangunan ini terdiri daripada 4 buah bilik darjah, pejabat sekolah, 2 buah tandas dan 2 buah stor. Pada tahun yang sama sebuah bilik darjah diubahsuai menjadi kelas pendidikan prasekolah yang baru.Pada Januari 1975, sebuah padang seluas seluas dua ekar telah dibina di atas lot 397. Nama Sekolah Kebangsaan Bukit Katil telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin pda 18 Januari 1983 sempena nama penghulu kampung ini dan juga Guru Besar dan LPS pertama sekolah sekolah ini.Pada 1997, bagunan keempat telah dibina melalui konsep gotong royong. Terdiri daripada 3 buah bilik darjah. Pada tahun 1992 sebuah kelas telah diubahsuai untuk pembukaan kelas pendidikan kelas pendidikan prasekolah. Pada 1998 bangunan ini telah dirobohkan bagi membina bangunan empat tingkat yang ada sekarang (Blok A).Pada 1998 bangunan kelima siap dibina. Bangunan ini dibina bagi menampung pertambahan murid yang semakin ramai. Bangunan empat tingkat ini terdiri daripada 14 bilik darjah, sebuah tandas murid, dua buah tandas guru, dua buah bilik ultiliti d an kantin yang terletak diaras bawah. Sebuah surau bagi memudahkan amali fardhu ain telah dipersiapkan pada Ogos 1998 melalui dana yang dikumpulkan oleh PIBG. Pada tahun 2006 surau ini teah diperbesarkan dan boleh menampung murid seramai 200 orang. Kos pembinaan disumbangkan oleh kerajaan negeri Melaka, Ibubapa dan orang ramai melalui Jamuan Makan Malam Amal yang diadakan pada 13 Mei 2006. Pada Ogos 2007 bangunan makmal komputer dua tingkat telah siap dibina di padang sekolah. Makmal komputer ini akan digunakan mulai Januari 2009.

Pada Disember 2007, sebuah bagunan untuk pendidikan prasekolah telah siap dibina. Program pendidikan khas ini khusus bagi murid bermasalah pembelajaran akan dibuka untuk pengajaran dan pembelajaran mulai 2009.Pertambahan murid pada pertengahan tahun 2009 kerana projek kerajaan negeri Melaka membina perkampungan untuk rakyat termiskin negeri Melaka di Taman Syurgaku menyebabkan terbinanya satu lagi bangunan tambahan (bangunan sementara). Bangunan ini dibina bagi menampung pertambahan bilangan biik darjah. Bangunan ini terdiri daripada empat buah bilik darjah dan terletak di atas padang sekolah. Bangunan ini juga teah dirobohkan pada Disember 2012 kerana bagunan ini telah dikatakan tidak selamat digunakan.

VISISekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin menjadi sekolah unggul penjana generasi terbilang.

MISIMemberi pendidikan menyeluruh dan adil kepada semua murid-murid melalui budaya kerja cemerlang dan semangat kerja berpasukan bag melahirkan modal insan cemerlang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

FALSAFAH SEKOLAHMurid sekolah ini mempunyai potensi dan intelektual untuk dikembangkan, oleh itu kamu sebagai guru akan melakukan yang terbaik agar mereka menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan Negara.

MATLAMAT

Meningkatkan kecermelangan akademik murid-murid Meningkatkan pencapaian murid dalam ko-kurikulum Meningkatkan sahsiah murid Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran Mengembangkan potensi sumber manusia Meningkatkan kemudahan fizikal dan persekitaran Mengukuhan hubungan sekolah dengan ibu bapa komuniti.

OBJEKTIF

Memberi peluang kepada semua murid untuk mengembangkan potensi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum. Meningkatkan mutu disiplin dan budaya kerja yang positif dalam kalangan guru Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan ilmu khususnya yang berkenaan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Mewujudkan iklim sekolah yang harmoni,muhibbah dan ceria. Mencapai kejayaan cemerlang dlam setiap pertandingan yang disertai.

LOGO SEKOLAH

MOTO : ILMU NILAI HIDUP merupakan pedoman dan pegangan kepada murid-murid menjadi insane yang berilmu agar kehidupan kita lebih bernilai. LENCANA : Lencana ini diwarnai oleh empat warna iaitu kuning,merah,putih dan Hitam.Kuning : Melambangkan matlamat dan hasrat sekolah serta masyarakat kearah kecermelangan.Merah : Melambangkan kekuatan semangat dan kegigihan guru mendidik anak bangsa menuju mercu kejayaan.Putih : Melambangkan niat suci dan murni guru-guru bagi melahirkan anak didik yang berilmu dan berakhlak muliaHitam : Melambangkan keunggulan ilmu dalam kehidupan dalam memandu kearah kejayaan. AKRONIM : SKDDH membawa makna singkatan nama sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Demang Hussin BINTANG BERPAKSIKAN OBOR : Melambangkan warga sekolah yang sentiasa cintakan ilmu khususnya dalam bidang sains dan teknologi dengan Rukunegara sebagai pegangan.

BENDERA SEKOLAH

Penerangan Bendera Sekolah Warna merah melambangkan kesungguhan dan pengorbanan pendidik dalam mendidik anak bangsa. Warna kuning melambangkan kepatuhan kepada piagam dan peraturan sekolah menjunjug aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Warna putih melambangkan kesucian dan keadilan dalam member pendidikan kepada anak bangsa.

LAGU SEKOLAHSekolah kebangsaan Dato Demang Hussin,berjasa,berjayamendidik anak-anak desa,mencapai cita-cita bangsa,

Pada guru-guruku dulu sekarang,Cergas dan dedikasiMembinbing, memimpin,kearah maju jaya

Sekolah kebangsaan Dato Demang Hussin,berjasa,berjayamendidik anak-anak desa,mencapai cita-cita bangsa,

Di bidang pelajaran juga bidang sukan,kami akan berusaha,berikrar, berjanji menjungjung namamu,

Sekolah kebangsaan Dato Demang Hussin,berjasa,berjayamendidik anak-anak desa,mencapai cita-cita bangsa,

KEMUDAHAN FIZIKAL SEKOLAH

BILJENIS KEMUDAHANJUMLAH/SAIZ

1Bilik Guru Besar1

2Bilik GPK 11

3Bilik GPK HEM 1

4Bilik GPK KOKU1

5Pejabat pentadbiran1

6Bilik Guru1

7Bilik Mesyuarat1

8Anjung Informasi/bilik tayang1

9Anjung Bestari1

10Bengkel kemahiran hidup1

11Bilik sains1

12Pusat sumber sekolah1

13Makmal komputer1

14Kelas pemulihan khas1

15Bilik bimbingan dan kaunseling1

16Pusat akses1

17Surau/Bilik J-Qaf2

18Kelas prasekolah 1

19Bilik Boss1

20Kantin1

21TandasGuru lelakiGuru perempuanMurid lelakiMurid perempuan 1223

22Bilik Darjah ikut pelan23

23Bilik darjah Ubah suai4

24Kedai Buku1

25Rumah pam1

26Tapak perhimpunan9030

27Padang 2 ekar

28Stor pekerja2

29Stor sukan1

31Tempat letak basikal1