sejarah indonesia 1700- 1945

Upload: azlan-azmi

Post on 13-Oct-2015

41 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Kuliah Sejarah Indonesia 1700- 1945

TRANSCRIPT

  • Kandungan kuliah

    Masyarakat Indonesia tradisi politik, sosial dan ekonomi

    Kedatangan Belanda dan penubuhan V.O.C

    Pentadbiran Inggeris di Jawa 1811

    Perang Jawa 1830

    Pengenalan Kultuur Stelsel

    Dasar Liberal dan Etika

    Kesan pentadbiran Belanda masyarakat peribum.

  • Keadaan politik, sosial dan ekonomi

    Terdapat banyak pulau dan terbesar Jawa, Sumetra, Sulawesi dan Kalimantan.

    Politik terdpat 1 sahaja sistem beraja iaitu Jogjakarta warisan tradisi Kerajaan Hindu Sriwijaya dan Sailendra , Mataram dan Kediri dan Majapahit (1289).

    Ugama Hindu, Buddha dan Islam dan Kristian. Indonesia negara majoriti Islam. Kerajaan Acheh merupakan kerajaan Islam yang berpengaruh di Asia Tenggara.

    Terdapat sistem beraja di masih tinggal iaitu di Jogjakarta sehingga sekarang. Pembesar bupati tuan tanah ,merupakan orang penting dalam sistem sosial di Indonesia (Jawa) yang mempunyai kuasa bagi sesuatu daerah. Diikuti wedena pegawai daerah. Golongan pentadbir tertinggi dipanggil Priyayi. Golongan kiyai merupakan guru agama yang berpengarauh di pesentren

    (sekolah ugama)

  • Ekonomi berasaskan pertanian terkenal menghasil rempah ratus terutama di Kepulauan Sulawesi dan perdagangan

  • Kedatangan Belanda 1595 -1920.

    Kolonial Belanda Menjelang abad ke 18, Belanda menguasai Pulau Jawa melalui Syarikat Hindia

    Timur VOC yg ditubuhkan pada 1602. Belanda merupakan kuasa Eropah yang berpengaruh di kepulauan Indonesia dan

    mengukuhkan kuasa melalui 3 dasar iaitu : sistem Tanaman Paksa, Dasar Liberal dan Dasar Etika.

    Sebelum kedatangan Belanda - kepulauan Indonesia, pengaruh Islam telah bertapak dengan kuat namum berubah bila kedatangan Belanda. Sebenarnya orang Belanda tidak berniat untuk datang ke timur, tetapi penutupan semua pelabuhan Portugis oleh Raja Philip kepada pedagang Belanda, telah memaksa Belanda datang ke timur.

    Belanda sebenar menghadpi ancaman lanun Inggeris dan kerajaan Sepanyol - mencari jalan ke Timur.

    Rahsia perjalanan laut bermula apabila Van Houtmen pada tahun 1549 telah mengitip jalan laut Portugis ke timur. Dengan bermodal 290.000 pound, syarikat Compagnie van Verre telah ditubuhkan dan tiga buah kapal diketuai oleh Houtman belayar ke timur. Kapal ini telah tiba ke Jawa dan kembali semula ke Belanda pada tyahun 1597.

  • Ekpedisi Belanda

    Walaupun tidak mendapat keuntungan, 10 syarikat telah ditubuhkan meghantar 65 kapal angkatan ke timur dan yang kembali 54 buah kembali.

    Pada tahun 1602 tertubuhkan sykarikat VOC , ternyata pada awalnya pedangan Belanda hanya berminat dengan perdagangan rempah .Akan tetapi cara mereka menjalankan pernigaaan memaksa mereka melibatkan diri tugas politik dan tentera. Oleh itu mereka berjaya merampas perdangan rempah di kepulauan Rempah dari Portugis

    Untuk mengekal monopoli, mereka membina kota dan benteng dan menguasai beberapa buah pulau Moluku dan menghad pengeluaran dengan tujuan mengekal harga yang tinggi di Eropah (Kahin-p.241)

    Mereka menguasai Mataram di Jawa, Acheh di Sumatra, Moluku di Pulau Sulawesi Selatan dan Ternate di Kepulauan Moluku.

  • Pada abad 17, belanda terpaksa terlibat dengan politik dan tentera walaupun tidak dipersetujui di Amterdam. Dengan ini mereka menguasai perdagangan Selat Melaka dan juga Sunda. Ini melemahkan peguasaan pedangan tempatan, malah Belanda melalui Batavia menguasai pelabuhan-pelabuhan di utara Jawa .

    Abad ke 18, memperlihatkan Belanda telah memaksa pemerintah kecil di pulau membayar upti kpd Belanda sebagaimana dibuat oleh kerajaan Mataram . Walaupun Belanda menguasai P.Jawa,

    Walaupun Belanda menguasai P.Jawa tetapi ia hanya mentadbir secara langsung sebahagian kecil aspek dan corak pememrintahan asal masih kekal. Apa yang ketara, Belanda memperkenalkan penamanan kopi dan tebu, dimana hasil dijual secara paksa kepada kerajaan . Oleh kerana keperluan tanaman ini, maka buruh Cina dibawah masuk sebagai golongan perantaraan bagi kutipan cukai dan kegiatan perdagangan.

  • Penguasaan perdagangan semakin lemah dan pegawainya terlibat dengan rasuah, akibatnya menjelang 1799, hutang ditanggung V.O.C.berjumlah 134 juta guilder. Syarikat piagam tersebut hampir lumpuh, maka kerajaan Belanda di Batavia kemudian mengambil alih . Sebenarnya pemerintahan Belanda selama 350 tahun Belanda di Indonesia sadikit sangat membawa perubahan ?.

    Apabila berlaku Perang Nepoleon 1801-1811, di Eropah, Raja Belanda William V mendapat perlindungan di England, maka Mashall Daendals merupakan penyokong kuat Perancis memerintah jajahan Belanda bagi pihak Perancis. kemudian pentadbiran Belanda diserahkan sementara waktu kepada Inggeris 1811-1816 di bawah Raffles.

  • Semasa Deandels, menyedari pentadbiran syarikat VOC terlibat dengan rasuah dan penyalahguna kuasa yang tidak diambil tindakan oleh pemerintahan sebelumnya.

    Maka Daendels membuat beberapa pembaharuan 1. mengenakan cukai tanah sebanyak 1/5 datripada pengeluaran kasar tetapi gagal dilakukan petani masih menjadi buruh kasar . Penanaman kopi dan kapas telah diperluaskan. Buruh paksa dibayar upah mereka. Menebus semula kampong 56 kampong yang dicagar kepada orang Cina , menyusun pentadbiran hutan, perkhidmatan pos dan menghapuskan cukai zaman fuedal.

  • Pentadbiran Raffles di Jawa

    Beliau telah melantik Regen menjadi kakitangan awam mentadbir wilayah mereka sendiri

    Beliau mendirikan mahkamah di Surabaya dan mahkamah tempatan yang mempunyai hakim terdiri Ragen dan Kepala wilayah

    Walaubagaimana pun beliau gagal menghapus buruh paksa kerana ketiadaan wang , tenaga buruh perlu pembinaan jalan raya seluruh pulau Jawa dan pertahanan. Perdangan tidak dapat berkembang kerana disekat oleh kapal perdangan British. Beliau kemudian diganti Van De Bosch setelah Inggeris menyerah semula P.Jawa kepada Belanda. (Furnival 88-89)

    Pentabbiran Raffles di Jawa 1811-1816

    Kedatangan Raffles bukan sebagai musuh tetapi untuk memansuhkan kuasa Perancis di pulau Jawa yang dikatakan mengambilnya secara tidak sah dan meletakknya di bawah Inggeris.

  • Memperkenalakan bahawa milik tanah adalah milik kerajaan. Ketua kampong bertanggung jawab menjaga keamana dan memungut hasil nya sebagai unit pentadbiran Ketua kampong dilantik oleh pemerintah diberi kuasa oleh penduduk kampong. Rgen tidak diberi kuasa dalam mengutip cukai. Meluaskan lagi pentadbiran dearah yang dulu diperkenal oleh Deandels Prefecture dengan Residen. Terdapat 16 residen .Mengambil semua tanah yang disewa kpd orang Cina semasa Dendels.

    Dearah diketuai oleh Regen dan dibahagi kapada bahagian dan terdiri dari beberpa kampong.

    Sistem kehakiman disusun semula dengan dengan membina Mahkamah Keadilan di setiap bandar dan pelabuhan. Peranan menyelesaikan kes kahakiman, sivil dan jenayah.

    Cukai tanah sebagai sumber pendapatan dan meperkenal cukai sewa 2/5 hasil keluaran yangboleh dibayar dengan wang tunai, cukai kepala dikena kpd bukan pertanian.

  • Pemulihan Kuasa Belanda dan Perang Dipo Negoro

    Apabila Inggeris menyerahkan semula P.Jawa kepada Belanda 1816, kedudukan kewangan Belanda adalah lemah. Tanaman wang untuk ekseport ke Eropah telah merosot. Raja Belanda ketika itu mahu tanah jajahan King William V, ingin keuntungan dari negeri tanah jajahan untuk menampong masalah kewangan dihadapi oleh negeri Belanda.

    Kemorosotan hasil kerajaan kerana kemorosotan harga kopi

  • Perang Jawa Diponogoro 1825-1830

    Merupakan satu pemberontakan menentang Belanda meletus di Pulau Jawa yang dicetus oleg golongan bangsawan dan petani kerana tidak puas hati yang mengambil alih pentadbiran dari British selepas tamat P.Napoleon di Eropah

    Pemberontakan ini dipimpin oleh Dipo Negoro putera raja Jogjarkarta. Beliau merupakan orang pertama menentang kuasa Barat di Asia Tenggara.Perang ini dianggap sebagai gerakan nasionalis awal menentang Belanda semasa pemerintahan De Bus de Gisignies.

    Faktor ekonomi.

    Ketidakpuasan ekonomi timbul pemerintahan Baron Van Der Cappellan (1819-1825) kerana tindakan beliau menghapus perjanjian penyewaan tanah atau Sistem Kontrak Sewa Tanah yang telah diamalkan sejak pentadbiran Raffles .

  • Semasa Raffles- bangsawan dibenarkan menyewa tanah mereka kpd org Cina dan org Eropah -yang dikatakan sistem penyewaan ini telah menimbul penindasan petani menjadi buruh paksa. Capellan menghapus sistem ini dengan menguatkuasa undang-undang 1824 membatalkan pergadaian, penyewaan dan pergadaian kpd orang asing.

    Capellan juga mengeluarkan perintah supaya wang pendahuluan di terima bangsawan dikembalikan semula kpd pengusaha asing. Tindakan ini menimbulkan keresahan pengusaha dan bangsawan. Tindakan ini telah mengurangkan sumber pendapatan bangsawan kesukaran untuk membayar semula wang pendahuluan habis dibelanja. Pengusaha asing kehilangan sumber pelaburan modal.

  • Perasan benci memuncak bila bangsawan paksa petani kerja lebih masa meningkatkan hasil pembayaran semula pendahuluan. Rasa tidak puas hati memuncak dearah Surakarta dan Jogjakarta. M.C. Ricklefs berpendapat Capellan punca utama tercetus perang ini,menentang Belanda

    Petani tertekan kerana kerajaan mengenakan perlbagai cukai yg tinggi antara; -cukai tanah, cukai sempadan- dari wilayah mereka ke wilayah kerajaan, -melintasi sempadan ladang Cina /kerajaan pergi ke ladang mereka pedalaman tol; cukai garam, cukai bayi dalm dukungan.

    Kemarahan petani meningkat bila pengutipan cukai diserahkan kpd org Cina dengan mengenakan cukai lebih tinggi drp ditetapkan. Orang cina berperanan meminjamkan wang menjadi org tengah dalam perniagaan menyemarak lagi kemarahan petani anti Cina.

  • Org Cina melakukan penindasan kenakan bunga yg tinggi ke atas pinjaman mereka. Pada tahun 1820 berlaku kemelesetan ekonomi-harga kopi dan tebu jatuh paling rendah sedang petani terpakas bayar cukai pelbagai yg tinggi kesan buruk kpd petani . Petani menyokong pemberontakan Dipo Negoro- mengusir Belanda dari P.Jawa.

    Faktor Politik

    Dipo Negoro putera sulung Awangku Buwono 111, yang tidak dibenarkan menaiki takta Jogjakarta. Sebalikna putera muda Djarot dilantik oleh Raffes menjadi Raja Jogjakarta. Dipo diketepikan alasan ibu bukan keturunan raja. Walaupun begitu, Raffles berjanji akan melantik Dipo selepas Djarot mangkat. Apabila Djarot mangkat, Capellan telah menlantik anmak Djarot sebagai raja (2 tahun). Dipo hanya sebagai penasihat pemerintah sehingga putera berusaha 21 tahun

  • Faktor agama

    Seorang alim bidang agama disegani masyarakat Islam.Belanda mengiktirafnya sebagai ketua agama dan penyelamat agama.

    Orang Jawa percaya kemunculan Dipo Negoro- penjelmaan Ratu Adil atau putera pembebas yang akan menyelamat rakyat Jawa penindasan Belanda

    Tersinggung apabila kerajaan Belanda merancang membina jalanraya di atas perkuburan nenek moyang di anggap suci-anggap tidakan Belanda penghinaan keluarga dan kesucian Islam

    Dipo Negoro- ia menerima wahyu perang jihad terhadap org kafir Belanda.

  • Kesan Perang Jawa

    200,00 org Jawa terkorban , org Cina dan Eropah dan tentera 15,000 dan tentera Belanda 7000 askar Indonesia terkorban.

    Kebuluran dan wabak wilayah Sukarata dan Jogjakarta dan kemusnahan kawasan pertanian.

    Kewangan Belanda bertambah buruk -20 juta guilder.Masalah kewangan memaksa Belanda menjimat perbelanjaan pentadbiran mengurang bilangan residensi

    Johannes Van De Bosch Gebenor Jeneral memperkenal Sistem Kultur -atasi masalah kewangan

    Elak pemberontakan- Belanda merampas wilayah lain melemahkan kerajaan tempatan naugan Sultan Jogjakarta seperti Banjumas, Bagelan, Madium, Kediri diambil oleh Belanda, Sultan dibayar ganti rugi.

  • Kuasa Sultan Surakarta- dikurangkan dan Pakubowono VI dibuang negeri Ambon dn putera dilantik raja boneka di bawah Belanda

    Bagi memulihkan keadaan Sistem Kontrak Sewa dihapuskan dan menarik balik beberapa jenis cukai .

  • Pengenalan Sistem Kultur 1830-1870

    Pentadbiran Belnda telah mengambil alih semula selepas perjanjian British dengan Belanda dalam konvesyen 1814 bila mana British mengembalikan semua tanah jajahan Belanda semula kepda Belanda di Batavia apabila Perancis kalah kepada British dalam Perang Waterloo 1815.

    Maka berlaku pemberontakan di Sumatra dalam Perang Padri 1821-1838, Perang Jawa Deponogoro -1825-1830, Perang Banjarmasin 1859-1863.

    Belanda cuba mengembalikan semula memulihkan kuasa di Pulau Jawa, cukai telah dikenakan dan penguasaan Yogjyakarta pada tahun 1812 telah menyebabkan penentangan Deponogoro. Peperngan ini telah mengorban seramai 20,000 orang jawa dan 8,000 orang Belanda akibat kolera dan peperangan

    Walaupun Belanda mendapat keuntungan hasil cukai tetapi Perang Padri telah menyebab Belanda kehilangan Belgium pada tahun 1830 ?

    Kesannya Belanda menghadapi kesukaran ekonomi mengaakibatkan Belanda berhutang sebanyak 30 juta guilder. Maka pada tahun 1829, Johannaes Van Bosch telah mencadangan Culture Stengel atau Sistem Kultur/ Cultuurstelsel . Belanda memperkenalkan tanaman kopi, the koko , tembakau dan getah dalam bentuk perladangan yang diushakan oleh petani dikutip oleh orang Cina dan menjual kep pasaran terbuka pedangan Eropah . Sistem ini diperkenalkan untuk meninggikan pengeluaran p.Jawa; mengawasi hasil keluaran Jawa untuk kepentingan Belanda dan secara tidak langsung memulihkan kemakmuran pedangan Belanda (Furnival: p-191)

  • Walaupun Belanda mendapat keuntungan hasil cukai tetapi Perang Padri telah menyebab Belanda kehilangan Belgium pada tahun 1830 .

    Kesannya Belanda menghadapi kesukaran ekonomi mengaakibatkan Belanda berhutang sebanyak 30 juta guilder. Maka pada tahun 1829, Johannaes Van Bosch telah mencadangan Culture Stengel atau Sistem Kultur/ Cultuurstelsel . Belanda memperkenalkan tanaman kopi, the koko , tembakau dan getah dalam bentuk perladangan yang diushakan oleh petani dikutip oleh orang Cina dan menjual kep pasaran terbuka pedangan Eropah . Sistem ini diperkenalkan untuk meninggikan pengeluaran p.Jawa; mengawasi hasil keluaran Jawa untuk kepentingan Belanda dan secara tidak langsung memulihkan kemakmuran pedangan Belanda (Furnival: p-191)

  • Dasar ini diperkenalkan sebagai untuk perverted liberalism yang telah diperkenalkan oleh Deandels dan Raffles sebelum ini. Dasar ini berasaskan kepada andaian bahawa orang Jawa berkemanpuan dan tidak dipedulikan untuk menjadikan mereka maju tanpa bantuan bimbingan Belanda mereka harus diajar dan jika mereka terbiar, mereka seharus diarah berkerja. (Serdesai.p-89)

    Orang Jawa akan meningkat taraf hidup mereka jika mereka berkerja 120 hari dalam setahun orang jawa tidak dibenar mensiakan masa tetapi menggunakan masa tersebut untuk menanam tanaman eksport dengan ini mereka belajar untuk berkerja. (Serdasai -89)

    Belanda menggunakan ketua orang jawa untuk menguatkan kuasa melaksanakan sistem .Hubungan penduduk desa dengan ketua yang dahulu atas dasar rasa hormat , berbudaya, telah bertukar kerana pematuhan orang jawa kepada ketua mereka kerana ada tekanan dari kuasa Belanda. Ulas J.F Furnival.

  • Kesan Sistem Kultur

    Belanda muncul sebagai kuasa berpengaruh di Asia Tenggara menguasai hasil rempah mengeluarkan kuinin dan rempah getah kelapa, dan kelima the, kopi dan gula

    Sistem perkapalan telah berkembang tidak lagi menggunakan pelabuhan Singapura tetapi terus ke Batavia. Ini membolehkan aktiviti ekonomi tertumpu di P.Jawa.

    Walaupun dikatakan Sistem Kultur dikatakan sebagai pengubat masalah kewangan Belanda, namum kesannya terhadap orang Jawa .

    Belanda :

    Beland telah memperolehi keuntungan dengan penjualan hasil pertanian abad berjuta-juta guilder sehingga Belanda keluar dari masalah hutang

    Pembinaan jalan perhubungan, jalan raya jalan air, jalan keretapi sehingga sistem kultur menjadi panacea kepada masalah yang dihadapi oleh Belanda

    Penanaman tebu telah bertambah dua kali ganda 1850-1885. Tanaman baru telah diperkenalkan seperti tea , cinchona flourish getah, malah minyak telah diterokai di Sumatra dan Kalimantan .Perdangan Belanda telah berkembang ke kepulauan lain dan ini menjadi Belanda telah berjaya menguasai dan mengawal wilayah dan dibawah kawalannya pada abad ke 19.

  • Dasar Belanda pada mula dalam sistem ini mengenakan cukai sebanyak 20% tetapi setahun cukai ini dinaikan kepada 33% bagi seluruh pulau Jawa.Pembayaran bukan dlam bentuk beras sebebagimana syarat aslanya tetapi bentuk buruh atau penggunaan tanah. Ini membolehkan Belanda menperohi hasil tanaman dan menjualnya ke Eropah.

    Petani jawa di tindas, susah kerana kebuluran dan wabak penyakit . Kawasan sawah padi telah diubah menjadi ladang tebu. Pengurus Belanda lebih mementingkan tanaman ekseport daripada tanaman makanan dan gagal menjaga kebajikan petani.

    Tanah sepatutnya digunakan 1/5 tetapi sebenar diekploitasi sehingga 1/3 malah kadang kala menjadi separuh. Penanaman tebu telah

  • Kesan Sistem Kultur

    Masyarakat Jawa Pada dasarnya petani Jawa dikehendaki menyerahkan sebahagian saja tanah

    untuk tanaman dan buruh tetapi dari segi praktisnya, tanah yang diserahkan digunakan secara intensif dengan menjadi petani jawa sebagai buruh paksa.

    Tanah tanah di pulau jawa telah bertukar menjadi tanah perladangan .Seorang penulis Douwes Dekker yang menulis novel Max Havelaar (1860) menyatakan sistem ini the long range effect of Cultivation System were equally insidious and are still being felt now. Pembukaan tanah tanah baru untuk perladangan dan meningkatkan permintaan intensif buru telah membawa kesan petambahan penduduk dari 3 juta kepada 5 jula pada tahun 1800. dan penduduk jawa bertambah kepada 26 juta tahun 1900.

    Clifford Geertz mengkaji tentang involusi sistem pertanian petani jawa menyatakan . Disamping memnbangunkan dan berkembang sistem ekonomi sistem ekonomi bandar dalam pasaran terbuka, pertanian petani Jawa hanya digalakkan kepada pertanian. Sebenarnya ini menwujudkan twotier kolonial ekonomi bandar berkembang manakala sebehagian besar petani diluar masih terikat dengan pertanian.. http;// indonesia history.blogsport.com-p8

  • Fahaman Liberal 1870

    Pada tahun 1870, timbul kritikan di Belanda tentang penindasan Tanaman Paksa terhadap petani Jawa.

    Tumpuan pembangunan tanaman hanya ditumpu kepada Pulau Jawa sahaja sementara pulau kurang diberi perhatian. Ini membuka kepada lahirnya perusahaan persendirian (private enterprise)

    Cadangan supaya Belanda mengadakan perubahan dasar dan sistem Culture di utarakan oleh Baron Van Hoevell meminta supaya Jawa diberi kebebasan akhbar, pelajaran, menghapuskan perhambaan, dan melindung peribumi ditindas, dan pengusaha belanda menuntut peluang ekonomi yang lebih dan mengurangkan kawalan kerajaan terhadap ekonomi Indonesia. Ini menukarkan ekonomi yang dikawal oleh kerajaan kepada pengusaha persendirian.

    Beliau menerbitkan Max Havelaar oleh Douwes Dekker menulis Multatuli yang mengkritik pihak belanda kerana tidak mengambil tahu tentang pernindasan yang dilakukan oleh ketua-regen terhadap rakyat Jawa. Buku ini telah membuka mata kepada pihak Belanda yang membayang sistyem ini baik asalkan menguntungkan Belanda. Van de Putte pula menulis Sugar Contract.

    Pada tahun 1854 State General telah meeluluskan perlembagaan kolonial menghapuskan Sistem Cukture. Kesanya pada tahun 1870, semua tanaman ekseport kecuali kopi dan tebu dikekalkan. Tebu dikecuali untuk ekseport tetapi kopi masih diteruskan sistem Culture di wilayah Preanger sehingga 1917. Ekoran itu pengusaha belanda , syarikat perdangang dibenarkan memajak tanah dan pada masa yang sama petani jawa dilindungi dari ditindas oleh ketua dari orang penyewa orang Belanda

  • Dasar Liberal

    Dasar Liberal untuk meningkatkan taraf hidup petani-petani kerana Dasar Liberal Belanda kewajipan menjaga kebajikan rakyat Indonesia. Pada yang sama kerajaan memberi peluang yang lebih luas pengusaha Belanda dan Eropah -terlibat dalam ekonomi Indonesia.

    Di bawah dasar ini, pemodal swasta menguasai pernigaan dan perladangan, Ladang telah banyak dibuka di luar P.Jawa di Sumatra, Sulawesi dan Kalimantan.

    Kesannaya walaupun tujuan baik, tetapi pengusaha tidak mengutamakan kabajikan tetapi melakukan penindasan dan eksploitasi terhadap rakyat. Kesimpulannya jika sistem Kultur pihak kerajaan menindas rakyat, sistem Liberal pihak swasta menindas rakyat. Rakyat Indonesia masih ketinggalan dalam bidang ekonomi, keran tidak mampu menyaingi golongan pemodal.

  • Dasar Etika

    Di akhir abad ke 19, berlaku kemorosotan ekonomi , perkembangan di luar pulau Jawa memerlukan perbelanjaan kerajaan. Di Belanda timbul kemarahan di Belanda yang menyatakan kebajikan penduduk peribumi semakin merosot

    Pada tahun 1901 wujud Dasar Etika , di mana kerajaan memainkan peranan dalm penyediaan rancangan kebajikan , perkhidmatan ekonokindan pendidikan. Jalan keretapi dan jalanraya telah dibina dan juga perkhidmatan perkapalan dan menambah hasil pertanian dan perikanan serta pengairan diperluaskan , kesihatan awam diperluaskan.

    Sikap pentadbiran Belanda sebagai paternalis

    Sestem di amal di desa dikekalkan dan tidak membenarkan lahir golongan tuan tanah yang baru , Pada tahun 1920 muncul golongan petani yang memiliki tanah tetapi tidak dapat berkembang kerana terhalang oleh golongan bantahan firma Belanda.

  • Dasar Etika

    Kesannya- ekonomi dan sosial rakyat dapat ditingkatkan dengan kemajuan pertanian, perlombongan, perdagangan,pelajaran dan kesihatan dan juga infrastruktur. Dengan projek pengairan- kawasan pertanian telah diperluaskan .sektor perlombongan dan perusahaan dimajukan. Sistem Pendidikan barat diperkenalkan .

    Pengenalan kapal wap pada pertengahan abad ke 19 membolehkan Belanda menguasai pedagangan di Indonesia dan menghapuskan persaingan syarikat perkepalan British di Indonesia . Belanda telah dapat menguasai seluruh Indonesia kecuali Pulau Timor Portugis dan Bangkahulu .

  • Apabila Perancis menyerang menguasai Belanda di bawah Napoleon, Raja Belanda telah memohon perlindungan British pada tahun dan

    Perjanjian itu semua tanah jajahan Belanda di timur diserahkan kepada Inggeris sementara waktu dan

  • Impikasi terhadap Indonesia

  • Implikasi: politik sosial dan ekonomi

    Politik