sejarah ashabul kahfi

Upload: zulfahmi-yahaya

Post on 18-Oct-2015

42 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ashabul kahfi

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    1/11

    SEJARAH ASHABUN KHAFISebagaimana asbabun nuzul surah al-Kahfi yang sudah disebut, Rasulullah ditanyaoleh orang-orang suruhan tokoh Quraisy perihal tiga perkara antaranya perihal Ashabul Kahfi. Rasulullah tidak dapat menjawab soalan-soalan mereka pada waktu itujuga. Beberapa hari kemudian wahyu yang mengisahkan sejarah Ashabul Kahfi diturunkan dan Rasulullah dapat menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh mereka.Ternyata, kejadian ini berulang ketika Umar bin Khathab menjadi khalifah. Pada waktu itu, beberapa pendeta Yahudi dating menemui Khalifah Umar bin Khattab lalumeraka mengemukakan beberapa pertanyaan.

    Salah seorang pendeta berkata, Tanpa mengurangkan rasa hormat saya kepada Khalifah Umar, saya dan beberapa orang kawan datang ke sini mahu bertanya hal berkaitan sejarah. Sekiranya Khalifah Umar mampu menjawab pertanyaan kami, tentu kami tidak segan2-segan mengakui agama Islam adalah agama yang lurus dan terpuji sertaMuhammad benar benar utusan Tuhan. Sebaliknya , apabila tuan tidak dapat menjawabsemua pertanyaan kami, maka agama Islam adalah agama yang batil dan Muhammad adalah nabi palsu.Khalifah Umar menjawab, Baik, sila bertanya sesuka hati kalian . Sekiranya saya mampu, pertanyaan kalian akan saya jawab dengan benar. Namun, sekiranya saya tidak dapat menjawabnya, saya akan memanggil saudara saya iaitu Ali bin Abu Talib. Dia dianggap lading ilmu.

    Salah seorang daripada pendeta yang dududk dibahagian depan berkata, Terserah kepada tuan menentukan orang yang akan menjawab pertanyaan kami ini. Kami memerlukan jawapan yang tepat. Pertama, tolong jelaskan kepada kami berkaitan induk kunciyang dapat mengunci langit. Kedua , tolong jelaskan perihal sebuah kubur yang dapat bergerak bersama penghuni didalamnya. Ketiga, berikan penjelasan kepada kami berkaitan makhluk ciptaan-Nya yang dapat memberikan peringatan kepada kaum bangsanya tetapi makhluk itu bukan manusia ataupun jin! Keempat , tolong terangkandengan sejelas-jelasnya kepada kami disini berkaitan lima jenis makhluk yang dapat hidup didunia. Tetapi makhluk-makhluk itu tidak berasal daripada kandungan ibunya. Kelima, jelaskan kepada kami perihal kicauan burung pada saat sedang berdendang dia angkasa. Keenam, apa makna ringkikan kuda? Apa makna suara katak? Apamakna kicauan burung pipit? Bagaimana Khalifah Umar yang dihormati, apakah engka

    u dapat menjawab semua pertanyaan kami ini?Khalifah Umar menundukkan kepalanya seketika. Sejenak kemudian beliau kembali mengangkat kepalanya sambil berkata, Saya tidak tahu. Saya tidak dapat menjawab semua pertanyaan kalian. Bagi saya, pengakuan ini bukan hal yang memalukan!ungkap Umar berterus terang.Para pendeta terus berdiri sambil ketawa kegirangan, sekarang kami benar-benar bersaksi agama Islam adalah agama yang batil dan Muhammad adalah seorang nabi palsu!Perkara itu tidak benar sehingga Salman al-Farisi yang hadir dalam pertemuan antara pendeta Yahudi dan Khalifah Umar segera bangkit dari tempat duduknya sambil

    berkata, Kalian tunggu sebentar!Kenapa dengan orang itu, kawan-kawan?Tanya salah seorang daripada pendeta yang masih berdiri kegirangan.Tidak tahu,kita tunggu sahaja,jawab salah seorang di antara mereka.Dia sahabatku yang bernama Salman al-Farisi. Dia mahu menemui Ali bin Abu Talib supaya beliau dapat menjawab semua pertanyaan kalian,ujar Umar bin Khattab .

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    2/11

    Baik, adakah Ali bin Abu Talib dapat menjawab semua pertanyaan yang sukar ini? Sekarang, kita tunggu sahaja,ungkap salah seorang antara mereka dengan nada sombong.Tanpa memperdulikkan mereka yang sedang melonjak kegirangan, Salman al-Farisi melangkah dengan terburu-buru menuju ke rumah Ali bin Abu Talib. Selepas betemu, Salman al-Farisi menceritakan semua kejadian yang menimpa Khalifah Umar yang dihina begitu sekali oleh para pendeta Yahudi.Ali mengajak Salman al-Farisi,Jangan membuang waktu, mari kita temui mereka.

    Selepas itu, Ali dan Salman al-Farisi berjalan dengan cepat menuju ke rumah Khalifah Umar. Ali ketika itu memakai burdah (selembar kain penutup punggung ataupunleher) peninggalan Rasulullah. Umar yang melihat Salman al-Farisi dan Ali bin Abu Talib datang terus bangun dari tempat duduknya dan memeluk Ali bin Abu Talib.Alhamdulillah, saudara datang tepat pada waktunya, ya Abal Hasan. Namun sebelum itu saya minta maaf atas kebodohan saya ini kerana tidak dapat menjawab semua pertanyaan mereka,ucap Umar bin Khattab.Tidak menjadi hal wahai amirul mukminin Khalifah Umar. Mari kita selesaikan bersama-sama,jawab Ali dengan bahasa halus dan tidak merendahkan antara satu sama lain.

    Selepas meraka berhadapan dengan para pendeta Yahudi yang sejak tadi menunggu-nunggu jawapan,Ali bin Abu Talib berkata kepada mereka, Silakan kalian bertanya perkara yang kalian inginkan. Rasulullah sudah mengajarku bermacam-macam ilmu dan setiap bidang ilmu itu mempunyai cabang-cabang ilmu!ungkap Ali dengan serius. Tetapi ada satu syarat untuk kalian.Apa syaratnya?Tanya salah seorang daripada pendeta itu.Apabila saya dapat menjawab pertanyaan yang kalian ajukan bersesuaian dengan kitab Taurat kalian, mahukah kalian memeluk agama kami dan beriman kepada ALLAH?Baik. Apabila engkau dapat menjawab semua pertanyaan daripada kami dan jawapannyasesuai dengan kitab Taurat, kami akan beriman kepada Allah dan memeluk agama Is

    lam,jawab pendeta itu.Mari kita mulakan. Sekarang, tanyakanlah satu per satu dengan jelas,pinta Ali binAbu Talib.Apakah kunci indukyang dapat mengunci pintu-pintu langit?Tanya pendeta itu.Kunci induk yang dapat mengunci pintu-pintu langit adalah perbuatan syirik. Ini kerana perbuatan syirik adalah perlakuan yang mendatangkan dosa besar. Itu dosa yang sukar diampunkan kecuali dengan bertaubat. Ingat! Dosa syirik itu dapat melenyapkan segala amal sehingga ketika orang itu mahu berbuat baik, pahalanya tidaksampai kepada Allah!jawab Ali.

    Lalu, anak kunci apakah yang dapat membuka pintu-pintu langit?Tanya pendeta itu lagi.Seperti yang sudah saya katakana tadi bertaubat. Bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat, taubat yang didahului dengan ucapan kesaksian tiada Tuhan selain Allahdan Muhammad adalah rasul Allah!jawab Ali dengan tegas.Para pendeta itu saling berpandangan sambil berkataBenar juga katanya!kemudian meraka meneruskan dengan pertanyaan lain,Terangkan kepada kami perihal kuburan yangdapat bergerak bersama penghuninya!

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    3/11

    Ali menjawab, Itu adalah kubur ikan hiu (kod) yang menelan Nabi Yunus putera Matta dalam perutnya, kemudian membawa beliau mengililingi tujuh samudera!Baik. Berikutnya , tolong jelaskan makhluk yang bukan daripada golongan manusia ataupun jin yang dapat memberikan perintah kepada bangsanya?Semut. Pada saat Nabi Sulaiman iaitu putera Nabi Daud berjalan bersama rombongannya, terdapat semut yang berkata Hai para semut, masuklah kalian semua ke dalam tempat kediaman masing-masing supaya tidak diinjak-injak oleh kaki Nabi Sulaiman dan pasukannya kerana mereka tidak sedar apabila memijak semut.

    Hebat, fikiran kau cerdas! Tetapi masih ada pertanyaan lain yang perlu kamu jawab,kata pendeta itu kepada Ali.Silakan!jawab Ali.Apakah kamu mampu menjawab pertanyaan ini? Tolong jelaskan kepada kami lima makhluk yang hidup di atas bumi namun makhluk itu tidak dilahirkan daripada kandunganibunya?Lima jenis makhluk yang hidup di permukaan bumi tanpa dilahirkan oleh ibunya ialah Adam dan Hawa, domba (kambing kibas) Nabi Ibrahim, unta Nabi Salleh dan tongkat Nabi Musa yang menjelma seekor ular. Ular yang dapat mengusir makhluk sihir ya

    ng sengaja dipanggil oleh Firaun kepada ketika itu memusuhi Nabi Musa.Ternyata selepas Ali selesai menjawab pertanyaan itu, kedua-dua pendeta it uterus berdiri dan bersaksi dengan kalimah syahadah. Namun, salah seorang daripada tiga orang pendeta itu berdiri dan berkata, Tunggu! Kalian tidak perlu bersaksi sebelum saya bertanya kepadanya satu hal lagi. Baik. Silakan bertanya perkara itu kepada saya. Saya sedia menjawabnya,kata Ali . Jelaskan kepada saya sejarah orang-orang zaman dahulu yang sudah mati selama 309 tahun kemudian dihidupkan kembali oleh Tuhan,Tanya pendeta itu.Ali menjawab , Wahai pendeta Yahudi, dengarkan baik-baik. Saya dapat menjawabnyakerana saya sudah mendapat penerangan terperinci daripada Rasulullah. Namun, sebelum itu saya bacakan ayat-ayat al-Quran dalam surah al-Kahfi yang dapat menjela

    skan sejarah itu kepada kalian.Tidak perlu. Saya sudah banyak mengetahui perihal kitab al-Quran iaitu kitab orang Islam. Sekiranya engkau memang benar-benar mengetahuinya seperti yang telah dikatakan tadi, iaitu Rasulullah menceritakan kepada engkau dengan mendalam, makaceritakanlah. Ceritakanlah nama-nama mereka, nama ayah-ayah mereka, nama kota mereka, nama raja mereka, tidak ketinggalan nama anjing mereka, nama gunug dan nama gua mereka. Jelaskan semuanya, jangan inggal sedikit dari awal sampai akhir!pinta pendeta itu sambil menahan emosi.Selepas mendengar reaksi yang demikian daripada pendeta Yahudi, Ali membetulkanposisi duduknya lalu berkata, Sejarah berkaitan kisah itu terjadi di negeri Romawi iaitu di kota yang bernama Aphesus yang ketika itu disebut Tarsus. Namun nama

    kota itu pada zaman dahulu adalah Aphesus ataupun Ephesus. Selepas Islam datang,kota itu berubah dan digantikan dengan nama Tarsus atau Tarse. Kini terletak dibawah wilayah Turki.Sejarahnya bergini,krtika penduduk negeri itu iaitu bangsa Aphesus yang sudah bernama Ephesus mempunyai seorang raja yang baik. Masyarakatnya hidup aman dan sejahtera. Namun selepas raja yang baik itu meninggal dunia, Raja Parsia yang bernama Diqyanus menyerbu negeri itu bersama pasukan yang besar dan kuat demi menguasainya. Dia seorang raja yang kafir, zalim dan bongkak. Tidak lama kemudian, akhirnya raja dan bala tenteranya Berjaya menguasai Kota Aphesus. Dengan kata lain,

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    4/11

    dia dapat merampas kota itu dan kemudian membina istana yang megah disitu.Sampai dibahagian ini, pendeta itu berdiri dan berkata, Baik. Selanjutnya, adakahengkau tahu perihal bentuk istanayang dibina oleh raja itu? Jelaskan bentuknya,serambi dan ruangan-ruangan yang ada di dalam istana itu,Bangunan istana yang dibuat atas perintahan raja itu berukuran 1x1 farsakh (satufarsakh berukuran 4.8 kilometer persegi, maka lebar istana itu lebih kurang 4.8X4.8 kilometer persegi). Tiang-tiang istana itu berjumlah 1000 buah dan semuanyadiperbuat daripada emas. Begitu juga lampu-lampu istana yang berjumlah 1000 buah, semuanya dihasilkan daripada emas. Semua lampu itu tergantung pada rantai-rant

    ai yang diperbuat daripada perak. Pada tiap-tiap malam, apinya dinyalakan dengansejenis minyak yang mengeluarkan bau harum. Disebelah timur serambi istana terdapat 100 buah lubang-lubang cahaya, demikian juga disebelah baratnya. Hal ini bertujuan supaya matahari selalu menyinari ruangan itu,terang Ali pnajng lebar kepada para pendeta.Para pendeta yang mendengarnya mengangguk-angguk sambil terus memandangnya tidakberkelip. Dalam hati, pendeta Yahudi itu berkata, Memang cerdas fikiran orang ini sehingga dapat menjelaskannya dengan begitu baik. Saya sendiri belum mengetahui samapai ke tahap itu. Tetapi orang ini dapat menjelaskan sejarah itu dengan begitu terperinci. Hebat!Ali menjelaskan selanjutnya, Raja itu membuat sebuah singgahsana daripada emas. S

    inggahsana itu berukuran 80 buah kerusi yang diperbuat daripada emas. Di situlahorang bawahan kerajaan duduk dan bermesyuarat. Di situlah orang bawahan kerajaan duduk dan bermesyuarat. Di sebelah kirinya juga disediakan 80 buah kerusi yangdiperbuat daripada emas. Di situ tempat duduk para penguasa tinggi yang lain. Raja bersemayam diatas singgahsana dengan mengenakan mahkota kebesaran diatas kepalanya.Sebentar!pendeta menghentikan penjelesan Ali. Pendeta itu bertanya, Apakah engkajuga tahu, apakah bahan buatan mahkota kebesaran raja itu?Mahkota raja itu diperbuat daripada kepingan-kepingan emas, mempunyai sembilan penyuru, dan tiap-tiap bucunya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksanabintang-bintang menerangi kegelapan malam,jelas Ali kepada pendeta itu.

    Baik. Teruskan!perintah pendeta itu.Perlu kalian ketahui, raja itu mempunyai 50 orang pelayan yang terdiri daripada anak-anak hulubalang. Semua hulubalang yang dipilih oleh raja memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Celana mereka diperbuat daripada sutera yang berwarna hijau. Mereka dihiasi dengan gelan-gelang kaki yang indah bergemerlapan. Setiap hulubalang memegang sebuah tongkat yang diperbuat daripada emas. Atas perintah raja, mereka berdiri dibelakang raja selagi raja itu duduk di atas singgahsananya.Selain hulubalang, raja juga melantik enam orang kepercayaannya sebagai menterikerajaan. Mereka terdiri daripada anak-anak cendekiawan. Semua urusan kerajaan d

    ipertanggungjawabkan kepada para menteri. Oleh itu, raja tidak membuat sebarangkeputusan yang berkaitan peraturan kerajaan tanpa berunding dengan mereka terlebih dahulu. Maka, enam orang kepercayaan raja itu selalu berada di kiri dan kananraja. Tiga orang berdiri disebelah kanan dan tiga orang lagi berdiri di sebelahkiri raja. Demikian yang dapat saya jelaskan kepada kalian,ujar Ali.Adakah engkau juga tahu nama keenam-enam orang kepercayaan raja itu?Tanya pendetaitu.Rasulullah memberitahuku nama mereka. Mereka yang berdiri di sebelah kanan raja i

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    5/11

    alah Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina. Manakala yang berdiri di sebelah kiri bernama Martelius, Casitius, dan Sidemius.Ali menyebut nama mereka satu per satu dengan tepat sehingga pendeta Yahudi terkesima dengan kecerdasan Ali.Kalian perlu tahu, ketika raja itu duduk di atas singgahsana kebesarannya, dia selalu dikerumuni oleh semua hulubalang dan para pembesar kerajaan bagi bermesyuarat.Ketika semua sudah berkumpul mengelilingi raja, kelihatan tiga orang pelayan ker

    ajaan yang membawa piala emas masuk mendekati raja. Salah seorang daripada pelayan itu membawa piala emas yang dipenuhi minyak wangi yang asli dan semerbak aromanya. Seorang lagi membawa piala perak yang juga dipenuhi minyak wangi yang menerbitkan aroma sari bunga. Pelayan yang seterusnya tidak membawa piala kebesaranmelainkan burung yang memahami isyarat. Pelayan itu mula mengeluarkan suara sebagai isyarat supaya burung itu terbang mendekati piala yang dibawa oleh kedua-duapelayan lain.Selepas pelayan itu memberi isyarat kepada burung , maka burung itu terbang danhinggap di atas piala yang berisi wangi-wangian. Burung itu mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga habis dari bunga itu dipercikkan ke semua tempat di ruangan itu.

    Apabila burung itu selesai mengibas-ngibaskan sayapnya di atas satu piala yang berisi wangi-wangian sari bunga, pelayan yang membawa burung tadi mengeluarakan suara sebagai isyarat sekali lagi. Lalu burung itu terbang dan hinggap di atas piala yang berisi wangi-wangian asli. Sama seperti ketika burung itu hingga di atas piala yang sebelumnya, burung mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga harum-haruman asli dalam piala itu habis dipercikkan. Kemudian, burung itu terbang dan hinggap di atas mahkota kebesaran raja dan melebarkan dan hinggap di atas mahkota kebersaran raja dan melebarkan kedua-dua sayapnya yang harum semerbak. Burung ituseakan-akan memberi salam kepada pegawai kerajaan dan semua yang berada di ruangan itu.Pendeta itu kemudian bertanya , Berapa lama raja itu berkuasa?

    Raja itu bertakhta di atas singgahsana kekuasaannya selama 30 tahun. Selama dia berkuasa dalam kerajaannya, dia tidak pernah diserang penyakit sama ada penyakitringan ataupun berat. Badannya sentiasa sihat. Ini yang menyebabkan raja itu tidak mahu bersyukur atas segala nikmat. Dia fikir dirinya kuat kerana tidak pernahterkena serangan sebarang penyakit seperti manusia lain. Dia menjadi raja yangsombong, derhaka dan zalim. Itu sebabnya dia sanggup mengaku sebagai Tuhan yangharus disembah. Dia berkata, Aku adalah tuhan kalian yang kalian layak disembah.Tidak ada tuhan selain aku. Orang yang tidak mahu menyembah aku pasti mendapat balasan yang pedih iaitu segera aku bunuh. Sebelum itu aku akan menyeksanya. Sebaliknya, orang yang taat menyembah aku, dia mendapat hadiah dan hidupnya menjadimulia atas kekuasaan aku.Demikian ungkapan raja zalim itu kepada rakyatnya. Diatetap disembah bagi tempoh yang lama. Demikian yang dapat saya jelaskan. Bagaimana, ada pertanyaan lagi?Tanya Ali.

    Setakat ini tiada. Silakan terus peneranganmu,ujar pendeta itu yang masih duduk tenang.Baik, saya teruskan lagi peristiwa bersejarah yang terjadi semasa kekuasaan Diqyanus, raja sesat dan zalim itu. Selang tidak lama kemudian, tepat pada hari ulangtahun Raja Diqyanus, tiba-tiba seorang hulubalang masuk dan memberitahu tenteraasing mahu mnyerbu kerajaannya. Apabila mendengar berita itu, Raja Diqyanus menjadi gusar dan bingung sehingga menyebabkan mahkota yang sedang dipakainya terjatuh ke lantai. Bukan hanya mahkotanya yang jatuh, raja turut tergelincir dan jat

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    6/11

    uh daripada singgahsananya. Kejadian ini mula membuka pemikiran pembantu setia raja yang cerdas bernama Tamlikha. Pada fikirannya tuhan tidak mungkin terjatuh ,bingung dan sedih begitu. Dia merasakan sebagai tuhan, pasti semua itu tidak menimpa Diqyanus. Dia membuat kesimpulan, Diqyanus adalah manusia seperti orang lain. Dia tahu Diqyanus juga tidur, buang air kecil dan air besar. Dia mengesahkankepada dirinya sendiri yang rupa-rupanya Diqyanus hanya mengaku dirinya Tuhan.Sambung Ali.Ali melanjutkan, Diringkaskan cerita, enam orang pembantu raja itu selalu mengadakan pertemuan tersembunyi dirumah mereka secara bergilir-gilir. Suatu hari, pertemuan bertempat di rumah Tamlikha. Sewaktu mereka sedang menikmati hidangan, tib

    a-tiba Tamlikha tidak mahu makan. Temannya bertanya,Kenapa kamu tidak mahu makan, sahabatku?Tamlikha menjawab, Fikiranku keliru dan hatiku risaukan sesuatu. Ini

    membuatkan saya tidak berselera makan dan tidak mahu minum dan juga tidak dapattidur.Pengakuan Tamlikha membuatkan temannya hairan. Temannya bertanya, Apa yang membuat hati dan fikiranmu risau?Tamlikha menjawab, Saya sedang memikirkan sesuatu. Sudah lama saya memikirkan keadaan langit dan alam sekitarnya. Siapakah yang mengangkat langit sehingga menjadi seperti atap tanpa penyangga daripada bawah. Siapakah yang mengendalikan matahari, bulan dan semua bintang? Saya yakin jawapan kepada semua pertanyaan ini bukan Diqyanus. Pasti ada penguasa yang mempunyai kekuasaan melampaui segalanya. Oleh itu wahai saudara-saudara, saya dengan tegas tidakmahu menyembah Diqyanus kerana dia bukan Tuhan yang berhak disembah. Dia tetap

    manusia seperti kita tetapi mengakui dirinya sebagai Tuhan,terang Ali mengisahkan perbincangan Tamlikha dan teman-temannya.Lalu adakah keenam-enam orang itu seterusnya memusuhi raja mereka?Tanya pendeta itu.Tidak. Mereka berenam lari meninggalkan kota ke tempat jauh bagi menghindari rajayang durjana dan zalim itu. Mereka mahu mencari Tuhan pencipta langit dan bumiini serta alam sekitarna. Namun sebelum itu, Tamlikha menjual buah kurma dan mendapat wang sebanyak tiga dirham sebagai belanja dalam perjalanan. Wang itu diselitkan oleh Tamlikha dalam saku bajunya. Kemudian mereka berangkat dengan menunggang kuda bersama-sama lima orang temannya.

    Selepas berjalan hamper tiga batu jauhnya dari kota raja, Tamlikha berhenti danberkata kepada teman-temannya, Saudara, sudah jauh kita berjalan keluar dari kawasan kota kerajaan. Saya yakin mereka pasti tidak mengerjar kita. Sekarang mari kita turun daripada kuda dan berjalan kaki.Kemudian mereka berjalan kaki sejauh tujuh farsakh (satu farsakh bersamaan 4.8 kilometer), sehingga kaki mereka bengkak dan berdarah. Mereka semua berhenti bagiberistirehat. Tidak lama kemudian, datang seorang penggembala menghampiri mereka. Mereka bertanya pada penggembala itu, Hai penggembala, kami semua kehausan. Adakah engkau dapat membantu kami yang sekarang ini sedang kehausan?Penggembala itu menjawab, Aku dapat memberikan segala yang kalian perlukan. Tetapi, sebelum itu aku ingin bertanya benarkah kalian adalah para bangsawan yang sedang berusahalari daripada kekuasaan raja itu?

    Benar. Kami semua memang bangsawan yang mahu lari daripada kekuasaannya. Ini kerana kami sudah memeluk agama lain , bukan agama mereka. Adakah engkau dapat dipercayai sekiranya kami menceritakan hal yang sebenar? Agama yang kami anuti ini melarang berbohong,Tanya Tamlikha kepada penggembala itu. Saya akan jaga rahsia kalian,jawab penggembala itu.Selepas keenam-enam orang pelarian itu mempercayai penggembala itu, Tamlikha menceritakan kejadian yang menimpa mereka dari awal sampai akhir. Kemudian penggembala itu berkata, Dalam hati saya juga percaya pengakuan kalian memang benar dan s

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    7/11

    aya patut membantu kalian. Sekarang, kalian berhenti dahulu di sini. Saya mahu mengembalikan kambing-kambing ini kepada pemiliknya. Sebentar lagi, saya akan kembali menemui kalian di sini.Memang benar, tidak lama kemudian, penggembala itu kembali menemui Tamlikha dan temannya dengan membawa anjing di belakangnya,terangAli.Ali, apakah kau tahu warna dan nama anjing itu?Tanya pendeta itu.Ali menjawab, Nabi Muhammad memberitahuku anjing itu berwarna kehitam-hitaman danbernama Qithmir. Ketika enam orang pelarian itu melihat seekor anjing, Tamlikhadan teman-temannya saling berkata, Saya khuatir anjing itu akan khianat dan mem

    bongkarkan rahsia pelarian kita!kata salah seorang daripada temannya.

    Ya, saya juga khuatir anjing itu menyebabkan raja dapat menemui kita,jawab temannya yang la

    in.Mereka meminta penggembala itu mengusir anjingnya dengan batu. Namun , selepas mereka berkata demikian, tiba-tiba anjing itu berkata-kata dengan lancar dan jelas kepada Thamlikha, Hai manusia, kenapa kalian mahu mengusirku? Padahal aku ini bersaksi tiada Tuhan selain Allah yang berhak disembah, tiada sekutu untuk Dia yang dapat menandingi kekuasaan-Nya. Izinkan saya menyertai dan menjaga kalian daripada musuh yang mahu membinasakan kalian. Dengan berbuat demikian, maka saya akan dekat kepada Allah,kata anjing itu kepada enam orang pemuda yang meraguinya.Anjing itu akhirnya dibiarkan ikut bersama mereka. Penggembala itu mendekati guayang tidak jauh dari gunung,jelas Ali kepada para pendeta yang masih begitu ber

    minat mendengarnya.Adakah kau juga tahu nama gunung dan gua itu, wahai Ali?Tanya pendeta Yahudi.Gunung itu bernama Naglus, dan nama gua itu ialah Washid, ataupun sdisebut juga dengan nama Kheram!selepas menjawab pertanyaan ppendeta itu, Ali melanjutkan ceritanya.Selepas semua sudah masuk ke dalam gua, tiba-tiba tumbuh pepohonan yang berbuah segar di hadapan gua itu dan terpancarlah mata air. Mereka makan buah-buahan danminum air yang tersedia di tempat itu. Apabila tiba waktu malam, mereka ingin beristirehat. Mereka masuk ke dalam gua kerana mencari tempat berlindung dan kemudian tidur. Begitu juga anjing yang menyertai mereka. Anjing itu mengikut masuk d

    an duduk serta berjaga-jaga dihadapan pintu gua. Allah memerintahkan malaikat pencabut nyawa mengambil nyawa mereka. Kemudian, Allah memerintahkan matahari supaya mencondongkan sinarnya ke dalam gua dari arah kiri ketika terbenam,jelas Alibin Abu Talib.Lalu, bagaimana dengan Raja Diqyanus?Tanya pendeta itu memotong penjelasan Ali bin Abu Talib.Pada saat raja bengis yang bernama Diqyanus itu mengetahui enam orang pembantu setianya sudah melarikan diri entah ke mana, dia marah. Kemudian, dia memerintahkan 80000 orang tentera berkuda mencari mereka. Dalam masa yang singkat, tentera itu Berjaya menemui mereka. Ternyata mereka sedang tidur berbaring di dalam gua.Tentera itu yakin mereka tertidur.

    Selepas mendapat laporan berkaitan keenam-enam orang pembantunya yang melarikandiri itu sedang tidur di dalam gua, Raja Diqyanus segera memerintahkan tentera dengan berkata, Aku ingin menghukum para pembangkang yang tidak patuh kepadaku dengan hukuman yang setimpal!. Cepat panggilkan tukang-tukang batu menghadapku!Tidak lama kemudian, tukang-tukang batu muncul dan segera menghadap raja. Merekadiperintahkan menutup pintu gua dengan batu-batu yang disusun rapat. Selepas para tukang batu selesai melakukannya, raja berkata pada rakyat yang berada di sekitar dan para hulubalang bawahannya, pihak pembangkang akan mendapat seksa yang

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    8/11

    sama seperti enam orang pembantu yang sudah berada di dalam gua itu. Katakanlahkepada para pembangkang yang berada di dalamgua itu, sekiranya benar mereka mempunyai Tuhan selain aku, mintalah bantuannya bagi membebaskan diri dari gua yangsudah ketutup rapat.Ada perkara yang perlu kalian tanyakan berkaitan penjelasan ini?Ali menghentikanceritanya sebentar.Tidak ada. Teruskan!pinta pendeta itu.Tahun demi tahun berlalu sehingga 309 tahun mereka tinggal di dalam gua. Allah me

    ngembalikan nyawa mereka. Pada saat matahari mula memancarkan sinar, mereka seperti baru sahaja terjaga daripada tidur. Salah seorang dia antara mereka berkata,Kami tidur terlalu nyenyak, sehingga lupa beribadah kepada Allah semalam. Mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian kita. Mari kita keluar dan pergi ke mata air. Di hadapan pintu gua ini ada mata air yang airnya jernih!Namun ketika mereka berada di luar pintu gua, didapati mata air itu sudah keringdan pepohonan yang merimbau pun sudah tidak ada. Malah, mereka tidak tahu gua itu pernah ditutup rapat dengan batu-batu. Kini, batu itu sudah runtuh. Kemudian,Allah menjadikan mereka berasa lapar. Salah seorang daripada mereka berkata, Pasti kalian juga lapar seperti yang saya rasakan. Siapa yang berani keluar dan membeli makanan untuk kita semua? Tetapi,orang itu perlu berhati-hati di dalam perjalanan.

    Saya berani keluar bagi membeli makanan. Kebetulan saya mempunyai sedikit wang hasil jualan kurma sebelum kita berangkat. Wahai penggembala, pinjamkan aku bajumudan ambillah bajuku ini, aku harus menyamar sebagai penggembala kambing,Kemudian, Tamlikha berangkat menuju ke kota bagi membeli makanan. Sepanjang perjalanan, dia berasa hairan kerana dia tidak dapat mengenali semua tempat yang dilaluinya. Selepas berada hamper pinti gerbang kota, Tamlikha melihat bendera hijau yang bertulis: Tiada Tuhan selain Allah dan Isa adalah roh Allah. Bendera berkibar di angkasa. Tamlikha berhenti. Dia tekulat-kulat sambil mengusap-usap matanya. Dia berkata, Apakah aku sedang bermimpi?Tamlikha merenung bendera itu, kemudian meneruskan perjalanannya memasuki kota. Namun, dia memang hairan dan tidak habis berfikir kerana kebanyakan orang yang ditemuinya sedang membaca kitab suci.

    Tamlikha tidak dapat mmengecam seorang pun daripada mereka.Setiba dipasar, dia menemui penjual roti yang kebetulan berada tidak jauh daripada Dia. Dia bertanya, Encik, apa nama kota ini?penjual roti itu menjawab, Aphesu.Tamlikha bertanya lagi, Siapa nama rajanya?Penjual roti menjawab, Abdurraham.ikha benar-benar bingung. Oh ya, saya mahu beli roti,Tamlikha mengeluarkan wang daripada saku bajunya dan memberikan wang itu kepada penjual roti . Penjual rotiitu terkejut kerana wang yang diberikan oleh Tamlikha itu adalah wang digunakanpada ratusan tahun yang lalu.Sebentar!potong pendeta itu.Ada apa?Tanya Ali. Pendeta Yahudi itu kemudian berdiri, lalu berkata kepada Ali,

    ahai Ali, sekiranya engkau benar-benar mengetahui kisah ini, adalah engkau jugatahu berapa nilai wang lama itu dibandingkan dengan wang baru?Tanya pendeta itubersemangat.Rasulullah menceritakan kepadaku berkaitan nilai wang yang dibawa oleh Tamlikha.Apabila dibandingkan, satu dirham wang lama bersamaan dengan 10 dan dua per tigadirham baru!Selepas menjawab pertanyaan pendeta itu, Ali meneruskan kisahnya. Ketika Tamlikha mengeluarkan wang dan memberikannya kepada penjual roti , penjual itu berasa g

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    9/11

    irang lalu berkata kepada Tamlikha, Ini harta karun berupa wang lama yang nilainya jauh lebih besar daripada wang sekarang. Ini bermakna kamu menemui harta karun. Di mana kamu mikliki! Sekiranya tidak, kau akan menerima nasib malang kerana saya akan segera melaporkannya kepada raja!kata sipenjual roti itu kepada Tamlikha. Saya tidak menemui harta karun. Wang ini saya peroleh hasil jualan kurma tigahari yang lalu. Semuanya berjumlah tiga dirham! Selepas itu, saya meninggalkan kota kerana mereka semua menyembah Diqyanus!sangkal Tamlikha.Mendengar pengakuan Tamlikha, penjual roti itu marah dan berkata, Bagaimana? Adakah engkau benar-benar tidak mahu menyerahkan harta karun itu kepadaku ? Baik. Saya akan segera melaporkan hal ini kepada raja. Lagipun, kamu menyebut nama seora

    ng raja derhaka yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Padahal, raja itu sudah matilebih dari 300tahun yang silap! Adakah kamu mahu memperolok-olokkanku? Kamu menghina saya dan raja yang berkuasa sekarang?Selepas kejadian itu, Tamlikha ditangkap dan dibawa menghadap raja lalu disoal siasat sama ada dia bersalah ataupun tidak. Namun, raja yang baru ini bersikap bijak dan adil. Semua persoalan diselesaikan dengan baik. Raja itu kemudian bertanya ,Apakah kesalahan orang ini? Bagaimana ceritanya sehingga orang ini ditangkap?Kemudian, salah seorang daripada mereka yang menangkapnya menjawab, Dia menemui harta karun, tuanku.Raja berkata kepada Tamlikha, Kamu tidak perlu takut! Nabi Isamemerintahkan supaya kami hanya memungut seperlima daripada harta karun itu. Serahkan seperlima itu kepadaku dan kamu akan selamat.Raja itu berkata dengan lembut. Tuanku, saya tidak menemui harta karun seperti yang dituduh oleh mereka! Saya

    adalah penduduk kota ini yang kebetulan ingin membeli makanan!jawab Tamlikha.Engkau penduduk kota ini?Tanya raja itu.Ya. Benar, tuanku!Sekiranya kamu benar-benar penduduk kota ini, apakah kau mengenali para penduduknya?selidik raja.Ya. Aku mengenali mereka.Adakah kau dapat menyebut nama-nama orang yang kau kenal?Tanya raja.

    Tamlikha menyebut nama-nama orang yang dikenali iaitu hamper seribu orang orang.Namun, tidak ada satu daripada nam-nama yang disebut itu pernah didengari ataupun dikenali oleh raja dan orang lain yang hadir sama menyaksikan soal siasat itu. Salah seorang daripada mereka berkata, Semua nama yang disebutkan oleh Tamlikha bukan orang-orang yang hidup di zaman kita ini. Tetapi, mereka hidup pada zaman dahulu iaitu ratusan tahun yang lalu.Raja berkata, Beginilah, adakah kamu mempunyai tempat tinggal di kota ini?Ya, tu.Jawab Tamlikha. Utuslah seseorang bagi menyertai saya!pinta Tamlikha. PermintaTamlika dikabulkan. Raja memerintahkan beberapa orang kepercayaannya menyertaiTamlikha menuju ke tempat tinggalnya. Tamlikha mengajak mereka menuju ke sebuahrumah yang tertinggi di kota itu. Setibanya disana , Tamlikha berkata kepada orang yang menghantarnya, Inilah rumahku!Selepas pintu rumah itu diketuk,muncul seor

    ang lelaki yang sudah lanjut usia membukakan pintu. Terlihat sepasang alisnya yang sudaj putih dan mengerut hamper menutupi mata kerana sudah terlalu tua. Orangtua itu terperanjat dan ketakutan lalu bertanya kepada mereka. Kenapa kalian datang ke sini?Orang muda ini mengaku rumah ini adalah miliknya, wahai orang tua!jawab utusan raja. Selepas mendengar pengakuan itu, orang tua itu kelihatan marah, Siapa namamu,anak muda?Aku Tamlikha putera Filistin!

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    10/11

    Apa? Cuba ulang sekali lagi!Tamlikha mengulang namanya dengan lebih jelas dan suara yang agak keras. Dia menganggap orang tua itu sudah terlalu tua sehingga tidak dapat mendengar dengan baik. Namun selepas Tamlikha menyebutkan namanya dengan jelas, tiba-tiba orang tuaitu duduk berlipat lutut di hadapan kaki Tamlikha sambil berkata, Tidak salah lagi orang ini adalah datukku yang pernah hidup ratusan tahun yang silap. Demi Allah, dia adalah salah seorang daripada orang-orang yang melarikan diri daripada kekuasaan Raja Diqyanus.Orang tua itu berkata dengan nada bimbang, Dia sengaja melarikan diri dan memohon perlindungan daripada yang maha berkuasa. Tuhan pencipta

    langit dan bumi ini. Bukankah kalian pernah mendengar Nabi Isa kita berkata mereka itu akan hidup kembali!kata orang tua itu menyakinkan mereka yang hadir.Selepas peristiwa itu dilaporkan kepada raja, kelihatan raja itu datang dengan menunggang kuda menghampiri mereka yang masih berkerumun di rumah orang tua itu.Raja turun dan menghampiri Tamlikha. Dengan perasaan terharu, raja itu memeluk Tamlikha. Orang lain juga melakukan hal yang sama sambil bertanya, Hai Tamlikha, bagaimana keadaan teman-temanmu?Kemudian Tamlikha menjawab, Teman-temanku masih berada di gua. Mereka sedang menungguku membeli makanan.Ali melanjutkan kisahnya, Kemudia, mereka beramai-ramai menyertai Tamlikha dan pergi ke gua tempat persembunyiannya dan teman-teman. Sebelum sampai dipintu gua,Tamlikha menghentikan langkah dan berkata, Saya khuatir apabila teman-temanku men

    dengar bunyi tapak kaki kuda, mereka fikir pasukan Diqyanus datang. Oleh itu, kalian berhenti sahaja disini. Biar saya sendiri yang menemui dan memberitahu mereka!Atas permintaan Tamlikha, mereka menunggu. Tamlikha masuk seorang diri ke dalamgua. Teman-teman yang menunggu sejak tadi berasa girang kerana Tamlikha pulang dengan selamat. Mereka memeluk Tamlikha dengan kuat sambil berkata, Puji dan syukur kepada Allah yang menyelamatkan dirimu daripada Diqyanus raja derhaka itu!Tamlikha berkata, Sekarang kita sudah tidak berurusan dengan Diqyanus lagi!Apa yang kamu maksudkan dengan kita tidak mempunyai urusan lagi dengan Diqyanus?Tanya salah seorang temannya dengan hairan.

    Tahukah kalian, sudah berapa lama kita tinggal di sini?Tanya Tamlikha.Kita tinggal di sini sehari semalam sahaja,jawab mereka.Tidak!Jawab Tamlikha. Ternyata,kita sudah tinggal disini selama 309 tahun! Diqyas sudah lama meninggal dunia! Generasi demi generasi silih berganti. Penduduk kota itu kini beriman kepada Allah yang maha Agung! Sekarang mereka datang dan ingin bertemu dengan kalian!Taman-teman Tamlikha menyahut, Hai Tamlikha, adakah engkau mahu menjadikan kami ini orang-orang yang menggemparkan dunia?Tamlikha bertanya lagi, Lantas, apa yang kalian inginkan?Mereka menjawab, Angkatlah tanganmu ketas, dan kami akan berbuat seperti itu juga.Mereka bertujuh mengangkat tangan ke atas dan kemudian berdoa. Ya Allah, dengan k

    ebenaran yang telah kamu perlihatkan kepada kami perihal keanehan-keanehan yangkami alami sekarang ini, cabutlah kembali nyawa kami tanpa pengetahuan orang lain!Allah mengabulkan permohonan mereka lalu memerintahkan Malaikat Maut mencabut kembali nyawa mereka. Kemudian, Allah melenyapkan pintu gua tanpa meninggalkan kesan. Orang-orang yag menunggu diluar gua segera mara mendekati gua, mengelilinginya selama tujuh hari bagi mencari pintunya tetapi tidak berhasil. Mereka tidak menemui jalan masuk lain ke dalam gua.

  • 5/28/2018 sejarah ashabul kahfi

    11/11

    Sampai disini, Ali bin Abu Talib berhenti menceritakan kisah para penghuni gua.Kemudian, dia berkata kepada pendeta Yahudi yang menanyakan kisah itu, Demikianlah yang terjadi dalam kisah mereka. Demi Allah, sekarang saya mahu bertanya kepadamu, adakah kamu semua yang saya ceritakan itu sama dengan cerita yang terdapatdalam kitab kalian?Pendeta Yahudi itu menjawab, Wahai Ali, kamu tidak menambah dan tidak mengurangkan cerita itu. Sekarang, kamu jangan menyebut diriku sebagai orang Yahudi, keranasaya bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba Allah serta rasul-Nya.