sang gagak dengan kendi

Upload: jia-wen-j-w

Post on 07-Feb-2018

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Sang Gagak Dengan Kendi

    1/1

    Sang Gagak Dengan KendiTibalah pada suatu musim yang sangat kering, di mana semua haiwan sukar

    untuk mendapatkan air sebagai minuman. Seekor burung gagak terjumpa sebuah

    kendi yang berisi sedikit air. Kendi tersebut bermulut kecil dan tinggi. Burunggagak tidak dapat mencapai air tersebut. Dia berfikir mahu membaringkan kendi

    itu tetapi burung gagak khuatir air yang hanya tinggal sedikit akan tumpah.

    Burung gagak tetap berusaha dan berfikir.

    Tiba-tiba sebiji buah yang kecil terjatuh dari pokok di atas kendi itu terus masuk

    ke dalam kendi. Sang gagak mendapati air di dalam kendi itu semakin menaik.

    Sang gagak mendapat satu akal. Dia lalu mengambil batu-batu kecil berdekatan

    kendi, dan menjatuhkannya ke dalam kendi satu persatu. Setiap kali burung

    gagak itu memasukkan batu-batu kecil ke dalam kendi, permukaan air dalam

    kendipun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut

    dapat diminum oleh sang gagak.

    http://1001kisah.blogspot.com/2010/11/sang-gagak-dengan-kendi.htmlhttp://1001kisah.blogspot.com/2010/11/sang-gagak-dengan-kendi.html