saidatina khadijah

Download Saidatina khadijah

If you can't read please download the document

Upload: che-wan-azhar-shariffudin

Post on 24-May-2015

276 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

DESCRIPTION

sedikit kisah ringkas tentang isteri kesayangan baginda Muhammad s.a.w

TRANSCRIPT

  • 1. Khadijah binti Khuwaild adalah sebaik-baik wanita ahli surga. Ini sebagaimana sabda Rasulullah, Sebaik- baik wanita ahli surga adalah Maryam binti Imran dan Khadijah binti Khuwailid.

2. Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain. [HR Ahmad, Al-Istiab karya Ibnu Abdil Baar]. 3. Anak kepada Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusyai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin an-Nadhar bin Kinanah Ibunya pula bernama Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham. Dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah atau 15 sebelum tahun gajah. Merupakan sepupu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri kerana salasilah keduanya bertemu menerusi moyangnya yang bernama Qusyai bin Kilab iaitu Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin Abd. Manaf bin Qusyai bin Kilab. Saidatina Khadijah berketurunan Bani Hasyim. 4. Ayahnya, Khuwailid wafat kira-kira pada tahun 585 Masihi iaitu sebelum perang Fijar. Manakala ibu Saidatina Khadijah wafat sekitar tahun 575 Masihi. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 4) dan ( Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16) Pernah berkahwin dua kali. Siti Khadijah lebih dikenali sebagai at-Thahirah yang bererti wanita suci. 5. Mengambil Nabi Muhammad S. A. W. sebagai pekerjanya bagi mengedarkan dan menguruskan dagangannya dari Makkah ke Syam. Di samping itu juga, beliau mengutus pembantunya yang bernama Maisarah untuk memperhatikan gerak-geri Nabi Muhammad. Setelah sekian lama mengenali diri dan sifat-sifat Nabi Muhammad S. A. W. , Saidatina Khadijah mula jatuh cinta pada Nabi Muhammad S. A. W. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 6-10). Muhammad bernikah dengan Siti Khadijah pada tahun 595 Masehi. Pernikahan itu berlangsung diwakili oleh bapa saudara Khadijah, Amr bin Asad. Manakala dari pihak keluarga Muhammad diwakili oleh Abu Thalib dan Hamzah. Muhammad berusia 25 tahun,Siti Khadijah berusia 40 tahun. 6. Dari hasil perkahwinan yang sungguh harmoni ini, mereka berdua telah dikurniakan enam cahaya mata iaitu empat puteri dan dua putera. Anak pertama mereka ialah Al-Qasim. Al-Qasim wafat ketika berusia satu tahun. Selepas kelahiran Al-Qasim, diikuti dengan kelahiran Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum, Siti Fatimah Az-Zahra dan Abdullah. Abdullah wafat ketika masih bayi lagi. Semua puteri Saidatina Khadijah dan Nabi Muhammad S. A. W. wafat ketika Nabi Muhammad S. A. W. masih hidup kecuali Siti Fatimah Az- Zahra wafat enam bulan selepas wafatnya bapanya, Nabi Muhammad S. A. W. (Muhammad Al-Ghazali, 1996: mukasurat 135) 7. Saidatina Khadijah sedikit sebanyak telah memberi sumbangan kepada Islam. Beliau telah banyak menolong masyarakat pada zaman awal Islam tidak kira keturunan atau pangkat. Antaranya beliau telah membantu orang-orang miskin, janda, anak-anak yatim dan orang-orang cacat menggunakan keuntungan yang diperolehnya daripada hasil dagangannya. Apabila ada gadis miskin, Saidatina Khadijah mengahwinkannya dan memberikan mas kahwin kepada mereka. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 16) 8. Ketika pemulauan terhadap keluarga Bani Hasyim, kekayaan Saidatina Khadijah yang melimpah itu habis. Hal ini kerana sebahagian hartanya dihabiskan untuk membeli air bagi menyelamatkan Nabi Muhammad S. A. W. dan keluarganya. Saidatina Khadijah mengorbankan kesenangan, kekayaan, rumahnya dan hidupnya untuk Islam. Semasa peperangan, Saidatina Khadijah menggunakan semua harta kekayaanya untuk keperluan seperti misalnya membeli makanan dan minuman untuk keluarga suaminya. Beliau sangat bahagia apabila hartanya disumbangkan ke arah kebaikan. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 66-69) 9. Saidatina Khadijah selalu bersama suaminya yang tercinta di dalam masa susah mahupun senang. Saidatina Khadijah selalu menghiburkan Nabi Muhammad S. A. W. ketika baginda kebingungan apabila wahyu yang pertama diturunkan kepada baginda. Saidatina Khadijahlah yang telah bersusah payah membawa Nabi Muhammad S. A. W. berjumpa sepupunya yang alim dalam kitab Taurat dan Injil iaitu Waraqah bin Naufal untuk mengesahkan apakah benda yang telah datang kepada suaminya di dalam Gua Hira itu. (Maulana Syed Abul Hassan Ali ad Nadwi, 2009: 311-314) 10. Setiap hari, Saidatina Khadijah memberikan makanan kepada orang-orang Muslim yang miskin sehingga tiada seorang pun yang menderita kelaparan. Di samping itu, beliau memberikan tempat tinggal kepada mereka. Beliau menggunakan banyak wangnya untuk orang-orang Muslim Makkah yang miskin dan dengan begitu beliau telah mematahkan tujuan orang-orang kafir yang mendera orang-orang Muslim itu. (Syed A. A. Razwy, 1993: mukasurat 75) 11. Di samping itu, Saidatina Khadijah juga seorang pendakwah yang cukup berani, petah bercakap dan indah kata-katanya. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau seorang yang berani dalam berdakwah dan mendapat sambutan yang cukup baik. Saidatina Khadijah selalu mendampingi suaminya yang tercinta dalam berdakwah dan beliau akan menolong suaminya dalam keadaan sulit dan penuh ujian. Beliau akan selalu menolong dan membantu Nabi Muhammad S. A. W. dengan seberapa banyak kemampuan yang ada. (Muhammad Ali Quthub, 1986: mukasurat 18-19) 12. Apa yang difahamkan dia amat memberikan perhatian berat kepada pendidikan anak-anak perempuan ini. Ibu adalah guru pertama bagi anak muslim. Khadijah mendidik sendiri anak-anaknya bersama Rasulullah. Zainab anak sulung dilatih sejak awal bukan dalam keadaan manja, tetapi lebih cepat matang. Zainab menjadi ibu kecil bagi adik-adiknya. Dia ditugas mengawasi adiknya Fatimah, mengisi waktu dengan bermain, apalagi ibunya sudah agak berumur (Binti sl Syati,1975:85). Pendidikan melalui tauladan menjadi teras bagi Khadijah. Hasil didikannya tidaklah pelik kerana anak-anaknya seperti Ruqayyah dan Fatimah mampu bersabar dan mampu pula menghadapi kesulitan hidup. 13. Selepas bapa saudara Nabi Muhammad S. A. W iaitu Abu Talib wafat, Saidatina Khadijah yang ketika itu berusia 65 tahun telah jatuh sakit. Tak lama kemudian Saidatina Khadijah pun wafat. Ini semua adalah kesan dari beratnya penderitaan yang ditanggung Saidatina Khadijah selama dipulau oleh kaum Musyrikin Quraisy selama tiga tahun di Syiib Abu Talib. Saidatina Khadijah telah wafat pada sepuluh Ramadhan pada tahun 619 Masihi. Pada saat kewafatannya, jubah Nabi Muhammad S. A. W. dijadikan sebagai kain kapan untuk Saidatina Khadijah dan beliau dikebumikan di Hujun, Makkah. (Maulana Syed Abul Hasan Ali an Nadwi, 2009: mukasurat 311) 14. Baginda Nabi yang berada dalam keadaan ketakutan dan gementar ditenangkan Saidatina Khadijah dengan katanya: Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana.