rph linus bm tahun 2

14
Tarikh Hari Mata pelajaran BAHASA MELAYU Kelas TAHUN 2 Masa 8.00 a.m hingga 9.00 a.m Bilangan Murid Tema 7. SAYA ANAK MALAYSIA Tajuk MARI BERPANTUN Standard Kandungan Murid dibimbing untuk : 4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 3.6.Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. Standard Pembelajaran Murid berupaya untuk : 4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) i. Ilmu - Pendidikan Moral ii. Nilai – Bangga menjadi anak Malaysia, Cinta dan taat setia kepada negara, semangat bekerjasama iii. KBT - KB – Mengenal pasti, menaakul, menjana maklumat KP – Verbal linguistik, menghubungkait, menjana idea Penerapan Konstruk LINUS Konstruk 4 – Keupayaaan membaca dan menulis suku kata tertutup BBB/BBM Kad Petikan, kad imbasan, lembaran kerja KBAT Menganalisis, menaakul Objektif Pembelajaran Pada akhir pelajaran murid dapat: a) Murid Menguasai : i. Melafazkan 4 rangkap pantun 4 kerat menggunakan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Melengkapkan pantun 4 kerat dengan

Upload: tjay-ferson-linggang

Post on 08-Jul-2016

108 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Contoh RPH LINUS Tahun 2

TRANSCRIPT

Page 1: Rph Linus Bm Tahun 2

TarikhHari

Mata pelajaran BAHASA MELAYUKelas TAHUN 2Masa 8.00 a.m hingga 9.00 a.m

Bilangan MuridTema 7. SAYA ANAK MALAYSIATajuk MARI BERPANTUN

Standard Kandungan

Murid dibimbing untuk :4.4. Melafazkan dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur.3.6.Menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun.

Standard Pembelajaran

Murid berupaya untuk :4.4.1 Melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat berbentuk puisi dengan menegaskan kesantunan berbahasa secara berpandu.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK)

i. Ilmu - Pendidikan Moralii. Nilai – Bangga menjadi anak Malaysia, Cinta dan taat setia kepada negara, semangat bekerjasamaiii. KBT - KB – Mengenal pasti, menaakul, menjana maklumatKP – Verbal linguistik, menghubungkait, menjana idea

Penerapan Konstruk LINUS

Konstruk 4 – Keupayaaan membaca dan menulis suku kata tertutup

BBB/BBM Kad Petikan, kad imbasan, lembaran kerjaKBAT Menganalisis, menaakul

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pelajaran murid dapat:a) Murid Menguasai :

i. Melafazkan 4 rangkap pantun 4 kerat menggunakan sebutan dan intonasi yang betul.ii. Melengkapkan pantun 4 kerat dengan mengisi sekurang-kurangnya 5 daripada 6 tempat kosong yang disediakan.

b) murid belum menguasai i. Melafazkan sekurang-kurangnya 2 rangkap

pantun empat kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru.

ii. Melengkapkan pantun 4 kerat dengan mengisi sekurang-kurangnya 3 daripada 6 tempat kosong yang disediakan

Page 2: Rph Linus Bm Tahun 2

Aktiviti Pengajaran & Pembelajaran

Langkah 1 : Set Induksi1. Murid menyanyikan lagu “Rasa

Sayang” bersama-sama sambil bertepuk tangan menggunakan senikata lagu yang disediakan.

2. Guru memperkenalkan pantun 4 kerat kepada murid berdasarkan ciri-ciri pantun tersebut :

i. mempunyai 4 barisii. rima hujung baris satu sama

dengan baris 3 manakala rima hujung baris 2 sama dengan baris 4.

iii. baris 1 dan 2 disebut pembayang pantun manakala baris 3 dan 4 disebut maksud pantun

Langkah 2 – Fasa Perkembangan 1

1. Membaca dan melafazkan pantun dengan bimbingan guru secara kelas, kumpulan dan individu.

2. Berbincang dan bersoal jawab tentang ciri-ciri pantun dan maksud yang tersurat dan tersirat dalam pantun yang disediakan.

Langkah 3 – Fasa Perkembangan 2

1. Aktiviti kumpulan - Secara berkumpulan, murid melengkapkan pantun di dalam kad manila berdasarkan pembayang yang diberi dengan memilih maksud yang paling sesuai.

2. Pembentangan kumpulan – wakil setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja

Rujuk Lampiran 1

Mengapakah pantun ini sebut pantun 4 kerat?

Bagaimanakah pantun 4 kerat dibina?

Rujuk Lampiran 2Apakah perasaan kamu sebagai anak Malaysia?

Kalau kamu sudah dewasa, apakah yang akan kamu lakukan untuk negara kamu?

Rujuk Lampiran 3 dan Lampiran 4

Apakah pendapat kamu tentang pantun 4 kerat?

Page 3: Rph Linus Bm Tahun 2

dan disemak bersama-sama secara kelas.

Langkah 4 – Fasa Perkembangan 3

1. Aktiviti bertulis (murid perdana) – Secara individu, murid dikehendaki melengkapkan pantun yang disediakan dengan mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi,

2. Aktiviti Pemulihan – Murid melafazkan pantun dengan bimbingan guru. Murid membaca dan mengeja kad perkataan yang mengandungi suku kata tertutup berdasarkan pantun serta menulis perkataan tersebut dengan betul dengan bimbingan guru.

Langkah 5 – Fasa Perkembangan 5 (Aktiviti Pengayaan)

1. Murid perdana dikehendaki melengkapkan pembayang atau maksud pantun mengikut kreativiti masing-masing secara individu.

2. Murid Linus dikehendaki membaca, mengeja, dan menulis perkataan suku kata tertutup dengan betul (Kuiz ringkas)

Rumusan Guru meminta wakil setiap kumpulan untuk membuat rumusan ringkas tentang apa

Rujuk carta pantun

Rujuk Lampiran 5

Rujuk Lampiran 6

Apakah perkara yang perlu ditekankan semasa membina pantun 4 kerat?

Rujuk Lampiran 7

Page 4: Rph Linus Bm Tahun 2

yang telah dipelajari pada hari ini.

Penutup1. Guru menutup sesi PdP dengan menerapkan nilai-nilai murni yang berkaitan dengan isi pelajaran.

2. Guru dan murid menyanyikan lagu “Rasa Sayang” bersama-sama.

Refleksi

Page 5: Rph Linus Bm Tahun 2

Rasa Sayang

Rasa sayang heiRasa sayang sayang heiHei lihat nona jauh Rasa sayang sayang hei

Dua tiga kucing berlari,Mana nak sama si kucing

belang;Dua tiga boleh kucari,

Mana nak sama adik seorang.

Rasa sayang heiRasa sayang sayang heiHei lihat nona jauh Rasa sayang sayang hei

Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;

Kami budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

Lampiran 1

Page 6: Rph Linus Bm Tahun 2

Mari BerpantunBurung tempua burung pekaka,

Mencari ulat di pohon berangan;Rakyat berbangga Malaysia merdeka,

Raja berdaulat jadi sanjungan.

Buah bidara buah delima,Letak di dalam bakul jerami;

Masjid negara lambang agama,Tanda Islam anutan rasmi.

Bunga raya menghias taman,Cantik warnanya dipandang mata;

Rukun Negara menjadi pedoman,Pegangan semua rakyat jelata.

Pergi ke kedai tergesa-gesa,Hendak membeli gula melaka,

Malaysia maju rakyat sentosa,Negara aman bebas merdeka.

Lampiran 2

Page 7: Rph Linus Bm Tahun 2

Aktiviti Kumpulan

Kumpulan 1

Sesak sungguh di pasar tani,Penat berjalan sakitnya paha;_______________________________________,_______________________________________.

Kumpulan 2

Terketar-ketar si penjual roti,Hendak seberang jambatan kayu;_______________________________________,_______________________________________.

Lampiran 3

Page 8: Rph Linus Bm Tahun 2

Kumpulan 3

Pakai TMNet jalur lebar,Yuran mahal tak sia-sia;_______________________________________,_______________________________________.

Kumpulan 4

Dapur kotor mahu disental,Habis tertumpah kuah laksa;_______________________________________,_______________________________________.

Pilihan jawapan.

Malaysia Boleh slogan kami,

Lampiran 4

Page 9: Rph Linus Bm Tahun 2

Asalkan ada daya usaha.

Berbudi bahasa hormat menghormati, Jadilah warga sopan selalu.

Jalur Gemilang megah berkibar, Simbol perpaduan rakyat Malaysia.

Jati diri hendaklah kental, Semangat wajar membangunkan bangsa.

Page 10: Rph Linus Bm Tahun 2

Kad suku kata tertutup

letak pedoman

taman bakul

masjid cantik

rukun rasmi

Lampiran 5

Page 11: Rph Linus Bm Tahun 2

Mencipta pantunBina maksud pantun-pantun berikut berdasarkan pembayang yang diberi.

Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu;________________________________________,________________________________________.

Kalau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi;________________________________________,________________________________________.

Lampiran 6

Page 12: Rph Linus Bm Tahun 2

Aktiviti Pengayaan PemulihanSebut perkataan-perkataan berikut.

pistol bantal

cermin dendam

rambut cantum

Lampiran 7