rph kvkv

Upload: aliem73

Post on 19-Oct-2015

150 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 1

    RIS

    SEMESTER 1 SESI 2010/2011

    KAB3033

    PENGAJARAN LITERASI: AWAL MENULIS

    DAN MEMBACA BAHASA MELAYU

    TAJUK TUGASAN

    KUMPULAN

    UPSI 06

    DISEDIAKAN OLEH

    NAMA NO. ID NO. TELEFON

    ABDUL HALIM BIN HASSAN D20102042503 017-9745940

    NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR EMERITUS DATO DR. ISAHAK BIN HARON

    TARIKH SERAH: ________________

    TUGASAN 2

    KGBK

    Langkah-langkah mengajar suku kata terbuka KVKV

    PEMARKAHAN

    1 TUGASAN 1

    2 TUGASAN 2

    3 E FORUM

    JUMLAH

  • 2

    Penghargaan

    Assalamualaikum, alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas

    limpah dan rahmatNya serta kekuatan yang diberikan kepada saya sehingga membolehkan saya

    menyiapkan tugasan ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang

    telah membebaskan umat dari kesesatan.

    Falsafah Pendidikan Negara ialah satu matlamat ke arah memperkembangkan potensi

    individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

    intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

    Berdasarkan matlamat Falsafah Pendidikan Negara tersebut, nyatalah guru memainkan

    peranan penting dalam memurnikan pendidikan seseorang insan ke arah kecemerlangan intelek

    dan kerohanian. Guru yang berkualiti seharusnya mempunyai pelbagai ilmu pengetahuan yang

    dapat dicurahkan kepada anak didiknya.

    Kepada Profesor Emeritus Dato Dr. Isahak Bin Haron saya merakamkan penghargaan dan

    setinggi-tinggi terima kasih di atas dorongan, khidmat nasihat dan tunjuk ajar beliau yang

    berikan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini. Kemuliaan dan keikhlasan beliau menjadi

    dorongan yang kuat kepada saya untuk terus berusaha menimba ilmu pengetahuan. Semoga

    Allah melimpahkan rahmat ke atas usaha-usaha itu.

  • 3

    ISI KANDUNGAN

    Halaman

    1.0 PENGENALAN 4 - 5

    2.0 DEFINISI DAN KONSEP BACAAN 5 - 7

    3.0 TUJUAN MEMBACA 7 - 9

    4.0 KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA ( KGBK ) 9 - 11

    4.1 LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGAJARAN

    MEMBACA DAN MENULIS KGBK 11 - 13

    4.2 LANGKAH MENGAJAR SUKU KATA TERBUKA

    KVKV DALAM KGBK 14 - 19

    5.0 PENUTUP 19 - 20

    BIBLIOGRAFI

  • 4

    PENGENALAN

    Membaca merupakan kemahiran yang sangat berguna dalam kehidupan kita sehar-hari.

    Melalui pembacaan, seseorang itu dapat memperolehi berbagai-bagai maklumat yang sangat

    berguna. Kita membaca akhbar untuk mendapatkan maklumat atau berita yang disiarkan di

    dalamnya. Kita membaca pelbagai arahan bertulis dan mematuhinya untuk kita melaksanakan

    tugas kita seharian dengan betul dan sempurna. Murid pula membaca dengan tujuan untuk

    mendapatkan ilmu pengetahuan daripada buku-buku yang dirujuknya.

    Jadi, sudah semestinya adalah penting kanak-kanak diajar membaca dan menulis dengan

    cekap seawal mungkin supaya mereka dapat hidup dengan berkesan dalam masyarakat yang

    semakin tinggi literasinya membaca , menulis dan berkomunikasi dalam pelbagai media.

    Maksud awal membaca dan menulis bererti bagaimana kanak-kanak mula-mula belajar

    membaca dan menulis dan beransur-ansur menjadi lebih mahir, dan seterusnya membaca sendiri

    pelbagai buku dan berminat memilih buku dan membacanya. Kebolehan membaca dan menulis

    (2M) merupakan dua kemahiran terpenting yang menjadi alat pembelajaran di semua peringkat

    pendidikan kerana hampir semua bahan bercetak dan bahan elektronik TV, DVD, Internet

    mengandungi maklumat dalam bentuk tulisan. Murid juga perlu berkomunikasi dengan menulis

    sesuatu .Asas membaca dan menulis ini mula diberi di peringkat prasekolah lagi.

    Kebolehan kanak-kanak membaca dan menulis tidak datang secara semula jadi. Orang

    dewasa perlu mengajar kanak-kanak mendengar, menyebut dan membaca. Ibu bapa atau ahli

    keluarga boleh memupuk dan membina kemahiran berbahasa dengan menyediakan pelbagai

    situasi dan aktiviti untuk kanak-kanak bertanya, menjawab, menyatakan sesuatu, berbual,

    bercerita dan juga memberi peluang kepada kanak-kanak melihat dan memegang bahan bertulis

    seperti buku, majalah, surat khabar.

    Kaedah mengajar 2M perlulah digubal bagi memenuhi kanak-kanak pelbagai keperluan

    ini. Terdapat banyak kaedah yang telah diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa dalam awal

    membaca murid-murid. Kaedah kaedah seperti gabungan bunyi dan kata (KGBK), kaedah

    seluruh perkataan,kaedah seluruh bahasa dan lain lain lagi. Setiap kaedah tersebut yang

  • 5

    mempunyai pendekatan yang berbeza dan ia perlu disesuaikan dengan perkembangan kanak-

    kanak itu sendiri

    Umumnya, masyarakat kini sering beranggapan bahawa murid-murid yang boleh

    membaca sebelum menjejakkan kaki ke alam persekolahan dianggap sebagai bijak. Sebaliknya,

    kebolehan ini bukanlah petanda awal tentang kebijaksanaan seseorang kanak-kanak itu. Namun,

    masyarakat telah meletakkan senario ini sebagai cara mengukur kebolehan kanak-kanak itu.

    Harus diingat bahawa mampu membaca dan mahir membaca adalah perkara yang berbeza.

    Sistem persekolahan kini telah menekankan bahawa murid perlu menguasai kemahiran membaca

    dengan baik iaitu boleh membaca dan memahami isi bacaan yang mahu disampaikan. Menurut

    Kamus Dewan Edisi 4, literasi membawa maksud kebolehan menulis dan membaca. Maka, tidak

    hairanlah apabila membaca sering menjadi topik perbincangan para pendidik di negara ini.

    Malahan, individu yang berminat dalam bidang ini sering mengkaji pelbagai perspektif dan

    mencari jalan untuk mencuba pelbagai teknik membaca yang berkesan.

    DEFINISI DAN KONSEP BACAAN

    Berdasarkan fahaman dahulu membaca ialah semata-mata memindahkan tulisan kepada

    suara. Seseorang murid yang boleh membunyi atau menyuarakan tulisan dengan lancar dianggap

    pandai membaca walaupun murid itu tidak memahami apa maksud isi kandungan yang dibaca.

    Oleh itu pengajaran membaca sentiasa dijalankan dengan meminta murid membaca dengan kuat

    dan pemerhatianlebih tertumpu kepada suara semata-mata. Soal memahami isi kandungan yang

    dibaca tidak diambil kisah kerana murid membaca di dalam bahasanya sendiri dan difikirkan

    sudah tentu ia mengerti apa yang dibaca.

    Manakala kefahaman sekarang pula membaca itu bukanlah semata-mata memindahkan

    tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap makna dan memahami apa yang telah dibaca.

    Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan kepada suara dengan lancar sekalipun jika

    tidak memahami apa yang dibaca tidaklah boleh dikira sebagai membaca.

  • 6

    Terdapat pelbagai definisi berkenaan membaca. Menurut Atan Long (1978), beliau

    menyatakan bahawa proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan

    menterjemahkan lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara dan memahami makna

    tersebut. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) menyebut bahawa membaca sebagai

    menggabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglihatan yang diskriminatif (untuk

    mengenal dan membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan

    membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan

    oleh huruf-huruf, menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk memindahkan lambang-

    lambang yang dibacanya itu.

    Menurut kamus Dewan edisi Empat, baca ditakrifkan sebagai memerhatikan isi sesuatu

    yang tertulis atau tercetak dengan teliti dan memahamkan makna kandungannya. Robert Lado

    (1964) menyatakan membaca sebagai mengungkap pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya

    manakala Steinberg (1982) mendefinisikan proses membaca sebagai satu bentuk komunikasi dan

    tujuannya adalah memberikan maklumat melalui bentuk-bentuk bertulis. Menurut Zulkifley

    Hamid (1994) pula, beliau menyatakan membaca sebagai proses pembaca mengenal lambang-

    lambang tulisan,menterjemahkannya kepada bentuk bunyi yang dilambangkan dan mendapatkan

    makna bagi bentuk tulisan tesebut.

    Menurut Zulkifli Hamid (1994), kemahiran membaca tidak akan dimiliki oleh seseorang

    pelajar melainkan setelah mereka mampu melakukan proses-proses mengenali dan membezakan

    fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa, menggabungkan simbol-simbol fonem untuk

    membentuk perkataan. Pumfrey (1977) juga menyebut bahawa kemahiran membaca tidaklah

    bersifat mekanikal iaitu dengan membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab beberapa

    soalan tentang apa yang dibaca tetapi ia berfungsi yang lebih jauh daripada itu iaitu berkebolehan

    menterjemahkan lambang tulisan kepada lambang bunyi serta memahami makna yang hendak

    disampaikan.

    Menurut Abd. Aziz (2000), beliau mengatakan bahawa kefahaman merupakan aspek

    terpenting dalam sesuatu aktiviti bacaan. Untuk membolehkan seseorang itu membaca,

    kefahaman yang tinggi amatlah perlu bagi memudahkan individu itu memperoleh maklumat

  • 7

    daripada apa yang dibacanya. Bagi peringkat awal bacaan kanak-kanak, terdapat beberapa jenis

    kaedah membaca yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar murid-murid. Kaedah

    merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa.

    Antara kaedah yang sering digunakan oleh para guru ialah kaedah abjad, kaedah fonetik, kaedah

    gabungan bunyi kata (KGBK) dan kaedah seluruh perkataan dan lain-lain.

    TUJUAN MEMBACA

    Tujuan membaca ialah untuk memahami apa yang dibaca, iaitu pembaca mempunyai

    kebolehan memetik dan mengutip makna yang tersurat dan tersirat daripada teks bertulis.

    Memahami juga melibatkan proses mencipta dan menilai, iaitu mencantum idea semasa

    membaca dan mempertimbangkan buruk baiknya. Tujuan membaca berdasarkan Kamaruddin

    Hj. Hussin (1988) boleh dibahagikan kepada dua iaitu tujuan serta-merta dan tujuan lanjut.

    Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memaham sesuatu

    bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan

    itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh

    membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan

    sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca

    bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru. Boleh memahami pula bermaksud boleh

    menangkap atau faham dengan pantas makna atau maksud bahan yang dibaca. Ini bermakna

    murid dapat memberi buah fikiranya sendiri serta dapat menggunakan perkataan-perkataannya

    sendiri untuk menyatakan apa yang dibaca.

    Selain itu tujuan serta merta juga bertujuan membolehkan murid membaca dengan

    sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul. Ianya juga supaya murid boleh membaca

    senyap tanpa berasa sebarang gangguan. Seterusya membaca juga bertujuan untuk mewujudkan

    sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.

    Untuk menimbulkan minat mahu membaca sebagai alat hiburan atau alat pengisi masa lapang

    dan menambah pengetahuan turut menjadi salah satu tujuan membaca serta-merta.

  • 8

    Setelah tujuan serta-merta dapat disempurnakan maka murid yang tamat persekolahan

    akan mempunyai satu alat yang membolehkan mereka menimba ilmu dan pengetahuan daripada

    pelbagai sumber bertulis untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka. Jadi, tujuan lanjut

    bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan

    pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat

    berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka

    dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan

    diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya.

    Tujuan lanjut bermatlamat untuk merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan

    memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Ianya dijadikan sebagai

    alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga

    sebagai satu cara untuk menyambung murid dan meluaskan fahaman serta membetulkan idea-

    idea yang salah. Tujuan lanjut dalam membaca juga adalah bertujuan untuk menjadikan bahan-

    bahan perbandingan dengan orang lain. Selain itu, ianya bertujuan untuk mendapat bahan fikiran

    untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang

    dilakukan oleh orang lain.

    Tujuan membaca juga dapat dilihat berdasarkan kepada tujuan pengajaran dan pembelajaran

    membaca. Umumnya, membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut:

    1. Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.

    2. Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.

    3. Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan

    bacaan yang dibacanya.

    4. Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi yang

    dibaca dengan pantas juga.

    5. Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan

    semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.

    6. Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayat-ayat dengan

    cepat, jelas dan tepat.

  • 9

    7. Menghidupkan minat suka menyiasat dan mendalami maksud yang dibaca.

    8. Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.

    9. Menambahkan ilmu pengetahuan.

    10. Membina kebolehan menilai, mengulas dan mengkritik bahan yang dibaca dengan jujur.

    11. Membetulkan pengetahuan sedia ada yang salah.

    12. Memudahkan mereka menyelesaikan masalah seharian yang melibatkan diri sendiri dan

    masyarakat.

    13. Membina sikap, cita-cita dan fikiran yang terbuka dan positif.

    14. Memberi peluang kepada murid uantuk mengetahui hal-hal luar negara.

    15. Membolehkan mereka mengerti dan memahami kehendak, situasi dan aspirasi

    masyarakat sekelilingnya.

    16. Memperkenalkan keindahan dan keseniaan bahasa di samping menggalakkan mereka

    dalam bidang penulisan kreatif sekiranya mereka mempunyai minat dan bakat.

    17. Membina sikap suka membaca sama ada untuk hiburan ataupun untuk menambahkan

    ilmu pengetahuan.

    KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA ( KGBK )

    Kaedah Gabungan Bunyi-kata ini diilhamkan oleh Profesor Dato Dr. Isahak Harun. Beliau

    telah memperkenalkan kaedah ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca banyak

    murid di sekolah rendah, terutama di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Kaedah ini

    merupakan satu kaedah yang sistematik. Menurut Isahak Harun (2004), kaedah ini perlu

    mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:

    Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah alphabetic dan fonemik. Hal ini menjelaskan

    bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya.

    Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan

    bahasa-bahasa lain.

    Murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu yang

    mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu juga dengan

  • 10

    murid Cina dan India rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan kata

    Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.

    Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan

    dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan adalah secara

    developmental, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru mengajar dan

    memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Gabungan mengenal bunyi huruf dengan

    membina dan membaca perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan murid terus membaca

    perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan KGBK dengan kaedah-kaedah lain. Di

    samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar telah dikenal pasti melalui kajian yang

    menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat dengan kanak-kanak dan tidak

    mengelirukan.

    Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) ialah kaedah yang menggabungkan proses mengajar

    mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan serta dapat membaca frasa atau

    ayat. Selain daripada itu, kaedah ini merupakan satu alternatif kepada kaedah abjad atau fonik

    dan kaedah seluruh perkataan. Kaedah ini mudah dan berkesan untuk murid-murid yang tidak

    boleh atau lemah dalam membaca. Selain itu juga, kaedah ini turut bertujuan membolehkan

    murid-murid mengenal suku kata dan seterusnya dapat membina dan membaca perkataan frasa

    atau ayat.

    Kaedah Gabung Bunyi Kata ( KGBK ) mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang

    sistematik dan fonemik. Contohnya, setiap huruf adalah mewakili satu bunyi kecuali huruf e

    yang mempunyai dua bunyi. Manakala huruf a bunyinya aa, b bunyinya bh, c

    bunyinya chdan sebagainya. Huruf e yang mempunyai dua bunyi iaitu e taling contohnya

    bagi perkataan emak, enam dan e pepet pula contoh perkataan bagi e pepet ialah esok,

    ekor dan sebagainya.

    Oleh yang demikian, pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-

    kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi asas iaitu fonem beberapa huruf

    vokal a,i,u dan satu atau dua bunyi huruf konsonan contohnya b bagi membentuk bunyi ba

  • 11

    ba dan seterusnya ba bi, ba ba, bi bi, bo bo, bu bu, ubi, ibu, abu dan frasa

    seperti bubu baba, ibu abu yang bermakna didalam satu atau dua pelajaran sahaja. Apabila

    kedua-dua bahagian ini digabungkan, bunyi turut digabungkan dan terus membentuk perkataan

    dan kaedah membacanya kita sudah pun menggunakan kaedah yang dipanggil Kaedah Gabung

    Bunyi Kata (KGBK).

    Kaedah ini dipanggil Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK) adalah kerana didalam satu set

    pengajaran dan pembelajaran, bunyi huruf dan suku kata terus digabungkan menjadi perkataan

    dan seterusnya dibaca. Berdasarkan kaedah ini murid diberikan asas kemahiran untuk mengesan

    sesuatu perkataan dengan melihat bunyi huruf dan suku katanya sekiranya murid tidak tahu

    membaca. Perkara ini adalah penting bagi memberi kemahiran atau kecekapan murid dalam

    membaca sendiri perkataan baru. Contohnya, setelah murid boleh membaca sukukata ba bi bu,

    ca ci cu dan da di du dan boleh membaca perkataan dadu, baca, cuci mereka sendiri juga

    akan boleh membaca cuba, bucu dan budu.

    LANGKAH-LANGKAH ASAS DALAM PENGAJARAN MEMBACA DAN MENULIS

    KGBK

    Pada permulaannya, murid diperkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya.

    Kemudian, murid diperkenalkan dengan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya.

    Seterusnya, membentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara

    menulisnya. Murid juga diajar untuk membina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti baba

    bibi bubu babu, ibu. Setelah itu, murid diajar untuk membina rangkai kata atau ayat, seperti ibu

    abu, babu baba dan menulis serta menyalin apa yang mereka baca berdasarkan huruf, suku kata

    dan perkataan

    Bagi pelajaran berikutnya, murid diminta mengulang pelajaran unit yang lalu dan huruf

    konsonan baru, misalnya cdiperkenalkan. Kemudian suku kata ca ci cu dan perkataan kvkv

    seperti caca cucu cuci aci acu dibina. Dengan menggunakan suku kata pelajaran yang lalu ba bi

    bu, perkataan seperti baca bucu cuba dibina. Seterusnya frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci

    ubi, dan sebagainya dibina. Akhir sekali, murid menyalin apa yang dibaca berdasarkan perkataan

  • 12

    yang telah dipelajari. Semua langkah di atas dibuat dalam satu atau dua pelajaran saja. Hal ini

    bererti unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh

    digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Pada akhir setiap pelajaran

    kanak-kanak boleh membaca perkataan, frasa atau ayat bermakna.

    Kaedah didapati lebih mudah dan cepat untuk murid belajar membaca dan menulis, iaitu

    murid menulis apa yang dibaca. Murid tidak perlu mengenal dan menghafal semua huruf

    sebelum belajar membaca. Pendekatan ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan

    pengajaran-pembelajaran dan peningkatan kemahiran membaca dibuat secara berturutan

    (sequential) dan berkembang (developmental).

    Pendekatan gabungan dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam KGBK ini tidak

    mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/fonik, pendekatan seluruh perkataan, atau

    pendekatan eklektik yang diguna sekarang untuk mengajar Bahasa Inggeris. Pendekatan

    KGBK menyatakan bahawa tidak perlu dipisahkan sequence antara mengenal bunyi-huruf

    dengan membina-dan-membaca perkataan. Pendekatan KGBK ini juga tidak memulakan

    pengajaran membaca dengan memperkenalkan perkataan (whole word) dahulu dan kemudian

    mencerakinkannya menjadi suku kata dan bunyi setiap huruf. Ini menyusahkan dan

    melambatkan kebolehan kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd / fonik, murid perlu

    belajar dahulu nama huruf dan bunyi semua huruf a b csampai x y z sebelum mereka diajar

    membaca perkataan, frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid

    dan mereka akan tercicir.

    Terdapat juga guru yang masih percaya kuat bahawa kalau murid tidak kenal huruf

    abjad, murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar

    Bahasa Inggeris. Kepercayaan ini didasarkan kepada pengalaman mereka diajar dan belajar

    membaca di zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c sehingga x, y, z

    dahulu sebelum membaca. Ibu bapa juga percaya anak-anak hendaklah diajar a b c dahulu

    sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru tadika yang

    mengajar kanak-kanak membaca mengguna KGBK (dan kanak-kanak itu boleh membaca ),

    tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar a b c Sampai x y z mengikut

  • 13

    susunan dalam abjad. Dalam pengajaran 2M kita perlu juga mengajar kemahiran berbahasa lain,

    iaitu mendengar dan bertutur.

    Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Walau pun terdapat

    pendekatan gabung jalin sebagai pendekatan am untuk mengajar bahasa, ada kaedah dan teknik

    tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis pada peringkat permulaan.

    Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) digubal secara sistematik untuk mengajar kanak-kanak

    2M, supaya mereka mudah membaca. Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara

    informal semasa guru dan murid, murid dan murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu

    sekali harus mengajar murid menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru

    hendaklah juga selang selikan aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud)

    buku kepada murid, atau menyanyi semasa mengajar 2M, supaya murid seronok belajar.

    Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh

    menggabungkan proses mengajar mengenal bunyi-huruf dengan membina-dan-membaca

    perkataan dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa atau

    ayat. Ia digubal atas keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu, di mana

    sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan tatabahasanya yang mudah

    berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang lebih kompleks dalam Bahasa

    Inggeris. Haruslah diingat bahawa KGBK adalah fasa pertama untuk memudahkan murid

    mulabelajar membaca. Setelah asas awal membaca dikuasai oleh murid, dan murid boleh

    membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa seterusnya ialah murid diberi dorongan dan

    peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita, puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus

    membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi

    bekalan dan asas untuk pendidikan sepanjang hayat.

  • 14

    LANGKAH MENGAJAR SUKU KATA TERBUKA KVKV DALAM KGBK

    Langkah 1:

    1. Murid menyebut huruf-huruf vokal yang telah dipelajari pada pelajaran yang lepas a, i

    dan u.

    2. Murid membunyikan huruf-huruf tersebut berulang kali.

    3. Murid menyanyikan lagu yang mengandungi huruf-huruf vokal bersama-sama.

    Langkah 2

    1. Guru memperkenalkan huruf b kepada murid. Minta murid menyatakan huruf yang

    ditunjukkan seterusnya guru membunyikan huruf tersebut.

    2. Murid mengikut sebutan yang dibunyikan oleh guru b sebagai bhh

    3. Murid akan membunyikan huruf b beberapa kali.

    4. Guru mencantum huruf vokal b dengan huruf konsonan a, I dan u

    5. Murid membunyikan suku kata yang telah guru cantumkan iaitu ba, bi dan bu.

    6. Guru menceraikan semula huruf-huruf tersebut dan meminta murid untuk mencantumkan

    semula huruf-huruf tersebut supaya terbentuk semula suku kata seperti yang telah

    dipelajari di papan tulis.

    7. Murid menulis suku kata tersebut ke dalam buku tulis.

    Langkah 3

    1. Guru mempamerkan gambar objek.

    2. Murid menamakan objek ( bubu ).

    3. Guru meminta murid mencantumkan suku kata nama objek yang dilihat.

    4. Murid membunyikan suku kata tersebut beberapa kali.

    5. Murid dipamerkan beberapa gambar yang lain dan meminta murid mencantumkan suku

    kata supaya menjadi nama-nama objek yang dilihat.

    6. Guru membimbing murid-murid untuk menyebut suku kata tersebut berulang-ulang kali.

  • 15

    Langkah 3:

    1. Murid menjawab lembaran kerja dengan bimbingan guru.

    Langkah 4:

    1. Murid membaca suku kata yang telah dipelajari pada carta suku kata bersama-sama.

    2. Murid dan guru bersoaljawab berkaitan pelajaran yang telah dipelajari.

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

    PENDIDIKAN PEMULIHAN

    Tarikh : 29 April 2013

    Tahun : Pemulihan

    Masa : 9.10 hingga 10.10 pagi

    Bilangan Murid : 6 orang

    Mata Pelajaran : Pemulihan Bahasa Melayu

    Tajuk : Membaca suku kata KV + KV

    Objektif Pelajaran :

    Pada akhir pengajaran ini, murid dapat:

    1. Membunyikan enam daripada sepuluh suku kata dengan betul apabila ditunjukkan

    suku kata KV.

    2. Memilih perkataan yang mengandungi gabungan suku kata yang betul apabila

    ditunjukkan gambarajah dan murid perlulah menjawab sekurang-kurangnya dua

    daripada empat soalan dengan betul.

  • 16

    3. Membaca dua daripada empat perkataan yang telah dipelajari dengan ketepatan

    80% dengan bantuan gambarajah.

    Kemahiran Bahasa : mendengar dan bertutur, membaca

    Tatabahasa : Frasa , kata nama am

    Nilai Murni : berani, yakin diri

    Kemahiran berfikir : menjana idea

    Kecerdasan pelbagai : verbal linguistik, intrapersonal, interpersonal

    Strategi : berpusat murid, berasaskan bahan

    Bahan Bantu Mengajar : Carta suku kata, kad suku kata, kad huruf, dan

    lembaran kerja.

    Pengetahuan Sedia Ada :Murid sudah mengenali dan boleh membunyikan huruf vokal a, i dan u.

    Analisis Tugasan/Konsep Pembelajaran:

    1. Mengenal huruf b, a, i dan u.

    2. Membunyikan huruf b, a, i dan u.

    3. Menggabungkan bunyi huruf untuk membentuk suku kata KV seperti ba, bi, bu.

    4. Menggabungkan suku kata (KV+KV) untuk membentuk perkataan

    LANGKAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Langkah

    / Masa

    Isi

    Pelajaran

    Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

    Set

    Induksi

    (5 minit)

    Pengenalan

    kepada

    topik.

    1. Murid diminta menyanyi bersama-sama

    lagu huruf vokal a,e,i,o,u mengikut klip

    video.

    2. Seorang murid diminta megambil kad

    imbasan yang mengandungi huruf-huruf

    vokal dan menunjukkannya di dalam

    kelas.

    Bahan bantu

    mengajar:

    Klip video a,e,i,o,u

    http://www.youtube.

    com/watch?v=LIkvf

  • 17

    3. Murid-murid mengenalpasti huruf yang

    ditunjukkan.

    4. Murid-murid diminta menyebut dan

    membunyikan huruf-huruf tersebut

    (Cth: a bunyinya aa, u bunyinya

    uu dan sebagainya).

    5. Guru memperkenalkan tajuk

    pembelajaran pada hari tersebut.

    murid-murid akan belajar dua bunyi

    huruf yang baru iaitu bunyi b. Kemudian,

    murid akan belajar juga gabungan bunyi

    huruf b dan c dengan huruf vokal iaitu a, i

    dan u.

    Ho0wLA

    Kad huruf

    Teknik:

    Nyanyian

    Kecerdasan

    Pelbagai:

    Intrapersonal

    Interpersonal

    Verbal linguistik

    Nilai:

    Kerjasama, yakin

    diri

    strategi:

    Berpusatkan murid

    Langkah

    1

    (20

    minit)

    Membunyi

    suku kata

    1. Murid dipamerkan kad imbasan huruf

    b

    2. Guru menyebut nama huruf b dan

    bunyinya bh beberapa kali.

    3. Guru mencantum kad huruf konsonan

    dan vokal di papan tulis.

    4. Guru membunyikan suku kata terbuka

    yang dibentuk lalu diikuti oleh murid.

    Contoh: ba bi bu

    5. Guru meletakan huruf-huruf yang

    Bahan Bantu

    Mengajar:

    Kad huruf

    Kad suku kata

    Kemahiran

    Berfikir:

    Kecerdasan

  • 18

    dipelajari secara rawak dan meminta

    murid menyusun semula di papan tulis

    supaya menjadi suku kata seperti yang

    telah dipelajari.

    6. Murid menyalin suku kata yang baru

    dipelajari ke dalam buku latihan

    masing-masing.

    Pelbagai:

    Verbal linguistik

    Strategi:

    Berpusatkan murid,

    berasaskan bahan

    Langkah

    2

    (15

    minit)

    1. Murid dipamerkan gambar bubu dan

    meminta murid menamakan objek

    tersebut.

    2. Murid diminta untuk memilih suku kata

    yang diperlukan daripada kad suku kata

    untuk menghasilkan perkataan bubu.

    3. Murid bersama-sama membaca perkataan

    bubu beberapa kali.

    4. Langkah pertama diulangi dengan

    menggunakan gambar-gambar lain seperti

    baba dan sebagainya..

    5. Seterusnya, guru meminta murid untuk

    membaca perkataan-perkataan yang

    dipelajari dengan mengeja dan

    membunyikan suku kata tersebut

    bersertakan bantuan gambarajah.

    Bahan Bantu

    Mengajar:

    Gambar

    Kad suku kata

    Kecerdasan

    Pelbagai:

    Verbal linguistik,

    Nilai:

    Yakin diri

    berani

    Strategi:

    berasaskan tugasan

    Langkah

    3

    Latihan

    pengukuhan

    1. Murid diedarkan lembaran kerja.

    2. Murid menjawab lembaran kerja dengan

    Bahan Bantu

    Mengajar :

  • 19

    (15

    minit)

    bimbingan guru.

    Lembaran kerja

    strategi:

    Berasaskan bahan

    Penutup

    (5 Minit)

    Pengukuhan 1. Guru meminta murid-murid untuk

    membaca balik suku kata yang terdapat

    pada carta suku kata.

    2. Guru bertanya kepada murid-murid

    tentang perkataan yang telah dipelajari

    pada hari ini.

    3. Guru memberitahu murid-murid bahawa

    dengan mengetahui suku kata, mereka

    boleh membina pelbagai perkataan.

    Bahan Bantu

    Mengajar:

    Carta suku kata

    PENUTUP

    Kemahiran membaca perlu diberi penekanan untuk mengatasi masalah membaca

    dikalangan kanak-kanak di peringkat awal. Sebagai guru, kita perlu memahami apa sahaja

    masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang akan diajar kerana kita perlu membuat rancangan

    pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid-murid. Membaca merupakan proses

    yang kompleks. Oleh itu terdapat beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai

    bacaan awal. Setiap kaedah bacaan awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan dan

    kelebihannya yang tersendiri. Ia terpulang kepada guru-guru untuk memilih kaedah mana yang

    lebih sesuai dengan murid-murid mereka.

  • 20

    Sebagai guru, kita perlu memahami apa sahaja masalah yang dihadapi oleh murid-murid

    yang akan diajar kerana kita perlu membuat rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan

    tahap kebolehan murid-murid. Membaca merupakan proses yang kompleks. Oleh itu terdapat

    beberapa kaedah untuk mengajar murid-murid mengenai bacaan awal. Setiap kaedah bacaan

    awal kanak-kanak ini terdapat beberapa kelemahan dan kelebihannya yang tersendiri. Ia

    terpulang kepada guru-guru untuk memilih kaedah mana yang lebih sesuai dengan murid-murid

    mereka.

    Maka, dapatlah disimpulkan bahawa membaca bukanlah satu proses yang mudah

    sebaliknya ia adalah gabungan beberapa proses yang kompleks. Membaca menggabungkan

    beberapa kemahiran iaitu pengamatan penglihatan yang diskriminatif (untuk mengenal dan

    membezakan bentuk-bentuk huruf), kemahiran mengingat, mendengar dan membezakan bunyi-

    bunyi dengan tepat dan jelas, menyebut bunyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf dan

    menggabungkan penyebutan bunyi-bunyi itu untuk membentuk perkataan.

  • 21

    BIBLIOGRAFI

    Azman Wan Chik (1979). Mengajar Bahasa Malaysia. Jilid 1: Perkaedahan. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaan Asas.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 1. Shah Alam:

    Penerbit Fajar Bakti.

    Isahak Harun (2006). Mudah Membaca Bahasa Melayu: Edisi Guru 2. Shah Alam: Penerbit

    Fajar Bakti.

    Saayah binti Abu, 2007. Menjadi Guru Tadika (perkembangan bahasa dan pembelajaran kanak-

    kanak). PTS Profesional Publishing sdn.bhd.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris ( 2013 ). KBS3043 Pengajaran Literasi: Membaca dan

    Menulis Bahasa Melayu. Perak: UPSI.

    Universiti Pendidikan Sultan Idris (2013). KAB3033 Awal Membaca Dan Menulis Bahasa

    Melayu. Perak: UPSI

    Zulkifley hamid, Abdullah hassan, 2006. Aplikasi Psikolinguistil (dalam pengajaran dan

    pembelajaran bahasa). PTS Profesional Publishing sdn.bhd.