ringkasan penemuan summary findings - dosm.gov.my · namun begitu, kadar pertumbuhan penduduk...

6
1 RINGKASAN PENEMUAN SUMMARY FINDINGS 1. SAIZ PENDUDUK 1. POPULATION SIZE Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia ialah 28.6 juta dan diunjurkan meningkat sebanyak 10 juta (35.0%) kepada 38.6 juta pada 2040. Namun begitu, kadar pertumbuhan penduduk tahunan menurun daripada 1.8 peratus pada 2010 kepada 0.6 peratus pada 2040. Keadaan ini adalah selaras dengan sasaran penurunan kadar kesuburan dan migrasi antarabangsa. In 2010, Malaysia’s population is 28.6 million and is projected to increase by 10 million (35.0%) to 38.6 million in 2040. However, the annual population growth rate decreased from 1.8 per cent in 2010 to 0.6 per cent in 2040. This situation is in tandem with the targeted decline in fertility rate and international migration. Carta 1: Unjuran penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk tahunan, Malaysia, 20102040 Chart 1: Population projection and annual population growth rate, Malaysia, 20102040 2. STRUKTUR UMUR 2. AGE STRUCTURE Penduduk yang berumur 014 tahun diunjurkan menurun daripada 27.4 peratus kepada 19.6 peratus bagi tempoh 20102040. Namun begitu, penduduk bagi kumpulan umur 1564 tahun dan 65 tahun dan lebih pula dijangka meningkat masingmasing sebanyak 1.4 dan 6.4 mata peratus bagi tempoh yang sama. Trend ini turut menyumbang kepada peningkatan umur penengah daripada 26.3 kepada 36.0 tahun (Jadual 1). Population for the age group 014 years is projected to decline from 27.4 percent to 19.6 percent for the period of 20102040. However, the population for the age group 1564 years and 65 years and over is expected to increase by 1.4 and 6.4 percentage point respectively for the same period. This trend contributed to the increment of the median age from 26.3 to 36.0 years (Table 1). 28.6 30.5 32.4 34.3 36.0 37.4 38.6 1.8 1.3 1.2 1.0 0.9 0.7 0.6 0.0 0.2 0.4 0.6 0.8 1.0 1.2 1.4 1.6 1.8 2.0 0.0 5.0 10.0 15.0 20.0 25.0 30.0 35.0 40.0 45.0 2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040 Kadar (%) Rate (%) Penduduk (juta) Population (million)

Upload: ngonga

Post on 23-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

RINGKASAN PENEMUAN

SUMMARY FINDINGS

1. SAIZ PENDUDUK 1. POPULATION SIZE

Pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia

ialah 28.6 juta dan diunjurkan meningkat

sebanyak 10 juta (35.0%) kepada 38.6 juta pada

2040. Namun begitu, kadar pertumbuhan

penduduk tahunan menurun daripada 1.8

peratus pada 2010 kepada 0.6 peratus pada

2040. Keadaan ini adalah selaras dengan

sasaran penurunan kadar kesuburan dan

migrasi antarabangsa.

In 2010, Malaysia’s population is 28.6 million

and is projected to increase by 10 million

(35.0%) to 38.6 million in 2040. However, the

annual population growth rate decreased

from 1.8 per cent in 2010 to 0.6 per cent in

2040. This situation is in tandem with the

targeted decline in fertility rate and

international migration.

Carta 1: Unjuran penduduk dan kadar pertumbuhan penduduk tahunan, Malaysia, 2010–2040

Chart 1: Population projection and annual population growth rate, Malaysia, 2010–2040

2. STRUKTUR UMUR 2. AGE STRUCTURE

Penduduk yang berumur 0–14 tahun

diunjurkan menurun daripada 27.4 peratus

kepada 19.6 peratus bagi tempoh 2010–2040.

Namun begitu, penduduk bagi kumpulan umur

15–64 tahun dan 65 tahun dan lebih pula

dijangka meningkat masing–masing sebanyak

1.4 dan 6.4 mata peratus bagi tempoh yang

sama. Trend ini turut menyumbang kepada

peningkatan umur penengah daripada 26.3

kepada 36.0 tahun (Jadual 1).

Population for the age group 0–14 years is

projected to decline from 27.4 percent to 19.6

percent for the period of 2010–2040.

However, the population for the age group

15–64 years and 65 years and over is

expected to increase by 1.4 and 6.4

percentage point respectively for the same

period. This trend contributed to the

increment of the median age from 26.3 to

36.0 years (Table 1).

28.6 30.5

32.4 34.3

36.0 37.4 38.6 1.8

1.3 1.2

1.0 0.9

0.7

0.6

0.0

0.2

0.4

0.6

0.8

1.0

1.2

1.4

1.6

1.8

2.0

0.0

5.0

10.0

15.0

20.0

25.0

30.0

35.0

40.0

45.0

2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040

Kadar (%) Rate (%)

Penduduk (juta) Population (million)

2

Jadual 1: Unjuran penduduk mengikut kumpulan umur, Malaysia, 2010–2040

Table 1: Population projection by age group, Malaysia, 2010–2040

Tahun Year

0–14 (‘000)

% 15–64 (‘000)

% 65+

(‘000) %

Umur penengah

Median age

2010 7,822.1 27.4 19,341.4 67.6 1,425.1 5.0 26.3

2015 7,733.4 25.4 20,971.9 68.8 1,779.9 5.8 28.2

2020 7,780.7 24.0 22,445.9 69.2 2,214.6 6.8 29.9

2025 8,009.5 23.4 23,533.4 68.6 2,751.3 8.0 31.5

2030 8,087.9 22.5 24,542.0 68.2 3,335.7 9.3 33.0

2035 7,893.4 21.1 25,606.1 68.5 3,889.9 10.4 34.5

2040 7,537.2 19.6 26,615.6 69.0 4,405.1 11.4 36.0

Sepanjang tempoh tersebut juga, penduduk

yang berumur 65 tahun dan lebih diunjurkan

meningkat lebih tiga kali ganda daripada

penduduk 2010. Peningkatan ini akan

menyebabkan Malaysia dijangka mengalami

penuaan penduduk1 pada tahun 2021 apabila

penduduk berumur 65 tahun dan lebih

mencapai 7.1 peratus.

During this period, the population aged 65

years and over is projected to increase more

than three folds of the 2010 population. The

increase will lead Malaysia to become an

aging population1 in 2021 when the

population aged 65 years and over reach 7.1

per cent.

Perubahan dalam struktur umur penduduk

boleh dilihat pada piramid penduduk. Pada

2010, piramid penduduk Malaysia berbentuk

regresif dan dijangka kekal sehingga 2040.

Piramid yang berbentuk regresif mempunyai

tapak yang lebih kecil menunjukkan kadar

kelahiran yang rendah dan mempunyai cerun

yang cembung menggambarkan kadar

kematian penduduk dewasa yang rendah

(Carta 2). Pada 2040, puncak piramid adalah

datar dan lebar menunjukkan penduduk tua

semakin ramai.

Changes in the age structure of the

population can be seen from the population

pyramid. In 2010, the shape of Malaysia

population pyramid is regressive and is

expected to remain until 2040. Regressive

population pyramid has a smaller base which

indicates a low birth rate and have convex

slopes which reflects that the adult

population mortality rate is low (Chart 2). In

2040, the pyramid shows a flat and boarder

apex indicating a rise in the elderly

population.

1Berdasarkan United Nations (UN), penuaan penduduk ialah apabila penduduk berumur 65 tahun dan lebih mencapai tujuh

peratus daripada jumlah penduduk.

Based on the United Nations (UN), the aging society is when the population aged 65 and over to achieve seven per cent of the total population.

3

Carta 2: Piramid penduduk Malaysia, 2010 dan 2040

Chart 2: Malaysia population pyramid, 2010 and 2040

2010 2040

3. NISBAH TANGGUNGAN

3. DEPENDENCY RATIO

Secara keseluruhannya, bagi tempoh

2010–2040 jumlah nisbah tanggungan

diunjurkan menurun daripada 47.8 kepada

44.9. Trend ini dipengaruhi oleh penurunan

nisbah tanggungan umur muda daripada 40.4

kepada 28.3. Nisbah tanggungan umur tua

dijangka meningkat lebih dua kali ganda iaitu

daripada 7.4 kepada 16.6. Ini bermaksud,

penduduk umur bekerja (15–64 tahun) perlu

menanggung jumlah penduduk tua yang

semakin meningkat.

Generally, total dependency ratio is projected

to decline from 47.8 to 44.9 for the period of

2010–2040. This trend is affected by the

decline in young age dependency ratio from

40.4 to 28.3. Old age dependency ratio is

expected to double from 7.4 to 16.6. This

means that the working age population

(15–64 years) would have to bear the

increasing number of old age population.

Carta 3: Nisbah tanggungan, Malaysia, 2010–2040

Chart 3: Dependency ratio, Malaysia, 2010–2040

1,500 1,000 500 0 500 1,000 1,500

0 - 4 5 - 9

10 - 14 15 - 19 20 - 24 25 - 29 30 - 34 35 - 39 40 - 44 45 - 49 50 - 54 55 - 59 60 - 64 65 - 69 70 - 74 75 - 79 80 - 84

85+

('000)

Um

ur

Ag

e Lelaki Male

Perempuan Female

47.8 45.4 44.5 45.7 46.5 46.0 44.9

40.4 36.9 34.7 34.0 33.0 30.8 28.3

7.4 8.5 9.9 11.7 13.6 15.2 16.6

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0

2010 2015 2020 2025 2030 2035 2040

Jumlah/Total Muda/Young Tua/Old

Nisbah/Ratio (bil

4

4. NISBAH JANTINA

4. SEX RATIO

Taburan penduduk mengikut jantina

menunjukkan bilangan penduduk lelaki masih

melebihi penduduk perempuan sepanjang

tempoh 2010–2040. Namun begitu, peratusan

penduduk lelaki semakin berkurangan daripada

51.5 peratus (2010) kepada 50.8 peratus (2040)

sebaliknya peratusan penduduk perempuan

meningkat daripada 48.5 kepada 49.2 peratus

bagi tempoh yang sama. Ini secara langsung

menyumbang kepada penurunan nisbah jantina

daripada 106.3 kepada 103.2.

Population distribution by sex shows that

male exceeds female for the period of

2010–2040. Nevertheless, the percentage of

male population decreased from 51.5 per

cent (2010) to 50.8 per cent (2040) whilst the

percentage of female increased from 48.5 to

49.2 per cent for the same period. This

directly contributes to the decrease in sex

ratio from 106.3 to 103.2.

Jadual 2: Taburan peratus penduduk mengikut jantina dan nisbah jantina mengikut kumpulan umur,

Malaysia, 2010–2040

Table 2: Percentage distribution by sex and sex ratio by age group, Malaysia, 2010–2040

Tahun

Year

% Penduduk % Population

Nisbah jantina Sex ratio

Lelaki Male

Perempuan Female

0–14 15–64 65+ Jumlah Total

2010 51.5 48.5 105.3 107.8 93.3 106.3

2015 51.3 48.7 105.4 106.8 92.6 105.5

2020 51.2 48.8 105.5 106.0 91.8 104.9

2025 51.1 48.9 105.6 105.8 90.3 104.4

2030 51.0 49.0 105.6 105.8 88.7 104.0

2035 50.9 49.1 105.6 106.2 84.6 103.6

2040 50.8 49.2 105.6 106.4 82.1 103.2

Nisbah jantina mengikut kumpulan umur

menunjukkan trend yang berbeza. Nisbah

jantina bagi kumpulan umur 0–14 tahun

menunjukkan peningkatan yang perlahan

setiap tahun bermula 105.3 (2010) kepada

105.6 (2040). Sebaliknya, dalam tempoh yang

sama kumpulan umur 15–64 tahun

menunjukkan penurunan daripada 107.8

kepada 106.4. Bagi kumpulan umur 65 tahun

dan lebih, bilangan lelaki lebih rendah daripada

perempuan dengan nisbah 93.3 lelaki bagi

setiap 100 perempuan (2010). Nisbah ini terus

menurun kepada 82.1 pada 2040. Keadaan ini

adalah kesan daripada jangkaan hayat

perempuan yang lebih tinggi daripada lelaki.

Sex ratio by age group shows a difference in

trend. Sex ratio for the age group 0–14 years

shows a slow increase each year commencing

105.3 (2010) to 105.6 (2040). In contrast, the

age groups of 15–64 years decrease from

107.8 to 106.4 for the same period. For 65

years and over, the number of male is lower

than female with a ratio of 93.3 males for

every 100 females (2010). This ratio is

expected to further decrease to 82.1 in 2040.

The contributing factor is due to the higher

life expectancy for females as compared to

males.

5

5. KOMPOSISI ETNIK

5. ETHNIC COMPOSITION

Secara keseluruhannya, semua etnik dijangka

mencatatkan peningkatan dalam jumlah

penduduk. Melayu mencatatkan peningkatan

tertinggi iaitu lebih enam juta penduduk

daripada 14.3 juta (2010) kepada 20.9 juta

(2040). Ini diikuti oleh Bumiputera Lain dan

Cina yang mencatatkan peningkatan masing-

masing sebanyak 1.8 juta dan 0.7 juta. India

dan Bukan warganegara pula mencatatkan

peningkatan sebanyak 0.4 juta manakala Lain-

lain mencatatkan peningkatan terendah iaitu

0.2 juta bagi tempoh yang sama.

On the whole, all ethnic groups are expected

to record an increase in the total population.

The Malays recorded the highest increase of

more than six million people from 14.3 million

(2010) to 20.9 million (2040). This is followed

by Other Bumiputera and Chinese with an

increase of 1.8 million and 0.7 million

respectively. Indians and non-Malaysian

citizens, however, increased by 0.4 million,

while the Others posted a low of 0.2 million

for the same period.

Jadual 3: Unjuran penduduk dan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan mengikut kumpulan

etnik, Malaysia, 2010–2040

Table 3: Population projection and average annual population growth rate by ethnic group, Malaysia,

2010–2040

Tahun Year

Melayu Malay

Bumiputera Lain

Other Bumiputera

Cina Chinese

India Indians

Lain-lain Others

Bukan warganegara

Malaysia Non-Malaysian

citizens

Bilangan penduduk (‘000) Number of population (‘000)

2010 14,322.1 3,354.7 6,430.4 1,924.9 232.0 2,324.5

2015 15,479.6 3,672.4 6,642.0 2,012.6 267.4 2,411.4

2020 16,717.7 4,005.0 6,827.1 2,096.5 306.1 2,488.8

2025 17,944.8 4,336.1 6,962.2 2,167.8 347.4 2,535.8

2030 19,083.2 4,647.9 7,042.2 2,220.9 389.8 2,581.7

2035 20,059.9 4,926.9 7,083.1 2,249.1 433.3 2,637.1

2040 20,865.5 5,166.7 7,098.9 2,257.8 477.3 2,691.6

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan (%) Average annual population growth rate (%)

2010–2015 1.55 1.81 0.65 0.89 2.84 0.73

2015–2020 1.54 1.73 0.55 0.82 2.71 0.63

2020–2025 1.42 1.59 0.39 0.67 2.53 0.37

2025–2030 1.23 1.39 0.23 0.48 2.30 0.36

2030–2035 1.00 1.17 0.12 0.25 2.12 0.42

2035–2040 0.79 0.95 0.04 0.08 1.94 0.41

6

Kadar pertumbuhan penduduk adalah berbeza

mengikut kumpulan etnik. Penurunan dan

kenaikan dalam kadar pertumbuhan sepanjang

tempoh unjuran adalah disebabkan oleh

perbezaan dalam paras kesuburan, kematian

dan migrasi bagi kumpulan etnik tersebut.

The population growth rate varies by ethnic

group. Changes in the growth rate over the

projection period are due to differences in

levels of fertility, mortality and migration

rates for these ethnic groups.

Etnik Lain-lain masih menunjukkan purata

kadar pertumbuhan tahunan penduduk di

tahap yang masih tinggi iaitu 1.94 jika

dibandingkan dengan etnik lain yang mencapai

tahap kurang daripada satu peratus pada 2040.

Situasi ini berlaku disebabkan oleh kesan

daripada kadar kesuburan yang masih tinggi

bagi etnik tersebut. Bagi penduduk bukan

warganegara pula, kadar pertumbuhan

penduduk menurun daripada 0.73 peratus

kepada 0.41 peratus bagi tempoh 2010 hingga

2040.

The average annual population growth rate

for Others remain high at 1.94 as compared

to other ethnic group which achieved less

than one percent in 2040. This situation

occurs due to high fertility rate for this ethnic.

For the non-Malaysian citizens, average

annual population growth rate decline from

0.73 per cent to 0.41 per cent for the period

of 2010 to 2040.

Taburan peratus bagi Cina dan India

menunjukkan penurunan kerana kadar

pertumbuhannya terus menurun di sepanjang

tempoh 2010–2040. Peratus penduduk Cina

yang menurun daripada 22.5 pada tahun 2010

kepada 18.4 peratus pada 2040 adalah kesan

daripada penurunan kadar kesuburan.

The percentage distribution of the Chinese

and Indians showed a reduction as the

annual growth rate keep on decreasing

during the period of 2010–2040. The

percentage of the Chinese population has

declined from 22.5 in 2010 to 18.4 per cent in

2040 as the result of the decrease in fertility

rate.

Carta 4: Taburan peratus penduduk mengikut etnik, Malaysia, 2010 dan 2040

Chart 4: Percentage distribution by ethnic group, Malaysia, 2010 and 2040

0.0

10.0

20.0

30.0

40.0

50.0

60.0 50.1

11.7

22.5

6.7 0.8

8.1

54.1

13.4 18.4

5.9 1.2

7.0

2010 2040

Melayu Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan warganegara Malay Other Bumiputera Chinese Indians Others Malaysia Non-Malaysian citizens

Peratus/Per cent