refleksi gimnastik bob

Upload: mustafa-ali

Post on 02-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Refleksi Gimnastik Bob

    1/2

    NAMA : MOHD NASRUL HISYAM BIN ZAUKAFALI

    NO K/P : 820615-03-5781

    REFLEKSI

    Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana akhirnya telah berjaya menyiapkan tugasan ini

    dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah, En. Poniran bin

    Salamon di atas panduan dan bimbingan yang diberikan sepanjang proses

    penghasilan tugasan ini. Tugasan ini memerlukan kami menghasilkan satu Buku

    Panduan pengajaran Kemahiran Asas Gimnastik dan melaksanakan satu sesi

    pengajaran mikro berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian yang dibuat.

    Bagi tugasan yang pertama, iaitu menyediakan Buku Panduan Gimnastik,

    saya terpaksa mencari bahan daripada pelbagai sumber. Saya banyak melayari

    internet dan juga mendapatkan buku-buku rujukan dan bahan bacaan lain yang

    berkaitan gimnastik. Gabungan daripada pelbagai maklumat ini saya murnikan

    menjadi satu buku panduan agar boleh digunakan untuk pengajaran gimnastik di

    sekolah. Selain itu, saya juga banyak berbincang dengan rakan-rakan untuk

    mendapatkan maklumat yang jelas tentang pelaksanaan tugasan ini.

    Bagi tugasan kedua pula, kami memilih kemahiran guling hadapan sebagai

    tajuk pengajaran mikro yang perlu dilaksanakan. Kumpulan saya pengajaran mikro

    mengikut RPH yang disediakan. Pengajaran ini telah dilakukan oleh salah ahli

    kumpulan kami iaitu En. Mustafa kerana beliau merupakan guru yang berkemahiran

    dalam sukan gimnastik. Kami menghadapi sedikit masalah kerana tidak mempunyai

    tilam gimnastik yang sesuai. Saya menggunakan tilam lompat tinggi yang tebal

    menyebabkan agak sukar untuk murid-murid melakukan kemahiran guling hadapan.

    Oleh itu, Saya sentiasa berwaspada dan mengingatkan murid-murid agar berhati-hati

    bagi mengelakkan berlaku sebarang kecederaan.stik. Kami telah menggunakan

    kaedah latih tubi yang sesuai bagi membolehkan murid dapat melakukan kemahiran

    guling belakang dengan selamat dan lakuan yang betul.

    Sepanjang melaksanakan kedua-dua tugasan ini, banyak pengetahuan baru

    yang saya perolehi. Pengetahuan baru yang paling banyak saya dapat ialah tentang

  • 7/27/2019 Refleksi Gimnastik Bob

    2/2

    latihan-latihan atau latih tubi yang sesuai mengikut kemahiran-kemahiran yang ada

    dalam gimnastik. Secara tidak langsung ia menambahkan keyakinan saya untuk

    melakukan pengajaran memandangkan pengajaran kemahiran gimnastik ini agak

    berisiko. Saya juga percaya murid-murid akan lebih berminat apabila mereka mampu

    melaksanakan sesuatu kemahiran.

    Kesimpulannya, saya telah cuba menyiapkan tugasan ini dengan sebaik-

    baiknya. Banyak ilmu pengetahuan dan maklumat yang telah saya dapat sepanjang

    menyiapkan tugasan ini. Saya yakin, segala pengetahuan yang diperoleh ini amat

    berguna kepada sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani. Saya akan

    menggunakan segala pengetahuan ini dengan sebaik-baiknya untuk kebaikan diri

    saya dan juga orang lain.

    Disediakan oleh :

    ...

    (MOHD NASRUL HISYAM BIN ZAUKAFALI)