topik 3 pengenalan gimnastik pendidikan

33
PENGENALAN Gimnastik Pendidikan adalah satu pendekatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Ia memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Pendidikan adalah secara tidak formal. Pendekatannya ialah melalui tugasan dalam bentuk pergerakan. Dalam topik ini, Gimnastik Pendidikan akan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa dan pelbagai bahagian tubuh badan. T T o o p p i i k k 3 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Melakukan kemahiran gimnastik pendidikan dengan teknik yang betul; dan 2. Mengaplikasikan kemahiran gimnastik pendidikan dalam gaya pergerakan yang kreatif dan unik.

Upload: yashini-yash

Post on 27-Oct-2015

316 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

gimnastik

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� PENGENALAN

Gimnastik Pendidikan adalah satu pendekatan dalam pergerakan artistik dan kreatif. Ia memberi tumpuan kepada pembelajaran individu yang unik dari segi gaya pergerakan, pembelajaran dan perkembangan pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Pendidikan adalah secara tidak formal. Pendekatannya ialah melalui tugasan dalam bentuk pergerakan. Dalam topik ini, Gimnastik Pendidikan akan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa dan pelbagai bahagian tubuh badan.

TTooppiikk

33

� Pengenalan Gimnastik Pendidikan

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Melakukan kemahiran gimnastik pendidikan dengan teknik yangbetul; dan

2. Mengaplikasikan kemahiran gimnastik pendidikan dalam gaya pergerakan yang kreatif dan unik.

Page 2: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 60

GIMNASTIK PENDIDIKAN

Gimnastik Pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma. Pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan menjadi asas kepada pergerakan artistik dan gimnastik irama. Pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan adalah berasaskan lapan tema iaitu:

(a) Kesedaran tubuh badan;

(b) Kesedaran ruang;

(c) Kesedaran masa;

(d) Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan;

(e) Kesedaran beban;

(f) Kesedaran aliran;

(g) Kesedaran perkaitan dengan orang lain; dan

(h) Kesedaran ritma. Empat tujuan Gimnastik Pendidikan ialah:

(a) Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan;

(b) Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran;

(c) Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah; dan

(d) Memupuk penghargaan estetik bagi pergerakan yang baik. Semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi Kemahiran Gimnastik Pendidikan, guru harus menitikberatkan aspek keselamatan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Topik 1. Aspek keselamatan sangat penting bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang melibatkan aktiviti pergerakan keseluruhan tubuh badan. Selain itu, guru harus menerapkan nilai-nilai murni dalam pergerakan yang diajar di samping memastikan setiap tugasan yang diberi kepada pelajar menghasilkan taraf kecergasan yang bermakna.

3.1

Page 3: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 61

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN GIMNASTIK PENDIDIKAN

Sebelum membincangkan mengenai tema-tema yang terdapat dalam Pergerakan Gimnastik Pendidikan, harus diingat bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Gimnastik Pendidikan terdapat beberapa prinsip penting yang perlu diberi tumpuan seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Gimnastik Pendidikan

Prinsip Penerangan

Kesedaran Tubuh Badan Guru perlu memberi penekanan mengenai penggunaan dan pengolahan tubuh badan sebagai alat untuk menyelesaikan masalah. Oleh yang demikian, konsep tugasan yang terdapat dalam Kemahiran Gimnastik Pendidikan adalah berlandaskan kepada kreativiti pelajar menyelesaikan tugasan melalui olahan tubuh badan, dengan bimbingan guru.

Aspek Pergerakan Aspek pergerakan dalam Gimnastik Pendidikan merangkumi ruang, masa, beban dan aliran. Kreativiti pergerakan yang dihasilkan dalam tugasan akan lebih terserlah jika diserap dengan satu atau lebih aspek pergerakan.

Konsep Kendiri yang Positif

Guru perlu menggalakkan keyakinan pelajar untuk melakukan tugasan yang diberi kerana hanya dengan keyakinan maka potensi pelajar dapat digilap dalam Gimnastik Pendidikan.

Konsep Pergerakan Melalui Penggunaan Kemahiran

Pelbagai kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor sebagaimana yang telah dibincangkan dalam Topik 1 boleh digunakan untuk melakukan pergerakan bagi menyelesaikan masalah yang diberi.

Penerokaan, Penjelajahan, Penemuan dan Daya Cipta

Gimnastik Pendidikan harus dipelajari oleh pelajar melalui proses penerokaan, penjelajahan, penemuan dan daya cipta secara bersendirian atau berkumpulan. Tidak ada satu cara yang paling tepat untuk menyelesaikan tugasan, tetapi kreativiti dalam menyelesaikan tugasan itulah yang paling utama.

Kreativiti dan Nilai Estetik

Kebebasan dalam mengolah tugasan serta tindak balas yang berbeza boleh menghasilkan daya cipta kreativiti. Setiap hasil tugasan mempunyai nilai estetik yang tersendiri. Oleh yang demikian, guru harus memastikan bahawa pelajar dapat menghasilkan kreativiti masing-masing dalam tugasan.

3.2

Page 4: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 62

KESEDARAN TUBUH BADAN

Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak tangan, jari dan lengan), torso, kaki (termasuk tapak kaki dan jari kaki). Semua pergerakan dalam tema tersebut melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya kekuatan otot, ketangkasan, imbangan dan koordinasi. Jadual 3.2 menyenaraikan jenis-jenis pergerakan dalam tema Kesedaran Tubuh Badan.

Jadual 3.2: Jenis-jenis Pergerakan Dalam Tema Kesedaran Tubuh Badan

Jenis Pergerakan Maksud Jenis Pergerakan Aktiviti

Bergerak secara sentuhan berselang.

Bergerak dengan bahagian pada tubuh badan berselang- seli menyentuh lantai.

� Berjalan, berlari, merangkak dan berjalan secara melutut.

Bergerak secara sentuhan selalu.

Bergerak dengan bahagian tubuh badan menyentuh lantai sentiasa.

� Gulingan, guling balak, menarik dan menolak.

Bergerak tanpa sentuhan seketika.

Bergerak dengan seluruh tubuh badan di udara seketika

� Lompat bintang, lompat dakap dan lompat layang.

Menyokong beban pada bahagian tubuh.

Bergerak dengan beban di bahagian tubuh.

� Membawa pundi kacang di atas kepala serta menggolekkan bola kecil di atas belakang badan

Membuat berbagai bentuk dengan bahagian tubuh badan.

Membentukkan tubuh badan menjadi besar, kecil, panjang dan pendek.

Pergerakan mengikut situasi seperti: � Bunga sedang kembang � Arnab tidur dalam

lubang � Galah menjulang awan � Kain dilipat dua

Membekukan tubuh badan.

Berhenti bergerak apabila isyarat diberi.

� Galop � Lompat kanggaru dalam

arah zig-zag

Merangkaikan dua atau lebih pergerakan.

Merangkaikan beberapa kemahiran ke dalam satu bentuk permainan kecil.

� Lompat ke dalam gelung rotan

� Menyusup di bawah palang

� Berlari dan melompat melepasi palang

3.3

Page 5: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 63

KESEDARAN RUANG

Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ruang untuk melakukan pergerakan terbahagi kepada dua iaitu:

(a) RRuang Diri Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi kita iaitu sejauh mana yang boleh

dicapai oleh bahagian tubuh badan.

(b) RRuang Am Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan dalam

melakukan pergerakan.

Ruang digunakan untuk menimbulkan sesuatu mood atau perasaan. Sebagai contohnya, ruang ditolak seolah-olah mengasingkan badan dari ruang untuk menunjukkan perasaan tidak suka. Perasaan gembira pula dikemukakan bila tubuh digunakan untuk meneroka ruang iaitu dengan cara melompat dari satu tempat ke tempat yang lain. Daya cipta kreatif juga dapat dilihat dalam cara kawasan kesedaran ruang digunakan untuk menimbulkan atau menyampaikan sesuatu idea atau perasaan.

Terdapat beberapa subkemahiran yang perlu dikuasai dalam tema kesedaran ruang seperti berikut:

(a) Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang;

(b) Membuat pergerakan menggunakan ruang diri;

(c) Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras;

(d) Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah; dan

(e) Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan.

Mari kita bincangkan tentang subkemahiran yang disebutkan tadi.

(a) BBergerak Berbagai-bagai Cara Menggunakan Ruang Pergerakan dalam subkemahiran ini dilakukan dengan pelbagai cara dari

satu tempat ke satu tempat dilingkungi kawasan. Di dalam dewan yang kosong contohnya, kita boleh bergerak bebas dari satu tempat ke satu tempat lain. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan cara berjalan, merangkak, berlari dan melompat. Selain daripada itu, pergerakan juga boleh dilakukan dengan menggunakan alatan. Contoh pergerakan ialah pelajar berjalan dari satu sudut ke satu sudut di dalam dewan dengan melantunkan bola. Dalam hal ini, kesemua pergerakan yang dilakukan melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan dan kekuatan otot.

3.4

Page 6: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 64

(b) MMembuat Pergerakan Menggunakan Ruang Diri Pergerakan menggunakan ruang diri bermaksud melakukan pergerakan

yang melibatkan keseluruhan bahagian tubuh badan. Dalam erti kata lain, pergerakan ini bergantung pada sejauh mana anggota boleh digerakkan. Selagi pergerakan yang dilakukan tidak melibatkan perubahan tempat, maka pergerakan itu menggunakan ruang diri. Pergerakan ini melibatkan komponen kecergasan fizikal terutamanya ketangkasan, imbangan dan kelenturan.

(c) BBergerak Menggunakan Berbagai-bagai Aras Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras bermaksud pergerakan yang

dibuat dengan menggunakan ruang diri dan ruang am. Ia boleh dilakukan dengan pelbagai aras iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Aras pergerakan ditentukan apabila satu pergerakan dibandingkan dengan pergerakan yang lain. Pergerakan menggunakan berbagai-bagai aras ini pula melibatkan komponen kecergasan terutamanya kekuatan otot, ketangkasan dan imbangan.

(d) BBergerak Menggunakan Pelbagai Arah Dalam bergerak menggunakan berbagai arah bermaksud satu pergerakan

yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut arah yang digemarinya. Contoh pergerakan ini ialah buaya merangkak.

(e) BBergerak Menggunakan Pelbagai Laluan Dalam bergerak menggunakan berbagai laluan bermaksud satu pergerakan

yang membolehkan perlakunya bergerak mengikut laluan yang dipilih. Contoh pergerakan ini ulat menyusur.

KESEDARAN MASA

Berdasarkan tema ini, pergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat dan serta-merta. Faktor ruang seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan pelbagai peralatan akan mempengaruhi kelajuan sesuatu pergerakan. Kesedaran masa juga mempunyai kaitan dengan aspek kecergasan fizikal seperti kelajuan.

3.5

Page 7: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 65

3.5.1 Bergerak untuk Menghasilkan Kelajuan Berbeza

Dalam pergerakan ini, aktiviti yang dilakukan ialah bergerak dengan pelbagai kelajuan contohnya cepat, lambat dan serta-merta. (a) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

(b) Berjalan cepat

(c) Berhenti dan berdiri tegak

Page 8: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 66

(d) Berjalan lambat

(e) Berhenti dan berdiri tegak

(f) Berjalan serta-merta

Page 9: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 67

(g) Berhenti dan berdiri tegak

3.5.2 Bergerak dengan Memilih Kelajuan yang Sesuai

Dalam kemahiran ini, pelaku boleh memilih kelajuan pergerakan untuk disesuaikan dengan situasi ruang, alat dan kemampuan pelajar. Konsep yang diutarakan ialah perbezaan pergerakan dan kelajuan yang sesuai dengan kemahiran atau alatan yang digunakan. Bergerak untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza. Contoh aktiviti: (a) Bergerak seperti ulat

Page 10: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 68

(b) Berhenti dan berdiri tegak

3.5.3 Bergerak dengan Mengawal Kelajuan (Serta-merta)

Dalam kemahiran, ini pelaku akan bergerak dengan pelbagai kelajuan yang terkawal sama ada secara pantas (serta-merta) atau secara lambat mengikut arahan atau keperluan gerakan. Contoh aktiviti:

(a) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

Page 11: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 69

(b) Berjalan cepat

(c) Berjalan lambat

(d) Melompat

Page 12: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 70

(e) Mendarat

(f) Berguling ke hadapan

(g) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

Page 13: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 71

3.5.4 Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menghasilkan Kelajuan yang berbeza

Menggerakkan tubuh badan untuk menghasilkan kelajuan yang berbeza ertinya kita menggerakkan anggota tubuh badan untuk kelajuan yang berbeza. Kelajuan yang berbeza adalah dalam bentuk cepat, lambat, serta-merta dan kawalan lambat. (a) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan

(b) Hayun tangan dengan perlahan

Page 14: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 72

(c) Hayun tangan dengan cepat

3.5.5 Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Memilih Kelajuan yang Sesuai

Dalam kemahiran gerakan ini, pelaku dikehendaki meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai. (a) Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

Page 15: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 73

(b) Buat dirian tangan dan kedua belah kaki lurus ke atas

(c) Turunkan sebelah kaki perlahan-lahan ke lantai

(d) Berdiri tegak dan luruskan tangan di atas

Page 16: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 74

3.5.6 Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Mengawal Kelajuan

Kemahiran ini menghendaki pelakunya melakukan pergerakan serta-merta dan kawalan lambat. (a) Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan segera.

(b) Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan laju.

(c) Hayunkan kaki dan tangan ke arah yang berlawanan dengan perlahan.

Page 17: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 75

3.5.7 Merangkai Pergerakan dengan Menggunakan Dua atau Lebih Aspek Kelajuan dan Tempo

Dalam kemahiran ini, pelakunya perlu meneroka pelbagai pergerakan mengikut kelajuan dan tempo yang sesuai. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan: (a) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

(b) Berlari

Page 18: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 76

(c) Melompat dengan meluruskan tangan di atas.

(d) Menghayunkan tangan dan kaki ke arah berlawanan.

(e) Mendarat dengan meluruskan tangan ke belakang dan membengkokkan

kedua-dua lutut.

Page 19: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 77

(f) Duduk mencangkung dengan meluruskan kedua belah tangan ke hadapan.

(g) Melompat sambil mendepangkan tangan dan mengangkangkan kedua-dua

belah kaki.

KESEDARAN BERKAITAN PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh badan dengan alatan.

3.6

Page 20: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 78

3.6.1 Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak dengan menggunakan dua bahagian tubuh badan. Aktiviti yang dilakukan adalah: (a) Melompat sambil mencangkung dengan kedua-dua belah tangan lurus ke

hadapan.

(b) Berdiri sambil membengkokkan sebelah lutut dengan mendepangkan

kedua-dua belah tangan ke atas.

Page 21: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 79

(c) Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan di atas lantai sambil sebelah kaki diangkat ke atas dan sebelah lagi memijak lantai.

(d) Menyokong badan dengan kedua-dua belah tangan sambil

mengangkangkan kedua-dua belah kaki di udara.

(e) Kedua-dua belah tangan mendekam ke lantai dengan sebelah kaki lurus

dan sebelah lagi dibengkokkan di atas lantai.

Page 22: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 80

(f) Berdiri tegak dengan mendepangkan kedua-dua belah tangan ke atas.

3.6.2 Menggerakkan Bahagian Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan antara Satu Bahagian Tubuh Badan dengan yang Lain

Dalam pelakuan ini, pelaku akan menggerakkan bahagian tubuh badan yang akan menukar bentuk kepada pergerakan badan yang lain. Dalam kemahiran ini, faktor imbangan akan membantu pertukaran pergerakan. (a) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi dan kaki dirapatkan.

Page 23: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 81

(b) Berdiri atas sebelah kaki dengan sebelah kaki lagi diangkat ke belakang lurus selari dengan permukaan lantai dengan tangan lurus ke hadapan.

(c) Berdiri atas sebelah kaki dengan tangan didepangkan dan sebelah kaki

diangkat ke hadapan selari dengan permukaan lantai.

(d) Sebelah tangan dan sebelah kaki yang dibengkokkan menyokong badan di

lantai sambil tangan dan kaki sebelah lagi lurus ke atas.

Page 24: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 82

(e) Kedua belah tangan mendekam ke lantai, sebelah lutut dan hujung jari kaki jejak ke lantai, badan dilentikkan sambil sebelah kaki lagi lurus ke atas.

3.6.3 Bergerak untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan

Kemahiran ini memerlukan pelakunya bergerak dengan pelbagai cara bergantung kepada jenis alatan seperti melompat dan lain-lain. (a) Berlari menuju ke arah alatan

(b) Melompat melepasi alatan dengan kedua-dua belah tangan diangkat ke

atas. Mendarat dengan kedua-dua belah kaki yang dibengkokkan dan kedua-dua belah tangan lurus ke hadapan.

Page 25: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 83

3.6.4 Menggerakkan Tubuh Badan untuk Menunjukkan Perkaitan Bahagian Tubuh Badan dengan Alatan

Pelakuan yang dilakukan dalam kemahiran ini ialah menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan dilakukan sama ada di atas, di bawah atau sebagai halangan. (a) Bergerak perlahan menyusur di atas peti lombol dengan melembutkan

anggota badan.

(b) Menyokong kepala dengan kedua belah tangan dan menolak badan serta

kaki untuk membuat gulingan ke hadapan di atas bangku gimnastik.

Page 26: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 84

3.6.5 Menyokong Badan di atas Satu Tapak Sambil Menggerakkan Bahagian Badan yang Lain untuk Mendapatkan Kestabilan

Kemahiran ini membolehkan pelakunya menyokong badan di atas bahagian tubuh badan yang stabil, contohnya tapak kaki, tangan, lutut, punggung dan lain-lain. (a) Buat dirian tangan sambil badan dan kaki lurus ke atas.

(b) Buat dirian tangan sambil mendepankan kedua belah kaki ke udara.

Page 27: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 85

3.6.6 Mengalihkan Beban dari Pergerakan yang Stabil ke Pergerakan Baru dengan Menggunakan Bahagian Tubuh Badan untuk Mendahului Pergerakan

Dalam kemahiran ini, pelaku akan bergerak, mengalih atau menukar dari keseimbangan asal ke tapak yang lain, contohnya dari sokongan tangan ke kaki. Pelaku mesti tahu bahagian tubuh badan yang sesuai untuk memulakan gerakan. (a) Berdiri dengan tangan lurus ke hadapan dan lutut dibengkokkan. Jatuhkan

bahagian pinggul dan belakang.

(b) Sokong dan tolak badan dengan kedua-dua belah tangan apabila tiba di

bahagian tengkuk. Gulingkan badan ke belakang.

Page 28: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 86

(c) Kembali ke posisi berdekam dengan kedua-dua belah kaki diturunkan perlahan-lahan.

(d) Berdiri tegak dengan tangan lurus di sisi.

Page 29: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 87

3.6.7 Mencipta Tubuh Badan Setelah Menentukan Kedudukan Bahagian Tubuh Badan

Dalam kemahiran mencipta tubuh badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan, pelaku perlu bergerak untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki. (a) Berdiri tegak, tangan di sisi.

(b) Bengkokkan lutut dan rengkukkan badan.

Page 30: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 88

(c) Tolak lutut dan punggung ke depan, diikuti dengan pergerakan dada ke depan serta kepala ke belakang.

(d) Gerakkan tangan ke belakang dan terus ke atas.

(e) Akhiri pergerakan atas bebola kaki dan tangan diangkat lurus ke atas.

Page 31: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 89

� Gimnastik Pendidikan memberi tumpuan kepada pergerakan asas yang

berkaitan dengan bentuk tubuh badan, ruang, masa aliran dan ritma.

� Membangunkan kesedaran dan konsep tubuh badan.

� Membangunkan kemahiran melalui pembelajaran kemahiran.

� Membangunkan konsep-konsep pergerakan melalui penggunaan kemahiran dalam situasi-situasi penyelesaian masalah.

� Memupuk penghargaan estetik bagi pergerakan yang baik.

� Kesedaran tubuh badan melibatkan bahagian luaran tubuh seperti kepala, bahu, tangan (termasuk tapak tangan, jari dan lengan), torso, kaki (termasuk tapak kaki dan jari kaki).

� Ruang adalah merujuk kepada kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan.

� Kesedaran perkaitan antara pelbagai bahagian tubuh badan membawa maksud gerakan yang mempunyai hubungan antara tubuh badan dengan bahagian tubuh badan yang lain atau antara tubuh badan dengan alatan.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Nyatakan lapan tema yang terdapat dalam Gimnastik Pendidikan.

2. Berikan objektif pengajaran dan pembelajaran Gimnastik Pendidikan.

3. Berikan aktiviti yang dilakukan dalam kesedaran ruang.

Page 32: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

� TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN 90

Aliran

Gimnastik pendidikan

Kawalan lambat

Masa

Ritma

Ruang

Buschner, C. A. (1994). Teaching children movement concepts and skills.

Champaign, IL: Human Kinetics.

Gallahue, D. L. (1996). Developmental physical education for todayÊs children (3rd ed.). Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching physical education: Becoming a master teacher. Champaign, IL: Human Kinetic.

Hopple, C. J. (1995). Teaching for outcomes in elementary physical education: A guide for curriculum and assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Jasma, P., & French, R. (1994). Special physical education: Physical activity, sports and recreation. N. Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1997). Buku Panduan Pendidikan Pergerakan: Gimnastik Artistik. Kuala Lumpur: DBP.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Kurikulum Kebangsaan Prasekolah Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mosston, M. (1981). Teaching physical education. London Sydney: Charles E. Merill Pub, Co, A. Bell, Howell.

Page 33: Topik 3 Pengenalan Gimnastik Pendidikan

TOPIK 3 PENGENALAN GIMNASTIK PENDIDIKAN � 91

Pangrazi, R. P., & Dauer, V. P. (1992). Dynamic physical education for elementary school children (10th ed.). N.Y. Macmillan.

Randall, L. E. (1992). The student teacherÊs handbook for physical education. Champaign IL: Human Kinetics.

Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.

Yusof Ismail. (1994). Gimnastik. Shah Alam: Fajar Bakti.