definisi refleksi

42
Definisi Refleksi Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100– 101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar. Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan. Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

Upload: winter-sonata

Post on 18-Feb-2015

351 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

k

TRANSCRIPT

Page 1: Definisi Refleksi

Definisi Refleksi

Dalam bukunya How We Think (1933), Dewey menghuraikan pemikiran refleksi sebagai satu cara menghadapi situasi bermasalah. Seseorang itu akan melalui proses aktif dan sedar dengan memikirkan masalah secara refleksi dan menyelesaikannya secara praktik. Dewey (1933) mendefinisikan pemikiran refleksi sebagai "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" (p. 9). Dengan berfikir secara refleksi, seseorang boleh "transform a situation in which there is experienced obscurity, doubt, conflict, disturbance of some sort, into a situation that is clear, coherent, settled, harmonious" (pp. 100–101). Dengan erti kata lain, seseorang boleh mengubah suatu keadaan keraguan, konflik, dan gangguan yang dialami kepada keadaan yang nyata, koheren, tenang dan harmonis. Menurut Dewey proses manusia berfikir bermula dengan permasalahan yang dihadapinya atau keraguan yang dirasai atau dihadapi seseorang. Selagi hubungan kita dengan persekitaran berada dalam keadaan selesa, kita tidak berfikir sepenuhnya. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang tidak selesa, bermasalah dan berlainan daripada kebiasaan kita mula berfikir secara reflektif untuk mencari penyelesaiannya. Maka terbitlah idea-idea atau cadangan –cadangan bagi mencari jalan keluar. 

Munurut Hanipah (2004) refleksi mengikut sesetengah orang adalah satu ulasan terhadap amalan seseorang untuk memastikan ketepatan atau keakurannya kepada satu-satu peraturan yang telah ditentukan. Refleksi juga boleh dilihat sebagai menjadikan satu situasi bermasalah dalam amalan seseorang itu sebagai satu cara memperoleh pemahaman atau pengertian baru dalam amalannya. Hanipah juga mendefinisikan refleksi sebagai satu proses merenung, menganalisis dan mencari alasan dan seterusnya membuat cadangan dan tindakan untuk memperbaiki diri yang dilakukan secara berterusan.Dalam konteks perguruan, kebolehan membuat tranformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang boleh dilaluinya. Menurut Shulman (1987) dalam konteks perguruan, kebolehan membuat transformasi dan refleksi membolehkan guru sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada apa yang telah dilaluinya.

Page 2: Definisi Refleksi

AUG

17

Peranan RefleksiPosted by zul

Apakah peranan refleksi dalam belajar mengajar? Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif semasa menilai semula pengajarannya. Untuk mengatasi masalah atau mengubah amalan pengajarannya, guru dapat melihat, mengkaji dan menentukan alternative-alternatif dalam membuat keputusan. Antara peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk mengubah tingkalaku atau amalannya.

Antara kepentingan refleksi ialah guru permulaan boleh dibantu melaksanakan refleksi dan mempelajari nilai refleksi dalam pengajaran dan pembelajaran pembelajaran Malahan, sama ada di dalam atau pun di luar negara, kita melihat seperti telah berkembang suatu budaya di mana bakal guru digalakkan untuk mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead (1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan menyoal tujuannya. Saranan ini selaras dengan pandangan yang menganggap bahawa amalan refleksi memberi peluang kepada kita untuk menyiasat secara kritis kepercayaan, anggapan-anggapan yang tersirat, amalan pengajaran dan akibat amalan pengajaran tersebut (Dewey, 1933; Schon, 1987). Bagi John Dewey (1933), seseorang yang mengamalkan pemikiran reflektif akan terhindar daripada

Page 3: Definisi Refleksi

bersifat impulsive. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan guru membuat keputusan dalam proses pendidikan. Seterusnya, pandangan tentang terdapatnya kata sepakat bahawa amalan reflektif membawa ke arah pertumbuhan profesional (Van Manen, 1977), menyokong pandangan Wildman, et al, (1990). Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al., (2000 ) yang menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan reflektif dalam karier seorang guru.

Seterusnya amalan reflektif juga membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap perkembangan kendiri. Pandangan lain menjelaskan bahawa amalan reflektif menghasilkan kemajuan kepada bakal guru melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif, perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal .Ringkasnya, dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru:

• membuat penilaian kendiri• berfikir secara analitik, kritis dan kreatif• menganalisis perkara-perkara penting proses bekerja dan hasil

kerja• melihat alternatif-alternatif dalam membuat keputusan• mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual, moral,

nilai & estetika• mengubah tingkahlaku

Page 4: Definisi Refleksi

Refleksi RPH

PENGAJARAN TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

TUGASAN 2: REFLEKSI RPH

DISEDIAKAN OLEH:

NOR AZLINA BINTI AMIN

(D20102043060)

013-4746242

SABRINA BINTI IDRIS

(D20102041456)

019-4661054

Page 5: Definisi Refleksi

Penulisan Refleksi.PENGENALAN

Refleksi sering digunakan secara intensif di dalam proses pengajaran. Refleksi dianggap

sebagai komponen yang penting di dalam meningkatkan profesionalisme guru pelatih mahupun

guru di dalam perkhidmatan. Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan

konsep refleksi di dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen

utama di dalam pendidikan guru.

Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Kolb, 1984).

Kepentingan menyediakan refleksi terbentuk hasil daripada sesetengah tingkahlaku guru yang

hanya menyendiri di dalam konteks pembelajaran murid. Keadaan apabila berhadapan dengan

bilangan pelajar-pelajar yang ramai (kadang-kala sehingga lebih daripada 30 orang)

menyebabkan kadang-kala guru hampir tidak dapat berfikir tentang apa yang telah dilakukan di

dalam proses pengajaran mereka. Namun, kini guru-guru sedar tentang kepentingan membuat

refleksi iaitu menganalisa semula apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran mereka.

Guru-guru tidak boleh hanya bergantung kepada tugas rutin yang dilaksanakan di dalam sekolah

seperti merekodkan markah, mengendalikan kes disiplin pelajar-pelajar ataumenulis rancangan

menajar untuk kelas hari berikutnya. Guru perlu memikirkan tentang cara-cara yang lebih kritikal

untuk memperbaiki amalan pengajaran mereka. Cara produktif menulis refleksi dengan mengimbau

kembali apa yang telah dilakukan di dalam proses pengajaran jarang dilakukan (Dewey, 1933).

Page 6: Definisi Refleksi

Gibbs (1988) berpendapat bahawa tindakan membuat refleksi adalah peri laku membuat

peta minda terhadap apa yang telah dilakukan di dalam kelas. Proses refleksi akan membolehkan

seseorang guru belajar tentang asas pembelajaran. Menurut Schon (1983), proses refleksi yang

dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan beliau terlibat di dalam perkembangan

profesionalisme yang berterusan. Refleksi akan membolehkan guru untuk mengenalpasti

pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. Beberapa model

refleksi yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs dan

Model Kitaran Pembelajaran Kolb.

Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) menggariskan beberapa pendekatan membuat

refleksi. Di antara tahap-tahap refleksi yang dicadangkan di dalam Model Kitaran Pembelajaran

Kolb ialah:

i. Pengalaman secara konkrit

ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan

iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.

Justeru itu model Kitaran Pembelajaran Kolb menyarankan bahawa refleksi di dalam konteks

pendidikan penting untuk membolehkan kita mengetahui tentang pola tindakan yang berlaku di

Page 7: Definisi Refleksi

dalam sesebuah sekolah. Pendekatan refleksi membolehkan guru untuk membentuk konsep-konsep

yang abstrak dan digunakan ketika membuat generalisasi.

Pengajaran dan pembelajaran adalah dua elemen penting dalam sesuatu proses

penyampaian ilmu di antara guru dan murid. Bagi mencapai objektif sesuatu pengajaran dan

pembelajaran ,guru dan murid memainkan peranan yang sama penting . Ini bukan sekadar guru

sebagai penyampai maklumat dan murid sebagai penerima maklumat yang pasif tetapi kerjasama

antara keduanya yang menentukan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan

lancar dan berkesan.

Guru perlulah melaksanakan pengajaran mengikut model reka bentuk pengajaran tertentu

agar objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Antara model yang boleh digunapakai di dalam

pengajaran dan pembelajaran adalah MODEL ASSURE.Model ini mengandungi 6 langkah

iaitu` Analyse learner, State Objective, Select Method,Media,Materials, Utilise media and

materials, Require learner participation danEvaluate and revise’ .

Huraian bagi rancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan setiap langkah yang

dinyatakan dalam Model ASSURE adalah seperti berikut.

1. ANALYSE LEARNER (Analisis pelajar)

Setiap murid di dalam sesebuah bilik darjah berbeza kebolehan diri antara satu sama lain.

Guru perlulah membuat analisa terhadap keperluan seseorang murid di dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Bagi murid saya iaitu murid tahun 4 Amanah di Sekolah Kebangsaan Batu 4,Gerik

merupakan murid dari kumpulan yang sederhana.

Page 8: Definisi Refleksi

Dari segi ciri-ciri umum pelajar iaitu latar belakang akademik (kepintaran), murid tahun 4

Amanah ini tidak mencapai % kelulusan yang memuaskan. Mereka kebanyakannya mendapat gred

C dalam 5 matapelajaran penting iaitu Bahasa Melayu pemahaman ,Bahasa Melayu penulisan,

Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris pada Penilaian Kurikulum Sekolah Rendah (PKSR) I yang baru

dijalankan dan agak sukar untuk mendapatkan gred B dan A.

Dari segi latar belakang ekonomi pula kebanyakan mereka terdiri daripada anak-anak

pekerja kampung, yang kebanyakan bekerja sebagai penoreh getah, penjaja kecil, anak-anak askar

dan lain-lain . Dari segi aspek kompetensi peringkat masuk yang berkaitan dengan pengetahuan

dan kemahiran sedia ada murid saya ini, bolehlah saya gambarkan bahawa mereka adalah murid

yang sederhana dalam pembelajaran. Kebanyakan murid tahun 4 Amanah ini tidak mempunyai

minat yang tinggi untuk belajar, namun begitu masih terdapat murid yang agak aktif dan ada yang

mempunyai daya saing di antara rakan mereka apabila sesi pengajaran dan pembelajaran

dijalankan.

Murid tahun 4 Amanah juga boleh memberi kerjasama jika tugasan berkumpulan diberi oleh

guru kepada mereka. Mereka juga boleh berinteraksi dengan guru atau pun kawan-kawan yang lain

dengan baik sekiranya diarahkan oleh guru. Oleh itu, saya berpendapat bahawa murid saya ini lebih

cenderung kepada teknik pembelajaran yang aktif seperti sesi soal jawab, kerja berkumpulan atau

berpasangan.

Secara kesimpulannya dapatlah saya rumuskan bahawa murid tahun 4 Amanah adalah dalam

kumpulan murid yang sederhana kecerdasanya, namun mempunyai pengetahuan sedia ada yang

baik dan mempunyai kecenderungan belajar yang aktif sekirannya diberikan galakan dan dorongan

yang sesuai.

Page 9: Definisi Refleksi

2. STATE OBJECTIVE ( Nyatakan objektif )

Bagi rancangan pengajaran yang saya pilih ini, iaitu mata pelajaran Sains tahun 4 pada kali ini

tema yang saya pilih adalah bertemakan Menyiasat Alam Bahan. Beberapa objektif telah saya pilih

untuk dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Antara objektifnya ialah di akhir

pengajaran murid dapat menyenaraikan berbezaan diantara sifat bahan lut sinar dan lut cahaya.

Pemilihan objektif saya pada kali ini berasaskan beberapa elemen penting menggunakan format

ABCD iaitu,

A- audience (pelajar sasaran)

B- behavior ( tingkah laku- keupayaan murid )

C- conditions ( keadaan-pencapaian murid)

D- degree (darjah-tahap yang ingin dicapai)

Berpandukan format ABCD ini , saya telah mengsasarkan 4 objektif perlu dicapai oleh murid 4

Amanah. Murid 4 Amanah mempunyai tingkah laku yang aktif sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran, namun ada juga murid yang slow learner dan ada juga murid yang mempunyai

pengetahuan sedia ada yang perlu dipupuk, saya telah membina beberapa objektif yang mewakili 3

domain iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif.

Domain kognitif adalah domain pembelajaran yang terdiri daripada pengetahuan berkaitan

dengan beberapa tahap. Ia disusun mengikut hierarki (Bloom,1956) iaitu dari pengetahuan yang

rendah ke pengetahuan yang lebih tinggi. Ia boleh dijelaskan seperti tahap pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tahap yang saya pilih adalah

Page 10: Definisi Refleksi

tahap kefahaman iaitu yang pertama ialah pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid

sekurang- kurangnya dapat mengetahui perbezaan diantara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya.

Domain psikomotor pula yang berkaitan dengan mengintegrasikan kemahiran intelektual

dan fizikal untuk pembelajaran.(Simpson,1972).Objektif bagi domain psikomotor pula adalah pada

akhir pengajaran dan pembelajaran murid boleh memilih dan menampalkan kad perkataan jawapan

di papan putih kelas (langkah 4 ) . Objektif ini amat sesuai untuk pelajar yang aktif di dalam bilik

darjah.

Objektif bagi domain afektif pula berkaitan dengan membentuk sikap bekerjasama antara

ahli kumpulan dalam melaksanakan setiap tugasan . Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid

boleh berbincang dan menulis perkataan dalam kumpulan, membaca dan menulis nama-nama

bahan yang sesuai untuk diisikan di dalam jadul perbezaan sifat bahan dengan betul dan bersepakat

melakukan tugasan dalam kumpulan.

3. SELECT INSTRUCTIONAL METHODS, MEDIA, MATERIALS (Pilih kaedah, media dan bahan)

3.1- Memilih kaedah pengajaran.

Guru harus bijak dalam memilih kaedah pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran

dapat berjalan dengan lancar dan menarik minat murid untuk belajar dan kesannya objektif boleh

dicapai. Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh diguna pakai oleh guru dalam pengajaran

bilik darjah, antaranya kaedah kuliah, kaedah perbincangan, kaedah demonstrasi,

sumbangsaran,main peranan, simulasi, mengeksperimen dan banyak lagi.

Bagi saya terdapat beberapa kaedah yang telah saya pilih, bagaimana dan mengapa saya memilih

kaedah pengajaran ini boleh dihuraikan dalam jadual di bawah.

Page 11: Definisi Refleksi

LANGKAH/KAEDAH BAGAIMANA/ PERASAAN MURID MENGAPA

Set induksi

Kaedah perbincangan-

bersoal jawab

Guru meminta seorang murid melihat ikan di dalam sebuah akaurium. Guru meminta murid mengira jumlah ikan yang terdapat di dalam akuarium dan menyatakan warna ikan tersebut. Murid dapat menjawab soalan daripada guru kerana ikan di dalam akuarium itu dapat dilihat dengan jelas. Guru meminta seorang murid keluar dari kelas dan berdiri dibelakang cermin tingkap. Murid di dalam kelas cuba melihat muka murid tersebuat sama ada dapat dilihat dengan jelas ataupun tidak. Murid tidak dapat melihat muka rakan mereka dengan jelas. Murid kelihaan dapat memahami kkonsep jelas dan kabur Murid yang mewakili rakan mereka merasa seronok dapat melihat ikan-ikan di dalam akuarium.

Kaedah ini bertujuan untuk

guru menilai pengetahuan

sedia ada murid mengenai

diri dan tubuh badan

mereka.

Murid dapat merasai

sendiri keadaan dimana

sesuatu benda itu dapat

dilihat dengan nyata dan

dilihat dengan kabur.

Langkah 1

Kaedah kuliah

Kaedah perbincangan-

bersoal jawab.

Penggunaan carta dan

kad imbasan

Guru menunjukkan carta,  tentang sifat-sifat bahan. Bahan lut sinar, bahan lut cahaya dan bahan legap. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjawab soalan yang diberikan. Iaitu melengkapkan jadul pada papan putih. Murid memilih gambar-gambar yang ditunjukkan oleh guru (kad imbasan) dan dilekatkan di papan putih pada ruangan  sifat bahan yang sesuai. Sama ada objek lut sinar atau lut cahaya.

Kaedah ini bertujuan untuk

menilai kefahaman murid

mengenai sifat bahan lut

sinar dan lut cahaya.

Murid seronok dapat keluar

kehadapan kelas untuk

menampal kad bergambar

yang diberikan oleh guru.

Page 12: Definisi Refleksi

Langkah 2

Kaedah eksperiment /

ujikaji

Kaedah perbincangan

Murid menjalankan ujikaji untuk mengetahui sama ada bahan tersebut lut sinar atau lut cahaya. Guru menyediakan jadual pemerhatian sama ada objek di dalam botol dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Guru meminta murid meletakkan satu objek di balakang plastik, dan membuat pemerhatian sama ada objek dibelakang plastik dapat dilihat dengan jelas atau kabur. Semua pemerhatian dicatatkan. Murid dan guru berbincang tentang pemerhatian yang diperolehi oleh setiap kumpulan. Murid seronok dapat menjalankan ujikaji di dalam kumpulan mereka.

Kaedah ini bertujuan untuk

member penerangan yang

jelas mengenai perbezaan

di natara bahan lut sinar

dan bahan lut cahaya

Langkah 3

Kaedah perbincangan dan

pembentangan hasil

kumpulan

Guru memberikan kertas kosong kepada murid dan dikehendaki membuat banding beza di antara sifat objek lut sinar dan sifat objek lut cahaya.

Murid membuat banding beza dengan menggunakan bentuk jadual.

Murid dikehendaki menyenaraikan beberapa jenis objek yang mempunyai sifat lut sinar dan lut cahaya.

Guru memilih beberapa orang murid untuk menunjukkan hasil kerja mereka dan membentangkannya di hadapan

Kaedah ini bertujuan untuk

murid memainkan peranan

masing-masing di dalam

kumpulan dan berbincang

untuk menyelesaikan

tugasan dan sepakat

memilih salah seorang ahli

kumpulan untuk membuat

Page 13: Definisi Refleksi

kelas.

Murid mempunyai keberanian untuk mencuba.

perbentangan di hadapan

kelas.

Langkah 4

Penilaian

Kaedah perbincangan-

soal jawab

Guru memberikan lembaran kerja bagi semua murid.

Murid boleh membuat perbincangan bersama rakan dalam kumpulan mereka.

Guru menyoal semuala isi pelajaran pada semua murid berdasarkan pengajaran pada hari ini.

Kaedah ini adalah untuk

guru membuat penilaian

pengajaran pada hari itu.

Lebih ramai murid

menjawab soalan dengan

betul maka pengajaran dan

pembelajaran mengenai

perkataan yang diajar

berjaya atau tidak. Jika

sebaliknya guru perlu

mengkaji semula

pengajaran tersebut.

Page 14: Definisi Refleksi

3.2- Select instructional media (memilih media pengajaran)

Pemilihan media yang betul, menarik dan sesuai amat memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik. Jika pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik, objektif yang hendak dicapai akan menjadi lebih mudah. Di dalam pengajaran dan pembelajaran saya pada kali ini saya telah memilih beberapa media pengajaran yang dianggap sesuai untuk murid dan juga isi pelajaran yang saya rancangkan.Penjelasan mengenai jenis media yang dipilih, cara penggunaannya dan tujuan penggunaannya bolehlah dijelaskan seperti dalam jadual di bawah.

LANGKAH /

JENIS MEDIA

CARA PENGGUNAANNYA TUJUAN PENGGUNAAN

Set induksi

Menggunakan bahan

maujud yang ada di

sekitar bilik darjah/

makmal sains

Guru menyuruh murid melihat ikan

di dalam akaurium ikan.

Murid keluar kelas untuk melihat

siapa yang berada diluar kelas.

(ramalan)

Ia bertujuan untuk menarik minat

murid dan meransang pemikiran

murid buat kali pertama untuk

berfikir.

Page 15: Definisi Refleksi

Langkah 1

Tayangan carta yang

menujukkan isi

pelajaraan

Guru mempamerkan gambar/

carta di papan putih dan murid

membuat latihan membaca secara

individu dan beramai-ramai.

Bertujuan untuk mepamerkan

kelainan dari segi persembahan

bahan bacaan dengan

penggunaan warna dan kesan

gambar yang dipamerkan.

Langkah 2

Kad imbasan (gambar)

Kertas mahjung/ kertas

A4 (jadual perbezaan sifat

cahaya)

Guru mempamerkan beberapa

keping gambar dan bersoal jawab

dengan murid

Murid menampalkan gambar di

dalam jadual yang disediakan

Ia bertujuan untuk menarik lebih

perhatian dan mencungkil

daya ingatan murid melalui

langkah pertama yang telah

dijalankan sebentar tadi.

Langkah 3

Bahan-bahan eksperimen

Pen maker dan buku

laporan aktiviti.

Guru mengedarkan bahan-bahan

eksperiment.

Murid mencatatkan permerhatian

mereka dalam buku laporan.

Ia bertujuan untuk menilai gerak

kerja berkumpulan murid dan

kefahaman mengenai isi pelajaran

.

Langkah 4

Kertas putih (mahjong)

Guru mengedarkan lembaran

petikan pada setiap kumpulan dan

kad-kad bergambar.

Ia bertujuan untuk aktiviti

perbincangan dalam kumpulan m

dan permainan . Mereka juga

Page 16: Definisi Refleksi

Pembantangan hasil

kumpulan

berpeluang memilih dan

menampal di papan putih kad –

kad jawapan.

Penutup

Lembaran kerja Guru memberikan lembaran kerja Murid mengukuhkan

pengetahuan mereka dan

memahami isi pelajaran dengan

lebih jelas.

3.3 - Select instructional materials – pilih bahan pengajaran.

Bagi pemilihan bahan pengajaran pula , saya telah memilih bahan- bahan maujud dan mudah

diperolehi dan selalu digunakan oleh murid bagi aktiviti set induksi dan ujikaji.Saya juga memilih

beberapa bahan yang boleh disentuh seperti kad-kad jawapan dan papan putih .Murid juga perlu

menggunakan bahan bantu belajar yang lain seperti pen maker , kertas A4 dan ‘blue tape’ untuk

aktiviti permainan.

4. REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (Dorong penglibatan murid)

Dalam rancangan pengajaran dan pembalajaran,aktiviti yang dijalankan haruslah menarik

minat murid. Antara aktiviti yang dianggap sesuai untuk menarik minat murid ialah aktiviti yang

memberi peluang kepada murid untuk menyertainya. Dorongan penglibatan murid sangat penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Page 17: Definisi Refleksi

Bagi saya terdapat beberapa langkah dalam rancangan pengajaran yang saya buat adalah

melibatkan murid untuk menyertainya . Antara aktiviti yang berkaitan dengan ujikaji dan membuat

eksperimen pada langkah 3, langkah 4 dan penutup. Bagi ketiga-tiga langkah ini (Langkah 3, 4 dan

penutup) saya mendorong penglibatan murid secara total. Gerak kerja berkumpulan dan aktiviti

nyanyian sangat baik untuk melihat murid bertindak aktif dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Kaedah yang saya gunakan pula adalah berbentuk main peranan (peranan murid dalam

kumpulan) ,kaedah permainan (game), dan kaedah mengeksperimen. Ketiga-tiga kaedah ini amat

menarik minat murid saya untuk turut serta secara aktif. Guru perlu memberi arahan yang jelas

supaya disiplin murid dapat dikawal.Biarpun murid aktif namun kawalan kelas yang baik harus

bergerak seiring.

5. EVALUATE AND REVISE- (nilai dan semak)

Penilaian sesi pembelajaran amatlah penting, ia bertujuan untuk guru menilai keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan yang telah dijalankan. Melalui penilaian ini juga

guru boleh menilai pencapaian objektif isi pelajaran pada hari itu. Guru juga boleh mendapat

maklumat mengenai tahap pencapaian kemahiran murid berkaitan dengan isi kandungan pelajaran

pada hari itu. Penilaian dibuat bukan sekadar selepas selesai pengajaran dan pembelajaran tetapi

penilaian telah saya bina bermula sebelum rancangan pengajaran di bina, semasa proses

pembelajaran dan sesudah selesai pengajaran.

Penilaian bagi saya bukanlah sekadar pada akhir sesi pengajaran sahaja . Ia melibatkat

penilaian secara keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bermula dari

set induksi sehinggalah habis sesi penutup. Penilaian yang saya lakukan adalah penilaian dari segi

pemerhatian dan penilaian secara bertulis(ujian pemahaman). Dalam langkah set induksi, langkah

1,2,3 dan 4 penilaian yang saya jalankan adalah lebih kepada penilaian secara pemerhatian. Bagi

langkah ke 5 penilaian dibuat secara ujian pemahaman bertulis.Segala perkara yang berlaku

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran perlu disemak untuk tujuan pembaikan.

Page 18: Definisi Refleksi

RUMUSAN

Secara rumusannya, dapatlah saya katakan bahawa rancangan pengajaran dan pembelajaran

saya pada kali ini perlu disemak dan dinilai semula. Aspek yang dinilai dan disemak adalah dari segi

persembahan, kaedah, media, bahan dan tahap penglibatan murid.

Dari aspek persembahan pengajaran ,penggunaan ayat mudah dan arahan yang jelas melancarkan

perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran. Dari segi kaedah dan media yang digunakan

adalah menarik minat murid dan segala bahan yang digunakan pula bersesuaian dengan murid.

Langkah-langkah yang dibina dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat memerlukan

penglibatan murid secara aktif. Saya membuat kesimpulan bahawa isi pelajaran pada kali ini iaitu

penerangan mengenai sifat bahan iaitu sifat bahan yang berkaitan dengan kebolehan cahaya

menembusinya. Iaitu bahan yang bersifat lut sinar dan bahan yang bersifat lut cahaya. Perbezaan

antara bahan lut sinar dan bahan lut cahaya juga dapat ditekankan disamping dapat membezakan

setiap jenis bahan dalam kumpulannya.

Page 19: Definisi Refleksi

RANCANGAN MENGAJAR HARIAN : PENGAJARAN MIKRO

SAINS TAHUN 5

TARIKH : 25 Oktober 2011

Page 20: Definisi Refleksi

TAHUN : 5 CEKAL

BILANGAN MURID : 34 orang

MASA : 9.10 – 10.10 Pagi

BIDANG KAJIAN : MENYIASAT ALAM BAHAN

OBJEKTIF UMUM : Memahami bahawa bentuk bahan dapat berubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lain.

: memahami bahawa kadar penyejatan air bergantung kepada factor yang mempengaruhi penyejatan.

OBJEKTIF KHUSUS : Memperihalkan air boleh berubah melalui proses penyejatan iaitu proses perubahan air daripada cecair menjadi wap air.

PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

OBJEKTIF EKSPLISIT/ HASIL PEMBELAJARAN :

1. Di akhir pembelajaran murid-murid dapat menyatakan maksud penyejatan dan perubahan keadaan yang berlaku dalam proses penyejatan.

2. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 faktor yang mempengaruhi proses penyejatan.

KEMAHIRAN SAINTIFIK DAN KBKK : Memerhati, berkomunikasi dan mentafsir data

SIKAP SAINTIFIK DAN NILAI MURNI : Minat, bekerjasama daa mensyukuri nikmat tuhan

Page 21: Definisi Refleksi

ALAT BANTU MENGAJAR : Carta bergambar, kad imbasan, bahan maujud dan lembaran kerja

FASA ISI KANDUNGAN AKTIVITI CATATAN

Orentasi / set induksi

(6 minit )

Pengetahuan sedia ada murid

- Murid pernah membantu ibu menyidai pakaian

- Murid menyedari air di dalam lopak air hilang selepas beberapa hari

Guru memanggil 2 orang murid untuk membantu memegang sebatang kayu untuk dijadikan penyidai.

2 orang murid lain diminta untuk menyidai tuala dengan keadaan yang berbeza.

Guru bersoal jawab dengan murid tentang situasi yang ditunjukkan.

Guru memberikan situasi

a. Cara kain disidai

b. Tempat kain disidai

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pengajaran hari ini.

Kaedah: Simulasi

Teknik: Soal jawab

KPS: Memerhati dan

Abm: tuala, batang kayu

Nilai : kerjasama

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

Page 22: Definisi Refleksi

SAINS TAHUN 5

Pengenalan

Tajuk pengajaran mikro yang saya pilih adalah Menyiasat Alam Bahan, iaitu proses dan kadar penyejatan bagi cecair. Pengajaran mikro ini dijalankan di dalam kelas yang kedua, iaitu bagi kelas berkebolehan sederhana. Semasa proses pengajaran dijalankan, semua murid telah memberikan respon dan kerjasama yang baik. Murid dilihat bersemangat dan teruja untuk menjalankan aktiviti yang dirancangkan. Dalam pengajaran mikro ini, saya memilih fasa set induksi atau orentasi yang mengambil masa selama 8 minit untuk dinilai.

Setelah melihat semula video pengajaran dan rancangan pengajaran yang saya sediakan, saya dapati terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran yang telah saya jalankan. Antara kelebihan yang dapat saya kesan ialah, penerangan guru yang jelas dan mantap. Fasa orentasi memerlukan penerangan yang jelas agar murid dapat memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Jika fasa ini dapat menarik minat murid sudah pasti murid dapat mengikuti pelajaran yang seterusnya dengan baik dan penuh minat. Guru juga mempunyai kelebihan dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan biasa dengan kehidupan harian murid. Oleh itu, murid dengan mudah dapat memahami situasi yang ditunjukkan. Murid dengan mudah memahami tajuk pengajaran kerana telah biasa dengan situasi yang ditunjukkan oleh guru. Guru menyelitkan isi pelajaran iaitu mengenalpasti pembolehubah dalam fasa ini. Semasa menjalankan aktiviti murid lebih mudah untuk mengenlpasti pembolehubah. Jika pembolehubah dapat dikesan diawal pembelajaran, maka proses pengajaran seterusnya menjadi lebih mudah.

Page 23: Definisi Refleksi

Terdapat juga beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki di dalam fasa pengajaran ini. Antaranya yang dapat dikenalpasti adalah berkaitan dengan bahan bantu mengajar yang digunakan, iaitu tuala yang digunakan tidak mempunyai warna yang sama, lebih baik jika guru menggunakan warna tuala yang sama. Ini kerana, ada murid yang akan bertanya adakah warna tidak mempengaruhi kadar sejatan. Warna yang lebih gelap lebih banyak menyerap cahaya matahari. Sedangkan bagi proses penyejatan ini, kadar penyejatan tidak dipengaruhi oleh warna kain. Hal ini boleh menimbulkan tanda tanya kepada murid-murid. Kelemahan lain ialah guru menggunakan tuala yang kering. Lebih baik jika guru menggunakan tuala basah yang sebenarnya. Di akhir pembelajaran, guru boleh menggunakan semula tuala tersebut untuk dijadikan bahan pengajaran iaitu membuat kesimpulan. Murid dapat merasai situasi sebenar dengan menggunakan tuala basah. Guru hanya memberikan satu contoh proses penyejatan dalam kehidupan seharian murid. Sedangkan guru boleh menggunakan lebih banyak situasi proses penyejatan yang berlaku dalam kehidupan seharian. Contohnya, mengapa lopak air kering, mengapa air banjir boleh surut dan lain-lain lagi. Kelemahan lain ialah guru menggunakan istilah yang berbeza-beza, yang boleh mengganggu pemahaman murid. Istilah pengeringan dan penyejatan perlu dibezakan dan dinyatakan difinisinya dengan lebih jelas.Dalam fasa ini juga guru telah memasuki fasa pencetusan idea iaitu dengan menerangkan faktor yang mempengaruhi penyejatan. Sepatutnya, guru hanya menerangkan tentang tajuk awal pengajaran iaitu penyejatan dan maksud penyejatan. Pengajaran yang terlalu cepat dan banyak isi pelajaran akan membuatkan murid kurang faham dan tidak dapat mengingat tentang faktor yang terlibat dalam proses penyejatan. Murid akan rasa terbeban untuk mengingati 3 faktor dalam masa yang singkat.

Langkah mengatasi telah difikirkan untuk menambahbaik fasa ini. Bagi kelemahan pertama, saya akan menggunakan 2 kain tuala yang sama warna dan dilabelkan dengan label A dan B.Ini membantu murid mengesan pembolehubah yang lebih tepat. Tuala itu juga akan dibasahkan agar aktiviti

Page 24: Definisi Refleksi

menjadi lebih jelas. Di akhir P&P, pemerhatian dapat dibuat iaitu tuala mana yang lebih cepat kering berdasarkan faktor luas permukaan. Murid juga melakukan aktiviti diluar bilik darjah dengan menyidai tuala di tepi pagar sekolah. Pemerhatian masih boleh dibuat selepas waktu P&P, iaitu di akhir sesi persekolahan pada hari tersebut untuk melihat hasil aktiviti. Murid akan merasa lebih seronok dan bersemangat untuk melihat hasil aktiviti mereka. Bagi mengatasi kelemahan guru yang hanya memberi satu sitausi proses penyejatan ini, guru seharusnya lebih bersedia dan mencari pelbagai idea yang sepatutnya untuk memberikan contoh-contoh lain yang bersesuaian dengan tajuk ini. Guru juga boleh bertanya dan meminta pendapat murid tentang proses penyejatan yang murid tahu untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain. Begitu juga dengan kesalahan penggunaan istilah, guru harus lebih peka dan teliti dengan istilah yang digunakan. Jika guru sedar kesilapan yang dilakukan pada masa P&P berjalan, guru seharusnya terus menerangkan dengan jelas perbezaan istilah yang digunakan, contohnya penyejatan dengan pengeringan. Akhirnya, perancangan perlulah lebih teliti dalam sesuatu fasa yang dirancangkan agar P&P berjalan dengan baik, lancar dan dapat mencapi objektif.

Kesimpulan yang boleh saya katakan dalam fasa set induksi ini ialah, ianya berjaya menarik minat murid untuk belajar. Adanya aktiviti di hadapan kelas membuatkan murid bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui tajuk P&P hari ini. Kerjasama dan respon murid menunjukkan murid faham dan mendengar setiap maklumat yang disampaikan oleh guru. Bagi pengajaran selama 30 minit, aktiviti tersebut terlalu mengambil masa, tetapi jika pengajaran selama 60 minit, ianya lebih sesuai. Saya akan memperbaiki kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini agar ianya menjadi lebih bermakna dan dapat membantu murid mengetahui konsep dan isi pelajaran yang ingin saya sampaikan. Secara keseluruhan saya simpulkan bahawa set induksi ini berjaya menarik perhatian murid terutama

Page 25: Definisi Refleksi

bagi murid kelas sederhana ini tetapi perlu dimurnikan supaya lebih baik dan berkesan.

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

EDU 3026: PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TAJUK

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO

 

Page 26: Definisi Refleksi

KUMPULAN

EL-A 18

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NOR AZLINA BINTI AMIN D20102043060 013-4746242

05-7962736

NAMA TUTOR E-LEARNING:

PROFESOR   DR. KANTHASAMY A/L NALLUSAMY

TARIKH SERAH: 15 DISEMBER 2011

REFLEKSI  PENGAJARAN MAKRO

Pengenalan

Saya telah menjalankan aktiviti pengajaran makro yang

melibatkan murid tahun 5 Yakin seramai 33 orang. Walaupun pada

asalnya bilangan murid seramai 43 orang disebabkan beberapa

orang murid terlibat dengan  latihan koir sekolah maka 10 orang

murid tiada di dalam kelas.  Murid-murid di dalam kelas ini adalah

terdiri daripada murid yang beraras cerdas dan sederhana. Saya

menjalankan pengajaran matapelajaran Sains untuk pengajaran

makro ini.

Page 27: Definisi Refleksi

Tajuk pengajaran yang saya pilih ialah Menyiasat Dunia dan

Teknologi. Hasil pengajaran adalah mengetahui faktor yang

mempengaruhi kestabilan struktur. Saya menetapkan tiga objektif

pembelajaran iaitu objektif mata pelajaran, objektif saintifik dan

objektif berkaitan kemahiran manipulatif sains. Saya telah

menyediakan beberapa bahan bantu mengajar yang bersesuaian

dan menjalankan pengajaran mengikut rancangan pengajaran yang

dirancang lebih awal. Pengajaran makro ini telah dijalankan selama

30 minit di dalam makmal bagi memudahkan murid menjalankan

aktiviti berkumpulan.

Kebaikan

Dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan ini,

beberapa kekuatan atau kebaikan dapat dikesan. Antaranya ialah

guru merancang set induksi yang menarik minat murid untuk

meneruskan pengajaran. Ia juga melibatkan keseluruhan kelas iaitu

semua murid berdiri dengan sebelah kaki dan dua belah kaki untuk

merasai situasi yang dikehendaki. Ia juga dapat merangsang minda

murid untuk mengaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran

pada hari ini. Guru menekankan tentang difinisi kestabilan bagi

memudahkan murid mengikuti isi pelajaran yang seterusnya.

Penerangan guru jelas dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Penerangan dan intonasi guru yang jelas dapat membantu murid

memahami apa yang disampaikan oleh guru dengan lebih

berkesan. Guru sentiasa memastikan semua murid dapat

mendengar dan melihat dengan jelas bahan yang ditunjukkan

semasa P&P. Guru juga peka terhadap murid dengan memberikan

bantuan dan tunjuk ajar dalam memahami sesuatu konsep.

Contohnya, guru memberikan tunju cara kepada murid untuk

menjalankan aktiviti berkumpulan.

Bahan bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian.

Terdapat beberapa alat bantu mengajar yang menarik minat murid

seperti basikal yang jarang dilihat oleh murid. Alat bantu mengajar

Page 28: Definisi Refleksi

yang fleksibal dan menjimatkan masa seperti carta dan kad

bergambar membantu proses P&P berjalan lebih lancar tanpa perlu

mengambil masa untuk menulis nota di papan putih dan melukis

gambar. Murid juga melakukan pergerakkan ke hadapan kelas

untuk menampal kad bergambar. Aktiviti ini dirancang bagi

menghilangkan rasa tegang dengan hanya duduk di kerusi mereka.

Guru merancang aktiviti berkumpulan yang sesuai bagi

membolehkan murid merasai dan melihat sendiri faktor yang

mempengaruhi kestabilan struktur. Aktiviti seumpama itu dapat

membuatkan murid lebih faham dan mudah untuk mengingati isi

pelajaran iaitu faktor yang mempengaruhi kestabilan. Guru

memberikan tunjuk ajar disetiap kumpulan bagi memastikan murid

dapat menjalankan aktiviti dengan betul. Aktiviti ini juga dapat

menjana minda murid dengan melakukan aktiviti berdasarkan kad

tugasan yang diberi. Kad tugasan memuatkan arahan yang  jelas

bagi membolehkan murid membuat aktiviti dengan baik. Murid juga

dapat membaca dan memahami arahan dengan baik.  

Aktiviti berkumpulan yang dijalankan  dapat melibatkan

semua murid. Ini mendorong murid untuk  melibatkan diri dengan

aktif sepanjang pengajaran dijalankan. Saya dapat melihat  semua

murid berusaha untuk mencuba aktiviti yang disediakan secara

sukarela. Aktiviti ini juga dapat menggalakkan komunikasi antara

rakan kerana mereka perlu berbincang untuk menjalankan aktiviti 

dengan betul. Melalui aktiviti ini juga , saya dapat melihat beberapa

nilai murni yang ditonjolkan oleh murid seperti semangat

kerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan bertoleransi. 

Setelah aktiviti selesai dijalankan, semua murid menunjukkan sikap

yang positif dan meluahkan perasaan gembira. Suasana 

pembelajaran kelihatan ceria dan memberangsangkan.  

Pembentangan hasil aktivti yang dijalanakan dapat membantu

murid mempunyai daya keberanian untuk bercakap dikhalayak

ramai. Murid akan mempunyai rasa tanggungjawab dan

Page 29: Definisi Refleksi

berkebolehan untuk menerangkan kepada rakan-rakan hasil

dapatan mereka.

Dalam fasa aplikasi idea guru menekankan aspek penting

dalam kemahiran proses sains iaitu mengenal pasti pemboleh

ubah. Aspek ini sangat penting dan guru berjaya menyampaikan

dengan menjawab soalan yang bersesuaian dengan aktiviti yang

telah dijalankan oleh murid. Guru sentiasa memberikan bimbingan

kepada murid untuk menjawab soalan dengan baik dan berkesan.

Guru juga merupakan seorang yang ada mempunyai unsur

kecindan, tidak terlalu garang atau menunjukkan rasa marah jika

murid tidak dapat menjawab soalan, guru turut memberikan

penghargaan dan galakan seperti memberikan tepukan, kata-kata

pujian dan ganjaran (gula-gula) kepada murid yang dapat

menjawab soalan dengan betul. Elemen ini dapat mengeratkan

hubungan antara murid dengan guru dan murid akan meresa

selesa untuk bertanya atau berkongsi idea bersama guru mereka.

Saya dapat mengaplikasikan kemahiran memperkukuh sepanjang

pengajaran dijalankan. Kemahiran pengukuhan atau peneguhan

merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid

memberi jawapan yang betul. Dalam keadaan ini guru memberi

pujian kepada murid itu sebagai pengukuhan tingkah laku .Saya

yakin dengan menggunakan kemahiran ini dapat memberi galakan

kepada murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti

pembelajaran.

Memberi pengukuhan kepada murid juga dapat memupuk

semangat keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku

positif. Ia juga dapat membantu memperbaiki disiplin kelas dengan

mengubah tingkah laku negatif yang timbul. Keadaan ini dapat

ditunjukkan apabila saya menjalankan aktiviti semua murid

berusaha untuk memilih jawapan yang betul untuk mendapat pujian

tersebut. Bagi murid yang belum menerima pengukuhan juga

sentiasa berusaha menunjukkan tingkah laku yang baik .Situasi ini

Page 30: Definisi Refleksi

menjadikan disiplin kelas bertambah baik dan aktiviti pengajaran

dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Murid yang telah menerima pengukuhan merasa usahanya telah

dihargai dan semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya

semakin bertambah. Perhubungan diantara saya dengan murid

juga bertambah mesra dan aktiviti pengajaran saya menjadi proses

pengajaran dan pembelajaran yang digemari oleh murid.

Akhir sekali, satu lagi kebaikan yang dapat dikesan ialah guru

tidak lupa untuk bertanyakan semua rumusan pelajaran pada hari

itu dengan bertanyakan semula isi pelajaran yang disampaikan.

Kebolehan murid merumuskan semula isi pelajaran dapat menguji

kejayaan pengajaran dan pembelajaran pada hari itu. Rumusan

oleh guru juga penting untuk memantapkan pengetahuan murid

tentang apa yang telah dipelajari.

Kelemahan

            Setiap guru tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan

mempunyai kelemahan dalam pengajarannya. Saya turut menyedari

kelemahan yang terdapat dalam pengajaran makro ini menerusi

penyediaan ringkasan mengajar dan tayangan semula video

rakaman. Beberapa kelemahan saya ialah alat bantu mengajar yang

saya gunakan untuk aktiviti berkumpulan kurang menggunakan

radas sains yang sebenar. Seharusnya saya boleh menggunakan

radas sains seperti kelalang kon, bentuk-bentuk bongkah kayu dan

bikar yang pelbagai saiz. Ini dapat membantu murid mendekatkan

diri dengan peralatan sains.

            Pada fasa set induksi juga saya rasakan adalah lebih baik

jika saya memanggil seorang murid sahaja untuk melakukan aktiviti

berdiri sebelah kaki dan dua belah kaki supaya murid-murid lain

lebih jelas dengan situasi yang ingin disampaikan. Arahan kurang

jelas menyukarkan murid melakukan aktiviti yang diingini oleh

Page 31: Definisi Refleksi

guru. Murid juga boleh menggunakan pengetahuan lepasnya untuk

membina konsep yang baru dengan lebih mudah. Saya dapati set

induksi dalam pengajaran makro yang saya rancangkan tidak

menarik. Ia juga tidak mencabar minda murid dan kurang sesuai

dengan tahap kebolehan murid. Saya juga tidak dapat meyediakan

alat bantu mengajar dalam fasa ini  yang boleh menarik perhatian

murid dan memperkembangkan pengetahuan sedia ada murid.  

            Pada fasa penstrukturan semula idea, di mana aktiviti

kumpulan dijalankan adalah lebih baik ia dibuat dalam sistem

stesen. Ini kerana setiap kumpulan akan melakukan aktiviti yang

berbeza iaitu 4 aktiviti dapat di lakukan untuk mengukuhkan

pemahaman mereka tentang konsep yang disampaikan. Kad

tugasan jelas tetapi kurang menarik. Guru lupa  menyediakan

borang pemerhatian untuk murid mencatatkan hasil aktiviti mereka.

Murid tidak membentangkan hasil kumpulan di hadapan kelas,

tetapi hanya menunjukkan semula di dalam kumpulan masing-

masing.

            Kelemahan yang seterusnya di dalam fasa aplikasi idea

dimana aktiviti permainan tidak dapat dijalankan kerana

kesuntukan masa untuk membawa murid ke luar kelas. Makmal

dirasakan tidak sesuai untuk menjalankan aktiviti permainan

tersebut kerana berbasikal memerlukan tempat yang lebih luas.

Guru juga tidak membincangkan tentang aplikasi kestabilan

struktur dalam kehidupan seharian murid. Seharusnya pada fasa

ini, guru meminta pendapat murid tentang perkaitan kestabilan

struktur dengan situasi yang sebenar.

            Guru yang baik seharusnya dapat memastikan pengurusan

masa yang sesuai dengan aktiviti yang dirancangkan. Jika masa

tidak dirancang dengan baik dan tidak bersesuaian dengan aktiviti

yang dijalankan sudah pasti pengajaran dan pembelajaran tidak

dapat dijalankan dengan sempurna. Pengurusan masa saya juga

tidak terlalu memuaskan dan perlu difikirkan semula supaya dapat

Page 32: Definisi Refleksi

melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan mencapai objektif

yang dirancang.

Langkah mengatasi kelemahan

            Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan

memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti

pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan

kekurangan dalam pengajaran makro yang telah saya jalankan,

penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah menyediakan set

induksi yang lebih menarik  semasa permulaan pengajaran. Saya

perlu menyediakan suatu aktiviti yang luar biasa untuk

membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk meneroka ilmu

seterusnya. Dalam set induksi juga terdapat empat jenis komponen

iaitu untuk menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat

perkaitan dan menstruktur.  Aktiviti pengajaran dalam set induksi

hendaklah dirancang berdasarkan komponen-komponen  tersebut

disamping penyediaan alat bantu mengajar yang lebih relevan

untuk menjamin keberkesanan  aktiviti dalam permulaan

pengajaran.

Banyak bahan bantu mengajar yang lebih menarik dan lebih

baik boleh saya gunakan dalam pengajaran saya untuk tajuk ini.

Dalam aktiviti yang dijalankan seharusnya saya dapat

menggunakan pelbagai radas sains untuk memperkembangkan

pengetahuan murid dalam mengenali radas-radas Sains. Antaranya

yang boleh saya gunakan ialah kelalang kon, bikar dan lain-lain

peralatan yang sesuai.

Page 33: Definisi Refleksi

Untuk memperbaiki kad tugasan saya yang kurang menarik,

saya seharusnya menggunakan teknologi komputer untuk

menghasilkan kad tugasan yang lebih baik. Kad tugasan itu juga

boleh dilengkapi terus dengan borang pemerhatian setiap

kumpulan untuk menjawab hasil aktiviti mereka. Pembentangan

yang dijalankan di hadapan kelas seharusnya dilaksanakan. Guru

boleh menyediakan sebuah meja dihadapan kelas untuk diletakkan

bahan yang digunakan dan menunjukkan cara aktiviti yang

dilaksanakan oleh setiap kumpulan. Murid lain dapat melihat dan

memberi komen yang lebih membina dalam setiap aktiviti yang

dijalankan

Penambahbaikan lain yang boleh saya lakukan ialah

memastikan masa untuk melaksanakan sesuatu fasa dilakukan

dengan baik. Contohnya, aktiviti permainan yang tidak dapat

dijalankan memerlukan masa yang lebih untuk mambawa murid

keluar dari kelas dan tempat yang lebih sesuai. Murid

sememangnya teruja untuk menaiki basikal tersebut tetapi saya

lebih menitik beratkan faktor keselamatan murid. Jika masa

mencukupi saya akan membawa murid ke padang sekolah untuk

mencuba menaiki basikal tersebut dengan kawalan guru. Ini dapat

memberikan kesan positif apabila murid gembira dan terkenang

aktiviti yang mereka lakukan. Untuk itu saya akan memastikan

aktiviti yang dirancang bersesuaian dengan masa yang diperlukan

dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

 Saya juga perlu menguasai teknik menyoal  supaya aras

soalan sesuai dengan murid, kebolehan dan pengalaman masing-

masing. Melalui aktiviti  soal jawab juga, perhubungan guru dan 

murid  dapat dijalin dengan baik. Saya akan cuba menyoal setiap

orang murid secara keseluruhan kelas supaya semua murid

sentiasa bersedia dan menyediakan jawapan bagi soalan yang saya

kemukakan. Setiap murid perlu diberikan peluang dan masa untuk

memikirkan jawapan yang dikehendaki oleh guru.

Page 34: Definisi Refleksi

Kesimpulan  

Refleksi pengajaran makro yang dibuat  dapat menilai

kekuatan dan kelamahan saya dalam pengajaran dan pembelajaran

yang saya jalankan.  Saya juga  dapat meneliti setiap fasa

pengajaran dengan cara yang lebih sistematik dan mendapatkan

maklumbalas dengan segera untuk memperbaiki kelemahan yang

ada. Guru yang bijak dan dedikasi seharusnya memikirkan cara

yang terbaik untuk proses pengajaran dan pembelajarannya. Murid

adalah pelanggan yang perlu diutamakan. Refleksi yang dibuat

akan memperlihatkan kelabihan dan kekurangan guru dalam

pengajarannnya. Langkah memperbaiki kelemahan perlu

dilaksanakan bukan sekadar membiarkannya sahaja tanpa

mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bagi saya yang mengajar untuk tiga kelas tahun 5 akan

memastikan kesilapan tidak berulang untuk mengajar topik yang

sama di kelas yang lain. Penambahbaikkan perlu dilakukan. Itulah

tugas guru dalam menempuh arus perjuangan mendidik anak

bangsa. Guru perlu sentiasa peka, sedia dan menanamkan sikap

untuk membuat yang terbaik. Jika kita dapat membuat yang terbaik,

kejayaan anak didik akan menjamin kepuasan guru dalam

kerjayanya.

Setelah meneliti video pengajaran dan rancangan pengajaran

yang saya sediakan, saya dapati proses pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan adalah berjaya dan mencapai

objektif. Walaubagaimanapun penambahbaikkan perlu dijalankan

supaya pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Bagi saya,

perkara utama adalah persediaan guru, teknik pengajaran dan

bahan bantu mengajar yang sesuai dapat membantu guru dan

murid memahami isi pelajaran dengan lebih baik dan berkesan.