refleksi edu

Upload: solehah-roslan

Post on 04-Nov-2015

10 views

Category:

Documents

0 download

DESCRIPTION

REFLEKSI TUGASAN EDU BUDAYA DAN PEMBELAJARANAlhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat saya menyelesaikan tugasan ini. Melalui tugasan ini, saya diminta untuk membuat penulisan akademik tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam bilk darjah dan juga perlu menyediakan sebuah Rancangan Pengajaran Harian (RPH).Saya amat gembira kerana tugasan yang diberikan dapat disiapkan dalam jangka waktu yang ditetapkan. Namun begitu, terdapat beberapa masalah dalam melaksanakan tugasan ini antaranya ialah kekangan masa dan pelbagai komitmen lain yang perlu juga dipenuhi dalam masa yang sama. Masalah ini dapat diselesaikan dengan mudah pabila pensyarah pembimbing memberi masa tambahan dan saya membuat perancangan tugasan dahulu sebelum memulakan tugasan. Selain itu, saya juga telah mengahadapi beberapa masalah lain seperti kurang memahami kehendak soalan dan kurang sumber rujukan. Namun taklimat tugasan daripada guru pembimbing dan maklumat tambahan daripada rakan-rakan banyak membantu saya. Kekurangan bahan rujukan juga dapat diatasi apabila rakan-rakan sekelas terutamanya berbesar hati berkongsi bahan rujukan yang mereka peroleh.Melalui tugasan ini, saya telah dapat mempelajari pelbagai perkara antaranya ialah cara-cara untuk membuat penulisan ilmiah dengan isi-isi penting menjadi ayat-ayat yang lebih gramatis dan berilmiah. Melalui tugasan ini, saya mula menyedari tentang kepentingan memahami dan saling menerima budaya orang lain. Hal ini demikian kerana sebagai seorang guru, saya perlu memahami budaya dan pemikiran anak-anak murid saya supaya saya dapat pastikan mereka dapat menerima gaya pengajaran saya. Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui tentang situasi di sekolah yang mana tidak semua murid itu sama. Setiap murid mempunyai personaliti yang berbeza dan pendekatan seorang guru terhadap mereka juga tidak sama. Melalui tugasan ini, saya dapat menyelami cabaran yang bakal saya hadapai sebagai seorang guru kelak. Melalui tugasan ini juga, saya dapat mengetahui jenis-jenis masalah sosiobudaya yang kebiasaanya terdapat di sekolah-sekolah. Hal ini menyebabkan saya berfikir tentang punca-punca masalah itu berlaku dan apakah pendekatan yang paling sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan pembacaan sumber rujukan juga telah membantu saya menjana idea dalam mencari cara bagaimana untuk mengahadapi pelbagai kerenah pelajar di sekolah kelak.Akhir sekali, saya berasa sangat gembira kerana dapat menyelesaikan tugasan ini tepat pada masanya. Saya amat yakin tentang ilmu-ilmu yang saya peroleh daripada tugasan ini boleh saya praktikkan di sekolah kelak. Saya juga berasa sangat lega kerana satu tanggunjawab yang telah diamanahkan kepda saya telah dapat saya selesaikan. Sekian, terima kasih.

TRANSCRIPT