proses pengguguran

19
Proses Pengguguran

Upload: pojanluiz

Post on 25-Sep-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Proses Pengguguran

TRANSCRIPT

Proses Pengguguran

Proses Pengguguran

Definisi

Transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur atau konstituen tertentu seperti pengguguran subjek, predikat dan sebagainya daripada binaan ayat asalnya

1. Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

4 jenis Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek

Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang kedua yang berada di hadapan ayat perintah

( Kamu, berhenti!....Berhenti! )

b) Pengguguran subjek kata ganti nama diri orang ketiga

Dia tidak akan ke sana lagi...Tidak akan ke sana lagi

Pengguguran frasa nama

Rumah setinggan terbakar hangus....Terbakar hangus

d) Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Encik Sulaiman telah berjaya dalam perniagaan. Encik Sulaiman bekerja keras....Encik Sulaiman telah berjaya dalam perniagaan kerana bekerja keras.

2. Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran Seluruh Frasa Predikat

Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat

Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran Seluruh Frasa PredikatPengguguran seluruh predikat bagi frasa kerja yang serupa ( Hidayah tidak pernah bergaduh dan Malik tidak pernah bergaduh.Hidayah dan Malik tidak pernah bergaduh)b) Pengguguran seluruh predikat bagi frasa nama yang serupa dalam ayat majmuk ( Syuhada pegawai pertanian dan Hasina pegawai pertanian.Syuhada dan Hasina pegawai pertanian )
Pengguguran Seluruh Frasa PredikatPengguguran seluruh predikat bagi frasa adjektif yang serupa dalam ayat majmuk. ( Durian sangat manis dan manggus sangat manisDurian dan manggis sangat manis)Pengguguran seluruh predikat bagi frasa sendi nama yang serupa dalam ayat majmuk ( Ibu di dapur dan nenek di dapur.Ibu dan nenek di dapur

Pengguguran Frasa Predikat

Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat ( oleh + FN dalam ayat pasif ) Perompak itu telah ditembak oleh polis.. Perompak itu telah ditembak ( kata bantu yang serupa ) Nenek tua itu masih hidup dan masih sihat.. Nenek tua itu masih hidup dan sihat ( FN sebagai objek yang serupa ) Dia memanggil kami dan melambai kami.. Dia memanggil dan melambai kami ( FN sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif ) Filem itu amat menyeramkan kami..Filem itu amat menyeramkan

3. Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif

Definisi

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:557), frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif boleh digugurkan apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif

Contoh

Lelaki itu bapa saudara saya. Lelaki itu memandu kereta.. Lelaki yang memandu kereta itu bapa saudara saya

4. Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama

Pengguguran Kata Nama yang Berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama

Menurut Nik Safiah Karim et al. (2008:560), kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama, KNinti + penerang, boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya

Contoh

Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan.... Bersenam boleh menyihatkan badan

Proses Penyusunan Semula

Jenis Penyusunan SemulaContohPenyusunan Semula Frasa Nama sebagai SubjekAyah memandu kereta besar itu..... Kereta besar itu dipandu oleh ayahPenyusunan Semula Frasa Nama sebagai ObjekKami sekeluarga membacakan nenek Surah Yaasin. Kami sekeluarga membaca Surah Yaasin untuk nenekPenyusunan Semula Melalui Ayat SongsangLambat-lambat dia mengemaskan kedudukannya. Dia mengemaskan kedudukannya lambat-lambat