potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

14
ISSN t4tu457l Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kinerja Karyawan pada PerusahaanFurniture: Studi pada Karyawan perusahaan Furniture di Kecamatan Gemolong Chuzaimah Studi Efektivitas PelayananPubtik di Kecamatan Kejaksan Kota Cirebon Layaman danSuci Hartati Studi Perilaku Konsumen terhadap Keputusan PembelianAir Minum AQUA di Kota Surakarta Moech. Nasir Pengaruh Gender terhadap Perbedaan SpecificValuespada MahasiswaAkuntansi Dian Indri Purnamasari The Role of PerceivedEnjoyment on Motivating the Internet Use Mujiyati dan Didi Achyari Potensi dan Cabaran terhadap Perluasan Sumber Zakat Sektor Pertanian di Malaysia Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, dan Wiyadi Karakteristik Personal dan Kepuasan Kerja TenagaEdukatif Perguruan Tinggi di Surakarta Sujadi Faktor-faktor Sebagai Pertimbangan Konsumen dalam Melakukan Pembelian di Supermarket YuliTri Cahyono

Upload: ngohanh

Post on 28-Jan-2017

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

ISSNt4tu457l

Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kinerja Karyawanpada Perusahaan Furniture: Studi pada Karyawan perusahaanFurniture di Kecamatan Gemolong

Chuzaimah

Studi Efektivitas Pelayanan Pubtik di Kecamatan KejaksanKota Cirebon

Layaman dan Suci Hartati

Studi Perilaku Konsumen terhadap Keputusan Pembelian AirMinum AQUA di Kota Surakarta

Moech. Nasir

Pengaruh Gender terhadap Perbedaan Specific Values padaMahasiswa Akuntansi

Dian Indri Purnamasari

The Role of Perceived Enjoyment on Motivating the Internet Use

Mujiyati dan Didi Achyari

Potensi dan Cabaran terhadap Perluasan Sumber Zakat SektorPertanian di Malaysia

Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, dan Wiyadi

Karakteristik Personal dan Kepuasan Kerja Tenaga EdukatifPerguruan Tinggi di Surakarta

Sujadi

Faktor-faktor Sebagai Pertimbangan Konsumen dalamMelakukan Pembelian di Supermarket

Yuli Tri Cahyono

Page 2: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

r .!$Sll{.: r'

lffiTill

Volume 13, Nomor I, Juni 2008

DAFTAR ISI

Analisis Faktor-Faktor yang Mempcngaruhi Kinerja Karyawan padaPcrusahaan l'urniturc: Studi pada Karyawan Perusahaan l'urniturcdi Kccamatan GemolongChuzaimah

Studi Efcktivitas I'clayanan Publik di Kccamatan Kcjaksan Kota CircbonLayaman dan Suci Hartati

Studi Porilaku Konsumen tcrhadap Kcputusan Pcmbelian Air Minum AQUAdi Kota SurakartaMoech. Nasir

Pcngaruh Gcnder terhadap Pcrbcdaan Spesific Values pada MahasisrvaAkuntansiDian Indri Purnamasari

Thc Rolc of Pcrccived Enjoymcnt on Motivating the Internct IJscMujiyati dan Didi Achyari

Potcnsi dan Cabaran tcrhadap Pcrluasan Sumber Zakat Scktor Pcrtaniandi MalaysiaSanep Ahmad, Hairunnizam Wahid, dan

Karakteristik Pcrsonal dan KepuasanTinggi di SurakartaSujadi

Faktor-faktor Sebagai PcrtimbanganPcmbclian di SupcrmarkctYuli Tri Cahvono

Wiyadi

Kcrja Tcnaga Edukatif Pcrguruan

Konsumen dalam Mclakukan

l - 1 4

1 5 - 2 8

2 9 - 4 4

45 - 51

52 -64

65 - 75

7 6 - 8 6

8 7 - 1 0 1

Diterbitkan oleh:Balai Penelitian dan Pengembangan Ekonomi (BPPE) Fakultas Ekonomi lJniversitas Muhammadiyah Surakarta

bekerja sama dengan Ikatan Sarjana Ekonomi Indoncsia Cabang SurakartaJalan A. YaniPabelan Kartasura Tromol Pos I Surakarta5ll02, Telp. (0271) 117411 psw 229,

Fax (0271) 715448, E-mail: [email protected], [email protected] Wcbsitcs: www.ums.ac.id

Page 3: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

POTENSI DAN CABAITAN TERHADAI' I'ERLUASAN SUMBEITZAKAT SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA

Sanep Ahmad l

I-Iairunnizam Wahid

Wiyacl i t' Fakulti llkonorni Can Pcrniagaan Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 llangi, Selangor Malaysia Tclp 03-8921 32621 39541 3753/ 5374 Fax: 03-8925 l82lE-mail : [email protected]

Abstroct

Since tlte early Islamic period zakat on agriculture sectors were being collectedlimited only on primary traditional sources such as paddy, wheat, cantel, cow andgoat. Ilotuever, in the modern time today agriculhre sector has been commercial-ized. Farmers regardless of their activities were capable of yielding good returnsprobably lzigher tlnn the traditional sources of zakat. The question is, are thesefarmers not obliged to pay zakat and what is the possibility of widening zakat baseon agriculture sector. h this regurds this study attempts lo examine the possibili-ties of widening agriculture zakat base, and tlten evaltnting people perception andanalyzing the challenges. This study fiilizes printary data for Malaysia and usesdescriptive analysis and logit model in analyzing the data. T'he resulls show thatbased on inconte crileria tlzere crre possibilities to extend agt'icultzre zakat baseand this step is expected to received g<tod response from the society.

Ikywords: custon er value, indivi&tal environment, dec:ision making

PEI\DAIIULUAN

Zakat mcrupakan satu pembayaran yang rvajib

dikeluarkan oleh orang teftentu berdasarkan

kepada syarat tcrtentu dan diagihkan kepada

golongan teffentu. Ia boleh clianggap scbagai

salah satu alat dasar fiskal di samping sistem

kervangan Islam )/ang berpcranan sebagai

sumber kewangan dan penyclaras bagi kebaji-

kan sosial masyarakat. Namun dcmikian keu-

payaan, peranan dan kepentingan zakat sebagai

satu alat dasar firskal scring dipersoalkan. Ini

adalah kerana bukan sahaja sumbangan zakat

tcrlalu rendah berbarrding oukai malah tindak

balas pengenaan zakat dikatakan tidak begitu

kuat bcrbanding cukai. l,antaran itu zakat

dikatakan kurang bcLjaya dalan'r menangani

masalah kebajikan sosial masyarakat. Secara

umumnya kutipan zakat sektor partanian dan

ternakan adalah sentiasa kurang daripada Ipemen daripada jumlah kescluruhan kutipan

zakat bagi semua ncgeri di Malaysia. Kutipan

zakat sektor pertanian selama ini hanya tertum-

pu kepada jenis tananran dan tcrnakan yang

disepakati zakat atasnya sahaja. Tanaman yang

discpakati zakat adalalr tanaman makanan

asasi scpcrti padi dan haiwan ternakan seperti

lembu dan kambing.

Pacla masa kini zakat scktol pcrtanian

hanya berganfung kepada sektor pertanian

yang disepakati zakat atasnya sahaja seperti

zakat atas tanaman makanan asasi seperti gan-

dum, beras, jagung, dan haiwan temakan

sepcrti lcmbu, kambing, dan unta. Batasan ini

Potcnsi dan Cabaran tcrhadnp Pcrluasan Sumber Zakat (Sanep Ahmad dkk) 65

Page 4: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

menjadikan sumber zakatbagi sektor pertanian

amat terhad dan peranannya tidak dapatdikembangkan. Kini usaha pertanian telahmcncapai kemajuan. Banyak hasil tanamandan ternakan bagi harta yang tidak wajib zakatsecara ijmak dapat mengeluarkan hasil yang

lumayan, yang berkemungkinan lebih lumayanberbanding hasil tanaman dan ternakan bagiharta yang disepakati wajib zakat. Sebagaicontoh hasil tanaman kelapa sawit dan terna-kan ayam daging boleh mcndatangkan hasilsebanding hasil tanaman padi dan ternakankambing masing-masing. Oleh itu jika padi

dan kambing dikenakan zakat maka ada ke-mungkinan boleh dibcnarkan untuk mengena-kan zakat ke atas kelapa sawit dan ternakanayam. Ini adalah kerana kedua-dua illahnyaadalah sama iaitu dizakatkan ke atas sumberharta yang berpotensi berkernbang (Hailani,

2004). Lantaran itu pelbagai usaha boleh dila-kukan untuk cuba menerokai kemungkinanmengenakan zakat pada hasil tanaman laindengan harapan hasil zakat sektor pertanian

dapat ditambahkan dan seterusnya supayaperanannya dalam membangun kebajikan

sosial masyarakat dapat ditingkatkan.

I{arus difahami bahawa pada masa kiniterdapat banyak lagi jenis tanaman dan terna-kan yang dapat memberi hasil pendapatanyang lumayan, yang setara atau mungkin lebihbaik daripada hasil tanaman dan ternakan yang

diwajibkan zakat. Akan tetapi oleh keranahasil usaha tersebut tidak diwajibkan zakatsecara ikhtifak maka ia tidak dizakat. Jikadinilai dari segi pendapatan misalnya, hasiltanaman kelapa sawit mungkin sebanding

dengan hasil tanaman padi, manakala hasilternakan ikan atau ayam mungkin sebandingdengan hasil terr,akan karnbing dan lembu.Oleh itu jika hasil tzurarnan padi dan ternakankambing dikenakan zakat maka adakah tidakmungkin jika tanaman kelapa sawit dan terna-kan ikan atau ayam juga dikenakan zakat.

Sehubungan dengan persoalan di atas, kajianperlu dilakukan untuk mengkaji kemungkinan

dan potensi untuk memperluaskan sumber

zakat sektor pertanian dan ternakan kepadajenis tanaman dan ternakan yang lain sertarneneliti reaksi masyarakat terhadap langkah

tersebut. Oleh itu objektif kajian ini adalahuntuk mengkaji peluang memperluaskan sum-

ber zakat sektor pertanian kepada jenis tana-man yang diikhtilaf serta menilai bagaimana-kah reaksi masyarakat terhadap langkah terse-but. Kajian inijuga ingin menguji apakah fak-tor yang mempengaruhi pembayaran zakatpertanian dan seterusnya mengenalpasti

cabaran yang akan dihadapi untuk melaksana-

kan serta meningkatkan jumlah kutipan zakat .

Kajian lepas untuk riset ini sebagai beri-kut; di dalam perlaksanaan zakat harta umum-nya terdapat dua kategori harta yang dizakatiaitu harta yang diikhtifak (sepakati) wajib

zakat atasnya dan harta yang diikhtilaf (tidak

disepakati) wajib zakat ke atasnya. Harta yang

diikhtifak wajib zakat bermaksud harta yang

disepakati wajib zakat oleh para fuqaha ber-

dasarkan dalil al-Quran dan al-Hadis. f)alam

kategori ini tidak terdapat perselisihan penda-

pat fuqaha tentang wajib zakat atas harta terse-

but misalnya zakat atas emas, gandum,

kambing dan lembu. Bagi harta yang diikhtilaf

wajib zakat pula adalah harta yang tidakdisepakati wajib zakat atasnya oleh para

fuqaha. Di dalam kategori harta ini terdapatperselisihan pendapat fuqaha tentang wajib

zakat atas harta tersebut misalnya zakat ataspendapatan gaji, tananan sayuran, dan ternak-an kuda dan.keledai.

Perbezaan pandangan fuqaha tentang

zakatbagi harta yang diikhtilaf wajib zakat adadibincangkan oleh Sayicl Sabiq (1981) dan

Wahbah (1994). Perbezaan pandangan fuqaha

boleh dilihat bagi kes tanaman, ternakan, dan

harta galian. Berhubung dengan zakat tanaman

66 Jurnal Manajemen dan Bisnis Vol. 12, No. 1, Juni 2008:65-75

Page 5: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

selain yang diikhtifak, perbezaan pandangan

mereka boleh diringkaskan seperti berikut:

L Mazhab Abu llanifalt

Mazhab Abu Hanifah berpandangan wajib

zakat pada setiap yang ditanam dan diturn-

buhkan bumi sekiranya menanamnya dengan

maksud mengambil hasil bumi, tiada bezanya

samada sayuran atau lainnya. Dikecualikan

zakat bagi kayu bakar, rumput, dan pohon

yang tidak berbuah.

2. Mazhab Malik

Mazhab Malik mengatakan wajib zakat bagi

tanaman yang tahan dan kering serta niat

ditanam samada sebagai makanan pokok

(seperti gandum dan bcras) atau tidak (seperti

kunyit dan bijan). 7,akat adalah tidak wajib

bagi sayuran dan buah-buahan.

3. Mazhab Syafie

Zakat wajib bagi apa yang dihasilkan bumi

dengan syarat ia menjadi makanan pokok dan

boleh disimpan. Tanaman selainnya tidak

dikenakan zakat.

4. Mazhab Ahmad

Mazab Ahmad mengatakan wajib zakat bagi

setiap yang dikeluarkan Allah dari bumi

samada berupa bijian atar-r buah-buahan asal-

kan ia ditanam oleh manusia tidak kira sama

ada ia makanan pokok atau tidak. Bagi aspek

br.rah-buahan, disyaratkan ia adalah buahan

kering. Oleh itu tidak wajib dikenakan zakat

bagi buah basah seperti semangka, pepaya, dan

mentimun.

Bagi kes ternakan pula fuqaha bersetuju

bahawa tidak wajib zakat bagi haiwan selain

daripada al- an'am. Olelt itu tidak wajib zakat

bagi kr.rda, kelcdai, dan sebagainya kecuali j ika

diperniagakan.

Bagi harta galian pula fuqaha berbeza

pandangan tentang harta galian mengikut

sifatnya iaitu yang boleh dilcbur atau tidak.

Perbezaan pandangan mereka adalah seperti

berikut:

L Mazhab Abu Hanifah

Mazhab ini mengatakan bahawa semua galian

yang dapat dilebur dengan api wajib dizakat.

Manakala bagi harta galian yang tidak cair

seperti permata adalah tidak diwajibkan zakat.

2. Mazhab Malik dan Svalie

Zakat galian adalah wajib hanya pada emas

dan perak sahaja. Tidak wajib zakat pada

galian selain kedua-dua logam di atas.

3. Mazhab Ahmad

Mazhab Ahrnad mcngatakan bahawa semLla

hasil br.rmi yang bcrharga dan tercipta di

dalamnya adalah wajib zakat dengan syarat

cukup nisab. Tidak kira sama ada pejal atau

cair, boleh lebur atau tidak seperti emas, perak,

permata, zamrud, belcrang, dan minyak,

Perbezaan pelbagai pandangan di atas

menunjukkan bahawa rnasih terdapat ruang

untuk mengenakan zakat bagi harta yang

diikhtilaf wajib zakat mengikut sesuatLr

mazhab mengikut keadaan masa kini. Bagi kes

zakat tanaman misalnya jika berpandukan

kepada pandangan mazhab Abu I Ianifah maka

tanaman ssperti kelapa sawit, getah dan nenas

boleh dikenakan zakat. Begitu juga dengan kes

ternakan ayam dan ikan yang diperniagakan

maka zakat ke atasnya boleh dipertimbangkan

memandangkan ia dilakukan untuk maksud

perniagaan. Llntuk galian pula, pandangan

Mazhab Ahmad jelas baharva sctiap yang

dikelualkan bumi boleh dizakat. Rumusan

penting yang boleh disimpulkan di sini ialah

masih terdapat banyak ruang untuk mengenal-

Potcnsi dan Cabaran tcrhadap Pcrluasan Sumber Zakat (Sanep Ahmad dkk) 67

Page 6: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

pasti jenis harta tanaman dan ternakan sertagalian yang sesuai untuk dikenakan zakat.

Perbincangan tentang zakat bagi sumbcr

yang diikhtilaf secara khusus mula dilakukanpada talrun 1984 dalarn muktamar zakat yang

pertama di Kuwait. Bcberapa jenis harta mula

disebut sebagai wajib zakat scperti harta

saham, bon dan harta al-mustaghallat oleh

Atiyah (1988). Bagi kes Malaysia perbinca-

ngan mula dilakukan bagi kes pendapatan pro-

fesional dan pendapatan gaji. Kcmungkinan

mengenakan zakat atas pendapatan profesional

mula dibincangkan secara terperinci olehMahmood Zuhdi (1992) manakala bagi kes

zakat pendapatan gaji pula telah dibincangkan

oleh Mujaini (2003). Walaupun terdapat per-

bezaan pandangan dalam kes pendapatan gaji

namun kesimpulan yang diberi kini meru-

muskan bahawa adalah wajib zakat dikenakan

ke atas pendapatan gaji, Kini ia bukan sahaja

disepakati ulama ke atas kewajipan zakatbagipendapatan gaji tetapi masyarakat umum juga

telah mula menerima kewajipan tersebut, Jikakes pendapatan gaji dapat dibincangkan dan

diputuskan dengan baik rnaka kes harta lainyang diikhtilaf juga boleh dilakukan seperti-

nya. Perbincangan dan penerangan perlu dila-kukan ke atas harta diikhtilaf yang lain secarakonsisten sebagaimana dilakukan ke atas pen-

dapatan gaji supaya lebih banyak hafta

diikhtilaf dapat dipertimbangkan dan dipu-

tuskan tcntang kewajipan zakat ke atasnya.

Kajian ini merasakan perlu dianalisis sejauh-

manakah masyarakat memahami sccara jelas

lrarta yang diikhtilaf atau diittifafr. Ini adalahkerana ini akan menentukan sejauhmanakah

mereka akan menerima perlaksanaan zakat ke

atas lrarta yang diikhtilaf dan seterusnya mem-

bayar zakat Faktor ini juga penting lneman-

dangkan terdapat kajian oleh Mohd Ali dan etal. (2001) yang mendapati faktor pengetahuan

zakat amal signifikan mempengaruhi pemba-

y ar an zakat pen d ap atan.

Memandangkan masalah bocoran kutipan

zakat akan membawa kesan kepada jumlah

kutipan maka persoalan ini perlu diperhatikan.

Sebagaimana berlaku dalam kes zakat penda-

patan gaji dimana terdapat masalah kepatuhan

individu membayar zakat sebagaimana disen-

tuh oleh Kamil Md Idris (2002) maka dijang-kakan juga bahawa masalah yang sama akan

berlaku pada kes zakat bagi harta diikhtilaf.

Oleh itu persoalan kepatuhan membayar zakat

harta diikhtilaf khususnya membayar kepada

institusi zakat yang formal perlu juga diberiperhatian. Ini disebabkan antara lainnya adalah

faktor persepsi masyarakat tcrhadap agihan

zakat oleh institusi formal. Kajian Sanep &

llairunnizam (2004) mendapati terdapat hubu-

ngan yang signifikan antara persepsi agihan

zakat olelr pernbayar zakat dengan pembayaran

zakat melalui institusi formal. Oleh itu kajian

ini juga akan menguji sejauhmanakah faktorpersepsi ini mcmpengaruhi pembayaran zakatpertanian.

METODE PI'NEI,ITIAN

Analisis kajian ini adalah kepada individu

Islam merangkurni beberapa negeri di Malay-

sia. Pensampelan dilakukan secara rawak ke

atas 837 individu di Semenanjung Malaysiayang terlibat dengan sektor pcftanian. Setiap

negeri diwakili olch bilangan individu yang

berbeza secara umumnya bergantung kepada

saiz penduduk.

Data akan dianalisis menggunakan ana-

lisis regresi logistik mengikut negeri untuk

melihat kebarangkalian individu membayar

zakat pertanian. Pembolehubah bersandar

dalam kajian ini berbentuk diktomus iaitu

samada membayar zakat pertanian atau tidak.

Memandangkan pembolehubah bersandar ber-

bentuk diktomus dan pembolehubah bebasyang digunakan kebanyakannya berbentuk

dami maka model ini sesuai dianggarkan

68 Jurnal Manajemcn dan Bisnis Vol. 12, No. l, Juni 2008:65-'15

Page 7: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

dengan menggunakan model

Model yang akan dianggarkan

nya adalah seperti berikut:

P; = E(Y = 1/X) = | l (l 1' e-')

dimana:

. . . . . . ( 1 )

Pi adalah kebarangkalian bagi responden yang

membayar zakat pertanian iaitu Y = I dan Y =

0 bagi responden yang tidak membayar zakat

pertanian.

Persamaan (l) bolch ditulis dalam bentuk

berikut:

Pi = I / ( l+e-" ) = e' I ( l+e" ) . . . . . . (2)

Jika Pi adalah kebarangkalian bagi responden

patuh iaitu Y : I maka kebarangkalian bagi

responden tidak membayar zakat pertanian

ialah Y : 0 ialah (l-P). Oleh itu kebarang-

kalian tidak membayar zakat pertanian ialah:

( 1 - P i ) = 1 / ( l + e ' ) . . . . . . (3)

Oleh itu ratio kebarangkalian untuk responden

membayar zakat pertanian adalah dalam per-

samaan (4) iaitu:

P ; / (1 -P i ) : e ' . . . . . . ( 4 )

Dengan mengambil natural log bagi per-

samaan (4) maka akan mendapat pcrsamaan

(5) iaitu:

L = Ln (P i / ( l -P i ) : ln (e ' )

= Z i

= f(x) . . . . . . (s)

Berdasarkan persamaan (5) kajian inijuga

menguji beberapa pembolehubah yang diper-

timbangkan mempengaruhi kebarangkalian

membayar zakat pertanian iaitu:

Z i= Fo - f -Fr Xr a - . f t zXz+ Fs Xr - r - . . . . . . . .+ F iX i

.(6)

dimana Zi adalah satu fungsi (X) dengan X

adalah pemboleh bebas yang dipertimbangkan

iaitu jantina, umur, taraf perkahwinan, penge-

tahuan agama, taraf pendidikan, pendapatan

bulanan, bilan gan tan ggungan, perbclanj aan is i

rumah bulanan, persepsi terhadap agihan zakat

oleh institusi zakat dan kefahaman harta yang

dikenakan zakat.

Oleh itu berpandukan kepada pcrsamaan

(6), model khusus yang akan dianggarkan

dalam kajian ini ialah:

L : ln (P ; / ( l -P i ) = Fo + Fr Xr -F Fz Xz +

Fs Xr-t-9r X+ + Fs Xs r-

9 o X o + . 0 z X z + 0 e X s - F

F s X s + 9 r o X r o . . . . . . ( 7 )

dimana:

L adalah log bagi nisbah 'odds' membayar

zakat pertanian

X1 adalah dumi jantina; : I untuk lelaki, 0

untuk wanita

Xz adalah umur responden

Xs adalah taraf perkahwinan

Xq adalah dumi pengetahuan agama; : I

untuk berpengetahuan agama, 0 untuk

tiada pengetahuan agama

Xs adalah dumi tahap pendidikan; : I untuk

berpendidikan tinggi, 0 untuk tidak ber-

pendidikan tinggi

X6 adalah jumlah pendapatan bulanan

Xt adalah bilangan tanggungan

X3 adalah jumlah perbelanjaan bulanan isi

rumah

logit binomial.

secara umum-

Potcnsi dan Cabaran terhadap Pcrluasan Sumber Zakat (Sanep Ahmad dkk) 69

Page 8: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

Xq adalah damijika berpuas

hati

Xro adalah dami

nakan zakat;

faham.

kepuasan agihan zakat,: I

hati, 0 jika tidak berpuas

kcfahaman harta yang dike-: I jika faham, 0 jika tidak

Pembolehubah jumlah pendapatan digu-nakan memandangkan ia merupakan salah satupcmbolehubah yang penting mempengaruhipembayaran zakat (Zyadi & Mariani 1999).Pembolehubah lain seperti bilangan tanggu-

ngan juga dilihat memandangkan ia merupa-kan pembolehubah yang penting dalam penen-

tuan had kifayah penerima zakat (Zainal

Abidin, 2003). Faktor lain seperti jantina,

pengetahuan agama dan sebagainya juga turutdikaji untuk merrguji sejauhmanakah ia signi-fikan mempengaruhi pembayaran zakat mela-lui institusi formal seperti yang telah dilakukanoleh kajian yang lepas (Karnil 2002 & Mohd

Ali et.al 2003). Dalam kajian ini pemboleh-

ubah kepuasan agihan zakat dijangkakan signi-fikan mempengaruhi pembayaran secara for-mal secara positif. Pembolehubah bersandar

adalah bernilai I jika responden menyatakan

membayar zakat pertanian dan sebaliknya

berrrilai nilai 0 jika responden tidak membayarzakat pertanian.

HASIL PENELITIAN DANPEMI}AIIASAN

Perbezaan pandangan fuqaha tentang zakat

bagi harta yang diikhtilaf memberi ruang untuk

dikenalpasti sumber baru hafta yang boleh

dizakat. Dalam kes seperti ini, pandangan

berbagai mazhab harus dipertimbangkan bersa-

ma dan tidak seharusnya berpegang kepada

satu mazhab sahaja. Apa yang penting ialah

ada pandangan dari sesuatu mazhab yang

membolehkannya Bersesuaian dengan keadaan

aktiviti ekonomi semasa beberapa jenis harta

berikut boleh dipertimbangkan untuk dizakatberdasarkan kepada pandangan sesuatu

mazhab. Walaupun jenis harta yang boleh

dipertimbangkan adalah banyak namun be-

berapa jenis yang boleh diambil perhatian

adalah seperti disajikan dalam Jadual l.

Oleh kerana harta yang dipertimbangkan

adalah harta yang diikhtilaJ' maka individu

masyarakat juga akan berbeza pandangan danpersetujuan walaupun hukum wajib ke atasnya

telah diputuskan oleh ulama. Sehubungan

dengan itu keputusan kajian dapat menunjuk-

kan bagaimanakah reaksi masyarakat terhadap

langkah tersebut.

Jadual I menunjukkan bahawa secara

umum peratus masyarakat yang akan menc-

rima langkah mewajibkan zakat ke atas hartay ang di i kht i I af y ang d isenaraikan. Berdasarkan

Jadual 2, secara keseluruhannya sebanyak

Jadual 1. Katcgori llarta untuk Di zakat

Kategori IIarta Mazhab Jenis harta dikenalpasti

l. Tanaman

2. Ternakan

3. Gal ian

Abu Hanifah - setiap yangditumbuhkan bumi

Ijmak ulama - tcmakan yangdiperniagakan

Ahmad - semua hasil bumi yangberharga

Kelapa sawit, dusun, getah, koko, sayuran,madu

Ayam, itik, ikan, burung, burung unta,amab

Timah, besi, permata, minyak

70 Jurnal Manajemcn dan Bisnis Vol. 12, No. 1, Juni 200&:65-75

Page 9: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

Jadual 2. Tanggapan tentang Sumber Ikhtilaf di Malaysia

Jcnis I Iarta Tanggapan (%)

llasil Jualan PcrtanianKelapa SawitHasil Dusun/BuahanGetahKokoSayuranMadu LebahPurata

IIasil Jualan TcrnakanAyamIt ikIkarrBurungBurung UntaAmabPurata

I{asil GalianBijih TimahBijih BesiPermataPetroleumPurata

Purata Kescluruhan

Setuju

67,660,361,657,841,933,853,8

48,945, I42,235,444,135,641,9

74,1t z , l

72,474,073,2

52,9

Tidak Sctuju

8,9I 3 , 1l l ,212,022,123,915,2

22,0

25,027,821,026,224,2

4 , 14,75 , 14 ,J

4,55

14,9

Tidak Pasti

? ? 5

26,627,330,236,042,331,0

29,13 1 , 632,836,834,93 8,233,9

2 t , 8z) ,z')') \21,722,3

32,2

52,9 persen responden bersetuju, 14,9 persen

responden tidak bersetuju dan 32,2 persen pula

menyatakan tidak pasti. Pcrincian mengikutjenis aktiviti pula menunjukkan bahawa indivi-

du kurang berseluju untuk mengenakan zakat

bagiternakan ayam, itik dan sebagainya. Bukti

ini menunjukan bahawa individu kurang berse-

tuju r"rntuk mengenakan zakat kepada tcrnakan

lain selain kembing, lembu, dan unta. Gambar-

an umnm ini menuujukkan bahawa peratus

yang bersctuju tidak begitu tinggi walaupun ia

melcbihi 50 persen. Angka ini juga membcri-

kan gambaran bahawa masyarakat kescluru-

hannya masih berbelah bagi tentang kewajiban

membayar zakat ke atas harta yang diikhtilaf

kerana jurnlah yang bersctuju dan tidak

bersetuju tidak berbeza secara signifikan. Oleh

itu walaupun kcmungkinan untuk berjaya

dalam melaksanakan langkah tersebut adalahpositif tetapi ia bukanlah satu langkah mudah.

Persetujuan individu mengikut negeri juga

menunjukkan persetujuan yang rendah. Secarapurata hampir kescluruhan negeri sccara indi-

vidu menunjukkan peratus persetujuan sekitar

50 persen. Jika dirujuk kepada ternakan,

umumnya peratus persetujuan kcatas zakat

bagi ternakan yang dinyatakan adalah rendah

iaitu sekitar 40 persen sahaja. Namun

dcmikian bagi tanaman yang dinyatakan

umumnya peratus persetujuan adalah agak

tinggi iaitr.r rnelebihi 50 persen. Oleh itu dapat

dirumuskan bahawa peratus pelsetujuan bagi

Potcnsi dan Cabaran terhadap Perluasan Sumber Zakat (Sanep Ahmad dkk) 7 l

Page 10: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

mengenakan zakat untuk tanaman dinyatakan

adalah sekitar 50 persen. Manakala peratus

persetujuan bagi mengenakan zakat bagi usaha

ternakan yang dinyatakan adalah kurang 40

persen dan peratus persetujuan bagi mengcna-

kan zakat galian yang dinyatakan adalah seki-

tar 70 persen. Keputusan inijuga menunjukkan

masyarakat sebahagian besarnya masih lagi

kurang yakin dengan perlaksanaan zakat ke

atas lrarta y ang diikht il af

Jadual 3 pula menunjukkan kckerapan

responden membayar zakat pertanian. Hasil

kajian mendapati masih ramai yang tidak

membayar zakat pertanian iaitu sebanyak 93,7

persen berbanding mereka yang membayar

zakat peffanian iaitu sebanyak 6,3 persen. Ini

kemungkinan disebabkan mereka tidak mema-

hami secara jelas dan tepat harta yang dikena-

kan zakat pertanian. Jika mereka mcma-

haminya berkemungkinan hasil pertanian yang

diperolehi mungkin juga t idak mencukupi

paras nisab untuk dikenakan zakat walaupun

setelah cukup haulnya.

Jadual3. Kekcrapan Membayar TakatPcrtanian

Kekerapan Peratusan

Membayar

Tidak Membayar

Jumlah

53

784

837

6,3

93,7

100.0

Berdasarkan jadual 4, ia jelas rnenunjuk-

kan bahawa ramai yang tidak membayar z,akat

pertanian dan hasil pertanian adalah kurang

daripada RMI0,000 iaitu sebanyak 87.8%

daripada 245 responden yang memberi mak-

lum balas. Sepertimana yang dinyatakan

sebelum ini, kemungkinan disebabkan oleh

hasil pertanian yang diperolehi adalah kurang

daripada nisabnya yang tidak mewajibkan

mereka untuk membayar zakat 'ferdapat 1l

responden yang rnemiliki hasil pertanian yang

melebihi RM10,000 yang membayar zakat

berbanding 19 responden yang tidak mem-

bayar zakat Walau bagaimanapun kajian inijuga merrunjukkan hasil pertanian yang dipe-

rolehi adalah tidaklah begitu bcsar meman-

dangkan ekonomi negara ini telah beralih ke

industri pembuatan. Ini menyokong pandangan

awal bahawa jurnlah kutipan zakat pertanian di

Malavsia amat rendah.

Jadual4. Ujian Silang antara Ilasil Pertanian dan Mcmbayar Zakat Pcrtanian

Hasil Pcrtanian Bayar Zakat Pcrtanian Jumlah Pcratus

Tidak Ya

Kurang RM10,000

RM10,000-RM19,999RM20,000-RM29,999RM30,000-RM39,999RM40,000-RM49,999Lebih RM50,000

Jumlah

1947

I54z

z l

J

J

00)

) z

215

l 0A

5Aa

7245

81,154,08

1,632,041,632,86

100,00

Nota: Ujian Chi-Square signifikan pada aras keertian l7o

72 .Iurnal Manajcmen dan Bisnis Vol. 12, No. l, Juni 2008: 65-75

Page 11: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

ii.

IKajian ini juga menunjukkan terdapat

ramai responden masih tidak memahami ten-

tang harta yang dikenakan zakat iaitu samada

harta yang diittifak atau harta yang diikhtilaf

oleh ulama'. Sebanyak 50,8 persen tidak

mempunyai kefahaman yang jelas berbanding

49,2 persen yang memahaminya dengan jelas.

Oleh kerana ramai yang tidak memahaminya

dengan jelas menyebabkan kebarangkalian

ramai responden tidak membayar zakat perta-

nian. Ini ditunjukkan daripada jadual 4 dimana

daripada seramai 425 responden yang tidak

memahaminya, hanya 17 responden yang

membayar zakat pertanian. Ini menujukkan

aspek kefahaman hafia yang dikenakan zakat

amat penting mempengaruhi pembayaran

zakat. Walau bagaimanapun rnasih ramai lagi

yang memahami konsep tersebut tetapi masih

lagi tidak membayar zakat. Llanya 36 respon-

den daripada 376 responden yang memahami-

nya yang membayar z.akat perlanian. Antara

faktor yang berkemungkinan rnereka tidak

membayar zakat pertanian adalah disebabkan

mereka mengusahakan pertanian untuk tujuan

perniagaan yang menyebabkan mereka mem-

bayar zakat perniagaan. Namun begitu

bilangan responden yang berbuat dernikian

adalah sedikit. Ia juga berkemungkinan mereka

tidak mernbayarnya melalui institusi formal

disebabkan persepsi mereka yang negatif

terhadap pengagihan zakat olch institusi

formal. (Lihat Jadual 5\

Daripada hasil kajian di atas jelas menun-jukkan terdapat kecenderungan mereka yang

membayar zakat perlanian amat bergantung

kepada aspek kefahaman mereka dalam

hukum-hakam zakat. Kajian ini menguji pel-

bagai pembolehubah yang dijangkakan mem-

pengaruhi pembayaran zakat pertanian dengan

mcnggunakan persamaan (7). Analisis regresi

logistik dilakukan untuk mengenalpasti apakah

pembolehubah yang signifikan mempengaruhi

pembayaran zakat pertanian dan apakah hubu-

ngan antara pembolehubah tersebut dengan

kebarangkalian m embay ar zakat pertanian.

Daripada Jadual 6, terdapat empat pem-

bolehubah yang signifikan mempengaruhi

pembayaran zakat perlanian dan berhubungan

secara positif yang ditunjukkan oleh nilai log

nisbah odds (koefisien). Keempat-empat pem-

bolehubah tersebut adalah umur, pengetahuan

agama bilangan tanggungan dan kefahaman

zakat. Hasil kajian ini mendapati, faktor

pengetahuan zakat amat mempengaruhi pern-

bayaran zakat dan telah ditunjukkan oleh pem-

bolelrubah pengetahuan agama dan kefahaman

yang jelas mengenai zakat harta. Kesan mag-

nitud bagi pembolehubah tersebut dapat dije-

laskan melalui nilai Exp (B). Contohnya bagi

pembolehubah pengetahuan agamq I unit

kenaikkan akan menyebabkan kebarangkalian

kenaikkan dalam pembayaran zakat pertanian

adalah sebanyak 128 persen. Ia berhubungan

secara positif dan signifikan pada aras keertian

Jadual5. Ujian Silang antara Kefahaman flarta dikenakan Zakat dcnganMcmbayar Zakat Pcrtanian

Kefahaman I Iar ta yangdikcnakan Zakat

llayar Zakat Pertanian Jumlah Peratusan

Tidak Ya

Fahaml'idak FahamJumlah

316408784

361 153

A ' l a

425831

49,250,8100,0

Nota: Ujian Chi-Square signifikan pada aras keertian 1 %

Potensi dan Cabaran tcrhadap Perluasan Sumber Zakat (Sancp Ahmad dkk) 73

Page 12: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

Jadual6. tlasil Keputusan Rcgresi Logistik ll inomial

Pcmbolchubah Bcbas Koefisien Exp StatistikKoefisien Wald

I1I

IIII

jlIl

KonstanJantinaUmurTaraf PerkahwinanPengetahuan AgamaPendidikanPendapatanBil tanggunganPcrbelanjaanPuas lrati agihan zakatKefahaman Zakat

-5,602***-0,0460 ?75 , i +

0,2110,826*'f0,2570,2720,3 82*'r'-0,2760,1 650,572*

0,0040,955

l r ? {

2,2841,2941 , 3 l 31,4650,7591,1791,171

48,8570 , 0 1 84,4890,3935,7050,494) 41)

3,8361,s490,2762,957

Nota : Jadual kf asifikasi benar keseluruhan adalab 93,2 o/o**+ Signifikan pada aras keertian lo/o** Signifikan pada aras keertian 5%* Signifikan pada aras keertian l0%

5 persen. Bagi pembolchubah kefahaman zakat

pula, 1 unit peningkatannya akan memberi

kesan kepada peningkatan pembayaran zakat

pertanian sebanyak 77,1 persen dan signifikan

pada aras keertian 10 persen. Inijelas menun-jukkan faktor pengetahuan agama dan zakat

amat mempengaruhi pembayaran zakat teruta-

manya zakat pertanian. Hasil kajian ini

menyokong kajian Mohd Ali dan et al (2001)

dimana kajian terscbut membuktikan aspek

iman dan pengetahuan zakat amat signifikan

mempengaruhi pembayaran zakat.

Walau bagaimanapun pembolehubah lain

tidak signifikan mempengaruhi pembayaran

zakat pertanian. Pembolehubah pendapatan

contohnya hanya signifikan pada aras keertian

11,6 persen yang tidak menyokong kajian

Zyadi dan Mariani (1999) yang menyatakan

terdapat hubungan yang signifikan. Ini

kemungkinan discbabkan pendapatan dan hasil

sektor pertanian yang tidak mener"rtu dan amat

kecil yang mempengaruhi pembayaran zakat.

Begitu juga pernbolchubah perscpsi agil-ran

zakat, ia tidak signifikan mempcngaruhi pem-

bayaran zakat. Ini bennakna walaupun pusat

zakat berjaya meningkatakan keyakinan pem-

bayar zakat dalam aspek agihan kepada asnal;

namun ia tidak mempengaruhi pebayaran z.akal

pertanian secara signifikan. Namun begitu

hasil kajian ini jelas mcnunjukkan aspek kefa-

haman serta pengetahuan agama terutamanya

zakat amat mem pen garuh i pem bay ar an zakat.

KESIMPUI,AN

Terdapat banyak sumber diikhtilaf dalam sek-

tor pertanian dan ternakan yang boleh dizakat.

Ini memandangkan rnajoriti masyarakat

menunjukkan persetujuan dan bersedia mem-

bayar zakat walaupun harta lersebut adalah

tcrgolong dalam harta yang diiktila/. Pening-

katan persepsi ini boleh ditingkalkan samada

mereka yang membayar zakat pcrtanian atau

masih belum membayar lagi dengan mcmberi

kefahaman yang jelas kepada masyarakat ten-

tang aspek harta yang dkenakan zakat. Ini akan

meningkatkan lagi keyakinan dan pencrimaan

masyarakat tentang zakat dan setcrusnya akan

meningkatan jumlah individu yang membayar

zakat. Tindakan ini akhirnya akan meningkat-

74 .Iurnal Manajcmen dan Bisnis Vol. 12, No. l, Juni 2008:65-75

Page 13: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor

kan lagi jumlah kutipan zakat oleh pusat zakat.

Ini secara tidak langsung dapat menjayakan

fungsi dan peranan institusi zakat sebagai

badan penjamin keadilan ekonomi dan sosial.

DAFTAR PUSTAKA

Wahbah, Al-Zuhaili,1996. Fiqh dan Perunda-ngan Islam (terj.) Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Hailani, Muji Tahir. 2004. Kedudukan Illah,Nisab Kadar dan l-Iaul dalam MenjanaSumber Zakat Korporat. dalam Prose-ding Serninar Flalatuju Zakat Korporat diAlaf Baru. Kumpulan Kajian Zakat,Universiti Kebangsaan Malaysia

Kamil, Md ldris, Chek Derashid dan EngkuIsmail. 1997. Zakat Penggajian: SuatuTinjauan terhadap Pengetahuan danAmalan Muslimin Negeri Perlis. Kertaskerja dibentangkan di Seminar Penyeli-dikan Universiti, Universiti UtaraMalaysia, Sintok, Kedah

Kamil, Md Idris, 2002. Kesan PcrsepsiUndang-Undang dan PenguatkuasanZakat terhadap Gelagat Kepatuhan Za-kat Pendapatan Gaji. Kertas kerjadibcntangkan di Muzakarah Pakar Zakat,[Jniversiti Kebangsaan Malaysia

Mahmood, Zuhdi Abdul Majid. 1992. SyaratIIaul: Satu Penilaian terhadao Panda-

ngan Al-Qardawi dalam Masalah ZakatGaji dan Pendapatan Profesional.Medium Yol.2, Universiti Malaya.

Md Zyadi Tahir & Mariani Majid. 1999.Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat diMalaysia. dalam Pancasidang SeminarPengeluaran Awam dan Swasta: Justifi-kasi dan Realiti di Malaysia. I?akultiEkonomi, Universiti Kebangsaan Malay-sia. Pp 293-306.

Mohd Ali, Mohd Noor, Hairunizatn Wahid danNor Ghani Md Nor. 2003. KesedarqnMembayar Zakat Pendapatan Kakita-ngan Profesional: Kajian Kes di Univer-siti Kebangsaan Malaysia, dlm Pascasi-dang Seminar Dasar Awam dalam EraGlobalisasi: Penilaian Semula Ke ArahPemantapan Strategi. Fakulti Ekonomi,Universiti Kebangsaan Malaysia. Pp397 -

404.

Sabiq, Sayid. 1981. Fikih Sunnah (terj.) Jilid I- Jilid 4. Bandung: P T Alma'arif.

Sancp Ahmad & Flairunnizam Wahid. 2004.Kesan Prestasi Agihan oleh InstitusiFormal Ke atas Kepatuhan MembayarZakat. Kertas Kerja dibcntangkan diDaya Saing Ekonomi dan Sosial KeArah Pemantapan PembangLlnan Ekono-mi. Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Uni-versiti Keban gsaan Malaysia

Potcnsi dan Cabaran terhadap Pcrluasan Sumber Zakat (Sanep Ahmad dkk) 75

Page 14: Potensi dan cabaran terhadap perluasan sumber zakat sektor