perjuangan dan pemikiran politik dr. burhanuddin al-helmy

Upload: haiidil

Post on 02-Jun-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    1/18

    PERJUANGAN DAN PEMIKIRAN POLITIKDR. BURHANUDDIN AL-HELMY

    KAMARUDIN JAFFAR

    UI1lversiu Kebangsaan Malaysia

    SINOPSIS

    Dr. Burhanuddm ai-Helmy was mvolved zn Malayan (later MalaysIan)polit Ics for almost thzrty years, z e from the early 1930s until the end of the

    1960s. Dunng thzs penod he was a member of the KMM Kesatuan MelayuMuda or Unzon of Malay Youth), the leader of KRIS Kesatuan RakyatIndonesia Semenanjung or Umon of Pemnsular Indoneszans), PKMMPartai Kebangsaan Melayu Malaya or Malay Natzonalist Party) and

    PUTERA-AMC]A, the founder of Partaz Rakyat, and finally the leader ofPAS Partai Islam Se Malaysia or IslamIc Party of Malaysza). Based on hzswntzngs and speeches smce 1946 and a short bzography, thzs artzcleattempts to hzghlzght three major themes of Dr. Burhanuddin s politzcalthmkzng and actzvzty, namely: natzonal mdependence, Malay natzonalityand Islam.

    SINOPSIS

    Dr. Burhanuddin ai-Helmy berkeczmpung dz dalam politik negara zmselama lebih kurang tzga puluh tahun, zaztu dan tahun-tahun 1930anhmgga penghuJung tahun-tahun 1960an. Dz dalam Jangkamasa yangagak panJang zm beliau telah menganggotaz KMM (Kesatuan MelayuMuda), memzmpm KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesza SemenanJung),PKMM (Partaz Kebangsaan Melayu Malaya) dan PUTERA-AMC]A,menganJurkan penubuhan Partaz Rakyat dan akhzrnya memzmpm PAS.Dengan mengkaji tulisan-tulisan dan pzdato-ptdatonya semenJak 1946serta nwayat hzdup beliau, makalah mz mengutarakan bahawa tzga cmutama pemikzran dan perJuangan politik beliau talah: kemerdekaan,kebangsaan Melayu dan Islam.

    Pada 2 Ogos 1945, Dr. Burhanuddin aI-Helmy dan IbrahIm Yaacob,sebagai pemlmpm-pemlmpm KRIS Kesatuan Rakyat IndonesiaSemenanJung), laltu badan yang ditubuhkan dengan sokongan danpemenntah tentera Jepun di Tanah Melayu untuk mengambil alihpemerintahan Tanah Melayu selepas mereka menarik din, telah bertemudengan Sukarno dan Mohd Hatta di lapangan terbang Talping.Pemimpm-pemlmpm KRIS dan pemimpm-pemimpm politik IndonesIayang sedang dalam perJalanan pulang dan pertemuan mereka denganpemenntah Jepun di Markas ASIa Tenggara di SaIgon ltU telah bersetuJu

    29

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    2/18

    pada han itu bahawa Tanah Melayu, akan bersama-sama denganIndonesia mengisytiharkan kemerdekaan pada 17 Ogos, 1945. Tetapi,pada 14 Ogos, 1945, pemerintah J epun di Tokyo mengumumkan bahawamereka telah menyerah kalah kepada kuasa-kuasa Berikat. 01eh ituwalaupun Sukamo rrieneruskan rancangan mereka mengisytiharkankemerdekaan IndonesIa pada 17 Ogos, 1945 Dr. Burhanuddin udakdapatberbuat demik1an untuk Tanah Melayu kerana kumpulan-kumpulanyang menentang Jepun telah pun menguasai keadaan.

    Walau bagaimanapun udaklah mustahil untuk diramalkan bahawajika Dr. Burhanuddin ,dan KRIS telah berJaya menguasa1 keadaan diTanah Melayu ini sepert1 Sukarno di Indonesia pada bulan Ogos 1945ltumaka ~ u d htentu kedudukan Dr. Burhanuddin dalam politik TanahMelayu seterusnya akan menjadi amat tingg1 dan mustahak sekali. Danjika im telah benar-benar berlaku maka Dr. Burhanuddin akan menjaditajuk penyelidikan dan penulisan akademik yang pentmg sekurangkurangnya di dalam usaha memaham1 politik Tanah Melayu danMalaysIa.

    Tetapi sungguhpun Dr. Burhanuddin t1dak berjaya sepenuhnya didalam bidang politik mmat akademik terhadap tokoh 1m udakseharusnya ikut berkurangan. Ini pentmg kerana beberapa sebab.Pertamanya 1alah kerana penglibatan Dr. Burhanuddin di dalampergerakan-pergerakan politik di negara ini. Satu kajian riwayat hiduptokoh 1m dengan menumpukan kepada keadaan-keadaan dan sebab-sebabbeliau menganggota1 KMM Kesatuan Melayu Muda), menJadi pem1mpmKRIS, menJadi Yang di Pertua PKMM Parta1 Kebangsaan MelayuMalaya), menjadi Pengerus1 PUTERA - AMCJA Pusat Tenaga RakyatAll-Malaya Council for Joint Action), menJadi penganJur Parta1 Rakyatdan menjadi Yang di Pertua PAS, adalah satu usaha akademik yangpentmg.

    Keduanya, satu kajian tentang akUvlti-akuviu politik Dr. Burhanuddin1m mungkin akan menambah kepada pendapat-pendapat yang adasekarang ten tang pergerakan naslOnalisme Melayu. Pro. Roff, m1salnya,menumpukan kepada t1ga golongan eht Melayu yang cubamenggerakkan semangat nasionalisme Melayu di dalam separuh pertamaabad mi. Secara khususnya Roff menyebut:

    30

    D1 antara tahun 1934 dengan tahun 1941 uga percubaan telah diJalankan oleh orang-orang Melayu untuk melahirkan pertubuhanpertubuhan yang meliputi seluruh Malaya secara besar-besaransupaya boleh mempers1apkan orang-orang Melayu sebagai suatubangsa menguruskan hal ehwal mereka sendin dalam dunia modenmI. Tiap-tiap satu pertubuhan ltu, atau uap-tiap jemsnya, adahubungannya dengan salah satu dar1 tiga golongan atasan baru yang

    berlumba-Iumba antara satu sama lam ... ia1tu pembaru-pembaruagama yang berpelaJaran Arab, mtelek radikal yang berpelaJaranMelayu, dan pentadbu-pentadbir berpelajaran Inggens yangditenma terutamanya dan kalangan kelas pemerintah yangtradislOnal Roff 1967 . 268).

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    3/18

    Dalam lam-lam perkataan Roff melihat satu hubungan yang amatrapat di an ara Jems sistem pelaJaran yang menghasilkan pemlmpmpemlmpm sesuatu darlpada tlga golongan itu. SelanJutnya di dalamperbincagannya, Roff menyebut Sahabat Pena yang ditubuhkan pada1934 sebagal contoh pertubuhan yang dilancarkan dan diplmpm oleh golongan pembaru (atau reormls atau Islah) yang berpendidikan Arab-Islam, Kesatuan Melayu Muda yang ditubuhkan pada 1938 sebagal pertubuhan kui yang ditubuhkan oleh golongan yang berpendidikan Melayu, danPersatuan-persatuan Melayu dikebanyakan negeri-negeri sebagai badanyang ditubuhkan oleh golongan aristokrat Melayu yang berpendidikanInggeris.

    Kaitan rapat di antara sis tern pendidikan dengan keanggotaanpergerakan im Jelas dilihat apabila memblcarakan Sheikh TahIrJalaluddin, IbrahIm Yaakob dan Dato Onn Jaaar. Tetapl apabiladiblcara secara khusus tentang Dr. Burhanuddin, teon Roff im nyatakurang dapat dipakal. 1m adalah kerana sikap dan keglatan politik Dr.Burhanuddin melibatkan kedua-dua jurusan naslOnalisme Melayu laltuIslam dan kui .

    Dan m l membawa kita kepada sebab yang ketlga kenapa kajian ten tangDr. Burhanuddin penting, laltu kerana lanya mungkin akanmenunJukkan bahawa pecahan di antara Jurusan-jurusan kanan , Islamdan kui di dalam pergerakan naslOnalisme Melayu pada bahagtanbahagian awal dan pertengahan abad im udaklah begltu tepat.Penglibatan Dr. Burhanuddin di dalam gerakan-gerakan politik klri danIslam sebelum, semasa dan selepas Perang Dunia II menunJukkankemungkinan terdapatnya persamaan-persamaan pentmg di an tarakedua-dua golongan tersebut.

    Akhunya, sebarang kajian tentang tulisan-tulisan dan ucapan-ucapantokoh-tokoh seJarah dan politik negara ml amatlah berguna di dalam memahami sikap dan alsaah mereka terhadap masyarakat mereka dan masyarakat luar. Kajian seperti ml tentunya akan dapat membantu memahami pergolakan seJarah dan politik silam dan Juga politik sekarang. Politik perkauman di MalaysIa harl im, misalnya, lebih mudah difahamljika klta mengetahm bagalmanakah keadaannya semasa politik perkaum

    an ml mula mempengaruhl politik negara im beberapa dekad sebelummerdeka. Dalam h ah m Dr. Burhanuddin adalah bahan yang agak senangdikaji kerana beliau telah. menulis beberapa buku (atau jika beliau tldakmenulis sendiri, ucapan-ucapannya disusun dan dibukukan olehpembantu-pembantu beliau). Malah adalah merupakan satu akta yangJarang tercatlt bahawa Dr. Burhanuddinlah salah seorang tokoh politiknegara im yang paling banyak menulis buku.

    IIBurhanuddin dilahukan di Changkat Tualang, Kota Bahru, Perak,

    pada 29 Ogos, 1911. Bapanya, Hj. Muhammad Noor, seorang alim ( danJuga ahli tasau), adalah seorang petani, dan dikatakan berketurunandaripada keluarga bangsawan di Sumatra. Emaknya, Shariah Zahrah,adalah daripada keluarga yang ternama di kampung itu.

    Burhanuddin menenma pendidikan awal di Sekolah Melayu di

    3

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    4/18

    Behrang l u dan kemudian di Bakap sehmgga darJah tIga. Selepas ltu diamenyambung persekolahannya di Kota Bahru Perak) bila mana diamula-mula sekali menceburkan din ke dalam bidang penulisan denganmenerbltkan sejems akhbar mmgguan bemama Berita Minggu yangmenYlarkan berita-berita di dalam dan di sekltar kampungnya.

    Pada tahun 1924,setelah tamat sekolah Melayu, Burhanuddin dihantarpula ke Padang PanJang, Sumatra, untuk pendidikan agama Islam.Selama dua tahun di smi dia dikatakan dididik dan dipengaruhl olehguru-guru dan ajaran-aJaran Kaum Muda. Apabila dia kembali, bapanyamenghantamya pula ke sebuah Sekolah Pondok di Pulau Plsang, Jitra,Kedah. Tetapi Burhanuddin tldak tinggal lama di smi kerana diamendapati yang kaedah-kaedah mengajar, guru-guru dan sukatanpelaJaran di Sekolah Pondok ml sarna ada terlalu rendah atau tIdak sesualdengannya. OIeh ttu pada tahun 1927 bapanya memasukkannya pula keMadrasah al-Mashor al-Islamlah di Kepala Batas, Pulau Pinang. Dalammasanya yang smgkat di Slm, Burhanuddin telah berjaya menguasalbahasa Arab.

    Kemudian, dalam tahun 1928, Burhanuddin pergl ke India untukmengembara dan Juga menuntut ilmu. Dl an ara pengalamanpengalamannya di sana ialah dia mengikutI pergerakan Mahatma Ghandidan juga berkenalan dengan Mohd. Ali Jinnah dan Pandit Nehru danpemimpm-pemlmpm kemerdekaan India yang lam. Dl sampmg ltuBurhanuddin Juga sempat melawat Palestm di mana dia telah menyertaigerakan Arab dan menentang Penglsytiharan Balfour oleh keraJaanBritish. Keglatannya im menyebabkan dia ditahan untuk beberapa bulanoleh pemerintahan Bntish. Dalam bldang ilmu pula, Burhanuddinberjaya memperolehl kepakaran di dalam bldang yang amat dimmatmyalaltu bidang perubatan homeopathy. Ijazah di dalam bldang perubatanhomeopathy ini diperolehinya daripada Ismaeliah Medical College, NewDelhi. 2 Burhanuddin Juga pemah disebutkan sebagal telah menuntut diAligarh Muslim Vmverstty liha-t Saliha 1972:9 dan Abdullah Hussam1969).

    Sekembalinya darl seberang laut, pada tahun 1935 Dr. Burhanuddinbekerja sebagal guru bahasa Arab di Sekolah Arab Al-Juned, Singapura.Beliau Juga aktlf di dalam pergerakan-pergerakan Islam di Pulau ltU.Pada tahun 1937 be1iau menerbltkan sebuah majalah bemama TamanBahagia. MaJalah ml nyata sekali dianggap merbahaya oleh pemenntahBntIsh sebab satu Jam sesudah nombor pertama maJalah 1m diedarkan,iapun ditangkap dan ditahan Abdullah Hussam 1969 3. Selepas itu Dr.Burhanuddin membuka klinik homeopathy di Singapura dan di JohorBahru dengan bantuan seorang doktor India bemama Dr. RajahRashldah Ismail 1969).

    Pada tahun 1939 beliau telah diperkenalkan kepada Kesatuan MelayuMuda KMM) oleh Mustapha Hussam laltu salah seorang pemlmpmKMM. Tetapl nampaknya Dr. Burhanuddin tIdaklah bergerak aktif didalam KMM ml kerana apabila pemimpm-pemlmpm KMM sepertIIbrahIm Yaacob, Ishak Hj. Mohammad, Ahmad Boestamam, SutanDJenam, dan lam-lain lagl ditangkap oleh pemerintah Bntlsh pada tahun1940, ialtu menjelang Perang Duma II, beliau tIdak dianggap begitu

    32

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    5/18

    merbahaya kepada British hingga perlu ditangkap (lihat Funston1973:189 dan Soenamo 1960 .4

    Semasa pendudukan Jepun Dr. Burhanuddin telah diberikan salah satujawatan tertinggi bagi seorang Melayu laitu sebagai Penasihat AdatIstiadat dan Kebudayaan Melayu (Advisor on Malay Customs and Culture)dan berpejabat di Markas Pentadbtran Tentera Jepun di Taiping. Beliaumenggunakan jawatan mi, seperu juga pemimpin-pemlmpm KMM yanglain yang diberi jawatan oleh pemerintah Jepun, untuk menyediakanpembebasan Tanah Melayu daripada sebarang bentuk penjajahan. Beliautelah menganjurkan dua kongres Islam (Funston 1973:189). Beliau jugamengambil peluang daripada jawatannya ini untuk mendampmgt,melindung dan membantu Maahad Il-Ihya Assyariff, iaitu sebuah pusatpendidikan Islam yang terkemuka dari segt sosial dan politik, di GunungSemanggol, Taiping. 5 Dan pada bulan Julal 1945 Ibrahim Yaacob, Dr.

    Burhanuddin, Onan Siradj dan beberapa pemimpin-pemimpm KMMyang lain menubuhkan pula KRIS yang dirancangkan dengan sokonganpihak Jepun untuk menguruskan kemerdekaan Malaya sebagaisebahagtan daripada IndonesIa Raya. Rancangan mereka itu,sebagalmana yang telah disebutkan di atas, udak dapat dilaksanakaI1 olehkerana pihak Jepun telah mengumumkan penyerahan diri merekaterlebih dahulu.

    Pergerakan politik pertama yang wUJud selepas kembalinyapemerintahan British ke Malaya ialah Parta i Kebangsaan Melayu Malaya(PKMM) yang ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945. Daya utamamenubuhkan PKMM ml datangnya darlpada Mokhtaruddin Lasso danAhmad Boestamam yang pada masa tu sedang mengendalikan akhbarSuara Rakyat. Perjumpaan pernubuhan PKMM itu memilihMokhtaruddin Lasso sebagai Yang DI Pertua Agung dan Dr.Burhanuddin sebagal Naib Yang DI Pertua Agung walaupun Dr.Burhanuddin udak menghadin perJumpaan itu. 6 Apabila KongresPertama PKMM diadakan pada 30hb. November hmgga 3hb. Dlsember,1945, perlantikan-perlantikan di atas telah disahkan, tetapl apabilaMokhtaruddin Lasso 'menghilang' beberapa han selepas Kongres tu "Dr.Burhanuddin terpaksa mengambil alihplmpman PKMM menggantikanMokhtaruddin Lasso sebagal Yang Di Pertua Agung dan Jawatan Dr.Burhanuddin sebagai N aib Yang Di Pertua Agung diserahkan kepada En.Ishak bin Haji Mohammad dengan persetujuan pucuk plmpinan"(Ahmad Boestamam 1972b:9).

    Di bawah plmpinan Dr. Burhanuddin PKMM (bersama-sama badanbadan Melayu yang lam) telah menganjurkan penubuhan UMNO pada 11Mei 1946 kerana menentang rancangan Malayan Union British,walaupun pada awalnya PKMM menyokong dasar 'kesatuan' TanahMelayu itu (Ahmad Boestamam 1972:10). PKMM walau bagaimanapunkeluar daripada UMNO pada bulan Julai 1946 kerana menentang sikaptolak ansur pemimpm-pemlmpin UMNO terhadap Bntlsh. Pada bulanFebruari 1947 PKMM bersama-sama dengan Angkatan Pemuda Insaf(API), Angkatan Wamta Sedar (AWAS) dan badan-badan yang lainbergabung sebagai satu barisan politik Melayu bemama Pusat TenagaRakyat (PUTERA) untuk menentang UMNO dalam menentukan corak

    33

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    6/18

    struktur politik Malaya. Selepas itu PUTERA dan AMCjA bergabungpula dengan Dr. Buthanuddin sebagai Pengerusinya untukmemperkuatkan lagi penentangan mereka terhadap British dan UMNO.Semasa menjadi Yang Di Pertua Agung PKMM juga Dr. Burhanuddinberjaya mendapatkan kawan-kawannya di Maahad n-Ihya Assyariffuntuk menganjurkan Persidangan Ekonomi Agama se Malaya pada 22-24 Mac 1947. Persidangan ini telah mencetuskan penubuhan PusatPerekonomian Melayu Se Malaya (PEPERMAS) dan Majlis AgamaTertinggi se Malaya (MAT A). 7

    Kedudukan Dr. Burhanuddin sebagai Yang Di Pertua Agung PKMMwalau bagaimanapun udak kekallama kerana golongan di dalam PKMMyang dipimpm oleh Ahmad Boestamam dan Ishak Hj. Mohammadsentiasa berusaha untuk menggulingkan beliau. Tetapi, seperti yangdiakUl {)leh A. Boestamam sendin, ketokohan Dr. Burhanuddin ltu terlalukuat hinggakan mustahil bagi Ishak Hj. Mohammad, misalnya, untukmerebut jawatan Yang Dl Pertua Agung daripada beliau (lihat A.Boestamam 1972b:31-6). Golongan Ishak-Boestamam hanya berJayamenjatuhkan Dr. Burhanuddin apabila beliau bersetuju menenmaJawatan Penasihat Agung PKMM yang diwuJudkan dalam KongresPKMM pada bulan Disember 1947 di Singapura. Dengan ml makajawatan Yang Dl Pertua Agung PKMM menJadi kosong dan 1m diisl olehIshak Hj. Mohammad. Mengikut Ahmad Boestamam, tujuannya mginmenggulingkan Dr. Burhanuddin ialah kerana beliau terlalu lurus danJUJur sehmgga merugikan PKMM A. Boestamam 1972b:31-3). Tetaplmengikut Funston, penggulingan Dr. Burhanuddin adalah manifestaslperebutan kuasa di antara Sayap Islam (di bawah plmpinan Dr.Burhanuddin) dan Sayap Kiri (di bawah pimpinan Boestamam danIshak) di dalam pucuk pimpinan PKMM (Funston 1973:108-9 dan 190).

    Pada penghujung tahun 1947 Itu Juga Dr. Burhanuddin mengetuaiperwakilan Malaya ke Inter-Asian Relations Conference di New DelhI.Persldangan 1m sekali lagi membuka peluang bagl beliau berkenalan danberbmcang ten tang gerakan-gerakan menentang penjajahan bersamasama dengan pemimpm-pemimpm kemerdekaan negara-negara Asiayang lam. Tetapl di Malaya sendin perubahan politik sedang pesatberJalan. Pada bulan Februari 1948 Perlembagaan Persekutuan TanahMelayu dikuatkuasakan, dan ini ditentang secara bersenjata oleh ParuKomums Malaya. Akibatdari itu Parti Komums Malaya diharamkan danpada u n 1948 Undang-Undang Dharurat diisytiharkan. Dengan kuasaUndang-undang milah pemenntah Bntlsh teJah mengharamkan PKMMdan menangkap pemlmpin politik yang menentang mereka termasuklahpemimpin-pemimpin Hizbul Muslimin, laltu satu badan politik Islamyang mana PKMM dan Dr. Burhanuddin terlibat di dalam penubuhannyapada 14 Mac 1948. 8 Di dalam keadaan im Dr. Burhanuddin .>berpmdah keSingapura di mana beliau ditangkap pada Disember 1950 kerana terlibatdi dalam pergerakan orang-orang Islam di dalam kes Maria Hertogh. 9Beliau dibebaskan setahun kemudiannya.

    Pada April 1955 beliau dijemput menghadin Kongres Pemuda MelayuSe Malaya di Kuala Lumpur. Kongres im yang juga dihadiri oleh Dato'Onn dan yang dipulau oleh UMNO telah melantik Dr. Burhanuddin

    4

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    7/18

    sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) danmemberikan mandat kepada beliau untuk mewakili mereka diPersldangan Afro-Asia di Bandung yang berlangsung tIdak lamakemudiannya. Sekembalinya dan Bandung Dr. Burhanuddin melibatkandirinya di dalam kempen pilihanraya kebangsaan pada Julal 1955 dalammana beliau bercakap atas nama Bansan Kebangsaan Melayu yangditubuhkan oleh Kongres Pemuda Melayu Se Malaya. Menurut Prof.Means, Dr. Burhanuddin di dalam syarahan-syarahan pilihanrayanya 1mmengkntik UMNO dan PartI Negara dan Juga menyatakan keraguannyaterhadap pilihanraya ltU sendin (Means 1976:154-5). Dr. Burhanuddinsendin ada menyatakan bahawa pilihanraya tahun 1955ltu adalah "suatupilihanraya yang tIdak sesual dengan kehendak rakyat dan palsu jikadibandingkan dengan tuntutan yang sebenarnya diperJuangkan olehrakyat" (Burhanuddin 1955).

    Selepas pilihanraya ltu Dr. Burhanuddin nampaknya menumpukantenaganya pula kepada merancang penubuhan sebuah partI politik barulaltu PartI Rakyat Malaya. Behau kemudiannya mendapatkanpersetuJuan Ahmad Boestamam (yang dibebaskan dan tahanan Dharuratpada bulan Julal 1955) untuk menJadi Ketua Umum part ltu apabilalanya dilancarkan pada 11 November, 1955.10

    Pada bulan Dlsember 1956 Dr. Burhanuddin menJadi ahli PAS (PartIslam Se Tanah Melayu). Kemudian, pada 25 Dlsember 1956, di dalamMesyuarat Agung Tahunan PAS yang ke 5 beliau dilantik menJadi YangDi Pertua Part ltu. Dan sebagal calon PASlah Dr. Burhanuddinmemenangl kerusl Parlimen kawasan Besut, Trengganu, di dalampilihanraya 1959. Beliau telah udak bertanding bagl pilihanraya pada1964 kerana SuruhanJaya Pilihanraya telah menglsytiharkan yar..g beliauudak layak untuk bertanding kerana telah didenda sebanyak $25,360 olehsebuah mahkamah atas satu kesalahan teknikal di dalam sebuah syarikatpermagaan.

    Seterusnya pada Januan 1965 beliau ditahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negen (ISA) kerana dituduh terlibat di dalam satuplot untuk menentang MalaYSia. Dr. Burhanuddin Jatuh uzur semasa didalam tahanan dan penyakltnya l tu udak Juga bertambah baik apabilabeliau dibebaskan pada Mac 1966. Pembebasan beliau ItU adalah dengansyarat beliau tldak melibatkan din dalam politik, dan syarat ml ditarikbalik hanya pada 22 September 1969. Pada 25 Oktober 1969 Dr.Burhanuddin, yang masih lagl menjadi Yang Dl Petua PAS, menmggalduma kerana keuzuran.

    (III)

    Danpada perbmcangan ringkas di atas dapatlah dilihat bahawa Dr.Burhanuddin telah melibatkan dinnya di dalam bldang politik tanah audarl tahun-tahun 1930an hinggalah ke akhu hayatnya pada tahun 1969,laltu selama hampu 40 tahun. Badan-badan politik dalam negen yangdianggotal (atau disokong) oleh beliau termasuklah KMM, KRIS, PKMM,MATA, Hizbul Muslimm, PUTERA-AMCJA, Barlsan KebangsaanMelayu, Part Rakyat dan PAS. Sekali Imbas, keanggotaan beliau di dalam

    35

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    8/18

    badan-badan politik yang berbeza mi boleh mengakibatkan tasuanbahawa beliau adalah seorang ahli politik yang tidak berprinslp. Tetapitasuan yang sebaliknya akan muncul jika dapat ditunjukkan yang Dr.Burhanuddin berpegang kepada beberapa pnnslP-prinsip tertentu danyang badan-badan politik yang disebut ltu dilihatnya sebagalberkemungkinan untuk menjayakan pr ins ip-pr ins ipnya l t UPerbincangan sekarang mi akan cuba menumpukan ke arah tasuan yangkedua ml.

    Danpada kegiatan, ucapan dan tulisan politik Dr. Burhanuddinnampaknya terdapat tiga CUI utama di dalam perJuangan dan pemikiranpolitiknya. Cin-Clri tersebut lalah: i) Merdeka, ii) Kebangsaan Melayu,dan iii) Islam. Ketiga-uga ciri-ciri im adalah berkaltan dan bertmdanlapIs di antara satu dengan yang lam. Perlu juga disebutkan awal-awallagl bahawa adalah ~ ksukar untuk kIta mendapati Dr. Burhanuddinmenyuarakan keuga-uga CUI pemikuan beliau ml dalam satu ketika.Cin-Cln utama pemikuan beliau ml juga udak semestmya selalunyakonslstent atau selaras, kadang kala pula agak susah untuk kitamengetahm yang mana satu daripada uga cin mi yang paling diutamakanoleh beliau.

    Walau bagalmanapun Dr. Burhanuddin ada juga mencuba untuk.menyelaraskan keuga-keuga cui pemikuan beliau itu. Di dalam bukunyaPerjuangan Kita behau membayangkan bahawa pemikirannyaberlandaskan kepada kata yang masyhur di dalam bahasa Arab yangbereru kasihkan watan ltu daripada iman (Burhanuddin 1946:39).Beliau seterusnya menyebut:

    Kita pandang dan segi alsaah dan kita susunkan denganpemand:::ngan yang dekat adalah beglm:

    1) Iman nyawa)2) Tubuh3) Bangsa4) Watan (tanah au)

    Susunan pemandangan im, mengikut beliau adalah Em patserangkapdalam bmaan watan . Sebabyangdiberika noleh beliauadalahseperu berikut:

    Iman berdin di atas tubuh. Tubuh berdin di atas bangsa danbangsa berdin di atas watan. Salah satu daripada yang empat ml uadaboleh bercerai tmggal dalam bmaannya tetapl watan Jadi pokok. Adawatan lalah dengan kuat bangsa. Kuat bangsa keluar daritubuh diri yang sihat kuat dan perkasa seperti pekerJa, pahlawan,peraJunt dan lam-lain. Maka dalam jiwa pekerja pahlawanperaJuntlah terletaknya iman.

    Agak Jelas nampaknya Dr. Burhanuddin menganggap iman, tubuh,bangsa dan watanltu sebagal perkara-perkara yang berkaitan rapat yangmana kekuatan lman akan menguatkan tubuh yang pula akanmenguatkan bangs a yang seterusnya akan menguatkan watan. Dan prosessebaliknya Juga akan berlaku, laitu kekuatan watan akan menjaminkekuatan bangs a dan seterusnya kepada kekuatan iman. Mengikut Dr.

    36

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    9/18

    Burhanuddin, Bebas dan merdeka bangsa dan watan baharulah betulmerdeka agama yang dianut oleh seseorang HU (Burhanuddin 1946:40).

    PefJuangan dan pemikuan Dr. Burhanuddin Jelas sekali menunJukkanbahawa 'bebas dan merdeka bangsa dan watan' adalah salah satu

    matlamat utama beliau. DI dalam tuhsan beliau Agama dan Politik, Dr.Burhanuddin ada menyebut seperu berikut:

    Kita sekarang masih tefJaJah. Politik kHa Jauhlagi dan mengatur negara (sebab negara) tak ada di tangan kHa.Sudah merdeka dan berdaulat, barulah boleh mengatur negara danbarulah kHa dapat mengatur sesuatu yangdinamakan negara Melayu.Jadi pohtik kHa han mI, mestilah kIta kumpulkandan kIta atur serta susun untuk mencapal kebebasandan kemerdekaan, supaya dapat nantl mendirikan negara

    yang teratur, berdaulat, aman dan makmur (Burhanuddin1954b:27).

    Perlu Juga dinyatakan bahawa sikap yang mengutamakankemerdekaan negara seperu yang terdapat pada Dr. Burhanuddin 1madalah sebenarnya sikap yang menyeluruh di kalangan peJuang-peJuangpolitik di negara-negara tefJaJah pada abad yang ke 201m. Bagi MalaysIa,khususnya, seJarah permulaan dan perkembangan pefJuangankemerdekaan atau naslOnahsme telah pun dicaUtkan dalam kaJIan-kaJIanyang lam. 12 Apa yang mungkm membezakan Dr. Burhanuddin dengan

    peJuang-peJuang kemerdekaan yang lam Ialah ten tang penglibatan luasbeliau di dalam bidang ml. Dengan mi dimaksudkan bahawa Dr.Burhanuddin bukan sahaJa melibatkan din behau di dalam gerakannaslOnahsme Melayu di Tanah Melayu sahaJa seperu yang dilakukan olehnaslOnahs-naslOnalis Melayu yang lam tetapi Juga terlibat di India danPalestm dan Juga di persidangan-persidangan antarabangsa yangmenyentuh soal kemerdekaan dan anu-penJaphan. Oleh Hu Dr.Burhanuddin lebih merupakan seorang tokoh naslOnalis antarabangsaberbanding dengan naslOnalis-naslOnahs Melayu yang lam.

    Apakah matlamat pefJuangan anu-penpJahan Dr. Burhanuddin mi?

    Jawapannya mungkm terdapat di dalam Pidato beliau di Kongres Pa wRakyat 1955 di mana beliau menyatakan: Kita menentang penJaphantetapi udak pula pro-komums. Kita mahu balik hak keadilan Tanah AIrKita dan Kebangsaan kIta yang berdaulat, sebagaimana kIta belumdipengaruhI dan di japh dahulu (Burhanuddin 1955:3). Seterusnyabeliau menambah, Kita bangun kembah Ialah kerana menegakkansemula kebebasan dan kemerdekaan Bangsa dan Tanah A u NusantarakHa supaya setaraf duduknya dengan bangsa-bangsa di duma sekarangIni

    'Tanah Au Nusantara' yang dimaksudkan oleh Dr. Burhanuddin Itu

    Ialah Kepulauan Melayu atau pun nama-namanya yang lam sepertlMalaysIa, Pulau-Pulau Rempah, Melayu Raya dan IndonesIa Raya. DITanahau mi yang menurut behau telah wUJud semenJak uga ribu tahunyang lalu tIga empayar yang terkemuka IaHu Sn Vijaya, MappahH danMelaka. KetIga-tIga empayar HU , katanya, berdin sendin dengan

    37

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    10/18

    mulia dan agung, bebas dan merdeka; berbaik-baik, bersahabat danberperhubungan dengan keraJaan-keraJaan dan empayar yang berJ1randengannya seperti India dan Cina" (Burhanuddin 1946:5-6). Danpenduduk-penduduk empayar-empayar ml adalah orang-orang Melayu.Oleh itu perjuangan untuk orang-orang Melayu pada mas a Hu adalahsarna dengan perjuangan untuk empayar atau negara mereka laHu SnVijaya atau MajapahH atau Melaka.

    DI sinilah sebenarnya terletak perhubungan di dalam pemikuan Dr.Burhanuddin di an tara Kemerdekaan Tanah Melayu dan KebangsaanMelayu. Pendinannya m l terdapat di dalam Perjuangan Kita di manabeliau menyebut:

    Pada masa Hu seluruh duma udak mempunym politikpemerintahan seperu han ml. Pada masa Hu bolehlahdikata bangsa atau kebangsaan lalah mengikut

    sesuatu keraJaan. Orang-orang atau rakyat dihHungdengan takrif seperti rakyat Sn Maharaja SnVijaya, rakyat MaJapahH, rakyat Melaka. BegHulahcara yang lebih jelas susunan Kesatuan sesuatubangs a dan kebangsaan pada mas a Hu (Burhanuddin 1946:6).

    DI dalam Falsafah Kebangsaan Melayu pula beliau menyebut:"Kerajaan yang besar yang memperkenalkan Melayu hmgga ke han

    im .... Ialah dimulakan danpada keraJaan Empayar Sn Vijaya dan yangakhir lalah keraJaan Melaka" (Burhanuddin 1954a:39). SeJarah keduadua keraJaan Melayu inilah", tambah beliau, "yang menJadi asas bentukcontoh NaslOnal Raya atau Kebangsaan Melayu Raya bangsa kItaMenurut beliau lagi, bentuk kebangsaan Sn Vijaya dan MaJapahHkemudiannya menjadi bentuk kebangsaan IndonesIa manakalakebangsaan Melaka kemudiannya menJadi bentuk kebangsaan Melayu.

    Kebangsaan Melayu pada pandangan beliau mestilah menJadi "jlwadan asas negara Melayu . Negara yang dikehendakkI oleh Dr.Burhanuddin adalah seperu berikut :-

    Kita hendak mendirikan negara kebangsaan Melayudi atas dasar kebangsaan, menurut keadilan dankemanusIaan yang luas sarna berhak dan adil, bukansekali-kali kebangsaan yang sempH, Jauh seJauhjauhnya dan berbau perkauman dan perasaan yangkolot dan kuno (Burhanuddin 1954a:74).

    Dr. Burhanuddin menekankan yang kebangsaan Melayu Hu udaksempit kerana, mengikutnya, kebangsaan im bukan berasaskan kepadadarah keturunan sebagai syarat perjuangan atau keanggotaannya. Olehtu, "tlap-uap seorang danpada apa puak atau bangsa pun yang telah

    putus atau memutuskan pertalian dan perhubungannya dengankebangsaan asalnya, lalu menumpahkan taat seUa dan memenuhl syaratdan kehendak kebangsaan Melayu maka seseorang tu Jadilahberkebangsaan Melayu menurut istilah politik. Sebaliknya pula udaklahdapat dimasukkan seorang baka Melayu kepada kebangsaan Melayu jika

    38

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    11/18

    seseorang Itu telah memutuskan daripada kebangsaan Melayunyadenganpilihannya sendin dengan cukup keterangan-keterangannya pula(Burhanuddin 1954a:78-79 . Takrif Kebangsaan Melayu yang diberikanoleh Dr. Burhanuddin ini sebenarnya amat longgar dan oleh itu sungguhsesual dengan masyarakat berbilang kaum yang terdapat di negara ini,atau, di dalam istilah Dr. Burhanuddin, takrif Kebangsaan Melayu beliau

    m memberikan peluang yang penuh kepada orang Cina dan India untukmenmggalkan kebangsaan-kebangsaan mereka dan menerimaKebangsaan Melayu.

    Dalam menghubungkan Kebangsaan Melayu dengan sejarahpergerakan politik tanah air Dr. Burhanuddin menyatakan:

    Kebangsaan Melayu im telah lama tetapl tegas dalambentuk nwayat sejarah kebangkItan klta, lalah dimulakandarl perJuangan KMM, kemudian PKMM, akhirnya pergabunganPUTERA-AMCjA dengan merangkakan Perlembagaan Rakyat diatas Sepuluh Dasar PUTERA (Burhanuddin 1955:2 .

    Sepuluh Dasar PUTERA yang disebutkan oleh Dr. Burhanuddin di atassebenarnya meruJuk kepada enam prinsip yang dipegang oleh AMCjAdan empat prinslp lagl yang disarankan oleh PUTERA sebagal asasperJuangan apabila kedua-dua badan Itu bercantum menJadi PUTERAAMCjA pada tahun 1947 untuk menentang rancangan 'Persekutuan'yang dikehendakki oleh pihak BntIsh. Enam pnnsip AMCjA ItU lalah:

    i Malaya bersatu, termasuk Singapura,ii Satu dewan perundangan pusat bagl seluruh Malaya dengan

    keseluruhan ahlinya dipilih oleh orang ramal,iii Hak-hak politik yang sarna bagl semua orang yang menganggap

    Malaya sebagai tanahairnya dan sebagai tumpuan taat setianya,IV Sultan-sultan Melayu haruslah mengambil tempatnya sebagal

    raja-raja berperlembagaan yang berdaulat penuh menenmanasihat-nasihat rakyat melalUl mstItusl -msti tusl yangdemokratikbukan 'penasihat-penasihat' Inggens,

    V Perkara-perkara yang berhubung dengan agama Islam dan adat

    lstladat Melayu haruslah diletakkan di bawah penguasaan orangorang Melayu semata-mata,dan

    vi PerhatIan khas haruslah diberikan kepada kemaJuan orang-orangMelayu.

    Manakala empat prmSlp lagl yang disarankan oleh PUTERA lalah:

    vii Bahasa Melayu haruslah menJadi bahasa kebangsaan dan bahasaresml yang tunggal bagl Malaya,

    viii Pertahanan dan hal ehwal luar negeri haruslah menjaditanggungJawab bersama KeraJaan Malaya dan KeraJaan Inggens,IX Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan Melayu, danx Merah dan Putih haruslah dimasukkan sebagal latar bendera

    Kebangsaan Malaya. 13

    39

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    12/18

    Fahaman Kebangsaan Melayu yang dibawa oleh Dr. Burhanuddinboleh dipecahkan kepada dua cui: Ciri yang pertama talah yangberkenaan dengan soal-soalldentltl atau yang bersifat simbolik ten tangKebangsaan Melayu; manakala CUI yang kedua pula Ialah yangmenyentuh perkara-perkara yang lebih konkrit (sepertl soal pembahagtankuasa politik dan soal kedudukan ekonomi). Jika dilihat pada SepuluhPnnsip di atas kesemua en am pnnsip dan AMCJA merupakan prmSIppnnsip yang 'konknt ' manakala danpada empat pnnSIp PUTERA,hanya satu, iaitu yang ke lapan yang boleh disifatkan sebagal 'konknt'.1m, walau bagalmanapun, udaklah bereru bahawa pemikuan PUTERA(yang mana Dr. Burhanuddin adalah salah seorang pem1mpmnya) adalahberkisar di sekltar soal-soal slmbolik sahaJa. Sebal iknya kesemua sepuluhpnnsip itu tadi mestilah dilihat sebagal ditenma secara keseluruhan olehPUTERA, lebih-lebih lagl jika disedari bahawa Dr. Burhanuddin talahPengerusi PUTERA-AMCJA ltu sendin.

    Agama Islam adalah CUI utama yang ketlga yang diperJuangkan olehDr. Burhanuddin. Islam adalah Juga matlamat pentmg di dalamperJuangan PKMM tetapl PKMM tIdak menyebut agama kerana dalamerti kebangsaan, kIta memang berukun kepada ketuhanan yang maha esa(Burhanuddin 1946:51). Danpada tulisan-tulisan Dr. Burhanuddindidapatl bahawa beliau sentlasa mencuba menyelaraskan fahamannyaten tang kebangsaan dengan kehendak-kehendak Islam. DI dalam FalsafahKebangsaan Melayu, mlsalnya, beliau menyebut begIm:

    Islam memandang kebangsaan ltu sebagal suatu ala bukan tUJuan. Kebangsaan hendaklah mengambiltempat yang sederhana dan bulat sebagal suatulam bang yang boleh menarik dan menyatukan suatubahaglan tenaga untuk mencapal clta-Clta muliayang besar dan abadi, sebagalmana Islam memandangduma bukan tUJuan tetapl hanya satu alat atautunggangan yang menyampaikan ke akhuat (Burhanuddin1954a:44).

    Dr. Burhanuddin mempertahankan faham kebangsaannya denganmenggunakan ayat-ayat Qur'an, Hadis dan kIsah-kIsah dan seJarah Islam.Salah satu ayat Qur'an yang diruJuk oleh beliau Ialah ayat 3 dan Surahal-Hujurat yang beliau tt'rJemahkan sepertl berikut: Kaml Jadikan kamuberbangsa-bangsa dan berpuak-puak Ialah supaya kamu berkenalkenalan (di antara satu bangs a dengan satu bangs a) sesungguhnya yanglebih mulia di antara kamu ltu Ialah yang lebih takwanya . 1m ditafsukanoleh beliau sebagal berikut: Apakah ertmya perkenalan jika udakterlebih dahulu terdin kekuatan dan kelayakan gabak, kaum dan bangsayang han ml terkenal dengan kebangsaan ltu dengan suatu kebangsaanyang lam (di Majlis Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNO) (Burhanuddin1954a:50).

    Dr. Burhanuddin Juga ada mengulas tentang hadis-hadis Nabl yangbermaksud: Tidak ada asabiyyah dalam Islam , dan Bukanlah danpadakaml orang yang menyeru ke arah asabiyyah itu . Mengikut Dr.

    40

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    13/18

    Burhanuddin makna 'asabiyyah' di sim bukanlah 'kebangsaan' tetapiialahperkataan yang berasal dan 'ta' sub' yang bererti 'fanatik' iaItu

    perasaan yang membuta tuli dan degil, atau boleh disebut dengan fahamkebangsaan sempit, atau faham berdaerah-daerah .... " Jadi, sambung

    beliau, lebih tepatlah pengertian 'asabiyyah' ltu dengan rasa kebangsaanyang semplt, rasa perkauman - bukanlah rasa dan faham kebangsaan yangluas yang berdasarkan kepada tanahan dan kewatanan .. " (Burhanuddin1954a:54).

    Dr. Burhanuddin juga menegaskan bahawa: Agama Islam diturunkanbuat menyusun hidup manUSla, mengatur perhubungan manUSla denganAllah, menyempumakan perhubungan manUSla dengan manUSla".Tetapi agama Islam 1m hanya dapat dilaksanakan sepenuhnya setelahnegaramerdeka, sepertImana yang disebutkan oleh beliau: Danbagaimanakah kIta akan mengembalikan agama kIta, h10gga agama

    dapat berjalan menurut yang dikehendakki Allah, jika kIta belum bebasmerdeka dan berdaulat? Tentu tIdak boleh, melainkan sudah bebasmerdeka dan berdaulat (Burhanuddin 1954b:3l). Mungkin oleh sebabmement10gkan kemerdekaan inilah maka tuntutan Dr. Burhanuddin

    tentang Islam sebelum Tanah Melayu merdeka agak kurang kuatberbanding dengan selepas merdeka. Dalam Sepuluh Pnnslp Rakyat,mlsalnya, pr10Slp tentang Islam berbunYI beg1Ol: "Perkara-perkara yangberhubung dengan agama Islam dan adat IstIadat Melayu haruslahdiletakkan di bawah penguasaan orang-orang Melayu semata-mata".Tetapl pada tahun 1957, beliau menyarankan supaya Islam menJadi

    agama resml dalam ertikata yang betul pada aJaran-aJaran al-Qur'an danSunnah nublJ.wwah".14 Pada tahun 1964 pula beliau menyatakanpendinan PAS sepertl berikut:

    Dalam pergolakan politik di tanah aIr klta 1m,PAS muncul dengan Clta-Clta kenegaraan Islam, CltacIta 1m wUJud dan diperJuangkan berdasarkankeyak10an hldup beragama dalam kalangan pendukungPAS. D10yalakan oleh smar seJarah Nabl dansahabatnya yang telah berJaya membentuk negara danpemenntahan yang bercorak dan berhukumkan Islamdan pentadbnannya. 15

    Danpada perb10cangan di atas kIta dapat dislmpulkan secara rigkaspemikmin Dr. BU1:hanuddin Itu beg1Ol: Bangsa Melayu adalah penghumkawasan Kepulauan Melayu 1 1 semenJak beribu-ribu tahun dahulu lag .Oleh ltu, memandangkan yang kawasan 1 1 telah dijajah, makapenJaJahan 1 1 mestilah ditentang supaya kemerdekaan dipulihkankepada bangsa dan masyarakat Melayu 1m, dan 10ilah perjuanganKebangsaan Melayu. Tetapl Kebangsaan Melayu 1 1 tIdaklah terhadkepada orang-orang yang berdarah keturunan Melayu (atau ethnik

    Melayu) sahaJa. Sebaliknya Kebangsaan Melayu 1 1 boleh dibuka kepadaorang-orang yang bukan berketurunan Melayu asalkan mereka imsanggup meninggalkan kebudayaan mereka dan menenma sertamengamalkan Kebudayaan Melayu. PerJuangan kemerdekaan dan konsepKebangsaan Melayu 1 1 pula adalah selaras dengan Islam sebab

    41

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    14/18

    pelaksanaan aJaran-aJaran Islam sepenuhnya hanya dapat berJalanapabila negara sudah merdeka (oleh itu Islam memperJuangkankemerdekaan) dan Islam menghendakkl golongan-golongan umatnyasupaya kuat (oleh tU menenma konsep Kebudayaan Melayu).

    IV

    Apa yang perlu dibincangkan secara nngkas sekarang lalah tentangsumber-sumber pemikuan Dr. Burhanuddin. Rlwayat hldup Dr.Burhanuddin menunjukkan bahawa pendidikan Islam dan pengalamantentang perjuangan menentang penJaJahan di luar negen merupakansumber-sumber utama pemikuan politik beliau. Pendidikan Islam beliaudi Padang PanJang, Sumatra, dan di al-Mashor, Kepala Batas adalah didalam suasana pemikuan Islam yang bIasa disebut sebagal Kaum Muda.

    Walaupun beberapa pendinan mereka di dalam soal-soal fiqh senngkalidipersoalkan, sumbangan golongan Kaum Muda dan gerakan Islah (atauReformls) yang mereka anggotai ltu terhadap menyalakan semangat anUpenJaJah dan pro-merdeka udak dinafikan. Satu buku yang jelas tentangpenglibatan Dr. Burhanuddin di dalam keglatan Kaum Muda lalahapabila beliau menyertal suatu majlis 'debat' dengan Kaum Tua tentangsoal 'jilatan anJIng' di Kota Bharu, Kelantan, pada tahun 1937. Satu bukulagl lalah tulisannya di dalam Perjuangan Kita di mana beliau menyebut:

    Aliran jiwa Kaum Mudamenuju kemaJuan dan tamaddun secarakehendak zaman yang mengandungl apa-apa yang dituntut oleh bangsa

    dan watan . Tetapl ada Juga tanda-tanda yang beliau udak pula menolakpegangan-pegangan dan amalan Islam yang blasa dianggap di luardanpada penenmaan Kaum Muda. Dr. Burhanuddin, mlsalnya dikatakanmengamalkan aJaran-aJaran Tasauf hasil darlpada pengaruh bapanyadan pengaruh pendidikannya di India (lihat Funston 1973:187-8).

    Satu lagl sumber pemikiran politik Dr. Burhanuddin lalah darlpadapengalaman-pengalamannya di luar negen khususnya di India, IndonesIadan Palestm. Pengaruh danpada India dan IndonesIa dapat dilihatdanpada petikan berikut daripada Falsafah Kebangsaan Melayu:

    Maka wUJud kebangsaan Melayu kIta im, udaklahsumbang atau ganjil, malah tepat dan betul seperuJuga pendinan Ghanpi, penganJur besar India dengankebangsaan Indianya pun ada berkata: Saya seorangnaslOnalis tetapl naslOnalisme saya lalahkemanuslaan' (Burhanuddin 1954a:91).

    Oleh kerana ungkapan Ghandi ltu juga digunakan oleh Sukamo, Jadiada kemungkman Juga yang Dr. Burhanuddin memetiknya danpadaSukamo dan udak terus darlpada Ghandi. Kemungkman ml lebih

    munasabah jika klta lihat pula bahawa di dalam tulisannya FalsafahKebangsaan Melayu ltu ada terdapat satu lagl petikan terus danpadaucapan Sukamo. 1m berlaku apabila Dr. Burhanuddin sedangmemblcarakan ten tang 'nation' dan kebangsaan. Untuk tUJuan mi beliaumemetik takrif-takrif yang diberikan oleh Renan dan Ottor Bauer.

    42

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    15/18

    Sebenarnya takrif-takrif Renan dan Otto Bauer ml adalah diambildanpada ucapan Sukarno ten tang Panca Sila di IndonesIa pada I Jun1945. 16

    Tetapl segal a pengaruh dan India dan IndonesIa 1m nampaknya

    berkesan terhadap Dr. Burhanuddin hanya di masa menentang penJaJah.Sebab setelah kemerdekaan telah udak menJadi pokok pefJuangan lagl,beliau didapau kembali kepada falsafah Islam dan kebangsaan Melayusebagal asas pefJuangan beliau, sebagalmana yang diucapkan oleh beliaupada tahun 1957 di Mesyuarat Agung PAS .

    ... Adapun sikap kHa terhadap komums kHa telahmenerangkan berkah-kali pendinan kHa Islam danpendinan PAS dalam menghadapl komum s tetapl masihada kedengaran dan kelihatan dalam tuhsan-tuhsanmembabHkan say a dan Persatuan Islam (PAS) mlberbau komums, dan yang anehnya pula ada yangmembabHkan say a dan Persatuan Islam ml berbau penJaJah, dua tuduhan yang umbul dan nafsu buta, palsudan Jahil.

    Sesungguhnya saya dan bagl pihak PersatuanIslam udaklah berbau komums dan penJajah, saya danPAS adalah berlSl, bersifat, berbau kebangsaanMelayu dengan CHa-CHa Islam

    Say a dan Persatuan Islam adalah cukup mengetahUldan sedar berpegang teguh pada kebangsaan Melayu,dengan faham kebangsaan dan pendinan yang luasbagalmana yang diperJuangkan oleh hasrat cHa-Cltakebangsaan Melayu yang telah ban yak kah sayaterangkan di dalam beberapa ucapan, makalah, dan bukubuku karangan saya, dan mensesuaikan KebangsaanMelayu Hu dengan kehendak ayat ummatan wasatan ,pada masa duma menempuh perbalahan, pertelingkahandan peperangan sebagalmana yang telah befJalanamalannya dan contohnya dan semenJak Rasulullah ........ kemerdekaan bangsa dan nusa sepenuhnya belum-lah lagl bereru tercapamya cHa-Clta PAS dan belum-lah dihaungkan telah merdeka dengan sepenuhnya, melamkansetelah befJalan hukum-hukum Islam pada orangseorang, masyarakat dan negara baharulah tercapalkemerdekaan yang diClta-Clta oleh PAS .....

    Dalam Malaya yang masih terJaJah atau dalam masa peralihan 1mtelah ketara golongan naslOnalis yangb e r b a g a l b a g ~ 1corak, di antara yang terbesar lalahnaslOnahs yang bulat mHu Kebangsaan Melayusebagalmana yang selalu saya terangkan dan dahuluhmgga sekarang 1m, (2) naslOnahs pro-kanan,

    43

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    16/18

    3) naslOnalis pro-km, 4) naslOnalis kanan,5) naslOnalis km. Kanan yang menyebelah pen-

    JaJahan dan kIn menyebelah soslalisme atau komumsme.

    NaslOnalis bulat Itu sifatnya dan dahulu laglberjiwa progresif Itulah yang sesual dengan dasarperJuangan PAS yang ditunJukkan oleh ayat ummatanwasatan dan khairun ummatin ukhrijat linnassebagalmana yang dirakamkan dalam anggaran dasar PersatuanIslam.

    V)

    Perbmcangan ten tang nwayat hldup, perJuangan dan pemikuan Dr.Burhanuddin di atas menunJukkan beberapa unsur yang unik di dalam

    seJarah politik Melayu di negara m1. Pertamanya penglibatan Dr.Burhanuddin di dalam politik tanahau menJangkau sebahaglan besarperkembangan politik Itu. Beliau menganggotal badan politik Melayuyang terawallaItu Kesatuan Melayu Muda dalam tahun-tahun 1930an danakhunya memlmpm sebuah partl politik yang masih wUJud han ml, laltuPAS. Penglibatan yang sebegml luas lama dan berterusan udak terdapatdi kalangan ahli-ahli politik Melayu yang lam.

    Keduanya tema-tema perJuangan dan pemikuan politik Dr.Burhanuddin, laItu kemerdekaan kebangsaan Melayu dan Islam adalahsebenamya rangkuman tema-tema utama perJuangan politik bangsa

    Melayu Itu sendin. Tetapl walaupun beliau dapat dikatakan sebagalmenyuarakan matlamat tulen politik bangsa Melayu sifat udakberkomprommya di dalam memperJuangkan satu-satu tema ml telahmengakibatkan beliau menJadi seorang ahli politik yang dan satu seglkurang berJaya. i dalam menuntut kemerdekaan mlsalnya beliaumenentang penJaJah Bntlsh habls-hablsan; manakala pemlmpmpemlmpm UMNO memilih satu strategl bertolak-ansur dengan pihakBntlsh. Dl dalam memperJuangkan Islam pula beliau dan PASmenyarankan pelaksanaan sepenuhnya dasar-dasar dan hukum-hukumIslam di negara 1m; manakala pemlmpm-pemlmpm partl-partI politik

    Melayu yang lam memilih dasar terhadap agama yang lebih popular dikalangan pengundi-pengundi yang berbilang bangsa dan agama.Satu lagl kelstlmewaan Dr. Burhanuddin lalah penenmaannya di

    kalangan ahli-ahli politik bukan-Melayu walaupun beliau senngdianggap sebagal Juara untuk bangsa Melayu dan Islam sahaJa.Penenmaan beliau oleh kalangan bukan-Melayu terlihat padaperlantikannya sebagal pengerusl gabungan PUTERA-AMCJA apabilabadan mi diwujudkan pada tahun 1947. Ciri-cin perjuangan Dr.Burhanuddin yang disebutkan mi, di sampmg peranannya sebagalpemlmpm PAS dan ahli Parlimen selepas merdeka sesungguhnya

    menempatkan beliau sebagal salah seorang tokoh peJuang dan pemikupolitik yang terkemuka di negara 1m.

    44

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    17/18

    C T T NK KI

    l Tarikh kelahuan 1m dipetik dan Abdullah Hussam 1969. Walau bagalmanapun,Saliha Hj. Hassan telah memberikan tarikh kelahlran Dr. Burhanuddin sebagatNovember 1911 (Saliha 1972:7). Lihat Juga Funston 1973:187-192.

    2. Minat dan ketokohan Dr. Burhanuddin di dalam bldang homeopathy ml adadibmcangkan oleh Rashldah Ismail 1969.

    3. Saliha Juga ada menyebut bahawa Dr. Burhanuddin kemudiannya dibebaskan denganJamman sebanyak . 1,000.

    4. Apabila Singapura Jatuh ke tangan Jepun pada 15 Februan 1942, anggota-anggotaKMM ltu dibebaskan.

    5. Untuk perbmcangan ten tang perhubungan di antara Dr. Burhanuddin dan Maahad mlsila lihat Nabir 1976:87-91.

    6. Detik-detik di sekltar penubuhan PKMM ml diterangkan dengan baik oleh A.Boestamam 1972b:23-30.

    7. Untuk perbmcangan tentang penubuhan dan keglatan-keglatan PEPERMAS danMATA, lihat Nabu 1976:109-147.

    8. Untuk perbmcangan ten tang Hizbul Muslimm, lihat Nabu 1976:159-174.9. Mana Hertogh lalah seorang anak Belanda beragama Knsttan yang menJadi anak

    angkat kepada seorang wamta Islam di Singapura pada tahun 1942. Mana (yang manaIslamnya lalah Natrah atau Nadra) kemudian berkahwm dengan seorang Islambernama Mansoor. Tetapl pada 1950 ibu bapa Nadra memmta Mahkamah di Singapuramengembalikan hak ke atas Nadra kep ada mereka. Setelah satu proses kehaklman yangagak rumlt mahkamah menyetuJUl tuntutan ibu bapa Nadra Uu. KeputusanMahkamah 1m ditentang oleh Jawatankuasa Bertmdak Nadra (yang dianggotal olehDr. Burhanuddin) dan ml Juga memmbulkan rusuhan oleh orang-orang Islam diSingapura. Untuk satu perbmcangan tentang pensttwa 1m lihat R.S. Jesudason 1969.

    10. Peranan Dr. Burhanuddin di dalam perancangan dan penubuhan Partt Rakyat mldibmcangkan dalam A. Boestamam 1972a: 45-53.

    11. K J Ratnam dan R.S. Milne 1967:17 dan Saliha 1972:50 membayangkan bahawa ml

    adalah satu taktik politik KeraJaan Perikatan12. Kajian-kajian 1m boleh didapau mlsalnya dalam Radin Soenarno 1960 dan Roff 1967.13. Untuk perbmcangan tentang Sepuluh Pnnslp Rakyat 1m sila lihat A. Boestamam

    1972b: 121-131.14. Lihat ucapannya di Mesyuarat Agung PAS yang Ke 6 pada 24 Ogos 1957.15. Lihat ucapannya di Mesyuarat Agung PAS yang Ke 12 pada bulan Ogos 1964.16. Untuk ucapan Sukarno ml lihat, Herbert Felth dan Lance Castles (eds.) 1970:41-9.

    RUJUK N

    Abdullah Hussam1969

    Ahmad Boestamam1972a

    Ahmad Boestamam1972b

    Burhanuddin aI-Helmy1946

    Burhanuddin aI-Helmy1954a

    Burhanuddin aI-Helmy1954b

    Burhanuddin aI-Helmy, Pelupor SemangatKebangsaan Melayu", Dewan Masyarakat Nov.1969.Dr. Burhanuddin: Putera Setza Melayu RayaKuala Lumpur: Pus taka Kejora.

    Merzntzs falan ke Puncak Kuala Lumpur:Pustaka KeJora.1946, Singapura: Paru Kebangsaan MelayuMalaya.Falsafah Kebangsaan Melayu BukIt Mertajam:Pus taka SemenanJung

    gama dan Politik Singapura: Buana.

    45

  • 8/10/2019 Perjuangan Dan Pemikiran Politik Dr. Burhanuddin Al-Helmy

    18/18

    Burhanuddin aI-Helmy Pzdato Sambutan Dr Burhanuddin Al Helmy1955 Kepada Kongres Partz Rakyat 24.12.55, Sin-

    gapura: Partal Rakyat.FeIth, H. dan Castles, L.lndoneszan Politzcal Thznkzng, 1945-1965, Ithaca:

    1970 . Cornell Umversity Press.Funston, J Malay PolitIcs in Malaysia, 1945-1969, Tesis

    1973 M.A., Monash UmversIty.Jesudason, R.S. Causes and Significance of the Hertogh Riots,

    1969 TeSIS B.A., Jabatan Sejarah, Universiti Malaya.Means, G.P. Malayszan Politzcs, 2nd. Edition, London:

    1976

    Nabu Abdullah1976

    Radin Soenarno1960

    Rashidah Ismail1969

    Ratnam, K.J. danMilne, R.S.

    - 1967

    Roff, W.R.1967

    Saliha Hj. Hassan1972

    46

    UmversIty of London Press.1l-1hya AssyarzJf Gunung Semanggol, 1934-19 ;9,Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, UniversitiKebangsaan MalaysIa.

    Malay NatIonalism, 1896-1941 , Journal ofSoutheast Asza History, 1(1).

    Dr. Burhanuddin aI-Helmy, Anak Melayu Pertama mempela jan Homeopathy , DewanMasyarakat, DIS 1969.The Malayan Parlzamentary Electzon of 1964,Singapore: UmverSIty of Malaya Press.

    Naszonalisme Melayu (Terjemahan), KualaLumpur: Penerblt UmverslU Malaya.

    Dr. Burhanuddin AI-Helmy, A PolitIcalBIOgraphy, Tesis B.A., Jabatan Sejarah,UniverslU Malaya.